Al-Fatihah - Tragedi Sebagai Peringatan

5:19 PTG JunAina 6 Comments

Salam buat semua, sudah agak lama rasanya Aina tidak menulis sesuatu di halaman ini. Terasa rindu menebak di dada seperti kehilangan sesuatu, ibarat mencari cahaya dalam kegelapan. Hari ini kesempatan itu datang, alhamdulillah dalam kesibukan masih mencari ruang untuk bersama kawan-kawan di alam maya.

AL-FATIHAH buat semua 16 mangsa tanah runtuh Rumah Anak Yatim Al-Taqwa, Ulu Langat. Pemergian mereka semoga di tempatkan bersama orang-orang yang soleh dan janji syurga untuk mereka. Hanya itu yang termampu kita lakukan dari jauh dan setiap kali melihat berita air mata tak mampu di bendung. Sesungguhnya hanya Allah yang lebih mengetahui rahsianya.

Alam menjadi marah dengan manusia yang sesuka hati menarah bukit dengan rakusnya dan menebang pokok di sana sini tanpa memikirkan risikonya atau juga itu adalah satu peringatan Allah (s.w.t) terhadap kita sebagai hambanya. Mengingatkan kita kepada tanggungjawab kita terhadap anak-anak yatim. Bahawa mereka juga manusia, perlukan pembelaan, perlukan kasih sayang dan perlukan perhatian. Pahalalah bagi seorang umat manusia bila hanya mengusap kepala anak yatim, subhanallah...sedarkah kita?

Dalam hadith disebut “Sesiapa yang mengusap kepala anak yatim kerana sayang, maka Allah mencatat baginya dengan setiap rambut yang tersentuh tangannya satu kebaikan, serta dengan setiap rambut itu akan menghapus satu dosa darinya dan menaikkan satu darjat."

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).” (Bukhari)

Bila tragedi sebegini berlaku banyak bantuan, pemantauan dan sebagainya datang sedangkan sebelum ini kewujudan mereka dipandang sepi. Berapa ramaikah yang tahu kewujudan Rumah Anak Yatim Al-Taqwa sehingga kejadian ini berlaku? Kenapakah juga tiada pemantauan dari jabatan yang sepatutnya dikawasan tersebut, sekurang-kurangnya pemberi nasihat dan panduan. TIADA.

Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hendaklah lebih bertanggungjawab dan jangan hanya memberi alasan untuk melepaskan diri sendiri. Bila tragedi berlaku tak perlulah mengira berdaftar ataupun tidak sesuatu Rumah Anak Yatim tunjukkanlah sifat pengasihnya seorang ibu dan bertanggungjawabnya seorang pemimpin! Peganglah amanah yang telah diberi sebaik mungkin dan jangan hanya menjadi menteri yang hanya pandai bercakap. Bukannya bila PM atau TPM turun padang baharulah Menteri yang bertanggungjawab mengikut dibelakangnya. Dia sepatutnya lebih proaktif, sepatutnya berada di sana pada hari kejadian atau pun mungkin terlalu sibuk hantarlah Timbalan Menterinya atau exco-exconya tetapi sayang TIADA! Mintalah kakitangan membuat pemantauan di rumah Anak Yatim yang tidak berdaftar.

Sepatutnya kita bersyukur tanggungjawab kita membela anak-anak yatim ini telah diambil alih oleh seorang yang lain, sekiranya tidak kita bakal disoal diakhirat. Tragedi ini semoga dapat membuka mata banyak pihak. Membuka juga pintu hati insan yang telah kelam. Memberi nafas baru jugak kepada anak-anak yatim di seluruh Malaysia. BANTULAH MEREKA!

Inilah mereka anak-anak yang sebahagiannya telah syahid.

Nukilan Aina: Bila tonggak keluarga telah pergi, pincanglah keluarga...dan hanya anak yatim memahami situasi dan perasaan anak-anak yatim yang lain. Pengalaman lalu membuatkan air mata ini terus menitis.


6 Rider Beraksi:

Kejiranan Mula Tidak Selamat.

12:07 PTG JunAina 12 Comments


Petang semalam balik kerja dalam kesibukan mengejar Maghrib yang semakin di penghujung tiba-tiba jiran atas masuk ke rumah. Membawa berita keretanya telah dicuri! Terkedu dan tak mampu nak berkata-kata. memang betul-betul terkejut kerana setelah 10 tahun menjadi penghuni Blok B inilah pertama kali kehilangan kereta terjadi. Kebiasaannya hanya motor sahaja.

Ahad malam, lebih kurang pukul 11.30 terdengar enjin kereta dihidupkan kebetulan bunyinya agak kuat kerana menggunakan paip ekzos yang besar. Membuat andaian mungkin mereka ingin keluar makan lewat malam tetapi agak tertanya-tanya kenapa Ah Chai (jiran ini berbangsa Cina) memanas enjin agak lama. Tidak terlintas juga dihati untuk menjengah ketingkap padahal kereta itu di parking berdepan dengan tingkap bilik tidur utama manakala rumah Ah Chai dan Ping-Ping(isterinya) berada di tingkat atas. Pada malam tersebut jugak meurut Ping-Ping mereka tidur awal dan di bilik tidur utama rumahnya pula dihuni oleh orang lain dan dia juga mendengar enjin kereta dihidupkan juga membuat andaian pasangan itu telah keluar.

Modus operandi:

1. Memerhati sekeliling supaya selamat, berjalan menuju kekereta (kerana pada masa itu tidak kedengaran moto masuk.)

2. Memecah masuk kereta.

3. Menghidupkan enjin kereta. Kelihatan seolah-olah tuan punya memanaskan enjin kereta sebelum bergerak dan dalam masa yang sama berusaha membuka kunci tambahan di dalam kereta.

4. Memilih awal malam untuk megelakkan curiga jiran-jiran.

Malamnya tidurlah dalam keadaan tidak tenteram dan asyik terjaga, secara kebetulan pula si Junior demam. Tidurlah juga dengan tingkap yang tidak bertutup, risaukan si Biru yang ditinggalkan di bawah. Apa yang termampu hanya berusaha, berserah dan bertawakkal agar semuanya selamat. Doa yang terbaik agar anak-anak kita serta harta kita sentiasa dijauhkan dari pandangan jahat mata manusia dan syaitan yang direjam.


Inilah si Biru kesayanganku, my first car yang tiada perkongsian. Sendiri beli, sendiri bayar, sendiri service dan sendiri guna...kekekekee... Dek kerana kesusahan nak mendapatkannya hatiku resah dan gelisah membiarkan dia sendirian di bawah!


Nukilan Aina: Kesian Ah Chai dan Ping-Ping, tak kira apa juga bangsa dan agamanya tetapi bila musibah sebegini berlaku hati tetap terasa. Peritnya untuk mendapatkan sesuatu tetapi hilang atas tidak bertanggungjawabnya manusia yang lain.



Buat semua kengkawan, masa masih mencemburui kita. Masih gagal nak buat BW walaupun dah rindu sangat nak jalan-jalan dan baca-baca tetapi masih tiada kesempatan. Satu hari pasti Aina akan sit down seharian dan merempit dgn KRISS biruku kehalaman kalian.




12 Rider Beraksi: