Semangat Kemerdekaan.

1:12 PTG JunAina 0 Comments

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Lagu yang menjadi nostalgia sepanjang hayat sempena kemerdekaan negara, walaupun penyanyinya sudah tiada tetapi semangat nyanyiannya tetap menular dalam urat nadi setiap orang yang mendengranya.
Tahun ini sekali lagi kita menyambut ulangtahun kemerdekaan dalam bualan puasa, maka tiadalah perbarisan berwarna-warni seperti biasa pada 31 Ogos sebagaimana setiap tahun tetapi masih ada pengisian-pengisian untuk menyambut ulangtahun ke-53 kali ini.

Sudah mula kelihatan di sana sini jalur gemilang megah di kibarkan terutama bagi syarikat-syarikat koorporat tetapi terasa sambutan hambar dari individu. Kalau dulu menjelang bulan Ogos orang ramai berebut-rebut membeli bendera dan dilekatkan pada kereta atau sudah ada yang mengibarkannya dirumah, tahun ni sudah menjelang 20hb tapi bila melalui lebuhraya Sg.Besi tidak ada satu kereta pun yg mengibarkan bendera. Terasa sedihnya...

Sudah hilangkah nilai patriotik dalam diri masyarakat sekarang atau mungkin mereka ada cara lain utk menunjukkan sikap sayang negara?


0 Rider Beraksi:

Politik Yang Di Politikkan.

11:33 PG JunAina 0 Comments

Mengapa le orang suka sangat copy & paste post kat dalam blog berkaitan politik dan kemudian foward sana foward sini dan termasuklah aku yang menerima email-email yg entah apa-apa. Tak kiralah post dari parti politik berhaluan kiri atau berhaluan kanan, kalau setakat bagi link ok lagi, ini tidak sepanjang-panjangnya di copy & paste.

Bukan aku tak suka politik tapi aku tak suka orang yang mempergunakan politik. Lagipun pada pandangan aku orang zaman sekarang berpolitik bukan berteraskan pejuangan untuk agama, bangsa dan negara. Politik sekarang terlalu penuh dengan perjuangan yang memerlukan pembalasan atau imbuhan, politik zaman sekarang boleh diketegorikan sebagai kotor. Bukan di sebelah pihak malah kedua-dua belah pihak tetap ada permainan kotornya. Perjuangan sebenar hanya wujud pada orang yang pernah memperjuangkan kemerdekaan dan yang pernah merasa susahnya kehidupan selepas mendapat kemerdekaan dan membangunkan negara dari kegelapan.

Kadang-kadang mereka mempolitikkan hadis dan Al-Quran, menonjol kebenaran maksud hadis dan Al-Quran tanpa meneliti huraian yg sahih. Tak terfikir dek akal ke andai apa yg di tulis atau dibicarakan itu tidak benar ia sudah menjadi fitnah. sekiranya tahu hadis dan Al-Quran semestinya tahu apa hukum fitnah. Itu antara contoh yg terlalu kecil. Aku tidak meletakkan kerajaan betul atau pembangkang salah tetapi kadang-kadang apa yang di post di dalam blog terlalu menjelekkan seolah-olah satu pihak terlalu berdosa dan satu pihak lagi terlalu suci.

Tanah Melayu telah menjadi Malaysia selepas ni apa yang akan tinggal pada bangsa Melayu. Sekarang kita hanya mempunyai kuasa sedangkan ekonomi telah di pegang oleh bangsa lain. Tidakkah cukup lagi kita sedar. Bangsa kita cukup goyah. Berpecah kepada tiga bahagian, bergaduh sesama sendiri, bertelagah kerana berlainan aliran politik sedangkan bangsa lain bertepuk tangan menunggu masa untuk merebut apa yg bangsa Melayu ada selama ini yg hanya tinggal satu iaitu kuasa. Tidak takutkah kita menjadi seperti Melayu Singapura? Terpinggir di tanah sendiri dan pendatang menjadi tuan. Tak mustahil juga suatu hari nanti kita sudah tidak bebas memperjaungkan agama suci kita lagi sekiranya kita terus bersengketa.

Sedarlah semua bangsaku janganlah mempolitikkan politik kita untuk kepentingan diri sendiri, jangan juga mempolitikkan agama kita. Bertolak ansurlah demi agama, bangsa dan negara. Jangan meletakkan kepentingan diri sendiri di tempat teratas. Pandanglah masa hadapan jangan sampai kita menggadaikan masa depan anak bangsa.

0 Rider Beraksi:

Hikram Demam Denggi

9:07 PG JunAina 0 Comments

Dua minggu yang meletihkan dan menyakitkan untuk aku hadapi dalam kegembiraan menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Hari pertama berpuasa aku terpaksa bercuti kerana Syed Junior demam panas. Hari selasa dia sekolah seperti biasa tapi tiba-tiba suhu badan naik mendadak dan cikgu buat keputusan untuk hantar balik tetapi dia menolak. Terpaksa le Cikgu Rafidah layan anak bongsunya, tidur diriba dan letakkan ais kat kepala sehingga pukul 4 petang. Pukul 11 malamnya aku terpaksa membawa Syed Junior ke hospital kerana badannya terlampau panas. Doktor just bagi ubat dan mintak datang balik sekiranya demam tak baik dalam masa 3 hari, suhu badan dia mencapai 40 darjah. Malam tu aku tak tidur semalaman kerana suhu badan dia terlalu tinggi. Aku menyambut Ramadhan dalam keletihan yg teramat.

Esoknya demam tetap juga begitu. 2 Ramadhan aku buat keputusan untuk bawak Syed Junior ke panel doktor supaya aku dapat ambik mc tetapi mengejutkan bila doktor merujuk kes dia ke hospital dan seperti biasa aku memilik KPJ Kajang Specialist. Dr. Asmunni mengambil kes, admitted dan tambah air coz badan dia dah kering sangat kerana dehidrasi. Tak mahu minum dan langsung tidak menjamah makanan selama 2 hari. Ujian darah pertama semuanya ok. Hari ketiga ambik darah lagi dan keputusannya positif denggi. Patutlah merengek sahaja. Hari keempat doktor bagi balik coz platlet darah dah naik 295 dan sel darah putih pun dah naik ke-5 that means dia dah stabil dan bertambah baik.

Hati tetap jugak berdebar-debar dengan perkhabaran seorang kawan supaya berhati-hati coz sekali dah kena badan dah tak imun lagi. Kalau terkena lagi denggi kemungkinan besar akan kena denggi berdarah, semoga Allah akan melindungi Syed Junior dari musibah yg kedua ini.

Mulai sekarang aku pun telah mengambil langkah berjaga-jaga. Pukul 7 pth semua tingkap dan pintu dah tutup, sembur nyamuk dan pasang ubat nyamuk. Selalunya tingkap dan pintu kat rumah tak pernah kenal malam atau siang akan terbuka je coz bapak si Syed tak suka dengan keadaan yg tertutup angin tak masuk katanya. Inilah pengajaran utk kami semua terutama bapak si Syed Junior, ada hikmahnya bila pintu dan tingkap disuruh tutup menjelang waktu magrib.

Alhamdulillah....nampaknya kesihatan Syed Junior bertambah baik. Selera makan juga sudah bertambah. Ya Allah kau lindungilah anak-anakku sentiasa tak sanggup aku melihat mereka menderita tetapi andai itu takdirmu...aku berserah...

0 Rider Beraksi:

Packing Time.

9:48 PG JunAina 0 Comments

Dalam resah meraja dihati aku gagahkan juga jemari menyusun satu persatu segala barang-barang peribadi dan memasukkan ke dalam kotak. Bebagai persoalan bermain di hati bahagiakah aku di sana nanti atau derita bakal bertamu. Aku berada dalam teka teki-teki...tp apa yg mampu aku lakukan? Segalanya adalah kehendak takdir dan aku berharap takdir itu berpihak kepada aku... Tiba-tiba hati ini menjadi sayu...tetapi aku berharap inilah bahagia aku untuk masa depan.

Pergghhhh...jiwang karat tu... Bukan apa pun tengah ambik feel nak kemas barang-barang masuk kotak, malas rasanya tapi terpaksa kalau tak siapa pulak nak kemaskan barang-barang aku nih. Kawan-kawan kat tingkat 15 pulak tak habis-habis nak kenakan aku, tak apa korang suka le kenakan aku tapi suatu hari pasti kau org akan terasa rindu pada aku, terasa kehilangan.... Bila lalu kat pintu utama tak ada lagi tempat korang nak singgah, nak lepak-lepak, nak pinjam kad bila korang nak pegi toilet dan lupa nak bawak kad sendiri dan yg paling penting korang dah tak cukup geng nak gelak-gelak kat pantry sambil menikmati sarapan pagi atau masa petang pekena teh tarik k.kiah.

Aku pasti merindui kalian dan yg pasti aku pasti merindui workstation aku...





























Semasa aku sibuk mengemas dan setelah semuanya aku kemaskan.








































































Sebelah petangnya disebabkan stok susu pekat manis dah kehabisan kita org celebrate le dengan kopi o sahaja...k.rose beli kueh kat kg.baru...yummie...
Sebenarnya dah seminggu semua ini berlalu tapi aku rasa bagaikan dah terlalu lama peristiwa nie berlalu...hari khamis hari terakhir aku bekerja di tingkat 15...thanks buat semua kengkawan ye...















0 Rider Beraksi:

Resepi Pulut Kuning : The Making Of

11:48 PG JunAina 0 Comments

Syukur alhamdulillah akhirnya tertunai juga harapan my girlz. Pulut kuning kali ini adalah edisi khas utk my princess yang telah khatam Al-Quran sebulan lepas, dek kerana kesibukan mak baru hari nie dapat buat pulut kuning untuk dia memandangkan puasa pun hanya tinggal lagi 6 hari so aku ambik cuti le utk tunaikan harapan dia.

Syukur juga kepada Allah (s.w.t) kerana dengan limpah dan kurnianya menjadikan my girlz seorang yg terang hati, dia telah dapat mengkhatam Al-Quran pada usia 9 tahun...mak dia dulu masuk sekolah menengah baru habis Al-Quran. Alhamdulillah... Sekarang pun my girlz tengah mengulang Al-Quran lagi...


Pulut yang masih bersih dan belum tercemar...dah lama tak buat pulut kuning takut pulak tiba-tiba bertukar jadi merah, ermmm...dah tak boleh panggil pulut kuning kena pangil pulut merah la pulak...ahaksss...








Selepas dimasukkan santan bercampur kunyit, look so delicious coz pulut kuning is my favourite.












Berlaukkan sekuali gulai ayam yg bertungkus lumus aku masak sejak malam tadi. Disebabkan mula memasak pukul 11 malam so hanya dpt tidur pukul 3 pagi...tapi apa pun memang marbeles...









Taraaaa...dah masuk mangkuk lawa2 yang ni untuk hidangan kat rumah.












Lepas siap menguningkan pulut sesi membungkus, disebabkan malamnya pegi econsave tak dpt beli polisterin utk bungkus coz kehabisan stok terpaksa le buat emergency packaging...masuk plastik je. Dalam mangkuk tu utk jiran & dalam tupperware yg comel tu nak pegi opis hubby hantar coz hari tu preview sale kat sogo, sambil menyelam sambil minum air...






Yang ni pulak khas untuk Ustazah Farehah yang banyak memberi tunjuk ajar pada my girlz tanpa jemu. Melayan kerenah manja yg kadang-kadang mengada-ngadanya yang tak habis-habis. Sabar walaupun my girlz penah mogok mengaji hampir 6 bulan. Thanks a lot...







Akhirnya aku dapat merasakan inilah antara saat yang bahagia sesangat bagi aku sebagai seorang ibu...atau mana-mana ibu pun juga di dunia ini.

JuneAina

0 Rider Beraksi:

Selamat Tinggal Sunway Tower.

2:12 PTG JunAina 0 Comments

Minggu terakhir aku kat Sunway Tower, email confirmation utk aku pindah ke bangunan baru dah dapat semalam. Walaupun aku tak dak kerja nak buat tp penyakit `M' besar sangat utk aku mula pack barang-barang peribadi aku. Barang tu tak le banayk coz aku tak suka semakkan meja dengan hiasan2 yg keterlaluan, menyakitkan mata & kepala ja drawing yg penuh atas meja pun dah tak larat nak layan. Sekadar 2 kotak tu pun hanya buku, nota-nota, alat tulis dan bebarapa fail peribadi. Sabtu ni mover akan angkat barang-barang ke bangunan baru.

Dalam ramai-ramai yg nak pindah ke sana hanya 3 perempuan Melayu, aku dan dua orang project secretary. Tiga belas orang local staff dan lain-lain semuanya staff dari India dan Iran. Nampak gayanya minggu depan aku kena standby minyak wangi 2 or 3 botol termasuk febreez botol besar.

Selamat tinggal kawan-kawan,lepas ni aku pasti rindu-rinduan dengan kalian. Tak dak lagi le lepak-lepak pagi macam biasa, yg pasti paling ku rindu teh tarik k.kiah corner...waaaa... Kejamnya bos antar aku buat project Mumbai, aku tak nak Shah Rukh Khan, Salman Khan @ Sunjay Dutt dapat AR Badul pon tak apa la...

Sayonara Sunway Tower...Menara RKT here I come...walaupun hanya seberang sungai & masih boleh nampak bangunan opis tapi aku tak boleh nampak korang semua kat dalam. Walaupun aku boleh beremail tapi aku rindu dengar suara kalian, walaupun aku boleh call jerk extension korang tapi aku tak boleh le nak tengok muka hampa semua...tak suka...tak suka...

I will always miss u all kat Sunway Tower...

0 Rider Beraksi: