Menjejak Sejarah di Muzium Negara

11:33 PG JunAina 20 Comments

Masih berkisah sempena cuti perayaan Diwali yang lepas. Anak-anak memang sudah lama teringin sangat hendak pergi ke Muzium Negara, cuma mama sahaja tiada masa melayan kehendak mereka. Telanjur ke Planetarium Negara setereng kereta pun dipusingkan ke Muzium Negara. Boleh sahaja berjalan menuruni anak tangga yang disediakan tetapi kaki sudah memberi amaran keletihan berjalan boleh membuatkan aku menangis. Entah berapa puluh anak tangga yang perlu didaki nanti.

Bayaran masuk hanya Rm2 untuk dewasa dan tiada bayaran dikenakan untuk kanak-kanak, pelancong asing perlu membayar lebih untuk masuk ke sini.

Mempunyai 4 ruang pameran dengan ruang legar di depannya di penuhi dengan pameran ketenteraan (lupa pula apa nama pameran tersebut). Galeri A merupakan Galeri Sejarah Awal, Galeri B pula Galeri Kerajaan-Kerajaan Melayu, Galeri c menempatkan Galeri Era Kolonial dan Galeri D merupakan Galeri Malaysia Kini. Kami melewati setiap ruang yang ada, menghayati segala artifak yang di pamerkan. Lebih banyak menghabiskan masa di Galeri Kerajaan Melayu. Terlalu banyak yang boleh di pelajari. Tak banyak yang berubah sejak 15 tahun lepas. Hang tuah masih gagah berdiri disitu. Pelaminan nan indah masih utuh di tengah ruang. Susun atur juga tidak banyak yang berubah tetapi ilmu yang anak-anak dapat terlalu mahal harganya.

Di sebalik cermin. Anak-anak diruang legar utama. Pameran ketenteraan yang di penuhi replika ketenteraan.




 
Tertarik dengan susunan bahasanya. Nukilan A.Samad Ahmad.

Mama pun nak berposing juga with only my anak dara.


Ini pula adalah pameran khas. Pameran Khazanah kapal karam. Bayaran berasingan dikenakan dan berada di galeri berasingan juga. Bersebelahan dengan bangunan utama.

Iqbal dan Junior. Bergambar berlatarkan sebuah kapal karam yang dipamerkan di situ. Memang nampak menarik sangat tetapi awas sebelum masuk telah diberi amaran supaya tidak menyentuh barang-barang yg dipamerkan.

Junior sedih. Minta mama belikan kapal kat belakang tu nak buat koleksi....hahahaa...

Sebagai hadiah buat Junior mama ambil gambar dan printkan lekat kat bilik.

Korang ada tiket cam gini? Peace no war...

Antara tempat yang paling pames untuk ambil gambar kat muzium. Dah macam hero Tamillah pulak...



20 Rider Beraksi:

Teater Angkasa

9:42 PG JunAina 15 Comments

Inilah teater angkasa yang Aina dan anak-anak tengok hari Rabu lepas di Planetarium Negara. Memang bagus untuk anak-anak. Sebenarnya semalam nak tulis juga pasal Ribut Suria ini tetapi lupa pulak bawak risalah yang dibagi hari tu.



Ini bukti tiketnya. Harga tiket ini adalah untuk masuk panggung sekali. Rm3 untuk dewasa dan Rm2 untuk kanak-kanak, harga tanpa masuk ke Teater Angkasa adalah lebih murah.

15 Rider Beraksi:

Planetarium Negara - Menjelajah Angkasa Lepas

11:50 PG JunAina 17 Comments

Edisi menjelajah angkasa di Planetarium Negara bersama anak-anak, menghabiskan cuti Perayaan Deepavali dengan riadah berfaedah. Sudah lama berjanji dengan mereka untuk menjelajah sekitar Tasik Perdana yang di penuhi dengan tarikan yang tersendiri. 

Kali ini memilih mendekatkan anak-anak dengan angkasa lepas. Melihat planet-planet yang berada di alam maya ini. Merasa menjadi angkasawan dan menikmati kemudahan-kemudahan yang angkasawan gunakan di angkasa lepas.

Paling teruja masuk ke panggung Teater Angkasa. Memang best! Kesan 3D yang menarik, berkisar tentang bumi, matahari dan satelite yang ada di angkasa lepas. Pertunjukan mengambil masa 20-25 minit tetapi banya info yang bakal anak-anak dapat.

Abang Iqbal dan Junior berangan-angan berada di dalam SOYUZ. Merasai pengalaman berada di dalam kapal angkasa, Berangan jugak nak jadi pengganti DR SYEIKH MUSZAPHAR.

Instant punya angkasawan. Berdiri dan klik sahaja.

Junior berada di Planet Marikh. Semua info berada di hujung jari. Bukan setakat handphone sahaja menggunakan 'touch screen' banyak info-info kat Planetarium Negara menggunakan kemudahan yang sama. Anak-anak memang cukup teruja.

Mendarat di The Red Planet.

 Perempuan Melayu Terakhir berposing di dalam panggung Teater Angkasa. Mesti cuba!

Mengambil peluang untuk berada di sini. Berada di puncak kira-kira 106.5M dari aras laut. Menikmati panorama dari menara. Kuala Lumpur sungguh indah.


 Inilah kemudahan di Galeri Pemandangan. Berebut-rebut tiga beradik nak meneropong. Awas jangan salah guna untuk sekodeng (kolam renang Meridian Hotel seumpama berada didepan mata bila menggunakan teropong ini!)
 

17 Rider Beraksi:

Semalaman Ku Tak Lena

8:57 PG JunAina 14 Comments


 Petang semalam satu berita sedih berlegar-legar di alam maya. Kembalinya seorang teman tanpa suara mengadap penciptanya. Apa yang mampu kita lakukan kerana itulah takdirnya. Di khabarkan Amy empunya blog sinarraudah tewas kerana denggi.

Semalam mata ini sukar dipejamkan. Sungguh hati ini terasa satu kehilangan juga kejutan yang teramat. Sihat sebelumnya dan tiba-tiba mengalami demam panas dan di sahkan mengidap denggi. Pertemuan di alam maya ini membuatkan hati ini terlalu dekat dengannya bagaikan telah bertahun kenal. Keramahan dan kemesraan di alam maya membuatkan aku terkenang-kenang. Sungguh aku berasa sedih.

Pagi ini perkara pertama yang dibuat bila sampai ke pejabat adalah membuka blog kawan-kawan. Masih meletakkan harapan perkhabaran yang di bawa semuanya palsu. Terbaca entri di blog kakciknurseroja. Pagi ini aku mampu tersenyum.

Terima kasih ALLAH kerana masih memberikan senyuman padaku pagi ini.

Buat Amy tabahkan hatimu menempuh ujian ALLAH dan semoga cepat sembuh. Kami semua tak ingin kehilanganmu.

14 Rider Beraksi:

77 Kes Cerai Sehari

9:47 PG JunAina 15 Comments


135,548 pasangan berkahwin pada tahun 2010.
28,035 pasangan bercerai sepanjang tahun 2010.
27,891 pasangan bercerai sepanjang tahun 2009.


Persoalannya sekarang bersediakah pasangan ini untuk memikul tanggungjawab masing-masing apabila sudah bergelar suami dan isteri. Perkahwinan adalah tuntutan agama tetapi kenapa semasa melalui proses perkawinan kita tidak bertunjangkan agama. Sekiranya kita meletakkan agama sebagai yang utama pasti kita akan cuba mengelakkan perceraian kerana walaupun halal ia di benci oleh Allah (s.w.t).

Kita dapat melihat pada zaman sekarang masing-masing berlumba-lumba untuk mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran. Memakai baju yang mewah, hantaran di tempah di arak megah, pelamin tersergam indah. Mak dan bapak pengantin juga tak ingin mengalah, bergaya bak menjadi pengantin kali kedua. Alasan bukan hendak bermegah-megah tetapi anak kahwin hanya sekali majlis biarlah semengah.

Mak dan bapak berhabis duit untuk majlis anak. Anak mungkin hanya mengeluarkan belanja hantaran dan mas kahwinnya sahaja, itupun kalau anak berwang kalau tidak masih juga tanggungjawab FAMA (father & mother). Cuci tangan lah anak dapat kahwin free kerana mak dan bapak tanggung.

Bila terlalu senang mendapat sesuatu akan terlalu senang jugaklah kita melepaskan sesuatu kerana kita tidak tahu betapa nilainya ia. Kalau kita bersusah payah mengumpul duit untuk sebuah perkahwinan pastinya kita akan berfikir banyak kali untuk meleraikan ikatan yang ada.

Sifat ibu bapa sejak azali melindungi anak-anak. Sehingga berkahwin masih juga begitu. Pantang anak mengadu mulalah menantu disergah, manalah rumahtangga tak parah. Jiwa menantu pun goyah. Nak buat keputusan dalam rumah sendiri pun payah. Kawan-kawan jadi pendengar masalah, memberi nasihat ada yang betul banyak yang salah.


Perempuan zaman sekarang ramai yang berkerja, menyokong ekonomi keluarga. Jangan dicabar membabi buta sekiranya tersilap sedikit mereka tak kisah untuk mengorak langkah. Mencari jalan keluar segala masalah. Tinggallah suami, tinggallah janji, tinggal juga kasih sayang yang telah dibina.

Suami pula bila dah kahwin jangan pula berlagak bujang. Keluar pagi baliknya lewat malam, untungnya balik kadang-kadang sehingga pagi tak pulang-pulang membiarkan isteri tidur sendiri lebih baik bujang daripada berlaki bila malam-malam hanya peluk bantal sampai siang. Membuat keputusan dengan fikiran sendiri kerana suami ketua keluarga, pendapat si isteri dipandang sepi lama-lama isteripun naik berapi.

Masing-masing sama muda. Akal cetek fikiran pendek. Bila buat keputusan hanya untuk jangka pendek. Kahwin berhabisan berpuluh ribu ringgit akhirnya berpisah selepas dua minggu berkahwin alasan tiada persefahaman. Serasi memerlukan masa, bukan seminggu dua. Kembalilah kepada agama, semoga kita tak mudah lupa.



15 Rider Beraksi:

Culik dan Ambik Organ

10:47 PG JunAina 11 Comments

Sumber : the star

Nurin’s kidnapper on the prowl again?


IT seems that a kidnapper who drives a white van is on the prowl again after a nine-year-old boy was almost abducted in the Klang Valley, Sin Chew Daily reported.

The newspaper said, according to witnesses four years ago, Nurin Jazlin Jazimin (pic) four, was dragged into a white van before she went missing.

Her body was discovered a month later stuffed in a bag.

In the lastest incident, the boy was almost dragged into a white van before he managed to break free from the clutches of his abductor.

Apparently, the abductor would entice young victims who waited outside their schools with RM100 or RM200.

Ampang Jaya OCPD Asst Comm Amiruddin Jamaluddin confirmed the near-abduction of the boy, saying police had received a report lodged by a parent and would record a statement from the boy soon.

He urged parents to monitor the whereabouts of their children.

> China Press reported that there was a demand for organ transplants among kidney patients and this had caused the price in the black market for a kidney to soar to between RM6,000 and RM10,000.

It was reported that the original price of a black market kidney ranged from RM100 to RM300 depending on the country of origin but the price escalates when the organ is actually made available to the patient.

It was said that the kidneys are normally brought in from China and India, with prices ranging from RM200 to RM300 and RM100 to RM150 respectively.

However, “Indonesian kidneys” had also started to appear in the market for cheaper price at less than RM100 each.

> Nanyang Siang Pau reported that effective Nov 1, it would be easier for Malaysians to drive in Taiwan.

It reported Transport Minister Datuk Seri Kong Cho Ha as saying that Malaysia and Taiwan had agreed in principle to recognise their respective drivers' licences.

Kong said Malaysians could verify their driving licence at the Malaysian Friendship and Trade Centre before applying for conversion at regional commissioner offices in Taiwan.

Similarly, Taiwanese only need to verify their licence at the Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia and complete the conversion at Road Transport Department offices.

● Other News & Views is compiled from the vernacular newspapers (Bahasa Malaysia, Chinese and Tamil dailies). As such, stories are grouped according to the respective language/medium. Where a paragraph begins with this > sign, it denotes a separate news item.

Doa yang terbaik buat anak-anak dan keluarga kita dari dijauhi dari perkara sebegini. Mereka mengorbankan nyawa insan yang lain demi kehidupan seorang insan yang lain. Selagi ada permintaan pasti ada yang sanggup melakukan apa sahaja demi wang juga demi nyawa anak sendiri walaupun terpaksa mengorbankan nyawa insan lain.

Teringat cerita Kasih yang ditayangkan di TV3 baru-baru ini. Bukan rekaan tetapi itulah realiti kehidupan yang terpaksa kita hadapi kini. Melihat cerita sudah terasa sedihnya inikan pula bagi yang terpaksa melalui detik-detik sebegitu. Subhanallah...lindungilah anak-anak kami dari segala kejahatan.

Sama-samalah kita ingat-ingatkan anak-anak kita. Kanak-kanak seharusnya diingatkan setiap hari perkara sebegini kerana kadang-kadang mereka mudah lupa. Bagi mereka setiap orang mempunyai niat yang baik kepada mereka.

11 Rider Beraksi:

Menantu Kaya Vs Mertua Miskin

8:35 PG JunAina 11 Comments

Sepatutnya seorang ibu berbangga bila anaknya telah bertemu jodoh dengan seorang yang kaya. Ternama. Berharta. Ada rupa jugak. Bagi ibu ini sebaliknya. Berborak sambil meluahkan rasa hati yang terselit jauh di sudut hatinya tetapi dia tetap mendoakan kebahagiaan anaknya. Mengizinkan anaknya berkahwin tetapi izin yang berat. Almaklumlah perkahwinan si enggang dan pipit.

Mempunyai 9 orang anak. Suaminya baru sahaja kembali mengadap Ilahi sebulan lepas. Mengejut tanpa sakit teruk. Tiga orang telah berkahwin, tiga masih bersekolah dan yang bungsu berumur 12 tahun. Anak yang lain sudah bekerja dan hanya seorang masih menanam anggur kat rumah. Alhamdulillah yang bekerja banyak membantunya tetapi selagi kudrat masih ada si ibu tetap ingin bekerja lagipun tanggungjawabnya masih belum selesai pada 3 anaknya yang masih bersekolah. Untung anak-anaknya tak pernah diajar bermewah. Makan dan pakai tak pernah berkisah.

Anak sulung adalah perempuan lepasan kolej dan bekerja sebagai pegawai bank di ibu negara. Ditakdirkan jodohnya, bertemulah dengan seorang anak Pak Menteri. Kaya-raya. Kerjanya pun bagus juga, pegawai bank seperti anak perempuannya. Bila berkahwin dan mempunyai anak suami meminta anaknya berhenti kerja. Akur dengan kehendak suaminya si anak menjadi suri rumah sepenuh masa, memang dia mampu menanggung keluarganya pun bahkan boleh bermewah walaupun isteri tidak bekerja.

Mula-mula kahwin anak masih bekerja, anak hulur Rm200 menantu pulak akan bagi double Rm400 setiap kali balik. Alhamdulillah rezeki si ibu dan bapa. Bila anak berhenti kerja masih lagi menghulur tetapi duit suami apalah sangat. Sekarang langsung tak ada walaupun anaknya tidur dalam duit tetapi hidup ibunya tetap sebegitu, masih menghuni rumah DBKL. Bekerja pula sebagai tukang cuci. Bukan merendahkan tukang sapu tukang lap tapi mempertikai kenapa si anak menantu jadi sebegitu.

Balik dengan kereta berkilat, menjalar. Tekan suiz keluar tempat simpan kasut, bapa mertua tertinjau-tinjau pelawa masuk pun tidak. Bukan nak merasa bawak cukuplah dapat merasa duduk di kerusi empuknya. Bab makan di rumah mertua jangan cerita, masak mee mesti mangkuk mee berbalut, teko kopi bertutup rapi kalau tak memang dia tak menjamah. Asalnya memang didikan tetapi berbezalah pula tempatnya manakan sama hidangan di banglo bertingkat-tingkat dengan rumah pangsa berpuluh tingkat. Sekarang kalau balik hanyalah anak menantu jauh sekali.

Emak lelaki control semua, takut hartanya habis kepada keluarga besannya pula almaklumlah tidak sama taraf. Sudah tua, berakal pula cuma mungkin tidak cukup ilmu agamanya. Harta yang ada sehingga tujuh keturunan pun makan tak habis masih risau. Si bapak yang bergelar Pak Menteri pula lain caranya, tetamu datang berlari turun berkain peikat pun tak kisah, tetamu dirai seperti sepatutnya apatah lagi yang datang itu besannya pula. Isterinya pula terlebih sudu dari kuah, suami Pak Menteri isteri pula lebih-lebih.

Kini anak mula mengadu dah tak tahan dikawal sebegitu. Suami baik mertuanya pula begitu, sudahnya rumahtangga haru-biru. Cakap lebih-lebih orang gaji pula mengadu, cepat sahaja mem besar mendapat tahu. Lama-lama menantu naik terkedu kisah kat rumah boleh pulak dia tahu bagai ada CCTV atau hantu yang mengadu. Begitulah jadinya kalau kawin tak sekufu!

Ibu pula bersusah hati, anak dan cucu biasa bersenang bermewah. Minta sahaja semuanya dapat. Balik rumah pagar dan pintu dibuka. Makan pula siap berhidang. Baju pula siap bergosok. Bimbang anak dan cucu tak mampu mengharungi kesusahan. Hanya mampu menasihati anak. Bersabarlah dengan kerenah mertuanya. Anak dah tak tahan setakat mengawal boleh mengalah bila main ilmu hitam cukuplah sudah. Isteri menderita suami tersiksa.

Sayang masih ada dihati, ibu pula tak sampai hati. Akhirnya semua bersusah hati. Suami penyayang manakan sanggup melepaskan anak dan isteri. Akhir sekali sabar dan tahanlah hati bertawakkal pada Allah (s.w.t).

11 Rider Beraksi:

Klip Video Budak di Langgar di China.

8:47 PG JunAina 24 Comments

Korang tengok tak berita kat TV3 semalam. Ala yang tunjuk budak berumur 2 tahun kena langgar dengan dua kenderaan kat pasar borong tu. Van yang pertama langgar kena tayar depan pas tu yang tayar belakang macam sangkut tapi dia terus tekan minyak dan lenyek juga. Kereta kat belakang lalu sama juga terus je langgar budak tu lagi sekali. 18 orang yang lalu lalang kat situ semua tengok je macam tengok anak kucing kena langgar, siap menyimpang jauh lagi. Finally satu mak cik tukang cuci ni angkat budak tu. Pas tu tunjuk mak budak tu yang separuh hesteria dan bapak dia yang dah merah-merah muka nangis. Sekarang budak tu koma.


STORY:
Synopsis: October 13th afternoon around 5:30, a car accident occurred at the Guangfo Hardware Market in Huangqi of Foshan. A van hit a 2-year-old little girl and then fled. No passersby reached out to help and then another car ran over her. Over the span of 7 minutes, a total of 17 people passing by failed to extend a hand or call the police, up until the 19th person, a garbage scavenger ayi [older woman], who lifted her up after discovering her but the little girl in her arms was like a noodle, immediately collapsing back onto the ground. The trash scavenger ayi called for help, and the little girl's mother, who was in the vicinity, immediately rushed over and rushed her to the hospital.The news report video above has been viewed nearly 700k times on popular Chinese video-sharing website Youku since it was uploaded 17 hours ago and currently has over 6200 comments spanning 210 pages. This story is also spreading on China's popular microblogging service Sina Weibo in addition to receiving a lot of views and comments on China's major internet news portals and communities.

In addition to showing the little girl, Yue Yuem being run over twice and many of the bystanders who didn't stop to help her, it also shows that Yue Yue is currently in the hospital in critical condition. Police have already found the second driver but have yet to find the first driver as they were unable to read the first van's license plate and are calling upon witnesses for help. Yue Yue's parents are also shown.


Pagi ini bawak motor terkenang-kenang klip video tu. Rasa berdebar coz teringat macam mana kalau yang kena tu anak-anak kita atau ahli keluarga kita. Subhanallah...

Tak faham macam mana orang yang lalu lalang kat situ boleh buat-buat tak nampak. Bukan sorang dua tp 18 org. Tak perasan ke atau tak berperasaan mungkin juga tak berperikemanusiaan. Kejam! Kerja gila!

Teringat kisah tahun 2009. Kejadian di lebuhraya Cheras jalan yang menjadi isu yang menimbulkan konflik dulu tu. Seorang anggota polis menunggang motosikal dan berpakaian seragam telah ditimpa kemalangan. Dilanggar oleh sebuah lori. Jatuh tidak sedarkan diri kat tepi jalan. Tiada seorang pun yang berhenti memberi pertolongan sehinggalah sebuah kereta peronda polis tiba dan mengangkat mangsa, membawa ke hospital. Mangsa koma!
Sehingga sebegitu masyarakat menujukkan kebencian kepada anggota polis ketika itu. Alhamdulillah. Ajal maut di tangan tuhan. Sekarang anggota tersebut telah kembali bertugas seperti sediakala.

Dua kes di atas tak banyak bezanya. Hati manusia semakin hitam semakin gelap. Nur sudah hilang di hati mereka. Sifat belas kasihan sudah tiada. Mementingkan diri sendiri sudah terbiasa.

Mungkin orang takut nak menjadi saksi. Fobia terpaksa menjawab berbagai soalan dari pihak polis. Bimbang terpaksa berulang alik ke mahkamah.

Cuba letakkan diri kita sebagai mangsa atau kelaurga mangsa. Agaknya apa perasaannya. Anak balik dari sekolah dengan bibir bedarah, siku dan lutut luka kerana jatuh basikal kita sudah menggelabah inikan pula apabila nyawa menjadi taruhan.

Kalau anda ingin melihat klip tersebut rajin-rajinlah cari kat you tube. Saya memang tak rela berkongsi kat sini.

24 Rider Beraksi:

Espire - Jom Oder Sebiji.

6:08 PTG JunAina 0 Comments

Menarik dan tertarik. Dikatakan inilah model terbaru proton yang bakal berada di pasaran. Gempak. Sama-samlah kita nantikan.






0 Rider Beraksi:

Lelaki rancang bunuh isteri

10:15 PG JunAina 18 Comments

KUALA LUMPUR: Suami setan! Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang lelaki berusia 28 tahun apabila didakwa bertindak kejam ‘meletupkan’ isterinya menggunakan bom petrol ketika mangsa sedang mandi di rumahnya di Kampung Baru di sini, tengah malam kelmarin.

Perbuatan keji yang dipercayai bermotifkan cemburu itu menyebabkan mangsa, 28, yang juga jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, kritikal apabila lebih 80 peratus tubuhnya melecur.

Semuanya bermula jam 12.20 tengah malam apabila mangsa yang baru pulang kerja, masuk ke bilik air di rumahnya untuk membersihkan badan.

Menurut sumber, sebelum insiden itu suami mangsa dipercayai sudah menyimbah petrol selain meletakkan bom petrol di dalam bilik air berkenaan.

“Sebaik isterinya masuk, suspek dengan sengaja membuang puntung rokok ke kawasan berkenaan menyebabkan tercetusnya api sebelum satu letupan kuat berlaku.

“Api hasil letupan kuat itu menjilat pakaian dan tubuh mangsa menyebabkannya menjerit meminta bantuan daripada suami,” katanya.

Petikan di atas di salin dari akhbar Harian Metro.

Tiada apa yang dapat diungkapkan bila membaca berita sebegini selain terlintas di fikiran terlalu ramai rakyat Malaysia yang sakit mentalnya, kacau jiwanya dan longgar agamanya. Hanya kerana cemburu nyawa jadi taruhan.

Suami yang menjadi tempat bergantung, tempat mengadu susah dan senang serta berkongsi segala kegembiraan sanggup melihat isteri menderita di sambar api. Apa hukumnya yang telah digunakan sehingga seorang manusia bisa mengambil nyawa manusia yang lain.

Sudah hilang kewarasan sehingga tega mendengar isteri menjerit kesakitan. Agaknya itulah kepuasan baginya apabila melihat isteri menderita. Syaitan bergembira kerana hasutannya telah berjaya menyesatkan seorang anak Adam dipenghujungnya.

Setiap masalah ada penyelesaiannya. Benang yang berselirat pasti ada penghujungnya. Cuma perlukan kesabaran dan ketekunan untuk menyelesaikannya. Sekiranya cemburu menjadi motifnya cubalah di cermin diri sendiri. Adakah kita sempurna. Tiadakah cacat dan celanya. Tidak pernahkah kita terpesong dari landasan yang benar. Hati kita tetapkah hanya untuk isteri sahaja tanpa pernah berani menjeling kepada yang lain.

Memberi dan menerima. Memaaf dan memaafkan. Mungkin orang akan berkata hanya yang terkena akan terasa sakitnya tetapi andai nyawa menjadi taruhan apa lagi yang dapat hendak di kata. Bersedialah untuk menrima hukuman di dunia.

18 Rider Beraksi:

Dah Jadi Anak Dara

11:55 PG JunAina 21 Comments

Tadi jalan-jalan kat rumah kawan-kawan. Terbaca info tentang haid kat rumah CHE MID.
Tersenyum sendirian mengenangkan kekecohan yang berlaku kat rumah awal pagi tadi. Memang melemahkan hati mak betul. Bapak pulak cool sahaja.

Sarapan pagi hari ini sarapan ekpress sahaja. Milo sorang satu mug dan gorengan golden crab ball cicah sos. Tak sempat nak berkuih-kuih pagi ini. Trend sarapan anak sudah berubah sekarang dari menu berat pada hari sekolah kepada menu ringan seperti kuih dan roti sahaja. Menu berat cuma pada hari minggu sahaja. Sekarang mak terpaksa merajinkan diri memasak kuih paling tidak cekodok ikan bilis.

Habis makan kakak bangun cuci tangan. Baru je berpusing adik menjerit.
"Kakak apa tu kat baju kakak. Merah-merah"
"Apa nya?" kakak cepat je jawab dengan sedikit berangin.

Mama panik. Cepat-cepat minta kakak pusing belakang. Dalam fikiran memang cepat-cepat katakan mungkin sos yang abang makan tadi tertumpah kat kerusi. Pusing je, rasa nak pitam. Terkejut.

Anak perempuan dah jadi anak dara! Baru umur 10 tahun dah datang bulan. Mama dulu umur 15 tahun baru datang bulan. Cepatnya. Terasa makin tua mama. Tiba-tiba terasa terlalu cepat masa berlalu. Masih terasa peritnya melahirkan kakak dulu.

Cepat-cepat tarik kakak masuk bilik. Buka baju dan kain pergi cuci. Ketuk-ketuk pintu bilik air.
"Abah. Your daughter. 1st day period. Macam mana ni, tak payah pegi sekolahlah ye"
"Tampal-tampal jelah. Tak apanya pergi sekolah. Hari ini Jumaat baik cepat"

Wahhh...selambanya dia suruh tampal-tampal sahaja. Mama yang peningnya. Semua nak kena ajar, paling penting macam mana nak jaga supaya tak bocor kat sekolah nanti. Adik dah jerit-jerit coz kakak lambat. Bapak ke hulu-ke hilir kat dalam rumah entah apa yang dicari. Mama kalangkabut uruskan kakak.

Finally jerit abah. "Boleh tak tolong keluarkan motor untuk hantar anak-anak ke skolah sementara mama nak siapkan kakak". Barulah terkial-kial angkat helmet dan ambik kunci turun ke bawah. Tiba-tiba...
"Yang...Yang.." bapak jerit dari bawah.
"Apanya" mama jerit dari atas.
"Bawak kunci kereta hantar anak pergi sekolah, minyak motor habis. Abah nak tolak motor cari minyak"
Jam dah 7.30 pagi. Berlari mama keluarkan kereta.

Anak-anak bernasib baik coz hari ini hari Jumaat. Masa sampai bacaan Yassin sedang berkumandang di perhimpunan pagi jadi tiada pengawas yang mencatit nama hari ini. Perlahan-lahan adik dan kakak berjalan menyertai perhimpunan sedangkan abang dah pergi dahulu dengan ayah (adik ipar).

Parking kereta dibelakang dalam kepenatan berjalan ke depan tunggu bapak. Jangan harap le dia nak masuk KL dengan kereta pagi-pagi macam ni. Sanggup dia jalan kaki tolak motor cari minyak dari tersangkut dalam kesesakan.

Semput mama. Rasanya belum bersedia untuk menghadapi semua ini tetapi mama tiada pilihan.

21 Rider Beraksi:

Dulu dan Sekarang

1:27 PTG JunAina 13 Comments

Dulu mula2 dicampakkan ke Besut, Terengganu utk sambung belajar terasa hilang nyawa mak aiii jauhnya...
Sekarang...rindua-rinduan la pulak bila lelama tak pergi ke Terengganu (satar Kuala Besut bestttt...tapai goreng lagi best...)

Dulu bila Ketua Jabatan koyakkan tawaran menjalankan latihan praktikal di tanah kelahiran aku menangis sampai bengkak mata...
Sekarang...ehhh balik duduk kat kampung nanti nak kerja apa pulak boleh ke aku nak sesuaikan diri nih (sambil garu2 kepala...)

Dulu nak kerja kat KL berulang pulak dari Kajang terasa jauhhhhnya...
Sekarang...ehhh...rumah aku kajang je mana ada jauh 40 minit je merempit ayu cam aku...

Dulu tak beranilah nak kerja company besar-besar pulak tu kerja dengan mat saleh dan segala bangsa yang sepatah haram tak tau cakap Melayu tu...
Sekarang...haaa...padan muka depa biaq depa ternganga bila aku cakap Melayu balik dgn depa (duduk kat Malaysia pandai2lah belajar bahasa kan?)

Dulu selalu mok-mek mok-mek(perkataan org Perlis nih yang bermaksud lebih kurang mengomel) belakang mak...
Sekarang anak-anak le pulak buat kat ceq...waaaaaa...

Dulu...kalau nak kawin tak mau le kawin org jauh2 biaq le dapat orang tempat sendiri...
Sekarang padan muka kawin dengan orang Bota nasib baik bukan orang Boston...

13 Rider Beraksi:

Doa Pelembut Hati

8:52 PG JunAina 5 Comments

Dunia serba moden serta canggih, dunia cyber tanpa sempadan. Semakin berkembang kemodenan dunia semakin juga hebatlah cabaran ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Setiap dari kita sentiasa mendambakan anak-anak yang cemerlang dunia dan akhirat. Kejayaan dalam mengejar cita-cita dan kesempurnaan menjadi anak yang soleh serta solehah.

Tidak dinafikan walaupun kita sebagai ibu bapa telah menjalankan amanah Allah (s.w.t) terhadap anak sebaik mungkin masih ada ketirisan yang berlaku. Kesibukan kita terhadap tuntutan tugasan dalam meneruskan kelangsungan hidup kadangkala memberi ruang kepada anak-anak untuk meneroka dunia tersendiri. Maka bermulalah masalah-masalah sampingan di dalam keluarga yang mengundang masalah sosial.

Bila terasa ibu bapa semakin jauh anak-anak akan memilih rakan sebagai pengganti dan di zaman sekarang teknologi membawa anak-anak kita menemui rakan-rakan yang tidak sepatutnya. Mereka tidak perlu keluar dari rumah tetapi segalanya hanya di hujung jari sahaja.

Kadang-kadang dalam keletihan bekerja kita sering mengabaikan perhatian kepada anak-anak. Sedikit kesilapan anak-anak pasti mendapat habuan pukulan paling tidak tengkingan. Sudah tiada kata-kata semangat, sudah hilang kemesraan dalam mendidik mereka. Bermulalah juga didikan menjadikan anak-anak kita seorang yang keras hati tanpa kita sedari.

Sebelum terlambat sama-samalah kita memperbaiki diri juga ingat mengingati semoga kita akan menjadi ibu bapa yang cemerlang dan melahirkan anak-anak yang gemilang.

Antara doa-doa yang boleh diamalkan.

Surah Toha ayat 1-5. Surah ke 20 dan juzuk ke 16. Selain sebagai doa pelembut hati diamalkan juga sebagai ayat pendinding.


1. Taa. Haa.
2. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) supaya engkau menaggung kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah (s.w.t).
4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Iaitu Allah Ar-Rahman yang bersenayam di atas Arasy.

Surah Alam Nasyrah/Surah Al-Inshirah di baca dan di hembuskan ke bubun anak-anak. Juga di amalkan untuk menghilangkan gementar dan kerisauan. Bagi anak-anak juga bagus ketika hendak meghadapi peperiksaan dan menghadiri temuduga.


1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
2. Dan Kami telah meringankan  daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam)
3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)
4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)
5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan.
6. (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)
8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Sama-samalah kita berikhtiar yang terbaik buat keluarga kita. Rajin-rajinkanlah diri kita untuk bangun malam meminta dan berdoa sesungguhnya Allah (s.w.t) Maha Pemurah. Tak pernah lekang rahmatnya kepada hamba yang meminta dariNya. Doa ibu bapa adalah yang terbaik buat anak-anak.

Entri ini adalah sebagai ingatan untuk diri sendiri. Mempunyai dua orang putera dan seorang puteri membuat hati ini terlalu gundah. Putera yang pertama sentiasa akur dengan cakap mama walaupun ada ketikanya dia juga memberontak. Senang meminta maaf dengan mama. Putera kedua 'like father like son' kalau dapat semua kehendaknya perlu dipenuhi tetapi bila dipujuk akan cepat lembut hatinya. Puteri yang satu membuat mama gundah. Kekadang hatinya sekeras kerikil, sedingin salju. Bila telah membuat keputusan tak siapa dapat mengubahnya. Cepat benar marahnya tetapi ada ketika cepat pula sejuk hatinya asal mama jangan menambah-nambah.



5 Rider Beraksi:

Rabu Tanpa Kata-Biarlah Gambar Berbicara

10:17 PG JunAina 13 Comments













13 Rider Beraksi:

Pak Tuan - Dua Kali Bernasib Baik

11:19 PG JunAina 8 Comments

10.10.11 bermula satu fasa baru dalam kehidupan Pak Tuan. Fasa untuk merehatkan diri dan menambah amal ibadat. Fasa yang membolehkan dia menjalani kehidupan sebagai seorang pesara. Pada tarikh tersebut Pak Tuan memulakan cuti rehatnya selama hampir 4 bulan sebelum bersara sepenuhya awal tahun hadapan.

Bermakna bermulalah juga perjuangan Aina melewati hari-hari ke pejabat sendirian. Tiada lagi teman bicara sepanjang jalan. Tiada lagi teman bergurau dan bergaduh dan tiada juga teman untuk makan tengahari serta teman berteh tarik bertemankan lempeng kelapa di highaway di petang hari. Apa yang pasti setiap pagi dan petang Aina pasti merempit sendirian.

Jumaat lepas 7.10.11 pembentangan Belanjawan Negara 2012. Sekali lagi Pak Tuan bernasib baik! Pengumuman telah di buat oleh Perdana Menteri umur persaraan wajib bagi kakitangan kerajaan telah dinaikkan kepada 60 tahun. Pak Tuan tersenyum!

Empat tahun lepas sepatutnya Pak Tuan telah bersara dari terus memberi khidmat pada negara pada usia 55 tahun kerana Pak Tuan tidak memilih untuk terus berkhidmat sehingga umur 56 tahun. Pada tahun yang sama juga had umur bersara wajib dinaikkan ke 58 tahun. Mengambil kira keadaan kesihatan yang masih baik dan tanggungjawab yang masih belum langsai Pak Tuan meneruskan tugasannya.

Kali ini Pak Tuan masih berkira-kira, membuat pertimbangan sewajarnya. Khidmatnya masih diperlukan, kesihatan juga masih mengizinkan, tanggajungjawab juga masih banyak tetapi ada beberapa faktor yang perlu di beri perhatian. Bagi Aina sudah cukup khidmat yang di berikan. Inilah masa untuk berehat dan memberi tumpuan kepada agenda-agenda lain yang tidak sempat dilakukan sebelum ini. Memberi kerehatan pada diri dari memikirkan kerja yang tak tahu bila akan habisnya.

Kata Pak Tuan kerja juga ibadah! Bukan hanya pergi masjid, pergi ke surau sahaja ibadah. Terkaku.

Masih menunggu jawapan. Andainya ada rezeki mungkin Pak Tuan akan mengundurkan diri dari memberi khidmat pada negara. Memilih ruang lain pula untuk mencurah pengalaman berpuluh tahun bekerja. Mengundurkan diri dari terus menjunjung SANG SAKA BIRU! Jiwa perjuangnya tetap masih sebegitu kerana masih ada perjuangannya yang belum selesai!

8 Rider Beraksi: