Perihatinkah Kita

3:38 PTG JunAina 12 Comments

Semalam baca suratkhabar Metro dalam ruangan apatah yang orang hantar sms untuk komplain sana komplain sini dan luahkan segala ketidak puasan hati tu. Satu hamba Allah ni komplain satu benda yang buat Aina berfikir dua tiga kali. Komplainnya lebih kurang macam ni. 'Pemandu ambulan tolong jangan sesuka hati memotong kenderaan lain'. Pada fahaman Aina bila sebut ambulan tentulah ambulan yang bergerak laju dengan pesakit yang berada di dalamnya dan siren yang berbunyi-bunyi. Andaian.

Pelik. Bila ambulan yang berada di dalam keadaan kecemasan tentunya akan bergerak laju. Mengikut undang-undang juga sekiranya terdapat bunyi siren tak kira dari kenderaan ambulan, polis, bomba dan lain-lain kita dikenedaki memperlahankan kenderaan dan rapat ke bahu jalan memberi laluan. Apakah yang kita pelajari tidak sama dengan apa yang kita praktikan. Jadinya ilmu yang tidak diamalkan.

Kadang-kadang mugkin kita tidak perasan kenderaan ini berada dibelakang tambahan pula kereta yang tertutup rapat menghalang pendengaran kita dari mendengar bunyi siren. Semasa memandu kereta 70% tumpuan kita adalah kehadapan manakala 30% lagi adalah sisi kiri, sisi kanan dan belakang. Sebab itu setiap kenderaan ada cermin sisi dan pandang belakang. Sekali lagi kita tidak menggunakan kemudahan yang ada, setiap benda yang di pasang di dalam kereta kita ada kegunaan tersendiri. Jadi tolong manafaatkan demi keselamatan.

Manusia kadang-kadang alpa. Kita akan tersedar bilamana kita berada di dalam situasi tersebut. Contohnya : Bayangkan kita terbaring di dalam ambulan dan memerluka rawatan yang cepat pasti kita mengharapkan ambulan akan cepat sampai ke destinasi dan kita mendapat rawatan sempurna. Juga mungkin yang berada di dalam ambulan itu kaum keluarga kita, kawan-kawan kita tentulah kita mengharapkan ambulan cepat sampai ke destinasi.

Jadi kesimpulannya jadilah insan yang perihatan dan bertimbang rasa. Hari ini hari dia siapa tahu esok lusa hari kita. Hari ini kita tolong orang siapa tahu esok lusa orang lain pula akan tolong kita.

12 Rider Beraksi:

Belangkas

6:18 PTG JunAina 13 Comments

Ini nak cerita tentang belangkas dalam laut tu ye bukan belangkas kat darat. Korang tahu haiwan berdarah biru ni? Darah hidupan laut ini sangat mahal harganya tapi setiap ekor tu berapalah sangat dapat diambil darahnya dan jangan terkejut darahnya boleh diamabil tanpa membunuh haiwan ini. Magis.

Suatu hari sambil lepak-lepak depan TV tertidur dengan selesanya. Tiba-tiba terjaga dan benda pertama yang terbayang adalah belangkas. Mimpi belangkas agaknya semsa tidur tadi. Mana nak cari. Kalau sanggup ke Johor kalau tak pun balik ke Perlis. Jauhnya nak merasa belangkas. Kalau belangkas yang lagi satu tu tak perlu jauh-jauh jengah je kat bawah pun ada.

Teringat zaman kecik-kecik dulu. Selalu makan belangkas. Biasanya bagi kebanyakan orang Perlis belangkas hanya di bakar. Telurnya teramatlah sedap. Yummy... Sejak dah merantau ni rasanya bertahun jugaklah tak merasa makan telur belangkas. Terbau je keharuman telurnya. Kelazatannya tu bagai ada di dalam mulut.

Pastinya Pak Tuan tak akan layan selera pelik-pelik macam ni. Bukan senang nak cari, Kajang jauh jugak dengan laut. Balik kampung maunya Angah membebel kalau merungut nak makan belangkas. Alasannya belangkas tu mati tersiksa kerana dibakar hidup-hidup, jangan berangan nak makan. Hampa. Kalau masak macam kat Johor tu pun best agaknya. Siang dululah macam kita siang ikan sungai yang hidup tu.

Teringin benda pelik-pelik. Benda yang dah bertahun-tahun tak dijamah. Mengidamkah aku?

Ikut hati mati ikut rasa binasa jadi berfikir secara waraslah. Kalau ada rezeki insyaallah dapat jugak merasa suatu hari nanti. Kalau Pak Tuan tak layan atau Angah tak kasi mungkin ada orang lain akan bawak mai. Rezeki tiada siapa yang tahu.


13 Rider Beraksi:

Beratnya Ujian Ini

5:29 PTG JunAina 15 Comments

Astargfirullah'halazim....berulangkali aku sebutkan.

Subhanallah...berulang-kali jugak ku ulang.

Ya-Rahman, Ya-Rahim, Ya-Khaliq.

Hati aku bergetar. Tangan menggigil. Air mata mula mengalir. Teresak-esak sendiri.

Beratnya ujian MU kali ini Ya-Allah. Pada dia yang menanggung dan pada kami yang memandang. Namun kami akur setiap ujianmu ada hikmah yang tersembunyi. Hanya insan yang terpilih akan melaluinya dengan penuh ketabahan dan senyum.

Berita terbaru. Ibu saudaraku dikatakan doktor yang merawatnya mengidap 'kanser tahap 4'. Anaknya juga tidak pasti kanser apa kerana penerangan yang diberi doktor dalam Bahasa Inggeris (aku pun tak faham kenapa dia tak bagitau doktor yang dia tak faham apa doktor cakap, mungkin terkejut).

Doktor memberi rehat selama 2 minggu sebelum memulakan sesi kimoterapi. Anak ke-4 ibu saudaraku masih berkeras hendak membawa dia pulang ke Felda Chemomoi sedangkan ibu saudaraku berkali-kali menyatakan yang dia ingin pulang ke Perlis. Mengapa si anak jadi sebegitu. Tidakkah belas memandang wajah ibu. Siapa tahu andai ini adalah permintaan terakhirnya.

Allah-Hu-Rabbi. Berilah kekuatan padanya, berikanlah juga kekuatan kepadaku. Permudahkanlah segalanya. Lembutkanlah hati anaknya untuk membawa pulang ibunya ke tempat tumpah darahnya. Apa yang pasti tok (nenek) adalah orang yang akan paling bersedih. Anaknya. Dilahirkannya. Disusukannya. Dibesarkannya dengan penuh kasih sayang. Kini terbaring lesu.


15 Rider Beraksi:

Berat Mata Memandang

1:49 PTG JunAina 7 Comments

Kisah ibu saudaraku Ajalilah Senapi. Kesakitan yang ditanggung merendam hati kami semua dalam laut kedukaan. Bermula dari batu di dalam hempedu, kemudian demam yang berpanjangan, kekuningan seluruh badan, disyaki mengidap TB sehingga di masukkan ke wad pengasingan dan yang terbaru ketumbuhan yang memerlukan kimoterapi.

20 hari berada di Hospital Temerloh menjalani rawatan. Kemudian dipindahkan ke Pusat Perubatan UKM kerana pakar yang merawatnya Prof. Razman bertugas di situ. Dua minggu berlalu. Kekuningan masih sebegitu. Perut semakin mengeras dan sedikit membuncit. Makan pula hanya 3 sudu kecil sehari kerana katanya perut terasa penuh. Selepas disyaki mengidap TB dan selepas itu di sahkan tiada sekarang timbul pula isu ketumbuhan yang memerlukan kimoterapi.

Sudah berkali-kali 'scope' berkali-kali juga tisu diambil untuk kajian sedangkan tubuh tuanya semakin tidak berdaya mengharunginya lagi. Sehingga kini tiada keputusan pasti apakah penyakitnya. Bagaimana rawatan yang sepatutnya. Rawan hati kami mengenangkan semua itu. Apatah lagi dia yang menanggungnya.

Mula-mula dipindahkan ke PPUKM segalanya diuruskan jururawat, tidak dibenarkan turun dari katil. Kini setelah kesihatan semakin merosot, tiada juga berdaya diminta pula bangun dan berjalan. Kasihan. Setelah lama duduk dan baring tanpa ada pergerakan badannya semakin lemah.

Mulutnya sudah mula berbunyi. 'Bawaklah aku balik ke Perlis'. Berkali-kali. Adik-beradik menyokong, suaminya mengizinkan tetapi anak lelakinya yang seorang pula membantah. Apakan daya. Sekiranya berada di Perlis tanah kelahirannya hatinya mungkin sedikit tenang. Dekat dengan ibunya, dengan keluarganya dan yang penting itulah tempat tumpah darahnya. Sedikit sebanyak akan mempegaruhi kesihatannya. Sanak saudara pasti silih berganti melawatnya. Di PPUKM siapalah yang ada. Makcik di Puncak Alam akan menemaninya dari tengahari hingga ke malam. Anak-anak sekadar menjengah. Apatah lagi aku dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan hanya sekali melawatnya sejak dipindahkan ke PPUKM dan sekali di Temerloh.

Kini kami hanya berharap anak dan menantu yang berada di Perlis akan dapat mengubah keputusan adiknya yang tidak mengizinkan ibunya untuk dibawa ke Perlis. Berada di hospital ternama dengan kepakaran tersedia tak semestinya dapat merawat hati pesakit yang gundah.

Pengalaman pertama keluarga kami dimasukkan ke PPUKM. Hospital yang lengkap dengan pakar dan peralatan canggih. Cuma aku tertanya-tanya kenapa tiada kata putus berkenaan penyakitnya. Rasanya aku lebih yakin sekiranya ibu saudaraku di masukkan ke Hospital Selayang kerana bagi aku PPUKM banyak menjalan kajian. Aku risau andai ibu saudara aku akan menjadi bahan ujikaji. Entahlah. Mungkin itu pandangan singkat aku sebagai insan yang buta tentang bidang perubatan.

Kesekian kalinya doa tetap kupanjatkan pada ILAHI, bertahajjud kepadamu memohon kesembuhan padanya, dipermudahkan perjalananya dan diberi kekuatan hati padanya untuk mengharungi ujian ini.

7 Rider Beraksi:

Selasih KuSayang

1:49 PTG JunAina 19 Comments

Lima tahun sudah bekerja di syarikat sekarang. Selama itu jugak setiap tempat makan di Ampang Park akan menjadi pilihan setiap hari. Ada juga yang rajin akan berjalan ke Tabung Haji atau Bangunan PNB mengubah selera. Aina pula kebiasaannya jarang makan tengahari bila mengambil sarapan pagi yang agak berat.

Sejak akhir-akhir ini tuntutan badan telah bertukar. Pagi makan tengahari masih minta diisi, malam juga kadang-kadang perut merengek sendiri. Jadinya menu bertukar. Sebolehnya pagi sekrang sedang belajar mengambil menu ringan sahaja seperti roti atau kuih. Tengahari makan nasi dan malam roti dan susu tetapi kadang-kadang terbabas jugak dek kehendak tekak.

Hari ini sambil bekerja terbayang sup sayur serta paru berlada di Ampang Park Food Court. Sambil berjalan perut telah mula bernyanyi. Berjalan laju-laju. Sampai je hati kecewa. Menu di idam tiadalah pula. Melangkah keluar dari situ dan menuju sebuah kedai makan Melayu, Selasih. Terus oder nasi putih dan tom yam campur. Bayar Rm7.50. Siap masak berjalan laju-laju balik ke pejabat kerana tidak sabar lagi untuk makan.

Buka tom yam masuk mangkuk, tuang kuah dahulu isi masih kat dalam. Habis je kuah terasa macam nak jalan gi Selasih laju-laju dan baling je isi bungkusan kat tukang masak. Isi yang ada cuma 3 ketul ayam sebesar jari kelingking, 2 kerat sotong, 2 ekor udang (rasanya cam ekor udang je pun). Hirisan halus lobak merah 5-6 urat, hirisan bawang sikit, seketul kecik bunga kubis. Dem!

Potong selera nak makan. Nasi hanya suku je dimakan. Kuah tom yam masih banyak. Perut masih lapar sangat-sangat tapi selera tertutup dek kerana hangin dengan apa yang diberi. Sedih gila. Dalam keadaan sekarang ni dah le selera tu tak berapa bagus. Emosi pun tak stabil. Rasa nak meraung. Akhirnya capai epal kat peti ais makan dengan linangan air mata.

Selasihku sayang kalau nak untung pun agak-agak la. Kesian la kat pelanggan yang terkena macam ni. Mencari dunia jangan sampai terlupa akhirat.

19 Rider Beraksi:

Blog Tak Boleh Upload Gambar

11:37 PG JunAina 14 Comments

Sebelum ini selalu baca masalah orang je. Dah seminggu dok try nak upload gambar tapi asik gagal je. Banyak entri dalam draf perlukan gambar untuk menyedapkan jalan cerita. Akhirnya terperap begitu sahajalah. Berkali-kali jugak cuba. Refresh sudah, tutup blog dan buka balik sudah, sampaikan shutdown komputer pun sudah tetapi segalanya masih tetap sama.

Buka Picasa. Ok je. Baru guna 415 MB. Rasanya sebelum ini kalau masuk gambar ke blog memang Aina kecikkan dulu. Nak elak benda-benda macam inilah. Garu-garu kepala pun tak jalan jugak. Harus update blog tanpa gambar seminggu dua ini sehingga masalah selesai.

Upload gambar ke Picasa dan cuba upload dari Picasa ke blog tetapi butang Add Pic tu tak boleh tekan pulak. Kalau direct upload butang nak upload langsung tak ada. Penin.

Balik rumah nak try upload dari laptop pulak. Manalah tahu PC kat opis nih dah di block untuk upload itu ini. Kalau FB dan seangkatan dengannya memang diharamkan. Awal-awal lagi kena block dengan IM Department. Kalau dak mau satu monitor buat kerja dan satu lagi dok berchatting dan bergumbira kat FB. Orang lain le, Aina jenis mudah jemu. Excited kejap pas tu lama-lama rasa macam tak der apa dah. Tapi depa buat jugak dua-dua monitor buka kerja tapi tangan kat HP berchatting, berFB, bertwitter. Akhirnya disuruh buat A bila hantar jadi Z. Jauh perginya tu.

14 Rider Beraksi:

Catatan Pendek

9:44 PG JunAina 16 Comments

Keadaan tidak mengizinkan sekarang, kesihatan sangat kurang baik sejak minggu lepas. 1 hari sahaja bekerja dan 4 hari lagi terpaksa mc melayan badan yang tidak ketentuan. Minggu ini digagahkan juga diri menyambung tugasan seperti biasa. Moga segalanya cepat berlalu. Alhamdulillah Ya Allah kerana memberi nikmat sakit ini supaya aku sentiasa mensyukuri setiap pemberianmu.

Sedikit sibuk sejak berpindah ke tingkat 16 tetapi semua barang masih di dalam kotak. Mood untuk unpack segala barang tiada kerana dengar ceritanya bulan hadapan semua akan dipindahkan semula ke Main Office. Hanya barang-barang perlu dan hendak digunakan sahaja dikeluarkan, barang-barang lain masih belum disentuh. Biarlah disitu. Mood untuk update blog juga entah ke mana.

Perancangan untuk bercuti di kampung pada 24hb Januari ini terpaksa dibatalkan kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Sebagai gantinya mak dan kakak akan balik ke kajang untuk urusan passport kakak. Cuti sekolah dulu mak tok lupa nak bawak surat beranak kakak balik ke Kajang jadi terpaksa mencari masa lain untuk menguruskan passportnya. Moga dipermudahkan.

Sekolah anak-anak berjalan seperti biasa. BAKP 2013 pula akan mula diagihkan pada 17hb Januari bagi sekolah menengah di Kajang Utama bermula pukul 12 tengahari hingga 2 petang. Hanya memberi surat keizinan supaya abang mengambil sendiri duit tersebut. Sekolah kebangsaan pula masih kabur kerana apa yang boleh diharap pada si Junior. Lain yang cikgu bagitahu lain pulak yang diberitahu mama. Sabar sahajalah. Rezeki dia begitu. Perlu didik Junior untuk beri perhatian dan buat catatan benda-benda penting yang cikgu bagitahu.

Doa yang terbaik buat Aina semua kawan-kawan. Semoga diberi kesihatan yang baik dalam mengharungi kehidupan seharian sehingga ke detik paling di tunggu. Rezeki kurniaan Allah. Alhamdulillah.

16 Rider Beraksi:

AirAsia Free Seat 2013

5:34 PTG JunAina 11 Comments

Dia mai dah...dia mai dah...Jom rhamai-rhamai klik-klik TANG NI. Air Asia promo awai taun. Syiokkk weyyy... Booking isok sampai 20hb Jan kalau tak silap. Travel pulak dari 20 August sampai 9 Febuari 2014.

Malam ni hampa jangan lupa no, bersedia depan apa sahaja yang membolehkan hangpa masuk laman web depa bermula 12 tengahmalam. Tawaran awai taun yang boleh menggoncang iman. Sabaqlah duhai hati. Rezeki yang lebih besaq nak mai hujung taun ni jadi jangan la nak gatai-gatai tangan nak booking tiket terebang pi mana-mana untuk taun ni bawak sampai taun depan. Kalau setakat nak bukak dan jamu mata menyibukkan trafik boleh tapi jangan nak tergoda dengan mainan depa.

Kadang-kadang beli tiket macam ni baguih jugak untuk kita. Boleh plan percutian dalam jangka masa panjang. Lepaih beli tiket kita masih ada masa untuk simpan duit beda buat belanja masa bercuti. Jalan-jalan tempat orang mesti banyak nak guna duit. Kalau buleh nak belanja dengan selesa. Nak beli buah tangan untuk orang-orang sekeliling terutama adik-beradik dan kawan-kawan opih.

Taun ni dah ada booking dok tunggu. Kami satu keluarga nak terbang tinggi-tinggi tapi dekat sahajalah. Bawak mak sekali tu yang best. Masa beli tiket murah macam ni jugak la. Alamaklumlah percutian bajet. Pelan-pelan simpan duit nak buat belanja pi sana.

Nampak gayanya taun depan kami anak beranak cuti-cuti Malaysia sambil memandu kereta sahajalah. Paling-paling ambik cuti balik kampung dok lama-lama. Syok wooo...


11 Rider Beraksi:

Burung Sedih

6:52 PTG JunAina 4 Comments

Burung itu telah mula berbunyi. Lagu-lagu sayu menusuk kalbu. Sedih dan mendayu-dayu. . Tambahan pula bila suara siulannya bergema di waktu petang. Hati terasa sangat sayu. Keadaan petang sedikit mempengaruhi mood. Kalau sedang bersedih mahu rasanya terus menangis.

Biasanya di sebelah Perlis bunyi burung ini dikaitkan dengan kedatangan musim kemarau. Pengaruh burung ini cukup besar pada zaman dahulu. Burung itu membawa khabar tanpa perlu melihat kalendar. Fitrah alam, kuasa Allah. Burung ini bagai dikunci mulutnya pada ketika-ketika lain. Sedangkan ia kelihatan berterbangan di angkasa tetapi tiada bunyi. Bila sampai tikanya burung ini akan mula menyanyi.

Walaupun kini menetap jauh tapi bila burung itu mula berbunyi aku tahu sudah sampai masanya sawah akan kering dan menjadi kontang. Tanak-tanah akan mula merekah. Habuk akan berterbangan di udara. Cuaca panas akan membahang semahunya. Angin timur akan mula bertiup. Pagi yang dingin, tengahari panas beragin, petang yang berangin membawa sejuk serta malam selimut tebal menjadi teman beradu. Dingin.

Kini burung itu mula berbunyi. Menyayikan lagu sedih meruntun jiwa. Hati terasa seperti ingin berlari. Pulang melepaskan kerinduan. Banyak yang tersimpan di sana. Kenangan yang tak mungkin ada noktahnya. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat dilahirkan serta dibesarkan. Walaupun ia hanyalah sebuah rumah usang ditengah sawah. Hati ini tetap mengusung rindu yang sarat.

Burung Kuwaw. Tidak indah namanya. Rupanya juga tidaklah cantik. Namun di sebalik kesederhanaan dirinya ia tetap ada keistimewaannya tersendiri. Bunyinya akan merobek hati-hati insan seperti aku yang menjadi anak rantau. Terima kasih burung sekurang-kurangnya aku ada sesuatu untuk di kenang untuk dirindu serta untuk diingati.

4 Rider Beraksi:

Bila Matahari Menari Mata Mula Berpinar-pinar

5:31 PTG JunAina 9 Comments

Tahun Baru yang disambut dengan seribu rezeki. Bila matahari mula menari dan mata pula mula juga berpinar-pinar tak tahu perasaan apa yang haru di gambarkan. Terasa mahu pitam. Terasa mahu meraung, air mata tanpa di pinta menitis. Entah gembira, entah terharu atau mungkin menyalahkan diri.

Awal tahun yang di sambut dengan kesihatan yang tidak mengizinkan. Gastrik yang teruk, 3 hari tanpa makan dan minum dan akhirnya terlantar sepi di rumah. Menghitung detik dan waktu. Bila kembali menjalankan rutin tugasan hidung pula mula berair, mata sudah tidak mampu dingkat sudahnya menangis semahunya mengenangkan pemberiaNya. Alhamdulillah...aku masih di sini mampu berdiri demi sesuap rezeki untuk anak-anak yang disayangi.

Sakit yang di beri ada ganjaran yang menanti. Sebak yang ada penghujung yang sudah pasti ada senyuman. Mendung yang datang akhirannya matahari akan menjelma jua. Terima kasih ALLAH. Rezekimu ini terlalu nikmat. Akan kutunggu dengan sabar.


9 Rider Beraksi:

Happy Birthday Junior

9:35 PG JunAina 22 Comments

Kek ni kosong je nampak macam gugurl pulak cuma letak fresh cream hias dengan buah. Aina beli 2 ekor angry bird dan sebuah rumah letak atas kek dan nama tulis kat tepi (gigih cari kat kedai barang buat kek). Junior suka.

2 Jan. Tarikh itu berulang lagi, saban tahun dan begitulah juga saban tahun dia semakin membesar. Seorang anak yang manja, aktif dan sentiasa ringan tulang. Anak bongsu yang sentiasa akur dengan permintaan mama dan begitu juga sebaliknya bila mama terpaksa akur dengan setiap permintaan dia.

Happy Birthday to my Junior Syed Mohamad Hikram bin Syed Hussin. Moga Allah sentiasa merahmati kehidupanmu dunia dan akhirat. 9 tahun yang panjang tetapi bila sampai tikanya terasa terlalu cepat waktu berlalu. Mama akan merindui setiap detik dalam hidup kamu. Masa kecil yang sentiasa dalam pelukan mama tiba-tiba sekarang sudah leka dengan dunia sendiri.

Hari ini mama sangat-sangat bersyukur. Walaupun Junior tidak secepat abang dan kakak dalam menghadapi pelajaran tetapi mama bangga kerana Junior kuat berusaha. Kalau dulu Junior gelak guling-guling tengok gambar di komik tanpa faham apa yang dibaca kini Junior mula gelak guling-guling membaca komik kerana dia sudah pandai membaca dan memahami tulisan di komik. Walaupun tulisan dan bahasa di dalam komik tidak melambangkan BANGSA tetapi itulah salah satu cara untuk menarik Junior untuk belajar membaca, sekurang-kurangnya dia tahu membunyikan setiap perkataan yang ada.

Aina tidak malu untuk mengaku yang Junior memang sedikit lambat perkembangan pelajarannya. Biasanya hanya mengajar dia membaca secara santai, tika baring-baring lepak depan tv atau ketika berehat sambil bermain. Penat. Letih. Kecewa. Sebagai ibu semuanya ada tapi mama dan junior tak pernah putus asa dan tidak pernah menyerah kalah.

Tersenyum gembira bila mama nyalakan lilin. Bukan apa sekadar menggembirakan hati anak.

Birthday abang tetapi Alya pun menyibuk nak potong kek nasib baik mood abang baik. Tunggu dari tengahari sampai abang balik sekolah lepas tu abang tanggunhkan pulak sampai malam. Sabar tapi 5 minit sekali Alya buka peti sejuk. Rumah sendiri pun tak nak balik.

Sepotong kek dan seekor angry bird. Butter cake yang cair dimulut dan kemanisan yang sederhana. Suka beli kek kat sini.

 Seekor seorang angry bird. Puas hati bila Junior habiskan sepotong besar kek. Like father like son. Ramai orang kata Junior ni photocopy muka bapak. Kenapa panggil Junior coz Aina harap no Syed again after him...ahahahaa... 

Terima kasih buat mama tersenyum Junior.


22 Rider Beraksi:

Hebatnya Pure Marin Collagen

12:52 PTG JunAina 11 Comments



Pure Marine Collagen ready to delivery. Ini oder dari kawan-kawan kat office.

Sejak akhir-akhir ini ramai orang memperkatakan tentang Pure Marine Collagen ini, sama ada yang segar dari laut dan dikeringkan atau yang di proses menjadi serbuk. Pilih sahaja yang mana suka. Kebanyakan kita hanya mengaitkannya dengan kecantikan semata-mata kerana kandungan kolagen yang tinggi.

Dua bulan yang lepas Aina mula mengambil PMC yang di keringkan dan di masak sendiri kerana sedikit masalah kesihatan. Di samping itu tentulah jugak nak gebukan kulit supaya nampak lebih muda. Di sebalik kehebatan untuk cantik sebenarnya PMC juga kaya nilai perubatan. Juga mampu mengurangkan berat badan tetapi bukan secra drastik.

Sebagai rider (rider moto buruk...hahaa...) yang setiap hari merempit dari Kajang ke Kuala Lumpur dan kemudian bekerja menggunakan komputer sepanjang hari Aina mengalami sedikit kesakitan di bahagian belakang (kata orang Perlis bahagian urat belikat). Kadang-kadang sakitnya sehingga ke lengan dan hujung jari dan selalunya bahagian kiri. Biasanya hanya sapu minyak panas dan kadang-kadang terpaksa menelan pain killer. Suatu hari terbaca kebaikan PMC dan Aina terus mencuba. Setiap pagi dan malam Aina akan lenyekkan dua sudu besar PMC ke dalam gelas dan masukkan air, masukkan Vitamin C yang larut dalam air dan minum. Alhamdulillah setakat ini sakit tersebut bukan sahaja berkurangan malahan tak ada langsung. Pak Tuan pulak ambik untuk arthritis so dua-dua pun layan Pure Marine Collagen.

Seminggu makan kulit juga telah mula menampakkan perubahan. Tapak tangan yang dulu kering dan kasar mula terasa licin dan lembab walaupun tak memakai losyen. Berat badan pula sudah sedikit menurun kerana PMC mengekalkan rasa kenyang. Aina bukan sahaja makan PMC tetapi jadikan masker muka, sapukan di tangan dan juga kaki, biarkan kering dan cuci. Nikmatilah perubahan kesihatan kulit yang nyata.

Di sebabkan berpuas hati dengan PMC tanpa bahan pengawet tanpa kimia so Aina mengambil keputusan untuk mejadi salah seorang pengedar PMC. Kalau ada sesiapa yang teringin nak mencuba PMC ni silalah oder. Tak mahal dan memang berbaloi. Bagi yang ingin menjaga kesihatan dan cantik tanpa mengeluarkan belanja yang besar serta alami cubalah rumpai laut ini.

Just email me : juna_ai@yahoo.com.
Arahan dan cara penggunaan akan di beri.


 Klik flyers untuk melihat dengan lebih jelas.


11 Rider Beraksi: