Letih Tapi Saya Gembira

11:00 PG JunAina 9 Comments

Saya gembira sebab dapat gembirakan seorang kawan semalam.

Walaupun letih.

Sumbangan saya hanya kecil tapi saya harap itu dapat membantu sikit sebanyak beban tuan rumah.

Tak sangka saya akan jumpa lagi ramai kawan-kawan kat sana.

Selain kawan-kawan lama sayalah.

Dari alam maya sehingga ke perjumpaan reliti.

Semoga ukhwah ini akan terus berpanjangan.

Silaturrahim ini moganya akan terus terjaga dan subur.

Esok mungkin saya akan tayang-tayang gambar pulak.

Selamat berhujung minggu dan selamat berehat.



9 Rider Beraksi:

Kenduri

10:00 PG JunAina 4 Comments

Sabtu.

9.30am saya dah berada di Gombak. Sibuk dan menyibukkan diri di majlis pernikahan anak seorang kawan. Depa gembira terima menantu. Saya jugak gembira dapat membantu.

Bertungkus lumus sejak Jumaat tetntunya hari ini menjadi kemuncaknya.

Moga majlis berjalan lancar.

Harap juga sempurna tanpa cacat cela.

Saya tak sabar nak melayan tetamu sebiji bas dari Perlis. Kawan-kawan dari Kangar Dalam Kenangan, mungkin juga dari Republic Of Anak Perlis. Seperti biasa muka-muka kami tetap jadi orang penting dalam majlis. Sama ada sibuk buat kerja atau sibuk kacau orang buat kerja.

Nanti saya tayang-tayang sekitar majlis dalam entri seterusnya.


4 Rider Beraksi:

Berderau Anak Perlis.com

3:00 PTG JunAina 15 Comments

Jumaat.

Seperti biasa saya kerja separuh hari, pukul 12 saya balik.

Hari ini saya tak balik rumah. Hari ni saya nak pi berderau di Gombak (gotong royong untuk kenduri) di rumah seorang kawan. Kawan maya mulanya. Kini umpama keluarga sendiri. Dia kawinkan anak. Anak sulung. Kenduri sulung jugak.

Ada menu istimewa selain lauk katering yg ditempah. Gulai daging bersama rebung madu menu dari Perlis (bawak tukang masak dari sana). Gulai tempoyak ikan patin menu Perak (isteri tuan rumah masa sendiri, memang tukang masak pun).

Pagi tadi lembu yg dikorbankan khabarnya sudah sampai. Rebung siap di gubah bersama tukang masak juga sudah sampai. Sedang mengerjakan lembu nan seekor. Juga patin yang beratus ekor. Bertabahlah.

Ada anak Perliskah antara pengunjung blog ini? Sekiranya anda, isteri anda atau girlfriend/boyfriend anda berasal dari Perlis apa kata singgah ke facebook group Republik Of Anak Perlis atau group Kangar Dalam Kenangan (KDK). Kat sana ada undangan khas untuk orang-orang Perlis. Kalau sudi 'jom kita pi makan kenduri'.

Ceritanya saya tak sabar nak tunggu kawah gulai rebung dan suami pulak tentunya tak menahan tengok gulai tempoyak ikan patin. Tuan rumah orang Perlis macam saya dan isteri tuan rumah pulak orang Bota sekampung dengan suami saya.



15 Rider Beraksi:

BFF Day

9:49 PG JunAina 10 Comments

Selama belajar dari sekolah kebangsaan, masuk sekolah menengah tak pernah ada kawan baik bak kata budak-budak sekarang 'BFF'. Entahlah kenapa. Berkawan tetap berkawan tetapi terlalu rapat tu tidaklah. Tak tahu kenapa. Perasaan nak feeling lebih-lebih tu tak ada. Sebab tu ramai kawan-kawan zaman sekolah semuanya lost contact berjumpa balik bila masing-masing pandai berFace Book.


Bila sambung belajar selepas SPM rapat dengan seorang kawan berlainan krusus. Kami memang betul-betul rapat. Kami jadi kawan baik. Kebetulan pulak kami dari utara seorang Kedah dan seorang Perlis, serasi.  Selalu berkepit dalam banyak situasi. Dating pun dia yang temankan (opsss...hahahaa...). Bila habis belajar, masing-masing membawa haluan sendiri. Dia kembali ke SP dan Aina tercampak di kota metropolitan. Lama-lama kami terputus hubungan. Pasrah. Dulu-dulu tak macam sekarang internet tak begitu popular, hanya orang yang betul-betul ber'duit' sahaja yang mampu ada internet.


Sama-sama satu krusus pula ada dua orang yang agak rapat. Sifat rendah diri mungkin mempengaruhi cara pergaulan ketika itu. Kami rapat tetapi tidaklah sehingga menjadi kawan sejati. Bila masing-masing bekerja, sama-sama berada di kota metropolitan. Hubungan kami masih terjalin. Saling bantu membantu. Lama-kelamaan kami jadi semakin rapat, menjadi kawan baik. Susah, senang, masalah semua kami kongsi bersama. Masing-masing akan beri pendapat. Kami menyokong antara satu sama lain. Sehingga kini kami masih begitu.


Sehingga kini walaupun masing-masing sudah berkeluarga sendiri. Ada komitment tugasan sesekali kami akan curi masa untuk keluar makan-makan dan berborak. Sekejap cuma tetapi itulah masa-masa berharga buat kami. Merekalah teman baik kini. Akrab. Bak kata budak-budak sekarang 'best friend forever'. Berkawan sejak belajar kini hampir 19 tahun. Kami masih berkawan. Masih menyokong antara satu sama lain. Masih bantu membantu. Masih berkongsi masalah dan saling memberi pandangan serta nasihat.



Kami jumpa sebab Miza akan bercuti panjang, balik Terengganu selama dua bulan. Insyaallah andai rezeki mungkin akan dapat baby girl setelah dua anak sebelumnya lelaki. 11 tahun dah anak nomor dua dia. Doa yang terbaik buat temanku ini. Khabarnya 24hb Jun sudah di masukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah, minggu ke 38 terus induce doktor bimbang berlaku komplikasi kerana Miza dapat kencing manis semasa kandungan berusia 6 bulan (kalau tak silaplah). Empat hari berlalu masih juga belum bersalin. Bertabahlah teman Allah s.w.t sedang mengujimu.



Ijan. Dulu-dulu kecik molek disebabkan Hizam iaitu encik suaminya pandai sangat jaga dia sampai jadi macam tu, bam-bam dah. Alhamdulillah. Dia sangat bahagia juga sangat murah rezeki. Bulan April lepas telah selamat menunaikan umrah bersama suami tersayang. Hari tu juga di bawakan buah tangan dari sana buat Aina coz masa jumpa lepas dia balik umrah Aina tak dapat datang kebetulan balik kampung. Terima kasih teman. Terim kasih juga kerana mendoakan ku ketika di sana.




Tuan punya blog yang sentiasa ceria. Ya sejak akhir-akhir ini saya memang begitu. Kenapa? Tiada sebab. Sudah sampai masanya kubiarkan angin yang berlalu membawa bersama lara di hati ini. Pergi jauh-jauh. Hidup ini seharusnya dinikmati bukan ditangisi.


Alhamdulillah. Saya punya teman-teman yang sangat memahami, pandai menghargai dan sentiasa berada di sisi saat suka mahupun duka. Sanggup menyapu air mata saya di tika sedih dan mahu bergelak ketawa bersama ketika saya bahagia. Bukan mereka berdua sahaja tetapi kini saya punya ramai teman-teman yang sebegitu walapun saya hanya mengenali mereka melalui alam maya. Berhubung di alam maya. Ada juga yang telah berjumpa tetapi kamu semua tetap teman-teman saya yang sentiasa buat saya tersenyum.



10 Rider Beraksi:

Indahnya Kuala Lumpur

5:52 PTG JunAina 7 Comments


 Pemandangan di Kuala Lumpur pada 24 June di entri Jerebu Di Kuala Lumpur.




Masih dari tingkap yang sama pada 27 June 5.15pm. Cerah. Mentari bersinar garang. Tiada lagi kabus putih tidak sihat menyelubungi alam. Terima kasih Allah kerana memberi kami nikmat ini sekali lagi. Ujian dari Mu Ilahi kami tempuh dengan redha.



Pesanan buat kawan saya. Dr. Singa sila jangan cemburu dengan view ini. Bila saya mula sibuk bekerja di hari Sabtu saya akan undang awak ke sini. 2 menara yang awak suka nampak jelas dari sini. Boleh menembak di mana-mana tingkat yang awak suka. Pilih sahaja dari 7 sehingga 25.


7 Rider Beraksi:

Segmen Bloglist Julai Blog Paly

3:57 PTG JunAina 5 Comments




Jom join ramai-ramai. Syarat mudah sangat.
Saya dalam sibuk-sibuk tetap sempat buat entri pendek ini.
Tambah kenalan dan kukuhkan ukhwah.


5 Rider Beraksi:

Jom Pizza

10:15 PG JunAina 12 Comments


Jomm pizza...yg ni baru murah...utk anak ramai.
Jimat kos.
Kualiti sila jangan tanya saya, cubalah dahulu baru tahu.


12 Rider Beraksi:

Pixajoy Poskad

3:00 PTG JunAina 13 Comments

Hari tu sertai I Remember Parent's Day Photo Contest yang di anjurkan oleh Pixajoy. Ada free DIY Printed Postcard. Aina pun buatlah silalah ke entri Pixajoy! Abadikan Kenangan Manis.

Minggu lepas telah di terimalah poskad yang dibuat tu.

Suka.

Cantik.

Berkualiti.



Inilah poskadnya. Bawak letak kat workstation. Dapat jugak buat lepas rindu bila teringat anak-anak. Terutamnya anak perempuan tulah.


13 Rider Beraksi:

Sama Tapi Tak Serupa

9:08 PG JunAina 15 Comments


Pagi-pagi buka komputer terkujat dapat gambar ni. Sesi makan-makan. Kawan-kawan buat tahana sungguh. Satu department tengok perangai huduh saya.


15 Rider Beraksi:

Rindu

6:37 PTG JunAina 9 Comments

Sehari dua ini asyik ja teringatkan dia. Entahlah kenapa. Terkenang-kenang pula ketika bersama membina impian satu ketika dulu. Bermain ombak di pantai. Berlari kena ragging (dia temankan coz saya ada asthma) kami berjalan beriringan.

Tiba-tiba pagi ini dapat pesanan ringkas darinya. Pukul 5 pagi you!

'Salam. Just miss u.'

Rupanya dia juga sedang merindu.

Rindulah sangat...hahhaaaa...

Dah...dah...
Jangan nak layan rindu yang tak pasti tu.
Hati kena jaga na. Beri rindu itu pada yang berhak.
Tapi...kadang-kadang hati jahat jugak (syaitan sebenarnya) asyik la dok teringat kenangan manis dulu-dulu.
Haisshhhh...pi main jauh-jauh la.

Sekian bebelan petang sementara menunggu rindu yang pasti sampai.
Jap lagi nak peluk ketat-ketat (walaupun bukan malam Jumaat). Mestilah peluk kot namanya merempit takut pulak tiba kat rumah isteri dah tak ada kat belakang...hahhaaaa...

Alhamdulillah. Bumi Kuala Lumpur semakin mendung. Moga-moga hujan akan menghilangkan jerebu yang berterbangan. Bersihkanlah jugak jerebu kat hati ku ini wahai hujan.


9 Rider Beraksi:

Health Tips for the Haze

9:55 PG JunAina 8 Comments


Dear all,

We are currently experiencing the “haze season” . The haze is caused by "hotspots" (zones with high temperature levels as seen via satellite imagery) in Malaysia and Indonesia. Lingering smoke from forest fires on the Indonesian island of Sumatra are identified as the primary cause. Farmers regularly burn scrub and forest to clear land during the dry season for agricultural purposes. The haze   phenomenon can easily last for several weeks and quite possibly longer until the dry season ends.

Air Pollution Index (API) and Health Effects
The API is an index developed based on 5 air pollutants to reflect the air quality status and it relation to health in easily understandable way for decision-making. The following table provides details on the API values and its relevant air quality status.

API Value
Air Quality Status
Description
0 to 50
Good
-
51 - 100
Moderate
-
101 - 200
Unhealthy
Susceptible group might be affected
201 - 300
Very Unhealthy
General public are affected
Above 300
Hazardous
General public are affected

What are the possible effects of haze on health?

What Should We Do?
1.  Keep the haze out - Before going out of the house, make sure all your windows and ventilation outlets are closed. It is better to come back to stale air rather than a million haze particles that will stay inside for a long while. Practice this until the city’s air purity level goes up to ‘moderate’ and ‘good’. Constantly check the news updates and the Department of Environment’s website to keep in the know.
2. Drink at least 2 litres of water a day - The key is to stay hydrated. Haze toxins absorbed by our lungs and skin force our kidneys to work extra hard, hence we need to help them in excreting the toxins by staying hydrated.
3. Stay away from alcohol & coffee - In regards to the previous point, alcohol and coffee dehydrate our system – which makes it even harder for the kidneys to function in hazy days like these. It is hard to go coffee-less, but stay strong for the sake of well-functioning kidneys!
4. Boost your immunity with superfoods -  A healthy diet is important at all times, but in hazy days – it is a definite must. If you are determined to not suffer from scratchy throat or runny nose, then do your part: eat healthily. Make sure you have sufficient daily intake of: protein, calcium, refined carbs, and ‘good’ fats. With balanced diet – you should have enough amount of vitamin C, E, and Omega-3 without having to source them from capsules.
5. Avoid going outdoors - Stay indoor as much as possible, but when you do have to go out, put on a face mask.
6. Wash your hands & face regularly - As much as we try to not be exposed to the toxins, our skin still absorbs them. Be fussy about washing hands and face in public places. After going out, shower immediately to cleanse away the toxin residues.
7. See the doctors immediately after health problems - For those with breathing problems (e.g. asthma) and skin problems (e.g. eczema), always be prepared with your medical solutions during the haze period. For those who experience sudden health problems, especially to do with breathing, see the doctor immediately. However, be informed it is common to experience runny nose because the body produces extra mucus to excrete the toxins.


Sumber: email (lain-lain sumber dari email ini tidak diketahui)

Nicholas Maria Soosay Thas
Senior HSE Engineer 


8 Rider Beraksi:

Skandal Pejabat

5:07 PTG JunAina 19 Comments

Jangan Rendahkan Martabat Seorang Isteri.

Sayangilah hubungan halal yang telah dibina atas dasar kasih, sayang dan cinta. Utamakan juga rasa cinta pada Ilahi yang sama-sama dipegang ketika ijab dan qabul. Kenanglah waktu-waktu bahagia, saat-saat manis dan tika-tika air mata bahagia mengalir di pipi. Ikhlaskan hati sebagai mana kita ikhlas menerima dia ketika tangannya erat di salam dan kucupan penuh kasih sayang diberi dan diterima di hadapan kaum-keluarga dan sahabat handai. Suami mahupun isteri kenanglah saat-saat itu sentiasa agar jiwa kita tidak terpesong. Supaya mata kita yang terbuka memandang tanpa meresap ke dalam jiwa setiap apa yang terhidang di luar.

Alam rumahtangga zaman sekarang penuh pancaroba. Keterbukaan yang telah banyak disalah guna. Sekiranya dulu selepas berkahwin para isteri lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Sibuk menguruskan rumah, menguruskan suami serta anak-anak. Kadang-kadang bila berkesempatan bertangga di rumah jiran, itupun terhad. Suami pula membanting tulang di sawah/ladang seusai kerja pulang ke rumah. Tiada persinggahan. Pengubat lelah cuma anak-anak dan isteri. Sesekali mungkin hanya lepak-lepak di kedai kopi sambil menonton tv.

Zaman sekarang serba moden. Wanita turut berkerja bagi membantu ekonomi keluarga. Pagi lagi sudah keluar ke pejabat, masa bersama suami juga menjadi semakin suntuk. Bila pulang masing-masing keletihan. Komunikasi semakin terhad. Lama-kelamaan ini akan membina satu jurang tanpa kita sedar. Bila salah seorang rasa tersisih umpama tidak diperlukan bimbang dia akan mula mencari penawar di luar. Penawar yang akan menjadi racun bagi satu pihak yang lain. Tak keluar dari rumah pun boleh berhubung dengan dunia luar apatah lagi yang setiap hari keluar berkerja. Telefon dan internet menjadi keperluan di zaman sekarang. Dunia tanpa sempadan sekarang memungkinkan segalanya. 

Pada para suami setelah telah di terima nikahnya. Melafaz janji terimalah dia seadanya. Dia tidak sempurna. Kerana itu Allah memberi mu sebagai pembimbing buatnya. Bentuklah dia sewajarnya mengikut acuan yang baik kerana isteri yang baik akan melahirkan anak-anak yang baik juga. Buat isteri amanah Allah s.w.t buat suami. Merendahlah. Dia suami mu. Allah telah memberi amanah kepadanya. Bantulah suami untuk menjadi pemimpin yang berjaya. Berjaya dunia, berjaya akhirat.

Aku bimbang dengan dunia sekarang. Suami tidak lagi pandai menghargai isteri, ramai. Suami yang tidak tahu tanggungjawab sendiri, banyak. Suami yang ambik kesempatan pada kebaikan isteri, pun ada. Tidak kurang yang mendua, mentiga atau mengempatkan isteri. Itu hak mereka. Dunia sudah terbalik. Bukan suami sahaja yang bersikap sebegitu isteri juga sudah ada yang berani. Mencari ketenangan di luar. Menghambat bahagia yang belum pasti. Menggadai sesuatu yang telah pasti.

Bukankah lebih baik kita sama-sama menjadi insan yang bersyukur? 


19 Rider Beraksi:

Jerebu di Kuala Lumpur

11:02 PG JunAina 14 Comments

Gambar-gambar kat bawah Aina snap dari tingkat 13 Sunway Tower, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Itulah kenyataan yang terpaksa kita telan, bukan kita di Kuala Lumpur sahaja tetapi seluruh Malaysia. Tak perlulah ditunding jari ke sana-sini ketika ini, paling penting sama-samalah kita menjaga kesihatan orang yang kita sayag di sekeliling kita.

Tanya seorang teman. Apa patut kita lakukan dalam keadaan sekarang? Macam-macam jawapan yang dapat kita dengar. Tutup pejabatlah. Jangan buat aktiviti luar. Tutup sekolah seminggu. Akhir jawapan dari teman tadi menutup mulut semua orang. 'Sama-samalah kita buat solat hajat minta Allah s.w.t turunkan hujan'.


8.36am.

 9.45am

10.35am

Hari ini juga semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor ditutup. Hadkan aktiviti di luar, sentiasa ikut panduan serta nasihat yang diwawarkan di media elektronik dan media cetak. Pantau juga pergerakkan anak-anak di rumah dalam kesibukan kita bekerja. Tetapi ada juga rupanya yang tidak perihatin, pagi-pagi masih ada anak-anak kecil berpakaian seragam berjalan ke sekolah. Tak kurang juga yang terpaksa menunggu di pondok pengawal kerana ibu-bapa hanya menurunkan mereka dan terus pergi kerja.

Tuan punya blog selsema sejak 3 hari lepas. Lambat pulak baiknya dalam cuaca sebegini, siap package dengan batuk dan asthma. Ujian Allah s.w.t buat hambanya, terimalah dengan redha.


14 Rider Beraksi:

Beza Kami

4:00 PTG JunAina 16 Comments

 Kak Kiah punya. Senior sayalah!

 Kak Nor punya. Kakak lain department.

Saya punya! Beg kain beli kat Melaka 5 tahun lepas kot.

Apa saya nak cerita. Tunggulah minggu depan.

Selamat berhujung minggu dan selamat beristirehat. Saya...dah angkat beg. Mungkin ketika ini sedang lepakking kat KLCC ataupun sedang peluk bantal busuk kat rumah. Anak-anak sekolah. Suami pulak kerja.


16 Rider Beraksi:

Beruntung Jadi Blogger

9:46 PG JunAina 19 Comments

Adakah saya blogger? Blogger picisian cuma. Menulis mengikut rasa serta gerak hati. Menulis sekadar berkongsi. Menulis kadang-kadang untuk meluahkan isi hati. Menulis yang kadang-kadang untuk meredakan stress sendiri. Tetapi saya gembira dengan cara ini. Menambah kawan, menguatkan ukhwah. Tak rugi. Dari saya duduk di meja kawan bercerita yang tak pasti, bertangga di pintu jiran menghebohkan benda yang tak pasti lebih baik saya mengadap komputer dengan dunia saya sendiri.

Ada juga blogger yang menjadikan dunia blog ini sebagai pekerjaan tetap. Sebahagiannya menjadikan sebagai pendapatan sampingan. Ada juga yang suka-suka bila dapat duit lebih. Tetapi ada juga menulis tanpa mengharap apa-apa balasan dunia. Saya juga ingin menjadi sebahagian daripada mereka yang mungkin satu hari tidak perlu lagi mengejar masa untuk masuk kerja 9-5. Mungkin...tapi semua itu perlu kerja kuat.

Satu yang pasti sejak pandai tulis blog ini banyak ilmu yang saya dapat. Ilmu apa? Macam-macam ada. Saya menulis. Saya juga membaca. Membaca blog kawan-kawan yang lain. Kita semua ada bidang masing-masing dan setiap dari kita akan menulis kelebihan kita untuk dikongsi. Itu juga ilmu. Ilmu yang dikongsi membawa manafaat sehingga ke akhirat. Penglaman kawan-kawan blogger juga banyak memberi pedoman untuk kita jadikan panduan, tidak kiralah pengalaman yang sebagaimana jugak pun. Kerana hidup ini umpama roda, berpusing mungkin suatu hari kita akan berada di situasi yang sama dan pastinya pengalaman orang lain akan sedikit sebanyak memberi panduan.

Saya suka dunia saya sekarang. Dunia senyap tetapi sangat meriah. Diam tetapi saya ramai kawan. Bukan bermakna saya menolak dunia luar tetapi apa yang saya ada sekarang sangat menggembirakan hati saya. Masih juga melayan kehendak kawan-kawan, mengikuti juga tuntutan hidup bermasyarakat tetapi bagi saya berblog punyai daya tarikan yang tersendiri. Tarikan yang tak mampu ditolak oleh hati saya.

Selamat berhujung minggu buat semua. Ada yang nak ikut saya pergi KLCC petang ni? Jom makan-makan bersama tapi kat food court KLCC jelah, nanti kalau Nuffnang bagi duit banyak-banyak saya belanja kawan-kawan eh.

Salam Jumaat penuh berkat.


19 Rider Beraksi:

Sebenarnya Saya Isteri Dia! Kenangan Baru Kahwin

4:22 PTG JunAina 13 Comments

Cerita lama. Novel 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' pun belum ada, apatah lagi dramanya.
Senaja mengaitkan cerita dalam novel ini dengan hari-hari yang kami lalui bersama.
Pernah sekali menulis di sini.

Kami nikah akhir tahun 2001.
Masa tu Pak Tuan masih bertugas di Bukit Aman. Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.
Menguruskan bahagian latihan. Banyak masanya dihabiskan di Maktab Pegawai Rendah Kuala Kubu Baharu menguruskan krusus peralihan detektif. Kami sering berjauhan.
Redha.

Setiap krusus akan ada latihan luar. Kebiasaannya latihan akan di adakan di Lumut.
Terdapat beberapa sesi yang perlu peserta krusus jalankan di sana.
Sekali tu Pak Tuan ajaklah isterinya(sayalah tu) ikut sekali.
Bertolak dari rumah awal pagi, kemudian lepak di bilik sementara dia menguruskan peserta krusus.
Kemudian kami keluar minum di kantin.
Dalam perjalanan Pak Tuan berhenti berborak dengan seorang pegawai dan Aina terus berjalan ke kantin.
Duduk. Main-main dengan kakak (waktu tu baby lagi waktu tu juga umur saya baru 26 tahun).

Dari jauh nampak Pak Tuan jalan laju-laju dengan uniformnnya.
Segak. Bergaya (itu yang buat Aina jatuh chinta padanya).
Dia terus ke kaunter oder minum dan ambik makanan, jalan penuh bergaya lagi ke arah isterinya.
Tiba-tiba.
'Tuan!!!'
Pak Tuan berpaling.
Seorang anggota wanita memanggil sambil tepuk-tepuk paha memberi isyarat konon suruh duduk kat riba dia. Sambil gelak-gelak dalam kumpulannya.
Pak Tuan gelak besar dan terus jalan kearah isterinya (sebenarnya control gatal depan isteri).

Menyirap!
Huh! Depan bini gayanya gini belakang bini lagu mana gamaknya.
Muka bini dah muncung-muncung.
Makanan pun tak jamah geram.

Masa bangun keluar dari kantin Pak Tuan dukung anak perempuan kesayangannya.
Sambil berjalan Aina terus rangkul tangannya. Genggam erat-erat.
Dalam hati menjerit  'Jangan lebih-lebih ya! Sebenarnya Saya Isteri Dia!'
Dah la waktu tu kami baru 3 bulan kawin!

Bila di Lumut budak perempuan tu nampak serba salah mungkin tak sangka yang Aina ni isteri Pak Tuan. Almaklumlah umur kami banyak sangat bezanya. Kalau zaman muda-muda mau orang kata ayah dan anak yang sedang berjalan.


13 Rider Beraksi:

Win a trip to Phuket with Save22!

5:57 PTG JunAina 13 Comments

Suka shopping? Pernah tak bila kita beli sesuatu barang kat shopping kompleks the next day kita jalan-jalan kat shopping kompleks yang lain tetiba rasa terkedu seperti tertelan biji durian kerana harganya teramatlah berbeza. Dan-dan tu rasa seperti mahu sahaja teriak guling-guling. Ohhh!!! Rupanya kat sini ada sale gila-gila  (jadinya kita pun separuh gila mengenang nasib). Nak pulakkan barang itu dah lama sangat kita dok idam, gigih simpan duit kat tabung ayam baru dapat beli tetiba lepas beli sehari harga jatuh menjunam. Kalau tahu tak perlulah beria-ia pecahkan tabung ayam tu. Cilok je duit belanja dapur (lebih-lebih belanja seharian masuk tabung jugak tabung dapur).



Sekarang tak perlu risau lagi. Penyelesaian dah ada. Rajin-rajinlah menggunakan khidmat http://www.save22.com.my/. Smart shopping. Jimat masa. Jimat tenaga. Jimat duit. Kurangkan stress. Hidup sihat.


Kat sini memang mesra pengguna. Pilih sahaja apa yang kita hendak cari. Diskaun untuk shopping, makan-makan, travel mahupun alatan telekomunikasi semuanya ada (sila rujuk gambar di atas). Choose and clik. Kemudian akan dipaparkan lable pilihan anda.



Tak cukup menu kat atas, di bahagian tepi juga diletakkan lable supaya kita mudah untuk melihat serta memilih. Ada juga di senaraikan 'Top 25 Shop'. Kalau kita hanya nak tengok satu tempat sahaja hanya klik kat situ. Contohnya kita akan ke Pavillion so klik Pavilion dan semua kedai yang sedang mengadakan jualan dan memberi diskaun yang best akan tersenarai. Selepas itu hanya sediakan budgetnya sahaja. Boleh shopping dengan teratur tanpa perlu berkejaran.



 Ini pulak kalau kita pilih shopping mall. Akan tersenarai semua kedai di shopping mall yang sedang mengadakan jualan. Pilihlah yang terbaik antara yang baik bererti kalau di KLCC tak ada sale untuk barangan yang sama mungkin di 1 Utama sedang mengadakan jualan, jadi kita tidak perlu membuang masa terus sahaja ke 1 Utama dan dapatkan barangan yang kita kehendaki.

Shopping ini boleh jadi terapi terutama untuk kaum wanita. Sekarang banyak pilihan untuk shopping, dari shopping kompleks yang kecil, sampailah sebesar Suria KLCC, segah jugak Pavillion pilih sahaja. Rasa perlukan sesuatu tetapi malas pulak hendak keluar mengadap jem, buang masa atau sibuk juga sebagai wanita bekerjaya boleh sahaja shopping dalam talian. Hanya di hujung jari, sentuh sahaja skrin telefon pintar anda dan pilih, bayar kemudian tunggu sahaja barangan sampai di depan pintu.

Ramai juga yang memilih untuk bershopping sehingga ke luar negara, mencari jenama terkemuka atau juga keluaran terhad sesuatu barang. Jauh berjalan asalkan dapat apa yang dihajati semuanya sanggup. Apa salahnya memanjakan diri sekiranya berkemampuan.

Jadikanlah diri anda 'Smart Shoppers' dengan save22 Inilah yang dikatakan 'Smart Shopping'!

Nak join jom ramai-ramai melawat Nuffnang.


13 Rider Beraksi:

Wordless Wednesday-Bangga dan Puas Hati

10:40 PG JunAina 19 Comments


Sebelum. Kerja-kerja pembinaan di yard.






Selepas. Akhirnya setiap usaha kami terbalas. Bangga. Kerja kami berada gah di tengah lautan.
Walaupun contribution ku hanya kecil untuk projek ini, umpama semut merah.






 

19 Rider Beraksi:

Resepi Gulai Tempoyak Ikan Patin dan Sambal Kuinin

3:22 PTG JunAina 19 Comments


                    Nak abadikan kenangan dengan Photo Book yang cantik sila klik sini!


Aktiviti Pak Tuan bila balik kampung. Bersihkan pokok tebu depan rumah emak. Pusing kampung bersih apa yang patut, tengahari terik dia selamba ja ke hulu ke hilir dah tu memerun pulak tu. Bertambahlah panasnya.

Balik kampung rumah emak mertua menu utamanya tentulah gulai tempoyak ikan patin. Ate namenya orang Bote. Keli goreng. Kadang-kadang diganti dengan tilapia hitam goreng garing kegemaran mak mertua. Keluarga emak mertua semuanya penggemar ikan air tawar. Kalau ada pucuk paku lagi best masak tempoyak jugak, sama ja seperti masak lemak bezanya cuma santan digantikan dengan tempoyak. Sesekali pucuk paku diganti dengan keladi. Ada satu lagi pokok yang rupanya seperti keladi orang Bota panggil pokok lambuk itupun best jugak. Tiba-tiba rasa lapar. 


Balik kampung rutinnya dahulu kalau emak mertua masih sihat memang dia tak izinkan menantu masak. Kalau boleh biarlah anak menantu rasa air tangannya bila sesekali balik (lagipun Pak Tuan anak kesayangan kerana anak lelaki sulung selepas 4 anak perempuan diatasnya). Biarpun terpaksa memasak sambil duduk di kerusi. Bila dia semakin uzur terpaksalah menantu masak sendiri tetapi bahan-bahannya semua mengikut arahan amak mertua, semua disenduk depan matanya. Cili berapa biji, serainya, bawangnya, tempoyaknya ikut arahan dialah. Lagipun orang Perlis mana pandai makan tempoyak, dulu la. Sekarang emak mertua semakin uzur, Yang kakak nombor 2 berpindah tinggal bersamanya bila suaminya meninggal dunia. Dua orang anak Yang memang duduk bersama opahnya sejak dari kecil. Sekarang rutin masak-masak berpindah pada Yang dan adik ipar hanya ready untuk makan. Yehhaaa…


Balik  Sabtu lepas jugak seperti biasa. Gulai tempoyak ikan patinlah. Gulai taucu dah keluar dari senarai kerana Pak Tuan tak boleh makan kacang (goutlah). Singgah pasar Batu Gajah beli patin, beli tilapia hitam. Selain barang-barang dapur untuk rumah emak mertua dan rumah Chor kakak Pak Tuan yang sulung. Itu rutin. Bau bacang. Pak Tuan request pulak sambal bacang tapi sayang hanya kuinin yang ada jadi tak nak adik kempunan Yang pun buatlah sambal kuinin. Jadinya hidangan tengahari itu gulai tempoyak ikan patin, tilapia hitam goreng garing, sambal kuinin (tiba-tiba teringat Kak Q) dan ulam raja.


Hidangan tengahari kami. Gulai tempoyak 2 mangkuk, sayur kubis campur lobak merah, gulai taucu ikan kembung (Yang masak sebelum kami sampai), talapia goreng garing, sambal kuinin dan ulam raja (fresh petik depan rumah). Makan sampai mengah. Pak Tuan tegur hari ini bertambah la pulak selalu nak habiskan sepinggan pun susah, penangan gulai tempoyak kakak ipar.


Resepi Gulai Tempoyak





Seekor ikan patin
Timun sebatang (potong dan buang biji)
Cili merah ditumbuk
Serai dititik
Tempoyak
Bawang besar (belah 4)
Serbuk kunyit

Cara-cara:

Masuk ikan, timun, cili, serai, serbuk kunyit dan bawang dalam periuk. Gaul sebati bersama tempoyak.
Masukkan air separas isi periuk dan reneh dengan api perlahan.
Tempoyak kalau nak sedap letak banyaklah sikit bagi agak-agak pekat.
Tambah garam kalau guna tempoyak baru (kalau yang beli kat kedai tu rasanya dah tak perlu tambah garam).
Tunggu sampai masak boleh dihidangkan. Ingat ya masak dengan api kecil.

Resepinya sangat mudah main campak-campak je. Sukatan tak tahu agak-agaklah.



Resepi Sambal Kuinin/Bacang



Buah kuinin/bacang di potong dan racik halus
Cili api
Belacan

Cara:

Tumbuk cili api sehingga lumat.
Masuk belacan mesrakan.
Akhirnya masukkan buah kuinin/bacang
Tumbuk kasar jangan sampai lumat.

Dua-dua sambal ni sedap cuma bezanya sambal kuinin rasanya sedikit manis dan sambal bacang sedikit rasa masam. Bergantung pada rasa buah. 

Balik kampung adalah masa yang best untuk makan-makan. Walaupun hidangannya biasa sahaja, sayur dan lauk kampung tetapi itulah yang sangat membuka selera. Tak semestinya ada daging dan ayam bagai. Suasana kampung yang tenang jugak membuatkan kita semakin berselera makan.

** Kuinin = Konen kata orang Perlis.

19 Rider Beraksi: