33 Tahun Dalam Kenangan.

6:41 PTG JunAina 8 Comments

30 April 2011
Ahad.

27hb April 1978 - 27hb April 2011 Abdullah bin Othman dalam kenangan.

Pemergiannya mengadap Ilahi meninggalkan keluarga yang masih memerlukan kehadirannya sebagai suami dan sebagai seorang ayah tetapi itulah takdirnya isteri menjadi balu dan anak-anak menjadi yatim.

Al-fatihah buat arwah abah walaupun tidak lama sempat merasa hangat pelukanmu tetapi kasih padamu tetap abadi dan pada tarikh sebegini setiap tahun air mata ini pasti tak mampu di bendung. Pada usia 2 tahun apa yang anak sekecil itu tahu kecuali menangis bila lapar dan dahaga.

Pemergian tidak terjangka dalam kemalangan di tempat kerja yang begitu targis, sesungguhnya itulah ketentuan ILAHI. Mebawa traktor di ladang tebu (Felda Chuping Perlis), dilanggar treller muatan tebu dan traktor terbalik dan arwah telah tercampak ke bawah dan terhimpap traktor dari pinggang ke bawah. Sebaik traktor dialihkan arwah abah menghembuskan nafas yang terakhir.

Itulah cerita seorang kawan arwah yang AINA jumpa setelah 32 tahun pemergiannya. Itulah pertama kali juga AINA menagis semahunya kerana selama ini AINA hanya mengetahui separuh dari ceritanya sahaja.

Kain CUKIN tetap menjadi kenangan sepanjang hayat kerana menurut temannya arwah tak pernah lepas dengan kain CUKINnya, digunakan juga untuk menutup muka ketika bekerja bagi megelakkan habuk. Pada hari arwah kemalangan kain CUKIN itu tidak dibawa bersama seperti kebiasaannya menurut emak. Itulah petanda perginya tidak kembali...


Kenangan terakhir bersamanya pada tahun 1975 - Tanjung Bunga, Pulau Pinang. Gambar ini dirakamkan ketika menghantar arwah tok wan dan tok ke Mekah yang pada ketika itu hanya menggunakan kapal laut. Hanya ini yang tinggal gambar-gambar lain mungkin boleh didapati di rumah adik beradik arwh abah yang lain.


Nukilan Aina: Gambar ini sudah kabur sebegitulah juga kaburnya ingatan AINA bersamanya tetapi kasih sayang sebagai anak tidak pernah kabur walaupun saat-saat AINA tersenyum gembira di dalam pelukannya terlalu kabur.


8 Rider Beraksi:

ARIANI Platinum.

3:33 PTG JunAina 9 Comments

Akhirnya dapat jugak!

Rabu pergi makan bersama Pak Tuan kat Jalan TAR sambil jalan-jalan cuci mata, tiba-tiba terpandang banner kat sini. Member card sale! 6 hari sahaja bermula 27 April. Wahhh...macam best je, sempat le singgah menjamu mata. Walaupun ada yang terbekenan sabarkan jelah hati ini. Pak Tuan mentain je, belek-belek tudung. Selepas puas-puas membelek terus keluar dan pergi ke tempat kegemaran dan beli le dua helai tudung yang berharga RM10 untuk mengelakkan kempunan..hahhaaaa...

Semalam kakak-kakak kat office ajak pegi, kebetulan Pak Tuan tak dapat melayan kerana menghadiri mesyuarat di Putrajaya. Jalan berempat dari office ke Jalan TAR, melalui CAP SQUARE. Semasa kakak-kakak memeilih tudung AINA hanya jadi penasihat je, jadi IMAGE CONSULTANT. Sambil tu sms Pak Tuan bagitau ada kat ARIANI temankan kakak-kakak kat office membeli-belah. Tak lama lepas tu mendapat jawapan positif dari Pak Tuan berbunyi 'Kalau nak belilah, balik nanti claim tapi jangan mahal-mahal sangat bawah Rm50'. YES!!! Pucuk di cita ulam mendatang.

My first collection of ARIANI PLATINUM! Berbaloi-baloi beli time sale. Dari harga RM120 boleh tinggal separuh harga dan yang satu lagi tu penghabisan stok RM48 je. Kalau nak membeli harga biasa memang tak terbeli bukan tak ada duit tetapi dengan harga tudung sehingga RM120 untuk sehelai rasanya lebih baik duit itu di gunakan untuk benda-benda yang lebih penting.

Tudung ARIANI PLATINUM ini memang bila kita pakai nampak cantik dan exclusive. Warna biru kegemaran AINA dan Pak Tuan jugak. Hampir 50% less, memanjakan diri selepas bekerja teruk sepanjang bulan.
 

Mengikut syarat Pak Tuan boleh beli tudung asalkan tidak lebih dari RM50 so AINA beli satu lagi, claim pada Pak Tuan dan consider sebagai pemberian Pak Tuan untuk bulan ini (bulan depan lain pulak tau!)...hahhaaaa... Baru terperasan juga berunsur sedikit biru.



Itulah wanita tak habis dengan shopping tetapi jangan sampai membazir pulak. Bila kawan-kawan pakai terasa teringin dah dapat dua ini cukuplah untuk hilangkan kempunan. Sejak ARIANI PLATINUM diperkenalkan dan WARDINA menjadi dutanya rasanya inilah pertama kali di beri diskaun yang sebegitu dan pertama kali jugalah AINA beli ARIANI PLATINUM!

Nukilan Aina: Bukan harga dan jenama yang menjadi ukuran tetapi keselesaan memakai yang lebih utama disesuaikan pulak dengan fungsinya untuk menutup aurat.




9 Rider Beraksi:

Jumaat Datang Lagi.

8:22 PTG JunAina 3 Comments

Jumaat
8.15 malam

Drebar dah tunggu kat bawah!

Rindu punya pasai nak jugak meulis kat sini, biaq le dia tunggu dengan muka kelat tapi dia mesti tak berani nak marah pasai hari ini hari khamis malamnya malam jumaat! hahahaaa...

Maaflah kawan-kawan semua nanti AINA akan curi-curi masa bertandang, sekarang masa dah tak banyak boleh dihabiskan untik berppoya-poya kerana tuntutan tugasan yang UMPAMA lari kandang singa masuk mulut buaya!

Apapun rindu kengkawan semua! Selamat menjalani malam JUMAAT dengan seribu ketenangan dan berkat ILAHI!

Nukilan Aina: Sibuk sesangat! Agaknya bila le boleh duduk rehat goyang kaki menikmati segelas jus sambil landing di tepian pantai.




3 Rider Beraksi:

Jalan Ke Penghujung Perkhidmatan...

12:55 PTG JunAina 16 Comments

Setelah melalui jalan berliku, mengharungi perit jerih, suka dan duka kini sudah tiba saatnya. Perjalanan lebih 30 tahun perkhidmatan bakal sampai ke pengakhiran. Jauh di sudut hatinya pasti terselit seribu kesedihan yang tak mampu diucapkan. Riak wajah kegembiraan berbaur satu perasaan yang tak bisa diluahkan dengan perkataan. Hanya dirinya dan hatinya mampu berbicara.

Catatan ingatan untuk dirinya! Hatiku pilu tetapi bagaiman pula hatinya?

 Membilang hari dalam keterujaan, berpaut pada satu kenyataan yang tak mampu ditangkis kerana masa telah merubah segalanya. Perjuangan dalam perkidmatan yang belum selesai tetapi telah sampai ke pengakhiran dan bakal diwarisi generasi baru dengan harapan pengganti biarlah segagah dirinya. Tangkas dalam menjalankan tanggungjawab dan tidak pernah berkira andai masa bersama keluarga dihadkan demi tuntutan tugasan dalam melaksana undang-undang.

Tidak lama lagi segala tanggungjawab yang digalas akan di pindahkan kepada pejuang anak bangsa yang lain, moga hatinya luhur demi tanggungjawab. Memegang kukuh panji-panji Sang Saka Biru! Berpegang teguh pada sumpah yang dilafaz. Menjalankan tanggungjawab mengikut paksi yang lurus.

Sentiasa segak dalam uniform walaupun telah dimamah usia. I like it...

 Bermula juga satu fasa baru dalam kehidupan Pak Tuan, akan kehilangan rutin hariannya. Membelah pagi yang dingin ke pajabat, menyelak fail yang tak pernah surut, menyelesaikan IP yang silih berganti, menghadiri mesyuarat demi mesyuarat. Pasti pada awalnya Pak Tuan akan melaluinya dengan seribu kepayahan kerana lebih 30 tahun rutinnya sentiasa sibuk, hatinya, jiwanya penuh dengan perjuangan demi negara! Patriotisma yang ada dalam dirinya akan kekal sebegitu!

Harapannya cuma satu, jangan dipandang rendah dan serong pada PDRM, andai ada hatinya cukup terguris. Jangan kerana 'Nila nan setitik menjadikan susu sebelanga rosak' kerana masih ada perjuangan yang telus dalam PDRM, yang jiwanya, hatinya dan dirinya berjuang demi negara!

Nukilan Aina: Hati bagai di tusuk sembilu, bila pertama kali melihat catatan di dinding pejabatnya. Itu hatiku bagaimana pulak dengan hatinya? Hanya Allah yang mengetahui. Itulah hukum alam!

16 Rider Beraksi:

Tetapkan Hati Pada Kebaikan

9:57 PG JunAina 11 Comments


 "(Mereka berdoa), Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk. Kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia)"...(ali imran:8)


Hati Perlu Dijaga lebih Daripada Penjagaan Fizikal


Hati manusia terbahagi kepada empat jenis :-


1. Hati yang bersih/hidup
Hati orang yang beriman dimana terdapat cahaya Ilahi yang memancar


2. Hati yang tertutup/mati
Hati orang yang engkar terhadap keesaan Allah SWT, iaitu hati orang kafir


3. Hati yang terbalik
Hati orang yang tahu tetapi engkar,melihat tetapi sengaja buta,yakni hati orang munafik


4. Hati yang terdedah pada dua keadaan
Hati orang yang ada iman dan juga nifak, tetapi orang itu akan sepertimana antara dua ini yang lebih kuat


* Hadis Rasulllah SAW ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim ) " Ketahuilah, bahawa didalam badan ada seketul daging, apabila ianya baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekelian.
Ketahuilah, Itulah yang dikatakan hati ".


Dan tidak ada sesiapa pun yang boleh terjamin bebas dari memiliki penyakit hati atau terkena kesan penyakit hati orang lain, kerana seperti sabda Rasullulah SAW.


" Sesungguhnya syaitan itu berjalan menelusuri tubuh anak Adam, sebagaimana berjalannya darah dalam tubuh manusia. Aku amat bimbang kalau syaitan akan mengelirukan kamu, lalu kamu menyangkakan kepadaku yang tidak baik ".




 "Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu"
(Al-Baqarah :  Ayat ke 284)

Nukilan Aina: Sekali lagi entri ini dikongsi dari email yang masuk ke junaina.abdullah@ranhill-worley.com. Salinan semula ini semoga dapat memberi sedikit pengetahuan dan panduan buat kita semua. Sedikit ilmu untuk dikongsi bersama....(tiada link ke artikel asal dan maaf juga dipohon kerana menyalin semula tanpa kebenaran.)

 

11 Rider Beraksi:

Berbudi Pada Tanah

10:19 PG JunAina 12 Comments

Hujung minggu bersantai sahaja kat rumah, menguruskan hal-hal rumah yang terbengkalai sejak 8 bulan lalu dek kerana kesibukan tugasan kat pejabat. Sibuk juga menguruskan hal anak-anak yang terbiar sekian lama. Kereta pula dah berbulan tak sempat nak mandikan hehehee...

Masih ada masa menjenguk Pak Tuan kat kebun yang tiba-tiba hilang dari rumah, ambil kunci kereta dengan hajat nak ke pasaraya tetapi terbantut bila nampak kelibat orang sedang menyangkul kat parking kereta. Lahhh...kat sini rupanya dia, dengan hobinya...berkebun walaupun hanya di tanah sekangkang kera. Tanah rizab sungai je pun.

 Pokok pandan dan serai. Kalau setakat nak buat cendol dan sekuali rendang pandan dan serai memang tak perlu beli.

 Pak Tuan gigih menyangkul rumput. Lama jugak kebun ini tak berjaga, asyik sibuk kat kebun yang lagi satu.

 Ini pulak pokok belimbing buluh, tak lama lagi gulai udang tak perlu le beli lagi belimbingnya. Sambal belimbing pun sedap jugak.

 Membaja anak kelapa. Benih dari Negeri Sembilan rasanya, di ambil semasa menzirah kakak Pak Tuan di sana. Lupa pula nama tempatnya yang pasti kawasan felda melepasi Kuala Pilah dan Batu Kikir.

Ini pula anak durian. Entah bila le nak dapat hasilnya, entahkan sempat entahkan tidak.


Inilah hasilnya berbudi pada tanah. Pisang yang comel-comel ni masih tersimpan kat rumah, tunggu masak. Hari minggu dah pun di gulaikan pisang mudanya. Ini adalah hasil kebun yang lagi satu. Di penuhi pokok pisang, tebu, serai,ubi kayu dan pandan. Ada jugak pokok lain seperti ciku, rambutan, durian, nagka madu, kelapa dan jambu. Jarang ke sana tetapi kalau kebun kat parking ini memang le selalu lepak-lepak bila Pak Tuan beroperasi, kadang-kadang jadi tukang siram bila Pak Tuan berada di luar kawasan. Tempat pisang tu parking pulak kereta yang dah berbulan-bulan tak mandi...hahahaaa... nampakkan dia punya berabuk! Cian kete tu...


Nukilan Aina: Bertahun-tahun menjadi penghuni bandar tetapi jiwa kampungnya tetap tepu!





12 Rider Beraksi:

Jumaat Yang Bahagia.

12:51 PTG JunAina 11 Comments

Syukur alhamdulillah setelah Jumaat lepas yang agak menduga kesabaran Jumaat kali ini tiba dengan seribu kebahagiaan dan rahmat dari Ilahi.

Jom Aina dah bersiap-sedia untuk balik...
Inilah bahagianya biasanya Jumaat terpaksa juga bekerja sampai petang telah berbulan-bulan begitu. Jumaat kali ini boleh le balik pukul 12...waaahhhh...seronoknya... Dah lama nikmat balik separuh hari di hari Jumaat tidak di rasai. Alhamdulillah, boleh le buat aktiviti yang dah lama tertunda kat rumah.

Langsir dah 6 bulan gunting tapi tak sempat berjahit!

Nukilan Aina: Tempat kerja ini Jumaat memang separuh hari je tapi hari lain kena tambah sejam waktu kerja. Flexi hours masuk 7am-9am balik 5pm-7pm, Jumaat boleh shopping sakan kat Jalan TAR (tu pun kalau banyak duit!)

Tiba-tiba terasa rindu pada keenakan hidangan ini. Ayamnya memang sedap tapi tak mampu rasanya nak ke Bandung di masa terdekat ini.

11 Rider Beraksi:

Jangan tinggalkan sunnah.

6:27 PTG JunAina 11 Comments

Hanya ingin bekongsi sedikit ilmu dan amalan yang masuk ke kotak email, semoga menjadi pedoman dan pengajaran kepada kita semua dalam menempuhi kehidupan ini. Sesungguhnya garapan ini hanyalah disalin semula dan bukanlah hasil ilham rasa sendiri. Ilmu yang ada dikongsi bersama (sampaikalah walau sebaris ayat.)

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tunaikanlah kewajipan dari Allah atasmu, nescaya kamu menjadi manusia paling mengabdi! Jauhilah segala larangan Allah, nescaya kamu menjadi manusia paling warak! Senangilah untuk orang lain apa yang kamu senangi untuk dirimu, nescaya kamu menjadi mukmin.'

Itulah gambaran mukmin sempurna yang benar-benar layak disebut beriman kerana telah mengamalkan ketiga-tiga perbuatan di atas. Sungguh, cukuplah itu semua sebagai kesibukan.

Berkata Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a., "Engkau takkan mengagungkan sesuatu yang dianggap rendah oleh Allah, takkan memuliakan sesuatu yang dianggap hina oleh~Nya, takkan meremehkan sesuatu yang dianggap bererti oleh~Nya, takkan berhubungan dengan sesuatu yang seharusnya dijauhi, dan takkan menegakkan sesuatu yang seharusnya dihancurkan."

Daripada Mu’adz bin Jabal r.a., beliau berkata: “Aku mendengar Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda, Allah Subhanallahu wa Ta’ala
berfirman: “Wajib mendapatkan kecintaan~Ku orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, dan yang saling berkunjung kerana Aku, dan yang saling berkorban kerana Aku.” [Riwayat Ahmad]

Maka hendaknya kita sentiasa menjaga dan menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. setiap hari terutamanya sunnah-sunnah yang tersebut di bawah ini.

PERTAMA : Dirikan solat sunat tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Firman Allah s.w.t bermaksud: “Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk solat) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’ [QS Al-Isra': Ayat 79]

KEDUA : Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

KETIGA : Bacalah Al-Qur'an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata melihat dan membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

KEEMPAT : Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

KELIMA : Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

KEENAM : Sentiasalah dalam keadaan berwudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Berkata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah."

KETUJUH : Amalkan istighfar setiap saat. Dengan beristighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita, akan dijauhkan oleh Allah.

"Jagalah batinmu dengan merasakan kehadiran Allah, dan jagalah lahirmu dengan mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w."

"Kebaikan itu adalah dalam menghadap kepada~Nya, dan keburukan itu adalah kerana berpaling dari~Nya. Setiap amal yang kamu harapkan upahnya adalah untukmu, dan setiap amal yang dilakukan kerana Dia bererti untuk~Nya. Jika kamu beramal dan meminta ganti, maka balasannya adalah makhluk. Jika kamu beramal untuk mencari redha Allah swt., balasannya adalah kedekatanmu dengan~Nya dan memandang kepada~Nya, kemudian kamu tidak akan meminta ganti atas semua amalmu. Apalah ertinya dunia, akhirat, dan segala sesuatu selain Dia, jika dibandingkan dengan Dia?" {Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani}

Teman, tingkatkan amal kalian sebelum kembali kepada~Nya.

:-: Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya, maka Allah akan memperhatikan kepentingannya. Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitan dihari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain maka Allah akan menutupi kejelekannya dihari kiamat. (HR Bukhari dan Muslim






11 Rider Beraksi:

Muhasabah Diri.

4:42 PTG JunAina 15 Comments

Hari ini sudah sedikit stabil, angin pun dah habis. Fikiran pun sudah sedikit tenang cuma masih sibuk dengan pindah barang. Alhamdulillah hari ini memulakan hari baru kat Sunway Tower. Bukan tak biasa, dua tahun lepas memang kat sini lepas tu dapat task force project. Tinggallah floor ini dan semua kawan-kawan dan mungkin dah sampai masanya pulang kembali dan menyambung silaturrahim kat sini.

Apa yang berlaku adalah pengajaran, di kesempatan ini muhasabah diri adalah yang terbaik. Alhamdulillah dan insyaallah semuanya akan bertambah baik. Mencari kelemahan diri berbanding my click (Catherine) dan kesimpulannya, diri  ini memang punyai terlalu banyak kelemahan berbanding dia.

Antara yang dapat dikesan.

1. Masuk kerja selepas pukul 8 pagi. (Flexi hours 7am - 9 am)
Selepas hantar anak ke sekolah barulah bertolak dari rumah biasanya 7.20am. My click hanya uruskan suami coz dia tak ada anak untuk diuruskan so dia boleh masuk awal.

2. Ambik masa untuk sarapan 15-20 minit kat pantry setiap hari (lebih baik rasanya dari minum kat kedai yang biasanya akan ambil masa 45 minit sehingga 1 jam!). My click dah mula buat kerja dan my lead pun tak nampak dia sarapan coz dia sampai awal before my lead sampai.

3. Tengahari bila keluar makan selalu masuk lewat dan biasanya keluar pun lewat jugak! My click lebih suka tidur di tengahari, tak keluar makan (jaga badan!).

4. Selepas pukul 2 pm akan ambik masa sekurang-kurangnya 20 minit utk solat zohor. My click (berbangsa Cina) tak solat tak ambik masa kerja, ala my lead yang muslim(Iranian) tu pun tak solat!

5. Kadang-kadang boring dan stress buat kerja masuk internet, tengok surat khabar, buat BW(hahahaaa...), bangun je memang le dia nampak coz my cubical membelakangi my lead. Biasanya lunch hour atau after 5 memang menjelajah serata internet!...Komputer Cath tak ada internet access, jadi dia tak le merayau kat internet tapi suka merayau baca novel!

6. Selepas pukul 5, ambik masa lagi gi solat asar. My lead ada dia kisah pasal solat!

7. Kalau bekerja hari Sabtu atau Ahad kekadang bawak anak-anak( kesian anak-anak tak ada masa dengan mama), mungkin my lead tak selesa. Padahal budak-budak tu tak ada le bising tak de kacau mama kerja pun. Dapat komputer seorang, dapat laptop seorang senyap le (biasanya kakak akan syer laptop dgn abang). Kekadang dia org bz dgn kerja sekolah tapi kalau kerja hari Ahad confirm bawak dia org!

8. Kuat menjawab! Bab ini mungkin dia paling tak tahan. Kalau tak kena sahaja memang terus terang je cakap, bukan apa my lead tu kiranya semua yg dia buat tu betullah! Adoyai...kadang-kadang benda yg dibuatnya salah tapi dia tanya kita kenapa kita buat! Mau tak hangin mak cik...

Selepas ini kena lebih berhati-hati dan memperbetulkan segala kelemahan diri. Penilaian sepanjang tahun sedang di jalankan, my lead akan bagi markah tapi dah jadi macam ini hanya mampu bertawakallah kerana hanya Allah juga yang lebih mengetahui. Semuanya bergantung pada HOD dan setakat ini alhamdulillah dia seorang yang sangat memahami. Lagipun semua orang kat department tahu perangai my lead macam mana, kiranya kami yang pergi (terpaksa sebenarnya)ke project dia tu macam gantung dirilah (hahahhaaaa...).

Sesungguhnya setiap sesuatu yang terjadi itu ada sebab dan musababnya serta ada hikmah yang tersembunyi. Redhalah...

Nukilan Aina: Sebiji biji benih tak kira di mana ia dicampakkan nescaya ia akan tumbuh mejadi pokok yang suatu hari akan membesar, berbunga dan mengeluarkan hasilnya!


Tak mau fikir sedih-sedih lagi, jom pekena laksa beras Kuala Perlis dengan cendol.





15 Rider Beraksi:

Demob Me?-Jumaat Yang GERAM!

4:23 PTG JunAina 12 Comments

Ketenangan pagi yang penuh keberkatan ini betul-betul tercabar! Apa nak cakap? Menggigil tangan bila seketeri department floor call pepagi buta. Belum sarapan, belum start enjin...dapat berita.

'Junaina could you please to give me your workstation number'
'Sorry Jenny, I couldn't find it but I think it 31. Why?'
'Did you receive any email?'
'About what?'
'You will be move to Sunway Tower on this coming Monday'

HAHHHHH....!!!!
Tak ada angin tak ada ribut! Aku kena balik department floor? Baru dua hari lepas aku balik 12 malam dan minggu lepas request tambah orang, tiba-tiba dunia dah terbalik. 

Memang pagi ni aku mengamuk sakan, tingkat 6 RKT senyap kerana angin aku. Mansour (Lead Engineer) tak berani menegur. En. Yazed (Lead Designer) cepat-cepat call HOD. Aku cari bibik mintak kotak, on the dot aku punggah semua personal item masuk kotak. Dah tak boleh tunggu hari Isnin. Hati dah bengkak! Jiwa dah sakit!

"Mansour!!! Why you demob me from this project without any notice? Just email or come to me & say something! One day I will demob you from Malaysia! Go back to Iran!'

Nukilan Aina:Insyaallah sesuatu yang lebih baik sedang menunggu, beginilah nasib habis madu sepah dibuang. Keluarkan aku dari projek tanpa bagitahu sepatah kata. Inilah yang terbaik dan mungkin Allah sedang merancang yang lebih baik untuk aku.


*Maaf kengkawan semua Aina not in mood, nak buat bw pun dah tak mampu rasanya. Bila mood dah stabil I will come back... 


12 Rider Beraksi:

Keletihan dan Mengantuk

6:58 PTG JunAina 8 Comments

Badan dah tersangat letih. Malam tadi kerja hingga lewat malam, tekun sangat bekerja sehingga mata mula terasa berat. Mengangkat muka memandang jam, mak aiii…pukul 12 malam! Cepat-cepat siapkan kerja dan kemaskan meja, bersedia untuk balik. Dalam hati merungut-rungut juga, kenapalah client ni tergesa-gesa nak balik INDIA. Terpaksalah kami bekerja keras seminggu ini.

Ku pandang sebelah, jiranku masih tekun bekerja dan bos kecikku menarik kerusi duduk di belakang. Ingin berehat sekejap katanya. Kesian…masing-masing terpaksa all out. Sempat lagi dia buat lawak bodoh…’dah gi balik nanti laki datang cari saya susah’ ekeleee…kenapa tak cakap dari pukul 8 tadi, kalau tak dah lama lesap.

Pukul 8 malam dah alihkan motor dari parking dalam bangunan ke kaki lima, alhamdulillah walaupun jam sudah menginjak 12 malam Kuala Lumpur masih terus hidup. Masih berhati-hati membuka kunci motor kerana kawasan pejabat ramai kaki dadah, risau! Pengawal keselamatan pun masih ada lepak-lepak di depan bangunan.

Memikirkan jalan terpantas untuk sampai ke PLUS Highway, memilih AKLEH-Jalan Tun Razak (U-turn kat persimpangan ke Jalan Semarak) terus ke Tol Sg. Besi. Bayangkanlah…sorang perempuan merempit sendirian di dinihari, kalau kena tahan polis mahu dia kata minah rempit!

Nukilan Aina: Belum nampak tanda-tanda boleh balik awal hari ini, masih perlu mengorbankan masa dan keringat untuk menyiapkan kerja-kerja di pejabat. Buat Pak Tuan terima kasih kerana memahami situasi dan di harap akan terus memahami. Kepada anak-anak tersayang, pengorbanan hari ini adalah untuk masa depan kalian dan yang pasti bulan Julai nanti kita cuti sakan!

8 Rider Beraksi:

Simbah Asid - Berhati-hatilah

10:07 PG JunAina 18 Comments



Masuk pejabat pagi ini rutin biasa sebelum sarapan semak email kat peti masuk, manalah tahu tiba-tiba ada urusan penting. Tebaca satu email yang bunyinya agak menakutkan.

Sent: Monday, April 04, 2011 11:20 AM
Subject:
‘Salam Kenkawan..

Pagi tadi Razak called bagi tau dan suruh ingatkan semua kenkawan
kalu kluar lunch hati2 sebab org yg simbah asid tu dah melarat
ke area sentul dan dang wangi semalam jer kat sentul dah ader 3
kes...dan yg terbaru dia simbah kat istana budaya jln tun razak Dang wangi pun dah ada kes jadi x mustahil kat sini pun dia akan buat dia, mamat nih naik motosikal sorang2 kulit hitam jadi tolong


war2kan pada yg lain target dia memang perempuan.’

Dang Wangi tu kawasan aina bekerja, jangan dibuatnya orang tu buat hal kat sini sudah le. Menakutkan!

Apalah agaknya motif mamat sakit jiwa ini gamaknya. Salah tidak, kenal pun tidak tiba-tiba baling asid kat orang. Masalahnya budak sekolah pun kena masa kat Brickfield dulu tu. Sudah berapa ramai mangsanya tapi dia tak pernah puas. Agaknya dia gembira bila tengok orang yang terkena balingannya tu menggelupur kesakitan, tak pun puas hati dapat cacatkan orang.
Mungkin dia ni ditinggalkan kekasih kot, pasal tulah sakit hati sangat dengan orang perempuan.

Harapan orang ramai agar polis cepat-cepatlah menangkap orang yang menyimbah asid nih. Kalau kes-kes berprofile tinggi dapat diselesaikan cepat apa salahnya beri tumpuan jugak kepada kes ini kerana sudah ramai yg menjadi mangsanya bezanya mangsa-mangsa ini cumalah rakyat biasa/orang kebanyakan yang tiada kepentingan. Kat plastik yang dibaling orang tu tak ada cap jari ke ek? Kalau betul begitu memang dia penjenayah sakit jiwa yang profesional.

Nukilan Aina: Allah lindungilah kami dan keluarga kami serta kawan-kawan kami dari segala kejahatan dan malapetaka. Amin...



18 Rider Beraksi:

Keputusan Ujian Setara Junior.

1:19 PTG JunAina 18 Comments


Selama ini hati ibu ini terlalu resah dengan persekolahan si kecil dalam keluarga. Sejak pertama kali melangkah ke alam persekolahan semasa berumur lima tahun sehinggalah menjejakkan kakinya ke Tahun 1, debaran itu tak pernah berhenti. Mampukah Syed Mohamad Hikram aka Adik aka Junior memberi persembahan yang terbaik.

Junior tidak pernah memberi tumpuan dan tidak tertarik kepada pelajaran. Dunianya hanyalah mainan dan kartun di televisyen. CD yang ada tidak ada satu pun yg berunsur pembelajaran, kalau ada yang kakak dan abang sebelum itupun dia memang tak layan. Sehingga satu peringkat atas nasihat seorang doktor di minta membawa Junior melalui ujian Dyleksia seperti yang pernah di tulis kat entri terdahulu HIKRAM DYSLEXIA (kalau rajin bacalah…). Berbincang dengan Pak Tuan dan sebagai lelaki yang mempunyai keegoannya yang tersendiri, dia menolak cadangan itu dengan alasan belum masanya lagi untuk dia mula belajar. Berilah masa. Janjitemu yang telah dibuat terpaksa di batalkan.

Memasuki Tahun 1 dengan keterujaan melampau, sejuk hati mama sekurang-kurangnya dalam kekurangan ada kelebihannya. Walaupun sudah ke Tahun 1 tanpa mampu membaca tetapi Junior sangat rajin dan bersemangat untuk ke sekolah. Bukan ingin meletakkan perbandingan antara anak-anak tetapi Junior sedikit ketinggalan dibandingkan antara kakak dan abang yang telah boleh membaca pada usia 5 tahun.

Baru-baru ini Junior menduduki Ujian Setara, sebelum cuti sekolah. Minggu lepas mula mendapat keputusan ujian yang di duduki. Sangat terkejut! Selama ini mama terlalu memandang rendah kemampuan kamu, sehinggakan hanya meletakkan markah perperiksaan mungkin hanya sekitar 50% sahaja (itu pun paling tinggi). Mana taknya 2 minggu pertama mama terpaksa mengajar untuk dia menyebut 1 TEKUN (nama kelas dia), puas juga cuba mengingatinya. Kelas Junior pulak adalah kelas yang ke-5 dari 7 kelas.

Alhamdulillah. Besyukur sesangat dengan apa yang dia dapat.


Ini Kertas Pendidikan Islam. Kalau nak ikut tulisan jawinya memang Junior kantoi (pendapat mama je...). Tak sangka dia boleh lulus jugak.


Ini kertas ujian matapelajaran Matematik. Markah 27/40, mendapat 74% dan mendapat gred B.


Kertas Bahasa Melayu Kertas 1 (Pemahaman), mendapat 70%.

Bahasa Melayu Penulisan, agak bagus Junior dapat 95%.

Ini paling tak tahan, tulisan ini mama zoom dari kertas peperiksaan Pendidikan Islam, sampai hari ini tak leh nak fikir. Macam manalah Junior boleh imagine untuk tulis terbalik macam tu.

Matapelajaran lain pun dah dapat tetapi tak sempat nak ambil gambar, terpandang pagi tadi kertas Bahasa Inngerisnya cuma dapat 49%. Alahai anak... Mama pula kebelakangan ini tersangatlah sibuk, anak-ana sedikit terabai tetapi nasib baiklah Umi yang menjaganya, kalau tak apalah kata pengasuhkan coz selalu ambik anak lewat.

Umi & Alya. Penjaga anak-anak merangkap my fesyen designer & acctually she is my sista...hahahaa...



Nukila Aina: Setiap anak mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri dan sebagai ibu kita seharusnya memberi perangsang kepada mereka untuk terus berjaya di dalam hidup. 





18 Rider Beraksi: