Water World@i-City

3:14 PTG JunAina 10 Comments

Cuti sekolah sudah makin hampir. Minggu depan adalah minggu terakhir anak-anak bersekolah lepas tu horey-horey. Bermulalah edisi pening mak bapak melayan kerenah anak-anak kat rumah. Bertambah jugak kerja mak-mak kat rumah.

Salah satu yang tak boleh nak di tolak apabila ada permintaan anak-anak untuk pergi jalan-jalan. Bagi yang mempunyai bajet besar just choose and pick mana nak pergi. Lepas tu boleh bergembira sepuas hati bersama ank-anak. Kebiasannya ada ibu bapa yang simpan cuti untuk acara akhir tahun seperti ini.

Kalau tak ada cuti pun boleh sahaja nak bawak anak jalan-jalan. Pilih sahaja tempat yang berdekatan. Paling penting menghabiskan masa berkualiti dengan anak-anak. Bajet pun boleh simpan untuk persekolahan tahun hadapan.

Cuti kali ini mungkin kita boleh masukkan i-City dalam senarai. Kalau sudah pernah pergi ke i-City sebelum ini mesti pergi sekali lagi. Kali ini kita main air pulak. Jom ramai-ramai pergi WATER WORLD@i-City. Mempunyai keluasan 174,240 kaki persegi. Tarikan kat sini termasuklah Wave Pool with Giant LED Screen, River Adventure, Giant Jacuzzi Pool with Fun Rides, Children Adventure Pool, Rainbow Slides, Tube Slides dan Tornado Ride yang pertama kat Asia Tenggara.

Sempena pembukaan rasmi WaterWorld@i-City pada 9hb November ada 50% less. Kita akan bayar hanya Rm25 untuk dewasa dan Rm20 untuk kanak-kanak. 40% less pulak dari 10hb hingga 18hb November 2012. Iaitu Rm30 untuk dewasa dan Rm24 untuk kanak-kanak (harga asal tiket adalah Rm50 dewasa dan Rm40 kanak-kanak). Water World@i-City ini dibuka dari jam 11am sehingga 7pm dari hari Isnin sehingga Jumaat dan 9am sehingga 7pm pada hari Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan pada musim cuti sekolah.

Water worl @ i-City
Maklumat lanjut sila terjah kat sini.

 Jangan fikir panjang-panjang lagi. Moh ramai-ramai!


10 Rider Beraksi:

Catatan Kenangan : Impian Kami Sama

9:50 PG JunAina 7 Comments

Catatan Kenangan 1.

Buat kami untuk dikenang dan diingati. Buat anak-anak moga-moga mereka tahu susah payah kami. Perjuangan kehidupan yang suatu hari akan sampai titik noktahnya.

Syukur pada MU ALLAH. Kau menguji dan kau juga telah memberi. Pengertian yang hanya aku sahaja mengetahuinya. Ujian yang aku tempuhi dengan penuh kekuatan hati dan redza. Memperbaiki diri belajar dari kesilapan lampau yang hampir-hampir menghitamkan keseluruhan penghidupanku. Tanpa menyerah kalah. Kini aku di sini. Menghitung bahagia yang kian mewangi.

Aina pernah bercerita tentang impan di sini dalam entri MY DREAM. Cita-cita yang sedang diusahakan supaya menjadi kenyataan. Alhamdulillah. Salah satu impian itu akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Kami sedang berusaha menyelesaikan segala-galanya secepat mungkin. Kepuasan maksima apabila semuanya adalah hasil penat lelah sendiri.

Semuanya bermula di sini. Hasil jalan-jalan jamu mata yang akhirnya Pak Tuan berkenan sangat. Terjebak. Selepas dipujuk rayu semahunya akhirnya Aina mengalah. Mengikut sahaja kehendaknya. Selepas ditolak campur darab dan bahagi ada sedikit lebihan untuk perbelanjaan tetapi banyak benda terpaksa diketepikan. Bermaksud tiada lagi booking AirAsia untuk setahun dua ini. Hanya keperluan yang boleh dipenuhi tidak kemahuan. Shopping berlebihan juga dihentikan buat seisi keluarga.

Seminggu selepas kami melawat tapak hati dibulatkan. Nekad. Sudah sampai masanya kami melangkah setapak kehadapan dalam memperbaiki taraf hidup. Booking fees di bayar sebanyak 2%. Bermulalah episod menjengah serta bank di Kuala Lumpur.

Mengikut track record RHB paling bagus packagenya. Sayangnya valuer hanya menilai sebanyak Rm260k sahaja, mana nak cari selebihnya sedangkan untuk membayar 10% deposit sudah amat menyakitkan. Sebelum itu telah ke Maybank dan Aina kecewa bila hanya pemegang ijazah boleh memohon pinjaman sehingga maksimum berusia 70 tahun. Kaki di hayun lagi kali ini ke CIMB Bank. Harapan yang terlalu tinggi dengan muka yang hitam kelam. Petugas bank menerima dokumen dengan senyum. Petangnya dia menelefon memberitahu yang valuer setuju dengan harga rumah tersebut (katanya dia risau tengok muka Aina yang sangat-sangat runsing). Bermakna CIMB boleh bagi pinjaman sebanyak harga rumah yang diletakkan. Horeyyyyy... Alhamdulillah. 

Syukur alhamdulillah. Pinjaman pun sudah lulus. Latter Offer pun sudah tandatangan pada 17hb Oktober 2012. Menanti masa untuk tandatangan segala dokumen dengan pihak peguam. Insyaallah andai itu rezeki kami kunci rumah tersebut akan bertukar tangan tak lama lagi. Alhamdulillah akhirnya kami dapat membeli landed property walaupun itu bukanlah rumah idaman kalbu (mengidam jelah semi-d tu).

19 September 2012 kami bayar booking fees Pak Tuan mengamuk sakan kat kedai makan malam tu marahkan agent. Ada ke patut kalau loan tak approve dia nak potong Rm1k dari booking fees. Malu. Apa taknya ramai dok perhati. Akhirnya Aina cakap kalau tak nak beli jom balik tak payah bayar. Bila balik rumah baca booking form tu terang-terang dah tulis yang agent perlu bayar balik sepenuhnya. Mesti budak tu kecut bila Pak Tuan gertak dia (pengalaman Pak Tuan kat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial membuatkan dia sangat berhati-hati).

Sebelum tu pun kita orang dah jumpa nak bayar booking fees tapi agent tersalah tulis nama jalan pada alamatnya, rasanya tertinggal satu perkataan terus Pak Tuan reject minta isi borang baru. Borang pulak bawak satu. Adeh. kata Pak Tuan ini kalau pergi mahkamah kami kalah!

Beli rumah subsale ni macam tulah banyak perlu dikorbankan, banyak perlu belajar terutama dari pengalaman orang lain. Banyak masa diperlukan untuk menyelesaikan segalanya. Banyak jugak modal yang perlu didahulukan. Kami korbankan semuanya itu.


7 Rider Beraksi:

Long Service Award

3:33 PTG JunAina 17 Comments

Isnin dua minggu lepas bercuti bawak Hikram pergi HKL ada temujanji dengan pakar kanak-kanak. Alhamdulillah tak ada apa cuma sambung ubat untuk eczima.

Selasa nan dingin. Masuk kerja dengan separuh hati.
Khabar separuh gembira sudah dapat hari Jumaat sebelum tu tetapi belum betul-betul boleh bergembira (lain kali cerita).
Buka email jugak dengan separuh hati. Tiba-tiba mata menangkap sesuatu.
Wohhhaaaa...rezeki datang lagi.

Pejam celik pejam celik. Nasib baik tiap-tiap hari masih celik. Menjangkau sudah 5 tahun memerah keringat berjuang di sini. Masih setia. Hati belum terbuka untuk mencuba di tempat lain. Selesa mungkin. Terbiasa juga. Serasi. Kesenangan dunia dicari tetapi ketenangan hati lebih utama.

ceq

Sempena 5 tahun perhidmatan di sini. Satu sijil penghargaan dan sekeping cek. Tidak besar nilainya tetapi tiada apa yang lebih bernilai dari pengalaman dan pengetahuan yang dapat dipelajari di sini. Percubaan pertama keluar bidang merendah diri bermula dari anaktangga pertama. Berbaloi. Di sini aku menyusun impian (sambil senyum-senyum).



17 Rider Beraksi:

Setiap Pertemuan Pastinya Ada Perpisahan

9:21 PG JunAina 8 Comments

Kami berkenalan 5 tahun lepas. Sama tahun menjejakkan kaki ke sini selang tiga bulan Aina diterima bekerja di bahagian yang sama cuma kami berlainan jawatan. Pernah bersama di dalam satu projek. Kini kami bersama lagi tetapi dengan tugasan di platform yang berlainan walaupun sama projek.

Rahimah Abdullah bukanlah adik Junaina Abdullah. Nama bapa kami sama. Bakal meninggalkan kami semua untuk memula cabaran baru. Pada pandangan Aina dalam usia yang masih muda dia perlu memberi peluang kepada diri sendiri untuk mencuba suasana pekerjaan yang baru. Mencari pengalaman. Mengembangkan ilmu yang ada. Bidang ini tidak seluas mana, pusing-pusing pada pengakhirannya kami tetap akan bertemu orang yang sama.

Teman yang diraikan. Bakal melangkahkan kaki ke fasa seterusnya didalam hidupnya. Mencari pengalaman di lingkaran ruang yang baru. Sedih. Sebak di setiap patah perkataannya. Bersama kami di The Intermark seketika cuma tetapi tetap diraikan seadanya.

 Menu-menu santapan. Nasi tomato bersama ayam masak merah, kurma daging dan acar mentah. Salad. Roti nan dan capati khas buat Lead Project yang merupakan seorang vege.

salad
Homemade salad. Very Colourfull!

kuih lapis, pizza dan  buah oren
 Kuih lapis, seri muka, oren dan pizza ditambah oleh Rahimah sebagai ucapan terima kasih kepada kami semua.

 Makan time.

Serendah, Patricia and South Acis Project Team - Ranhill Worley Parsons. Lead project duduk ditengah antara tiga orang yang kekurangan rambut...eheheeee... (harap tak ada antara dia orang yang baca blog Aina. Ehhh...tuan tanahnya tak de).

Pesanan buat teman. Melangkahlah dengan senyuman. Jangan dibiar air mata mengiringi sebuah perpisahan juga bukan ketawa berdekah-dekah menjadi teman. Simpanlah kenanga kita bersama sekemas-kemasnya moga-moga kenangan itu bisa kita lalui lagi di lain masa. Langkah ini adalah langkah menuju cita-cita dan masa hadapan. Pergilah dengan senyuman.


8 Rider Beraksi:

Air Asia FREE SEATS! - Jom Terbang Lagi

1:52 PTG JunAina 7 Comments

28hb October 2012 dapat email dari AirAsia. Ajak jalan-jalan. Bagi FREE SEATS lagi! Tak ada alasanlah nak kata tak mampu nak terbang tinggi-tinggikan. Percuma je.




Air Asia Promo.


Mula mencongak untuk ke Bandung berdua sebelum puasa. Ada siapa-siapa yang nak ikut? Tambang dapat cuma Rm92 returns. Cara Aina selalunya booking tiket dahulu. Bila ada duit baru booking benda-benda lain.



7 Rider Beraksi:

Nasi Liwet Nampan Parahiyangan Bandung

9:20 PG JunAina 12 Comments

Makan-makan di Bandung beberapa tahun yang lepas. Masih terasa kelembutan serta kemanisan nasinya (mungkin pengaruh kesuburan tanah gunung berapi di sana). Keenakan serta kelembutan isi ayamnya dan kepoweran sambalnya. Kalau menjengah ke Bandung jangan lupa singgah ke sana. Walaupun makanan agak mahal tetapi berbaloi dengan keindahan dan ketenangan suasananya. Merupakan tempat tarikan pelancong yang terkenal.


Nasi Liwet di sajikan bersama Ayam Bakar Bakakak, Asin Peda, Tempe Goreng, Tauhu Goreng, Pete, Sambal, Lalap dan Kerupuk.

Kami singgah di sinilah. Rumah Makan Kampung Daun. Sambil makan sambil nikmati keindahan alam bertemankan bunyi cengkerik. Jamu perut, jamu mata dan jamu telinga.

12 Rider Beraksi:

Musim Hujan

3:00 PTG JunAina 5 Comments

Minggu lepas sepanjang minggu asal petang je hujan. Asal nak balik kerja je hujan. Lebat pulak tu. Bukan sikit-sikit air yang mencurah ke bumi. Pantai timur dah mula tengkujuh agaknya. Kuala Lumpur pun tak berhenti-henti hujan.

Bukan apa bila hujan akan menimbulkan sedikit kesukaran buat rider macam Aina coz motor tak berbumbung. Ada satu hari tu terpaksa mengadap hujan pagi dan petang hujan. Lebat pulak tu. Guna rain coat memang tak basah tapi tempiasnya tu masih membasahi sedikit sebanyak baju kat dalam. Pernah sampai tak nampak jalan bila hujan terlampau lebat jadi terpaksa le melepak di tepi higway ditemani hero-hero rider.

Cabaran nak mencari rezeki. Pada Allah ku serahkan segalanya. Dia lebih mengetahui. Setiap yang terjadi ada rahsia tersembunyi. Redza. Sepanjang tahun panas sesekali hujan terima seadanya. Rahmat. Kesian pokok-pokok di tengah terik mentari. Hujan sekurang-kurangnya sedikit menyejukkan bumi.

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapalah tak bawak kereta atau naik pengangkutan awam. Namanya Rider Sejati so ride tu salah satu hobi cumanya belum ada rezeki nak beli motosikal berkuasa tinggi. Ada hati. Tanamkan jugak keazaman. Simpan duit sikit-sikit. Kehendak kena letak selepas segala keperluan tertunai.

Menung merenung langit. Hitam. Kelam. Bakal hujan lagi. Sesekali balik kerja tak pakai rain coat best jugak. Main hujan dari KL sampai Kajang sampai rumah bungkus dalam selimut tebal!


5 Rider Beraksi:

Pesanan Dari Kekasih Buat Kekasih

8:16 PG JunAina 8 Comments

Di kasihi dan mengasihi adalah fitrah
Cinta adalah pemanis hidup
Pesanan buat kekasih
Andai kekasihmu
Menggodamu melakukan maksiat bersamanya
Ingatlah
Tak mustahil suatu hari
Dia juga akan melakukan maksiat bersama orang lain
Hatta selepas ijab dan qabul
Selepas tanggungjawab berpindah milik
Kebiasaan tak mungkin berubah
Melainkan dengan punyai jiwa yg tabah
Ingin berubah
Fisabilillah!

Selamat Hari Raya Aidiladha.



8 Rider Beraksi:

Adam Syukri - Deritamu Deritaku

9:58 PG JunAina 8 Comments

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Kisah ini sudah lama berlegar-legar di alam maya juga di media massa. Banyak blog-blog yang bercerita tentangnya. Blog KakCik Seroja  selalu update tentang kisah Adam Syukri.

Lahirnya adalah rezeki. Buat kedua orang tuanya ini adalah ujian maha hebat. Mereka menjadi insan terpilih untuk menempuhinya. Semalam Adam Syukri telah di bawa ke HKL dengan penerbangan ehsan. Menerima rawatan yang lebih sempurna kerana doktor pakar terbaik ada di HKL. Alhamdulillah.

Satu yang sangat-sangat menyentuh hati melihat ketabahan ibu Adam Syukri Noraisah Mohamad Malena bercakap di kaca telivisyen malam tadi. Tidak mengharapkan Adam Syukri pulih sepenuhnya kerana dia faham fungsi otak sukar untuk dipulihkan. Bermakna dia redza dengan ketentuan Ilahi. Wajahnya cukup tenang tanpa ada air mata yang bergenang walaupun kita tahu dihatinya ada seribu gelora.

Buat kedua ibu dan bapa Adam Syukri Sherma dan Noraisah tabahlah menghadapi ujian ini. Kami mendoakan yang terbaik buat Adam Syukri. Permudahkanlah perjalanan hidupnya Tuhanku.




8 Rider Beraksi:

Pho Mee - JJCM Vietnam

2:04 PTG JunAina 13 Comments

Tayang-tayang cerita makan di Ho Chin Minh City, Vietnam. Disebabkan Kedai Hajah Basiroh adalah kedai makanan halal paling dekat dan paling mudah rasanya kami banyak makan kat sini sahaja. Dari Ava Hotel jalan ke Benh Than Market belok kanan lintas jalan ambik lorong tengah dekat kedai emas tu staraight je, jumpalah kedainya. Depan Kedai Hajah Basiroh ada Saigon Pink 2 Hotel, kalau nak senang makan booking je kat situ.

Phoo Mee
 Pho Mee gigih aku hari-hari mengadap benda ni. Tengahari makan pho nanti malam ulang lagi tak jemu. Sup dia macam light sikit tak macam kita makan sup tulang atau daging kat Malaysia tapi ada rasa. Harga dalam 65k dong rasanya tapi masa tu kita convert dalam Rm8. Intai-intai kat dapur rupanya sup dia siap pack dalam plastik. Satu plastik tu untuk semangkuk mee. Rebus mee masuk mangkuk, tuang kuah dalam periuk dan panaskan. Curah kuah dalam mangkuk letakkan hiasan dan hidang untuk pelanggan.

daun pudina
 Ini peneman tika makan Pho Mee. Daun pudina, cili potong dan hirisan limau. Awas cili tu nampak cantik tapi kalau makan mau berdesing telinga. Konon sekali tu nak pedas sikitlah makan satu slice bersama mee sekali sampai menangis dia punya pedas. Lepas tu taubat.

kopi ais ho chin minh city
 Inilah antara keistimewaan bila berkunjung ke Vietnam. Kopi ais yang marbeles. Cara buat pun berbeza dari orang Malaysia. Kopi pekat atau pati terlebih dulu disediakan, masuk dalam botol. Bila ada yg oder tuang pati kopi dalam gelas masuk susu kacau. Masuk ais. Sapa yg buka kedai makan boleh praktik. Harga Rm3.50 segelas (nasib baik kat Vietnam kalau kat Malaysia kedai tu dah kena boikot).

Sarapan pagi hari pertama. Nasi goreng kosong dengan telur mata kerbau. Memang tak tertelan tapi lapar punya pasal makan jugak. Pejam mata telan laju-laju. Nasi goreng Rm8. Karipap Rm2.50 sebijik! Nasib baik masa pergi sempat bawak roti, bubur segera dan megi.

Pilihan makanan di Kedai Hajah Basiroh memang agak terhad. Tengahari biasanya ada nasi putih kari ayam atau ikan. Ikan goreng, telur goreng, ayam sambal dan sayur. Rasanya kalau kat Malaysia memang rakyat yang kaya dengan pilihan makanan halal tak akan pandang menu macam tu.

Harga makanan halal di Vietnam memang agak mahal. Banyak kedai makanan halal yang boleh dipilih, ada jugak restoran besar tapi kami pelancong budget so makan jelah kat Kedai Hajah Basiroh. Lagipun duit yang ada nak buat shopping!

13 Rider Beraksi:

Buat Duit - Boleh Buat ke?

8:28 PG JunAina 8 Comments

Senang je cakap buat duit ye? Agaknya macam senang cari kertas, mesin dan terus je cop duit tu berapa keping kita nak dan apa not pilihan kita. Kalau macam tu seronok. Cop je duit tu bebanyak dengan not yang paling besar lepas tu joli katak lepas tu silap-silap hari bulan masuk jel guna duit palsu. Huh! Mau ka?

Berfikir-fikir juga macam mana nak buat duit dengan duit yang ada. Pak Tuan kini sudah bersara banyak masa dihabiskan di rumah. Banyak masa dihabiskan di kebun sekangkang keranya (dah jenuh makan pisang mana taknya setiap minggu setandan dapat dipetik dan dah tak ada lagi rumput nak dicabutnya). Merasa jugaklah jiran-jiran dan kawan-kawan opis hasil kerahan tenaga Pak Tuan.

Ingat nak suruh dia berniaga sahaja tapi memang jenis tak ada bakat. Berminat pun tidak. Isteri berminat dia pulak tak memberi galakan. Katanya kerja jelah. Berniaga perlu komitment tinggi. Semangat pun kena kuat. Serba salah. Kalau ikut keluarga memang keturunan ahi perniagaan (cewahhh). Bukanlah bisnes besar-besar pun.

Sekarang dok fikir macam mana nak buat duit dengan duit yang ada. Sesiapa ada cadangan yang bergeliga boleh le kongsi-kongsi. Rasa macam dah penat je merempit tiap-tiap hari ulang-alik 60km sehari (padahal jeles Pak Tuan dok rumah hari-hari). Dah cemuih asik kena arah buat itu buat ini pas tu belakang kita macam-macam diumpatnya. Damn you man!

Duit yang seciput tu sekarang ada di simpan dengan selamat. Dibekukan. Kalau tak jadi air, tau-tau dah tak ada mengalir celah-celah jari...hiksss... Dok fikir cara yang lebih agresif nak kembangkan duit tu. Pantang paling besar MLM, no...no...no... Jun haramkan dri untuk sertai MLM. Takut melingkup pulak. Bukan jenis yang boleh konsistent. Nak gi kelas bagai. Banyak jugak contoh dah dok tengok, yang di atas berjaya hat bawah dok buat kerja sakan kayakan depa kat atas. Ini cuma pandangan peribadi. Lain orang lain pendapatnya. Cuma Aina bukan jenis boleh bertahan macam tu. Nak cakap-cakap dengan orang pun segan inikan pulak nak cari downline.

Sekarang serious tengah cari peluang untuk kembangkan duit tu. Kalau dah banyak boleh tolong orang lain pulak. Memberi selagi mampu!


8 Rider Beraksi:

AES Detector

3:42 PTG JunAina 5 Comments

Semakin canggih teknolgi semakin macam-macam orang cipta. Demi kebaikan tetapi banyak jugak penyelewengan. Kadang-kadang kita tak terkejar setiap pembaharuan.

Nak syer cara-cara korang semua nak detect AES yang hangat di perkatakan. Korang pengguna ANDROID. Bertepuk tanganlah. Sila ke blog Kujie untuk maklumat lanjut. Dikatakan mampu mengesan sehingga 1000 meter dari titik memandu anda.

Teknolgi disebabkan ciptaan manusia pasti ada penyelesaiannya. Ingat AES hebat sangatlahkan hurmmmm...fikir-fikirkanlah ye. Manusia tidak sempurna. Sesempurna ciptaan adalah dari ALLAH juga.

Saya tak menggunkan Andriod jadi kena lebih hati-hatilah. Kalau memandu kat highway tu 110km/jam jelah. Kena hati-hati jugak dari Tol Sungai Besi bawak hingga ke Bangi rasanya 90km/jam je. Kat flyover Sedang tu ada kamera arah Kuala Lumpur. Arah Kajang pulak rasanya kat ada iklan Coway yang besar tu.


5 Rider Beraksi:

Iqram Dinzly Mencendol di Fasa 4 Tambahan Bandar Baru Bangi

11:56 PG JunAina 19 Comments

Semalam sempat tengok Jalan-jalan Cari Makan yang hostnya cowok hensem si Iqram Dinzly tu. Sempat tengok dia makan-makan kat Restoran Miyagi kat Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. Bila tengok baru perasan restoran ni sebelah je dengan Klinik Pakar Kulit Annur.

Pas tu dia singgah di Fasa 4 Tambahan Bandar Baru Bangi. Istimewa kat sini tentulah 'Cendol' terutama Cendol Pulut yang marbeles. Makan cendol bawah pokok masa tengahari terik. Best! Layan makan rojak mee, rojak sotong, rojak ayam dan laksa. Masa Iqram Dinzly pergi tu ada bakso dan bihun sup ayam. Jom jamu mata.

cendol pulut
Ni my Cendol Pulut. Cukup lemak, cukup manis dan memang marbeles. Semangkuk cam tu Rm2 dan tambahan 30 sen kalau bungkus. Hari tu Aina oder Cendol Pulut. Perghhh..sehingga mejilat sudu.

rojak sotong
Makan-makan pulak oder Rojak Sotong. Sambal sotong membuatkan kuah rojak ini sedikit pedas tapi overall memang sedap. Portion memang agak sedikit so kalau pergi sini jangan berangan nak syer okeh.

Cendol Fasa Empat Tambahan Bandar Baru Bangi
 Budak kecik yang nak menyibuk jugak. Tak nak syer cendol dengan umi ataupun mama so kita orang tengok je semangkuk tu dia habiskan. Umi syer dengan mama. Kat belakang tu korang tengok berbaris je orang tapi itu pendek punya barisanlah. Kadang-kadang tu terpaksa berbaris sampai 10 orang.

Laksa
 My sis oder laksa. Sedap. Kuah agak pekat. Kiranya bila makan tu tak le terasa macam ditipu...ekekeee... Laksa dia most to Laksa Penang coz kuah dia sedikit merah dan lebih masam. Laksa Perlis kuahnya sedikit gelap dan tak le semasam macam tu. Ok le untuk lepaskan gian.

Budak kecik dan mak dia. Sibuk jeling-jeling kamera sambil senyum-senyum bila Umi menyibuk kat mangkuk cendol dia.

Korang patut cuba. Overall makanan kat sini memang sedap. Tak menghampakan walau terpaksa berbaris panjang. Lepakking bawah pokok sambil menikmati keenakan cendolnya. Pelanggannya pulak terdiri dari berbilang bangsa. Masa Iqram Dinzly pergi kawasan perumahan sebelah tu belum berpagar so senang keluar masuk, sekarang dah ada pagar tapi still ada pintu kecil kat situ. Kalau hari Sabtu dan Ahad jalan kawasan perumahan tu ditutup kecuali jalan utama. Kalau tak nak pusing-pusing ronda taman parking je tepi jalan tu.

Semalam kononnya lepas tengok JJCM tu nak pergi mencendol jugak le. Keluar dari rumah hujan lebat sangat tapi terus jugak pergi. Sampai sana beratur jugak orang sambil berpayung dalam hujan lebat. Terus beli barang dulu sebab fikirkan orang ramai dan hujan. Pukul 6.15pm pusing lagi sekali tengok-tengok dah siap kemas nak balik.Kempunan mak! Ada siapa-siapa nak join mencendol kat Fasa 4 Tambahan roger ek.

Jom makan!

19 Rider Beraksi:

Talapia Bakar Timah Tasoh - Restoran Pokok Asam

9:15 PG JunAina 13 Comments

Melewati Perlis yang kecil seperti kurang tarikan pelancongan. Tiada tempat-tempat yang mengujakan untuk dilawati seperti negeri-negeri lain. Bagi Aina sebagai anak jati Perlis pihak bertanggungjawab seharusnya mengambil langkah yang proaktif untuk mengembangkan industri pelancongan di negeri Perlis. Sekurang-kurangnya dapat menjadi sumber ekonomi.

Hari ini nak ajak makan-makan. Balik Perlis entah bila tapi rasanya cuti Hari Raya Cina awal tahun dulu. Menguruskan perpindahan sekolah si anak dara. Kebetulan melewati pejabat seorang teman. Oleh kerana setahun hanya sekali dua berjumpa dia dengan bebesar hati ajak pergi makan tengahari. Bak kata pepatah rezeki tak baik ditolak.

Aina tak berapa pandai sangat jalan-jalan di Perlis. Hanya menurut. Dari Kangar kami menyusuri Jalan Kaki Bukit menuju Padang Besar. Melewati MRSM dan kawasan sekitar. Aman. Perjalan juga lancar. Melepasi persimpangan Guar Jentik. Empangan Timah Tasoh yang luas kami tempuhi. Sebelah kiri jalan terdapat gerai-gerai menjual ikan pekasam dan disitu ada kebun sayur. Perlahan kereta membelok ke kanan.Sebuah kedai yang sangat sederhana. Dipayungi rimbunan pohon asam yang menyejukkan suasana.

Makanan yang dihidang adalah masakan kampung. Special kat sini adalah ikan talapia Timah Tasoh yang dibakar menggunakan bara api bukan bakar atas kuali. Sisik ikan pun tak buang. Wangi asap meresap ke dalam ikan. Ikan ini memang segar dari empangan berdekatan.


Lauk pauk yang menjadi hidangan kami pada hari tersebut. Ikan talapia bakar, sayur tumis air petola, ikan pekasam goreng, gulai batang pisang bersama daging dan air asam. Air macam biasa Aina minum teh tarik sebab memang tak minum ais. Penaja pulak minum kopi. Pelikkan bunyinya makan tengahari minum macam tu tapi itulah keunikan orang Perlis. Jangan tak percaya kami boleh habiskan ikan sebesar itu berdua!


Ini adalah penaja Aina pada hari tersebut. Setiap kali balik memang dia akan menjadi penaja tetap untuk acara makan-makan. Lepas makan kami menung bawah pokok asam yang rendang dikelilingi pohon buluh sambil penaja siapkan kerja. Ini adalah Encik Adnan Jahaya, Ketua Biro Bernama Perlis merangkap antara teman baik sekiranya balik ke Perlis. Memang tabik kat dia kerana dalam sibuk melakukan tugasan dia masih mencari masa meraikan seorang teman. Selagi ada internet dia akan bekerja dimana-mana sahaja.

Kalau ada yang teringin nak singgah ke kedai ini memang di cadangkan sesangat. Makanan ala kampung yang sedap. Gerai mungkin nampak biasa tapi hakikat makanan kat sini memang best. Waktu Aina sampai kami merupakan pelanggan pertama. Lepas tu tiba waktu makan tengahari gerai ini penuh dengan orang. Memang tak percaya tengok memandangkan kedudukannya memang agak terpencil, ditengah laluan jalan utama ke Padang Besar.

Jom makan!


13 Rider Beraksi:

Hari Kekasih

12:37 PTG JunAina 6 Comments

Perkongsian ini hanya disalin semula dari email yang masuk ke kotak email Aina. Minta tuan punya halalkan perkongsian semula ini. Sebagai peringatan buat diri sendiri dan sebagai pedoman buat semua yang membaca.

'Arafah berasal dari perkataan arab, 'arafa yang bermaksud kenal. Hari 'Arafah boleh diertikan sebagai hari perkenalan atau ta'aruf. Hari 'Arafah lebih signifikan buat para jemaah haji kerana ia melibatkan rukun haji yang kedua iaitu wuquf di 'Arafah. Wuquf di 'Arafah bermaksud berhenti seketika di 'Arafah antara waktu Zuhur 9 Dzulhijjah hingga terbit fajar hari Nahr iaitu 10 Dzulhijjah.

'Arafah adalah sebuah padang yang terletak di luar Tanah Haram dan jauhnya dari Mekah lebih kurang 12 batu atau 18 kilometer. Masa yang terbaik untuk berwuquf adalah antara sebahagian dari hari kesembilan hingga sebahagian malam kesepuluh Dzulhijjah sebagaimana yang disebutkan oleh Nabi s.a.w yang bermaksud : "Barangsiapa yang berada di 'Arafah sebelum terbit fajar pada hari yang kesepuluh Dzulhijjah, maka dapatlah haji itu."

Kisah Cinta yang Diabadikan Allah

9 Dzulhijjah dinamakan sebagai hari 'Arafah sebagai simbolik kepada tarikh Nabi Adam a.s. 'diperkenalkan' (dipertemukan) semula dengan Siti Hawa a.s. setelah terpisah selama dua ratus tahun. Pertemuan tersebut berlaku di tempat yang bernama Jabal (bukit) Rahmah. Tarikh ini juga menjadi saksi pertemuan antara Nabi Ibrahim a.s. dengan anaknya Nabi Ismail a.s. dan isterinya Siti Hajar setelah kedua mereka ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir sehinggalah anaknya Ismail meningkat dewasa.


Jabal (bukit) Rahmah, dipuncak bukit inilah Nabi Adam a.s detemukan semula dengan isterinya Siti Hawa a.s setelah dipisahkan selama 200 tahun. Dua kisah cinta yang digabungkan pada satu tarikh, diabadikan oleh Ilahi sebagai pedoman buat seluruh umat Islam. Kisah ini sememangnya jauh lebih tragis dari cerita-cerita cinta yang sering diagung-agungkan masyarakat kini. Namun, masyarakat Islam hari ini lebih mengingati tanggal 14 Februari yang dianggap sebagai Hari Kekasih berbanding tanggal 9 Dzulhijjah yang sebenarnya jauh lebih layak untuk digelarkan sebagai Hari Kekasih buat seluruh umat Islam. Bukan sekadar pengabadian kepada sebuah kisah cinta, pada tarikh ini juga Allah menawarkan 'mega sale' buat seluruh
hamba-hambanya bermula seawal 1 Dzulhijjah sehingga hari ke-9 Dzulhijjah yang boleh dianggap sebagai hari kemuncak. Namun, berapa ramaikah di antara kita hari ini yang mengamati ruh di sebalik Hari 'Arafah?

Berbalik kepada sirah, terdapat 2 peristiwa besar yang telah diabadikan Allah pada tarikh ini. Kedua-duanya melibatkan kisah cinta antara dua pasangan suami isteri yang menggambarkan kesetiaan antara suami dan isteri dalam perjalanan mengejar redha Ilahi. Daripada kedua-dua kisah ini, saya ingin lebih menumpukan pada kisah pertama melibatkan pertemuan antara Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa a.s memandangkan peristiwa yang berlaku sebelumnya cukup signifikan sebagai suatu peringatan yang cukup jelas buat seluruh umat Islam.

Merujuk kepada analogi peristiwa yang telah diabadikan oleh Allah di dalam surah Al-A'raf bermula dari ayat 10 hingga ayat 25 diikuti dengan ayat-ayat yang seterusnya berupa peringatan khusus dari Allah buat seluruh anak cucu keturunan Nabi Adam. Antara surah yang paling meruntun hati dan seringkali saya bacakan setiap kali mengimami solat fardhu sebagai peringatan untuk diri sendiri dan buat semua makmum yang sama-sama mengikuti solat di sisi saya dengan harapan agar ruh Al-A'raf mengalir ke dalam jiwa-jiwa
mereka. Al-A'raf mengingatkan kita pada sumpahan iblis di hadapan Allah untuk menggoda setiap keturunan Nabi Adam a.s. selain turut mengabadikan kejayaan iblis yang pertama sehingga membawa kepada pengusiran Nabi Adam a.s. dan isterinya Siti Hawa dari syurga.

Hari 'Arafah seharusnya menjadi hari peringatan buat semua umat Islam akan musuh sebenar mereka, iaitu iblis yang tidak pernah berputus asa untuk menghasut anak cucu keturunan Nabi Adam a.s.seperti mana yang telah dirakamkan di dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Iblis berkata, kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari hadapan, dari belakang, dari kiri
dan dari kanan mereka, dan Engkau tidak aka mendapati kebanyakan mereka bersyukur. (Allah) berfirman, keluarlah kamu dari sana (syurga) dalam keadaan terhina dan terusir! Seungguhnya barangsiapa di antara mereka yang mengikutimu, pasti akan Aku isi neraka

Jahannam dengan kamu semua." (Al-A'raf:16-18)

Dialog ini turut dirakamkan di dalam surah yang lain yang bermaksud:
"Ia (iblis) berkata: Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi dan aku akan menyesatkan bagi mereka kesemuanya. Kecuali hamba-hambaMu di antara mereka yang ikhlas." (Al-Hijr:39-40)

Oleh kerana itu, Hari 'Arafah adalah hari yang terbaik bagi umat Islam untk bermuhasabah diri, menganalisa kembali amalan-amalan yang telah dilakukan, apakah mungkin kita tergolong di kalangan orang-orang yang telah terperangkap dengan tipu daya iblis? Atau, adakah kita sudah tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang ikhlas? Yang telah disebut oleh iblis sebagai orang yang selamat dari tipu helahnya.

'Mega sale' dari Allah di Hari 'Arafah Menyelami ruh Hari 'Arafah buat mereka yang tidak pergi menunaikan haji. Berikut adalah keistimewaan Hari 'Arafah berdasarkan kepada hadith-hadith Nabi s.a.w:-

1. Hari Maghfirah ( keampunan)
Bagi mereka yang tidak menunaikan haji, adalah sangat dituntut untuk berpuasa di Hari 'Arafah berdasarkan kepada hadith Nabi s.a.w, "Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang."

Di dalam riwayat lain Nabi s.a.w bersabda:

صيام يوم عرفة إني أحتسب على الله تعالى أن يُكفِّر السنة التي بعده

والسنة التي قبله

"Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya"

- [Hadith riwayat Tirmudzi].

Antara hadith lain, Habsah pernah berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah meninggalkan pusa 9 Dzulhijjah, bahkan baginda pernah menyebut: "Tidak ada hari yang paling mulia yang dituntut umatku berpuasa melainkan puasa bulan Ramadhan dan puasa pada 9 Dzulhijjah."

Jumhur ulama mengatakan bahawa adalah mustahab berpuasa bagi mereka yang bukan jemaah Haji dan tidak digalakkan bagi mereka yang sedang menunaikan haji berdasarkan kepada hadith dari Umm Fadhil (isteri al-Abbas):

أنهم شكوا في صوم النبي صلى الله عليه وسلم يوم عرفة، فأرسلت إليه

بلبن، فشرب، وهو يخطب الناس بعرفة

Maksudnya; "Bahawa mereka ragu akan puasa Nabi saw pada hari Arafah, maka dikirim kepada baginda susu lalu (baginda) meminumnya, dan beliau sedang berkhutbah di Arafah" - (Hadith riwayat Muttafaqun 'alaih)

Ia menunjukkan tidak disukai (tidak digalakkan) berpuasa bagi mereka yang berwuquf disaat yang agung ini, dan hikmah tidak berpuasa kerana kemungkinan akan melemahkan mereka dari melakukan zikir dan do'a, dan melakukan amalan-amalan haji.

2. Musatajab do'a

Daripada Sayyidatina 'Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Tiada daripada hari yang lebih ramai dibebaskan Allah hamba-hambaNya dari api neraka melainkan pada Hari 'Arafah, dan sesungguhnya Dia mengasihani dan bangga di hadapan malaikat sambil bertanya: Apakah yang dikehendaki oleh mereka itu?"

(Hadith riwayat Muslim, Nasa'i, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Darqatni, Hakim dan Al-Baihaqi)

Allah mendengar doa hamba-hambaNya dan memakbulkan doa-doa mereka yang memuliakan hari 'Arafah. Oleh itu, mintalah apa sahaja daripada Allah.

3. Terlepas daripada seksaan neraka

Daripada Jabir bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila tiba Hari 'Arafah maka sesungguhnya Allah telah memuji dengan para malaikat dan berfirman: "Lihatlah kepada hamba-hambaKu yang telah datang
kepadaKu dengan berdebu dalam keadaan berduyun-duyun daripada setiap pelusuk, Aku bersaksi di hadapan kamu (malaikat) bahawa Aku telah mengampuni mereka." Maka kata malikat: Sesungguhnya ada di kalangan mereka yang telah pun baligh. Allah berfirman:

"Sesungguhnya Aku telah mengampuni mereka." Sabda Rasulullah s.a.w:
"Maka tiada daripada hari lebih ramai orang yang bebas daripada neraka daripada Hari 'Arafah."

(Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)

4. Turunnya rahmat Allah

Nabi s.a.w pernah menyatakan, hari 'Arafah adlah hari yang paling dibenci oleh syaitan. Syaitan-syaita akan menjadi lemah kerana besar dan luasnya rahmat yang Allah turunkan untuk sekalian hamba-hambaNya yang beramal soleh. Hari dibukanya pintu langit, dilimpahkan kerahmatan, dan dibukanya pintu penerimaan yang seluas-luasnya oleh Allah untuk hambaNya. Tidak ada hari yang lebih banyak rahmat dan berkat, lebih terang cahayanya serta lebih luas penerimaan dari Allah selain dari hari itu. Tidak ada waktu syaitan menjadi terlebih keji, terlampau hina, tersangat kecewa dari hari-hari tersebut kerana kurniaan yang sangat agung dari Allah Ta'ala terhadap hambaNya.

Demikianlah, besarnya makna 9 Dzulhijjah buat hamba-hamba Allah yang benar-benar menghayatinya. Sebuah kisah cinta dua insan yang diabadikan oleh Allah dan di hari itu juga Dia hadir untuk melimpahkan cintaNya buat seluruh hamba-hambaNya sama ada yang pergi menunaikan haji atau pun tidak. Namun, kebanyakan daripada kita hanya melihat hari 'Arafah sebagai ahri yang hanya signifkan buat jemaah haji semata-mata tanpa cuba untuk menyelami ruh haji bagi yang tidak perhi menunaikan haji. Semoga kita termasuk ke dalam golongan mereka yang berlumba-lumba melakukan amal kebajikan.

Sama-samalah kita bermujahadah mendapatkan kelebihan hari 'Arafah pada 9 Dzulhijjah bersamaan hari SKhamis, 25 oktober 2012. Mudah-mudahan kita tergolog di kalangan orang-orang yang beruntung...

Fastabiqul khairat...

6 Rider Beraksi:

Murah Hati Murah Rezeki

8:27 PG JunAina 9 Comments



ustazah siti nor bahyah

Dalam doa ditadah meminta
Tangan juga jangan lupa memberi
Pemberian seikhlas hati tanpa ungkitan dan sungutan
Moga ALLAH akan lebih memberikan rahmatnya
Rezeki dari segenap penjuru terutama rezeki mendapat anak-anak yang soleh dan solehah.

Sumber : Seperti yang tertera.

9 Rider Beraksi:

Jangan Dibiar Hati Bersedih

12:30 PTG JunAina 9 Comments

Pada suatu ketika kita akan merasa terlalu sedih. Tanpa sebab. Tiada punca. Hati menjadi sayu. Jiwa menjadi celaru. Minda menjadi kosong. Tiada arah yang hendak di tuju. Terasa sepi walaupun dalam kesibukan kerja atau dalam hiruk pikuk kota. Kita merasa sendiri. Hidup di dunia sendiri. Keseorangan.

Jangan dibiarkan perasaan menguasai fikiran. Bertindaklah keluar dari kepompong perasaan. Andai setiap tindakan dikuasai perasaan semakin banyak kebodohan akan kita lakukan.

Didiklah akal supaya dapat menguasi perasaan. Akal sepatutnya menjadi pembimbing kepada perasaan agar setiap keputusan sentiasa berada di dalam kawalan. Keputusan juga akan lebih adil bagi semua pihak.

Coretan Sabtu tanpa tujuan!


9 Rider Beraksi:

Caca Marba di Padang Besar

10:15 PG JunAina 9 Comments

Masih cerita di Padang Besar. Hari yang tersangat lenggang. Boleh membeli dengan aman tanpa himpitan dan geselan. Boleh tawar menawar hingga harga paling rendah. Boleh exsyen dengan peniaga-peniaga kerana pelanggan yang tidak ramai. Kalau hujung minggu tengok kita orang tempatan sebelah mata sahaja. Kalau cakap luar sikit memang senyum hingga ke telinga peniaga kat sini.

Tujuan utama mak kat sini nak membeli ikan bilis. Sebelum tu dah terbeli orkid tiga pokok. Bawak banker 2 orang jadi mak cuma pilih-pilih sesedap rasa. Menteri Kewangan ikut belakang tolong bayar-bayarkan. Kalau banker satu sengkek dia pusing banker nombor dua.

Gila murah ikan bilis kat sini. Siap kopek dan cantik-cantik. Mau juling mata memilih. Produk seperti biasa dari Siam. Nama pun dok kat sempadan jadi kebanyakan barang memang dibawa dari Thailand.

 Mak gigih memilih ikan bilis. Disebabkan gigi sudah banyak yang hilang mak memilih ikan bilis berkepala yang kecil-kecil jadi dia masih boleh makan. Harga ikan bilis yang mak sedang pegang tu Rm18 sekilogram. Kualiti bagus, bersih dan cantik. Nampak ikan pun macam stok baru. Puas hati beli.


ikan bilis
 Antara ikan bilis siap kopek yang ada. Aina pilih yang nombor tiga dari depan. Comel-comel je ikan bilis yang dibeli. Putih bersih macam orang Siam. Harga ikan bilis siap kopek yang Aina beli Rm13 sekilogram. Paling best semua yang ada dalam gambar tu tidak melebihi Rm20 pun sekilogram rasanya paling mahal Rm18 untuk sekilo. Hambik jenuh makan ikan bilis.


buah thai
Tengok buah ini hati menjadi terlalu rindu padanya. Buah kegemaran arwah Tok Ayah (Senapi Man). Setiap kali pi nat (pekan sehari) kalau ada buah ini memang dia akan beli. Al-Fatihah buatnya setelah 18 tahun meninggalkan kami dalam kenangannya. Korang tau dak ni buah apa? Cer teka.


gaun cotton kanak-kana
Sapa ada anak perempuan masuk sini gila memilih. Tak ada brand. Brand cikai lah made in Thailand tapi memang cantik-cantik gaun cotton tu. Nasib baik anak perempuan dah besar. Harga memang sangat-sangat murah. Pas tu si hero sulung nak beli t-shirt pi kedai dalam gambar tu tak ada yg berkenan last-last pi gerai bahagian luar. Teruja jap tengok pelbagai beg bergantungan. Terjebak sebijik. Cantik dan murah. Brand? Ada aku kesah.

ABC

 Lepas penat habiskan duit layan tekak yang dah kering. ABC tu Aina punya, Iqbal dan ayahnya minum air kelapa. Niat dihati nak makan pulut ayam tapi tak jadi pasai dok teringat ikan talapia bakar tepi Empangan Timah Tasoh (nanti cerita lain kali). Akhirnya tak menjadi jugak balik rumah goreng ikan bilis.

Padang Besar sangat sinonim dengan barang-barang dari Thailand/Siam. Buah-buahan, makanan ringan, pokok bunga, pinggan mangkuk, periuk, sudu, garfu, kelambu, toto, narita, kain baju sehingga barang perhiasan rumah semuanya ada. Barang perhiasan wanita seperti kerongsang, rantai dan cincin juga ada kat sini. Pandai-pandailah tawar menawar dan biasanya kalau hujung minggu memang harganya agak tinggi berbanding hari biasa.

Jom shopping!


9 Rider Beraksi:

Hasil Kreatif di Padang Besar

9:47 PG JunAina 16 Comments

Rasanya sudah 2 tahun tak menjengah Padang Besar walaupun setiap tahun balik ke Perlis. Cuti kali ini kami pergi jugak atas permintaan mak. Walaupun mak kurang sihat kerana menjaga tok yang sakit kami ikutkan sahaja permintaan dia. Demam tak cukup tido dan rehat. Hajatnya mencari ikan bilis tetapi rupanya ada hajat tersembunyi.

Isnin Padang Besar sangat lenggang. Pukul 11 pagi masih banyak kedai-kedai yang belum dibuka. Kedai hanya dibuka awal pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Destinasi pertama hanya sekitar market (pasar). Segala jenis makanan ada jual kat sini tetapi rupanya mak ada hidden mission.

 Inilah tempat pertama di tujunya. Terus lega demam. Senyum-senyum sambil pilih pokok orkid. Kegilaan mak yang baru. Berbaloi beli kerana orkid yang sudah berbunga di jual dengan harga hanya Rm8 atau Rm15 untuk dua pokok sedangkan di nursery sekitar Kangar dijual dengan harga Rm18-25. Mak beli 2 pokok orkid yang sudah berbunga dan satu pokok yang belum berbunga. Semuanya hanya Rm20.


orkid
 Spesis orkid yang ada di sini. Semuanya dibawa masuk dari Siam. Harga memang berpatutan.


 Orang Thailand memang kretif. Hanya dengan sabut kelapa mereka mencuba kelainan. Cantik selepas di varnis. Teringin juga hendak gantungkan didepan rumah bersama sepohon orkid.

pasu sabut kelapa
Inilah dia hasilnya sabut kelapa tadi. Menjadi pasu gantungan. Di jual dengan harga Rm5. Harga sama sahaja antara yang telah di varnis atau tidak. 

tempurung
Tempurung kelapa disangkut diseludang kelapa. Cantik digantung andai punya halaman yang luas. Punya taman berkonsep tropika ala bali.

16 Rider Beraksi: