Edisi Balik Kampung : Perkahwinan Al-Fuad & Fiza

6:25 PTG JunAina 4 Comments

Sabtu lepas dalam keadaan kesihatan yang kurang baik kerana selsema dan asthma terpaksa juga memandu untuk pulang ke kampung. Perancangan awalnya akan bergerak pada hari Ahad terpaksa dibatalkan kerana pada hari tersebut adalah majlis perkahwinan seorang sepupu di Perlis.

Pukul 11.30 pagi bertolak dari Kajang tiba sahaja di Plaza Tol Jalan Duta jalan mulai sesak. Selepas lima jam setengah memandu dalam keadaan yang jem teruk kami hanya boleh sampai ke Behrang sahaja. Pemanduan mulai lancar selepas itu dan tiba di Perlis pada pukul 10.30 malam. 11 jam tanpa rehat memang sangat meletihkan. Bila sampai di rumah mak terus melentang tengah rumah...mak aiii...terasa tersangatlah letihnya.

Aktiviti hari Ahad, majlis perkahwinan Al-Fuad dan Fiza di Kampung Mua. Dekat tetapi jadi kalut dek kerana masalah pengapit pengantin. Perancangan awal pukul 1 tengahari ditunda atas permintaan bapa pengantin lelaki kerana terlalu suntuk untuk solat zohor. Dari pukul 2 petang terlajak sehingga ke pukul 3 petang, sementelah pulak jalan bendang yang kecil hanya sesuai dilalui oleh sebuah kereta sahaja untuk menuju ke rumah pengantin perempuan memang menimbulkan masalah bila terpaksa berselisih dengan kereta lain. Aina biasa memandu di highway, jalan lebar dan selesa bila melalui jalan macam tu terasa gayat. Dibuatnya terbalik kereta dalam bendang tu nak buat cam ner weyyyy...

Budak ini dah selamat bersekolah kat kampung. Bergaya sakan dengan jubahnya dalam kegirangan nak bersekolah kat kampung. Sebagai ibu hanya mampu berdoa yang terbaik buat satu-satunya anak perempuan yang ada. Andai kau tahu gelora di hati mama...

 Mak pengantin atau mak lang bersama mak menyiapkan sentuhan terakhir hantaran. Sebenarnya semuanya telah disiapkan dari Pahang lagi (my mak menakan ni sebenarnya tinggal kat Felda Cemomoi, Triang) hanya perlu menyiapkan sirih junjung pelengkap adat.

Semua dah ready. Hantaran siap di bawa keluar hanya menunggu pengapit yang tak kunjung tiba. Pengantin dah berpeluh-peluh, kami yang menunggu resah. Akhirnya pukul 2.30 pm pengapitnya sampai. Bersiap mengalahkan pengantin!

Me and my cousin Al-Fuad. Sedondon.

 Bila dah berbini nilah baru nak bermanja...hahahaa... Betulkan rantai yang di pakai pengantin candid camera oleh Yong (kakak sulung. Ini kalau Fiza nampak mau muncung2...hahahaaa...

 Para pengiring pengantin dan pembawa hantaran. Rombongan semuanya terdiri dari keluarga terdekat, ini belum habis berkumpul.

 Akhirnya...pasangan raja sehari bertemu jua. Al-Fuad dan Fiza semoga berbahagia sehingga hujung nyawa.

Hari pertama berakhir dengan seribu doa buat pengantin. Walaupun agak terlewat tetapi majlis tetap berjalan dengan lancar. 4hb Feb 2012 akan berkampung di Felda Cemomoi, Triang, Pahang pula untuk majlis menerima menantu. Hanya gambar-gambar ini mampu di snap dengan kualiti yang agak terbatas kerana menggunakan kamera cap ayam. Alahaiii...bila le boleh beli kamera baru...

4 Rider Beraksi:

Kepantasan Bermula

1:40 PTG JunAina 17 Comments

Mood : Serabai

Jumaat datang lagi, syukur alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk terus mengirup udara di bumi ini. Hari ini seperti biasa hanya berkerja separuh hari...yeehhhaaa....


Pagi hujan yang sangat lebat kala ingin melangkah penuh semangat ke tempat kerja. Merempit bila hujan mesti basah, bawak kereta mesti sangkut dalam jem sampai office semua orang dah nak balik! Menung. Renung langit. Melihat air bertali arus jatuh ke bumi. Hati nak marah. Sabar. Itu rahmat dari ALLAH pagi ini. Semua pokok-pokok sedang bertasbih, mensyukuri rahmatnya.

Tengahari ini hati dah mula berbunga-bunga, bibir pun dah mula senyum-senyum, matahari pun sudah mula menyinar di luar. Kejap lagi panas terik. Alhamdulillah rahmat ALLAH juga. Senanglah kejap lagi nak kejar train pergi Jalan TAR. Haisshhh...bukan shopping, tunggu Pak Tuan jemput kat situ tapi sambil jalan-jalan jamu mata le jugak. Masih ada senarai keperluan yang perlu di beli. Lagipun hari ni dah gaji ma...



 Ini entri terakhir minggu ini dan kemungkinan tiada entri terbaru sepanjang minggu ini kerana Aina akan berada di luar kawasan. Alaaa...balik kampung je pun...hehehee... Sudah bersiap siaga mental dan fizikal untuk mengadap jem esok. Selamat Menyabut Tahun Baru Cina buat yang meraikannya dan kepada semua selamat bercuti. Hoyeeeyyyy...manyak makan limau...manyak dapat angpau. Sayang cuti sekolah cuma setakat hari rabu tetapi oleh sebab terpaksa menguruskan pindah sekolah budak pompuan sorang tu ke kampung so abang dan adik mama beri cuti...heheheee...



Photo credit
Inilah rupenye kuih serabai. Ada ke rupa ceq yang tengah serabai nih!


17 Rider Beraksi:

Burung Kakak Tua

3:21 PTG JunAina 16 Comments

Burung kakak tua
Hinggap di jendela

Photo credit


Nenek sudah tua
Giginya tinggal dua




Mama....!!! Kakak tak mahu jadi tua!
Mama tepuk dahi.
Baru nak layan perasaan (konon-konon tengah ujibakat Mentor6)
Masa tu kakak kecil lagi. Baru dapat mulut so macam-macam nak disoal. Macam-macam juga ayat-ayat yang keluar dari mulutnya.
Masa terlalu cepat berlalu rasanya. Seminggu lagi dah bakal berpisah dengan mama. Pasti mama rindu sangat sama kamu. Sunyilah rumah bila tak ada lagi orang nak menjerit-jerit bila kena cuit.




16 Rider Beraksi:

Kisah Ibu Tua

11:17 PG JunAina 13 Comments

Ini bukanlah kisah ku. Bukan juga bertujuan membuka aib sesiapa. Sekadar buat renungan bersama. Mengutip pengajaran dari apa yang berlaku.

Si ibu tua merenung hidupnya. Sunyi. Sepi. Keseorangan. Setelah pemergian suami tercinta tinggallah dia sendiri di rumah yang terlalu banyak kenangannya dalam membesarkan putra putrinya. Hatinya berkocak sedih. Begini akhirnya hari-hari tua yang terpaksa dilaluinya. Dia menjadi terlalu rindu pada sang suami yang telah dahulu menyambut seruan ILAHI. Kisah duka di penghujung usia.

Apabila kudratnya sudah tidak seberapa, di mamah usia. Anak-anak membuat keputusan untuk sama-sama menjaga. Rumah seribu kenangan terpaksa di tinggalkan tanpa kerelaan. Setiap sudut dirumah itu penuh kenangan yang segar di hatinya. Luluh hatinya hanya ALLAH yang tahu bila semua itu terpaksa di tinggalkan.

Lama kelamaan seorang IBU menjadi beban kepada mereka. Jika dulu empat anak di besarkan tanpa rungutan kini setelah kudratnya tiada terasa di sisihkan seumpama dia beban bagi anak-anak.

Anak pertama telah bersara suami dan isteri. Anak-anak mereka juga sudah ada yang berkahwin. Hanya berdua di rumah tanpa ada tanggunggan. Menolak untuk menjaga ibu sendiri kerana suami merasa sudah sampai masanya mereka berehat setelah bersara. Mereka tidak ingin lagi memikul sebarang beban di usia tua.

Si anak kedua. Isteri pula menjadi penghalang. Melayan merta lebih kurang. Makan atau pakai tidak di perdulikan. Si anak pula lelaki apa yang dia tahu dalam melayan seorang ibu. Bila di sana si ibu tak ingin berlama, tidak tahan dengan keletah menantu.

Anak lelaki ketiga. Isterinya melayan mertua dengan sempurna. Sampai waktu makan akan terhidang di depan mata, pakainya juga terurus rapi. Si ibu merungut juga, mulut menantu terlalu lancang. Bila bercakap terlalu berterus terang si ibu mertua tak mampu menahan.

Si bungsu kini menjeruk rasa. Jari sepuluh di tunding kepadanya, didarab tiga bermakna tigapuluh jari terarah padanya. Bekerja di ibu kota kekangan masa cukup terasa. Bila di bawa si ibu duduk bersama meratus pula ingin pulang ke kampung halamannya. Bila semua sudah terarah padanya maka hatinya telah nekad. Ibu mesti tinggal bersamanya sehingga ke hujung nyawa. Seorang pembantu rumah telah dicari hanya untuk menjaga keparluan ibunya.

Hati ibu tua. Walaupun tinggal di rumah tersergam indah. Anak kesayangan di depan mata tetapi masih mengharap hari nyawanya di ambil biarlah di rumah yang penuh seribu kenangan buatnya. Rumah tempat menyulam bahagia bersama suami, rumah tempat bersengkang mata membesarkan anak-anak.

Suatu hari. Akan tiba. Saatnya kita seperti dia. Berusahalah menjadi anak dan menantu yang terbaik agar suatu hari nanti kita juga akan mendapat anak-anak serta menantu-menantu yang bertimbang rasa pada kita.



13 Rider Beraksi:

Jiwa Kacau

4:02 PTG JunAina 15 Comments

Hari ini nikmat sihat sedikit ditarik oleh Allah (s.w.t), tekak terasa perit, air hidung dah meleleh-leleh dan badan mula terasa panas. Sekejap lagi nak ke klinik berjumpa doktor, kalau dapat nak minta mc sekali. Terasa semakin berkurangan kudratnya.

Termanggu juga memikirkan benda ini. Kalau tidak memikirkan tanggungjawab yang ada mau jugak reply email bos ni. Boleh juga memenuhkan tabung yang semakin hari semakin menyusut. Lagipun hanya setahun tak berbaloi nak mengangkut semua anak ke sana. Pak Tuan tentunya tiada masalah kerana mulai bulan hadapan dia akan mula bersara. Bawa dia jadi baby sitter! Hehhehhhh...agaknya mau terbalik rumah.





15 Rider Beraksi:

Pantun Moden

8:20 PG JunAina 3 Comments




3 Rider Beraksi:

Sukarnya Untuk Memaafkan

10:39 PG JunAina 12 Comments

Sebagai manusia biasa kita mudah meminta maaf dan mudah juga melafazkan maaf. Demi menjaga hati, keadaan dan persekitaran kita sanggup mengenepikan keikhlasan dalam ucapan maaf kita. Manakan tidak mulut kita mengucapkan maaf sedangkan di hati kita masih tersimpan dan berbekas terhadap apa yang kita maafkan. Paling mudah bila tiba-tiba kita kembali menyebut-nyebut perkara tersebut walaupun kita telah pun memaafkan.

Kehidupan kita tak dapat lari dari membuat kesilapan. Sekiranya kita memaafkan dengan penuh keikhlasan mungkin tidak akan wujud ungkitan dibelakang hari. Contoh paling dekat, maaf seorang ibu kepada anaknya. Setiap kesalahan anak dimaafkan tanpa ada ungkitan dibelakang hari. Kebiasaannya kita akan lupa kesalahan yang telah mereka lakukan dek kerana kita telah ikhlas memaafkannya.

Ada juga sesetengah perkara sememangnya terlalu sukar untuk kita maafkan. Walaupun hati telah dipujuk tetapi kesan yang amat mendalam membuatkan kita tidak mampu untuk berkata maaf. Apatah lagi sekiranya tiada kata-kata maaf dari pihak yang lagi satu.

Cerita ini berkisar tentang diri sendiri. Puas sudah memujuk hati untuk memaafkan dua insan ini tetapi gagal. Mendengar suaranya bagai satu beban berat yang terhempas di kepala, melihat wajahnya seolah-olah melihat ada api yang membahang panas. Tak mampu. Tika terdengar suaranya hati akan berdebar, perasaan marah dan meluat membuak-buak. Rasa ingin menjerit.

Jalan terbaik elakkan dari bersemuka atau berada di tempat yang sama tetapi sampai bila. Seorang teman pada suatu ketika dulu makan sepinggan, kerja bersama dan atas bantuan kita jugaklah dia berada di sini dengan kedudukan yang selesa (dah tertulis rezeki dia) tetapi sanggup menikam belakang temannya sendiri? Mungkin dia memandang pada pangkatnya yang lebih besar dan gajinya yang lebih hebat jadi aku bukan layaknya lagi mendapat layanan seorang sahabat. Wajarkah aku memaafkan. Memikul kesalahan dia yang kemudiannya di tundingkan kepada aku. Sehingga telah timbul pandangan serong dari kawan-kawan dan pihak atasan. Mencalar image dan reputasi.

Keluarga antara insan-insan yang paling rapat dengan kita. Rahsia keluarga akan dijaga rapi. Andai ada aib pasti kita simpan kemas. Masih ada insan yang meganggap keluarga tak lebih daripada menyusahkan. Membuka aib, membuat cerita yang bukan-bukan tentang keluarga adalah hobinya. Kami sekeluarga menjadi mangsa yang paling teruk kerana sama-sama menumpang di tanah pusaka. Agakanya dia akan puas setelah kami keluar dari tanah tersebut. Insan ini telah aku buang dari carta kehidupan. Perempuan yang mengahwini bapa saudaraku. Menjadi api dalam sekam bertahun-tahun dalam keluarga kami. Mengadu domba sehingga berlaku pergaduhan dalam keluarga. Bertahun-tahun semakin bernanah dan berkudis. Akhirnya kebenaran terbongkar jua. Benar tetap benar. Semua keluarga telah tahu puncanya. Hingga kini dia masih tidak berhenti mengadu domba. Paling ditakuti juga dia tanpa rasa takut akan Allah (s.w.t) menggunakan ilmu hitam. Subhanallah. Bukan menuduh tetapi itulah hakikat yang terpaksa kami telan. Sehingga kini belum terlintas untuk memaafkannya lagi.

Luka ditinggalkan suami ditika kandungan kedua mencecah dua bulan tidaklah sehebat aku terluka kerana dua perempuan ini. Jauh disudut hati telah lama aku memaafkannya walaupun sepanjang perjalanan membesarkan anak-anak dia tak pernah mengambil tahu. Aku memaafkannya kerana dialah bapa anak-anakku. Al-Fatihah buatnya yang telah mengadap ILAHI beberapa tahun yang lepas. Sengsaranya yang ALLAH beri setelah dia meninggalkan kami seolah-olah balasan buatnya. Semoga rohnya di cucuri rahmat. Rupa-rupanya anak-anak juga telah menjadi yatim sejak kecil seperti ibunya.

Hari ini jumaat yang indah. Kupanjatkan doa dan harapan agar arwah abah Abdullah bin Othman di tempatkan bersama orang-orang yang beriman dan dikasihinya. Entah kenapa sejak dua tiga hari ini hati cukup cepat tersentuh. Air mata terlalu cepat mengalir.

Senang melafazkan maaf tetapi jauh disudut hati adakah lagi keikhlasan.

12 Rider Beraksi:

Aku Juga Tidak Sempurna

11:10 PG JunAina 22 Comments

Sentap? Kadang-kadang ada jugak.
Orang sentap dengan kita? Entahlah tak pasti. Ada ke org sentap mai habaq kat kita 'Woiii...aku sentap dengan hang la...'
Cuma mungkin body langguage dia boleh kita baca yang dia sentap.
Kalau dalam dunia blogging ini mungkin melalui ayat-ayat chentanya.

Aina nak minta maaf pada semua kawan-kawan yang selalu berkunjung ke blog Aina atau mungkin juga kunjungan Aina ke blog kawan-kawan ada yang terasa hati dengan tulisan atau komen-komen Aina. Sesungguhnya memang tidak terniat untuk menyakiti hati sesiapa pun. Kalau ada ayat yang sesetengah orang berpandangan ia bersifat sarcastic mungkin itu berlaku tanpa disedari.


Kekadang apa maksud tulisan kita tidak sampai kerana salah faham. Aku bukanlah sasterawan atau ilmuwan yang bijak menyusun ayat dan bicara. Wujud di alam maya ini bukan juga untuk menyakiti sesiapa. Sekadar ingin berkongsi rasa dan meluah bicara yang terpendam di hati.

Harapan Aina ukhwah yang terjalin akan terus berpanjangan. Silaturrahim yang ada akan tersimpul erat sampai bila-bila.





22 Rider Beraksi:

Jawab Pertanyaan Anamaryam

1:27 PTG JunAina 14 Comments



Hari in nak jawab pertanyaan seorang blogger tapi sayang jejaknya tak bertapak. Aina harap tuan punya badan akan sudi-sudikan diri singgah ke sini lagi dan dapat membaca jawapan yang diberi.

Aina tak ada kena mengena atau tiada talian persaudaraan Rosjuliana Hidayu dan keluarganya selain  sebagai saudara semuslim. Selepas  ijab dan qabul Rosjuliana Hidayu dan Zaher Affendi  berlangsung maka dia telah masuk ke dalam keluarga kami.
 
Tok ayah Aina dan tok ayah Zaher Affendi adalah adik beradik. Makanya emak Aina dan emak Zaher Affendi adalah sepupu dan Aina dengan Zaher Affendy adalah dua pupu. Walaupun begitu hubungan dengan keluarga Zaher Affendy sangat rapat tetapi bila masing-masing habis bersekolah dan membawa haluan sendiri kami jarang bertemu. Inilah pertemuan ke sekian kalinya kami setelah bertahun-tahun tak berjumpa. Dari budak yang comot dan berhingus dah jadi cowok ganteng.

Inilah Zaher Affendi dan Rosjuliana Hidayu di Majlis Pertunagan mereka pada 25.12.10. Kini mereka telah sah bergelar suami isteri pada satu majlis gilang gemilang tahun lepas. Aina hanya sempat menghadiri majlis pernikahan dan keesokan harinya pula majlis perkahwinan tidak dapat hadir kerana kebetulan ada majlis lain sebelah suami.

Sekitar gambar pertunangan mereka. Sayang gambar-gambar pernikahan mereka yang gilang-gemilang tidak ada dalam simpanan. Mungkin suatu hari Aina boleh carik dan kongsi di sini, rasanya munkin disimpan dalam laptop.

Keluarga sebelah pihak lelaki, yang bersimpuh ayu dan comey tu tentulah emak menakan (emak saudara) kesayanganku Rosnani Senapi yang merupakan adik emak. Pemilik Rose Katering di Puncak Alam. Nenek dibelakangnya pula adalah nenek kepada Zaher Affendi merangkap tok saudara Aina.

 Sebahagian dari hantaran yang dibawa serta balasan dari pihak perempuan. Lelaki gagah perkasa kat tengah itu adalah ketua rombongan merangkap juru cakap pihak lelaki juga pak menakan Aina yang merupakan suami kepada Rosnani.

Majlis menyarung cincin dilakukan oleh ibu Zaher Affendi.

Selepas acara di dalam rumah selesai kami memulakan acara di luar rumah, part paling best acara makan-makan. Menu pun dah lupa tapi yang pasti semua makanan best. Juga dapat coklat dan biskut sebagai buah tangan.
 
 Kak Azie tolong jangan jeles dengan mug pepel saya okeh.

 Ini pula akan jadi penyebab mengapa Aina tak dapat nak BW sehari dua ini. Menjelang detail design kenalah kemas kini segala file untuk FEED stage. Kerja keras untuk kerja-kerja filing yang berterabur. Letih. Tanggungjawab kenalah buat juga lagipun ambe orang yang paling kecil pangkatnya kat sini so sendirik mau ingatlah.



14 Rider Beraksi:

Happy Birthday Syed Junior

9:27 PG JunAina 25 Comments

Isnin.
2hb Januari 2012

Hari tersebut genaplah umur permata hati Aina yang bungsu 8 tahun. Meraikan birthday Syed Mohamad Hikram bin Syed Hussin hanya di KFC. Kemudian berjimba di Pusat Hiburan Keluarga di Metro Point, Kajang. Abah pula ada urusan di Bandar Pusat Jengka. Mama berfoya-foya sakan dengan anak-anak tanpa sekatan atau jeling-jeling paku dari abah bermakna juga tiada pantang larang dan peraturan yang perlu dipatuhi. Yeeeyyyy...

Birthday boy paling happy coz mama bagi peluang bergumbira dengan bermain bermacam-macam game kat situ. Memang layan habis. Sampaikan mama ajak balik pun dibuat tak layannya. Lepas puas menghabiskan duit mama kat situ kami anak beranak jalan-jalan makan ais krim pula.


Masuk je kereta Syed Junior tanya. 'Mama mana kek adik?'.
Hah!!!! Dah habiskan duit mama tadi tanya kek lagi?
Bagi dia tanpa potong kek bukanlah sambutan harijadi. Mama terpaksa juga masuk ke Pekan Kajang demi Hikram (ayat terpaksa itu bukanlah bermaksud terpaksa beli kek tetapi lebih kepada terpaksa mengadap jem dalam pekan).



Kenapa panggil dia Syed Junior? Kerana rupanya memang photocopy muka bapak dia dan harap inilah Syed yang terakhir yang di binkan atas nama bapaknya Syed Hussin...hahahaaa...









Akhirnya berpuas hati kerana dapat kek. Bukanlah kek dari Secret Recepie pun cuma kek dari New Zealand Cake House sahaja tetapi itu sudah cukup menggembirakan budak manja ini. Paling penting ingatan mama buat kamu. LUV U ALL SO MUCH!


25 Rider Beraksi:

Hidup Tak Seindah Impian

12:02 PTG JunAina 10 Comments

Pejam celik pejam celik dari pakai lampin pakai buang sampailah kita membesar menjadi emak orang dan bapak orang. Kita sentiasa bermimpi. Mimpi yang indah-indah. Semua nampak cerah. Kehebatan jugak terserlah. Kehidupan terjamin sudah. Masa depan tanpa gundah.

Masa kecil impiannya selari dengan kehidupan yang dilalui. Anak pesawah mungkin akan mengimpiakan akan punyai tanah sawah yang seluas mata memandang. Anak petani mengimpikan untuk menjadi petani moden yang berjaya, tidak lagi menjadi petani tradisi yang hanya kais pagi makan pagi. Anak penternak bercita-cita menabah bilangan ternakan dan meningkatkan hasil.

Berlainan sangat impian orang kampung dan orang dibandar yang mungkin hidup mewah dalam erti kata lain anak orang kaya yang hidup di dalam gudang beras. Impian mereka mungkin ingin melebarkan empayar perniagaan yang di warisi dari ibu bapa. Menambah eset-eset bukan setakat dalam negeri tetapi juga hingga luar negara. Impian yang tak mungkin termimpi oleh anak-anak yang dilahirkan sebagai anak petani, pesawah, penternak dan sebagainya.

Berpijak di bumi yang nyata pada penghujungnya. Setiap kejayaan pasti ada dengan usaha gigih. Biar siapa pun kita, biar siapa pun ibu bapa kita selagi ada kemahuan di situ pasti ada jalan. Mungkin di lahirkan sebagai anak orang yang ada-ada mempunyai kelebihan yang tersendiri. Tiada kekangan keewangan yang mereka hadapi. Satu yang pasti kesusahan akan membuatkan kita kuat. Hati kita kuat, jiwa kita kental dan semangat kita menebal. Tidak mudah menyerah kalah.

Kepapaan bukan untuk di warisi. Berusaha untuk berubah. Kesedaran menghadapi ranjau kehidupan. Meletakkan matlamat dan berusahalah kearah itu. Menjadi insan-insan yang berjaya adalah bonus untuk kita. Jika sebaliknya bersyukurlah kerana kita masih menjadi insan-insan yang berguna. Insan yang sentiasa mensyukuri setiap RAHMAT yang ESA.


Salam sayang.

10 Rider Beraksi:

Cemerlang Dalam Pelajaran Tak Semestinya Berjaya Dalam Hidup

12:14 PTG JunAina 12 Comments

Sebagai ibu bapa kita selalu mengharapkan anak-anak kita menjadi insan yang cemerlang di dalam pelajaran. Menjadi anak-anak yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya mempunyai kerjaya yang bagus. Kita semua berusaha ke arah itu. Kita juga masih meletakkan agama sebagai asas utama selain kejayaan dalam pelajaran. Ilmu agama yang bakal menjadi pembimbing anak-anak dalam mengharungi kejayaan di masa depannya. Sebagai ibu bapa kita juga telah melakukannya sebaik mungkin.

Realiti kehidupan tidaklah sama seperti apa yang kita mimpikan. Suatu hari semasa kita kecil mungkin kita pernah meletakkan satu impian yang tinggi. Bekerja bagus, mempunyai kereta besar, rumah besar dan mempunyai wang yang banyak. Menjadi pendorong untuk kita belajar dengan lebih bagus. Pada masa yang sama dorongan ibu bapa juga perlu supaya anak-anak berada dilandasan yang betul dalam menuju cita-citanya.

Dewasa ini terlalu banyak cerita-cerita suka yang dipengakhirannya membawa khabar duka. Bagaimana anak-anak yang cemerlang atau genius kehilangan hidup sebenar mereka. Menumpukan pada pelajaran yang keterlaluan dan meninggalkan fasa kehidupan yang sepatutnya mereka lalui. Penekanan ibu bapa terhadap kecemerlangan anak-anak ada ketikanya sehinggakan mengabaikan dunia kanak-kanak yang sepatutnya mereka lalui. Tiada keseimbangan terhadap hidup yang mereka lalui. Lama-kelamaan anak-anak ini akan memberontak tanpa kita sedari.

Mengambil iktibar dari cerita terdahulu. Pelajar genius Malaysia Sufiah Yusuf. Ibunya Halimahton berasal dari Muar, bapanyaYusof Farooq berasal dari Pakistan. Pada usia 13 tahun telah melayakkan diri untuk masuk ke Universiti Oxford kerana kepintarannya dalam Matematik. Cerita duka di pengakhirannya membuatkan kita semua terkedu. Memilih untuk menjadi pelacur sedangkan Allah (s.w.t) telah mengurniakan kecerdikan kepadanya.

Siapa tidak mengenali Adi Putra, kanak-kanak genius matematik seperti juga Sufiah. Allah (s.w.t) telah juga mengurniakan kepintaran kepadanya. Di harap suatu hari nanti bila dewasa dia akan tetap cemerlang. Cemerlang dunia dan akhirat. Pada pandangan peribadi, mungkin Adi Putra genius tetapi sepatutnya dia mengambil peperiksaan seperti anak-anak lain. Mungkin dia boleh sahaja melompat kelas. Mengambil masa yang pendek atau shortcut untuk menghabiskan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Adalah lebih baik. Genius yang di buktikan dengan kebolehan. Mungkin dia genius matematik tetapi bidang-bidang lain yang memerlukan juga pertimbangan dan pergaulan rakan sebaya juga adalah perlu. Adi Putra boleh dilawati di sini.
Allah memberi kepada sesiapa yang dikehendakinya tetapi tidak mustahil Dia juga boleh menarik pada bila-bila masa juga rahmatnya. Semoga mereka menjadi orang-orang yang bersyukur.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary antara insan yang berjaya di dalam hidup kerana kegigihannya. Tidak dilahirkan sebagai genius tetapi berkat tidak kenal putus asa dia menjadi ahli perniagaan yang berjaya hanya dengan SPM. Berkat kegigihannya beliau menjadi antara orang terkaya di Malaysia dengan berada di tangga ke-7. Seorang usahawan yang tidak melupakan sisi-sisi lain dalam hidupnya dengan tertubuhnya Yayasan Al-Bukhary. Beliau juga tidak lokek untuk menaja penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk menunaikan haji.

Pilihan di tangan kita sebagai ibu bapa. Membentuk anak-anak menjadi yang terbaik. Kira mencorakkan mereka. Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak menjadi yang terbaik tetapi kita juga perlu seimbangankan kehidupan anak-anak. Berjaya dalam pelajaran bukanlah jaminan untuk berjaya di dalam hidup. Bimbingan, dorongan dan menjadi contoh yang baik pada anak-anak adalah yang terbaik supaya mereka dapat membina sahsiah yang positif. Hidup dalam kesederhanaan dalam mengejar kehidupan dunia dan mendapat keberkatan akhirat.


Salam sayang buat semua.


12 Rider Beraksi:

Premier League Vs Ombak Rindu - Sekadar Copy & Paste

12:19 PTG JunAina 8 Comments

Orang kalau dah kreatif macam-macam depa boleh buat. Hairan le pulak macam mana depa boleh dapat idea yang kadang-kadang kita sendiri pun tak terfikir nak buat. Pasai apa depa boleh buat? Agaknya depa ni banyak masa kot, jadi dari dok buang masa lepak kat shopping kompleks baik lepak depan laptop lagi baguih.

Lagi satu budak-budak la ni depa suka explore new things. Sebagi ibu bapa rasanya kita patut bagi dorongan kepada anak-anak selagi ia tidak memudaratkan. Sekurang-kurangnya dapat elakkan depa dari gejala sosial kat luaq.

Entri ini adalah entri copy & paste. Maaf kepada tuan punya gambar yang asal kerana tak dapat nak bagi photocredit, hanya copy dari email yang masuk kat inbox. Cari kat website pun tak dapat nak kesan dari mana asalnya.




 Penangan OMBAK RINDU bagi peminat-peminat bolasepak.




Selamat tahun baru buat semua, semoga dengan bertambahnya umur akan lebih mematangkan kita. Kalau yang ada AZAM baru berusahalah agar menjadi kenyataan.


8 Rider Beraksi: