Selamat Tahun Baru 2013

1:20 PTG JunAina 17 Comments




Hari ini hari terakhir tahun 2012. Banyak pahit, manis, suka, duka, senyum serta ketawa yang kita lalui dalam tempoh tersebut. 12 bulan yang panjang dan menjadi terlalu singkat di pengakhirannya. Terlalu pendek apabila dikenang. Esok bermakna akan mengubahkan angka-angka pada umur kita apabila tiba bulannya kelak. Bermakna semakin pendek perjalanan penghidupan kita.

Azam tahun baru rasanya samar-samar. Tiada yang istimewa cuma meletakkan azam jangka panjang untuk 5 tahun akan datang. Azam jangka panjang yang pertama dalam proses pindah milik, alhamdulillah. Azam kedua kereta idaman dan yang ketiga sebagai Rider Sejati pastinya motor idamanku. Tahun 2013 tambah lagi satu azam jangka panjang iaitu kalau dapat nak tukar title dalam pekerjaan. Harapan agar akan dapat promotion/kenaikan pangkat sebelum berakhirnya lima tahun.

Masa berjalan. Kian suntuk untuk kita. Aturlah perjalanan sebaik mungkin. Seimbangkan perjuangan, berjaya dunia bahagia di akhirat. Semoga segalanya dipermudahkan untuk kita. Azam sudah ada berusahalah dengan lebih giat. Moga di pengakhirannya akan ada bunga-bunga bahagia.


17 Rider Beraksi:

Berderau Kata Orang Perlis

12:55 PTG JunAina 17 Comments

Hari ini ada kenduri. Jiran blok sebelah kahwinkan anak. Masak secara gotong royong atau kata orang Perlis berderau. Best. Masak ramai-ramai. Sambil pot-pet pot-pet tangan jalan potong bawang, kupas kentang, potong cili, basuh ayam, potong daging dan macam-macam lagi. Masa inilah ukhwah yang terjalin semakin erat adanya.

Semalam selepas balik mencendol bersama Group KKA terus ke tempat berderau. Sambung goreng ayam sampai magrib. Ingat lepas magrib nak juga menjengah lagi tetapi mata sudah berat, badan sudah letih kenyang makan pasembor dan cendol, makan ice cream dan durian crepe Kak Cik Seroja...hehehee...

Selepas solat isyak terasan tangan kiri membengkak start sakit di bahagian tapak tangan. Hairan jugak. Adakah kerana tangan ini jarang memasak makanya bengkak bila mengangkat ayam dengan jumlah yang banyak atau ada masalah lain. Pagi ini urat-urat tangan sudah tidak kelihatan. Tapak tangan sakit bila digerakkan. Aduhhh...

Pagi ini sambung berderau. Pukul 8 pagi tercegat depan rumah tempat memasak. Hanya tengok bila tangan tak berapa mengizinkan untuk buat kerja. Tolong tengok jelah. Balik rumah sambung kerja kat rumah dalam kesakitan. Sapa nak buat kalau bukan mak!

Berderau best! Apa taknya selama ini bila berjumpa senyum-senyum ja, bila berderau macam ini boleh la bertegur sapa dan beramah mesra. Mengertkan ukhwah yang sedia ada. Jap lagi nak gi kenduri. Selamat makan coz sakitnya tangan kiri tangan kanan masih ok dan mulut masih boleh terima makanan.


17 Rider Beraksi:

Maybank Cheers My Life

2:51 PTG JunAina 7 Comments

Hanya klik-klik di hujung jari anda. Dulu-dulu rasanya dalam 7-8 years back Aina buka akaun dengan Maybank semata-mata nak guna kemudahan yang di hujung jari inilah. Lepas tu daftar M2U, tujuannya supaya senang nak buat segala urusan pembayaran bil dan urusan berkaitan perbankkan.

Pada masa tu Maybank antara yang terawal menyediakan kemudahan internet banking. Mudahlah sedikit urusan seharian terutama bila tiba hujung bulan. Hanya duduk di depan komputer pindahkan sahaja duit ke akaun bank lain, bayar bil TNB, Syabas, cukai pintu, indah water mahupun memindahkan ke simpanan Tabung Haji juga ke akaun Amanah Saham Bumiputera. Kadar charge pengurusan yang dikenakan pun sangat berpatutan, kiranya lebih jimat dan berbaloi dari keluar dengan kereta yang menggunakan minyak, bayar parking dan mengadap kesesakan.

Kemudahan yang ada ini juga kini Aina gunakan sepenuhnya untuk perniagaan kecil-kecilan pula bagi menambah pendapatan dan mencambah minat yang kebetulan kebanyakan keluarga terlibat dalam perniagaan tak kira besar mahupun kecil. Sebaik pelanggan menghantar email atau sms pembayaran Aina boleh terus check pembayaran melalui M2U, confirmkan dan sebelah petangnya selepas kerja menguruskan pembungkusan dan esoknya dihantar kepada pelanggan. Mudah, cepat dan mesra pengguna.

Pengalaman yang Aina rasa akan membuatkan kekal menggunakan perkhidmatan Maybank dan M2U adalah kerana Khidmat Pelanggan mereka yang sangat membantu mempermudahkan urusan kita. Suatu hari menggunakan perkhidmatan dari bank lain. Duit sepatutnya di masukkan ke dalam akaun kad kredit Maybank berjumlah Rm300 dan akaun simpanan Maybank Rm1250. Berlaku sedikit kecuaian di pihak Aina bila kedua-duanya telah di masukkan ke akaun kad kredit. Telefon ke bank asal tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa atas alasan duit itu di masukkan ke akaun bank lain. Kalau mereka uruskan akan mengambil masa dua bulan untuk mendapatkan duit tersebut kembali. Kemudian telefon Khidmat Pelanggan Maybank, dengan bersopan mereka memberitahu agar menelefon semula dua hari kemudian selepas transaksi berjaya.

Selepas dua hari Aina telefon Khidmat Pelanggan kembali setelah transaksi pembayaran berjaya dan Aina check melalui M2U. Setelah menerangkan kedudukan sebenarnya gadis yang menyambut panggilan bernama Nisha mengatakan dia perlu mendapat kepastian kerana selepas di tolak Rm300 masih ada baki yang perlu dibayar pada akaun kad kredit. Aina berdebar, almaklumlah duit tu nak guna untuk benda lain. Tak sampai 5 minit Aina mendapat panggilan dari Nisha semula dengan membawa berita baik, duit Aina berjumlah Rm1250 akan di masukkan semula ke dalam akaun simpanan Maybank semual dalam tempoh 7 hari walaupun atas kecuaian Aina sendiri.

Bestkan! Thanks a lot Maybank kerana memudahkan urusan seharian.

7 Rider Beraksi:

Biar Kasih Ku Hingga Ke Syurga

3:50 PTG JunAina 14 Comments

Alhamdulillah kami masih diberi kesempatan oleh Allah  s.w.t untuk terus menikmati bahagia ini. Senyum, tawa, tangis dan airmata yang sentiasa melengkapi kitaran hidup seharian. Pengalaman pahit manis hidup bersama yang mendidik menjadi kami semakin matang melayari kehidupan bersama.

Hari ini genap 11 tahun kami bersama setelah aku gagal mempertahankan perkahwinan pertama bertahun-tahun dahulu. Sakit itu telah lama hilang, tenggelam dalam bahagia bersamanya kini. Walaupun bagi orang lain rumahtangga kami tidak sempurna tapi kami tetap bahagia dalam cara sendiri. Aku menjadi seorang yang lebih bersyukur dan lebih menghargai apa yang aku ada. Mengalah bukan bererti kalah tetapi redza akan membuat kita lebih bahagia.

Tiada yang istimewa hari ini. Tiada acara tertentu juga. Cuma ucapan ringkas dari suami tersayang melalui sms 'Semoga Kebahagiaan Kita Kekal Abadi'. Sangat-sangat ringkas tapi yang penting dia ikhlas. Mungkin akan mencuri masa hujung minggu nanti untuk sama-sama meraikannya.



14 Rider Beraksi:

Selamat Datang Ke Rumah Perlis

1:36 PTG JunAina 5 Comments

Aktiviti dua tahun sekali yang wajib kami sekeluarga buat. Mengunjungi MAHA di MAEP, Serdang. Baru sahaja tamat. Sempat dua kali melawat ke sana. Sekali bersama adik dan anak-anak. Pada hari terakhir kunjungan rasmi bersama Pak Tuan. Kali kedua lawatan yang sangat memuaskan hati kera hampir 100% pameran kami lawati. Laman Perikanan, Taman Herba, Laman Sayur, Laman Nenas, Penternakan, Rumah-rumah di Malaysia sehinggalah Agrobazar dan pameran di tiga dewan utama. Menghabiskan masa selam tujuh jam di situ. Kali pertama bersama anak-anak jadi pergerakkan amat terhad. Almaklumlah anak-anak cepat letihnya.

Tempat wajib singgah tentulah Rumah Perlis. Namanya menjunjung daulat Negeri Perlis. Maka saya menjadi rakyat yang sayang negeri kelahiran saya. Yeyyyy... Sebagai meluahkan kebanggan menjadi rakyat Perlis kami singgah Ke Rumah Perlis. Simple sangat. Mungkin budget kecik kot coz Perlis tiada sumber ekonomi yang gah. Rasanya pemimpin-pemimpin di Perlis perlu memikirkan sesuatu supaya ekonomi Perlis dapat di jana sebaik mungkin terutama di bidang pelancongan.

Di Rumah Perlis mempamerkan produk IKS yang di keluarkan oleh syarikat-syarikat yang beroperasi di Perlis. Rasanya kalau ada yang nak merasa Kordial Mangga yang segar silalah pertimbangkan produk dari negeri Perlis. Buah-buah mangga yang segar di petik dari ladang di bawa kekilang untuk di proses. Kesegarannya kekal bila kita tuangkan Kordial ke dalam cawan. Begitu juga Kordial Misai Kucingnya. Dua Kordial wajib ada di rumah Aina.

Di bahagian luar rumah terdapat gerai menjual udang sanggul yang terkenal di Pasar Malam Stadium Kangar. Kami tidak berminat untuk merasa bahkan tak pernah jugak makan udang sanggul ni. Kat belakang ada pameran Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis. Lebih terkenal sebagai Taman Ular Batu Pahat di kalangan rakyat Perlis kerana taman ini terletak di tempat bernama Sungai Batu Pahat. Dulu-dulu di sekitar taman ini terdapat Rumah Semarak. Sudah lupa untuk acara apa rumah-rumah ala chalet ini di bina.

 Rakyat perlis hemoi-hemoi belaka. Selamat Datang Ke Rumah Perlis. Selesakan diri anda di sini dalam erti kata lain 'buat la macam rumah kendiri'.

 Ada berani?

 Sudah sedikit berani. Ular ini berusia 14 tahun. Di pelihara sejak kecil di Taman Ular dan Reptilia, Sungai Batu Pahat.

 Sekali ular tu pusing ke tangan sambil jelir-jelirkan lidah. Mak hoi! Aina dah jerit-jerit dalam gelak. Apa rasa pegang ular tu? Kulit dia nampak bersisik tapi sebenarnya bila pegang sangat licin dan sejuk.

 Sebab tak berani macam mak dia Hikram si junior hanya bergambar bersama replika ular kat luar sahaja.

Pameran pada hari tersebut turut membawa seekor ular tedung selar yang sangat besar tetapi di letak di dalam akuarium kaca. Tak perlu bimbang tentang keselamatan anda kerana kaca akuarium ini telah di uji ketahanannya. Ada ular sawa albino. Ular-ular yang sudah di awetkan juga ada. Di pintu masuk Rumah Perlis ada jualan Laksa Kuala Perlis yang marbeles. Jadi pastikan anda singgah ke Rumah Perlis pada MAHA yang akan datang.


5 Rider Beraksi:

Anne Ngasri & Sumali Reduan Selamat Pengantin Baru

9:50 PG JunAina 5 Comments


Gambar lagi boleh klik kat sini SINI.


Ini pulak boleh klik kat SINI.

Kahwin juga Ann Ngasri ni. Sebelum ini ada gossip dengan satu artis muda tup tup kawen dengan orang lain. Moga-moga perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir hayat. Biar apa orang nak kata tapi hidup itu milik kita. Percaturan hidup yang di tentukan Allah s.w.t, cumanya berusahalah untuk menjadi yang terbaik.

Tahniah buat pasangan pengantin. Memang nampak macam janggal tapi itulah jodohnya. Keserasian mungkin ada sebab itulah Allah pertemukan jodoh mereka. Ann Ngasri yang nampak comey dan sweet.


5 Rider Beraksi:

Tip Membeli Rumah

11:25 PG JunAina 18 Comments

Tajuk gempaq gitukan. Tak adalah cuma nak syer gembiranya dalam hati ini. Dua bulan lepas kami dah buat keputusan untuk membeli sebuah rumah teres dua tingkat. Keputusan ini memang agak berat kerana bayaran bulanan yang agak banyak. Bila difikirkan kalau tak beli sekarang bermakna masa akan datang pun belum tentu kami dapat beli rumah teres dengan trend harga rumah yang tak masuk akal sekarang. Jadi keputusan terpaksa diambil jugak dengan menghadkan lain-lain perbelanjaan.

rumah untuk di sewa, double story
Inilah rumah yang sedang dalam proses tu. Teres dua tingkat empat bilik tidur dan tiga bilik air. Selesalah untuk keluarga kecil kami. Depan tu dah plan nak pasang tiles semua dan mungkin akan buat bumbung separuh sebab tak nak dalam rumah gelap kalau tutup semua (owhhh verangan).

Sebelum beli rumah tersebut ada jugak la buat research sikit-sikit dan kebanyakannya melalu internet. Belajar sebelum ditipu dan mungkin juga akan ada yang ingin mengambil kesempatan. Banyak blog yang boleh di rujuk. Salah satunya Aina pernah ambik tip dari blog Abang Ensem. Bukan untuk menceburkan diri dalah bidang hartanah cuma ilmu untuk kegunaan sendiri je.

Ikut procedure semuanya akan di selesaikan dalam masa 4 bulan. Biasanya peguam akan bagi tempoh 3+1 untuk selesaikan segala documentation. Kalau lebih dari tempoh tersebut bermakna sebagai pembeli kita terpaksa membayar penjual 8% setahun kira macam denda la. Bayangkan kalau rumah tu harga Rm300k. Banyak jugak. So sebelum rasa tertipu Aina awal-awal dah warning peguam (macam pandai sangatlah kan...ngeee).

Pas tu kalau nak beli untuk investment cuba study kawasan yang kita nak beli dulu. Kemudahan yang ada dan paling penting demand. Sebab Aina beli untuk duduk tak ambik kisah sangat pasai tu. Cuma yang penting dekat dengan sekolah, surau dan kedai (rumah yang dibeli ini walking distance to surau dan Giant, best!). Dua bulan dah berlalu. Rajin-rajinlah push peguam coz kalau dapat yang betul-betul buat kerja oklah, kalau dak prepare duit untuk bayar yang 8% tu. Dua bulan lepas sign segala documentation call peguam dan katanya owner punya bank dan bayar separuh kepada Aina punya bank, dah boleh proceed untuk MOT. Insyaallah lagi dua bulan boleh selesai. Hope so...

Tip membeli rumah yang Aina ada baca dulu tu tentang buat iklan. Kalau nak beli rumah buat iklan untuk tengok demand sesuatu kawasan. Paling senang cari 7-Eleven beli iklan kat situ iklankan rumah untuk di sewa. Tunggu call sahajalah lepas tu. Kalau banyak panggilan tanya pasal rumah tu bermakna kawasan tu memang high demand. Terus grablah that house. Kalau ada yang call sedangkan rumah tu bukan kita punya pun cakap jelah sori dik rumah tu dah ada yang sewa, bukan dia orang tau pun (tipu sunat...kehkehkehhh...).

Dua hari lepas Aina guna tip membeli rumah yang sama untuk cari penyewa kerana Aina tak akan duduk lagi rumah tersebut untuk setahun dua atau mungkin tiga tahun ini. Tak nak hipokrit masalah utamanya tentulah keewangan. Selain tu masalah si kecik tu nanti tak ada yang nak jaga coz dia memang tak boleh berdikari. Sekarang adik yang take care of him. Jalan paling senang guna internetlah. Sambil duduk-duduk je buat iklan kat Mudah.com. Aina hanya menggunakan khidmat iklan percuma jadi mengambil masa 24 jam untuk diiklankan di Mudah.com. Memasukkan harga sewa hampir maksimum kawasan tersebut sebagai percubaan. Alhamdulillah. Sebaik diiklankan Aina menerima tiga panggilan bertanyakan rumah tersebut.

Mengikut kata peguam semuanya akan selesai dalam masa lagi dua bulan. Itu janji dia. Bermakna bulan Febuari akan dapat kunci. Memberi tempoh sebulan untuk cuci rumah, cat pagar dan tembok depan. Rumah berada dalam keadaan baik kerana pemilik baru sahaja berpindah 4 bulan. Masa pergi tengok dulu rumah bersih. Siap dengan kabinet dapur. Jadi Aina iklankan kemasukan untuk bulan April.

Jauh berjalan luas pemandangan banyak membaca luas pengetahuan. Sebelum membuat apa-apa keputusan dalam apa juga sebab ambil tahulah pengalaman orang lain samada membaca atau meminta pandangan orang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan. Kita tidak akan hebat dalam semua bidang, mungkin kita seorang jurutera hanya hebat dalam dunia seorang jurutera dan tidak akan hebat dalam bidang keewangan tetapi dengan belajar sedikit sebanyak walaupun tidak menjadi pakar sekurang-kurangnya kita ada ilmu supaya tidak ditipu.

18 Rider Beraksi:

Hutan Rekreasi Sungai Tekala

4:41 PTG JunAina 13 Comments

Cuti sekolah kali ini planning serba tak menjadi. Mula-mula ingat nak pi Penang lepakking kat sana pas tu terus balik Perlis makan kenduri seorang kawan yang kahwinkan anaknya. Melepas. Plan kedua nak bawak anak-anak main laut kat Pantai Pengkalan Balak, sewa chalet kat sana buang semalam. Last-last terpaksa di batalkan jugak. Sedih gila. Sebagai memujuk hati mama yang sedih tak dapat bawak anak tawaf Malaysia jalan-jalan mama bawak anak-anak pi terjun tiruk kat Hutan Rekreasi Sungai Tekala.

Hari Ahad pukul 9.30am kami bergerak 2 biji kereta bersama adik ke Semenyih. Dari situ masuk simpang Sungai Lalang untuk ke Hutan Rekreasi Sungai Tekala. Lalulah dekat Nirvana Memorial Center. Habis berbukit-bukit dah tanah-tanah kat situ jadi kawasan depa. Paling tak boleh blah ada satu awek ni siap berhenti ambik gamar berlatar belakang burung-burung camar yang terbang kat pintu masuk memorial ni. Tak tau la apa yang dia pikiaq.

Ingatkan kami la orang terawal sampai, almaklumlah belum pun pukul 10am. Rupanya kena jalan jauh jugak la untuk parking. Tak boleh le nak booking port best-best. Nasib baik sebelum nak pi tu dah bawak tikaq dah-dah. Hampaq la tikaq sebelah satu pondok rehat yang dihuni oleh satu keluarga Melayu. Tak boleh jalan jauh-jauh sebab bawak mak. Bukan pasai tak larat jalan tapi pasai dia dok beletiag situ air pusarlah, sana tu dalamlah tak sesuai untuk cucunya.

Seperti biasa kalau cerita bab ayaq terjun nih (ayaq terjun ka nampak macam anak sungai tapi kalau hampa nak ayaq terjun sila panjat ke atas). Sejuk gedi la weyy... Ayaq bersih. Anak ikan kecik-kecik nampak berenang-renang dalam ayaq. Budak-budak nampak ayaq ja mula la nak terjun tiruk tapi semua kena tahan untuk sarapan. Mak goreng kueateow. Boh toge dan teloq ja pun tapi licin satu tapware. Lepas tu depa semua kebum dalam ayaq.

Aina dengan mak cuma santai rehat, lepak-lepak tepi ayaq sambil baca suratkhabaq. Layan mak sembang-sembang. Goi rojak buah ngap-ngap (kuah rojak mak buat sediri tu...meleleh ayaq lioq). Buka keropok ikan siap goreng ngap lagi. Hirih buah ngap. Agak-agak lapaq ayaq pusing, tekan bekaih ayaq keluaq sirap soda (ayaq lapaq ka bukan dahaga?). Lepas tu dalam pukoi 12 panggey depa semua naik makan nasik. Ada sambai ayam, gulai ayam, ikan masin, ulam petai dan goreng sosej untuk budak-budak (mak pak budak tibai gak).


 Rojak buah yang marbeles. Sengkuang, nenas dan timun tuang kuah rojak. kacau-kacau sampai sebati pas tu tabur kacang lebih. Ngap-ngap orang dok lalu kot belakang pun buat-buat tak nampak.

mandi, anak-anak
Sejuk weiiii ayaq tu. Walaupun cangkat macam tu tapi best la boleh berkubang tang tu. Teringin jugak tapi segan la nak tukaq baju nanti. Layan budak-budak pun dah penat. Lagipun sejuk sangat takut pulak penat (asthma) sesia ja.

My sista and her husband. Dia ni pantang jumpa ayaq.

Makan-makan yang sangat sempoi. Nasi dalam periuk teruih angkat hangat-hangat masuk dalam bakul. Lauk pauk dalam tupware. Angkat sana angkat sini je.

 Depa semua makan dengan baju yang basah. Masing-masing dah lapaq sangat lepaih penat main ayaq. Kenyang makan depa terjun tiruk lagi sampai la nak petang. Berhenti bila hujan turun kalau dak mau depa dok berendam macam badak lagi dalam tu.

Walaupun tak dapat overnight anak-anak dah cukup puas hati dapat menghabiskan masa dengan mandi-manda di Sungai Tekala. Mungkin sebelum kakak balik ke Perlis nak jugak bawak dia sekali lagi mandi-manda kat sini. Hujung minggu mungkin akan berada di Felda Cemomoi. Mak saudara yang mengidap batu di hempedu semakin tidak stabil kesihatannya. Dengar cerita seluruh badan telah kuning. Tak pasti adakah dia terkena Hepitatis tetapi menurut doktor saluran ke hempedu telah mengalami infection dan bernanah. Masalahnya dia masih di rumah. Masih bergantung dengan perubatan tradisional. Doa yang terbaik buatnya.

13 Rider Beraksi:

MARA Tanpa Mu Siapalah Aku

11:16 PG JunAina 11 Comments



11 Rider Beraksi:

Kamal Affandi Hashim Don't Be The Next

4:14 PTG JunAina 10 Comments

6 Disember 2012.

Penganalisis jenayah tersohor Kamal Affandi Hashim menjadi jemputan dalam aktiviti syarikat kali ini. Memenuhi salah satu slot dalam Health Safety Enviroment Day dengan memberikan ceramah bertajuk Don't Be The Next.

Fokus ceramah adalah menjirus kepada keselamatan individu terutama bila berada di luar pejabat. Jenayah yang tak pernah mengenal mangsa mahupun status. Penjenayah yang sentiasa celik dengan persekitaran umpama 'Jerat Yang Tiadak Pernah Melupakan Pelanduk'.

The very happening that day. Ketawa yang tak sudah-sudah, pandai dia tackle audiance terutama sekali yang gugurl tapi yang boboi pun tak berganjak dengar celoteh dia. Pengalaman yang sangat-sangat best. Agaknya berapa bayaran untuk speech sepanjang dua jam tu? Kalau tak mahal boleh le invite untuk next gathering KKA...ngeee...

Sedikit sebanyak dalam gelak dan happy sambil tenung-tenung wajah Kamal Affandi Hashim tu banyak pengajaran yang dapat dikutip.
1. Bila berjalan elakkan berseorangan walaupun anda lelaki.
2. Elakkan bawa sling bag. Lagi pendek tangkai bag lagi bagus.
3. Bawak 2-3 beg bagi menimbulkan kecelaruan pada perompak. Di sambar beg tangan rupanya barang-barang penting dalam beg yang ala-ala beg telekung.
4. Penjenayah mengenali orang yang banyak duit melalui body langguage. Jadi belajarlah berjalan gaya orang yang sengkek walaupun bawak duit ribu-riban.
5. Bila kita diugut menyerahkan beg jangan terus hulur di tangan lemparlah beg sejauh mungkin dan bila penjenayah cuba mengambil beg larilah selaju mungkin.
6. Jangan sayang apa yang ada di dalam beg, sayangilah nyawa sendiri. Bila penjenayah menaiki moto menarik beg lepaskan sahaja kerana kelajuan mungkin akan membunuh kita bila jatuh dan kepala terhempas di jalan atau benda keras.
7. Apabila di serang perogol pastikan mata kita di buka seluasnya supaya kita dapat cam penyerang.
8. Jangan sibuk menendang kerana tendangan anda tidak akan banyak membantu. Kepit kaki (menyilang) untuk mengelakkan dari penyerang dapat bertindak mudah.
9. Serang bahagian-bahagian sensetif. Terutamnya bahagian kemaluan. Jolok hidung (jangan fikir kotor lagi yang penting selamat).
10. Gigit telinga sekuat-kuatnya.
11. Cucuk mata.
12. Serang bahagian kening.
13. Bertindak bila perogol mula membuka seluar sehingga paras kaki dengan menendang. Bila jatuh perogol akan sedikit lambat bertindak kerana seluar berada di kaki dan dalam keadaan tersebut lari selaju mungkin.
14. Serang bahagian kening.
15. Dalam apa juga keadaan jangan sibuk untuk menumbuk atau menutup aset. Selesakan tangan supaya dapat bergerak untuk bertindak.

Ini hanya sebahagian isi-isi penting yang dapat dicatat. Kamal Affandi Hashim lebih banyak menggunakan model untuk menggayakan setiap serangan dan tidakan yang sepatutnya kita buat.  Dalam gelak seribu ilmu dapat dicedok. Harap semua yang ada dapat mengaplikasikan setiap tip-tip yang di berikan olehnya. Paling penting tenangkan diri dan jangan gabra.

Aina berharap suatu hari nanti dapat berjumpa lagi dengan beliau. Menambah ilmu dan suatu hari mungkin dapat membantu kita semua. Dia terkenal, glamer tetapi dia sangat-sangat humble. Pandai meletakkan diri pada tempat yang sepatutnya didalam komuniti. Kamal Affandi Hashim juga very friendly. Boleh layan cakap seorang aku yang dia langsung tidak kenali.





Gambar-gambar kat atas tu semasa Aina tengah buat pemeriksaan untuk derma darah. Kebetulan Kamal Affandi Hashim jugak hendak memeriksa tekanan darahnya (pendapat Aina mungkin itu cara dia nak hargai petugas Pusat Darah Negara yang bertungkus lumus buat kerja dan tiada kesempatan mendekatinya). Kami berborak mengenai kesihatannya. Santai. Walaupun aku hanyalah seorang aku yang tiada apa-apa kepentingan padanya dan langsung tidak di kenalinya Kamal Affandi Hashim dengan senang hati berkongsi masa-masa sakitnya bersama kami. Kalau boleh nak dating-dating lagi dengan dia!


10 Rider Beraksi:

Electrical Design Engineering

9:26 PG JunAina 10 Comments

Hari ini akan berada di Main Office sehingga balik, pukul 12 tengahari je pun coz cam biasa today is FRIDAY! Kerja separuh hari yang membuatkan hati berbunga-bunga pasai buleh balik awai...yeeeyyy... Satu lagi coz my mum will be here this afternoon...yeeeyyy... Me double happy today.

Walaupun dah lama kerja tetap kena pi sekolah. Hari ini ada Internal Training Session berkenaan Electrical Design Engineering (tapi ceq bukan engineer okeh!). Wajib pergi. Walaupun apa yang di pelajari itu sentiasa dipraktikkan dalam pekerjaan seharian tak salah pergi untuk tambah ilmu dan polish mana yang dah berkarat. Namanya Internal Training so yang train kita orang internal person jugak le our Design Specialist. Dia ni the very experience man. Otak dia umpama komputer, tanyalah apa juga soalan memang dia akan jawab detail. Kalau hanya tanya A dia akan jawab soalan tu dari A-Z, of cozlah kan design ni meleret-leret semua bersangkut-sangkut antara satu sama lain.


Selamat berhujung minggu semua. Have a nice day, nice weekend. Enjoy every minute of our life bebeh...


10 Rider Beraksi:

Najwa Latiff

2:48 PTG JunAina 9 Comments

Sambil kunyah burger kat Jalan TAR berduet dengan Pak Tuan. Burger SHARK kegemaran kita oranglah
Macam biasa ayam tanpa mayonis buat Pak Tuan dan buat isteri pulak daging yang kaya mayonis. Special request okeh!

Duduk seorang mamat.
'Bang air Najwa Latiff satu'
Aku pandang Pak Tuan, dia angkat bahu.
Masih juga pandang pada mamat yang oder.

Waiter hantar air...sekali air kosong da...kosong...kosong...kosong...kehkehkehhh...

Lirik Lagu Kosong -Najwa Latif
Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu...

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa...

Kosong...kosong...

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku...

Kosong...kosong...

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar....
Ooo..ooo...

Kosong...kosong...

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa..
Kosong .. kosong ..

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku...

Kosong...kosong...

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa...

Kosong...kosong...


9 Rider Beraksi:

Derma Darah Bersama Pusat Darah Negara

10:34 PG JunAina 4 Comments

Kali Pertama. Berdebar. Goyang sikit la. Bukan pasai pa cuma goyang tengok darah yang keluar dalam pack. Mau tak sedap je darah tu mengalir keluar dari badan. Alhamdulillah misi pertama kali berjalan dengan lancar dengan AZAM akan memenuhi buku merah yang di beri.

 Sebelum nak derma darah mesti melalui pemeriksaan kesihatan dulu dari staff Pusat Darah Negara. Mula-mula periksa kepekatan darah dan jenis darah. Sebelum tu isi borang dulu ye. Dalam borang tu macam-macam soalan tentang sejarah kesihatan kita, sila jawab dengan jujur. Lepas tu timbang. Pengambilan darah ikut berat badan so darah Aina di ambil sebanyak 350ml sahaja. Kemudian ambik tekanan darah. Nampak tu 106/70. Pas. Beratur line ke tiga masuk data kat komputer dan bagi buku merah.

 Inilah tempat petugas-petugas Pusat Darah Negara sedut darah penderma (macam drakula le pulak). Kesian kat depa. Penat kots. Bermula dari pukul 10am sampai pukul 4pm dengan tenaga kerja yang sama. Kesian. Budget hanya 40 penerma tetapi di sebabkan pekerja syarikat mempunyai kesedaran kesudahannya 100 lebih yang menderma. Banyak barang-barang terpaksa di hantar kali kedua. Nasib baik Pusat Darah Negara tu dekat je dengan opis.

Peace. Bukti sebagai penderma darah okeh. Kak AzieAzah sila jangan jelez. Lepas ini kalau nak derma darah kena pastikan my sijil penderma kena bawaklah.

Keistimewaan untuk penderma darah.

1. 1 Kali - Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan*.

2. 2-5 Kali - Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk *4 bulan. Percuma bagi pelalian Hepitatis B.

3. 6-10 Kali - Percuma rawatan pesakit luar *1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk *6 bulan.

4. 10-15 Kali - Percuma rawatan pesakit luar *2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk 1* tahun.

5. 16-20 Kali - Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk *2 tahun.

6. 21-30 Kali -  Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan  dan wad kelas dua untuk *3 tahun.

7. 31-40 Kali - Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk *4 tahun.

8. 41-50 Kali - Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk *6 tahun.

9. Lebih 50 Kali (Penderma "whole blood") dan Lebih 150 Kali (bagi penderma "aferesis")
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.

*Mulai tarikh akhir menderma.
(Rujukan : Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005)
Di salin semula dari Buku Merah - Sijil Penderma Darah.

Sebagai penghargaan kepada staff yang sanggup menderma darah pada hari tersebut kita orang semua dapat Rm20 Baucer San Francisco Coffee. Lepas le sarapan untuk 2 hari. Dak pun kat Sunway Tower ada tawaran beli satu percuma satu start pukul 2pm so boleh le belanja kawan-kawan.

Gambar cilok dari sini.

4 Rider Beraksi:

Senangnya Depa

2:37 PTG JunAina 19 Comments

Cerita ini tentang jiran. Depa dok tingkat bawah sekali ataupun kat ground. Baru ini buat kenduri khatankan dua anak lelaki depa pas tu kebetulan hari jadi anak perempuan depa. Masa memanggey bagitau minta tolong apa yang patut dan senarai barang-barang yang nak di pinjam. Senyum.

Sehari sebelum kenduri ceq kalut pi makan kenduri di Beranang. Balik pulak ceq singgah ziarah seorang kenalan. Jadinya sepetang tu tak dak di rhumah la. Masa balik jiran-jiran dok di rhumah kenduri tegoq la. Berjalan ka? Jawab apa yang patut pas tu terus naik. Letih. Segan pon ada nak pi. Pasai sebelum pi dah dengaq macam-macam. Langsir saya tempah Rm700 kak. Buat khenduri ni saya habis Rm3 ribu kak. Haishhhh...pening wey. Memang la rumah dia tu berbelas kali lagi cantiq dari rumah ceq tapi besaq dia lagu tu jugak la. Pas tu barang-barang dalam rumah ceq tu COD okeh no hutang-hutang!

Rhupanya jiran-jiran sekeliling dok pi tolong depa dari petang, malam sampai pagi isoknya. Mana daknya lauk semua masak sendiri yang di tempahnya nasi putih dan nasi beriani. Ayam goreng berempah, masak merah ayam, kurma daging, acar mentah, pucuk gulai tempoyak dengan udang, sambal belacan, ulam-ulaman dan agar-agar semua buat sendiri. Ada muffin yg di tempah. Pas tu datang sambal ijo dan sambal tempoyak. Durian berbakol-bakol dan air kepala. Termasuk buah tembikai, air mangga dan air sirap. Ada jugak tiga biji kek harijadi dan segala jajan untuk kanak-kanak. Meriah. Alhamdulillah rezeki depa dan rezeki jiran-jiranlah.

Pagi isoknya Aina turun la dalam pukoi 10am tu pun sebab rasa bersalah tak jengok pi langsung. Tulung la cedok-cedok lauk, buat ayaq mangga, ayaq sirap, kemaih meja hidangan dan potong tembikai. Lepas tu laju-laju naik ataih tukaq baju untuk acara bacaan Yassin. Paih tu makan. Masa tengah makan tu la jiran terdekat tuan rumah cuit.

'Jun cha hang tengok meja depan tu'
'Pasai kak?'
'Tu la abang long-abang long'
Berkerut kening aku. 'Abang long sapa pulak kak?'
'Abang long yang dok jaga area sini'

Patut la dia keras kepala sangat. Ada kutu dok jaga rupanya. Layan baik punya. Siap bagi pinggan kaca, gelas kaca, bawak jug ayaq turun, makan pun hidang-hidang tang tu. Jiran yang satu ni dua-duanya Indonesia laki orang Padang bini rasanya Medan kot. Berniaga. Baran. Semua orang buat tak betoi tapi depa buat boleh je. Pak Tuan tak sebulu. Pandang pun tidak. Hari tu dah kena jerkah pasainya depa pecah rumah sebelah yang kosong dan boh barang-barang depa dalam tu. Pas tu ada la kutu tu dok renung ja Pak Tuan tapi orang tua tu mana ada heran semua tu.

Siap pesan dengan kakak jiran depa tu kalau nak kawinkan anak bagitau ja. Depa boleh bagi apa saja yang kak nak nanti dia bagi tau la adik dia yang nak kawen. Patutlah khemah dah seminggu dok situ tak punggah khemah free rupanya. Satu lagi pasai meter ayaq yang kena potong. Rasanya dah berkali-kali Syabas mai kunci meter ayaq rumah yang tak dak penghuni. Selamba dia buka balik guna basuh kereta, basuh lori macam ayaq tu mak bapak depa punya. Kadang-kadang tu siap bawak kolam bagi anak-anak berenag-renang depan tu,pas tu lagi best getah paip tu gantung di kayu bagi tinggi pas tu jadilah ayaq terjun masuk dalam kolam tu.

Kerja di bumi Malaysia yang bertuah. Hormatlah orang setempat yang IC berwarna biru yang terang lagi bersuluh menjunjung bumi bertuah ini. Jangan nak besaq kepala. Berlagak tak ketahwan hala. Apa ingat hang ada geng boleh suka-suka buat apa saja. Banyak cekadak balai cerita!

19 Rider Beraksi:

12.12.12 Inginku Abadikan Kenangan

11:40 PG JunAina 13 Comments

8.8.88

Keriuhan di kelas tingkatan 1A. Cikgu sebelah menjengah kerana terlalu bising. Bercekak pinggang bagai harimau lapar. Cikgu perempuan yang telah kabur ingatanku siapa namanya Cikgu Asma, Cikgu Normah atau Cikgu Hashimah. 8.8.88 tarikh yang cantik. Saya harap kamu semua dapat buat sesuatu supaya kamu dapat kenang sampai bila-bila pada tarikh ini. Kelas diam. Terkesima. Cikgu yang serius mukanya melangkah menang.

12.12.12

Mengenang tarikh cantik 24 tahun yang lalu. Kata-kata cikgu masih terpahat dalam ingatan. Hari ini tiada yang istimewa hanya menjalani urusan harian seperti biasa. Hanya ulangan angka 1 dan 2 pada tarik ini. Tiada membawa apa-apa makna. Pagi tadi hampir melanggar kereta yang keluar dari barisan secara tiba-tiba di dalam kesesakan. Alhamdulillah masih sempat mengelak dari terus melanggar cumanya ibu kaki sedikit cedera bila motor di break mengejut.


13 Rider Beraksi:

Pendidikan Serangan Seksual

1:12 PTG JunAina 11 Comments

Bagi kita orang Melayu yang kuat memegang pada adat dan penuh norma Kemelayuan membicara soal seks adalah sesuatu yang luar biasa. Melagkaui adat dan budaya yang sepatutnya. Kata lainnya kita lebih tertutup dalam soal begini.

Mengikut perkembangan semasa juga keadaan semasa yang tidak begitu selamat untuk anak-anak kita mungkin sesuatu patut di lakukan supaya mereka sedikit sebanyak faham tentang apa itu pendidikan seks. Seringkali kita terdengar perbuatan rogol dan cabul. Kadangkala mangsa akan diam begitu sahaja dan meninggalkan kesan negatif dalam diri mereka untuk jangka masa panjang.

Mendidik gaya saya.

1. Anak perempuan sedari awal di didik dan di ajar agar anggota badan yang sensetif tidak di pegang oleh orang lain seperti orang yang tidak di kenali, kawan, bapa saudara, sepupu, abang mahu pun bapa sendiri tanpa alasan munasabah (contohnya doktor yang memegang untuk pemerikasaan kesihatan tetapi juga perlu ada orang lain bersama seperti ibu-bapa atau jururawat ). Kalau perempuan pun tak boleh pegang kecuali emak.

2. Anak lelaki di ajar supaya anggota sulit mereka tidak di pegang sewenang-wenangnya tak kira anggota depan mahu pun belakang. Tak kira oleh lelaki mahupun wanita.

3. Didik mereka supaya memberitahu apa-apa juga perbuatan melampau terhadap mereka mestilah di beritahu kepada kita sebagai ibu walaupun mereka di ugut.

4. Bina kepercayaan anak-anak terhadap kita sebagai pelindung supaya mereka tidak takut untuk mengadu walaupun telah diugut.

5. Terangkan kepada mereka kesan-kesannya jika terlibat dalam kes-kes seperti di atas. Jika dapat berilah contoh yang nyata supaya mereka lebih memahami.

Setiap orang mempunyai cara tersendiri. Walau apa jugak caranya semuanya adalah untuk membantu anak-anak kita. Jangan letakkan diri kita di zon yang selesa dengan memikirkan perkara itu tidak akan berlaku kepada anak-anak kita sedangkan pelaku tidak akan mengira siapa.


11 Rider Beraksi:

HSE Day 2012-Red Mood

12:50 PTG JunAina 9 Comments

6hb Disember 2012

HSE adalah untuk singkatan Health Saftey Enviroment. Menjayakan aktiviti dalam RED MOOD!

Aturcara bermula seawal 8.30am dengan ketibaan VIPs from RWP, Worley Parsons, INTECSEA's Senior Management and Client Representatives. Kemudian speech dari HSE Manager dan opening speech and launching by RWP CEO, Mr. Roni Adrian. Kami tak sempat sebab tak duduk kat Main Office. Pukul 10am baru keluar dari Vista Tower.

Acara lain.
HSE Talk 1 by ASP Foo. Dalam itenary tak ada part ini so masa kami sampai ASP Foo sedang beraksi. Dia biasa masuk TV jugak dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9.

HSE Talk 2 by Dr. Kamal Affandi Hashim
Title : Dont Be The Next
Dua jam yang best sangat. Akan di kongsikan kemudian.

HSE Talk 3 by Dr Shawaluddin Husin
(Malaysia Occupational Health Doctor)
Title: Office Ergonomics

HSE Talk 4 by Mr Andy Lim Eng Lee
(Safety Protection Academy Consultant)
Title: Fire Awareness Campaign

Selain talk berkenaan keselamatan itu ada jugak pelbagai booth di sediakan. Booth fitness center, herbal life, poliklinik cahaya, JPAM pun ada so boleh daftar untuk jadi sukarelawan kat sini. Terdapat lain-lain booth jugak tapi di sebabkan ramai yang berasak-asak tak dapatlah nak melawat semua booth yang ada. Tidak lupa aktiviti menderma darah yang di anjurkan Pusat Darah Negara. Aktiviti mengambil tempat di tingkat 20, Sunway Tower. Tingkat ini kosong so sangat luas dan boleh menampung semua staff.


 Gegurl from Vista Tower. Semangat nak sertai HSE Day kat main office gigih gi naik LRT weyhhh... 2 of us from Electrical Dept. and others from Instrumentation Dept. Me tetap nak gak bergediks...hahaaa... From left Me, Ina, Kak Ina, Norzie, Siti Ummi dan Maribeth (Filipino).

Me at office lobby. Ada munge-munge segar!

Sampai je kita orang terus collect meals and our token. They are our HSE Day Committee Thangiah from Electrical Dept and Neeya from HR Dept. Banyak betul makanan dan beg-beg kat situ. Kita orang sampai lewat sikit so tuala yang HSE bagi dah habis...uwaaaa...

 Antara booth yang ada. Beratur untuk pemeriksaan kesihatan percuma dari Poliklinik Cahaya. Penat doktor tu.

 Semua memberi tumpuan pada penceramah. The very glamour Kamal Affandi Hashim! Kan Aina dah cakap we all in RED MOOD sampaikan karpet pun merah weyyy...

 Ada yang duduk kat kerusi, tak muat sanggup berdiri paling cool we all siap bersila lagi dengan aman. Sebahagian staff RWP, Worley Parsons dan INTECSEA.

Tujuan utama memberi pendidikan kepada staff tentang Health Safety Enviromental. Ceramah meliputi keselamatan persekitaran berkenaan jenayah, keselamatan tempat kerja dan pendedahan tentang banyak kemalangan melibatkan kebakaran sekarang (salah seorang adik staff RWP baru-baru ini meninggal dalam kebakaran di Ipoh yang meragut nyawa dia, isteri dan anaknya serta orang gaji mereka).

Sorry semua kawan-kawan gambar u all I publish kat blog ni.

9 Rider Beraksi:

Bergediks Dengan Kamal Affandi

4:43 PTG JunAina 14 Comments


Motivator, Penganalisis Jenayah
Jangan jelez okeh! Tadi sempat bergediks dengan dia. Phewwww...dua jam dengar dia berceloteh tak kering gusi dibuatnya. Tabik! Alhamdulillah Kamal Affandi semakin sihat. Ini adalah kemunculan pertama beliau secara rasmi di khalayak umum selepas pembedahan. Sebelum ini ada juga aktiviti tidak rasmi. Penganalisis Jenayah yang glamour. Kamal Affendi yang sentiasa tampil hebat di setiap acara yang di sertainya. Love u lah!


14 Rider Beraksi:

Ho Chin Minh City - Cerita Yang Tertangguh

5:19 PTG JunAina 9 Comments

Sambung cerita pergi Ho Chin Minh City, Vietnam bulan Julai yang lalu. Rupanya ada yang masih dalam draft. Lupa sudah. Kisah sebelum ini boleh le terjah kat sini juga di sini. Lagi sambungan di sini. Ini adalah entri terakhir yang terperap kat draft.

Hari ke-dua. Pagi-pagi cari sarapan. Kedai halal terdekat adalah Hajah Basiroh. Dari Ava Hotel jalan ke Benh Than Market belok kanan lintas jalan belok kiri tepi pasar kemudian belok kanan dekat Ha Tam (kedai emas dan tempat tukar duit). Terus jalan jumpa HHL2 hotel so kedainya berdepan dengan hotel tu sahaja. First time pergi memang kami sesat! Makan sekadar nak megalas perut. Tak adalah meriah macam kat Malaysia. Nasi goreng kosong, tambah telur mata 60k dong, kopi ais 15k dong, karipap sebijik Rm2.50. Kalau kat Malaysia sah-sah kedai tu dah kena boikot. Kopi ais yang marbeles ok, mesti cuba. Begitu jugak dengan pho mee, kena dengan tekak sendiri.

Keyang. Jalan-jalan ke Taka Plaza. Benh Than Market kami lalu je. Kalau nak pergi Taka Plaza dari pintu belakang Benh Than Market belok kanan, jalan terus je sampai simpang empat pandang kanan. Besar je bangunan rumah kedai tertulis Taka Plaza. Serius senang bagi orang dah biasa, kami tercangak-cangak jugak. Tanya orang sana depa pun tak tau mungkin sebutan tu dah jadi lain kot. Terus tuju kedai Rokiah, belek-belek Aina tanya kalau nak pergi rumah dia boleh tak. Jadi tuan kedai panggilkan teksi dan kami ke satu Kampung Melayu Champa, tuan kedai bayarkan teksi. Rupanya yang jaga kedai ayah Rokiah. Berjam-jam memilih baju dan telekung. Packing barang dan dia orang hantar ke hotel. Masa kat sinilah berpeluang tengok cara hidup mereka. Rumah yang sempit dan berbahang pulak tu.

Ho Chin Minh City, Cotton, Kedai Rokiah
Baju-baju ini semuanya kat Kedai Rokiah. Jahitan maniknya tak sekemas kita pergi butik tetapi sangat berbaloi dengan harganya yang puluh-puluh je. Kat situ ada telekung jugak. Taka Plaza ini banyak shop lot dalam tu kecik-kecik je.

Telekung, Baju Kurung Manik
Kakak-kakak satu office sakan memilih kat rumah Rokiah. Pening tengok depa punya punggah segala baju kurung yang ada. Semua siap berjahit manik. Tercongok kat gambar tu Sarah adik Rokiah pernah duduk kat Terengganu. Hanya Rokiah dan Sarah pandai cakap Melayu mak dia nganga.

Ho Chin Minh City, Vietnam
Stok baru. Hanya kain yang ada, baju di hantar untuk jahit manik.

ho chin ming city, vietnam
Susunan telekung tu  sampai ke tingkat tiga. Harga telekung bergantung kepada kualiti kain dan bunga-bunga pada telekung. Berbaloi beli. Baju biru tu Rokiah. Harus aku nak tanya cam ner dia solat coz kat rumah pun pakai pewarna kuku.

Habis memilih dan membayar, Sarah adik Rokiah bawak kami semua makan di sebuah kedai Melayu Champa namanya Haji Halim. Makanan sedap harganya pun murah. Lima orang makan dengan lauk tomyam ikan, sambal sotong, telur dadar, sayur campur dan ulam serta sambal belacan. Air yang dihidangkan air teh Jasmine. Harga makanan hari tu dalam Rm48. Murahkan sangat untuk lima orang makan. Sarah ni bila keluar rumah dia pakai tudung. Dia juga ada kedai sendiri kat area Kedai Hajah Basiroh.

Vietnam, Makanan Halal. Ho Chin Minh City

Vietnam, halal food, Ho Chin Minh City, Tom Yam Ikan
Tom Yam Ikan yang marbeles!

Lepas makan kami ambik teksi dan pergi ke Cho Tanh Binh. Kawasan ini umpama pasar borong. Banyak kedai menjual kain cotton di jual secar borong, t-shirt, kasut dan segala macam tetapi dijual secara borong tetapi ada jugak kedai yang mejual secara runcit. Satu masalah utama kat sini ialah semua peniaga kat sini tak pandai cakap English. Bila tawar menawar jadi macam ayam dan itik, akhirnya tak beli satu apapun tapi puasa hati dapat tengok tempat orang.

Vietnam, Ho Chin Minh City
Pintu gerbang Cho Tan Binh.

Vietnam, Cho Tan Binh, Ho Chin Minh City
Longgokkan kain cotton dan lycra. Lain kali kalau pergi nak belajar bahasa Vietnam dulu! Kebanyakan peniaga di Ben Than Market ambik stok kat sini. Jangan tak tau kat pasar ni siap ada jual dress kawen. Bayangkan dalam pasar.

Balik singgah sekali lagi ke Taka Plaza kakak-kakak tu nak tengok baju kat Kedai Rokiah lagi sekali ada yang bekenan tetapi tak ada kat rumah. Kemudaian Aina dan Pak Tuan balik dan singgah ke Benh Than Market tinggalkan kakak-kakak itu jalan sendiri. Terus cari kedai Lyn yang terkenal kat Cari Forum. Kedai lain pun banyak kain cotton tetapi saja nak tengok kedai dia. Pilih-pilih terus sekali 10 pasang. Jalan balik hotel dan rehat. Satu lagi kedai Sarah (bukan adik Rokiah tu ye) kat sini nak dapat harga borong tak payah nak beli banyak-banyak sehelai dua pun dia bagi je tapi tak sempat nak cari. Lynn ni sejak glamer kat Malaysia dalam forum dah sombong sikit (itu kata orang yang biasa dengan dia lah).

Inilah kedai yang glamour tu.

Pilih-pilih kain cotton kat Kedai Lynn. Sebab dah penat jalan so beli je kat situ. Rimas u kalau masuk dalam Ben Thanh Market tu. Cara depa kasaq sikit macam paksa-paksa kita beli ala kominis jugak. Aina kalau masuk situ rasa nak pitam. Melayan kerenah peniaga dan memang panas sangat kat dalam tu.



  Gambar-gambar cenderahati yang boleh beli di Ben Than Market. Penting siapkan ongkos je lepas tu main tunjuk-tunjuk dan bayar tak leh T&G ye kat sini semuanya cash.

Malam acara biasa kami pergi makan kat Hajah Bashiroh coz malas lagi dah nak menapak. Sepanjang kat sana memang tak cari kedai makan lain pada hal masa kat Malaysia bukan main search halal food di HCMC. Menjelang malam je hujan. Lepas makan pusing-pusing pasar malam je kerjanya.

Buah, Ho Chin Minh City, Vietnam, Manggis, Buah Naga
Balik pasar malam singgah beli buah yang fresh sesangat kat sana.

Lan Lan Hotel

Lan Lan Hotel tempat favorite blogger Acu bila ke HCMC. Sepanjang jalan tu adalah hotel-hotel yang boleh kita sewa semasa ke sana dengan kadar sewaan yang agak rendah. Lagipun senang nak mengulang Ben Thanh Market dan Pasar Malam yang happening tu. Saigon Square, Taka Plaza dan segala butik just walking distance. Nak tahu pasal hotel-hotel ini semua mintak le bantuan En.Google. Aina duduk Ava Hotel depan Lan Lan Hotel.

Hambik ko. Masa pergi hand carry bila balik berlorry-lorry...hahahaaa... Masa ni memasing kena halau dari bilik. Sebelum keluar Aina dah pesan check out pukul lima petang coz dah bayar untuk late check out tapi depa dok beronggeng lagi dalam bilik. Kena ketuk pintulah. Pas tu dengan berseksi bagai depa terpaksa kemas lebih kurang keluar tunggu kat lobi. Jangan main-main depa betul-betul straight foward benda-benda gini.

Me and my body guard kat lapangan terbang masa balik setia menemani kami semua semasa di Ho Chin Minh City. Tumpang berjimba dengan mak-mak orang. Pengalaman semasa nak check in barang yang rasa terbako. Depa kata no luggage check in. Kawan-kawan semua dah lepas Aina punya tersangkut depa letak tepi. Seorang kakak ni datang bisik. Dik bacalah apa-apa yang patut bagi lembutkan hati orang tu, depa saja cari pasallah tu nak paw. Haishhh... Alhamdulillah akhirnya lepas jugak. Sampai Malaysia of coz kena tax bagaikan so barang-barang dagangan tu kalau dapat asingkan dua troley tak le nampak macam shopping sakan. Masa tu kena bayar tax dalam Rm30 lepas kelentong bagai...ngeee... Pukul 2.30 pagi sampai LCCT coz flight delay 2 jam. Sampai rumah pukul 5 pagi coz sebelum tu singgah berteh tarik. Bahagia weyyy dapat roti canai mamak!

 

9 Rider Beraksi: