Seceria Matahari Yang Menyinar

12:34 PTG JunAina 13 Comments

Jumaat datang lagi, alhamdulillah kita masih bernafas hari ini.
Sama-samalah mengutip pahala dalam menghitung detik dan waktu yang masih ada.

Hati Cik Puan sangat gembira.
1. Jumaat kerja separuh hari, boleh balik awal hari ini.
2. Hari terakhir bekerja sebelum menyambung cuti selama seminggu.
3. Tentunya esok nak balik kampung, hati ini dah tak sabar-sabar.
4. Khabarnya cuaca kat tanah kelahiran baik-baik sahaja. Insyaallah.

Tugasan agak banyak hari ini. Almaklumlah hendak bercuti panjang. 'Progress' untuk minggu hadapan terpaksalah disiapkan minggu ini. Hari Jumaat pulak 'server' selalu buat hal, lembap semacam je. Kekadang hangin je, dah le nak cepat macam-macam hal lain pulak jadi.

Perancangannya nak buat majlis masuk jawi (khatan) anak sulung minggu hadapan (dah darjah lima belum masuk jawi dah liat). Mak tok sibuk minta buat di kampung, dah setahun tertangguh. Rasanya inilah masa yang sesuai dengan cuti dan 'load' kerja yang agak berkurangan kerana projek sekarang masih 'Feed Design stage' kalau dah masuk 'Detail Design' rasanya mesti tak ada masa.

Agenda kali ini juga tanpa Pak Tuan waaa sedihnya. Almaklumlah semenjak nak pencen ini dah beralih arah kebidang lain pulak. Meneruskan legasi kerjayanya kat tempat lain, insyaallah. Jadi perhatian Pak Tuan sekarang lebih kepada untuk membina kerjaya barunya dan Cik Puan terpaksalah berkorban kerana Cik Puan seorang isteri yang memahami ahaks.

Insayallah sekiranya ada masa blog ini akan di 'update' tetapi selalunya bila balik ke kampung pengisian masa lebih banyak kearah lain. Banyak aktiviti-aktiviti lain yang terlalu membataskan waktu untuk berada didepan komputer. Nak berkubang dalam bendang, mengai puyu, ligan ayam  dan itik yang nak dikorbankan, ikut pi menjala, panjat pokok mempelam, pergi kenduri , makan garam belacan, makan nasi ganja, pekena bihun sup, cucur udang serta char kueateow, ziarah tok-tok saudara, jumpa kawan-kawan dan macam-macam lagi.

Sampai jumpa lagi. Harap esok tak perlu jadi Mikel Schumiker kat highway. Abah tak ada anak-anak mesti jadi histeria dalam kereta so harap mama tak jadi hijau nanti.

Inilah rumah kecil di tepi sawah yang sentiasa dirindui. Masa kecik-kecik dulu rumah ni didepannya adalah rumah atas, hanya bahagian dapur sahaja rumah bawah. Sekarang rumah kecil ini dah diturunkan. Saiz tetap sama cuma sekarang tak perlu naik tangga lagi. Kadang-kadang rasa segan nak ajak kawan-kawan singgah ke kampung, almaklumlah rumah kecil bukan apa takut tak selesa pulak nanti tapi kalau ada yang sudi apa salahnya.


13 Rider Beraksi:

Perlukah Kita Ucapkan Kita Ikhlas

10:13 PG JunAina 18 Comments

Situasi 1:
Betul ke mama nak belikan lap top ni?
Betullah... Senang nanti anak-anak mama nak buat 'research' ke nak buat buku scrap ke.
Bestnya... Terima kasih mama.

Situasi 2:
Ini untuk mak buat belanja.
Ishhkkk...tak payah susah-susah, hampa balik pun mak dah seronok.
Ambik la mak beli saja apa yang mak suka kalau tak mak simpan sahaja (walaupun duit tu akhirnya separuh balik ketangan anak-anak sendiri juga).

Situasi 3:
Hari ini Jun masak laksa, rezeki boleh le akak merasa.
Terima kasih Jun. Buat susah-susah sahaja.
Akak tak masak apa pun.
Tak payah susah-susah akak salin mangkuk je, Jun tunggu. 

Perlukah setiap kali kita memberi kita mengucapkan kita ikhlas? Bukankah keikhlasan itu datang dari lubuk hati yang tulus selain daripada mengharapkan setiap kebajikan serta kebaikan mendapat pahala tiada lebih dari itu. 
 


Me and my BFF. Kami ikhlas berkawan, sudah 18 tahun berjalan beriringan tetapi kami tetap juga begitu kerana kami IKHLAS tetapi kami tidak pernah mengucapkan KEIKHLASAN itu (senyum dalam dua-dua gambar pun sama je gayanya)



18 Rider Beraksi:

Apa Ada Pada Nama - Nak Tukar Boleh?

2:53 PTG JunAina 16 Comments

Siapa pula nak tukar nama ni?
Boleh ke?
Susah nanti kena angkat sumpah bagai.
Nama sekarang tak cantik ke?
Mungkin jugak makna kurang bagus.
Garu-garu kepala.

JUNAINA BT ABDULLAH. Sapa boleh bagi maknanya dalam Bahasa Arab?
Junainah bermaksud kebun yang subur (pernah terbaca dalam sebuah buku).
Kalau usia belia remaja dulu-dulu makna tu memang kena betul dengan orangnya.
Subur sangat, tembam bagai. T-shirt mesti XXL, paling kecil seluar sukan saiz XL sahaja boleh masuk.
Pada usia 13 tahun berat badan sudah mencapai 55kg dan pernah mencapai 60-70kg semasa sedang belajar. Tak percaya? Nanti saya carik gambarnya.
Sebenarnya bila mak bersalinkan Cik Puan, arwah abah war-warkan di tempat kerjanya.
Berbincang-bincang memilih nama anak ketiganya.
Kebetulan waktu tu JUNAINAH M.AMIN sangat terkenal dan salah seorang kawan arwah mencadangkan nama penyanyi tersebut. Akan tetapi arwah abah membuang huruf 'H' supaya kedengaran lebih lembut.

 Statement tak hengat. Jangan derhaka kakak nanti elaun kena potong (mesti tak berani tu).

Sebenarnya bukan nama itu yang ingin di tukar.
Junaina kebiasaannya panggilan lebih menjurus kepada JUN.
Rasa lebih selesa dengan nama itu kerana sejak dilahirkan itulah panggilan manja seisi keluarga selain KAK YANG atau MAK YANG dan di sebabkan semua panggilan dalam keluarga ada YANG jadi Pak Tuan pun dengan selesanya panggil YANG juga (mesti ada yang rasa mual bila dengar dah tua-tua ni panggil YANG, mengada-ngada je bunyinya.)

Nama AINA pula lebih di kenali dikalangan teman-teman AP.com. Nama ini merupakan nama timbangan seorang teman tapi mesra yang banyak memberi perangsang dan nasihat serta dorongan di saat suka mahupun saat duka dalam menghadapi kehidupan ini. Terima kasih SAHABAT.

Di maya ini juga Cik Puan menggunakan nama AINA tetapi seolah-olah ada ruang-ruang lompong yang membataskan diri. Tiada kepuasan dan seolah-olah kemesraan itu sangat terbatas. Nama ini sangat istimewa kerana kelembutan sebutannya juga seistimewa orang yang memanggilnya yang bersifat lembut dan sangat penyayang. Nama ini sedikit berlawanan dengan karakter diri sendiri yang sedikit keras dan kasar.

Mesti ada yang bertanya mana mainya CIK PUAN tu pulak? Sebenarnya suami berketurunan SYED (apa ada pada nama), kebiasaannya keturunan SYED kat Perlis orang panggil PAK TUAN dan kebetulan pulak suami AINA ni seorang pegawai polis dulu bertugas kat Perlis kebanyakan orang panggil PAK TUAN pada dia. Jadi bila dok pi majlis-majlis rasmi depa selalu panggil PUAN aje. CIK kat depan tu AINA tambah untuk sedapkan nama sahaja.

Jadi untuk keselesaan diri sendiri dan menjadi diri sendiri rasanya penghijrahan perlu dilakukan. Penghijrahan kembali ke pangkal jalan. AINA kembali kepada JUN sahaja. Di situ terletak satu kepuasan!

Pada semua boleh sahaja panggil AINA atau JUN ikut keselesaan diri. Dua-dua diterima tapi CIK PUAN tu cuma untuk membahaskan diri di dalam blog sahaja tidak lebih dari itu. Buat AA jangan dok pandai-pandai ubah dari panggil AINA pi panggil JUN kotnya ada yang tercekik cekodok bilis.


 Gambar album peribadi. Kenangan 18 tahun yang lalu di semester pertama bersama kawan-kawan satu batch di IKM Besut, Terengganu. Pantai Air Tawar yang terlalu banyak menjadi saksi kami melakar sejarah ketawa, gembira dan air mata. Saya yang pakai baju berwarna-warni serta bertudung hijau (paling tembam dalam kumpulan tu).

 
Budak paling tembam dengan pipi macam belon tu adalah saya. Gambar ini bersama kawan-kawan sebilik semasa semester kedua. Kiranya gambar ini pun dah mula belajar diet jadi berat badan dah turun sedikit, almaklumlah masa ini jugak dan mula belajar berpacaran (cinta monyet).


16 Rider Beraksi:

Harimau Muda Patahkan Sayap Garuda Muda

10:39 PG JunAina 15 Comments

Satu kepuasan yang sukar diungkapkan. Alhamdulillah akhirnya debaran 120 minit yang terlalu panjang buat pemain yang semakin kehilangan ketangkasan akhirnya terlerai. Seri 1-1 mengheret kedua-dua pasukan kepada masa tambahan dan akhirnya tanpa ada pilihan terpaksa ke penalti.

Permainan yang agak seimbang. Setiap serangan pasti ada serangan balas tetapi ada ketika-ketikanya terlihat seperti Indonesia lebih mendominasi perlawanan. Pujian patut di berikan kepada HARIMAU MUDA kerana terus berjuang walaupun nampak sangat masing-masing terlalu keletihan.

Pemain yang mengambil sepakan penalti malam tadi. Percaturan terbaik dari Ong Kim Swee setelah di congak sebaik mungkin.

1. Mahali
2. Fandi
3. Fakhrie (nampak sangat dah pancit, tendang bola pun dah tak bertenaga. Dua kali bola yang cantik dikakinya kedua-duanya gagal dimanafaatkan).
4. Fadzli
5. Baddrul Bakhtiar (Sepakan penyelamat dah dapat ditampan oleh penjaga gol tetapi melantun kebelakang. Puas tengok. I like it.)

Rembatan akhir Baddrol Bakhtiar itu telah memastikan Malaysia membawa pulang EMAS.

Cik Puan tak pandai sangat pasal bola tapi yang penting Malaysia dah menang. Indonesia tak boleh nak perlekehkan kehebatan Malaysia. Cik Puan hairan juga setiap kali ada sepakan percuma atau sepakan sudut untuk Indonesia pasti salah seorang pemain akan ke tiang gol dan goyang-goyang jaring. Agaknya memohon tuah dari jaring tu kot tapi Khairul Fahmi lagi hebat tak sempat bolos pun jaring tu. Agaknya pengadil pun dah perasan pemain Indonesia yang sikit-sikit jatuh terutama bila berada dekat gawang gol pasukan Malaysia. Taktik mencari sepakan percuma kot.

Psttt...Orang sebelah dinding Cik Puan datang kerja senyap je hari ini. Penangan kekalahan pemain bola sepak Indonesia kot tak pun trauma dikalahkan pemain-pemain Malaysia. Sebelum ini ada jugak cakap-cakap megah dia yang Indonesia punyai pemain terbaik seperti Octo dan Titus apatah.






Gambar: Koleksi peribadi. Dari kamera CHAP AYAM dan TV yang tak berapa nak SHARP.

15 Rider Beraksi:

Temujanji Malam Ini 8.30 malam.

11:26 PG JunAina 15 Comments

Salam bersiaran semula buat semua. Harapan semua berada di dalam situasi yang bagus adanya.
Cik Puan hari ini datang kerja dengan perasaan berkobar-kobar.
Pertama kerana pagi ini aman tanpa stress dengan perangai anak-anak almaklumlah cuti sekolah sudah bermula.
Kedua malam ini Cik Puan ada temujanji yang paling mendebarkan.
Ketiga pula kerana bila sampai je hari Jumaat bermakna akan bermulalah percutian seminggu Cik Puan.

Temujanji malam ini bukanlah istimewa sangat buat Cik Puan cuma pertemuan kat depan TV je.
Pertemuan penting buat rakyat Malaysia yang meminati bola sepak.
Malaysia-Indonesia di pentas akhir memburu emas di SUKAN SEA.
Cik Puan bukanlah peminat tegar bola sepak tetapi bila layanan yang  tidak sepatutnya telah diberi oleh Indonesia kepada Kontigen Malaysia termasuk kepada para petugas media membuatkan Cik Puan tertarik sangat nak tengok perlawanan ini.

Pertemuan Malaysia dan Indonesia sebelum ini Cik Puan ikuti juga Malaysia menang 1-0 dan pemain terpaksa balik dengan kereta kebal.
Menyaksikan juga terpaksa bermain tanpa jurulatih Ong Kim Swee di tepi padang.
Bila Malaysia bertemu Myanmar Stadium Gelora Bung Karno dipenuhi rakyat Indonesia yang menyokong Myanmar.Kali ini lebih memeritkan bila Ong Kim Swee terpaksa berkomunikasi dengan penolong jurulatih dengan menggunakan seorang pegawai MSN sebagai pengantara.
Akhirnya Malaysia menang jugak dengan jaringan 1-0, walaupun disaat-saat akhir.

Banyak peluang yang tersia-sia begitu sahaja, banyak juga ruang yang perlu diperbaiki.
Kita hanya melihat tetapi bagi mereka yang berada di atas padang tentunya mempunyai tekanan tersendiri.
Kepenatan mengejar bola kesana-sini, bila bola sampai ke kaki pula keputusan perlu dibuat dalam beberapa saat sahaja tanpa sempat berfikir panjang. Agak-agaknya kita boleh ke nak buat keputusan dalam keadaan macam tu?
Tekanan dari luar terutama penyokong jugak memang turut mempengaruhi.

Persediaan awal telah di buat sebaik sahaja perlawanan berakhir pemain-pemain Malaysia akan terus di bawa balik ke Malaysia dengan penerbangan khas atas kerjasama Kerajaan Malaysia dan Air Asia. Di sebalik alasan memberi kerehatan kepada pemain sebelum menghadapi perlawanan Pra Olimpik pada hari Rabu adalah lebih kepada keselamatan para pemain sekiranya Malaysia memang malam ini.

Kepada semua pemain Harimau Muda lagi sekali tundukkanlah ego Indonesia malam ini.
Walaupun Cik Puan bukanlah peminat tegar bola sepak kerana tidak menggemari debaran sepanjang perlawanan tetapi malam ini Cik Puan sanggup menjadi penunggu televisyen demi menyokong Harimau Muda.




15 Rider Beraksi:

Bertukar Polisi

12:06 PTG JunAina 11 Comments

Hari ini terpaksa ambil cuti separuh hari.
Esok juga sama.
Alasan tentulah urusan persekolahan anak-anak.
Hari ini urusannya seperti di bawah.


Polisi Guru Besar Cemerlang telah berubah dalam masa tidak sampai seminggu. Sabtu lepas telah membuat keputusan di dalam perjumpaan bersama ibu bapa murid-murid Tahun 5 supaya duit bantuan tunai sebanyak Rm100 di kekalkan di dalam akaun sekolah dan ditolak yuran persekolahan untuk tahun berikutnya. Pengurusi majlis meminta seorang ibubapa menyokong cadangan dan seorang lagi menutup cadangan tersebut supaya dapat dimasukkan ke dalam minit mesyuarat.

Semalam mendapat surat dari pihak sekolah supaya ibu bapa dapat datang kesekolah untuk mengambil wang tersebut dan sebagai bukti sokongan hendaklah membawa surat beranak kerana bantuan hanyalah untuk warganegara.

Esok pula HARI KECEMERLANGAN PELAJAR dan anak sulung Cik Puan akan terima hadiah. Sebagai 'moral support' untuk hadapi UPSR tahun depan mama dengan senang hatinya telah mengambil cuti esok. Budak ini akan terima hadiah esok. Syukur alhamdulillah dia juga telah berjaya menempatkan dirinya di kelas terbaik untuk Tahun 6.


Buat kawan-kawan hari ini Cik Puan tak sempatlah nak pergi ziarah blog seperti biasa. Agak kalut pagi ini dengan urusan kerja yang perlu dibereskan dan cuti yang tiba-tiba. Bila balik rumah macam biasalah sibuk sahaja lagi pun rumah Cik Puan memang tak ada kemudahan internet. JANGAN GELAK.


11 Rider Beraksi:

Keperluan Sekolah 2012

9:25 PG JunAina 21 Comments

Cerita berkisar perjumpaan Sabtu lepas lagi.
Kalau ada yang menyampah sila tekan pangkah kat kanan PC anda.
Jika masih sudi menyakitkan telinga membaca Cik Puan ucapkan terima kasih.

Kali ini Cik Puan nak kongsi senarai pembayaran untuk anak-anak Cik Puan.
Tahun depan masing-masing akan masuk Tahun 2, Tahun 5 dan Tahun 6.
Cik Puan tak kisah berapa nak kena bayar kerana inilah pengorbanan kita sebagai ibu bapa untuk lihat anak-anak berjaya.
Persediaan keewangan Cik Puan simpan sikit-sikit setiap bulan.

Ada juga ibu bapa yang tidak mampu, memandangkan jumlah anak mungkin ramai.
Tak kurang ibu tunggal dengan lima anak tanpa bantuan dari bekas suami.
Atau juga si yatim yang diabaikan masyarakat.
Bukan memandang kemampuan sendiri sahaja tetapi mampunya orang lain perlu diambil kira.



*Jika Perlu Sahaja (Tahun 1 Semua)

#Murid Islam Sahaja


Nota : Bayaran boleh dibuat kepada guru kelas pada 2hb Januari 2012 mulai jam 11.30 pagi hingga 2.00 petang.
         (Mesyuarat  agung PIBG akan diadakan pada pukul 8am - 11.30am)

Jumlah akhir itu adalah jumlah perlu dibayar untuk sesi persekolahan tahun hadapan. Terpulang hendak mengambil baju sukan berlengan pendek atau panjang. Jumlah akan berbeza mengikut kepanjangan tangan baju! Cik Puan nak tanyalah andai ada cikgu-cikgu yang bertugas di negeri Selangor yang membacanya tentang penyeragaman baju sukan. Adakah pekeliling surat pekeliling telah dikeluarkan oleh kementerian berhubung perkara ini.

Memandangkan baru sahaja bulan Julai lepas Cik Puan membeli baju sukan mengikut rumah edisi baru (yang lama hanya lengan baju dan tulisan melambangkan rumah sukan masing-masing, edisi baru kesemua baju berwarna rumah sukan samada merah, kuning, hijau atau biru serta kolar dan hujung lengan berwarna hitam). Cik Puan pun mengeluarkan baju dari senarai bayaran yang pada akhirnya cikgu memberi tahu pembelian baju sukan adalah wajib untuk penyeragaman semasa Pendidikan Jasmani (rasa macam tertipu membazir beli baju sukan baru pertengahan tahun dahulu pakai masa sukan lepas tu masuk peti besi almari). Arahan telah dikeluarkan oleh kementerian katanya.

Jumlah keseluruhan yang perlu di bayar oleh Cik Puan adalah seperti berikut.
Adik akan masuk Tahun 2 - Rm 109.50 (baju sukan lengan pendek)
Kakak akan masuk Tahun 5 - Rm 130.30 (baju sukan lengan pendek coz kakak suka pakai inner)
Abang akan masuk Tahun 6 - Rm 269.89 (baju sukan lengan panjang terbalik dengan kakak)
Jumlah = Rm 509.60 tidak termasuk buku tulis atau buku kerja (diberitahu tiada buku kerja tambahan untuk tahun ini).

Jumlah juga telah di tolak bayaran untuk tali leher dan tanda nama. Beli baju baru ambik je tanda nama lama jahitkan balik kat baju baru. Jumlah ini juga belum termasuk untuk bayaran sekolah agama. Belum masuk jugak bajet untuk baju, kasut dan beg sekolah. Andai yang lama masih boleh digunakan alhamdulillah kalau tak rabak lagi poket mak.

Menurut BIL yuran senarai pembayaran sekolah anaknya untuk tahun hadapan bagi Tingkatan Dua cuma Rm 80++ sahaja tapi mungkin itu di BANDARAYA IPOH tapi kita di BANDARAYA KUALA LUMPUR mungkin jumlah yang dibayar turut berbeza. Dia pun bertanya dalam loghat BOTA yang pekat.
'Eeeee...apenye ELIT bebenor ke sekolah kome tu bayor beratuih-ratuih'. Cik Puan nganga...hahahaa...

Macam mana pulak dengan kawan-kawan yang lain. Kalau rajin sama-samalah kongsi pendapat kat sini. Hanya untuk pengetahuan bukan untuk bercakar-cakaran.

21 Rider Beraksi:

Fasha Sandha Yang Owhsem.

10:04 PG JunAina 14 Comments

Lakonannya mantap Cik Puan suka sangat tengok dia berlakon.
Raut wajahnya cantik.
Suaranya yang manja-manja kekadang serak-serak basah memang menggoda.
Selalu tertunggu-tunggu kemunculannya.
Busana yang di pakai selalu kena sahaja dengan badannya.

Fasha Sandha di majlis pelancaran Majalah LISA Malaysia yang di adaptasi dari majalah keluaran luar negara.






 Owhsem tak...owhsem tak...??

Sumber : rotikaya



14 Rider Beraksi:

Bantuan Persekolahan Rm100

12:11 PTG JunAina 10 Comments

2011/11/11
Wang diagih secara tunai dalam 14 hari: Muhyiddin

BANTING: Kira-kira 5.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah akan menerima wang bantuan persekolahan RM100 seorang yang sudah disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing mulai semalam dan diagihkan secara tunai kepada ibu bapa, penjaga atau murid dalam tempoh 14 hari.

Bayaran berkenaan untuk murid Tahun Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011, manakala bagi Sabah dan Sarawak, selewat-lewatnya minggu depan. Pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu bagi sesi persekolahan 2012 pula menerimanya pada Januari.

Sumber : BERITA HARIAN

 Perbincangan sudah diadakan semasa perjumpaan ibu bapa murid-murid Tahun 5. Pihak sekolah mencadangkan wang bantuan yang di berikan kerajaan akan dikekalkan di dalam akaun sekolah dan ditolak yuran persekolahan untuk tahun 2012.

Alasan yang diberikan oleh Guru Besar Cemerlang tersebut ialah:
1. Mengelakkan salahguna bantuan untuk kegunaan peribadi ibu bapa seperti membeli telefon bimbit baru, kasut baru atau membeli rokok. Lari dari tujuan asal yang sepatutnya digunakan untuk tujuan persekolah.

2. Keselamatan. Adalah tidak selamat mengeluarkan duit dalam jumlah yang besar kira-kira Rm150,000.00 untuk jumlah keseluruhan pelajar di sekolah tersebut Senarnya nak memudahkan kerja pihak sekolah.

3. Memudahkan ibu bapa hanya membayar sejumlah kecil perbelanjaan persekolahan yang berbaki.

Sebenarnya tidak akan timbul isu wang baki kerana mengikut senarai yang ada jumlah yang perlu dibayar adalah melebihi Rm100 bagi setiap murid.

Semalam balik menjengah ibu mertua di BOTA kebetulan juga adik ipar kahwinkan anaknya di TRONOH. Berjumpalah sanak-saudara sebelah Pak Tuan. Bila habis majlis masing-masing bergerak ke rumah ibu mertua. Berbincang juga isu-isu ini.

Adik Pak Tuan yang merupakan YDP PIBG disalah sebuah sekolah di Ipoh berpendapat apa bila di umukan pemberian tunai maka ia haruslah di berikan secara tunai. Sekolahnya juga telah bersetuju untuk memberi tunai kepada penjaga. Terpulanglah kepada mereka bagaimana untuk menguruskan wang terebut.

Adalah salah konsepnya apabila bantuan tersebut dikekalkan di dalam akaun sekolah dan ditolak perbelanjaan tahun berikutnya kerana ia adalah BANTUAN TUNAI.

Bagi Cik Puan memang ada sedikit kekesalan di hati. Kenapa mesti dikekalkan di dalam akaun dan tidak melaksanakan seperti pengumuman yang telah dibuat oleh TPM yang merupakan menteri bertanggungjawab. Bukan soalnya duit Rm100 tetapi soalnya amanah yang telah diberi harus ditunaikan sebaik mungkin. Sekiranya kita di amahkan untuk memberi sekilo daging kepada jiran kita patutkah kita menggantikan dengan seperiuk kari?

Keputusan sekolah tidak boleh dipertikaikan. Pengalaman Cik Puan selama ini anak akan menjadi mangsa keadaan apabila ibubapa bersuara. Itulah yang terjadi di kebanyakan sekolah!

10 Rider Beraksi:

Chow Kit

1:35 PTG JunAina 18 Comments

Pejam celik pejam celik dah hari JUMAAT.
Esok SABTU, lusa AHAD...habis satu minggu.
Rutin kita tak pernah berkesudahan, kerja...kerja...
Kalau kat rumah pun kerja jugak, kerja rumah lah pulak...

Hari ini nak cerita pasal Cow Ket.
Kalau orang duduk kat KL ni mesti biasa pergi walaupun tak selalu.
Banyak barang-barang yang tak ada kat tempat lain ada kat sini termasuk kat lorong Haji Taib.
Ada juga kat tempat lain mahal tapi bila kat sini pulak dapat murah.
Kenalah pandai tawar harganya kalau tak memang kena sembelih.
Contohnya beberapa minggu yg lepas Cik Puan dan Pak Tuan pergi untuk membeli periuk.
Di Kajang harganya dalam Rm250 (periuk cap buaya dari THAILAND bersaiz 50 inci).
Satu kedai ni display saiz 50 inci dengan harga Rm399 memang Cik Puan terdiam.
Pak Tuan angkat bahu terus Cik Puan cakap mahallah nanti balik beli kat Padang Besarlah.
Tauke sengih-sengih terus dia bagi Rm200 tapi Cik Puan slow je melangkah keluar.
Dia cakap lagi 'Kira cincailah Rm180. Ermmmm...
Pak Tuan kata lain kali datang periuk besar mana boleh bawak naik motor...huhuhuuu...
Sebelum tu dah beli dapur belangkas (dapur yg biasa org bawak berniaga pasar malam tu).
Harga yang diletak Rm129 tapi boleh pulak turun sehingga Rm60.
So kalau membeli kat Cow Ket ni pandai-pandailah menawar.

Buah-buahan pun murah kat pasar Cow Ket.
Cik Puan suka datang beli buah-buahan kat sini.
Petang-petang masih ada peniaga menjual ikan dan ikan-ikannya pulak masih nampak segar.
Disebabkan petang harga yang diberi pun agak murah.
Ada pasar menjual sayur-sayuran jugak terutama sayur kampung.
Petai, jering, kerdas, keladi, pucuk ubi, pucuk paku, jantung pisang dan macam-macam lagi.
Harga memang berbaloi-baloi.

Apa yang tak bestnya kat sini SYURGA pendatang asing terutama INDONESIA.
Cerita kawan-kawan ada yang pernah kena PAW kat sini.
Setakat ini Cik Puan alhamdulillah bersama Pak Tuan, bersendirian atau bersama kawan-kawan kat sini tak pernah menghadapi masalah.
Satu lagi pasal kebersihan.
Kalau orang yang jenis pembersih memang tak boleh membeli barang-barang kat sini.
Pasarnya berair je. Tak Tersusun.

Sekitar Cow Ket ni jugak ada tempat yang penjadi paberet Cik Puan.
Plaza GM antaranya. Macam-macam ada tp barangan tiruan jelah.
Celah-celah tu jugak banyak kedai-kedai pemborong kat sini.
Pemborong macam-macamlah. Beg, hand beg, tali pinggang, keronsang, mainan kanak-kanak, cenderahati, barangan jahitan, buah-buahan dan macam-macam lagi.
Cik Puan suka window shopping kadang-kadang terbeli jugak dan Pak tuan pulak memang rajinlah melayan kiranya kami punya hobi yang sama.
Satu lagi tempat kegemaran Cik Puan kat sini BAKE WITH YEN. Kalau pergi kat sini mau pening pusing-pusing semuanya nak beli walaupun kekadang tak guna pun.


Cow Ket memang mempunyai aura yang tersendiri dari dulu cuma kini sedikit tercemar dengan bangsa asing yang menguasi termasuk penagih dan pelacur (Siapa ingat SUDIRMAN HAJI ARSHAD pernah buat konsert di sini dulu. Atas jalan!)

Mengharapkan suatu hari akan ada perubahan yang positif tanpa mengganggu gugat kepentingan orang setempat.

Cow Ket yang sinonim dengan kedai jamunya. Pelbagai pilihan sama ada yang diluluskan KKM atau pun yang haram pilihlah ikut selera masing-masing.

 Deretan kedai menjual pelbagai jenis tudung, kain batik, kalin pelikat dan pelbagai keperluan seharian. Kebanyakan peniaga adalah warga Indonesia tetapi tidak pasti sama ada mereka ini tauke atau sekadar kuli sahaja.

Kedai menjual kerepek dan keropok. Dari lenggok bahasnya ternyata peniaga ini warga tempatan.

 Inilah antara gerai buah-buahan yang ada. Pilih sahaja dari buah-buah yang diimport sehingga buah-buahan tempatan yang bermusim semuanya senang didapati di kawasan pasar ini.

Pak Tuan sedang gigih memilih buah dari ladang di Pasar Cow Ket. Abaikan cincin bomoh berwarna merah di jarinya kerana cincin ini bakal melawan kehebatan cincin-cincin di jari AA har...har..har...(mau lawan dia punya trade mark).

Kat sini jugak ada bihun sup utara yang best. Bihun yang berwarna kuning memang kalah bihun sup kat ANI SUP UTARA. Sejak menjejak kaki kat KL kat situlah satu-satunya buhun sup yang terbaik pernah makan yang hampir menyamai bihun sup kat PERLIS tapi awas bagai dikatalah kalau anda seorang yang pembersih batalkan sahaja hajat anda untuk makan-makan kat sini.



18 Rider Beraksi:

Desak segerakan siasatan

10:24 PG JunAina 17 Comments

~KLANG: Kementerian Luar mendesak pihak berkuasa Indonesia menyegerakan siasatan berhubung kes pembunuhan pelajar perubatan Universiti Brawijaya, Malang, Adrian Jay Pereira, 22, pada Isnin lalu supaya suspek dapat dibawa ke muka pengadilan.

Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay berkata, pihaknya menganggap pembunuhan pelajar perubatan tahun tiga itu terlalu kejam yang memerlukan tindakan tegas segera oleh pihak berkuasa negara berkenaan.


Bagaimanapun, katanya, menerusi pemantauan wakil Wisma Putra termasuk pegawai pendidikan dan atase mendapati situasi pelajar yang menuntut di Indonesia masih dalam keadaan terkawal.

“Saya difahamkan kes pembunuhan membabitkan pelajar kita di negara itu adalah yang pertama kali berlaku.


“Memang ada laporan seperti kemalangan atau jenayah curi berlaku namun masih dalam kawalan, justeru kita meminta pihak keluarga penuntut yang lain tidak bimbang dengan situasi keselamatan di Indonesia.


“Apapun, saya akan menghubungi rakan sejawatan di sana untuk mendesak pihak berkuasa Indonesia mengambil perkara ini dengan serius melalui siasatan segera supaya suspek pembunuhan mendiang Adrian itu diberkas dan dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menziarahi keluarga mendiang Adrian di rumah mereka di Taman Klang Jaya, di sini, semalam.


Menurutnya, Wisma Putra menasihatkan penuntut luar negara khususnya dalam kes ini di Indonesia supaya segera melaporkan apa-apa yang mencurigakan kepada Wisma Putra atau wakil pelajar.

Selain itu, beliau turut menyarankan penuntut di sana bergerak secara berkumpulan dan mengelakkan diri daripada berjalan seorang diri.


Turut hadir semalam, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, Naib Ketua Bahagian Umno Kota Raja, Abdul Raof Mokhtar dan saudara mara, jiran serta rakan rapat mendiang. Tinjauan mendapati suasana di rumah keluarga mangsa hening walaupun tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai yang mengucapkan takziah terutama ibunya, Mary Catherine De Cruz, 52, dan dua adik perempuan mangsa.~

Sumber : Harian Metro

Kalau rakyat depa yang kena macam ni siaplah Kedutaan Malaysia kena baling dengan tahi. Pelajar-pelajar Malaysia kena ancam dan pelancong Malaysia yang berada kat sana dalam ketakutan. Bila rakyat kita kena semua buat-buat tak faham. Tak ada pulak rakyat Malaysia pi dok tunjuk perasaan depan kedutaan depa.

Pelik. Kadang-kadang isu-isu remeh pun boleh jadi isu besaq pada depa. Walahal tiap-tiap tahun adik beradik depa dan saudara-mara depa dok hantaq balik hampir Rm5.3 bilion duit kita pi dok pekaya rakyat depa. Berapa juta pulak rakyat depa dok tumpang cari makan kat sini tanpa ada prasangka dari rakyat kita. Aman tak pernah di cuit pun.

Baru beberapa amah depa di dera depa dah naik angin tak tentu hala. Tak pulak depa pikiaq berapa ramai rakyat depa yang masuk negara kita jadi penjenayah. Menyamun, merompak tak kurang jugak sampai membunuh! Ada ka kita ambik tindakan sendiri pada rakyat depa yang bebas berjalan kat Malaysia ni?

Mengikut hati ini bukan saja di kalangan penduduk kampung yang tak berpelajaran tapi yang berpelajaran tinggi pun sama. Dulu masa isu sempadan ramai pelajaq-pelajaq Malaysia menerima layanan tidak sepatutnya dari pensyarah dan doktor senior bagi doktor pelatih kat sana. Teringat orang sebelah partition Cik Puan nih, sama jugak dia punya perangai. Senior Engineer tentunya keluaq universiti tapi selalu pelekehkan Malaysia ikut-ikut mulut Cik Puan yang tengah panas hati mau ja suruh dia balik cari makan tempat sendiri. HUHHHH...!!! Satu statement yang buat Cik Puan hangin masa tu dia tengah sembag-sembang dengan sorang foriegner kat opis ni jugak.'Kampung Baru asalnya dibuka oleh orang Indonesia bukan Kampung Melayu, sampai sekarang pun still di penuhi dengan orang Indonesia'. Berdesing telinga Cik Puan nih.

Serumpun tak tak sama haluan. Sebenaqnya negara-negara barat tidak senang melihat Malaysia dan Indonesia berbaik-baik. Salah satu isu dulu pun di sebarkan oleh media Singapura. Kenapa? Sama-samalah kita renung-renungkan.

Nukilan rasa tengah marah: Memang keluaq bahasa ibunda le...


17 Rider Beraksi:

Wordless Wednesday - Bila Bangla Menulis

10:26 PG JunAina 18 Comments




18 Rider Beraksi:

Telan Mati Emak Luah Mati Bapak

6:42 PTG JunAina 10 Comments



Petang-petang macam ni dapat satu email...
Boleh buat gugur jantung.
Mendayu-dayu merayu.
Mengadu nasib.
Meluah masalah.

Akhirnya masalah dia...
Jadi masalah kita untuk difikirkan.
Bercerita dengan Pak Tuan...
Ampunnnn...
Mau Cik Puan kena sergah nanti.
Akhirnya sendiri makan hati.

Nak di luah mati emak ditelan pulak mati bapak.
65k bukan satu atau dua angka tapi 5 angkanya.
Memang sekadar pinjam nama tapi kalau dia tak bayar...
alahaiiiii...padan muka Cik Puan...
Korek lubang sini untuk kambus lubang kat sana...
Dua-dua pun namanya hutang!

Berkawan...
Baik tapi bukan best friend.
Kenal baru setahun dua...
Cuma teman tapi mesra...
Bertegur sapa bila berjumpa...
Beramah mesra sekali-sekala...
Tetapi perlukah kita menjadi terlalu baik?



10 Rider Beraksi:

Salam Aidiladha

2:42 PTG JunAina 15 Comments

Hari ini hari JUMAAT balik pukul 12. Ini entri terakhir sebelum berhari raya. Bercuti dari dunia blogging selama 3 hari macam lama sangat.

Balik nak rehat-rehat sebelum bertungkus lumus kat dapur esok.


Gambar ihsan mr.gugel

 Menu : Nasi impit, pulut lemak, rendang ayam, kuah kacang dan sayur lodeh (hilang masakan trade mark orang Perlis)

Buat semua
 SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
semoga pengorbanan kita mendapat redza Ilahi.



15 Rider Beraksi:

Telekung Buat Aku Menung.

9:57 PG JunAina 15 Comments

Sungguh rasa tak selesa.

Seorang perempuan masuk ke surau.

Ambil sejadah.

Betulkan blouse. Betulkan seluar. Pakai stoking. Pakai sarung tangan yang tutup sampai pergelangan tangan.

Solat.

Aku pelik.

Suraunya kat opis. Telekungnya mana?

Telekung wakaf banyak. Tak guna jugak.

Bukan telekung syarat sah sembahyang tetapi menjadi resam kita orang Melayu menggunakan telekung kala bersolat. Nampak lebih manis dan bersopan ketika beribadat.

Sekiranya darurat aku tak kisah!

Andai bermusafir fahamlah sudah.

Jika wanita Iran aku setuju sahaja kerana adatnya memang begitu. Itupun mereka akan menggunakan selendang yang besar bagi menutup bahagian atas badan.

Lain orang lain pendapatnya, lain caranya. Selagi beribadat mengikut rukunnya, menjaga tertibnya sudah mencukupi. Lebih baik dari orang yang membeli telekung berkerawang cantik yang akhirnya tersimpan di dalam almari tanpa keinginan untuk memakainya.


15 Rider Beraksi:

Lunch Delivery

1:25 PTG JunAina 26 Comments

 Tengahari ini Pak Tuan tak dapat melayan tekak Cik Puan. Sob...sob... Dah le hari ini terasa macam hari lapar sedunia.

10.31am PINKY menjerit-jerit. Owh...sms...
Buka. Tersengih gambar Pak Tuan.
'Tengahari nak gi Maybank Seri Gombak. Idris tunggu kat sana nak sign document.'
Wahhh...perut berbunyi dia pulak ada hal lain. Marah.
Sms Cik Puan biarkan sepi.
Merajuk le konon.

11.47am. PINKY mendayu-dayu lagi. Sms again...sapa la pulak nih, dah le tengah menjeruk rasa kacau lak.
'Kul 12 turun ambik makanan. Dah beli dan sekarang otw.'
Yeyyyyy...tak perlu menapak jauh-jauh. Ada lunch delivery. Kembang kempis hidung Cik Puan bila dapat layanan terbaik dari Pak Tuan. Takut-takut baik ada maknya nanti...
 

Sambil makan layan Dari Mata Pena Lahirlah Sebuah Rasa dan menjejak kawan-kawan yang meninggalkan tapak kaki kat sini.



Zoom sikit ehhh...Inilah dia makan tengahari pilihan Pak Tuan buat Cik Puan. Nasi putih, keli goreng cili (pedas coz guna cili api) dan sayur brokoli campur lobak merah. Kenyang Cik Puan. Inilah buat Cik Puan bertambah-tambah sayangkan Pak Tuan.


26 Rider Beraksi:

Seksualiti Merdeka-Dah Moden Sangat Lah Tu!

9:46 PG JunAina 5 Comments

Apa kes? Tak ada kes cari kes. Bina konterversi untuk cari populariti. Mungkin juga ada udang di sebalik mee.


Perjuangan "Human Right", mereka menuntut hak kebebasan golongan luar tabie seperti lesbian, gay, biseksual dan transeksual. Ingin mengamalkan gaya hidup secara terbuka dan tanpa gangguan. 

Kenapa kita perlu bertolak ansur dalam cerita sebegini. Sudah terang lagi bersuluh apa yang di canang betentangan dengan kehendak agama. Tiada apa yang perlu di kecohkan kerana semua hanya akan merosakkan masyarakat.

Kalau dah cam gitu tak bertambahlah umat Muhammad.

Seksualiti Merdeka 2011, themed ‘Queer Without Fear,’ is scheduled to be held from Nov 1-13 at The Annexe Gallery, Kuala Lumpur. Datuk Ambiga Sreenevasan will be officiating the festival launch on Nov 9 at 8pm.

Tak faham kenapa orang seperti Datuk Ambiga begini nak simpan lagi kat Malaysia. Kalau tak suka cari negara lain yang menghalalkan segalanya.




5 Rider Beraksi:

Keli ke Geli?

2:58 PTG JunAina 11 Comments

Kisah Jumaat. 28 Oct 2011.
Macam biasa Jumaat merupakan hari balik awal bagi opis Aina. Seawal jam 12 tengahari masing-masing dah angkat beg nak balik. Masing-masing ada agenda tersendiri. Nak balik memasak, nak jemput anak kat sekolah dan yang lelakinya pastilah sibuk mengira-ngira masjid mana yang perlu disinggah.

Berkira-kira menu tengahari nanti. Permintaan Pak Tuan masakkan lauk kegemarannya gulai tempoyak ikan patin. Di sebabkan hari Jumaat makanya waktunya agak suntuk untuk singgah membeli ikan di mana-mana. Terpaksalah balik ke rumah sediakan pakaian Pak Tuan untuk ke masjid kemudian bila Pak Tuan dah selamat start motor ikut jalan belakang pergi Econsave dengan Junior (lebih cepat dari bawak kereta melalui highway berkilometer jauhnya).

Timun, cili dan sayur dah masuk troli. Tiba part ikan melopong ikan patin tak ada. Garu-garu kepala nak menukar menu. Jeling-jeling tong ikan keli (ni pun kesukaan Pak Tuan). Cedok jelah 5-6 ekor yang kecik-kecik, melompat-lompat ikan tu dalam plastik.

Sampai rumah cepat-cepat masak nasi. Pak Tuan terbaring keletihan. Masa tu dah pukul 2 lebih masih belum makan (baru nak masak). Ready untuk siang ikan keli yang sebelum tu dah masukkan garam sedikit dalam plastik, terkial-kial. Setengah jam baru siap sekor (bila nak boleh makan nih). Last terpaksa le kejutkan Pak Tuan tolong siangkan ikan...haahahhaaa...(malu jadi anak bendang macam aku nih tak berani nak siang ikan keli, bukan tak pandai ye...)

Akhirnya makan jugak le kami anak beranak walaupun dah hampir pukul 4. Ikan keli goreng cili, sayur bayam tumis air, ikan sardin goreng, sambal belacan dan berulamkan timun yang tak jadi masak gulai tempoyak. Jadinya makan malam hanya hidangan sandwich sahaja.


Lutut Pak Tuan sakit so dia tak boleh nak bengkokkan terpaksa le berlunjur macam tu. Bertungkus lumus dia menghabiskan lagi 5 ekor ikan. Nampak jelas parut kat belakang Pak Tuan, kesan kemalangan yang mengakibatkan 6 bulan Pak Tuan terpaksa bercuti cerita zaman muda bila direbus tak empuk-empuk.



Siap pisau besar, pisau kecil, gunting dan anak lesung last-last orang lain yang habiskan kerja. Bukan tak reti ye cuma geli je bila nak potong-potong tu. Kesian pun ada jugak (tolong abaikan keseksian tuan punya perut!)

11 Rider Beraksi: