Salam Aidilfitri

10:01 PG JunAina 20 Comments

Kemaafan dipohon sempena Aidilfitri buat semua keluarga jauh dan dekat, buat semua kenalan dan kawan-kawan serta tak lupa teman-teman di alam maya ini. Semoga silaturrahim yang terjalin akan berpanjangan.

Pagi-pagi masak peria
Untuk santapan tuan puteri
Satu Syawal hari mulia
Merai kemenagan di Aidilfitri

Anak kecil bermain buaian
Riang-ria bersama teman
Tangan dihulur penuh keinsafan
Ampun dan maaf segala kekhilafan

20 Rider Beraksi:

Resepi Gulai Tempoyak Ikan Patin

1:53 PTG JunAina 11 Comments

Kata Pak Tuan terbaek sejak 10 tahun bersama...hahahaa...
Alhamdulillah bukan senang Pak Tuan nak memuji apa yang dimasak kat rumah sebab dia memang seorang yang tidak banyak kerenah kalau bab makan. Lauk kegemaran Pak Tuan, kebetulan sebelum puasa balik tengok ibu mertua kat Bota Kiri pulak tu musim durian. Merasa le durian kampung dan bawa balik bekalan tempoyak baru yaang dibuat oleh mak mertua. Orang Perlis kuat karinya berjumpa pulak dengan orang Perak yang kuat tempoyaknya memang le saya gagal untuk memasak gulai tempoyak sebaik mak mertua atau kakak-kakak ipar.

Paling senang dan simple nak masak, main campak-campak je. Ikan patin, tempoyak, cili tumbuk, timun potong panjang dan serai dititik. Campurkan dalam periuk dan ramas semua bahan hingga sebati, masukkan air dan renehkan atas api perlahan hingga masak. Kalau tempoyak baru tambahkan garam sikit.

Sekarang Aina pun dah pandai makan tempoyak terutama gulai tempoyak ikan patin. Kalau balik ke Bota Kiri menu rasminya adalah gulai tempoyak dan gulai taucu tetapi sejak terpaksa brpantang jenis kekacang menu gulai taucu terpaksa di ketepikan.

Apapun 'Practice Make Me Perfect'!



11 Rider Beraksi:

Segmen di mana anda beraya pada tahun ini bersama Phat Corner

8:50 PG JunAina 16 Comments

Segmen ini Aina telah di tag oleh CIKGU MA. Sebagai memberi sokongan kepada penganjurnya Phat Corner Aina dengan gumbiramya menyertai 'Segmen di mana anda beraya pada tahun ini bersama Phat Corner'.



Seperti lazimnya Aina akan balik ke Arau, Perlis. Nama kampung Aina agak klasik iaitu Kampung Pida Dua Sekerat. Haaaaa...klasikkan namanya mana pi lagi sekerat? Kenapa dinamakan Pida? Sejarah Aina tak tahu tetapi oleh kerana kawasan sawah yang luas, jalan dibina seperti berbaris dan rumah pulak berada di kiri dan kanan jalan sahaja. Mendapat nama 'Sekerat' bilamana jalan kampung ni di akhirnya adalah jalan mati tetapi sejak setahun lepas tidak lagi. Kampung Aina di penuhi sawah padi, depan, belakang, kiri dan kanan rumah penuh sawah padi. Memang sejuk mata memandang. Kalau kena musim angin timoq sejuk sangat dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa.

Aina akan beraya bersama mak, anak-anak dan adik beradik yang lain. Bertambah meriah bila semua ibu dan bapa saudara seta sepupu-sepupu juga balik beraya di rumah tok yang terletak bersebelahan. Memang rumah mak akan menjadi tumpuan kerana hidangan nasi impit bersama gulai ayamnya. Kalau kat rumah orang lain pasti dihidangkan ketupat palas.

Kalau nak merasa nikmatnya angin timoq, jalan-jalanlah ke Perlis pada akhir tahun. Pasti best dan ada Pesta Angin Timoq jugak.

 Inilah kampungku...masa ini sawah tengah kekontangan selepas musim menuai.

Sebagai memeriahkan lagi segmen Phat Corner ini Aina nak tag teman-teman, rajin-rajinkanlah ketuk keyboard ye utk zafiranabilah dan niena dan jugk nadia ar-rumaisha.


16 Rider Beraksi:

Segmen : Ucapan Selamat Hari Raya

Pagi ini agak releks almaklumlah menjelang dekat nak raya ini. Mood raya dah berkobar-kobar kerja pun di pandang sebelah mata je, bos pun dah faham so progress memang slow untuk minggu ni kerana 3 minggu lepas telah berkerja keras untuk rehat-rehat di minggu ke empat.

Jalan-jalan terjumpa Segmen : Ucapan Selamat Hari Raya oleh Bro Ahmad.



Salam kemaafan setulus hati di Aidilfitri. Andai lidah terlebih bicara, andai perbuatan terkasar menyentak rasa semoga tiada sekelumit perasaan di simpan. Buat semua keluarga, kawan-kawan dan semua rakan blogger yang sentiasa menyokong blog JuneAina.


Jom sama-sama kita meriahkan segmen Bro Ahmad.



14 Rider Beraksi:

Ustaz Amin-Lailatul Qadar

3:18 PTG JunAina 21 Comments

Kuliah subuh 20 Ramadhan.
Ustaz Amin

 
(Gambar di copy dari laman web Ustaz Amin)

Beliau merupakan seorang pendakwah bebas dan Aina sangat suka mengikuti ceramah agamanya. Juga sering mengunjungi ke laman sesawangnya ustazamin mengikuti kembara dakwahnya ke serata pelusuk dunia.

Menarik pagi Ahad yang lepas berbicara tentang Lailatul Qadar yang bersiaran di TV9. Sambil menguruskan rumah telinga masih mampu menagkap bait-bait kata dari Ustaz Amin (walaupun TV hanya membebel sendirian dan orangnya di dapur mencuci pinggan).

Tertarik dengan jawapan kepada satu soalan dari hadirin pagi tersebut.
1. Amalan-amalan yang lebih afdal untuk kita lakukan semasa lailatul qadar.
2. Bagaimana dengan ibu-ibu yang uzur hendak mendapat pahala lailatu qadar.

Jawapan yang mudah di fahami telah diberi, Aina sangat tertarik dan bagi Aina Ustaz Amin memang mempunyai ketokohan tersendiri (kalau cakap dengan makcik-makcik atau pakcik-pakcik kat kampung pun mereka akan faham).

1. Amalan-amalan ni umpama kita makan. Ada sesetengah orang dia kenyang makan nasi, ada yang kenyang makan sayur, ada yang kenyang makan roti, ada yang kenyang makan semua dan sebagainya. Begitu juga dengan amalan hari ni mungkin kita baca Al-Quran, besok kita buat sembahyang sunat lusa pulak amalan-amalan lain. Tetapi sekiranya sesuatu perkara itu menjagkaui orang lain ada lebih afdal mendahuinya seperti menziarah orang meninggal, melawat orang sakit maka lebih afdal melakukan yang menjankaui orang lain dahulu.

2. Bagi ibu-ibu yang keuzuran menjelang 10 malam terakhir, tidak perlu merasa runsing kerana rahmat Allah (s.w.t) sangat luas. Janji Allah (s.w.t) pahala amalan kita di malam lailatul qadar adalah bersamaan 1000 bulan. Makanya ibu-ibu akan mendapat pahala bangun malam menyusukan anak sebanyak 1000 bulan, pahala tukar langsir sebanyak 1000 bulan dan pahala masak sahur selama 1000 bulan.

Makanya perbanyakkanlah amalan di sepuluh malam terakhir Ramadhan, demi mengejar pahala 1000 bulan. Apa-apa juga amalan kebaikan kita dari waktu magrib sehingga menjelang subuh besoknya akan digandakan menjadi 1000 bulan. Bayangkanlah sekiranya kita berqiamullail di malam lailatul qadar seolah-olah kita telah berqiamullail selama 1000 bulan. Wallahuaqlam...

* Catatan ini di buat berdasarkan ceramah dari Ustaz Amin, mungkin apa yang tertulis tidak sama dengan setiap butir bicara ustaz. Aina sekadar berkongsi apa yang difahami untuk renungan kita bersama.


21 Rider Beraksi:

Petua Untuk Pesakit Gastrik

10:47 PG JunAina 20 Comments

Mencecah usia 30an Aina mula mendapat penyakit ini. Mengalami gastrik yang teruk sehingga terpaksa ditahan di hospital untuk rawatan lanjut pada tahun 2007. Mengalami sakit dibahagian ulu hati. Sukar untuk bernafas terutama ketika baring sehingga tidak dapat tidur. Hilang selera makan dan apa bila makan akan muntah solah-olah ada angin yang menekan di bahagian perut. Akibat dari semua ini stress pula yang datang.

Hari kedua doktor membuat endorscopic dan hasilnya terdapat ulser yang banyak dari bahagian tekak sehingga ke dalam perut. Hasil endorscopic juga di rakam dalam bentuk cakera padat tetapi sehingga hari ini hanya disimpan Aina tak sanggup melihat.ya Doktor memberi ubat dan diminta berehat. Doktor menasihati supaya banyak meminum susu kultur. Mendapat cuti sakit selama 2 minggu. 

Sejak dari itu rutin puasa amat terganggu. Menghabiskan sebulan berpuasa terasa payahnya, 2 minggu terakhir pasti perlu diganti. Pasti ada suntikan yang perlu diambil untuk menahan kesakitan. Tahun ini alhamdulillah setakat hari ini sudah 22 hari kita berpuasa tiada tanda-tanda gastrik akan menyerang.

Petuanya: Selepas bersahur dengan nasi. Sebagai penutupnya Aina minum segelas besar susu bersama 3 biji kurma. Makan kurma bersulam susu. Itulah yang Aina lakukan sejak 1 Ramadhan. Petua ini datangnya dari amalan Pak Tuan yang gemar memakan kurma dan ditambah kebaikan minum susu untuk pesakit gastrik.




20 Rider Beraksi:

Mengapa Aku Tidak Sehebat Mereka.

2:08 PTG JunAina 19 Comments

Menjejak blog rakan-rakan diri terasa kecilnya. Blog berhias cantik, tersusun rapi dan idea dilontarkan di setiap entri membuatkan semua oramg teruja untuk membaca. Mempunyai follwer beratus dan beribu dan trafiknya jgn ceritalah bersimpang siur kadang-kadang agaknya mau jem kot hehehee....Mempunyai pengikut tersendiri!

Tertanya-tanya bagaimana mereka boleh sehebat itu bila menulis (agaknya bila dapat keyboard idea mencurah-curah). Mungkin juga popularitinya membuatkan semua orang berebut-rebut nak memfollow dan membaca setiap entrinya (tapi macam mana pulak dia boleh popular?Soalan lagi...sambil garu-garu kepala).

Soalan-soalan macam ni selalu bermain kat kepala (tetapi sehingga sekarang masih belum ada jawapan - tak sempat nak fikir pun. Otak serabut dok fikir pelantar di tengah laut dan hero serta heroin kat rumah!)
1. Macam mana kita nak mempopularkan blog kita.
2. Macam mana nak dapat idea yang banyak untuk menulis.
3. Kaedah terbaik untuk membina rangkain tersendiri dalam dunia blogging (macam MLM le pulak).
4. Cara terbaik untuk naikkan trafik blog.
6. Menyusun ayat terbaik setiap kali menulis (SPM-BM dapat 3 memang kantoi menyusun ayat,pas tu tak ambik subjek Sastera tapi ambik Sains Pertanian nak jadi petani moden jugak gagal sekarang kerja kira lampu).
7. Apa yang harus kita lakukan supaya pembaca akan sentaisa balik ke blog kita di lain kali.
Banyak lagi soalan lain kali la pulak tanya.

Antara blog yang tak pernah miss saya singgah bila ada update kerana saya suka sangat cara penulisan dan gaya bahasa yang mereka gunakan (maaflah saya buta IT tak pandai nak buat bila klik gambar terus link ke blog-dah tua otak pun dah sedikit berkarat jangan sampai benak hati udah le....)






gadisBUNGA


Bukan yang kat atas ni sahaja yang saya singgah dan jalan-jalan tetapi semua blog yang ada kat halaman utama saya tu bila update sahaja terus saya singgah ketuk-ketuk pintu dan lepak-lepak sambil sambil berborak kosong sepatah dua kat ruang tamunya (itupun kalau ada idea). Antaranya yang memang tak pernah miss singgah: 
http://ruhayurazali.blogspot.com/
http://www.zafiranabilah.com/
http://mamasya2.blogspot.com/
http://zakiepurvit.blogspot.com/
http://fiverobindas.blogspot.com/
http://bilaakukenangkenangkan.blogspot.com/
http://klcitizen.blogspot.com/
http://skytechxtreme.blogspot.com/
http://www.my-shopping2u.com/
 http://mamaemacyg.blogspot.com/
http://nurhafiz2009.blogspot.com/
http://gen2merah.blogspot.com/
http://piasara.blogspot.com/
http://kerdipanrohani.blogspot.com/
http://kirinselamaperak.com/
dan lagi...dan lagi...(kat sebelah tu kalau update memang terus saya klik aje, jangan ada yang kecil hati udah le sebab jari-jari saya sudah lenguh menaip dan menekan tetikus (bukan anak tikus ye). Lain kali saya tulis senarai panjang lagi.)


Panjangnya senarai tetapi di hati ini tetap ada impian untuk menjadi sehebat abang ini (bagi chancelah ye walaupun saya lebih tua....hahahaa...).









19 Rider Beraksi:

Rutin Ramadhan

1:53 PTG JunAina 9 Comments

18 Ramadhan

Syukur alhamdulillah kita masih di beri kesihatan yang baik untuk meneruskan ibadah di bulan mulia ini. Kita tidak sakit, kita tidak ditimpa musibah kerana ada sebahagian dari kita terpaksa melalui Ramadhan dengan seribu kepayahan. Kesakitan yang membataskan ibadah dan ada juga telah pergi mangadap Ilahi di Ramadhan yang mulia ini. Itulah ujian buat yang tinggal semoga Ramadhan tetap memberi kekuatan.

Merenung sejenak.
1 Ramadhan. Sahur hari pertama berpuasa.
Terkenangkan mak kat kampung, mengambil telefon dan mendail.

Assamualikum mak. Mak dah makan ka?
Waalaikummussalam. Dak lagi, depa tak bangkit lagi. Sat lagi mak gerak la depa. Baru sudah masak.
(Depa tu maknanya adik-adik dan abang yang ada kat rumah. Angah, Izat dan Syafiq kekadang anak-anak kakak kat rumah sebelah pun tumpang sekali. Yang tinggal dengan mak semua anak-anak lelaki).

2 Ramadhan.
4.45 am.
Telefon berbunyi.
Assalamualaikum...
Waalikummussalam...
Kak Yang bangkit dah ka?
Bangkit lama dah. Siap hidang dah.
Budak-budak(cucu-cucu dia le) bangkit dah?
Dak lagi mak. Tunggu pukoi 5.15 sat gi kot. Biaq lambat sikit sat ni depa tak tidoq dah teruih siap pi sekolah.
Saja ja mak telefon. Tak palah nak gerak depak pulak.
Yalah mak. Sat ni kalut pulak.

Itulah rutin mak sejak 2 Ramadhan sehingga kini menjelang 18 Ramadhan. Setiap pagi jam 4.45am telefon akan berdering. Mak tetap akan telefon bertanya khabar, bimbang anak terlajak tidur dan cucunya tak sempat bersahur. Itulah kasih mak. Sehingga terasa malu pada diri sendiri. Kasih mak sampai bila-bila. Masih merasa anak-anak sentiasa memerlukannya walaupun untuk bangun sahur. Agaknya mak terasa anak-anaknya masih kecil yang suatu hari di usap kepalanya setiap kali dikejutkan bersahur. Mak tak pernah jemu.

Pastinya mak sedang membilang hari. Menunggu hari anak-anak yang berada jauh di rantau balik (dua kerat je pun yang duduk jauh, pulak tu duduk rumah berdepan je dua beradik). Mak dah siap bagi tahu nak buat baulu tahun ni kerana tahun lepas mak kecewa baulu yang di tempah tak sempat disiapkan. Tahun ni dia bertekad nak buat baulu tradisional, nak bakar guna sabut. Larat lagi ke mak? Kalau ikutkan hati biar tak payah buat kuih nanti anak-anak balik bukan berlenggang kangkung, anak-anak lenggang berisi tapi mak tetap keras hati katanya nanti anak-anak tak puas hati.

Hanya seminggu sahaja lagi. Masa tu pasti mak tersenyum senang bila dua biji kereta anak dan menantunya sampai ke rumah. Senyumnya pasti beseri umpama mawar yang sedang mekar. Anak-anak ada di sekelilingnya, cucu-cucu memenuhi ruang rumahnya. Itulah bahagia buatnya.



Inilah gambar mak dengan anak-anak perempuan mak. Sayang mak...

**Jangan ada yang tergeliat lidah udah la ye nak mengikut lorat utagha.


9 Rider Beraksi:

Ramadhan - Terdidikkah Kita

12:02 PTG JunAina 12 Comments

Di manakah letaknya kesabaran kita di Ramadhan yang penuh berkat ini. Rata-rata umat Islam masih belum mampu mengawal nafsu amarah dan mementingkan diri sendiri sehingga bila kita melirik seolah-olah tanpa rasa bersalah dia tetap juga begitu.

Incident Pertama : Berpusing-pusing di basement parking Econsave Kajang. Jalan sehala. Sebuah kereta memperlahankan kereta dan memberi signal, saga biruku berada di belakang sabar menunggu. Tiba-tiba sebuah kancil dari arah bertentangan (walaupun jalan sehala) dengan selamba turut berhenti dan memberi signal untuk masuk. Siap turunkan anak dan isteri untuk menghalang kereta pertama dari masuk. Aina melirik dalam hati terdetik. Subhanallah sanggup sampai macam tu sekali semata-mata tidak mahu berjalan jauh sedikit (ruang parking tersebut terletak di hadapan pintu masuk). Parking masih banyak yang kosong cuma terpaksa berjalan jauh sedikit. Isterinya bertudung pastinya dia Islam tetapi di mana sikap toleransinya. Ramadhan ini tak juga bisa mendidik ataupun kita yang tidak ingin peduli erti sebuah kesabaran.

Incident Kedua: Jalan TAR. Kesibukan bazar Aidilfitri bertambah sesak dengan kenderaan keluar masuk di Jalan Masjid India. Berjalan-jalan sendirian ke ARIANI (hajat di hati sekadar membelek tudung) sementara menunggu Pak Tuan datang menjemput. Tiba-tiba di dalam kesibukan seorang lelaki membawa motor EX5 menjerit-jerit memaki hamun tuan punya sebuah kereta tanpa memperdulikan persekitarannya. Mungkin dalam kesesakan pemandu tersasar tetapi kemarahannya tiada batasan dan semua orang tercengang-cengang. Dia Melayu dan pastinya Islam, di manakah kesabarnnya di Ramadhan ini. Berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi tidak mampu mengawal amarahnya!

Incident Ketiga : Hei bodoh! Aku kata kunci lori nak pergi dengan lori bukan dengan kereta. Tersentak! Sejiran. Kalau Aina berada di tempat isterinya pasti jauh di sudut hati tersimpan seribu kekecewaan. Orang yang kita sayang, teman sebilik teman sebantal boleh mengucapkan sebegitu. Juga di Ramdahan sudah hilang kesabaran.

Ramadhan yang hanya dilihat dan di hayati dari satu sudut. Menahan lapar dan dahaga dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. Kita hanya menunaikan rukun Islam yang kedua setakat itu sahaja. Kita melupakan sisi-sisi lain pada Ramadhan. Kita lupa pada pahala-pahala serta fadhilat-fadhilat Ramadhan.

Ramadhan adalah bulan kesabaran di penghujung ganjarannya adalah syurga. Ramadhan adalah bulan simpati, bulan untuk mengasihani insan yang lain. Bebanyak-banyakkanlah besedekah samaada untuk yang masih hidup atau insan-insan yang terlebih dahulu pergi mengadap Ilahi. Ramadhan adalah bulan yang bakal Allah tambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. 

Ramadhan adalah satu bulan yang bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Jadi sama-samalah kita merebut segala nikmat Ramadhan ini.



12 Rider Beraksi:

Pulanglah

1:45 PTG JunAina 13 Comments

Sayang
Di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah


Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah


Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga


Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia


Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela ( jiwa raga )


Pulanglah kepangkuan ku oh... sayang
Ku menunggu mu di hari raya
Artist: Aishah


Begitu tersentuh dengan bait-bait lagunya. Hati menjadi sendu. Hati bakal berlagu rindu. Hati juga akan mampukan menahan sebu. Pastinya airmata akan bertamu. Di dalam keriuhan terasa kesunyian. Di dalam gelak ketawa jauh di sudut hati terasa kekosongan. SEPARUH JIWAKU PERGI...bersamanya di AIDILFITRI.

Ingin kukucup tanganmu di pagi mulia. Apakan daya takdir Ilahi menentu segalanya. Suatu hari moga doa dan impanku akan menjadi kenyataan. 10 tahun yang panjang dan 10 tahun aku meniti penuh kesabaran. Semoga aku sentiasa begini membilang waktu dan menghitung hari penuh kesabaran. Harapan ku juga jiwaku ini akan sentiasa tepu dengan kasih padanya.


Saban tahun aku akan setia menanti di sini, mengharap datangnya ombak membadai pantai tetapi sekadar ombak bukanlah tsunami.

13 Rider Beraksi:

Biskut Raya.

1:43 PTG JunAina 20 Comments

Masih terlalu awal untuk menyelak-nyelak buku resepi tapi sekarang ni senang sangat hanya di hujung jari je. Sebut sahaja nak resepi apa terus je tanya en google, kejap je dia akan bagi segala jenis resepi yang kita minta. Bagi wanita bekerja hujung minggu sahajalah masanya nak mengadap oven kat rumah. Masih berbaki 3 kali hujung minggu, masih ada masa.

Perancangannya hujung minggu ini nak jadikan sejenis dua biskut. Wajib ada almond london, cornfleks salut coklat dan biskut mazola dan memandangkan Pak Tuan telah mengeluarkan kacang dari menu hariannya (masalah kesihatan) biskut mazola di tukar ke biskut kelapa sahaja. Tart nenas yang menjadi kesukaan Pak Tuan dan emak kat kampung hanya di tempah sahaja. Kebiasaanya akan oder tart gulung tetapi tahun ni mencari kelainan dan aina memilih Tart Nenas Tersohor dari kak azie.

Perancangannya hujung minggu ini dapat siapkan 3 jenis biskut. Siap pack untuk mak, ibu mertuaku dan tukang jahit depan rumah (adik). Banyak juga le nak kena bakar sebab buat untuk empat buah rumah dan rumah emak perlu lebihkan kerana ramai tetamu nanti dan kebiasaannya anak kesayangan sahajalah yang bawak balik kuih banyak-banyak (hihihiii...tak tahan anak kesayangan marah le anak mak yang lain, semua dia sayanglah saja nak panaskan telinga dia orang). Minggu depan pula nak kemas rumah, ganti langsir, mop lantai, cuci tingkap bagailah (walaupun tak berhari raya kat rumah tp sebelum balik semua mesti tip top). Minggu terakhir sudah tentulah sudah memegang stereng kereta merentas benua negeri untuk balik ke Perlis (tak dapat nak membayangkan keletihan memandu dalam bulan puasa ni). Harap-harap jalan belum begitu sesak.





20 Rider Beraksi:

Buli Sampai Meninggal

12:17 PTG JunAina 5 Comments

Al-Fatihah buat arwah, seorang anak  di Sekolah Menengah Kajang Utama yang di pukul sehingga koma dan di masukkan ke ICU. Pengakhiran sebuah derita beliau meninggal dunia sehari lepas. Buat keluarga arwah sabarlah menahan dugaan maha berat ini, Aidilfitri yang bakal menjelma telah pincang dengan kehilangan seorang ahli keluarga.

Menurut guru sekolah kebangsaan tempat anak bersekolah, murid ini ternampak seorang budak telah dibuli dan akhirnya dia turut menjadi mangsa. Di pukul tanpa belas kasihan oleh sekumpulan budak yang lebih dewasa atau lebih tepat GENG yang juga bersekolah di sekolah yang sama. Apa yang mampu di lakukan oleh seorang budak berusia 13 tahun sekiranya telah di pukul sebegitu?

Bertapa mereka terlalu berani sehingga sanggup memukul di jalanan, mungkin di sebabkan kebanyakan penduduk bekerja jadi kejadian ini tidak disedari. Sehingga tahap ini ianya bukanlah lagi masalah disiplin tetapi telah melibatkan jenayah. Yang pergi tetap tak akan kembali, yang tinggal harus tabah terus mengharungi. Bukan sahaja buat keluarga mangsa tetapi juga keluarga yang membuli! Sedikit sebanyak terpalit cerita pahit dalam hidup mereka terutama pandangan serong masyarakat terhadap mereka.


5 Rider Beraksi:

Terawikh - Terkilan

10:57 PG JunAina 4 Comments

Sejak Ramadhan, menjengah sudah hari ke sepuluh tetapi sehingga hari ini belum berkesempatan menunaikan solat terawikh berjemaah. Apa yang mampu buat sahaja kat rumah dan macam biasa banyak yang terbabas dari yang tertunai. Terasa ruginya...

Masih terkesan sehingga kini. Bila ke surau tentulah semua anak-anak di bawa sekali memandangkan tiada siapa pun kat rumah untuk menjaga. Lagipun inilah masanya mendekatkan anak-anak dengan rumah Allah. Mendidik biarlah dari kecil bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Kalau dah jadi buluh bila di lentur takut pula kita yg di bidasnya.

Suatu hari entah di Ramadhan yg ke berapa. Kebiasaan Junior agak manja, sementara menunggu rakaat seterusnya dia akan datang memeluk, cium dan pergi. Sebagai ibu Aina melayan sepert biasa. Memang kita ingin mendidik supaya dia bersolat tetapi dengan umurnya yg sebegitu dan kawan-kawan yang ramai apa yang mampu kita buat kecuali menegur sebelum bersolat.

Memilih untuk duduk di hujung saf terakhir agar senang Junior mendekati. Pada hari kejadian seperti biasa dia datang memeluk, mencium dan pergi. Suatu suara menegur dengan sinis (umurnya agak sudah separuh abad).

Anak ke?
Ya (menjawab sambil tersenyum).
Berapa tahun?
6 tahun.
Apa hukumnya nih budak lelaki masuk tempat solat wanita, apa hukumnya pulak dengan aurat-aurat wanita kat sini (ruang solat wanita terletak di ruang terbuka tingkat atas.)

Sesungguhnya aku terkedu. Junior berumur 6 tahun dan rasanya belum mumayyiz jugak.

Pernah jugak anak perempaun Aina di minta ke saf belakang dengan suara tinggi dan muka yang masam bila bersolat di sebelah Aina dan Hayani mula menarik muka tidak dapat bersolat di sebelah emak. Aina angkat sejadah dan pegang tangan anak pergi ke saf paling akhir. Padahal Aina juga memilih hujung saf sebab faham anak hanya berumur 9 tahun waktu itu.

Tahun ini kata Pak Tuan buat sahajalah di rumah. Tunggulah anak-anak sudah besar sedikit dan Aina berharap ini bukanlah RAMADHAN TERAKHIR supaya Aina dapat sama-sama berjemaah menunaikan solat terawikh. Bersama-sama mengimrahkan bulan Ramadhan!


4 Rider Beraksi:

Tindakan Jais - Muhasabah Diri

11:43 PG JunAina 18 Comments

Tertarik dengan tulisan Dr MAZA yang boleh di baca di MINDA TAJDID. Ada kebenarannya kerenah birokrasi menghadkan pemberian zakat kepada yang berhak.

Mendapat input dari seorang teman antara yang bantuan yang bakal di berikan kepada jemputan yang hadir pada hari tersebut ialah:

   1. Rumah sebagai tempat perlindungan - kenapa pihak pusat zakat mahupun kerajaan tempatan tidak menimbangkan perkara ini kepada mereka sekiranya mereka layak.
2. Perbelanjaan sara diri sebanyak Rm500.
3. Perbelanjaan untuk isteri sekiranya beristeri Rm300.
4. Perbelanjaan anak-anak Rm200 setiap anak.
  

Bukan membuat tuduhan atau membina tembok isu perkauman kerana Malaysia Negara demokrasi. Setiap individu mempunyai hak dalam beragama tetapi bagi penganut agama Islam mereka juga terikat dengan undang-undang syariah.

Tidak kisah di mana kita makan selagi halal tak kira di mana juga kita boleh bersoalat tetapi andai ada pilihan terbaik kenapa kita perlu menolak masjid dan memilih tempat ibadat agama lain.

Semoga kejadian ini menjadi iktibar buat semua, bukan sekadar pada masyarakat juga kepada yang bertanggungjawab dalam soal Agama Islam. Buat Pusat Zakat bantulah mereka kerana duit zakat tidak akan pernah habis, jangan hanya sanggup berada di kerusi empuk dan di bilik berhawa dingin tanpa ingin mengambil tahu pada fakir miskin yang berpanas di luar dan menahan lapar di luar Ramadhan.

Wahai umat Muhammad. Teguhkanlah akidahmu kepada yang satu Allah (s.w.t). Janganlah kau pesongkan wajahmu dari kiblatnNya. Tetapkanlah pendirian walaupun yang datang itu secangkir madu yang manis di dalam seribu kepahitan. Tanamkanlah di dalam hati terhadap agamamu dengan menjadikan seagungnya Nabi Muhammad dan mengabdikan diri kepada Allah (s.w.t) yang satu.




18 Rider Beraksi:

Kerajaan Umumkan Bonus

8:34 PG JunAina 3 Comments

Berita malam tadi tercongok depan tv, tengok berita Pak Tuan sibuk kat bilik entah apa yang dicarinya. Tajuk utama yang membuat Aina teruja...

Kerajaan umumkan separuh bulan gaji bonus buat semua kakitangan awan dengan bayaran minimum Rm500 termasuk untuk semua pesara . Rezeki bulan Ramadhan untuk Aidilfitri tak lama lagi, sekurang-kurangnya ringanlah sedikit bebanan perbelanjaan hari raya nanti.

Seperti biasa sandiwara semusim pun berlakulah...
Abang...bonus tu separuh I punya ke...hahahaaaa...
Hah...!!! Bonus apa pulak (buat-buat tak faham)...?
Tu hahhh...Najib umumkan bonus separuh bulan gaji tadi untuk kakitangan kerajaan kalau bagi takut boros berbelanja boleh juga masuk ASB...
Pak Tuan gelak besar tp tak ada pulak jawapan yes or no...

Aina masih menunggu buah tak gugur, harap lepas Kerajaan Malaysia umumkan bonus utk kakitangannya Kerajaan Kecil RWP pun akan umumkan bonus juga buat semua rakyat di bawah naungannya...




3 Rider Beraksi:

Makan Malam di Teluk Likas.

3:57 PTG JunAina 9 Comments

Bertolak balik dari Taman Negara Kinabalu kami merancang untuk makan malam di Teluk Likas. Janji mama untuk belanja makan besar bila mama dapat surat sebelum berangkat ke Kota Kinabalu. Alhamdulillah rezeki...mama memenuhi janji.

 Mentari merah di ufuk barat, pemandangan indah di Teluk Likas.
 
Hidangan makan malam. Penuh meja untuk kami berlima terasa banyak sangat tetapi boleh pulak di habiskan.
Hidangan utama kerapu masak tiga rasa. Anak-anak hanya memandang ikan ni dan akhirnya mama dan Pak Tuan sahaja yang menghabiskannya. Ikan seberat 600gm dengan harga Rm33.

Kepak ayam permintaan Junior tapi memang sedap, lain rasanya berbanding kat KL.

Sayur yang mengconfiuskan keadaan, 2 kali panggil pelayan tanya betul ke ini kailan ikan masin. Lain macam je gayanya... Akhirnya terjawab juga rupanya mereka menggunakan baby kailan...potong selera betul...

Cuba teka kat atas tu apa? Nampak macam cucoq je... Sebenarnya itula sotong celup tepung orang Sabah, adoyaiii..ingat sama je macam dok makan kat Perlis sekali tepunnya seketul kat dalamnya adalah sotong sekeping.

Memang best jalan-jalan makan angin kat Sabah, masih banyak tempat yang belum sempat di lawati selama berada di sana. 4 hari 3 malam rasa tidak mencukupi. Insyaallah ada rezeki ingin lagi kembali kesana mengutip kenangan. Buat mamaema ini nombor telefon tempat kak aina sewa kereta 012-8412221. Hari terakhir kak aina minta dia orang ambik kereta kat KKIA je, tak perlu lagi kita nak sewa teksi untuk ke lapangan terbang, boleh jimat kos.

Cerita awal boleh di baca sini, sini dan sini.




9 Rider Beraksi:

Ranau - Kundasang

11:41 PG JunAina 16 Comments

Akibat kekeringan minyak kereta Pak Tuan membuat keputusan untuk pergi ke Ranau terlebih dahulu untuk mengisi minyak. Terpaksa keluar dari Taman Negara Kinabalu dan menurut penjaga tiketnya kami sekeluarga boleh masuk kembali tanpa bayaran kerana tiket tersebuat sah untuk sehari dan bagi pengunjung yang bermalam pula tiket tersebut sah di gunakan untuk 3 hari.

Sepanjang perjalanan pemandangan sangat cantik dengan gunung-ganang dan hutan memukau mata memandang. Melalui Kundasang yang di penuhi kebun sayur saujana mata memandang dan rumah-rumah berbalam-balam di celahan bukit, hati tertanya-tanya bagaimana cara mereka untuk sampai ke sana. Tiada jalan raya sehebat kita di Semenanjung cuma jalan tanah merah yang hanya mampu di lalui oleh pacuan empat roda!

Setiba di Ranau tentulah stesyen minyak yang di tuju. Pak Tuan membuat keputusan untuk makan tengahari di Ranau. Di sebabkan kakak dan abang telah muntah di dalam perjalanan masing-masing hanya berani memakan roti canai sahaja termasuk Junior. Mama pula hilang selera makan akibat keletihan turut meminta roti canai, hanya pak tuan yang makan nasi. Walaupun hanya roti canai anak-anak menghabiskan 2 roti canai seorang. Pekan Ranau hanyalah sebuah pekan kecil dengan deretan kedai biasa, walaupun terletak jauh dari bandar tetapi harga makanan tidaklah mahal.

Selepas singgah solat zohor di masjid Ranau kami meneruskan perjalanan untuk ke Taman Negara Kinabalu semula dan akan singgah di Kundasang juga seperi yang dijanjikan Pak Tuan. Singgah sebentar di kawasan penjualan sayur-sayuran di Kundasang. Sayur-sayurannya sangat menarik dan murah harganya tetapi tiada apa yg di beli kecuali buah-buah siap potong. Semasa sedang berjalan-jalan azan asar bergema dari Masjid Kundasang dan kami terus singgah solat di situ. Masid terletak di tebing bukit, semasa berwuduk sejuk airnya terasa hingga ke tulang (over acting tp memang sejuk macam mana agakny rasa air tu waktu subuh).

Masjid ranau
Berehat di Masjid Ranau setelah solat zohor di situ.

Pemandangan sekitar Kundasang. Rumah-rumah yang terdapat di situ nampak umpama permainan. Sanggup ke nak berjalan naik ke sana sedangkan rumah yang di tingkat dua sudah terasa sengal-sengal lututnya memanjat.
 
kundasang
Gerai sayur-sayuran dan buah-buahan di Kundasang. Strawberrynya kecil-kecil sahaja dengan harga Rm10/pek, tidak berbaloi untuk dibeli.

sayur-sayuran kundasang
 Tengoklah kesegaran sayur-sayurannya. Setiap pek mengandungi brocolli, bunga kubis, beberapa biji tomato, lada benggala dan daun bawang yang besar. Di jual dengan harga Rm6 tetapi kalau membeli 2 pek hanya Rm10 sahaja. Memang segar dan berbaloi kalau beli tp memandangkan jauh sangat hendak di bawa balik aina pendamkan sahaja walaupun dalam hati ada taman teringin sangat nak beli.

bunga-bunga di kundasang
 Bunga-bunga yang segar di tanah tinggi dan belum tentu segar sebegitu bila di bawa balik ke Kuala Lumpur.

sayur kundasang
Lagi gambar sayur-sayuran dan pelbagai makanan ringan yang di jual di sini.

masjid kundasang
Masjid Kudasang. Semasa kami sampai solat asar baru saja selesai, jemaah mulai keluar dari kawasan masjid. Walaupun boleh sahaja solat jamak tetapi Pak Tuan mengambil keputusan untuk solat seperti biasa disamping dapat menziarah masjid sekitar laluan perjalanan kami. Syukur alhamdulillah...

 Pemandangan sekitar Kundasang yang berbukit bukau.

 

Jalan ini baru sahaja siap, sekiranya dari jalan besar kita akan nampak ia dibina khas untuk kemudahan penduduk pergi ke masjid. Jalan ini tidak mati di sini mungkin turut menghubungi kampun-kampung lain di pedalaman.




16 Rider Beraksi:

Taman Negara Kinabalu

3:10 PTG JunAina 13 Comments

Perjalanan ke Sabah tidak lengkap sekiranya tidak mengunjungi Taman Negara Kinabalu. Merasai kesejukan kabus yang tebal di kaki Gunung Kinabalu tetapi tidaklah pula mampu untuk mendaki ke puncaknya. Tidak juga ingin menceritakan sejarah bagaimana gunung yang tinggi itu mendapat nama kerana terdapat berbagai versi ceritanya. Hanya ingin berkongsi keghairahan kami sekeluarga menempuh bukit-bukau semata-mata untuk menikmati dinginnya kabus di kaki gunung.

Menyewa sebuah kereta dengan bayaran Rm100 sehari semalam dan tambahan Rm30 untuk menambah masa sehingga ke pukul 2 petang keesokkan hari dan janjinya kereta akan diambil di lapangan terbang (senang tak perlu ambik teksi dari penginapan ke lapangan terbang). Nombor telefon empunya kereta hanya diambil dari sebuah restoran sekitar Permonade Apartment semasa sarapan pagi, dalam masa sejam kereta dihantar hingga ke penginapan.


Singgah sebentar di Balai Polis Tamparuli, bertanya arah. Walaupun Pak Tuan sudah biasa dengan Sabah tetapi sesekali tersasar jua. Semasa terlihat papan tanda Tamparuli tiba-tiba teringat bait-bait lagu Jambatan Tamparuli.


Perjalanan yang memenatkan menempuhi jalan berbukit-bukau, bila memotong kenderaan di hadapan hati berdebar kencang (yang bawa kereta steady sahaja). Kelihatan dihadapan hampir diliputi salji kabus adalah puncak Gunung Kinabalu.



Setelah melalui perjalanan yang mendebarkan (kerana selalu menekan break  kereta walaupun hanya menjadi penumpang kat sebelah) akhirnya kami sekeluarga sampai juga. Inilah dia pintu masuk ke Taman Negara Kinabalu. Bayaran masuk sekitar Rm3 untuk dewasa dan kami hanya membayar Rm8 untuk sekeluarga.

Sayup mata memandang, kehijauan yang melegakan mata tetapi andai tersesat pastinya menakutkan. Gambar ini diambil sekitar jam 11.30 pagi.

Anak-anak sempat bergambar di pelantar ini. Walaupun dibelakangnya hanya hutan rimba tetapi mereka tetap gembira.

Gambar ini di perhentian pertama sebelum sampai ke point terakhir Timpohon untuk mendaki. Tempat ini disediakan untuk pelancong menikmati pemandangan tetapi di tika ini sekitar jam 5 petang tiada apa yang dapat dilihat kecuali kabus tebal yang dingin. Tengaharinya semasa sampai tke sini terpaksa meneruskan perjalanan ke Ranau kerana minyak kereta telah menyala-nyala minta di isi, takut sekiranya meneruskan niat ke tempat pendakian kami anak-beranak pula terpaksa menjadi pendaki.

Berjaya juga akhirnya sampai ke point terakhir untuk pendakian ke Gunung Kinabalu melalui Timpohon. Sempat juga berposing. Selamat mendaki tetapi hanya ucapan buat pendaki tidak untuk kami sekeluarga.

Siapa berani? Inilah nama-nama pendaki terhebat yang tercatat selepas pintu gerbang.

Di dalam kabus meneliti laluan mendaki sepanjang lebih 8 kilometer (andai stamina hanya seciput jangan ada hati!). Takut tak sempat naik sudah semput.
 
Abang bergambar kenangan di pelantar perhentian ini, andai tiada kabus pasti pemandangannya cantik sekali tetapi jika tiada kabus tidak terasa berada di tanah tinggi.

Kakak mengambil kesempatan bergambar di pelantar, ditangannya adalah buah-buahan siap dipotong yang dibeli di Kundasang yang pastinya nenasnya sangat manis. 

Taman Negara Kinabalu sememangbya sesuai buat pencinta alam. Flora dan faunanya pasti akan menggamit kedatangan buat kali ke dua. Pemandangan yang cantik seluas mata memandang itulah kebesaran Ilahi.




13 Rider Beraksi: