Harapan

9:19 PG JunAina 11 Comments

Syarikat tengah bergelora. Ramai pekerja-pekerja juga bergelora. Tak kira PO, kontrak atau pekerja tetap sama merasa gelora itu cuma yang membezakan gelora yang membadai itu besar atau kecik. Gelora tetap gelora. Bikin pening dan mau muntah. Letih sudah.

Jumaat datang lagi. Esok hari terakhir berada di Vista Tower. Barang semua sudah siap dimasukkan ke dalam kotak hanya menantikan 'movers' angkat hantar ke main office. Hanya tiga kotak barangan peribadi yang kebanyakannya cenderahati bila kawan pergi bercuti dan buku-buku rujukan. Kotak-kotak untuk file projek kali ini membuli adik junior buat. Almaklumlah kakak masih dalam proses memulihkan kesihatan.

Minggu depan cuti sekolah selama seminggu. Emosi kurang stabil sejak keguguran. Kehilangan berat badan sebanyak 7 kilogram dalam masa sebulan. Selera makan tertutup. Tidur terganggu. Bila orang tanya dah sihat ke mulut pantas menjawab alhamdulillah... Zahirnya nampak sihat tetapi hakikatnya hanya Allah yang tahu perasaan aku. Beminggu-minggu melawan perasaan sendiri.

Dua hari lepas jumpa HOD. Minta unpaid leave kerana emosi yang sangat-sangat tidak keruan. Berbincang dan meminta pendapat dari bos sendiri. Dia seorang yang memahami tetapi aku risau dalam keadaan syarikat sekarang ia akan membawa kesan buruk kepada prestasiku. Tawakal.Dia mencadangkan supaya aku hanya mengambil cuti sakit.

Ahad ini akan pulang ke kampung mencari sedikit ketenangan. Selain perubatan moden mungkin perlu juga menggunakan khidmat orang lama seperti bidan untuk memulihkan kesihatan. Kolot tapi itulah amalan masyarakat Melayu.

Seminggu akan membiarkan blog ini sepi seperti dulu juga membiarkan blog ini sepi selama sebulan bila bercuti sakit selama sebulan. Doa yang terbaik buat Aina kawan-kawan. Agar kesihatan emosi Aina kembali seperti sedikala dan pekerjaan Aina juga akan stabil dan kekal. Sampai jumpa lagi. Kalau mood baik mungkin akan update juga bila balik kampung nanti.

Salam sayang buat semua. Nanti bolehlah jumpa teman blogger yang ada kat Perlis tak gitu Kak IndaMarya?


11 Rider Beraksi:

Pengeluaran Perumahan KWSP - Saya Terlepas Pandang

10:03 PG JunAina 21 Comments

Apabila membuat sebarang urusan dan ianya berkaitan dengan kerajaan, separa kerajaan waima syarikat swasta sekalipun anda dinasihatkan menyelidik dan membaca segala terma serta peraturan yang ada. Jangan bila terhantuk baru tergandah.

Semalam ke KWSP untuk pengeluaran pembelian rumah kedua. Sebenarnya sebelum itu sudah pergi tetapi ada dokumen yang tidak lengkap dan terpaksa merujuk ke pejabat peguam. Jadinya terpaksa tangguhkan dan semalam ada kelapangan. Segalanya lengkap. Borang pengeluaran, salinan kad pengenalan, perjanjian jual beli dan perjanjian jual beli tuan sebelumnya (salinan dokumen ini yang terpaksa minta dengan peguam tapi ambik tanpa charge).

Pejabat KWSP Kuala Lumpur agak lengang diwaktu tengahari memandangkan kaunter yang banyak di buka, hanya empat orang dihadapan kami sedang menunggu. Tiba giliran semua dokumen asal dan salinan di beri. Petugas menyemak nama. Malang sekali pengeluaran tidak dapat dibuat. Rumah pertama adalah hak milik bersama suami dan pernah membuat pengeluaran akaun kedua KWSP Aina. Jadi syarat utamanya harta pertama harus dilupuskan. Samaada menjual atau menukar nama kepada nama suami sahaja atau nama anak atau keluarga terdekat. Bermakna tiada rumah atas nama kita.

Rumah pertama sudah habis bayar sejak 4 tahun lepas. Rumah kecik je rumah flat. Ingat nak cepat habis bayar keluar KWSP, rupanya timbul masalah lain pulak. Tempoh tiga tahun diberi sekiranya hendak mengeluarkan juga duit KWSP yang ada. Lepas setahun dari perjanjian jual beli kena pulak minta dokumen apa tah dengan bank (malas dah nak dengar budak tu cakap). Jadi dalam tempoh tiga tahun tu kenalah tukar nama rumah rumah pertama ke atas nama orang lain.

Aina terkedu. Ingat dengan pengeluaran pertama dari rumah kedua ini bolehlah disimpan menggantikan duit simpanan yang telah banyak digunakan untuk membeli rumah. Memang sangat-sangat tidak faham mengapa perlu ada peruntukan sebegitu sedangkan duit itu adalah duit kita. Rumah pula terang-terang atas nama kita. Itulah undang-undang. Mereka kebal. Lawanlah tak akan kalah.

Selama ini otak telah disetkan duit KWSP boleh di keluarkan untuk rumah kedua tanpa memikirkan terma-terma selanjutnya. Bayangkanlah untuk meukar nama rumah terlalu banyak urusan harus dilakukan. Terpaksa juga mengupah peguam dan tidak kurang juga duit yang terpaksa dikeluarkan. Lalu apa pilihan yang kita ada?


21 Rider Beraksi:

Kaki Gossip

10:24 PG JunAina 5 Comments

Selalu gossip ni dikaitkan dengan kaum perempuan.
Biasalah bila mulut tak boleh diam ada sahaja benda yang nak di borakkan.
Dari topik masak-masak kat dapo sampailah ke kisah artis luar negara.
Bila dan mula memang tak jumpa titik noktahnya.
Kiranya kalau ikut list panjang berjela tak boleh kira muka suratnya.
Itu kebiasaan.

Bila kerja dikerumuni jantan-jantan semua.
Aku mula faham.
Bukan perempuan je kuat bergosip.
Lelaki bila bergosip lagi teruk dari orang perempuan.
Segala macam bahasa, gaya ayat semua ada.
Idea dia lagi cemerlang berbanding orang perempuan.
Cukup tiga orang melepak.
Tambahan pulak yang sedang bergossip tu sudah terbukti kejantanannya.
Anak sudah 2-3 orang nasib baik bukan bini.
Ada pulak sorang tukang karutnya yang sudah layak bergelar datuk.
Hurmmmm...makin panjang akalnya.

Kena ubah cara berfikir sekarang ni.
Gossip bukan di kalangan perempuan je.
Asal berkumpul gossip asal gossip berkumpul.
Penat Kak Bedah.

5 Rider Beraksi:

Padang-Bukit Tinggi - Rindu Iyen

11:08 PG JunAina 14 Comments

Percutian keluarga. Boleh dikatakan begitu kerana kali ini perjalanan Aina selain suami dan anak-anak turut di sertai oleh mak serta mak saudara iaitu adik mak Rosnani Senapi serta suaminya Othman Ali yang kiranya macam mak Aina jugak la kat sini. Tempat menumpang kasih dan tempat mengadu sebab mak sendiri jauh. Perancangan telah lama dibuat. Tentulah sejak AirAsia adakan promosi. Kiranya tiket dah tempah akhir 2012. Tiket berlima termasuk bagasi 30kg masa balik Rm415, mak punya tiket beli asing Rm144 pasai bila klik untuk 6 orang tiket jadi mahal. Makcik dan pakcik punya beli next sale Rm298 termasuk 20kg bagasi. Biasanya Aina hanya booking tiket dahulu dan tambah yang lain-lainnya kemudian.

Berlepas dari LCCT pada pukul 1.55pm dan tiba pada pukul 2.00pm waktu tempatan. Perjalan hanya mengambil masa 1 jam 5 minit. Anak-anak pun tak sempat nak lelap macam pergi Sabah dulu. Kali ini Aina tak booking makan so dalam kapal terbang hanya belikan maggi yang harganya Rm1.80 jadi Rm6 dalam kapal terbang tapi kesiankan anak belikan jugak. Abah oder white coffe dikongsi dengan mama, mak tok tak mau apa. Mummy kat belakang tido, daddy pulak layan jiwa pasai depa dua terpisah dengan walkway.

Sampai je kita orang dapat Imigresen yang sangat kerek. Suruh beratur betul-betul dalam satu barisan kalau tak dia tak nak periksa pasport. Adoyai. Keluar je terpampang nama Mrs Junaina. Letih le si Aldi menunggu kerana kami adalah penumpang terakhir yang keluar. Aina sebelum datang dah buat research sikit. Bookinglah Aldi jadi supir yang datang dengan KIA Pergio untuk kami berlapan, minta dia bookingkan hotel jugak. Harga kena tanya dialah kerana masa Aina pergi tu ada ura-ura Indonesia akan naikkan harga petrol 100%.

Tempat pertama kami pergi adalah rumah seorang kenalan yang pernah menyewa di sebelah rumah semasa mengikut suaminya menyambung pelajaran peringkat Kedoktoran di UKM juga merupakan pensyarah di Politeknik Andalas. Jiran yang dah jadi macam keluarga sendiri. Jadi sebulan sebelum pergi maklumkan pada dia, Iyen dan keluarga sangat gembira menyambut kami. Perjalanan ke rumah Iyen mengambil masa setengah jam dari lapangan terbang.

Sebelum terbang di LCCT menunggu Daddy entah merayau kemana. Paling penting percutian kali ini mak kesayangan dan anak-anak happy walaupun mama tak sihat.

Mak Tok dan cucu kesayangan. Terasa seperti dia sayangkan mak tok dari sayang mama....sensetif sangat mama!
Selepas dua tahun tidak bertemu Nicaldo atau Aldo (lupa sudah nama penuhnya) dan Lania Pricillia Ayu sudah besar. Kedua-duanya pernah bersekolah di Malaysia. Anak-anak ini menunggu kami di jalan besar untuk ke rumah mereka, menjadi pemandu arah. Seorang lagi si kecil Keysha lahir di Malaysia sembunyi di bilik sehingga kami pulang.

Kami masih mengekalkan silaturrahim walaupun berjauhan. Biasanya berchatting melalui FB. Iyen berbesar hati menerima kami sebagai tamu. Berbesar hati juga menyiapkan rumah untuk kami bermalam tetapi Pak Tuan menolak dengan baik. Mungkin di lain kali kami akan bermalam di sini. Syukur alhamdulillah sekurang-kurangnya kami dapat berjumpa juga.

Menjamu selera dengan masakan Padang air tangan Iyen. Berbaju putih adalah suami Iyen yang biasanya kami hanya memanggilnya Papi Lani. Nasi putih, masak lemak cili padi ikan dan rendang daging yang marbeles tapi semuanya memang pedas. Mummy sempat lagi tanya-tanya resepi dasar pengurus katering, asal rasa sedap je tanya resepi...hahaaa...

Alhamdulillah. Ukhwah yang terjalin bukan setakat mereka di Malaysia sahaja. Ada rezeki mungkin akan pergi lagi, mungkin akan memilih untuk bermalam di rumah Iyen sahaja. Memenuhi permintaan yang tak tertunai kali pertama sampai ke sana. Kawasan perumahannya terletak berhampiran Politeknik Andalas. 

14 Rider Beraksi:

Mood Isnin

12:53 PTG JunAina 5 Comments

Menghabiskan hari-hari terakhir di Vista Tower dengan mood bekerja semakin baik. Minggu ini merupakan minggu terakhir kami semua menjadi pemastautin Tingkat 16 yang sebelum itu telah di kerah untuk keluar dari Tingkat 14. Masih berbaki 10 orang yang bakal ditinggalkan di sini tetapi dari bahagian lain kerana masalah workstation yang tidak mencukupi. Kami bakal di tempatkan di Tingkat 13, terpisah dari bahagian kami yang berada di Tingkat 9. Terbiasa dengan keadaan pindah randah sudah sebati. Lepas ini lebih happening coz kawan-kawan ramai kat sana.

Rutin kerja juga seperti biasa cuma kini kerja-kerja semakin perlahan kerana projek berada di penghujung. Tak banyak yang tinggal. Banyak masa terluang. Mengadap komputer tanpa arah tuju. Nak update blog idea seolah-olah tersekat. Bermula tetapi tiada pengakhiran, yang idea di akhir pula tidak tahu di mana harus di mulakan. Sudahnya tiada yang selesai.

Berkira-kira juga untuk mengemas kini resume. Bercita-cita juga untuk mengubah angin. Mencuba benda baru di tempat baru. Masih ada peluang lagikah? Rasa sudah tua untuk menghadiri temuduga lagi. Semangat kawan-kawan turut mempengaruhi mood berhijrah. Sementelah tidak akan ada projek baru sehingga bulan Jun ditempat sekarang. Tiada bayang-bayang pun! Ramai juga kawan-kawan yang mengambil keputusan untuk pergi. Sama ada merasa tidak selamat atau sememangnya mendapat tawaran yang lebih bagus. Mana biasa di tolak andai tawaran belipat kali ganda.

Bila rezeki bertambah bermakna kita juga semakin senang. Bila senang bererti semakin banyak amal jariah yang boleh kita buat dari lebihan yang semakin banyak. Owh…berangan lagi! Tapi itulah niat di hati itupun andai ada rezeki. Asyik tengok orang lain terasa juga ingin jadi seperti mereka memberi, memberi dan memberi. Moga Allah s.w.t memberkati. Rezeki yang sememangnya untuk dikongsi.

Mulai hari ini Aina menggantungkan title 'Rider Sejati' buat sementara waktu. Pagi agak sibuk mengejar komuter sehingga KL Sentral dan berlari-lari ke LRT pula. Rutin rempit mungkin akan di sambung semula bila dapat pengganti baru. Mood serik bila tiba-tiba motor yang dah uzur tu mati ditengah jalan yang sibuk. Nasib baik masih di tengah Kuala Lumpur dan rezeki juga bila terjumpa seorang teman lama yang sanggup menumpangkan ke LRT terdekat.

5 Rider Beraksi:

Rumah Baru Kami

3:36 PTG JunAina 27 Comments

Kehidupan seharian kita penuh dengan cerita suka dan duka. Syukur alhamdulillah. Di dalam cerita duka kebelakangan dari kehilangan barang, perginya ahli keluarga menemui penciptanya, kehilangan bayi yang sedang dikandung terselit juga sedikit cerita suka di celah-celahnya.

7hb Febuari 2013 Zana dari Zainal, Ithnin & Partners telefon bagitau dah boleh ambik kunci rumah. Syukur alhamdulillah. Segalanya selesai dalam masa yang ditetapkan bahkan cepat hampir sebulan. Jadi kalau korang nak beli rumah area Kajang atau Bangi boleh pertimbangkan pejabat peguam yang ni. Layanan dan penerangan pun bagus. Tak menyesallah appoint depa. 13hb Febuari 2013 Aina dan Pak Tuan pergi ambik kunci dan tandatangan apa yang patut.

Dah dapat kunci esoknya selesaikan pulak urusan Syabas dan TNB kerana tuan rumah dah potong bekalan. Peringatan pada kawan-kawan semua masa ambik borang pastikan dokumen diperlukan dan buat salinan. Aina hari tu kat Syabas Kajang sampai 2-3 kali keluar. Masa kat TNB Bandar Baru bangi semuanya lancar coz pekerja TNB dah tanda semua dokumen yang perlu dibuat salinan dan berapa bayaran yang perlu.

Hari Sabtu 16 Febuari Aina anak beranak pergi cuci rumah. Masa tu dah tahu baby dah tak ada dan akan D&C esoknya tapi kuatkan semangat jugak nak tengok rumah. Lagipun penyewa dah tak menyempat nak masuk. Ikut hati memang nak duduk kat situ tapi nak legakan sikit akaun bank yang dah kering jadi Aina sewakan dulu rumah ni buat sementara waktu. Angkat air naik atas coz masa tu air tak naik kat tangki. Cuci bilik air, mop lantai dan cuci tingkap. Kat bawah kami main air lagi satu rumah penuh air dan sabun. Nasib baik anak-anak tolong. Buat abang Iqbal terima kasih tolong mama dan abah. Adik waktu tu tak sihat kerana sehari sebelum tu cerit-berit.

Alhamdulillah Ya-Allah. Rahmatmu sentiasa luas buat hambamu. Moga-moga selepas ini akan ada rezeki lagi buat kami yang melimpah ruah. Di beri kesihatan yang baik supaya dapat terus beramal ibadat kepada Mu. Berjuang demi agama. Menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Moga-moga akan menjadi ibu yang baik dan isteri yang sentiasa taat pada suami (tiba-tiba hati ini tersentuh).


Rumah Baru Kami Kelak
Si kecik Hikram tengah lentang dengan bahagianya. Doc Hanie jangan marah ok, saya dah makan ubat walaupun tak nak ambik injection kerana saya fobia dengan jarum.

 
Pembantu tetap. Abang Iqbal, adik Hikram dan Baby Alya. Bertungkus lumus cuci lantai bahagian atas. Alhamdulillah anak-anak ringan tulang nak tolong.

 Lepas cuci rumah bagai laparlah pulak. Makan nasi bungkus bekalan dari rumah. Baby Alya memula makan walaupun kerjanya hanya menyibuk je.

Abah kat pagar, betulkan peti surat agaknya. Memang kami tak sempat nak cat langsung pagar dan tembok tu. Dua minggu je dapat pegang kunci dan keluar masuk rumah tu. Penyewa tak sabar nak pindah rumah jadi tak boleh salahkan kita orang jugaklah.

 Merenung di kejauhan (sebenarnya dok renung abah kat pagar). Kepenatan mencuci rumah juga sedang mencari kekuatan mental dan fizikal untuk menghadap hari esoknya. Temujanji 8am di KPMC untuk D&C. Penuh debaran kerana ini pengalaman pertama.

Segalanya berlalu sudah. Rumah siap di huni, Aina juga sudah kembali bekerja walaupun kesihatan masih lagi kurang memuaskan. Tuntutan tanggungjawab yang tidak boleh di pandang remeh. Semoga esok matahari akan lebih bersinar. Salam sayang semua. 


27 Rider Beraksi:

Danau Maninjau

6:41 PTG JunAina 10 Comments



Langit dan bumi umpama tiada garis pemisah.


10 Rider Beraksi:

Rumah Gadang

2:47 PTG JunAina 8 Comments



Kukuh. Tegak berdiri walaupun bumi digoncang. Tiada cacat celanya walaupun kelihatan agak senget masih kukuh. Setiap inci buatannya punyai perlambangan tersendiri. Ada maksud-maksud tersirat pada setiap inci ruang dan binaan. Mereka kaya adat. Masih dijunjung. Rumah Gadang Rumah Adat pusaka Minang.

Berkesempatan berada di sini seketika cuma. Mempelajari adat penduduk Ranah Minang. Tak kenal maka tak cinta. Belajar adat setempat, peluang yang hanya datang sesekali. Jauh perjalanan luas pemandangan bertambah pengetahuan.

8 Rider Beraksi:

Sebulan Menyepi

11:01 PG JunAina 15 Comments

Syukur alhamdulillah. Hari ini Aina dapat update blog selepas sebulan dibiarkan bersawang. Terima kasih pada teman-teman yang masih sudi singgah di sini. Hari ini juga hari pertama Aina kembali bekerja setelah sebulan bercuti. Mood sedikit goyang kerana sebulan sudah terbiasa menguruskan anak-anak kesekolah terasa seronok pula tetapi masih ada tanggungjawab yang perlu dilangsaikan jadi kenalah terus bekerja.

Febuari banyak meninggalkan kesan yang sangat mendalam buat diri Aina. 9hb Febuari 2013 selepas azan Isyak mak saudara Ajalilah Senapi menghembuskan nafas yang terakhir setelah menderita kanser salur hempedu. Deritanya tidak lama. Turut berada di sisinya suami, anak-anak serta kaum keluarga. Moga Allah s.w.t mempermudahkan perjalannya. Permintaan terakhirnya juga tertunai bila suami dan anak-anak bersetuju membawa pulang beliau ke kampung semasa sakitnya.

12hb Febuari 2013. Satu lagi berita sedih terpaksa kami telan. Allah s.w.t hanya meminjamkan dia di dalam rahim ibunya selama 10 minggu. Degupan jantung bayi di dalam kandungan sudah berhenti dan tiada tumbesaran. Sekali lagi air mata seorang ibu gugur. Dalam kesedihan kami redza. Allah s.w.t lebih menyayanginya dan setiap perancangannya adalah yang terbaik. 17hb Febuari 2013 Aina melalui proses D&C. Kesakitan menunggu bukaan rahim tak setanding pilu kehilangannya. Hanya Iqbal Hadi anak sulung menemani di katil hospital. Suami pula terpaksa menguruskan urusan lain yang tak kurang juga pentingnya. Sehingga petang barulah suami dapat menjengah. Redza.

Seminggu pertama terasa terlalu payah untuk di harungi. Emosi sangat terganggu dan tidak stabil. Minggu kedua digagahi juga untuk kuatkan hati. Kami sekeluarga belajar menerima kenyataan, menghadzamnya. Anak-anak juga tidak lagi menyebut tentang 'baby'.

Terima kasih pada suami yang memahami, anak-anak yang sangat membantu, keluarga dan kawan-kawan yang tak henti memberi sokongan. Sepanjang tempoh tersebuat Aina sangat bergantung kepada adik perempuan iaitu Hasniza Abdullah yang tinggal berdekatan. Mengurus anak dan menjaga makan minum kami. Kalian memberi kekuatan untuk Aina terus menghadapi hari-hari mendatang. Betul kata orang tua-tua. Bersalin dan keguguran ada bezanya terutama emosi. Hanya yang merasainya akan tahu hakikatnya.


15 Rider Beraksi: