Mood Ke Laut - Best Pergi Kerja Naik Komuter

1:31 PTG JunAina 14 Comments

Dua hari tanpa ada entri terbaru. Tangan memang gatal sesangat dan banyak juga yang nak dikongsi tetapi kerja-kerja yang perlu diselesaikan juga banyak sangat rasanya. Bos kecik cuti sehari, lepas tu seminar sehari bermakna banyak yang perlu diselesaikan sendiri. Kebetulan minggu depan Jun pulak akan bercuti makanya bertambahlah kerja yang perlu dibereskan.

Hari ini akan terbang tinggi-tinggi bersama en.somi dan kawan-kawan. Doakan selamat pergi dan selamat kembali. Insyaallah kalau ada rezeki sempat membeli-belah bolehlah diagihkan cenderahati buat kawan-kawan di perjumpaan raya nanti (ishkkk...dah berangan pasal raya).

Rasanya telah dua tahun tak merasa naik komuter datang kerja. Pendapat peribadi Jun komuter sekarang jauh lebih baik dari komuter 12 tahun dulu, coachnya pun tak bergoyang sakan macam dulu-dulu. Waktu puncak 15 minit satu. Sampai stesyen Kajang pukul 8.03am, sampai pejabat pukul 9.11am. Not bad tetapi rasanya lebih selesa merempit kot masa pun ikut suka hati sendiri. Part paling best hari ini sempat merasa duduk coach wanita atau pink coach. Selesa tanpa lelaki-lelaki gila seks! Bila naik Putra LRT kepala mula pening mabuk (mabuk free dan bukan mabuk mengandung okeh). Nak sampai ke Ampang Park dari KL Sentral terasa siksa.

Buat semua kawan-kawan setiap komen anda telah dibaca dan di publishkan. Masih tiada kesempatan untuk menjawab dan menyapa. Terima kasih kerana masih sudi singgah, baca dan komen apa yang patut. Harap lepas balik terbang tinggi-tinggi nanti dapat tunaikan janji pada seseorang. Lama sangat berjanji dengan dia, mungkin kali ini ada yang sesuai buatnya.

Checklist.
IC-ada
Passport-ada
E-ticket yang siap web check in-ada
Email booking hotel-ada
Duit-ada
Jangan kapai trobangnya tak ada sudah le. Melopong!

Sarapan pagi ini, Sandwich with tuna filling.


14 Rider Beraksi:

Fitnah

11:07 PG JunAina 17 Comments

Jumaat bercuti mengambil laporan kemajuan Iqbal Hadi dan menyelesaikan urusan guaman untuk ambil geran rumah kecilku.
Sabtu masih di rumah bila si Hikram demam dan ceri-beri, terpaksa batalkan janji untuk bekerja.
Isnin cuti kecemasan kerana Hikram masih terbaring kat rumah.
Selasa kerja dengan separuh hati mengenangkan anak kat rumah.

Timbul pulak cerita lain.
Sambil borak-borak, sambil gelak-gelak rupanya lain pulak yang orang faham.
Apa yang kita cakap telah jadi isu dan diputar belitkan.
Lain kita cerita lain pulak dia faham lain pulak jadi cerita yang disampaikan.

Tepuk-tepuk dahi.
Rasa nak teriak guling-guling.
Mau kalau ada kat depan ku tampar-tampar manja pipinya.

Tersepit dan menjadi mangsa keadaan.
Di sana teman di sini kawan.
Walaupn siapa mereka aku tak ingin silaturrahim yang ada terputus di tengah jalan.

Pesanan buat diri sendiri.
Berfikirlah sebelum berkata-kata kerana orang yang menerima tak sama fikirnya seperti kita yang bercerita.
Sebab itulah aku lebih banyak berdiam dari berkata-kata di pejabat.
Lebih banyak duduk di dalam rumah dari bertangga di pintu jiran.

Setiap kali solat selepas tahayat akhir sebelum salam selalu ku doakan di dalam hati.
"Ya-Allah...Selamatkanlah kami dari azab siksa api neraka, selamatkanlah kami dari siksaan kubur dan selamatkanlah kami dari fitnah dunia dan akhirat."

Kesian budak kecik ni. Terbaring kat rumah tapi mama terpaksa tinggalkan juga, umi ambil alih jaga dia hari ini tetapi mak dan mak saudara jaga mesti lain rasanya.


17 Rider Beraksi:

Management Corporation Meeting Flat Phase 1B Taman kajang Utama

9:14 PG JunAina 21 Comments


Flat Phase 1B Taman Kajang Utama terdiri daripada dua blok A dan B.
Jumlah rumah 200 dengan setiap blok ada 100 pintu. Flat 5 tingkat setiap tingkat ada 20 rumah.
Dari 200 rumah 69 rumah telah memiliki strata title ataupun dah ambik geran.
Dari 69 pulak hanya 15 orang yang akaun penyelenggaraannya bersih dengan MRCB sebagai pemaju.
Jadi hanya 15 orang di harapkan untuk mengundi dan menjadi AJK yang lain sebagai pemerhati.

Bangi Golf Resort
Kami mesyuarat kat sini, Ahad nanti datang lagi breakfast free.

Perjumpaan 2 minggu lepas hanya di bawah khemah berdekatan flat menerangkan undang-undang dan tata cara serta jugak penerangan daripada pihak MRCB dan jugak wakil Majlis Perbandaran Kajang. 200 buah rumah yang ada cuma 28 orang yang hadir. Kesian. Surat sudah berminggu-minggu diedarkan.

Hari Ahad (17 Jun 2012) ada perjumpaan di Bangi Golf Resort untuk Mesyuarat Agung Kali Pertama. Kami hadir sebagai pemerhati kerana belum ambik geran dan ada baki penyelenggaraan yang masih tertunggak. Dok diam-diam.

Penyudahnya kami semua balik hampa. Mesyuarat ditangguhkan kerana penduduk layak mengundi yang hadir hanya 6 orang sedangkan memerlukan minimum 8 orang. Satu yang sangat di kesalkan tanggungjawab penduduk sendiri seolah-olah lepas tangan dalam urusan masyarakat. Walaupun tidak mengundi apa salahnya mengambil tahu perkembangan perjalanan tempat tinggal kita. Bil penyelenggaraan tetap perlu di bayar walaupun MRCB telah mengambil jalan mudah buat mereka dengan melepaskan kepada Perbadanan Pengurusan Bangunan kepada penduduk.

Ikut hati yang geram. Biar serah kepada Majlis Perbandaran lepas tu bagi sahaja 3rd party company yang uruskan. Sekarang bayar Rm30 lepas ni bayar le Rm60 atau lebih. Masalahnya yang Rm30 pun bertangguh-tangguh tertunggak bagai macam mana nak bayar Rm60.

Hari ini sibuk telefon pemilik rumah yang layak mengundi minta jasa baik datang mesyuarat untuk kebaikan bersama. Bil penyelenggaraan bukan dituntut terhadap penyewa tetapi pemilik.


 Wakil MRCB dok atas pentas. Pengerusi Majlis merah muka bila Jun mintak senarai nama dan no telefon orang yang layak mengundi. Ada ke patut suruh pi opis depa ingat aku tak kerja apa.

 Penduduk yang hadir. Tak sampai separuh pun daripada 5 barisan kerusi tersedia, kosong lebih banyak.

Sarapan pagi tersebut. Nasi goreng, mee goreng, kuih-muih, puding roti, pudding sago, teh, kopi dan fresh orange dan makanannya lebih separuh tak dijamah.


Kami hanya penduduk flat, hanya golongan biasa-biasa. Pemandu teksi, peniaga kecil-kecilan, pekerja kilang dan kerja yang biasa-biasa tanpa penduduk yang bersatus golongan profesional. Minda sedikit tertutup boleh le korang nak gula-gulakan! Tapi Jun tak bagi peluang punya jangan nak pijak-pijak kepala kita orang ek.


21 Rider Beraksi:

Sunset

11:03 PG JunAina 13 Comments


sunset
Sunset di Pantai Kuala Sungai Baru, Perlis.
Beradulah mentari semoga hari esok akan datang bersama seribu kebahagiaan, membawa sinar harapan yang tiada penghujungnya. Terima kasih atas pengorbananmu menyinari alam tanpa jemu. Hasil dari kemera hp (tak leh lawan GB...hikhikhikkk..).


13 Rider Beraksi:

PETROSAINS-Menjejak Alam Minyak Bersama Dua Hero K-Pop

8:42 PG JunAina 21 Comments

Khamis, 7hb June 2011.

Petrosains

Sudah berminggu berlalu tapi nak jugak kongsi kegembiraan bersama dengan anak-anak. Macam biasa mama jalan-jalan dengan anak-anak. Kali ini di temani dua hero K-Pop. Memang happening. Sehari sebelum pergi buat reservation. Booking tiket Family Package untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak berharga Rm30. Tambah satu lagi kanak-kanak Rm5 jumlah Rm35. Tiket biasa Rm15 untuk dewasa dan Rm5 kanak-kanak still jimat ambik family package. Kami dapat tiket pukul 12 tengahari.


street smartPukul 10am dah sampai KLCC takut jalan sesak sesak. Menapak dari parking pukul 10.30am sampai kat PETROSAINS. Kami melawat pameran percuma iaitu Street Smart dahulu selepas ambil tiket. Ronda-ronda dalam ni sampai lenguh kaki. Belum ronda dalam PETROSAINS.


Masa reservation kami dapat satu aktiviti kad untuk family package. Melalui setiap section pihak penganjur akan adakan aktiviti. Just ikut their aktivity dan dapatkan stamping. Setiap section iaitu PETROJAYA, EXPLORATION, PLATFORM dan REFINERY masing-masing ada 3-4 aktiviti tetapi kita tidak perlu mengikuti semua aktiviti untuk dapatkan stamping. Sampai sini baru perasan salah satu aktivitinya iaitu Glass Orchestra sama sahaja dengan iklan susu kat TV. At the end of the exploration kita orang dapat hadiah berupa buku nota, penanda buku dan puzzle khas dari PETROSAINS. Anak-anak suka.

Anak-anak very enjoy dengan aktiviti-aktiviti dalam PETROSAINS. Semua nak cuba semua nak ambik tahu. Jun biar sahaja dia orang explore new things kat sini. Part pling best bila kami semua naik stimulator (kena bayar asing Rm3). Masa agak pendek dalam 3.5 minit sahaja tetapi anak-anak termasuk mak anak sangat teruja. Merasa naik roller coster sambil terjerit-jerit (padahal benda tu gerak kiri gerak kanan tertonggerng-tonggeng kat situ je).

hasil setiap tong minyak mentah
Korang jangan ingat setiap titis emas hitam yang keluar dari perut bumi tu semua jadi petrol. Ini adalah hasil dari setaip setong minyak mentah. Banyakkan hasil-hasil sampingannya.

hero K-Pop
 This is my first hero K-Pop...hahahaaa... Syafiq my younger brother.

 Second hero K-Pop Iqbal Hadi my elder son...ekekee...

The only doter. Sayang kamu ketat-ketat.

 My Junior. Setiap kali ambik gambar mesti nak peace-peace aje.

 Naik gelongsor. Should try dah lupa berapa meter tingginya.


aktiviti di Petrosains
Antara aktiviti yang ada. Gambar mula-mula tu ada tiga skrin yang dia tengah main tu just hulur tangan dan potong kat udara nanti all benda yang berterbangan tu pun terpotong jugak. Satu lagi skrin dengan rama-rama dan ketiga macam guli berjatuhan yang akan mengikut je bayang-bayang kita bila jatuh. Kalau kita tadah tangan maka benda tu macam berjatuhan kat tangan kita. gambar no dia kita orang main game burung makan ikan for sure bebudak yang menang. Gambar no 3 ialah Pertunjukkan Sains. Paling anak-anak best merasai hurricane dalam bilik kaca tu. Lupa pulak apa adik dan kakak tengah buat dalam gambar yang akhir.

Sambil enjoy sekurang-kuramgnya anak-anak dapat serba sedikit pendedahan. Sekurang-kurangnya minda mereka sedikit terbuka. Merasa jugak mak pergi ke pelantar minyak kalau sebelum ini hanya melukis sahaja (pergi dengan tidak perlu mengambil lesen atau pergi BOSET!)


21 Rider Beraksi:

DiGi Broadband Discover Day

3:56 PTG JunAina 5 Comments


DiGi Broadband

Klik sana klik sini. Mencari-cari plan tawaran paling bagus. Klik-klik DiGi. Tengok-tengok. Rasa macam tertarik dengan package ini. Murah sahaja bayar. Bukan untuk heavy user, just nak buka emil. Sesekali check FB. Kadang-kadang nak taip surat and send via email. Kira oklah kan.

Dah ada satu guna service provider yang lain. Kali ini nak guna DiGi pulak. Asik berebut dengan anak-anak je. Ramai kawan-kawan kata bagus. Lagipun Kajang dapat DiGi coverage, kalau nak out station boleh guna yang lagi satu. Nak check coverage pun senag korang klik je kat sini. Lepas tu masukkan negeri dan lokasi. Sepantas kilat akan ditunjukkan kawasan korang tu ada coverage ke tak.


DiGi Broadband Discover Day

Inilah detail plan yang nak di ambil. Tak sesuai untuk hard core internet user...hikhikhikkk... Just for light user like Nescaffe light-light boleh le guna plan ini. Harap dapat bagi good performance macam yang diiklankan sepadan dengan yang dibayar. Tak boleh le demand lebih-lebih. Pakai baju ukur kat badan sendirilah. Bayar Rm30 nak demand macam bayar Rm60 mana boleh.


5 Rider Beraksi:

Ibu Bapa : Tanggungjawab, Kasih Sayang atau Belas Ehsan.

10:24 PG JunAina 14 Comments

Menyentuh isu yang terlalu meruntun kalbu sejak akhir-akhir ini. Ramai anak-anak mula bertindak diluar batasan terhadap insan yang melahir, membesarkan serta yang membanting tulang demi kelangsungan hidup keluarga.Banyak cerita-cerita sedih di penghujung usia yang kita dengar. Karma mungkin atau ujian juga. Walau apapun alasannya hati tua mereka tetap tersentap.

Tersisih, menyisih tak kurang disisih oleh insan tersayang meninggalkan luka yang amat dalam, membuatkan lara di penghujung usia terlalu kelat untuk ditelan. Tersish kerana perhatian anak-anak jatuh kepada anak-anak serta isteri sendiri. Menyisih bila terasa diri mereka tidak diperduli dan menjadi beban anak-anak. Disisih kerana ank-anak tidak lagi mahu menggalas tanggungjawab terhadap orang tua.

Ambillah iktibar. Jadikan kisah-kisah di dada akhbar sebagai pedoman. Selagi hayat dikandung badan terimalah amanah ALLAH itu seadanya setelah mereka menjalankan amanah mereka suatu tika dulu. Jangan sampai karma itu kembali kepada kita.

Jika kita mampu membeli rumah yang selesa, kereta yang berjenama tiada salahnya kita juga menghulur seratus dua kepada ibu bapa setiap bulan. Jangan dikira beban yang ditanggung kerana berkatnya rezeki yang diberi kepada ibu bapa akan dibalas lebih besar oleh ALLAH. Doa ibu dan bapa bukan kerana duit yang diberi tetapi kerana kasih sayang mereka pada anak-anak.

Muhasabah diri, Sekadar ingatan untuk diri sendiri.


gambar mak
Sejak berusia dua tahun hanya mak yang aku ada. Jasanya, pengorbanannya walaupun sepincing tak mampu kubalas. Seboleh dapat aku cuba penuhi setiap permintaannya, menunaikan setiap keinginannya hanya kerana aku mahu dia gembira melalui hari tuanya setelah pengorbanannya membesarkan kami.


14 Rider Beraksi:

Jerebu Dalam Mendung

3:38 PTG JunAina 4 Comments


Jerebu Di Kuala Lumpur
Masih live dari tingkat 14 Vista Tower, The Intermark pada jam 3.30pm. Cuaca mendung yang melambatkan sedikit pergerakkan angin yang membawa jerebu ke kota metropolitan Kuala Lumpur. Sedikit cerah berbanding pagi tadi dalam keadaan cuaca yang terang benderang.


4 Rider Beraksi:

Jerebu di Kuala Lumpur

10:21 PG JunAina 3 Comments


Pemandangan dari tingkat 14 Vista Tower, The Intermark Jalan Tun Razak pada pukul 10.12am. KLCC nampak kabur tidak seperti hari-hari biasa. Hujung minggu ini elaklah dari melakukan aktiviti luar. Kualiti udara yang kurang bagus ini boleh menjejaskan kesihatan.


3 Rider Beraksi:

Blog Walking During Office Hours

8:41 PG JunAina 21 Comments

Tajuk gayat. Speaking London tengok isi boleh pulak Bahasa Melayu jek.
Itu sahaja pun yang pandai tulis-tulis dalam English.

Semenjak-dua menjak asyik rajin BW ni unik blog dah naik 50-70 sehari.
Best..bukak Nuffnag senyum-senyum (senyum tengok unik tu je tapi tak ada jugak di baginya BE...hehehee...)

Bila pulak dok BW ni. Haaaaa...
Sekarang my bos kecik ada 3 assistant termasuk Jun so beban kat bahu ni dah berkurang dulu sensorang.
Distribute pi tang lain dah. Kerja pun boleh main-main sikit.
Buli my junior pulak le...


Kasi besar-besar sikit gambar senang nak tengok. Dua monitor (tamak), satu monitor letak urusan kerja dan satu lagi on office email (selalu kena on coz all input from management, other department and boss just by email). Bekerjalah dengan tekunnya. FYI walkkway dari belakang kita orang facing tingkap tapi belakang Jun ada satu lagi workstation jadi dia yang duduk tepi highway.

Bila boring buat kerja, stress tak boleh nak fikir nak selesai masalah kerja Jun klik-klik blog list on kat 2nd monitor (monitor ini menyenget sikit dalam 30 degree supaya orang sebelah yang kaki sibuk tu tak nampak.) Klik-klik sampai habis blog list. Kemudia klik-klik pulak blog yang di follow. Bila bos lalu cepat-cepat klik email kat bawah dan automatik show email je kat 2nd monitor. My bos kecik tu dah faham sangat. Mengupdate blog le tu...hahahaaa... Kekadang cover-cover gaks respect ma...

Lagi suka blog walking kat opis, berdesub je bila buka. Sekali buka 10 blog pun tak heran (bongkaknya bercakap) almaklumlah server roomnya hampir sama dengan keluasan rumah sendiri (server room tu luas ke rumah Jun yang kecik entahlah...ekekeee...)

21 Rider Beraksi:

Tips Untuk Menjadi Blogger Terkenal

8:50 PG JunAina 26 Comments

Pendapat ini merupakan pendapat peribadi dari pandangan mata seorang blogger tak femes macam Jun. Penilaian dibuat dari pemerhatian sendiri. Harap tak ada yag tersinggung dan tiada saman menyama okies (perasan la pulak).

1. Cantik.
Pastikan diri korang tu cantik. Paling tidak ada daya tarikan tersendiri.
Hanis Zalikha, Cik Epal, Yuyu Zulaikha, Fatin Liyana antara blogger yang cantik. Sekali dah tengok nak   tengok berkali-kali.

2. Hensem.
Ini kategori lelaki. Tengoklah berapa banyak blog yang tuan punya berada dalam kategori hansem melotop-lotop kat search engine. Contoh yang biasa dengan blog Rider Sejati hanya Ben, BroFremstone dan sorang lagi yang memang declare dia hensem terus adalah Abang Ensem (korang memang tak boleh lawan dia punya).

3. Konteversi.
Kalau rasa nak cepat naik dan berani korang ciptalah konteversi. Kalau kita tengok ada jugak blogger yang terkenal dan rating naik mencanak kerana konteversi (macam artis gitu). Jejari Runcing antaranya. Kerana konteversi dengan pemain bola sepak yang terkenal tu rating dia naik melotop-lotop, ada hikmah disebalik musibah yang menimpa. Lain-lain tak mau sebut tapi kes saman-menyaman pun ada jugak.

4. Ada kaitan dengan artis atau selebriti..
Sama ada blog artis, blog orang biasa yang ada cerita panas pasal artis, blog awek or boipren artis memang cepat hot-hot.

5. Kepakaran.
Berkongsi kepakaran yang ada dengan orang lain. Macam blogger yang pakar dalam agama, fotografi, hartanah, pelaburan, kecantikan dan macam-macam lagi. Zaman sekarang paling senang taip je kat search engine untuk dapat maklumat.

6. Rajin update blog.
Benda ni biasa coz semua orang buat cumanya bila update ada tak orang nak baca, kalau ada berapa orang yang nak baca (garu-garu kepala sendiri).

Banyak lagi faktor-faktor lain tapi hari ini itu je nak kongsikan. Setiap blogger mengejar rating demi kepuasan tetapi kita menulis juga untuk kepuasan diri menjadi bonus bila ramai orang membaca dan mendapat manafaat dari apa yang kita tulis.

Psssttt...kalau jadi blogger terkenal nak cerita tentang apa-apa pun orang tak kisah. Orang akan tetap klik-klik bila ada update. Bak kata sorang blogger kalau blogger terkenal menulis cerita pasal anak korek hidung pun boleh jadi gempak!


26 Rider Beraksi:

Kerjaya Polis Pilihan Terakhir

10:15 PG JunAina 28 Comments

Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang berbakti. Begitu juga pandangan aku terhadap hidup anak-anak. Kalau dapat biarlah berkhidmat sebagai polis menjadi pilihan terakhir dalam hidup mereka. Walaupun Pak Tuan tidak pernah meyuarakan tetapi aku tahu jauh disudut hatinya amat berharap salah seorang anaknya akan mewarisi tugasnya sebagai perjuang negara.

Terlalu banyak faktor yang membuatkan hati aku berat mengizinkan anak-anak meneruskan impian bapa. Tugas itu murni. Tugas itu mulia. Hasil dari tugas itu jugaklah anak-anak membesar. Kami hidup. Aku juga mahu anak-anak mewarisi tetapi hati aku berat.

Kini tugas itu menjadi cemuhan. Menjadi bahan kutukan. Menjadi kambing hitam yang perlu dipersalahkan. Keadang hati ini begetar. Bak kata pepatah peha kanan dicubit paha kiri terasa. Manakan tidak terasa dengan gaji menjadi Pegawai Polis suami menyara kami anak beranak dan seolah-olah menjadi polis itu pula suatu dosa. Polis menjadi isu yang tidak berkesudahan tetapi akhirnya masyarakat kembali kepada polis juga bila jenayah berlaku.

Bila berlaku sesuatu insiden secara senaja atau tidak, tiada siapa akan membela mereka. Kesilapan dalam melakukan tugasan juga tiada pembelaan. Makin mengeruhkan keadaan insiden tidak di senajakan terus didakwa dimahkamah. Mereka menjadi mangsa dalam menjalankan tugasan. Menidakkan arahan bermakna ingkar, menjalankan tugasan dan tiba-tiba situasi menimbulkan provokasi yang sebagai manusia biasa kita juga mempunyai hati dan perasaan dan kita hilang kawalan pemikiran sehingga bertindak diluar batasan tidak ada yang akan membela. Maka jadilah mereka mangsa keadaan dan anak serta isteri turut terseret. Emosi isteri terdera tetapi mungkin sebgai orang dewasa kita mampu melaluinya. Bagimana pula emosi anak-anak? Di cemuh rakan-rakan dan dipandang sinis. Siapa yang memahami?

Andai rezeki itu tertulis juga buat anak-anakku untuk menggalas tanggungjawab menjaga keamanan negara aku redza. Doa sebagai ibu akan sentiasa mengiringi mereka sebagaimana doa aku buat suami.

Gambar kenangan menghadiri Mess Nite sempena persaraan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Dato' Koh Hong Sun lama dahulu. Dia tetap segak dalam seragamnya. Itulah yang membuat cinta aku jatuh padanya. Maaf gambarnya terpaksa di blurkan atas permintaan tuan punya diri yang tidak mahu menonjol diri dengan seragamnya.



28 Rider Beraksi:

Derita Cinta

9:15 PG JunAina 19 Comments

Bertahun-tahun yang lalu mereka sepasang kekasih yang pernah berjanji untuk mengakhiri hunbungan dengan sebuah perkahwinan. Sebagai manusia kita hanya mampu merancang tetapi Allah (s.w.t) juga yang menentukan. Di takdirkan tiada jodoh antara mereka. Kehadiran orang ketiga berjaya mencairkan hati si dara dan si teruna menaggung kekecewaan yang sarat.

Selepas bertahun-tahun tanpa khabar dan berita dengan takdir Allah mereka kembali berjumpa tanpa disangka. Masing-masing telah berkeluarga. Bermulalah tunding-menunding dan salah menyalahkan antara satu sama lain. Sehingga satu peringkat mereka terasa seperti anak kecil yang saling bercakaran.

Pertengkaran membuatkan si lelaki telah meluahkan segala isi hatinya yang boleh membuatkan hati seorang wanita tergugat.

"Kasih, sayang dan cinta abang tak pernah berkurangan walaupun sedikit. Tetap sebegitu dulu, kini dan selamanya. Tiada sesiapa pun dapat mengisi kekosongan ruang itu."

Titik.

Sayangnya hatiku telah dimiliki. Walau kenangan itu sentiasa bermain-main dan mempermainkan aku seharusnya kita berdiri di bumi yang nyata. Simpanlah ia sebagai kenangan kerana kasih sayang aku hanya miliknya kini!.


Aku sayang budak kecik ni melebihi dari aku sayang bapaknya...opssss... Tak pasal-pasal ada yang kecit hati pulak, karang merajuk tapi mudah je nak pujuk...hehehe. Love u 2 abah Hikram....love u so much...

 

19 Rider Beraksi:

Jabatan Imigresen Kompleks Kementerian Dalam Negeri Jalan Duta

10:00 PG JunAina 20 Comments

Hanya tinggal dua minggu lagi sebelum misi rahsia bermula. Sebelum ini ingat nak renew passport on line sahaja tetapi Pak Tuan pulak mintak pergi dengan dia sahaja kerana passportnya juga akan tamat tempoh pada bulan Jun. Menimbang-nimbang untuk ke Kajang sahaja tetapi memikirkan Imigresen Kajang sentaisa sibuk dan kadang-kadang kehabisan nombor giliran jadi kami tak ingin mengambil risiko. Lepas solat Jumaat Pak Tuan ambik di pejabat dan terus ke Jabatan Imigresen Bandar Pusat Damansara. Sekali pergi papan tanda semua dah tak ada. Sunyi! Rupa-rupanya Jabatan Imigresen telah berpindah ke Jalan Duta sejak Oktober 2011. Macam mana boleh ketinggalan nih.

Berpusing semula dan mengikut gadis yang kami tanya Jabatan Imigresen berpindah dekat Istana Negara yang baru. Menyusur dalam keadaan berhati-hati takut pulak terlepas jalan. Ternampak papan tanda Kementerian Dalam Negeri berhadapan dengan Duta Solaris. Korang jangan pulak cari papan tanda Jabatan Imigresen kerana sampai tahun depan pun tak akan berjumpa. Jabatan Imigresen berada di Kompleks Kementerian Dalam Negeri. Di sini jugak letaknya Jabatan Pendaftaran Negara. Parking agak sesak tetapi masih mudah untuk mencari tempat meletak kereta kerana kawasan yang lebih luas dan tidak sesak dengan jabatan-jabatan lain. Disebabkan kita orang merempit dengan mudahnya mendapat parking.

Masuk sahaja ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri nampak agak lengang. Papan tanda menunjukkan Jabatan Imigresen berada di tingkat 1 sebelah kanan manakala tingkat bawah menempatkan Jabatan Pendaftaran Negara. Ramai betul orang. Beratur ambil borang dan kembali semula untuk mengambil nombor giliran apabila selesai mengisi borang.

Korang tengok ada dua nomor satu untuk Jun dan satu lagi untuk Pak Tuan. Garu-garu kepala pergi semula ke kaunter nombor giliran dan bila Pak Tuan datang semula katanya 2079 itu adalah khas untuk warga emas. Hahahaaa...Jun dah mula gelak guling-guling. Rupanya my hubby tergolong dalam warga emas macam mana boleh lupa! Hanya seorang berada di depan dia lepas tu giliran Pak Tuan. Nombor Jun pulak 1396 dan di depan nya ada 77 orang lagi. Giliran Pak Tuan pulak gelak guling-guling. Bila tiba giliran Pak Tuan kami meminta ehsan dari petugas kaunter untuk buat sekali harung. Alhamdulillah petugas Imigresen tersebut tersangatlah bertolak ansur tidak seperti petugas semasa kami mengambil nombor giliran tapi lupa pulak apa nama petugas di kaunter 20 pada hari tersebut.

Selepas selesai urusan membuat passport dan membayar kami menunggu untuk mengambil passport di kaunter 25. Lebih kurang sejam sementara menunggu kami turun makan kat cafe di sini. Banyak pilihan makanan tetapi agak mahal jika hendak dibandingkan dengan cafe di pejabat kerajaan yang lain. Mee goreng dan seangkatan Rm3.80. Nasi dan ayam Rm5 kalau tambah sayur Rm1.50 lagi. Ini udah rupanya makan kat International Food Hall, The Intermark. Mahal mungkin sebab selesa dan tiada pilihan lain. Jun makan kueteow goreng (memang le tak sedap...tak bersyukurnya aku) dan Pak Tuan makan bubur chacha - Rm3.


Pemandangan ruang legar di tingkat bawah. Memang selesa dan cantik. Kalau kebetulan kita ada urusan lain dan terpaksa membawa anak-anak jadi masih ada tempat untuk mereka berehat. Pokok paku-pakis yang bergantungan memang menarik perhatian. Kat bawah tu adalah Jabatan Pendaftaran.

Disebabkan Jun menggunakan jalan pintas (kemudahan untuk warga emas yang Pak Tuan dapat) maka urusan kami teramatlah cepat selesainya. Hanya mengambil masa 1 jam 15 minit. Kaunter ini jugak memberi layanan khas buat OKU, ibu mengandung dan kanak-kanak serta bayi. Keseluruhannya service cepat tetapi bilangan orang yang ramai memang membuatkan kita terpaksa menunggu agak lama. Dalam keadaan pejabat yang lebih selesa dan luas membuatkan kita lebih selesa untuk menunggu.

Satu lagi nak ingatkan bawaklah gambar berukuran passport yang berlatar belakang biru yang terbaru. Jangan cuba-cuba nak mengelat. Hari tu disebabkan malas nak ambil gambar (sebenarnya sayang nak bazirkan gambar lama tu) Jun bagi je gambar 2 tahun lepas yang manjadi masalahnya gambar itu sama dengan passport lama...hahahaaa... Tak pasal-pasal kena ambik gambar baru tapi jangan risau kat tingkat bawah ada kedai gambar hanya Rm10 untuk 4 keping gambar berukuran passport. Kedai-kedainya pun lebih teratur dan selesa dari tempat lama.

Mana-mana Jabatan Imigresen sekarang memang sesak dan ramai orang. Memang agak penat menunggu. Itu menunjukkan ekonomi rakyat Malaysia berkembang pesat sebab tu ramai yang mampu nak ke luar negara.


20 Rider Beraksi:

WW / Berangan / DiGi Awards

3:42 PTG JunAina 2 Comments



Mesti best kalau tercalon. Glamour you!
Kalau nak tahu lebih lanjuk korang klik-klik le kat gambar di atas.
Malas mak nak cerita buat sakit hati coz tak dapat nak ngendeng-ngendeng!

2 Rider Beraksi:

Lenguh Kaki, Sedih di Hati.

12:59 PTG JunAina 9 Comments


Semalam bercuti. Tempat yang dituju cuma sepelaung dari office.
Jalan kaki pun boleh sampai. Jerit hampir-hampir boleh dengar.
Tunaikan janji pada anak-anak.
Ingat nak tayang-tayang gambar rupanya cable USB je bawak kameranya ada dalam beg lagi satu.
Semalam pergi PETROSAINS. Buat reservation 1 day before itupun dapat tiket pukul 12 tengahari.
Manusia ramainya ya amat, almaklumlah cuti sekolah.
4 jam ukur jalan dalam PETROSAINS. Balik rumah kejang kaki.
Keluar je pergi makan kat RASA Foodcourt. MeRASA le bayar mahal makan yang tak sesedap mana.
Balik singgah pasaraya pompuan tu nak beli baju (nasib baik pasaraya bukan di KLCC tadi dia mintak...ya ampunnn...) . Bulan June nak pergi Cameron Highland ikut rombongan sekolah.

Hati dan mula buat perangai. Nak sedih-sedih. Nak meleleh-leleh. Cepat je nak sentap-sentap.
Esok pompuan tu nak balik kampung dah.
Isnin dah nak start sekolah.
Kupujuk-pujuk tak dilayannya.
Katanya sekolah kat Kajang tak BEST!


Sampai bila harus kutanggung rindu ini.


9 Rider Beraksi:

Pasangan Ada Hubungan Sulit.

8:13 PG JunAina 16 Comments

Isu hangat sikit hari ini. Agaknya apa korang akan buat bila dapat tahu orang yang anda sayangi ada hubungan dengan perempuan atau lelaki lain kat luar?

1. Hantarkan aku pulang kerumah orang tuaku.

2. Terus-terusan menangis dan menyalahkan takdir (ermm...lelaki pun nangis ke?)

2. Cerai talak tiga (boleh ke isteri ceraikan suami sambil garu-garu kepala).

3. Gaduh macam orang kena histeria.

4. Bagi kata dua dia atau anda.

5. Tinggalkan dia buat sementara waktu minta cuti dari menjadi suami/isteri buat sementara waktu (bagi peluang untuk pasangan berfikir).

6. Cari perempuan tu ganyang je/cari lelaki tu belasah cukup-cukup.

7. Beri peluang kali kedua.

8. Muhasabah diri. Cari kesalahan diri sendiri sehingga pasangan anda sanggup curang pada anda.

9. Maafkan pasangan anda kerana setiap orang melaukukan kesilapan (tapi kalau buat lagi sendiri mau ingatlah ye!)

Hidup itu tak pernah seindah impian, tak semudah kita lakarkan warna pada sekeping kanvas tetapi impian juga kadang-kadang boleh menjadi lebih pahit dari realiti. Berpijaklah pada bumi yang nyata. Tiada insan yang sempurna. Walaupun kita rasa sempurna tetap masih ada lompong-lompong kosong dalam hidup kita.


Cintailah aku seadanya kerana diri aku. Terimalah aku seadanya kerana hanya engkau yang mampu memayungi setiap kelemahanku. Gambar ehsan en.gugel.

16 Rider Beraksi:

Blog Bertukar.

4:20 PTG JunAina 12 Comments

Dulu http://juneaina.blogspot .com/
kini http://juneaina.blogspot.sg/.

Ada sesiapa tahu kenapa?
Adakah kerana Jun dah tukar nama blog atau sudah tertekan benda-benda yang tidak sepatutnya.
Kalau biar je ada masalah tak?
Tapi macam tak best jerkkan .sg tu...huhuhuuu...

Nenooo...nenooo...Bomba please...owh tidak Ambulance please nak pitam...nak pitam...

12 Rider Beraksi: