Ariani Sale Lagi

3:09 PTG JunAina 8 Comments

Fast up-date.

Curi masa dalam kalut buat kerja. Asal cuti sekolah aje sale, asal sale je time cuti sekolah so kalau nak membeli tudung ARIANI tu reramai le pergi tapi masih kira mahal jugak le coz yang Rm139 tu cuma dapat Rm103 tapi semalam pergi Pak Tuan ngendeng-ngendeng dengan sales girl kat situ last dapat jugak Rm90 tapi tak beli pun coz bulan 12 hari tu dah borong 4 helai. Asal sale je beli...asal sale je beli mau botak kepala.

Membazir jugak le kiranya beli tudung mahal-mahal ini, nanti keluar fesyen baru yang kita beli mahal-mahal dah turun harga. Apapun tepuk dada tanyalah poket. Bagi Aina asal cantik kira ok je.





8 Rider Beraksi:

Masa Mencemburui : PDMS Training

5:51 PTG JunAina 19 Comments














Bila dapat dua monitor beban kerja jugak semakin bertambah. Terpaksa tangguhkan BW kerana Aina akan berada di training room selama seminggu. Update blog juga hanya secara spontan. Tuntutan tugasan terlalu menghimpit kini. Orang lain sudah ke bulan Aina baru nak menapak dari 2D ke 3D walaupun 5 tahun lepas pernah training tetapi apabila tiada praktikal semuanya sudah semakin kabur. Macam orang buta teraba-raba nasib baik PDMS Administrator sporting!



19 Rider Beraksi:

Geng AP.Com : Happy Belated Birthday

12:09 PTG JunAina 14 Comments


Kisah Isnin
6hb Febuari 2012
Lokasi : Taman Gombak Jaya





Red Velvet Cake from Delicious.



Kebetulan majlis kali ini jatuh pada tanggal hari ulangtahun kelahiran Aina. Kak E merupakan tuan rumah menyambut ulangtahun kelahiran pada 1hb Febuari juga Kirah berkongsi bulan kelahiran yang sama. Aktiviti AnakPerlis tetap meriah seperti biasa. Hidangan utama nasi putih, gulai rebung, pekasam puyu, ayam goreng, ulam-ulaman dan sambal belacan. Di samping itu pelbagai jenis kuih muih tradisi Perlis turut di hidangkan. Paling best layan ais kacang (ABC) Kak Azie (orang Perlis sosat) tapi kalau tak ada dia memang tak meriah majlis.

 Tuan rumah Puan Khairiah (Kak E) dan suami Doktor Dinon.


 Ikan pekasam goreng tambah bawang dan cili.


 Popia goreng ini memang best, walaupun bersalut cili still fresh dan rangup sampai ke malam.



Cream puff hasil kerja tangan dan kerajinan Kirah.


 Pulut asmara aka pulut dakap.


 Anak siapa le i?


 Apam ini lembut sampai ke malam. Air tangan dari tuan rumah.


 Lagi air tangan tuan rumah. Seri muka pulut hitam dan bingka (tukang masak hebat).


 Menu petang dari Pak Didik. Bihun goreng.

 Terbaek...


 Gulai daging dan rebung tapi ini tengah masak rebung belum dimasukkan.


Kek coklat kukus (tak pasti siapa yang bawa)


Semua gambar diambil dari album FB AnakPerlis dan KDK (Kangar Dalam Kenangan)



14 Rider Beraksi:

Selamat Hari Jadi : Selamat Bersara

1:30 PTG JunAina 14 Comments

Jumaat
3.2.2012

Jumaat yang indah dan bahagia. Jumaat ini juga genaplah usia Pak Tuan 58 tahun. Jumaat ini jugak bermulah suatu fasa baru dalam kehidupan Pak Tuan. Fasa yang memberi lebih banyak ruang kepadanya untuk berehat, menghabiskan masa pada kesukaannya dan beramal ibadat sebagai bekalan mengadap ALLAH (s.w.t) kerana itu adalah pasti. Setelah menolak untuk menyambung tugasan sehingga 60 tahun bermakna hari ini Pak Tuan mula bergelar seorang pesara.




Jasa dan baktimu akan terus dikenang. Walaupun ada yang mencemuh tetapi masih ramai juga yang memandang tinggi tugasmu. Setelah pengorbanan 37 tahun mencurah bakti dan keringat, mengorbankan masa bersama keluarga kerana tuntutan tugasan telah sampai juga masanya untuk mengucapkan selamat tinggal pada segalanya. Anggaplah bakti itu sebagai ibadah. Semoga semangat juang yang ada di dalam diri tidak akan luntur untuk selama-lamanya, juga semoga akan ada juga pewarisnya suatu hari nanti.
 




Senyum dibibirmu membawa seribu makna. Dalam ketegasan terselit juga sifat penyayang. Disebalik egomu sesekali masih ada sifat kasihan. Terima kasih kerana memberi bahagia ini.



Tabik Tuan...(sambil senyum-senyum)





14 Rider Beraksi:

Wordless Wednesday - Tamak

4:03 PTG JunAina 17 Comments





Dua monitor. CPU besar. Korang ada...?
(Bersepah tu tandanya rajin buat kerja...heheeh...)



17 Rider Beraksi:

Lengang : Bahagianya kalau hari-hari macam ni...

9:48 PG JunAina 11 Comments

8.00am start motor. Masuk gear...vrommmm...berdesup dari Kajang...

8.31am break kat parking Vista Tower, The Intermark, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.

8.35am tetttt...punch in kat opis...

Huhhh...kalau tiap-tiap hari macam ni alangkah bahagianya.


Bukan motor besar pun hanya inilah kesayangan hamba, dah 10 tahun berkidmat.


Selamat Menyambut Hari Wilayah dan selamat bercuti buat semua kengkawan. Pada yang terpaksa bekerja macam ceq ini tingkatkan kesabaran.



11 Rider Beraksi: