Gila Coklat

10:58 PG JunAina 16 Comments

Agak-agak korang dalam kategori macam Aina tak? Peminat tegar coklat termasuklah dak perempuan yang tinggal kat Perlis pun macam mama dia, suka sangat coklat. Makan coklat boleh kurangkan stress, katanya tapi kalau dah tengah marah setengah lori coklat pun belum tentu boleh hilang marah iya ke idak?

Kalau rasa nak beli coklat dengan separuh harga moh ramai-ramai kita serbu kat sini. Boleh beli coklat manyak-manyakkkkk buat stok. Hujung bulan ni cuti sekolah haruslah mama borong coklat banyak-banyak buat stok untuk dak perempuan kat Perlis nun. Nasib baik jugaklah kat Bangi pun buat sale jugak, tu yang hati mama ni bagai di garu-garu nak pergi tapi kalau Seri Kembangan tu bukan jauh sangat pun dengan Kajang boleh je nak pergi.

Acara esok shopping coklat sampai lebam, tak puas hati kat Bangi harus jugak terjah sampai Seri Kembangan. Seperti terasa kelazatan coklat tiramisu di dalam mulut!




16 Rider Beraksi:

Kejutan Budaya

12:06 PTG JunAina 20 Comments

Suami  : Tali leher abang yang banyak-banyak tu mana?
Isteri : Sangkut dalam almari, nak buat apa?
Suami : Abang start kerja esokkan?
Isteri : So?
Suami : Nak pakai le...

Balik kerja...
Suami : Semua orang kat pejabat tak pakai tali leher. Senior Vice Precident pakai kemeja je tanpa tali leher.
Isteri : Hahaaaaa...

Dia selama ini bekerja di Jabatan Kerajaan punya etika berpakaian, cara kerja mahupun disiplin yang tersendiri. Bila beralih angin berkidmat di sektor swasta serba tak kena di hari pertama kerja. Tambahan pula bekerja di syarikat besar dengan majoriti pekerjanya adalah bukan Melayu. Satu cabaran besar buatnya.

Bukan dia merungut tapi terkejut tapi tak adalah terkejut beruk!

1. Hanya workstation/bilik kecil disediakan bukan bilik yang boleh berlari macam dulu-dulu yang siap boleh letak tv, almari baju dan pembancuh kopi sendiri.
2. Mesyuarat adalah short notice, selalulah tengok-tengok email yang masuk. Tak ada PA atau kerani nak ingatkan, juga tiada minit mesyuarat. Bawaklah buku catatan sendiri.
3. Berpuluh tahun dirinya sudah terdidik dengan panggilan tuan jadi kekok apabila di tempat baru hanya pangkal encik digunakan pada namanya.
4. Waktu makan tidak lagi tetap, bukan lagi pada pukul 1-2pm tetapi bergegaslah bila ada masa terluang di tengahari kadang-kadang petang baru dapat menjamah nasi.
5. Mesyuarat hanya disediakan teh cina, kalau dulu penuh meja kuihnya kadang-kadang langsung makan tengahari.
6. Waktu solat jadi tidak menentu kerana tuntutan tugasan, tiada surau disediakan untuk pekerja Muslim di dalam pejabat kecuali pergi ke surau bangunan di basement parking atau berjalan kaki ke masjid berdekatan (ini memang tak boleh terima dek akal betul, ada lagi syarikat yang tak perihatin cam ni).
7. Tak ada fail bersusun-susun kat meja. Klik-kliklah kat komputer sahaja.

Banyak lagi cerita nanti-nantilah kongsi. Baru 2 minggu mula kerja banyak lagi tu kejutan-kejutan bakal menanti. Kerja kerajaan ke kerja swasta ke amanah tetap kena galas. Buat dengan ikhlas.


20 Rider Beraksi:

Al-Fatihah

8:40 PG JunAina 6 Comments

Rabu, 24hb April 2013 jam 6.30pm tok (nenek) iaitu emak kepada emak Aina Saripah Salleh kembali ke rahmatullah pada usia 83 tahun. Tiada sakit yang berat cuma mungkin sakit tua. Semangat dia sangat kuat untuk menghadai hari tuanya. Al-Fatihah.

Gambar ini diambil pada bulan Okt 2012 semasa Aina dan adik balik menziarah tok yang ketika itu sedikit uzur tapi masa ini dia nampak sudah agak sihat dan ceria. 


6 Rider Beraksi:

Segmen : Hey ! blogger asal mana?

6:09 PTG JunAina 15 Comments

Merempit petang-petang kat rumah PCL, jumpa segmen ini. Terasa nak join kot-kot boleh tambah kenalan, meramaikan kawan-kawan. Menurut tuan punya segmen ini bertujuan mengeratkan silaturrahim diantara para bloggers di seluruh negara (elok sangatlah tu kennn...). Kalau nak tau lebih lanjut sila klik-klik kat bawah ni ok.


Saya blogger asal dari Perlis, Indera Kayangan (kayangan sangatlah kennn...) tapi dah jadi pemastautin Selangor walaupun begitu Perlis tetap di hati (syahdu kejap).



15 Rider Beraksi:

Aku Ingin Setenang Dia

4:29 PTG JunAina 8 Comments

Syarikat tempat Aina bekerja mengalami sedikit masalah, buat masa sekarang mereka telah dan sedang menimbang untuk mengurangkan jumlah kakitangan. Setakat ini rasanya 300 orang telah menerima notis. Kami hanya menunggu, rezeki semuanya datang dari Allah.

Pagi tadi terjumpa seorang kakak yang tugasnya menguruskan dapur di pejabat, giliran mereka akan bertukar setiap bulan ke tingkat yang lain jadinya kebanyakan mereka Aina kenal. Katanya dia bercuti panjang menjaga cucu kerana anak dan menantunya menunaikan umrah. Dia juga memaklumkan tugasnya akan berakhir pada 21 May nanti. Aina diam. Tak mampu berkata-kata. Bermakna dia juga antara yang mendapat notis singkat tersebut. Alhamdulillah syarikat tetap membayar sedikit pampasan mengikut tahun perkhidmatan.

Wajah dia tenang, masih bercakap dalam senyuman sedangkan dia sedang menghadapi masalah. Orangnya berkulit putih, matanya jernih, wajahnya bersih membayangkan dia seorang yang sangat taat pada agamanya. Dia masih belum ada perancangan cuma mungkin akan mencari kerja lain. Insyaallah ada rezekinya nanti katanya. Lagipun Allah tak akan menganiaya hambanya melainkan semua tu ada hikmah yang belum kita nampak.

Mendengar bait katanya yang penuh ketenangan, hati Aina sangat tersentuh. Redzanya dia menerima ujian Allah. Terasa kerdil diri ini yang sentiasa berkeluh kesah pada benda yang kecil dan tidak perlu. Sedangkan dia seorang ibu tunggal yang hilang mata pencarian masih bersangka baik dengan Allah.

Keimanan membezakan seorang insan dengan insan yang lain. Bila di hati ada iman cahaya itu akan menerangi hidupnya, segalanya di terima dengan redza, apa juga tindakan dilakukan dengan sewarasnya, percaya seyakinnya segalanya hak Allah jua. Terbaik adalah perancangan darinya. Moga Aina akan menjadi sekuat dia.



Gerimis diluar mengundang rindu pada anak-anak semasa mereka kecil sekejap lagi mungkin akan semkin menggila membasahi bumi, moga hati ini tidak akan segila hujan diluar. Hujan itu rahmat, alhamdulillah...




8 Rider Beraksi:

Prof Dr Muhaya

8:06 PG JunAina 14 Comments



14 Rider Beraksi:

Terkenang Pilihanraya Dulu-Dulu

9:07 PG JunAina 13 Comments

Waktu puncak untuk berkempen dua minggu ni. Masing-masing bertungkus lumus nak memenangi hati rakyat. Kalut menyusun strategi. Melambung janji. Meyusun kata semanis madu...hikhikhikkk...

Teringat zaman kecik-kecik dulu. Zaman pilihanraya masa kat kampung. Meriah, sangat meriah. Keluarga kami ni kiranya beranak ja dah tengok gambaq kati pasainya tok ayah (ayah mak) adalah JKKK kat kampung kami. Dia antara aktivis politik yang disegani di Perlis jugaklah. Pernah terima pingat dari Raja Perlis Tuanku Syed Putera. Lupa pulak la apa nama pingat tu. PJK kot. Orang kampung terima pingat kira besaq sangat dah. Al-Fatihah untuk arwah tok ayah Senapi Man.

Lepas penamaan calon tu kiranya masing-masing dok kalut berkempenlah. Segalanya amat terhad waktu tu. Mana ada telefon bimbit macam la ni, internet pun tak dak, telefon rumah pun tak dak kecuali bagi orang yang betoi-betoi berada. Kempen pun cara manual saja. Ceramah sana ceramah sini, jemput YB yang bakal bertanding mai markas (bilik gerakkan), panggil orang lama yang dok berjuang dalam politik bagi ceramah. Buat aktiviti kemasyarakatan sedikit sebanyak. Bendera pun terhad. Poster-poster pun terhad. Masing-masing berlumba-lumbalah dok gantung segala poster dan bendera masing-masing. Habih la segala pokok buluh dalam kampung jadi mangsa, terang kampung.

Siang malam markas tu ada ja orang. Lagi meriah bila malam, berkumpoi ramai-ramai. Walaupun masa tu hanya di jamu teh 'o' atau kopi 'o' cicah biskut empat segi keadaan tetap meriah. Semua bersatu. Lepas tu ramai-ramai konvoi jalan-jalan pi markas cawangan lain pulak.

Paling heran dulu tak dak pulak yang hat dok pi cantaih bendera atau poster orang lain. Tak ada pulak dok bergaduh, berparang kena hantaq hospital kena panggey polis. Ceramah pun ada batas tak lah sampai boleh maki hamun, kata orang sesuka hati. Masjid pun masih suci tak dak bicara bab politik, masuk situ kira bab agama sahaja. Parti apa semua letak tepi pasai sembahyang kerana Allah Taala bukan kerana parti.

Paling best bila hari pilihanraya, kalutnya dah macam hari raya. Kami hat budak-budak ni tumpang syok jalah. Budak-budak muda naik mutu pasang bendera kiri kanan konvoi serata kawasan. Kereta keluar masuk kampung bawak pengundi pi tempat mengundi. Part paling best ada makan-makan masa hari mengundi, masa tu buleh la makan sedap sikit. Lauk ayam, lauk daging. Dulu-dulu lauk-lauk tu di kira lauk mewah bukan macam zaman la.

Kenangan berkempen zaman dulu berbeza sangat dengan berkempen zaman la. Berpolitik orang dulu pun sangat berbeza dengan orang zaman la. Semua kerana kuasa, kerana pangkat dan kerana darjat tak kira hat biru ka, hat hijau ka, hat nak naik roket ka hat mata sebelah ka semua sama. Paling penting sapa pun yang menang berbaktilah pada rakyat sebaik mungkin, agama jangan di ketepikan. Lebihnya hampa jawab sendirilah kat akhirat esok-esok na.

Ini bukanlah entri berbau politik cuma teringat pilihanraya dulu-dulu zaman kecik-kecik. Jangan tanya Aina pangkah apa na. Pasai ada sorang kawan ni kecik-kecik dulu dia dok ikot mak pak dia pi markas tiap-tiap hari. Tolong boh poster kertas dalam plastik dan stepler (zaman la plastik semua dah), kiranya hidup dia dari kecik sampai besaq dok bawah sinaran bulan tapi bila dah kerja hati dia beralih arah jugak walaupun dia masih dok hormat pak dan kasih kat mak dia. Al-Fatihah jugak buat ayahnya yang kembali ke rahmatullah tahun lepas.

Akhir kata jangan menyampah baca entri kat sini seminggu dua ni na.


13 Rider Beraksi:

Politikus

10:29 PG JunAina 12 Comments

Sejak kebelakangan ini ramai betul ahli politik lahir di sekeliling aku. Mereka jadi serba tahu, dari A-Z. Info mereka walaupun serong tetap cuba di katakan betul. Bila bercakap berapi-rapi. Mengalahkan Haji Hadi sedang memberi ceramah juga mengalahkan Najib Razak di tempat tercorot.

Itu cerita sebelum pilihanraya, bila dah habis lain pulak ceritanya tapi apa yang pasti semua orang tak kena yang kena hanya dia seorang. Paling best cakap berapi-rapi bila kita tanya mengundi kat mana jawapannya aku tak daftar mengundi. Tepuk dahi! Haiyaaa...ini macam punya olang pun ada juga meh.

Paling tak best yang dok cerita tu semua keburukan orang saja sepertinya orang yang diburukkan itu langsung tak ada kebaikan langsung. Kita tidak sempurna tetapi di sebalik ketidak sempurnaan itu Allah tetap memberi sifat-sifat baik untuk setiap hambanya. Begitulah jadinya bila kita mengikut kata hati tanpa mahu menggunakan akal. Masalahnya dia bercakap kita mendengar sedikit sebanyak saham itu dikongsi jugak.

Berpolitik itu atas pendapat masing-masing. Sebagai orang Melayu yang kaya dengan adat dan kesopanan ditambah pula dengan tuntutan agama rasanya masing-masing sudah tahu batasnya. Tak perlu di ajar tentang dosa dan pahala. Tak tahu apa nak jadi andai cendekiawan yang dikatakan cedik, tok guru yang di katakan penuh ilmu agama apatah lagi manusia jahil yang ilmu tak seberapa masing-masing berlumba-lumba membuka aib antara satu sama lain.

“Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Dunia politik di negara kita sudah matang tetapi yang menghairankan orang yang berpolitik tidak pula mahu matang. Sokonglah parti manapun perpaduan umah tetap perlu dijaga. Jangan kerana parti politik kita berpecah belah. Biarlah 'cubit peha kiri peha kanan tetap terasa' dalam membangunkan ummah.

Jangan jadi hamba politik!


12 Rider Beraksi:

Sakit Urat Belikat

8:59 PG JunAina 40 Comments

Dua bulan sudah mengalami sakit di bahagian belakang, kata orang Melayu sakit urat belikat. Sakitnya menjalar sehingga lengan dan jari, kadang-kadang terasa sakit urat susu. Seorang doktor pakar perempuan gelakkan Aina dia tanya urat susu tu apa yang Aina faham. Sejak Aina keguguran sehingga sekarang macam tulah kejap-kejap sakit kejap ok.

Dua hari ini sakitnya tak boleh nak tahan terpaksa makan ubat tahan sakit. Memang rasa nak nagis ja, kalau boleh nak baring dan rehatkan sahaja belakang. Tak pun nak pakai anduh supaya tangan tu tak perlu bergerak. Semalam tergerak hati nak buat carian kat internet berkenaan sakit urat belikat ni. Rupanya ramai yang kena, ada juga yang sehingga terpaksa buat pembedahan. Ingatkan Aina sahajalah dok sakit.

Cari-cari jugalah cara rawatan yang boleh di buat. Biasanya orang Melayu sinonim dengan mengurut. Aina pula selepas sehari D&C dah mengurut sebulan kemudian sekali lagi balik mengurut kat kampung. Sakit tak baik jugak. Biasanya Aina akan sapu minyak panas, guna koyok (salonpas) atau tuam dengan beg panas. Bolehlah bertahan. Baca di internet katanya urut bahagian tulang kering. Try jugak urut sampai bahagian tapak kaki. Tak kisahlah asal baik. Katanya juga bukan setakat mengurut tetapi urat yang sakit tu dah tenggelam jadi kena tarik keluar tapi siapa pula nak buat. Bukan senang nak cari tukang urut yang betul-betul pandai mengurut. Spa banyaklah.

Semalam sebab dah tak tahan Pak Tuan cadangkan tuam guna ais pulak. Sejuk. Tahan jelah. Harap-harap lepas ni akan bertambah baik. Tak larat dah rasanya dok menaggung sakit ni. Tidur melentang jelah, mengiring ke kiri memang tak boleh sebab yang dok sakit sebelah kiri, sebelah kanan pulak takut lama-lama sakit macam sebelah kiri lagi haru bila dua-dua dah sakit. Skarang ni pun sebelah kanan dah mula terasa sakit.

Tangan kiri ni memang lasak sikit coz dukung anak memang sebelah kiri. Tidur sedap mengiring kiri lepas tu kepala adik akan sedap je landing kat lengan sampai pagi. Buat kerja-kerja rumah memang tangan kiri lagi cepat. Belum kira lagi dok galas beg tangan dan beg sandang di sebelah kiri.

Harap cepatlah baik. Ni baru dua bulan ada orang sampai bertahun dok sakit macam ni. Minta cadangan dan pandangan kawan-kawan ya macam mana nak ubati sakit urat belikat ni.


Nota tambahan : Baik selepas terapi menggunakan ais. Letak ais dalam plastik balut dengan tuala, baring atas tuala. Kadang-kadang tuam bahagian hadapan jugak. Alhamdulillah. Tapi jangan buat sekali sahaja buatlah banyak kali untuk dapat kesannya.


40 Rider Beraksi:

Pasar Koto Baru, Rumah Gadang, Malim Kundang

7:43 PG JunAina 24 Comments

Hari ketiga kami di Bukit Tinggi, perancangannya hari ini akan ke Padang tapi tak sangka pulak pagi-pagi lagi Aldi dah cadangkan kami bertolak ke Padang mungkin dia mengejar booking untuk petang kerana selepas sampai di Bukit Tinggi Ricky menggantikannya sebagai pemandu. Tak sempatlah hendak pergi ke Hajah Rosma, Pasar Aur Kuning mahupun tempat-tempat sulaman yang selalu di ceritakan dalam blog. Selepas sarapan kami berkejar sekali lagi ke Pasar Atas coz daddy nak tukar barang. Dua jam kat situ, sempatlah juga beli barang-barang sedikit. Lepas tu kami bertolak. Hari isnin yang sangat macet. Rupanya kami melalui pasar pagi yang sangat sibuk. Jalan pulak kecik, 2 jam terperangkap kat situ sahaja.

Jalan-jalan di Bukit Tinggi kami tiba-tiba sampai ke Kelantan! Jangan panik. Ini adalah Pasar Koto Baru di Bukit Tinggi. Elakkan menggunakan jalan ini di pagi Isnin. Menyesal tak ikut jalan melalui Danau Singkarak, konon nak cepat sampai, akhirnya 5 jam jugak baru sampai Kota Padang.

Sama seperti di Kota Bharu, Kelantan. Kat sini kebanyakan peniaga adalah terdiri dari kaum wanita. Pasar ini sebenarnya pasar borong.

Perit melalui jalan yang macet, kami singgah di Rumah Gadang yang merupakan muzium adat. Bayaran dah tak ingat berapa. Kat sini petugas akan bagi taklimat berkenaan Rumah Gadang dan adat pepatih. Rumah ini dibina tanpa menggunakan paku. Gempa pada tahun 2009 sedikit pun tidak menjejaskan strukturnya.

Kami ambik peluang bergaya dengan pakaian pengantin di sini. Kalau tak cuba mahu balik teringat-ingat pulak. Nak datang lagi entah bila pulak. Abang suka spoilkan gambar tapi yang ni senonoh sikit.

 Panglima Melayu. Suka gambar adik yang ni. Adik mengenakan baju sama warna dengan mama dan abah.

 Kakak bagai puteri dalam persalinan berwarna ungu. Cantik sangat, mama suka.

 Mak tok pun tak lepas peluang nak jugak try jugak. Dah sampai mestilah cuba kot-kot balik Malaysia pejam mata dok teringat-ingat pulak. 

Gambar ini sebenarnya bukan nak tayang adik tapi nak tunjukkan betapa halusnya ukiran kerja tangan orang Minang. Sangat cantik. Kalaulah dapat buat rumah macam ni bestnya.

 Akhirnya kami late lunch lagi di Rumah Makan Palanta. Menghidangkan makanan laut. Pak Tuan pun berangin lagi. Muka dah ketat masing-masing lapar sangat. Pulak tu bawak ke tempat makan yang odernya kena tunggu lama. Bakar ikan. Service memang lambat. Mintak air pun berjam-jam baru sampai sedangkan waktu tu tak ramai pun pelanggannya. Tak ada gambar ikan bakar yang di snap, penat layan angin Pak Tuan.

Adik suka laut. Sejak sampai sehinggalah makanan terhidang dia tak jemu-jemu mengadap laut. Banyak soalan-soalan yang ditanya termasuk macam mana ombak terjadi. Susah omak nak jawab, guna ayat-ayat sains nanti anak pulak tak faham.

Akhirnya kami check in di Edo Hotel. Memang tersangatlah letih seharian dalam perjalanan. Kalau ada lain kali memang masa akan di habiskan di Bukit Tinggi sahaja tak mau singgah Padang lagi. Perancangannya nak   bershopping di Ramayana ataupun sekitar pasar di Padang tetapi dah tutup pulak. Siang esoknya ingat nak habiskan rupiah yang ada tetapi hajat yang satu nak jugak buat. Bawak anak-anak tengok Malim Kundang. Malam tu je dapat keluar jalan-jalan sekitar pasar tu pun dah nak tutup tapi blouse, skirt, kasut semua murah-murah sangat kat situ.

Sarapan di Edo Hotel rate sama sahaja dengan Nikita Hotel yang kami dapat dari Aldi. Kalau teringin hendak bershopping di Ramayana bolehlah pilih hotel ini. Bilik luas dan selesa, bilik air pun bersih.

Panjat bukit kemain tinggi nak sampai sini, terhenjut-henjut van tu nak bawak kami semua dan barang-barang shopping. Melalui pantai dan melintas bukit. Akhirnya sampai jugak. Kalau kat Malaysia rasanya tak teringin kot orang nak pergi dengan keadaan tempat macam tu. Tulah jalan nak pergi tengok anak yang di sumpah ibu. masa balik ada budak minta sumbangan kononnya nak buat jambatan untuk kemudahan kat situ. Pejam mata bagi jelah seribu dua.

Aina memang nak sangat bawak anak-anak pergi sini. Tak kiralah ianya hanya mitos atau rekaan. Nak gak tunjuk kat depa jangan derhaka kat mak-bapak kalau tak mau jadi batu lagu tu...hahahaaa... Tapi tengok area situ macam depa buat balik ja batu-batu tu. Redah jelah.

Lepas tu kami terus ke bandara. Walaupun masih ada 3 jam dan Ricky ajak pergi makan dulu Pak Tuan   berkeras tak mau makan. Takut tertinggal kapal terbang lagi sekali macam kat Sabah dulu...hahaaa... Kami check in dan lepak-lepak kat bandara. Lepas solat zohor kami semua masuk ke balai menunggu. Kapai terbang delay 20 minit.

Overall pergi Bukit Tinggi kali ini memanglah agak kechewa. Banyak tempat yang dah masuk senarai tak dapat pergi. Sedikit sejukkan hati bila tengok anak-anak dan mak nampak hepi ja. Di sebabkan hari pertama digunakan untuk ziarah seorang kawan jadinya aturcara kami di sana sedikit terganggu. Tiada yang lebih penting bila dapat memanjangkan silaturrahim yang telah lama terjalin. Alhamdulillah hajat ke rumah Iyen terlaksana jugak.


24 Rider Beraksi:

Rindu Bertamu Di Hati Mama

2:06 PTG JunAina 9 Comments

Dua minggu sudah tak bercakap dengan kakak. Rasa tak sampai hati nak dengar suara dia kat telefon. Takut air mata menitis. Bukan pulak dapat ditahan-tahan tidak jugak dibuat-buat. Seminggu 2-3 kali telefon jugak mak, bertanya khabar. Sms darinya pun tak ada, selalu seminggu 2 kali mesti dia sms minta topup handphone.

Khabarnya Kakak Hayani sibuk. Pagi bawak ke malam ada sahaja aktivitinya. Kadang-kadang bila malam tertidur ketika sedang buat kerja sekolah. Biasa pagi-pagi pukul 7.45am kakak dah bersedia untuk ke sekolah walapun jarak rumah mak tok dan sekolah dekat sangat. Berjalan kaki pun sampai, mak tok boleh tengok je dari depan rumah sampai kakak masuk pagar sekolah tapi tetap dihantar dan dijemput sama ada oleh bapak saudara atau tok saudara sebelah rumah.

Habis sekolah tengahari selepas rehat sejam sambung kelas tambahan. Habis kelas tambahan kakak sibuk pulak dengan latihan bola jaring di sekolah kat pekan (Kangar). Khabarnya kakak bakal mewakili daerah. Hanya dua orang yang terpilih dari sekolahnya. Mungkin faktor ketinggian kakak kot buatkan dia terpilih. Malam pulak kakak ambik kelas tambahan berbayar kat sekolah. Kelas malam bermula 8pm dan tamat pukul 10pm memang kakak letih tapi kerja sekolah kena buat jugak. Masa mula-mula terpilih mak tok tak izinkan jugak kakak main bola jaring coz tak mau terganggu pelajarannya. Kakak janji dengan mak tok dia tak akan ponteng kelas. Tahun ini kakak akan ambik UPSR, dia berada dalam 10 orang yang cikgu target untuk dapat 5A.

Akhir bulan Mei ada cuti sekolah dua minggu tetapi rasanya kakak tak boleh balik kerana ada kelas tambahan. Mama pulak dah habis cuti. Jadinya pendamkanlah rindu di hati mama. Mungkin seminggu pertama sahaja kot ada kelas minggu kedua boleh pertimbangkan untuk balik Kajang. Buat sementara waktu ni mama berkorbanlah kejap. Udah le kakak ni anak perempuan nan sorang.

Alhamdulillah. Dok dengan mak tok banyak mengubah diri kakak. Dulu banyak bergantung dengan mak dalam pelbagai urusan. Suka masam-masam dengan mama. Suka tengking-tengking. Suka mogok ponteng sekolah ikut mood dia. Sekarang seterika baju sendiri, makan senduk sendiri kalau mak tok malas layan...hehehe... Jarang nak masam-masam kalau kena tegur. Sekolah pulak rajin, tak ada ponteng-ponteng (jarang sangat le kecuali ada alasan). Tengking-tengking pun dah tak ada.

Kat sekolah kakak ada emak angkat, setiap guru perlu ambik 2 murid untuk jadi anak angkat. Emak angkat ni akan pantau perkembangan pelajaran anak angkat. Kebetulan emak angkat kakak satu sekolah dengan mama cuma tua 2 tahun pernah sekelas dengan Pak Ngah. Balik kampung baru-baru ni tengok ada hadiah dari emak angkatnya sebagai pendorong untuk kakak belajar. Mama tak bagi apapun...hehehe... Nama mak angkat kakak Cikgu Arina.


Gambar ni ambik dari laman sesawang sekolah. Kakak Hayani dan kawan-kawan yang menyertai choral speaking. Pada English Carnival 2013 yang lepas sekolah mereka menang besar. Story Telling-Johan, Action Song-Johan, Choral Speking-Johan, Choral Speaking-Best Conductor, Public Speking-tempat ke-3.  Guru besar senyum sampai telinga gembira atas usaha anak murid dan guru.



9 Rider Beraksi:

Pauh Piaman, Jam Gadang dan Pasar Atas

7:53 PG JunAina 13 Comments

Bergerak kembali ke Kota Bukit Tinggi hari sudah hampir petang jadinya kami late lunch. Muka masing-masing dah ketat terutamanya anak-anak dan Pak Tuan, walaupun ada bekalan kuih, roti dan biskut yang di bawak seperti tidak lengkap tanpa nasi. Aldi (pemandu) membawa kami ke Kedai Nasi Pauh Piaman, menurutnya di sini paling terkenal gulai ikannya.

Kedai Nasi Pauh Piaman. Kedainya selesa. Ruang luas. Tak perlu berasak-asak dengan tetamu lain kerana kami diberi bilik khas. Kat sini juga disediakan musolla untuk kemudahan tamu tetapi kita kenalah biasakan diri dengan sesuatu tempat kerana musollah mereka adalah terbuka dan berkongsi tanpa ada sekatan. Maksudnya masuk dari pintu yang sama, lelaki akan bersolat di depan dan perempuan akan bersolat di belakang jadi pandai-pandailah menjaga aurat.

Macam biasa hidangan nasi padang. Bagi Aina memang tak kenalah dengan tekak, ini selera masing-masinglah. Hidangan istimewa kat sini gulai ikan, harus cuba sedap sangat. Aina hanya makan ayam goreng, sebenarnya boleh sahaja nak makan gulai tu tapi berlemak dan pedas mak pulak asik jeling-jeling ja.

 Menu air. Kami hanya minum air suam. Anak-anak ja oder air yang berais.

Selepas makan Aldi menurunkan kami di Pasar Atas. Hari Ahad merupakan hari libur bagi penduduk Bukit Tinggi. Punyalah ramai umat manusia hari tu. Bukit Tinggi tidak seperti di Bandung kerana ke mana kita pergi kita akan bertemu dengan ramai rakyat Malaysia. Di sini adalah seorang dua yang kita jumpa atau mungkin mata sibuk memandang sekeliling sehingga tidak sempat melihat orang.

Tak mau lepas peluang nak jugak bergambar dengan landmark Bukit Tinggi iaitu Jam Gadang. Antara tempat tumpuan pelancong di sana. Hanya depan Pasar Atas. Dari Nikita Hotel tempat kami menginap kita hanya boleh berjalan kaki ke sini. Hotel Ambun Suri paling dekat dengan Jam Gadang dan Pasar Atas.

Di hadapan Pasar Atas. Kat sini di jual pelbagai telekung, kain sulam, jubah dan lain-lain keperluan. Aina lebih suka membeli di gerai-gerai di bahagian bawah. Sesak tetapi berbaloi-baloi bila tawar menawar. Kunjungan kami di pagi Isnin, tanpa asakan orang ramai. 

 Peniaga jalanan yang hanya ada pada hari Ahad. Pelbagai cenderahati terutama keychain di jual di sini. Aina   lebih banyak membeli t-shirt sebagai kenangan dan buah tangan buat adik-adik dan anak saudara. Kakak Hayani memborong keychain untuk rakan sekelas. Abang Iqbal membeli sehelai T-Shirt untuk kawannya. Adik tak pernah peduli semua tu.

 Tingkat satu di Pasar Atas. Kami tinggalkan mak tok kat sini, menumpang duduk di sudut sebuah kedai. Dia penat hendak berjalan dalam orang ramai sebegitu. Akhirnya jubah berwarna hitam disebelah baju biru menjadi mangsa mak tok. Harganya memang murah sangat, jubah berjahit cross stitch.


Adik punya. Kalau yang lain dia tak pernah peduli kecuali mainan. Burung buluh macam tu pun harganya Rm5. Sebab dia tak pernah minta apa-apa mama belikan dua. Satu untuk main di sana satu lagi simpan bawak balik Malaysia.

Keadaan tenang di Pasar Atas pada hari Isnin. Memang sunyi betul. Mak tok bergambar dekat anak tangga menuju Pasar Bawah (menjual barangan basah). Memang penat kalau nak menuruni anak tangga yang tinggi tu. 

Di sini kami tidaklah bershopping sakan kerana kali ini adalah percutian keluarga. Bawak anak-anak dan mak jalan-jalan. Membeli pun banyak untuk anak-anak. Kat sini Aina beli jubah sehelai dan t-shirt sahaja. Pak Tuan hanya beli t-shirt. Mak tok dapat jubah dan borong t-shirt untuk adik-adik dan anak buah. Anak-anak jangan cerita cakap sahaja nak apa semua dapat.

Kalau ada yang berhajat nak ke sana elakkan datang ke sini pada hari Ahad kerana tempat ini menjadi tumpuan penduduk setempat dan penduduk Padang pada hari cuti. Satu lagi pasar yang patut pergi iaitu Pasar Aur Kuning, lebih kepada pusat borong. Harga lagi murah dari Pasar Atas. Di sebabkan kesuntukan masa kami terpaksa lupakan hasrat untuk ke sana. Bawak anak-anak banyak benda mesti difikirkan. Satu lagi sekiranya membeli kain sulam pastikan dahulu panjang dan lebar kainnya, bimbang balik Malaysia tidak cukup pula kainnya untuk menempah sehelai baju. Biasanya mereka mengikut saiz rakyat setempat yang kecil molek di mana kain hanya di potong 3.5 meter untuk bukaan biasa.


13 Rider Beraksi:

Cincau Labu

8:29 PG JunAina 27 Comments

Sebelum pergi ke Bukit Tinggi buatlah research jugak kat internet. Kononnya tak mahulah ketinggalan benda-benda yang biasa dilawati dan dicuba oleh pelancong kat sana. Salah satunya yang terbaca kat blog cendol labu. Memang teruja habis nak cuba.

Sesi mencendol ni kami lakukan semasa dalam perjalanan balik dari Danau Maninjau. Kami singgah di sebuah kedai menjual pelbagai kerepek Bonda Kanduang dan kat situ juga ada gerai kononya cendol labu. Bila tengok kat banner di tulisnya 'cincau labu'. Aina pelik jugak. Apa jauh benar bunyinya cincau dan cendol tu. Mungkin cara hidangannuya tu sama dengan cendol kat Malaysia jadi depa letak jelah nama cendol labu yang kat sana disebut cincau labu.

Tokey kedai tengah tuang susu dalam cincau labu yang sangat kalerfull. Gerai ni kecik je bersebelahan kedai jual kerepek. Special kat sini hanyalah cincau labu le. Tengok dia orang makan memang marbeles. Nama tempat memang tak ingat tapi kalau dah guna pemandu tu bagitau ja mesti depa singgah.

Cucu ni memang jadi escort mak tok je sepanjang berjalan kat sana. Dulu sekolah dengan mak tok setahun, masa kecik-kecik dulu pun pernah duduk dengan mak tok lama jugak. Bila ambik balik merajuk-rajuk jugalah orang tua tu...hehehee... Tapi dia memang rapat dengan mak tok.

Daddy tengah semangat menyedut cincau labu sorang-sorang. Belakang tu tuan punya gerai. Jangan tak tau walaupun di atas bukit di tengah hutan macam tu dan di gerai yang kecil tu je ada WiFi. Perghhh...Terbaiklah.

 Inilah ropernya cendol labu ataupun cincau labu. Biasanya kebanyakan pemandu pelancong kat sana akan bawa kita singgah kat sini. Cubalah rasa supaya bila balik Malaysia tak lah terkilan. Aina tengok jelah coz benda tu di buat dari tepung yang dicampur labu yang diletakkan bermacam-macam warna, masuk santan, gula dan ais. Labu bersifat sejuk, mak tok kata jangan makan jadinya tengok jelah.


27 Rider Beraksi:

Rezeki

5:20 PTG JunAina 8 Comments

Hari ini berkuat kuasa penggantungan sepenuhnya lesen merempit.
Alhamdulillah Pak Tuan sudah mula bekerja kembali setelah setahun bersara dari perkhidmatan dalam kerajaan. Bermakna sekarang pergi dan balik kerja diambil dan dihantar. Yeeeyyyyy....

Selepas keguguran emosi Aina sedikit tidak stabil hanya menggunakan komuter dari Kajang dan kemudian mengambil LRT ke tempat kerja. Masa lebih kurang sejam dari rumah sehinggalah sampai ke pejabat. Kira oklah. Menjadi masalah bila hujan. Kadang-kadang komuter mogok. Kadang-kadang terlepas satu komuter kena tunggu lagi 25 minit. Letih.

Sekarang dah boleh senyum-senyum. Walaupun tak dapat layanan queen seperti dulu, sarapan bersama, makan tengahari dilayan tetap rasa happy coz pergi kerja dan balik kerja boleh peluk ketat-ketat...ahakssss...


8 Rider Beraksi:

Danau Maninjau Nan Indah

11:55 PG JunAina 11 Comments

Hari kedua kami merancang untuk ke Danau Maninjau, rumah kelahiran Prof. Dr  Hamka (seorang ulama, guru dan penulis yang tersohor) dan shopping di Pasar Atas. Memulakan perjalanan pukul 8.30am waktu tempatan. Banyak masa di habiskan di atas kenderaan memandangkan perjalanan yang jauh, bentuk muka bumi yang berbukit juga faktor jalan yang kurang baik. Seronok berada dalam kenderaan dengan pemandangan kawasan pergunungan yang di penuhi teres padi, sesetengahnya menanam sayur dan jugak jagung. Bayangkan di tengah-tengah sawah nan menghijau ada orang tanam sayur! Cuaca pun best yang sedang-sedang aje.

Ada jugak yang tak bestnya. Kakak mula muntah bukan sekali tapi berkali-kali muntah. Separuh jalan kami berhenti di satu tempat yang ada kedai jual pelbagai cenderahati dan jaket. Kat situ juga kita boleh menikmati pemandangan yang sangat owhsem. Malangnya hanya guna kamera cap sauh kalau guna DSLR puas hati ambik gambo. Kat situ habiskan duit beratus-ratus jugaklah, kalau guna duit rupiah juta-jutalah. Kakak dah terbekenan sehelai jaket jadinya abang dan adik pun kena belikan jugak. Harga kira oklah hanya Rm30 sehelai. Abah beli beg sandang. Mak tok belikan jaket jugak untuk adik-adik dan untuk angah belikan tali pinggang kulit upah depa kena tinggai.

 Adik yang teruja kat pelantar. Pemandangan dari sini memang sangat-sangat cantik. Boleh lepak-lepak minum kopi jugak kat sini. Paling terkenal kat sini dah tentulah teh halia. Adik berlari naik turun kat pelantar tu.

Nun di bawah sana sebuah masjid di tengah sawah. Subhanallah...memang sangat-sangat mendamaikan. Pemandangan yang hanya kat sini kita boleh lihat. Tidak pasti berada di kelok berapa rasanya kelok 30. Masih perlu meneruskan yang agak panjang untuk sampai ke kelok 44.


Dari tempat yang sama dari arah yang berbeza. Dicelah-celah pepohon menghijau, di celah-celah rumah yang tidak tersusun terdapat sebuah masjid/mosolla. Ianya tidak jauh dari masjid tadi. Mungkin untuk kegunaan penduduk disekeliling itu sahaja. Apa yang pasti mosolla sangat senang di lihat di sini, jaraknya juga sangat dekat antara satu sama lain. Mungkin menjadi kebiasaan penduduk akan berjemaah di mosolla setiap kali waktu solat.

Antara cenderahati yang terdapat di situ. Pelantar untuk menikmati pemandangan berada di belakangnya. Tidak ada apa yang dibeli di sini. 

Danau Maninjau di Kelok 44. Kebiasaannya pemandu akan berhenti di sini untuk kita melihat pemandangan sekitar. Tidak jemu mata menikmati pemandangan yang sangat indah di situ. Langit dan tasik bagai tiada pemisah, bagai bersatu.

Abang duduk termenung di tepi sawah. Menikmati alam semulajadi. Walaupun ketika itu tengahari tetapi tidak terasa panasnya.

Kakak bergaya dengan jaket yang baru dibeli. Permintaan anak-anak mana bisa ditolak. Mak tok mata entah ke mana, agaknya asyik melihat orang berjualan.

 Kat sini juga banyak cenderahati di jual. Pandai-pandailah tawar-menawar. Beg cross stitch yang besar itu di jual dengan harga Rp100,000 untuk 4 biji lebih kurang Rm32 mengikut tukaran semasa. Belilah jugak coz mak tok dah berkenan, ada banyak saiz. Anak-anak beli beg handphone. Ada juga dijual kain batik dan pelikat dengan harga Rm10 tetapi memang cantik kualitinya. Semuanya mereka ini penduduk tempatan.

Perjalanan yang jauh memang memakan masa. Rasanya 4 hari 3 malam memang tidak cukup untuk jalan-jalan di sini. Separuh hari sudah dihabiskan untuk ke sini sahaja, itupun kami tidak meneruskan perjalanan ke rumah kelahiran  Prof. Dr  Hamka yang mengambil masa lebih kurang 30 minit lagi dari Danau Maninjau memandangkan anak-anak dah penat. Kakak pulak dah berkali-kali muntah tapi setiap kali lepas muntah dia elok je makan dan makan lagi.

Sekitar Danau Maninjau jugak terdapat penginapan yang di sediakan. Kami tidak berminat untuk bermalam di sana. Memandangkan banyak aktiviti yang hendak di buat di Kota Bukit Tinggi.

11 Rider Beraksi: