Semangat Kemerdekaan

7:30 PG JunAina 12 Comments


Limapuluhenam tahun. Syukur alhamdulillah.

Merdeka...Merdeka...Merdeka...!!!!


Semoga kita akan terus mampu menghirup udara Malaysia yang aman dan makmur. Dijauhkan negara kita dari malapetaka dan huru-hara yang boleh menggugat keamanan sejagat.


Siapapun kita, apapun warna kulitnya, walau apa pun pegangan hidupnya marilah sama-sama kita pertahankan apa yang kita ada.


Pupuklah rasa kecintaan pada negara pada generasi baru, agar mereka tahu menghargai penat lelah orang yang terdahulu.






12 Rider Beraksi:

Masak Sendiri Menu Rumah Terbuka

4:54 PTG JunAina 9 Comments


Hari ini pejabat tempat kerja saya tutup sebabnya memang kalau cuti umum jatuh hari Sabtu kami akan bercuti pada hari Jumaat. Hari ini saya akan sedikit sibuk. Masa pun agak sesak. Pagi-pagi kenalah tawaf Pasar Borong Selangor nak beli barang basah untuk projek MerdekaRaya di rumah saya. Tauke ayam fav saya tu mesti senyum meleret. Balik dari pasar kena uruskan sekolah anak-anak.


Petang sikit terpaksa keluar ke kedai perabot, nak sahaja saya tumbuk debushhh, debushhh. Ada ka patut mai hantaq rak kasut lepas tu kayu hat tingkat-tingkat bahagian dalam tak bawak. Saja ja tau Mat Bangla ni nak suruh saya ulang pi kedai dia. Balik kenalah singgah Econsave sebabnya barang-barang dapur bulan ini belum beli lagi.


Malamnya terpaksalah bersilat kat dapur sendirian. Pesanan buat Pak Tuan jangan buat apa-apa permintaan malam ni okeh, bini sibuk nak masak. Kek pun nak kukus malam jugak kot, masa terlalu mencemburui tapinya kuali besar saya satu ja. Itulah nak masak Rendang Ayam (read as kari ayam), kuali tu jugaklah nak kukus Kek Coklat alahaiii...fenin. Kukus kek guna kuali? Memang saya buat begitu, nanti rajin saya snaplah, pengkukus saya kecik ja tak boleh nak masuk loyang besar. Rebus nasi impit saya guna je rice cooker yang besar sikit tu, lega satu bab masuk tekan tunggu masak je. Kuah laksa saya masak hari ini jugaklah sebabnya kuah laksa ni lagi lamaaaa lagi sedapppp kuahnya tapi jangan le lama berminggu-minggu pulak.


Buat para tetamu, saya masak dengan penuh kasih tau. Letih tapi saya dengan gembira akan sambut kamo-kamo nanti. Insyaallah.



9 Rider Beraksi:

Bro Framestone Beraya Sakan

5:00 PTG JunAina 14 Comments




Selak-selak surat khabaq hari ni nampak pakwe baju merah tu, gosok-gosok mata 2-3 kali rasanya macam tak salah orang dah. Hamboooiiiii...ko Bro Framestone beraya sakan-sakan dengan retis no. Siap masuk surat khabaq sekali. Haihhhh...jelez mak tau...ekekekee...



14 Rider Beraksi:

Menu MerdekaRaya Rumah Saya

12:00 PTG JunAina 21 Comments


Berdebar pulak nak terima tetamu Sabtu nanti. Tetamu saya semua VVIP tau, yelah kawan-kawan serta jiran-jiran semua VVIP di hati saya tanpa mereka siapalah saya, itulah pelengkap kehidupan seharian. Tempat berkongsi suka duka, senang susah kalau tak banyak sedikit mesti kita syer jugak.


Sekali lagi saya ingin mengulangi jemputan makan-makan MerdekaRaya di rumah saya pada Sabtu, 31 Ogos 2013. Rumah saya ini di Taman Kajang Utama kalau ada yang sudi silalah singgah nanti. Menu seperti hanya ringkas sahaja. Saya merancang untuk masak Laksa Perlis, Nasi Impit, Gulai Ayam Bersama Rebung Madu, Kuah Kacang, Kek Coklat Kukus. Biskut memang sudah habis kat rumah yang tinggal cuma Almond London, kalau ada hidangan biskut lain bermakna itu biskut beli.


Kenapa saya pilih 31 Ogos 2013? Saya tahu tarikh itu penuh dengan aktiviti rumah terbuka, majlis kahwin dan sibuk perarakan Hari Kemerdekaan jadinya mesti semua orang sibuk memenuhi aktiviti tersebut. Bagi saya hanya inilah tarikh yang sesuai, meraikan kawan-kawan sempena Syawal dan mengambil semangat Hari Kemerdekaan. Sebenarnya bila Cuti Umum jatuh pada hari Sabtu pejabat saya akan tutup pada hari Jumaat kira macam replacement la. Jadi saya ada masa untuk ke pasar pada hari Jumaat dan buat persiapan yang mana patut. Ahad pula saya dapatlah rehat sehari.




Laksa Perlis yang kata seorang blogger nampak pucat tapi sekali try pasti awak nak lagi dan lagi. Kepekatan ikan yang sangat menggoda. Laksa tanpa hiasan dalaman tapi kicap tu tak boleh tinggal okeh...kehkehkehhh...tapi hari Sabtu nanti adalah hiasannya. Orang Perlis makan laksa berulamkan daun selom, timun, bawang dan cabai Melaka (tetiba konpius cabai tu mai dari Melaka ka?).



Ini pula snap dari periuk ja menu entah bila. Gulai Ayam Bersama Rebung Madu (tempat saya panggil rendang sebab kuah pekat cuma resepi ini menggunakan remaph kari ayam, bahan-bahan lain sama sahaja seperti masak rendang, cili diganti dengan rempah), Sabtu nanti boleh gu dengan Nasi Impit kalau saya rajin sikit mungkin akan buat pulut lemak jugak boleh makan dengan gulai nak berketupat palas bagai rasanya tak kot.


Tergoda tak tengok menu? Kalau semua tu tak ada kita minum teh 'o' dan biskut 4 segi jelah ye. Saya bukan tukang masak hebat tapinya saya akan cuba memasak dengan penuh kasih sayang untuk hidangan buat kawan-kawan cewwaaahhhh... Sebenarnya saya tak nak publish no telefon di sini tapinya saya takut kawan-kawan tiba-tiba sabtu tu terlalu di Kajang dan terasa nak singgah pula. Sila ambil no telefon ini laju-laju 017-3022257. Saya bila di rumah jarang buka blog, FB pun kadang-kadang sahaja.



21 Rider Beraksi:

Rendang Udang & Spaghetti Sardin

8:29 PG JunAina 19 Comments


Sabtu cuti sekolah ganti untuk anak-anak bersekali dengan jamuan majlis hari raya. Abang minta buatkan Kek Coklat Kukus, masa kakak nak balik kampung mama buatkan juga dah rezeki kawan-kawan sekolah dia kerana bila sampai kampung rupanya hari tu sekolah buat jamuan raya yang ada pun kek tu sahajalah.  Mak tok potong-potong terus bawak ke sekolah. Kali ini abang minta buatkan untuk kawan-kawan dia jadi buat extra untuk adik juga.


kek coklat kukus

Bertungkus lumus buat Kek Kukus Coklat ini sampai pukul 1am, pukul 5 bangun letak topping pulak. Rezeki anak-anak dan kawan sekolah dia orang, juga saya jadikan buah tangan buat Dato' dan Datin. Rupanya Dato' selain suka durian coklat juga jadi kegemarannya. Resepi mudah serta ringkas yang penting sedap. Nanti saya kongsi. Saya kukus terus dalam bekas macam tu senang nak makan keluar satu-satu nak jadikan buah tangan ambik sahaja sebekas.


Usai uruskan anak ke sekolah kami suami isteri bersiap untuk ke rumah Dato' Abdullah Al-Hadi, lama rasanya sudah tak menjengah ke Musolla Ehsan. Dato' awal lagi sudah sms beri tahu teman-teman lain sudah sampai tetapi kami lewat sikitlah uruskan anak-anak dulu. Bila sampai Anyss dan Bujal sudah pun balik. Kebetulan juga rezeki kami berjumpa dengan anak saudara Dato' iaitu Prof. Kamal dan isteri.



Hidangan air tangan Datin. Saya dapatlah merasa Rendang Udang yang sedap tu lepaslah kempunan dok mengintai Rendang Udang Kak Ina. Lemang pun sedap lembut ja, lemak.



Sambil makan kami berborak. Pak Tuan dan Dato' dah lama kenal jadinya banyak cerita yang nak dikongsi. Baju putih dan tudung ungu tu suami isteri anak saudara Dato'.


Datin sedang menunggu saudaranya datang dari Singapura dan tunggu kami suami isteri jugaklah. Dapatlah kami merasa air tangan Datin, Nasi Minyak dan Rendang Udang memang sangat sedap. Ada lemang, serunding, ayam bakar dan ikan tuka bakar. Alhamdulillah rezeki.


Kemudian kami beransur pulang tapi kalau ikutkan Dato' dan  Datin memang panjang lagi ceritanya tetapi kami perlu memenuhi undangan di Shah Alam pula. Terbayang-bayang kelazatan Spaghetti Sardin yang pernah saya rasa satu ketika dulu. Terus ke Shah Alam, dapat jemputan dari blogger Kak Yan. Makan yang di hidangkan sedap sangat. Kek-kek yang pelbagai memang buat mulut saya tak berhenti mengunyah. Saya gila kek!


spaghetti sardin, majlis raya. open house


Dua gambar kat atas saya cilok dari blog Kakcik. Bertiga tu saya memang dah lama kenal Acu, Kak Ida dan Kakcik tentu-tentulah tuan rumah tu jugak. Dell pertama kali jumpa ramah sangat, insyaallah panjang umur jumpa lagi ye. Tak lama lagi dah nak balik ke Mesir pun, anak perempuan dia dah rupa anak Arab!



Hidangan yang buat mulut saya mengunyah tanpa henti. Seorang yang gila kek dan dessert tak akan pernah menolak bila dihidangkan semua ini! Air tangan ChefCiJu. Satu lagi air dengan dedaun mint tu memang sangat menghilangkan dahaga. Saya suka!


Memenuhi jemputan mengeratkan ukhwah, bukan hanya datang makan-makan dan balik tanpa tujuan. Insyaallah moga Allah memurahkan rezeki buat tuan rumah, jangan serik jemput kami lagi.




19 Rider Beraksi:

Wakaf Bunga - Wordless Wednesday

3:57 PTG JunAina 15 Comments



Membuat pahala dengan pelbagai cara. Semudah ABC. Lalu di jalan nampak bunga berkembangan petik sahaja.



15 Rider Beraksi:

Resepi Satay Ringkas di 4 Syawal

8:30 PG JunAina 20 Comments


Entri terakhir kisah raya saya kerana esoknya saya akan bertolak balik ke Kajang. Rindu wehhh tinggal seminggu orang tu. Seperti biasa akan ada edisi bakar membakar. Tahun lepas buat siang tapi kali ini pakat-pakat main api belah malam.


Syawal ke-4 Makcik Uji dan adik Eja (tukang jahit saya) pergi pasar beli ayam dan daging. Saya bangun pukul 9am jadi ketinggalan kereta api (bangun subuh tidur balik dan akhirnya mak pulak kejut...perggghhh...). Itupun sebab mak nak ajak pergi rumah kawan dia kalau tak mahu dia biarkan tidur sampai tengahari.


Biasanya kami berbbq sahaja tapi tahun ini Makcik Uji nak buat satay, bakar ikan temenung dan saya beli sosej. Menu simple. Tambahan nasi putih, sup ayam, nasi impit dan kuah kacang. Alhamdulillah semua makan sampai kenyang. Ada yang terkecil hati bagai abaikan sahaja, ini bukanlah majlis besar-besaran cuma makan-makan keluarga, siapa datang bermakna rezeki jadi makanlah. Tiada jemputan secara rasmi.


Resepi Satay Ringkas Makcik sangat senang rupanya bawang putih, bawang merah, serai, halia, lengkuas , garam dan gula sebagai perasa (sesetengah resepi latak jintan). Kisar halus semua bahan dan perap bersama ayam atau daging.



Mak ajak saya pergi rumah kawan dia jadi saya bersiap lawa-lawa tinggalkan depa yang sibuk dok siat ayam, potong daging dan siang ikan. Aktiviti balik dari pasar.



Balik bawak mak jalan-jalan sertai depa dok cucuk satay, saya beli sosej budak-budak cucuk sosej pulak. Tiga orang tu anak makcik saya, walaupun dia muda setahun dari saya tapi anak sulung dia dah berumur 16 tahun, anak saya baru 13 tahun.



Malam saya keluar lagi, kakak merengek hp rosak. Dah esoknya mama nak balik Kajang terpaksa jugak penuhi permintaan dia. Mak tok dah pesan jangan beli hp baru tapi hati mak cair sahaja, dah le dak pompuan tu dok jauh-jauh dari mama tak mampu nak tolak permintaan dia. Mula-mula membakar dekat beranda konon nak lepak santai, tau-tau hujan pulak terpaksa lari ke tepi rumah yang berbumbung.




Saja nak tayang-tayang, inilah beranda depan rumah pusaka nenek saya. Sebenarnya yang di depan tu tingkap tapi depa main langkah ja keluar masuk ikut situ, rasanya tak lama lagi jadi pintu kot.


Beraya di kampung memang ada jiwa berbanding raya kat bandar. Jiwa itu lebih kepada mengutip kenangan-kenangan lalu. Meniti zaman anak kecil, remaja dan dewasa. Di setiap fasa pasti ada memori-memori indah raya yang tak mampu kita lupa.


20 Rider Beraksi:

Jemputan Rumah Terbuka Saya

8:00 PTG JunAina 30 Comments


Assalamualaikum.


Tentunya semua sibuk memenuhi undangan rumah terbuka sempena Syawal tahun ini.


Insyaallah. Dengan rendah hati saya ingin menjemput teman-teman datang ke rumah.

Tarikh : 31 Ogos 2013
Hari : Sabtu
Masa : 2-7pm


Bukanlah rumah terbuka beria-ia, hanya jemputan untuk mengeratkan ukhwah yang ada. Berkenal-kenal dengan lebih rapat. Pada yang sudi sila tinggalkan email address untuk butiran lanjut. Asalnya saya hanya menjemput jiran-jiran dan kawan-kawan anak sahaja tetapi saya panjangkan juga pada teman-teman yang setia mengunjungi blog Rider Sejati yang tidak seberapa ini.


Tiada khemah yang dipasang hanya makan bersila di rumah sempit kami, tiada hidangan istimewa juga hanya mungkin secawan teh o dan sepiring biskut tawar sahaja.


Pada saat akhir juga Pak Tuan pula bagitau tidak dapat bersama kerana ada urusan lain yang tidak dapat dielakkan mungkin dapat berada sekejap sahaja, jiran-jiran sudah dijemput akhirnya majlis mungkin akan berlangsung tanpa kehadiran suami.



Inilah rumah kecik saya tak ada yang berubah, langsir, sofa, perabot dan susun aturnya masih sama. Rumah kecik saya di tingkat dua jadi memang kena panjat tanggalah. Insyaallah 2-3 tahun lagi kita pasang khemah di luar rumah ok.



30 Rider Beraksi:

Kisah Mat Bangla dan Kakak Manis

12:27 PTG JunAina 22 Comments


Ahad bersiap awal-awal ajak anak-anak bersarapan kat luar, akhirnya pukul 10am baru dapat gerak dari rumah. Restoran D'Muar hari Jumaat belum buka jadi mengandaikan juga yang restoran tersebut masih belum dibuka sempena cuti raya (panjang beno cutinya). Kat situ roti canai terbaik dan saya suka cicah dengan sambal kerang. Nantilah saya cerita pasal menu-menu di restoran ini.


Akhirnya ambik keputusan ke Seksyen 8, Bandar Baru Bangi sahaja. Kedai biasa pergi jugak, anak tumpang ikut jadi saya bawak maknya sekali si tukang jahit sayalah (dosa kakak panggil gitu kat adik kan...hahahaa...). Semua oder roti canai ja air memang biasa syer-syer ja. Pas tu jalan-jalan tengok rak kasut. Ada kedai barangan 2nd hand kat situ, malang tak banyak stok sekarang ini (supply barangan dari hotel). Keluar nampak kedai perabot masuk pusing-pusing tanya harga. Eh...saya nak beli rak kasut yang tinggi tu je pun. Rm499++ dia bagi Rm350 last prize. Oklah.


Petang lepas balik open house di Desa Mewah, Pak Tuan setuju untuk pergi tengok (beli barang rumah isteri pilih-pilih tapi masih kena dapatkan persetujuan suami ate katanya perkongsian hidup). Pagi dia tak ikut sebenarnya. Kakak manis, kakak manis... Last-last dari Rm350 jadi Rm250. Kakak manis punya pasal. Pagi pergi selebet ja pakai t-shirt tanpa secalit lipstik pun petang balik dari open house mahulah kakak manis cantik sahaja. Ayu berbaju kurung, berkasut tumit tinggi, berhand beg dan muka ditouch-up bagai. Terus berdesup turun harga. Kabinet letak dapur last prize Rm450 terus turun Rm380. Kakak Manis punya penangan!


Dia punya renung Kakak Manis atas bawah tak peduli laki Kakak Manis kat sebelah dah, mahu ada yang makan penumbuk. Pak Tuan cool sahaja. Tanya-tanya meja makan kaca dari Rm2100 biasa jual Rm1800 tapi Kakak Manis punya pasal terus bagi Rm1500 tak beli pun.


Keluar kedai saya bagitau Pak Tuan Bangla tu pandang macam nak makan sahaja. Biarlah tak luak pun katanya. Itu tanda bini abang lawa! Cehhh...ke situ pulak. Tak de rasa cemburu langsung!

Kemudian dia sambung lagi 'Biarlah dia pandang. Paling penting bajet mama yang Rm1k tu dah slash 40%. Jom Burger Samurai.'.


Hari ini pulak dia main call-call Kakak Manis pulak! Haissshhhhh....



22 Rider Beraksi:

Emerald Green Penangan Siti Nurhaliza

8:23 PG JunAina 18 Comments


Jatuh cinta kali pertama padanya ketika pertama kali melihat Situ Nurhaliza menggayakan busana anggun untuk iklan SimplySiti Argan. Dari mata terus turun ke hati. Sangat sedap mata memandang tapi mungkin orang yang mengganyakannya jugak cantik jadinya bertambah cantik warna itu. Harus tahun depan jadi warna tema untuk hari raya.



Credit picture to budiey.com. Sekitar pelancaran produk SimplySiti Argan.


Iklan ini bermain-main kat televisyen berkali-kali. Emerald Green kata omputeh ataupun Hijau Zamrud kata orang Melayu. Warna cantik, orang cantik, design baju pun cantik jadinya memang package menariklah. Saya tetap jatuh cinta dengan warna Hijau Zamrud ini.



Kerana tarikan Emerald Green/Hijau Zamrud juga saya membeli majalah Mingguan Wanita ini. Nampak sahaja terus ambil tanpa perlu melihat isu kandungan utama keluaran minggu tersebut yang penting hijau itu sangat lekat di hati saya.


Kecintaan saya juga membuatkan edisi membeli langsir untuk bilik tidur juga tidak lari dari warna Hijau Zamrud ini. Hasilnya warna seakan-akan baju yang dipakai oleh Siti Nurhaliza juga dibeli (mungkin terdapat sedikit perbezaan warna almaklumlah hanya menggunakan compact kamera).


Hati kadang-kadang berubah citarasa, dulu kuning dan biru menjadi pujaan hati sehinggakan bila buka almari hanya itulah warna-warna yang ada di dalam almari. Tak lama berubah kepada warna-warna pastel sehingga tukang jahit merungut kerana warna-warna baju yang bagi dia tidak menarik dan tidak ceria. Kini jatuh cinta pula dengan Hijau Zamrud. Harus bertungkus lumus cari kain untuk warna tema tahun hadapan. Insyaallah.




18 Rider Beraksi:

Mabuk

4:16 PTG JunAina 14 Comments


Menung-menung otak jalan je.


Fikir-fikir. Hati ini tak berapa pasti lagi, masih was-was. Petang nanti harus bawak bincang dengan Pak Tuan. Nak teruskan perancangan ke tidak.


Pukul 12. Congak-congak. Lari kejaplah ke Kamdar nak tengok langsir, gantikan yang dalam bilik. Dah bertahun tak berganti, kesian. Jahit lurus je pun nanti. Bajet lepas raya Rm4 je semeter selepas diskaun. Pompuan tu pompuan jugaklah raya ke tak ke memang membeli je.


Pilih-pilih langsir. Mintak pekerja Nagoya potong, saya tak jadi beli kat Kamdar tak sesuai bajet...ahahaa... Siap potong gi kaunter nak bayar, sekali buka beg. Piappp...tepuk dahi. Rupanya lupa nak keluar duit ada hanya Rm5. Nasib baik tak punch lagi. Mengah-mengah lari cari bank, nak guna kad kredit tak patut sangat, nak guna ATM pun tak boleh jugak kurang dari Rm50. Idok le teman malu sebab memang teman ade duit cumanya lupe keluar ja.


Sah. Mabuk hidangan raya bagai. Almaklumlah Sabtu dan Ahad saya gantung periuk belanga asyik penuhi jemputan rumah terbuka kawan-kawan. Semalam ke rumah teman sepejabat di Desa Mewah, Jalan Semenyih. Di jamu Nasi Arab, Soto siap bergedil lagi Johorian katakan tapi paling best rempah-ratus soto tu semua adunan sediri hasil air tangan suami dia. Beruntunglah dapat suami pandai masak. Nasi Arab, lauk dan segala hidangan pun hasil air tangan suami dia. Hebat. Gambar tak ada sebab tuan rumah pun tak ambik gambar takkan kita pulak terhegeh-hegeh...hahahaa... Kalau blogger dah sah asyik petik-petik kamera tapi ini teman pejabat idok le teman gatal nak petik-petik takut deme pelik.



14 Rider Beraksi:

Resepi Nasi Ulam dan Asam Pedas Keladi Perlis

11:27 PG JunAina 19 Comments





Kalau penduduk di Pantai Timur Terkenal dengan Nasi Kerabu di utara pula terkenal dengan Nasi Ulam. Cara hidangan agak berbeza bagi kedua jenis nasi ini. Sebahagian bahan asas tetap sama. Nasi Kerabu sangat mudah di dapati walaupun di Kuala Lumpur dijual di mana-mana gerai sarapan tetapi Nasi Ulam sangat jarang dapat dilihat. Kebiasaannya hanya dijual ketika hadirnya Ramadhan, itupun sangat terhad bilangan penjualnya.


Bahan asanya adalah nasi, putih, ulam-ulaman dan kerisik. Lagi banyak jenis ulam yang di masukkan lagi beraroma nasi ulam tersebut bermakna semakin sedap. Daun sekentut  antara ulam wajib yang perlu ada kerana aromanya. Kenapa di panggil daun sekentut? Cubalah anda ambil daunnya koyakkan sedikit dan hidu pasti anda akan dapat jawapannya.


Resepi Nasi Ulam

Bahan-bahan:

Nasi putih
Ulam-ulaman (lagi banyak jenis ulamnya lagi sedap-beluntas, sekentut, ulam raja, kaduk, mengkudu, tenggek burung, pegaga, pucuk gajus dan lain-lain yang ada sekeliling rumah)
Kerisik
Bawang
Serai
Lengkuas
Lada  (tumbuk halus)
Garam
Ikan kering

Cara:

1. Semua ulam dihiris halus.
2. Bawang, serai dan lengkuas ditumbuk halus (ada sebahagian tempat hanya mayang sahaja).
3. Masukkan nasi ke dalam mangkuk gaul bersama kerisik, lada dan bahan tumbuk.
4. Masukkan ulam-ulaman, gaul rata akhir sekali masukkan ikan kering yang di carikkan mejadi kecil. Paling senang guna isi ikan talang (garam ikut kesesuaian).


Biasanya di hidangkan bersama Asam Pedas Keladi tetapi resepinya agak berlainan dari asam pedas kawasan selatan tanahair. Sangat mudah untuk memasaknya.

Resepi Asam Pedas Keladi 


Batang keladi
Sedikit cili kering (boleh diganti dengan serbuk cili tambah serbuk kari)
Asam keping
Bawang merah (di tumbuk)
Lada hitam (tumbuk halus)
Daun kesom
Beras yang digoreng sehingga sedikit kekuningan serta wangi dan ditumbuk (sedikit sahaja fungsinya untuk memekatkan kuah dan kuah akan wangi dari beras goreng)
Isi ikan yang di rebus dan tumbuk halus (biasanya ikan kembung putih atau nama lain pelaling kadang-kadang saya tak masukkan pun)
Air


Cara-cara :
1. Siang keladi dengan membuang kuli bahagaian luar jangan dikupas pulak tapi siat je dari bahagian bawah tarik ke atas.
2. Rebus keladi dan tos
3. Didihkan air masukkan bawang merah, asam keping, isi ikan rebus dan serbuk beras didihkan perlahan-lahan.
4. Masukkan keladi, lada hitam dan daum kesum biar mendidih sekejap dan tutup api.


* Saya kalau buat asam pedas cara utara ni main lebur sahaja rempah dicampur dengan serbuk cili. Kadang-kadang ada orang panggil Asam Rebus.


Puasa terakhir yang lalu bapa saudara minta Makcik Uji buatkan nasi ulam, tiap-tiap tahun tok akan buat tapi tahun ini terpaksalah makan air tangan orang lain pulak. Nak membeli di Bazar Ramadhan semua peniaga dah tutup kedai masing-masing sibuk dengan persiapan raya.




19 Rider Beraksi:

Berseronoklah Selagi Tidak Memudaratkan

8:00 PG JunAina 8 Comments


Boleh di kaitkan sebagai hobi, keseronokan yang bermaksud setiap perkara yang kita buat dengan gembira. Berseronoklah seadanya berseronoklah berpada-pada. Keseronokan kadang-kadang boleh membawa mudarat. Pilihlah sebaiknya cara untuk berseronok.


Remaja zaman sekarang kadang-kadang memilih jalan yang salah untuk berseronok. Mereka gagal membuat keputusan untuk memilih yang mana baik atau buruk. Lebih mengikut kata hati dan mungkin juga trend semasa. Bagi remaja tidak mengikut trend adalah ketinggalan. Berseronok pada perkara-perkara merbahaya jugak adalah dilarang. Dah tahu merempit itu bahaya janganlah buat sebab buruk padahnya, belum kena kita berseronok bila berlaku tragedi sudah tidak berguna lagi.


Jadi perhatikanlah anak-anak kita jangan dibiarkan dengan dunia 'lagha' yang keterlaluan keseronokannya dan menjadikan perkara-perkara sebagai dunia keseronokan. Kita pun sama tegur menegurlah demi kebaikan. Jangan pulak bila orang tegur teus sentap. Muhasabah dirilah demi kehidupan dan masa depan yang sempurna.



8 Rider Beraksi:

Hubungan Intim Selepas Keguguran

7:30 PG JunAina 10 Comments


Melalui entri ini saya berkongsi pengalaman dan pandangan berkaitan tajuk 'Hubungan Intim Selepas Keguguran'. Ini bukanlah entri lucah atau berunsur seperti itu. Sedikit perkongsian mungkin akan memberi manafaat kepada insan-insan lain yang tercari-cari info, moga dapat di manafaat sebaik mungkin.


Mengalami keguguran sedikit-sebanyak akan turut mempengaruhi emosi terutama bagi mereka yang meletak harapan yang sangat tinggi pada kandungan yang sedang di kandung. Tiada sebab-sebab khas yang menentukan kenapa keguguran berlaku dan biasanya di kaitkan dengan ketidaksempurnaan genetik. Keadaan rahim tidak kuat juga merupakan salah satu sebab.


Berpantang selepas keguguran adalah lebih complicated berbanding berpantang wanita bersalin. Ini kerana semasa pantang keguguran kita tidak boleh terlalu panas mahupun terlalu sejuk. Makan juga perlu di jaga terutama elakkan makanan berunsur sejuk (sila rujuk petua-petua Melayu).


Hubungan intim kali pertama selepas keguguran pula sebenarnya terpulang kepada pasangan. Menurut agama setelah habis darah kotor tiada masalah untuk bersama. Semua ini bergantung kepada emosi wanita terbabit. Ada sesetengah wanita seawal dua minggu telah memulakan hubungan intim, sesetengahnya pula mengambil masa yang lebih lama.


Mengikut petua masyarakat Melayu seeloknya berpantanglah sebagaimana selepas bersalin. Saya sendiri masih mengekalkan cara pantang tersebut. Menunggu sehingga 45 hari dengan sabar, perlu ada kerjasama dari pihak suami juga. Melakukan hubungan intim secara tergesa-gesa selepas keguguran akan memberi kesan emosi yang kurang baik buat wanita tetapi ia tetap bergantung kepada emosi wanita itu sendiri.


Sekiranya keguguran berlaku dengan sendiri di mana kandungan jatuh dengan sendiri melalui pendarahan kesannya mungkin agak berbeza berbanding keguguran yang terpaksa melalui proses 'D&C' atau proses 'cuci' rahim. Siapa yang pernah melalui pasti akan faham benda seperti ini. Bagi saya keguguran secara 'D&C' memang agak memeritkan, keletihan selepas itu mengalahkan keletihan selepas bersalin.


Tepuk dada tanyalah hati. Badan bukan untuk diguna pakai sehari dua. Jangan esok belum pun umur 40an sudah sakit sana-sini, badan pula bisa-bisa. Cuba kita lihat orang dulu-dulu mereka berpantang yang dikatakan 'kuno' tetapi kegigihan mereka memang sangat berkesan hasilnya.



10 Rider Beraksi:

Tudung 2U Pilihan Tanpa Sempadan

11:50 PG JunAina 9 Comments




Mood raya belum habis, masih sibuk sana-sini dengan open house bagai. Tak cukup dengan itu kita juga sibuk dengan jemputan perkahwinan. Setiap hari kita sibuk bekerja hujung minggu pula kita sibuk menghadiri jemputan. Belek-belek baju masih ada yang tidak lengkap, rupanya tudung masih tidak kena dengan baju.


Demi menjimatkan masa  kesibukan apa kata kita jamu mata dengan tudung-tudung yang ada di butik tudung online iaitu Tudung 2U mungkin ada salah satu tudungnya nanti terpaut di hati dan bersesuaian dengan baju. Boleh melaram sakan-sakan ke majlis rumah terbuka mahupun majlis perkahwinan.


Paling menarik ada potongan istimewa buat pembaca blog Rider Sejati . Bagi mendapatkan potongan harga 15%  semasa membuat pembelian sila sertakan kod voucher 
ADV2013
Jangan lepaskan peluang keemasan ini.







Koleksi halfmoon yang telah menggugat hati serta perasaan saya. Emerald Green yang paling atas tu harus saya grab jugak lepas tu cari baju yang matching dengan warna tudung pula.




Ini pula selendang panjang. Cantik sangat yang dua warna tu, padanan dua warna terang serta penuh keceriaaan, bagi peminat warna pastel serta tidak menyerlah sangat bolehlah memilih warna kelabu. Dua-dua pun sangat memikat kalbu. Kena pulak dengan cara pemakaiannya.


Ini pula koleksi tudung yang ada awning kain cotton yang sangat lembut lepas tu di penuhi taburan jahitan labuci eksklusif di bahagian kepala. Tudung ini sangat terkenal di Kelantan sekarang. Saya juga ada dua helai tudung seperi ini. Sejuk bila di pakai, jahitan labucinya pulak sangat kemas.

Walaupun dalam kegilaan wanita pada tudung berawning mahupun halfmoon tetapi tudung bawal masih ada peminat setianya tersendiri. Di Tudung 2U juga terdapat koleksi tudung bawal dan ini merupakan tudung bawal no 1 dari Kelantan yang di penuhi sulaman serta batu yang sangat cantik di bahagian kepala. Tudung ini sangat lembut dan di datangkan dalam pelbagai warna serta corak sulaman.



Tudung di atas pula ada tudung V-Shape berwarna hijau dari material bawal bermotifkan flower garden manakala yang berwarna merah pula V-Shape Rope Lace Eksklusif warna terang yang boleh membuatkan orang menoleh dua kali kepada anda.



Sebagai pelengkap gaya Tudung 2U juga menyediakan brooch tang sangat cantik dengan harga yang sangat berpatutan. Terus match and matching sahaja dengan tudung yang anda pilih.


Di samping menawarkan tudung dengan harga berpatutan website Tudung 2U sangat mesra pengguna. Jadi anda boleh memilih, membuat oder serta buat pembayaran dengan mudah. Tudung 2U juga sangat menitik beratkan kepuasan pelanggan di mana sekiranya pembeli tidak berpuas hati anda boleh memulang dan menukar dengan barangan lain tetapi perlu mengikuti terma dan syarat yang ditetapka seperti di sini. Jadi berbelanjalah tanpa ragu-ragu di Tudung 2U.



9 Rider Beraksi:

Jodoh Penuh Debaran

9:44 PG JunAina 16 Comments


Syawal masih meriah. Ramadhan yang berlalu masih berbekas kuat di hati, berkat Ramadhan bertali arus sehingga kini. Alhamdulillah.


Jodoh pertemuan di tangan Allah tetapi sebagai hambanya kita sepatutnya berusaha kearah itu bukan hanya berserah kepada takdir semata. Setelah berusaha bertawakkallah moga Allah mempermudahkan segalanya.


Kali ini mungkin Allah telah memakbulkan doa mak yang satu ini, juga mungkin doa saya sebagai adik setiap kali sujud sunat di hening malam tentunya doa mak lebih mustajab.


Setakat ini telah ada perkembangan positif kedua belah pihak. Angah berubah kearah yang lebih positif kerana mungkin sudah ada hala tuju dan tanggungjawab yang bakal di galas. Selama ini tanggungjawab hanya pada mak tak lama lagi mungkin akan lebih dari itu.


Mak senyum sakan-sakan sejak Syawal ini. Kami adik beradik sibuk dah dok plan macam-macam. Kenduri kahwin terakhir rumah mak pun 12 tahun yang lepas masa raikan perkahwinan tukang jahit sayalah. Semua orang tak sabar. Almaklumlah lama sangat dok tunggu hati si Angah terbuka untuk seorang perempuan.


Doa yang terbaik buat depa dua semoga adalah jodoh depa, tak ada masalah besar yang melanda.



16 Rider Beraksi:

Pencarian Pengunjung Ke 30,000

5:10 PTG JunAina 12 Comments


Petang-petang ini saja je nak syer. Kawan saya Mai dari blog Small Step To A Big Journey  sedang mencari   pengunjung blognya yang ke 30,000. Siap nak bagi hadiah lagi tu iaitu Trial Pack Shaklee (Set Kesihatan Optimum yang bernilai RM80).




Apa kata jom ramai-ramai meriahkan pencarian dia mana tahu kot-kot rezeki dapatlah Trial Pack Shaklee tu. Syarat-syaratnya bolehlah tengok kat sini




Saya kenal Mai sudah agak lama dari 3 anak dara sekarang sudah 4 anak dara dan 1 anak teruna sebenarnya suami dia satu negeri dengan saya. Kadang-kadang selalu jugak jumpa bila ada aktiviti AP.com. Anak dara dia pun dan besar-besar sekarang. 


Semoga ukhwah yang terjalin akan terus berpanjangan.


12 Rider Beraksi:

Sahabat Lama Di 2 Syawal

11:30 PG JunAina 28 Comments


Syawal 2 pada hari Jumaat jadinya masa agak suntuk untuk kaum kerabat yang lelaki nak pergi solat Jumaat, masing-masing lepak di rumah sahaja. Petang baru tengok schedule raya masing-masing balik, ada yang nak balik sebelah mertua pulak hari ini. Saya? Kat rumah mak lagilah. Kemudian mak siap-siap ajak pergi rumah kawan dia, katanya sekejap sahaja lagi pun tak jauh dari rumah dalam 5-6km sahaja pun.



Kenalan mak semasa satu majlis keraian untuk ibu tunggal yang disertai semasa Ramadhan, selayaknya umur seorang anak. Mak ajak pi menegok (orang tempat saya kata menengok ni macam pergi risik-risik keluarga perempuanlah tapi lebih kepada nak kenal-kenal). Kami dijamu laksa ikan segar yang baru naik dari laut, kemanisan ikan luar biasa. Mak dah berkenan sangat nak buat menantu. Berkenan dengan sikap hormat orang tua Cik Lily dan ramah pulak tu. Insyaallah berkat doa mak di bulan Ramadhan mana tahu kali ini Allah makbulkan. Abang saya pun dah 41 tahun umurnya.

Cik Lily dulu junior kat sekolah saya beza 4 tahun jugaklah bermakna bila saya dah Tingkatan 5 dia baru masuk Tingkatan 1 tapi saya memang tak kenal dialah. Sembang punya sembang rupanya mak menakan dia kawan sekolah saya. Keciknya dunia.



Selepas habis sekolah menengah inilah kali pertama kami berjumpa kembali, bayangkan selama 21 tahun tak berjumpa of coz la happy dan banyak cerita nak di kongsi. Dia kata saya tak berubah cuma sedikit kurus dan Dina pula anak perempuan saya kata cantik dan sangat lembut dan saya bersetuju dengan pendapat anak saya. Dina jugak tidak berubah masih lembut dan sentiasa senyum macam dulu. 



Pagi tu dapat jemputan melalui FB adik untuk majlis rumah terbuka seorang kawan lama, junior setahun dari saya merangkap saudara sebelah mak jugak. Kali akhir jumpa dia masa dia Darjah 6 lepas tu dia berpindah ikut mak kandung dia duduk di Ipoh. Norazawati Daud walapun lama terpisah tetap ramah melayan kami. Beropen house di rumah baru tapi ini hanyalah rumah hinggap sebab mereka menetap di Kelana Jaya. Terima kasih Makcik Wati kerena jemput kami. Awak semakin cantik!

Masa sampai dia hanya mengenali adik, lama kemudian baru dapat recall saya. 'Jun! Laaaa...dulukan badan besaq dan tembam-tembam ja, awat jadi lagu ni'? Hahhaaa...ambik ko. Masa merubah segalanya.



Malam pulak aktiviti geng Sekolah Menengah Syed Ahmad, Tambun Tulang (sekarang Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad). Reunion. Adik ajak saya pi, sebenarnya tiada seorang pun dari batch saya yang pi saja temankan tukang jahit saya tapi dua-tiga orang tu saya kenallah jugak.

Makan-makan steamboat buffet di Reenas Restoran, di Jalan Raja Syed Alwi. Murah gila kot buffet dia Rm9.90 sahaja tapi awas makan sampai habis kalau tak depa akan charge harga makanan tak habis ikut timbangan. Sungguh saya lupa nak snap gambar restro dan makanannya, kalau tak boleh buat entri khas untuk review makanan kat sini.

First time pi sini saya memang tercangak-cangak sikitlah. Gambar tu oren ja pengaruh cahapa lampu warna-warni restro dan pengaruh kamera tak canggih. Konsep restro open. Dak pompuan tu berbisik tanya saya ni sapa? Hahhaaa...kesian kat dia.


Cerita Syawal 2 bersama rakan-rakan lama. Teringat zaman sekolah dulu-dulu tapi saya budak baik jadinya tak banyak kenangan pahit-manis sangat setakat kena berdiri kat tepi selepas perhimpunan kerana kasut tak berkapur tu biasalah!


28 Rider Beraksi: