Galas - Tergalaskah Harapan Rakyat

1:56 PTG JunAina 0 Comments

Dua pilihanraya akan berlangung secara serentak pada 4 November nanti iaitu Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi. Che Hashim Sulaiman (PAS) penyandang Dun Galas kembali kerahmatullah kerana barah usus dan kematian penyandang Parlimen Batu Sapi iaitu Edmund Chong Ket Wah (PBS) yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu.

Pastinya ramai penyokong-penyokong kedua-dua parti yang bertanding akan turun ke lokasi pilihanraya terutama bagi Dun Galas. Pasti banyak janji-janji manis ditaburkan oleh pihak-pihak yang bertanding yang belum pasti akan menjadi kenyataan. Pasti jugak ramai yang akan mengambil kesempatan atas pilihanraya ini sama ada secara positif mahupun negatif.

Sekali lagi rakyat perlu membuat pilihan, sekali lagi harapan rakyat dipertaruhkan. Apa yang pasti sudah semestinya ada yang perlu dikorbankan dan ada jugak yang terkorban. Pada semua pengundi-pengundi di Galas dan jugak Batu Sapi bijaklah membuat pilihan, jangan sampai pilihan kita sebagai rakyat di pandang sepi oleh pemimpin. Bak kata pepatah habis madu sepah di buang.

Bagi penyokong-penyokong (fanatik) jagalah adat dan tata susila, hormatlah pada undang-undang yang ada, janganlah diikut hati dan perasaan. Biarlah pengundi-pengundi dapat menunaikan hak sebagai rakyat dengan aman tanpa ada kacau bilau dari penyokong terutama penyokong-penyokong dari luar dan juga peraih undi.

Adat pertandingan pasti ada menang pasti ada yang kalah, yang penting yang kalah jangan berputus asa khidmat anda masih di perlukan dan bagi yang menang pulak jangan mendabik dada kerana perjalanan sebagai pemimpin masih jauh. Terlalu berat tanggungjawab yang di amanahkan.

Demi negara yang tercinta...

0 Rider Beraksi:

Kehilangan Yang Tiada Berganti

11:13 PG JunAina 0 Comments

Hati menjadi sayu tiba-tiba mengingati setiap orang tersayang disekeliling, merekalah penguat semangat dalam menempuhi hidup di alam yang fana ini. Setiap seorang mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan berada di kelas tersendiri di dalam hati tapi yang pasti mereka semua sangat istimewa. Suami, anak-anak, emak, kakak, abang, adik-adik, anak saudara, emak dan bapa saudara, sepupu dan kaum keluarga yang lain mahu pun kawan-kawan dan jiran masing-masing mempunyai peranan dan pembawa kegembiraan tersendiri.

Pernah merasa kehilangan yang tak kembali dari seusia dua tahun dengan kembalinya ke rahmatullah abah tersayang dalam kemalangan yang tak terduga membuat aku lebih menghargai orang di sekeliling. Membesar tanpa abah membuatkan aku lebih menghargai emak sebagai orang yang paling rapat dalam hidup, mengorbankan keseluruhan hidup kepada kami adik beradik. Alhamdulillah...didikan emak menjadikan kami hidup dalam kasih-sayang.

Kehilangan paling terasa di dalam hidup dan membuat aku terkaku, terkedu dan tidak mampu menggerakkan tangan juga pun, kembalinya arwah tok ayah (Senapi bin Man) mengadap penciptanya. Dia pergi dengan tenang di ribaan tok di sahur akhir ramadhan 1994 dan paling menyedihkan, aku tiada untuk menatap wajahnya buat kali terakhir. Hanya mendapat khabar pemergiaanya saat pulang beraya kerana pada masa itu masih belajar di Terengganu. Pengganti abah pergi juga sebagaimana abah meninggalkan kami. Tempat bergantung kasih hilang sudah...

Walang di hati entahkan bila akan berakhir, 1998 sendu di hati berulang lagi. Kesedihan berganda kerana kali ini si kecil yang ku tunggu kelahirannya pergi mengadap Ilahi tanpa sempat aku melihat senyumannya. Sesungguhnya kali ini kesedihan aku terlalu dalam, kesedihan yang masih berbekas sehingga kini sehinggakan sesekali air mata tetap bertamu mengenang kehilangannya. Si kecil yang ku lahirkan tanpa tangisan, tak mampu aku tatap wajahnya. Kulit putih mulusnya membuatkan aku terkenang sehingga kini, Allah (s.w.t) lebih menyayanginya daripada aku sebagai seorang ibu. Redza dalam kesedihan...

Kehilangan-kehilangan lalu membuatkan aku terlalu takut untuk menghadapi kenyaataan masa hadapan. Mampukah aku menghadapinya, kuatkah aku seperti dulu... Hanya yang pernah merasa kehilangan sebegitu tahu betapa peritnya sebuah kehilangan. Abah, tok ayah dan anak pastinya mempunyai tahap kesedihan tersendiri. Kehilangan anak terlalu berbekas di hati ini sebab itu aku terlalu memberi perhatian pada anak-anak kerana aku tidak ingin kehilangan mereka. Sakit anak-anak sakitlah aku, susah anak-anak susahlah aku sebagai ibu. Suami insan terdekat dan paling aku sayangi sebagaimana aku menatang anak seperti minyak yang penuh sebegitu juga suami ditatang. Dia mempunyai kedudukan paling teratas di hati, tiada pengganti....kasih, sayang dan cinta telah ternoktah untuknya dan aku tak ingin kehilangannya.

Kurniakanlah kekuatan kepada aku untuk menruskan perjalanan hidup ini, segalanya adalah atas kehendak mu Ya-Allah redzamu ku pohon....

0 Rider Beraksi:

Merintis Kenangan - Reunion Part 2

9:18 PG JunAina 0 Comments

Walaupun Syawal sudah berlalu tetapi rezeki hari minggu tetap datang juga, jemputan masih diterima untuk majlis makan-makan terutama dari kawan-kawan. Masa inilah dapat berkumpul dan berborak sepuas-puasnya dengan kawan-kawan terutama yang jarang berjumpa ataupun yang memang bertahun-tahun sudah tidak berjumpa. Leka melayan kawan-kawan yang ada sambil mejamu selera dengan hidangan yang tentunya istimewa disediakan oleh tuan rumah.

Kali ini memenuhi jemputan my best friend 'Salmiza' & her hubby yang berbesar hati menjemput kawan-kawan yang sama-sama belajar di IKM Besut suatu ketika dahulu. Bak kata pepatah tempat jatuh lagi dikenang inikan pulak tempat cinta dan sayang pernah bersemi... Banyak kenangan yang ditinggalkan di sana, semuanya menjadi terlalu manis walaupun suatu ketika dahulu terlalu perit untuk dilalui. Kerinduan pada hembusan angin laut di Pantai Air Tawar sentiasa tepu di hati, melewati hari-hari sebagai anak rantau di tempat orang. Ya...aku jatuh cinta dengan hembusan angin lautnya, jatuh sayang pada teman-teman yang sama-sama berjuang di sana dan jatuh rindu pada segala jenis makanan yang menjadi kesukaan di sana yang tak akan dapat di tempat lain.

Berbalik pada kisah kita...Menu istimewa dari tuan rumah pada hari tersebut (17.10.2010) adalah laksam, nasi kapit dengan kuah kacang (ala-ala ganu mari...), ketupat sotong, kek, koktail dan kuih muih serta biskut raya...(raya yang tak habis-habis...tapi ini simpanan khas utk jamuan lepas raya kata tuan rumah). Semuanya adalah 'home made' so tuan rumah memang ler pandai memasak coz semuanya sedap-sedap belaka. Terima kasih untuk tuan rumah iaitu 'Salmiza & Yusri' yang sentiasa sibuk melayan tetamu pada hari itu.

Jemputan terdiri daripada kawan-kawan yang satu batch LKM 1993-1995 dan senior satu semester dari batch kita orang. Antara yang hadir sudah tentu Izan & June yang sentiasa dengan senang hati akan memenuhi setiap jemputan kawan-kawan andainya tiada aral yang melintang (Izan & Mieza forever my best friend...ingat ya...), K.Na (kakak kesayangan...datang bertemankan suami & putri-putrinya), teman sekelas Azli, wife & anak-anak (waktu dia sampai June dan Izan dah balik jadi tak sempat jumpa), K.Mohaizah yang kali terakhir jumpa masa di IKM dulu jer maksudnya dah berbelas tahun le tak jumpa, still mentain walaupun dah ada 4 orang anak, K.Akma tak sempat jumpa coz my co-pilot dah kelat-kelat mukanya...hehehhee...(sori ya tak sempat jumpa k.ma kalau dak aku kena jugak dgn mulut lasernya...hahahaaa...masih leser seperti dulu ke? Itulah yang buat kita org terkenang-kenang sampai sekarang.) Jemputan lain yang ada Ann & Ina...

Kebetulan sehari selepas majlis adalah hari jadi tuan rumah so tuan rumah pun mengambil kesempatan meraikan ulangtahun kelahiran bersama kawan-kawan. Dari kami semua 'HAPPY BIRTHDAY TO YOU MIEZA'-MANY HAPPY RETURN, semoga di beri kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki dengan limpahan kebahagiaan.

Jadi untuk semua, layanlah gambar-gambar ehsan tuan rumah.


Birthday Mom...ambik kesempatan celebrate dengan kawan-kawan.


Kek special from hubby.


Ann teman tapi mesra with hubby...


Me & my co-pilot...my sis & her hubby juga princess alya...


Hizam (hubby Izan) & Abang Zul ( hubby k.mohaizah)


Qistina - Izan's little princess....



Prince of the year...k.mohaizah little boy...


K.Na & her sweet princess....



Izan, Hizam Junior & The Elder Princess...



K.Na sweet princess again...


Big family - student LKM-IKMB & family (kalau En. Nas tengok sure tangkap nangis.)


Satu lagi gambar posing all table round...



Second round Big Family from IKM Besut....

0 Rider Beraksi:

Malaysia - Tanah Airku

8:23 PG JunAina 0 Comments

Rasa marah...marah dan tersangat marahnya...

Kenapa pulak marah...marah sangat....

Sedih pun ada jugak, mana taknya bila anak bangsa memperleceh dan memperlekehkan negara sendiri. Terlalu banyak email yang berunsur negatif masuk ke inbox, dah penat nak baca kadang-kadang tengok tajuk terus delete jer. Agaknya dia orang ni tak ada kerja lain kot, cari silap dan kelemahan orang lain saja lepas tu sebarkan, agaknya dia orang ni tergolong dalam orang jenis apa ya.... Apa yang orang Malaysia buat semua tak betul semua tak kena tapi bila negara luar buat di agung-agungkan, pelikkan... Pemimpin-pemimpin Malaysia semua tak boleh pakai, US lagi tak boleh pakai habis tu siapa nak jadi pemimpin pulak? Haiyyyaaaa....banyak penin...

Sebagai rakyat Malaysia tak kisahlah walaupun kita pro kepada parti mana jugak pun cuba hormati negara sendiri. Di mana bumi di pijak disitu lagit di junjung...
Jangan kita taksub dengan sesuatu sehingga kita sanggup menghina dan meletakkan negara di bawah tapak kasut sendiri pulak. Biarlah pemimpin-pemimpin berbalah sesama mereka kerana kalau tiada pembangkang tiadalah juga pengkritik tetapi hormatilah negara kita jangan sampai melapaui batas-batas nilai murni.

Apa yang boleh di lihat dari mata kasar kebanyakannya adalah bangsa Melayu, itulah yang paling menyedihkan. Lahir, bersekolah, dibesarkan, mencari rezeki dan menunggu mati di Malaysia tetapi tidak ingin menghormati, menghargai dan meletakkan Malaysia di tempat sepatutnya. Bila ada bangsa lain yang memperlekehkan dan membuat lebih kurang mulalah kita naik angin sehinggakan kekadang kita sendiri melampaui adat dan susila.

Teringat pada seseorang, tiap-tiap pagi sebelum sarapan untuk ke sekolah anak-anak akan di kumpulkan dan menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama. Kemudian bersarapan dan pergi ke sekolah. Sehingga ke tahap itu betapa dia sayangkan Malaysia tempat tumpah darahnya. Dia tidak berpendidikan tinggi cuma pandai menulis dan membaca tanpa ada kesempatan untuk melajutkan pelajaran. Kagum... Mampukah kita menjadi begitu atau sekurang-kurangnya mendidik sifat sayangkan negara pada anak-anak kita sebagaimana mendidik anak-anak menyangi kita sebagai ibu...

Sayang bumi bertuah...

0 Rider Beraksi:

Bajet 2011 - Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi

4:49 PTG JunAina 0 Comments

Terungkai sudah tanda tanya isi kandungan Bajet 2011, walaupun tidak memberi perhatian sangat kepada bajet ini tetapi tetap mengambil tahu sedikit sebanyak hala tuju bajet negara. Bagi sesetengah orang mungkin perkara ini tidak penting tetapi inilah garis panduan dan hala tuju negara bagi tahun 2011. Memberi pendapat yang bajet hanya menguntungkan sesetengah pihak terutama yang berada di atas, inilah salah tafsir sesetengah orang yang tidak mahu membuka minda dan berfikir.

Hanya dapat membaca secara rawak jadi hanya memberi perhatian kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan tidak ingin menyentuh soal-soal besar bagaimana kerajaan ingin menjana ekonomi.

1. TOL - satu berita baik bagi semua pengguna lebuhraya PLUS, tempoh 5 tahun tiada kenaikan tol mungkin sedikit melegakan. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bebanan, nampak sedikit tetapi sekiranya dicongak secara kasar cukuplah kenaikan 5% setahun kita telah jimat 25% untuk tempoh 5 tahun tetapi malang rakyat asing juga turut merasa kemakmuraan ini.

2. Pinjaman perumahan 100% utk harga rumah RM220,000 menggunakan jaminan kerajaan dengan pendapatan isi rumah RM3000.00 - yang ini susah nak cakap, bayangkan pendapatan sebanyak tu nak survive satu family boleh ke nak beli rumah harga 220 ribu. Mungkin itu had maksimum jadi kena ukur baju di badan sendirilaah bila nak beli rumah.

3. Cuti bersalin 90 hari - tetapi perlu di ingat keistimewaan 90 hari itu dikira dari 300 hari yang telah sedia ada jadi kalau dulu dapat 5 orang sekarang hanya dapat 3 orang sahaja. Di kira bernasib baik kerana 90 hari adalah pilihan. Bagi aku 60 hari di rumah bila masuk ke office nak buka drawing pun macam dah blur inikan pulak 90 hari tetapi setiap apa juga perkara pasti ada pro dan kontranya.

4. Kenaikan elaun.

JKKK, Tok Batin (RM800) - Mungkin ini cara terbaik bagi memberi semangat kepada mereka untuk terus bekerja tetapi harapan rakyat jangan ada pemimpin ini yang bekerja kerana elaun bukan bekerja kerana rakyat.

Imam (RM750) - Harap selepas ini jangan ada yang bergaduh kerana berebut nak jadi Imam walaupun ketinggian ilmu agamanya hanya separas dada itik.

Guru Kafa - Elaun naik tapi ramai ibu-bapa berharap kualiti pengajaran & pembelajaran juga akan meningkat mutunya. Ramai di kalangan Guru Kafa bukanlah cikgu terlatih.

5. Cukai semua jenis telefon bimbit akan dimansuhkan (sebelum ini 10% bagi telefon bimbit biasa dan tiada cukai jualan untuk telefon bimbit yang mempunyai aplikasi internat dan PDA-Personal Digital Public Assistant) - dengar macam best tapi harga telefon bimbit akan turun ke selapas ini yang pastinya telefon yang canggih maggih akan tetap begitu harganya....

6. Gaji minimum pengawal keselamatan RM 500 - dari huraian yang dibaca gaji dan elaun akan melebihi RM1000 tetapi apa yang aku nampak pengawal keselamatan pekerja asing sudah lama menikmati gaji melebihi seribu. Pemantauan perlu dilakukan dari masa ke semasa bukan hanya di tulis di atas kertas.

7. Levi pekerja asing di naikkan - aku setuju sangat-sangat coz terlalu ramai pekerja asing kat Malaysia ni. Bukan setakat pembantu rumah, pekerja binaan tetapi semua sektor dikuasai pekerja asing. Kilang-kilang pun mengutamkan pekerja asing dengan alasan kos lebih murah dan mereka memberi komitmen tinggi. Orang asing datang Malaysia cari duit dan mereka tidak ada komitment lain selain kerja. Kita ada anak, isteri, ibu-bapa, keluarga dan masyarakat mesti ada urusan-urusan lain yang perlu kita selesaikan selain kerja, majikan perlu lebih sensetif.

8. 300 barangan kegemaran untuk kegunaan harian dimansuhkan duti import (sebelum ini di kenakan 5%-30% duti) - bila turun duti harap turunlah harganya tapi jangan yang high class saja pulak turun coz orang kebanyakan still tak mampu untuk membelinya.

9. Imbuhan kakitangan kerajaan RM500 - durian runtuh yang ditunggu tetapi itulah juga yang diberi. Jumlah yang agak kecil tetapi semua kakitangan kerajaan terpaksa juga menelan hakikat yang pahit ini. Jangan sampai kualiti kerja juga menurun dan doakan yang terbaik untuk tahun-tahun seterusnya.

10. Menara 100 tingkat - Mercu tanda kebanggan negara, setiap pemimpin akan meninggalkan kenangan untuk kita. Harap pelaburan berbaloi terutama bila melibatkan kos yang besar iaitu RM5 bilion. Semakin sesaklah Kuala Lumpur.

11. PTK - tak nak komen apa-apa coz hanya orang kerajaan yang lebih mengetahui tapi pada pandangan aku PTK sesuatu yang bagus, tak lulus peperiksaan jangan harap nak dapat naik pangkat.

Sedikit sebanyak tentang Bajet 2010, aku bukan penulis atau pengkritik tetapi cuma ingin berkongsi secara lebih ringan tentang perkara-perkara asas dalam bajet negara untuk 2011. Jadilah rakyat yang bertanggungjawab pada negara, sekurang-kurangnya ikutilah perkembangan semasa di dalam negara, sebenci mana kita kepada pempmpin yang ada kita masih berada di dalam Malaysia. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Bila kita sendiri tidak menghormati dan memandang tinggi negara sendiri apa yang kita harap daripada orang asing yang menetap di bumi bertuah ini.

DI MANA BUMI DI PIJAK DI SITU LANGIT DI JUNJUNG.

0 Rider Beraksi:

Merenda Bahagia - Syeikh Muszaphar & Dr. Halina

9:51 PG JunAina 1 Comments

Alhamdulillah segalanya telah berjalan dengan lancar, mengikat kasih dan menggapai bahagia selepas lapan tahun. Satu jangka masa yang agak panjang untuk mengenali hati budi masing-masing dengan harapan sudah tentunya kasih yang terikat dan janji yang terpatri melalui ijab dan kabul akan berkekalan sehingga nafas yang terakhir.

Perkahwinan gilang gemilang di PICC dimeriahkan oleh tetamu-tetamu jemputan termasuk Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, VVIP, kaum keluarga dah sahabat handai kedua belah pihak. Jemputan khas sudah pastinya teman-teman angkasawan seluruh dunia yang lengkap persalilan baju Melayu. Sama cantik dan sama padan, Syeikh Muszaphar segak melangkah umpama pahlawan dan Dr. Halina manis melangkah persis puteri.

Semoga perkahwinan ini akan membawa seribu kebahagiaan dan sentiasa berada dalam rahmat yang Esa. Tentunya semua rakyat Malaysia mendoakan kebahagiaan kedua-dua mempelai.

Melayu hidup bersendikan adat,
Menjulang nama bumi bertuah,
Pengantin diarak penuh istiadat,
Segak melangkah umpama Hang Tuah.

Teratak usang berhias sudah,
Dihias indah lagi berseri,
Melangkah gemalai kesinggahsana indah,
Cantik laksana tuan puteri.








1 Rider Beraksi:

Pre-Reunion @ Makan-Makan Rumah Kak Na

4:09 PTG JunAina 0 Comments

Lokasi Kejadian : Nilai Perdana

Tarikh : 10 Oktober 2010

Waktu : 12 tengahari sehingga petang.

Terima kasih kepada tuan tanah sekeluarga kerana menjemput kami semua ke Nilai untuk makan tengahari pada hari minggu lepas. Walaupun agak kerap jugak pegi shopping kat Nilai 3, inilah pertama kali sampai ke Nilai Perdana tapi alhamdulillah tak sesat senang je nak cari rumah Kak Na tambahan pulak jalan kat Nilai tak le sesibuk kat KL so dapat le drive sambil menikmati persekitaran.

Menu utama hari kejadian nasi putih, ayam masak merah (sedap...), daging masak kicap atau masak hitam (tapi den tak tau pulak apo org nogori panggil masak macam tu...ngeee...), sayur campur, ulam-ulam dan yang terkenang-kenang sampai ari nie sambal belacan power k.na memang sedap sehingga menjilat jari. Nanti nak kena belajar macam mana nak buat sambal belacan sesedap macam tu. Ada tembikai sebagai pencuci mulut. Anak-anak puas melayan kuih raya, jeli dan gula-gula kat atas meja, maaf le k.na coz gula-gula sampai masuk poket lagi.

Kawan-kawan yang sudi menghadirkan diri seperti biasa Mieza, June dan Izan yang sentiasa available sekiranya ada makan-makan. Tetamu istimewa hari itu tentulah Azli dan keluarga yang sanggup datang dari Cheras walaupun dah tersosat ke Nilai 3...nasib baik tak singgah shopping dulu...:) Selepas sepuluh tahun lebih tak jumpa tak banyak yang berubah pada tuan punya badan tapi sompek lagi dia mengusik kawan-kawan dalam sonyapnya.

Pada kawan-kawan yang lain insyaallah kita jumpa di lain kali. Zack yang sibuk dengan tugasan di Vietnam, Satar pulak masa inilah nak terbang ke Australia, Zohrin sudah tentunya sibuk balik ke Johor jenguk new baby born (tahniah wak & ina), Tie yang jauh kat Terengganu so kami tolong makan jelah, Amran yang sentiasa ada hal bila ajak berpoya-poya (sibuk sokmo tapi dah jumpa taun lepas kat umah Izan) dan K.Idah yang menyepikan diri (agaknya dah dpt new baby). Cikgu Faizah yang hujung minggunya asyik berulang ke Perlis (balik jenguk suami & anak-anak), Al-Jefri & Wan Kamarulzaman yang lagsung tak ada khabar berita. Ada lagi ke yang tertinggal....?

Buat tatapan kawan-kawan semua sebagai pemanas badan aktiviti akhir tahun...layan...









Sangat-sangat suka dengan gambar nie, kalau dapat berkumpul semua geng-geng sekelas mesti lagi gempak. Hanya yang ada Azli, Engku Hazana (tuan rumah), Salmiza, Norhaizan & Junaina. Jangan lupa ya yang lain-lain availablekan diri anda untuk BBQ kat Krubung nanti ya....(tuan tanah tak cakap apa pun tapi tetamu dah mula buat plan...hahahaaa...)

0 Rider Beraksi:

My Friend - House Warming Party

9:08 PG JunAina 0 Comments

Hujung minggu memenuhi jemputan seorang kawan ke majlis kesyukuran sempena berpindah ke rumah baru. Alhamdulillah dapat berkongsi kegembiraan dan rezeki kurniaan Allah bersama. Tahniah jugak kepada kawan yg sorang ni...
Buat Rose dan suami `TAHNIAH', cantik rumahnya...

Pada kawan yg tak dapat pegi layan le gambar yg sempat disnap dua-tiga keping ni, buat Rose sorry ya dah display kat sini...apa pun terima kasih atas jemputan. Best rumah Rose pandai match & matching tapi tak dapat le nak tunjuk deco yg sebetulnya coz tuan rumah dah punggah nak bagi ruang yang selesa untuk para tetamu yang datang.


Sempat lagi minta tuan rumah berposing dalam kesibukan melayan tetamu.


Suka ruang ni nampak simple dan tak berserabut dengan deco yang berlebihan, cahaya lampunya membuatkan ruang tampak mewah.



Kat depan sepanjang ruang dining & kitchen ada veranda, best boleh lepak-lepak tengok luar bila boring memerap dalam rumah. Masa masak pun boleh jugak intai-intai kat luar.


Gambar ni di ambil dari dining hall, sorry ya meja makannya tak nampak dan semua kerusi-kerusinya dah kena transfer kat bawah. Rugi pulak tak snap makanan yang ada biar semua kawan-kawan yang tak dapat pegi kempunan....

0 Rider Beraksi:

Raja Azura - Ikatan Yang Terlerai

4:37 PTG JunAina 0 Comments


Saat-saat bahagia...kini terlerai sudah.

Tabik pada KE dan bekas suami (Adzmin Tan Sri Osman), menyelesaikan masalah rumah tangga dalam diam tanpa publisiti dari mana-mana media juga pun. Profesional dalam menguruskan masyarakat sekeliling dan tidak mengecilkan hati mana-mana pihak. Rezeki jodoh pertemuan dan ajal maut Allah yang tentukan. Bermakna telah tertulis begitulah terlerainya ikatan suci KE dan bekas suami, berpisah secara baik.

Tanpa berita-berita panas keruntuhan rumahtangga mereka, tanpa gosip-gosip yang memanaskan telinga mereka secara rasmi berpisah. Menutup segala aib kedua belah pihak adalah jalan terbaik daripada menjaja dan menjadi bahan bacaan umum. Berapa ramai yang mampu begitu kerana kebiasaannya masing-masing akan menegakkan kebenaran sendiri dan menunding kesilapan pada satu pihak lagi.

Setiap rumahtangga ada ujian yang tersendiri, badai akan datang dan pergi cuba meruntuh benteng. Pertahankanlah selagi mampu andai tidak itulah takdirnya...rezeki jodoh telah berakhir bersamanya. Jangan bekas suami di jadikan musuh kerana anak-anak akan menjadi mangsa. Biarlah kita membawa haluan masing-masing tetapi jangan dipisahkan anak-anak dan bapa juga keluarga disatu lagi pihak.

Walau apa juga situasinya, walau siapa juga yang bersalah kesedihan tetap meraja dihati, bertahun-tahun berkongsi kisah suka dan duka tiba-tiba teman sebilik sudah tiada. Semasa Ijab & Kabul menerima seribu ucapan berbahagilah sehingga ke anak cucu tetapi segalanya musnah dipertengahan jalan...berderai...
Begitulah hati akan tersentuh dan bersedih dengan kenangan lalu...mengenang lewatnya hari-hari bahagia.

Buat KE perjalanan hidup masih jauh...TABAH & REDZA...
Mungkin Allah sedang menguji dan suatu hari tidak mustahil bahagia yang pergi akan berganti dengan seribu kebahagiaan yang lain.

0 Rider Beraksi:

Syawal - Raya Yang Tak Sempat Beraya Sakan

10:44 PG JunAina 0 Comments

Entri ini memang betul-betul terlewat, dalam kesibukan kerja terlupa pula nak upload sedangkan entri ini dah lama aku tulis.

Syawal tahun ni rasa terlalu hambar dan hilang keceriaan, mungkin pertambahan umur membuatkan hati ini dah terasa lain atau mungkin jugak berjauhan dengan dia yg ku sayang menambah hiba di pagi syawal. Tahun ni jugak menginjak akhir puasa dan menyambut syawal dalam keadaan kurang sihat. Perjalanan balik kampung yang menyiksakan kerana terpaksa memandu dalam keadaan demam bertemankan anak-anak.

Selepas berbuka puasa malam terakhir ramadhan, hati menjadi terlalu pilu dengan laungan takbir raya di tv. Dalam keadaan yang letih akibat demam dan keletihan juga menyediakan juadah hari raya untuk keesokkan harinya aku terlena, tanpa mimpi indah. Jauh disudut hati aku mengharapkan sesuatu yang lebih baik...menyambut syawal dan dapat mencium tangan dia yang ku sayang. Apakan daya takdir Ilahi mampukah aku melawannya.

Terjaga di keheningan pagi hati aku menjadi terlalu rindu pada dia yang ku sayang, semoga dia akan sentiasa dilimpahi kebahagiaan. Dia perlu tahu aku akan sentaisa kuat mengharungi apa jua cabaran, biarlah air mata ini hanya menjadi milikku seorang. Semuanya telah tersedia utk menyambut syawal, baju aku dan anak-anak juga sudah siap diseterika dan pagi syawal aku sambut dengan senyuman pengubat lara dihati sendiri. Insyaallah...semoga syawal yang akan datang membawa seribu rahmat dan kebahagiaan buat aku.

Kehambaran syawal kali ini juga membuatkan aku terlupa untuk merakamkan gambar untuk kenang-kenangan, hanya beberapa keping gambar yang sempat aku ambik itupun tak berapa cantik. Layan le gambar-gambar raya yang tak seberapa, tak sempat nak beraya sakan katakanlah...



















0 Rider Beraksi: