Gastrik Lagi

12:09 PTG JunAina 22 Comments


Kali akhir menjadi tetamu bermalam di Kajang Specialist di entri ini. Sebelum puasa tahun 2012 kisahnya selepas mama mendapatkan rawatan untuk gastrik berehat 2 hari di rumah kembali semula bila Junior pula terpaksa berehat di hospital.


Sejak seminggu yang lalu kesihatan perut agak merudum, terasa sangat tidak selesa sekejap di bahagian kiri terasa sengal, kejap rasa hendak muntah. Hari ini mula terasa sakit di bahagian ulu hati, ternyata penyakit gastrik ini tak mahu pergi jauh-jauh.


Makan berjaga. Setiap pagi mesti ambik sarapan, makan tengahari walaupun tak makan nasi mesti ambik makanan lain, malam pulak ikut sempat kalau rajin memasak makanlah nasi kalau tak goreng sahaja mee, bihun ataupun masak berkuah. Satu rutin yang tertinggal ialah kurma yang telah kehabisan stok di rumah, susu pula terasa muak dan tekak seolah-olah tak mampu hendak menerima. Sekarang terimalah padahnya.


Menahan sakit di kerusi, pergi berjumpa doktor dan ambil ubat. Cuti sakit? 14 hari habis sudah sebab masa mengandung sebelum keguguran saya banyak ambik cuti sakit. Cuti tahunan sebanyak 20 hari bagi tahun ini pula sudah negatif.Agaknya kalau berlarutan terpaksalah saya berjumpa dengan doktor kesayangan yan tak tahu cakap Melayu walaupun sepatah di Kajang Specialist. Malas nak pergi bukan apa nanti asyik-asyiknya masuk kamera lagi.


Doktor tanya mungkin saya stress. Bab kerja rasanya tidak sebab projek tengah perlahan sekarang mungkin saya stress sebab mak nak terima menantu perempuan pertama bulan November nanti. Selepas 12 tahun mak tak berkenduri besar jadinya banyak perkara-perkara kecil yang mesti di perhatikan. Anak lelaki tahunya semua hendak siap ja.


22 Rider Beraksi:

SRC Bowling Tournament 2013

7:30 PG JunAina 13 Comments


Nak lepas gian hari ini. Gian pegang bola bowling lepas 5 tahun tak pegang langsung.
Agaknya hari ni asyikkkk longkang jerlah tapi saya bunga di antara 4 kumbang dalam team kami. Mana tahu  tiba-tiba bernasib baik pulak eh taw-taw dapat 'high score female' mau saya gelak guling-guling tang tu.


Email semalam:


REMINDER!!!
Good Luck guys!! See you tomorrow!!

SUPERBOWL @ BERJAYA TIMES SQUARE
LEVEL 5, BERJAYA TIMES SQUARE
NO.1, JALAN IMBI
55100 KUALA LUMPUR



Tanpa latihan saya dengan ayunya turun berentap!



13 Rider Beraksi:

Bersalah Atau Tidak Tetap Minta Maaf

12:19 PTG JunAina 15 Comments


Semalam hari duka buat Abang Iqbal dan Kakak Hayani bila hanya satu-satunya bapa saudara sebelah arwah abah depa meninggal dunia. Abang down sangat sampai ponteng sekolah. Kalau dekat mama ponteng je kerja bawak depa ziarah tapi Terengganu tu jauh sangat rasanya. Apapun semoga abang kuat semangat. Insyaallah ada rezeki lepas ni mama bawak pergi sana. Ziarah keluarga.


Malam tadi api kemarahan saya membuak-buak sampaikan peringkat saya menegking seorang jiran tetapi saya tidak rasa bersalah langsung. Tangan dan badan saya menggigil menahan marah yang amat sangat. Suami saya cool kat dalam rumah.


Balik kerja sibuk dengan Maghrib yang hampir ke penghujung kemudian leka di sejadah menunggu Isyak kemudian si kecik menjerit-jerit kat luar. Berlari ke pintu rupanya Abang Iqbal usik tiba-tiba ada seseorang di ambang tangga menengking Abang Iqbal.


'Kau ludah kat bawah eh?'
'Tau hormat orang ke, kena kepala orang tua ke hapa ke kau tak reti'
'Taklah saya jengah je ke bawah tengok kawan saya datang dengan motor tu'
'Kau ingat aku buta ke, tak nampak'
'Tak lah saya tak ludah'
'Aku tampar kang, jangan nak kurang ajar'
Mamat tu tak nampak mama kat depan pintu agaknya.


'Apa hal ni?'
Dia menjengah sedikit sebab pintu rumah memang terlindung dari tangga.
'Ni ha budak ni, ludah-ludah ke bawah, kena kepala orang tua saya cam mana?'
'Abang ludah ke?
'Tak mama tadi abanh jengah nak tengok Cik Amat datang dengan motor'
'Ko jangan tipu aku nampak la'
'Abang minta maaf sekarang' sebab dah malas nak bertekak.
'Saya minta maaflah tapi memang saya tak ludah'
Mamat tu bising-bising lagi. Tengking-tengking.
'Anak saya ni umur 13 tahun je , dia dah minta maafkan'
'Mana boleh minta maaf je' dalam hati saya kata memang 'celaka betul mamat ni berani nak pau aku pulak'.


Agak panas Pak Tuan keluar.
'Apa hal?'
'Budak ni ludah-ludah pulak kat bawah, kena kepala orang tua saya ke macam mana?'
Agaknya kalau kena ludah tu berlubang kepala kot! Gerutu saya dalam hati.
'Hang duduk mana?' Tanya Pak Tuan sambil hulur salam dan pegang tangan dia lama-lama.
'Hujung sana, mak bapak saya duduk depan sini'
'Nama apa?'
'Iwan'
'Orang mana?'
'Sabah'
'Ic ada?'
'Ada' tapi muka dah cuak gila.
Lepas tu dia mula meliar kemudian undur setapak dua dan blah.


Saya mendidik anak supaya mereka menghormati orang tua, mengalah kepada mereka walaupun kita tak bersalah tidak salah kita meminta maaf. Saya tidak akan memenangkan anak-anak saya sendiri apabila berlaku sesuatu perkara, sekiranya bergaduh dengan kawan-kawan pun saya akan marah anak sendiri. Kes semalam tu memang saya panas hati sangat. Budak umur 13 tahun minta maaf pada dia yang dah hampir 40 tahun atau mungkin lebih tapi dia masih lagi berkeras. Habis apa yang dia nak sebenarnya?


Sekali dulu dia pukul seorang perempuan Indonesia sebab bergaduh cakap dengan isterinya kat tempat kerja (isterinya pun orang Indon!) berdarah-darah jugaklah. Kemudian dia pukul seorang perempuan yang tinggal kat tingkat bawah di jalan depan rumah. Nasib tak baiklah di pukulnya orang Malaysia, depa tu buat report. Polis datang ambil kat rumah lari masuk rumah mak dia sambil menangis! Samseng taik kucing betul. Kalau kaki dadah tu kerjanya nak pau orang sahaja!



15 Rider Beraksi:

Teruna Pilih Janda Salah Ke?

4:56 PTG JunAina 26 Comments


Dara atau janda apa bezanya? Bagi saya mereka juga wanita. Wanita yang punya perasaan, yang perlu di sayangi, di belai. Mereka perlukan perlindungan sewajarnya dari lelaki-lelaki yang bertanggungjawab, bukan lelaki yang hanya tahu tanggung tanpa ada pengetahuan untuk menjawab di akhirat kelak.


Ini bukan sebahagian kisah cinta serta perkahwinan Adam dan Fiza tetapi ini adalah reliti yang berada di mana-mana. Jodoh bukan urusan kita, telah ditentukan tetapi dalam urusan jodoh kita juga boleh berusaha untuk memilih yang terbaik. Bila terjadinya ijab dan qabul bermakna itulah ketentuan jodoh yang telah Allah tetapkan.


Selepas 41 tahun alhamdulillah Allah membuka pintu hatinya untuk berkahwin, telah lama mak menanti lama juga kami menunggu. Perkenalan selama 3 minggu di akhiri dengan pertunangan, insyaallah lebih manis lagi akan termeterai ikatan yang lebih murni pada bulan November nanti. Allah mendengar doa mak, Allah kabulkan doa mak nan satu ini. 


Berkat Ramadahan yang lalu, perkenalan mak dengannya bermula di sebuah majlis berbuka puasa. Allah telah aturkan dengan begitu cantik, dia bersolat disebelah emak. Bertegur sapa menghoramti yang lebih tua, hati mak terpaut pada dia, hati dia terpikat pada mak. Raya yang lalu mak ajak ke rumahnya. Kemudian mak bagi nombor telefon pada anak bujang terlajaknya. Masing-masing berkenalan di FB, berlarutan bersms dan bergayut-gayutan di telefon.


Hati mak sedikit sebanyak terluka juga dengan pandangan sinis keluarga sendiri, bukan orang luar.
'Mahalnya hantaran, janda je pun'
'Dah jodoh dia. Anak orang berapa letak pun kita terima sahajalah'
Sorang lagi pulak berbunyi.
'Dulu nak kenaikan dengan anak dara juai mahai. Mak bapak tanah kebun berekar-ekar'
Mak angin jugak. Jawab dalam senyum.
'Bukan tak ada anak dara nak kat dia. Mak bapak orang berada buka kedai makan, kalau angah pergi dia menggeletis (sebenarnya mak guna bahasa lain bahasa tempat kami). Hat kaya tu mak pak dia belum tentu jadi hat dia'
Semua terdiam.


Sudah tertulis Angah (abang saya) akan bertemu jodoh dengan ibu tunggal anak satu, kematian suami 7 tahun lepas. Paling sedih lepas 11 tahun kahwin baru mengandung dan belum sempat sampaikan berita gembira suaminya pulak kemalangan maut. Tak apalah nanti Angah akan buat pahala berhari-hari sebab bela(jaga) anak yatim, sebabnya usap kepala anak yatim pun kita dah buat pahala.




26 Rider Beraksi:

Perginya Tak Kembali

9:37 PG JunAina 14 Comments


Semalaman tidur tak lena. Pusing kiri pusing kanan bila terlelap kerap pula terjaga. Hati sedikit gundah. Selepas petangnya mendapat berita sedih ceritanya boleh baca kat sini hati dup dap dup dap sahaja. Hati tak putus-putus mendoakan kesejahteraan dia walaupun sedikit lega bila Ayah Ngah sms bagitahu doktor sudah buat pintasan jantung dan telah melepasi tahap kritikal.


Pagi ini walapun hati sedikit haru tetapi tetap sembunyikan perasaan itu dari suami. Serba salah umpamanya 'ditelan mati emak diluah mati bapak' antara kehendak suami dan anak-anak. Sedih seab bila turutkan suami terpaksa lukakan hati anak-anak dan bila turutkan anak-anak terpaksa lukakan hati suami. Kalaulah saya boleh puaskan hati keduanya alangkah bahagianya. Tapi boleh ke?


8.09am dapat panggilan dari Ayah Ngah.

'Adik. Ayah Long dah tak ada'
Saya diam kaku, terkedu terasa diri melayang.
'Innalillah...'
'Bila?'
'Baru pagi ni Ayah Ngah dah keluar kerja sebenarnya'
'Kebumi pukul berapa?'
'Tak tahu lagi nanti Ayah Ngah bagitahu kemudian, mungkin pukul 3pm'


8.11am. Nombor telefon Kak Lah terpampang di skrin telefon. Saya kuatkan semangat. Dari jauh saya terdengar esak tangisnya tanpa kata. Air mata saya tumpah lagi. Kali ini air mata saya tumpah kerana turut bersedih mendengar esak tangis seorang isteri yang kehilangan suami teman hidupnya berpuluh tahun. Hati mana mampu menahan. Dalam sebak, dalam air mata saya tetap cuba menenangkan dia. Hanya itu yang mampu saya lakukan.



Telefon adik minta dia bagitahu Abang Iqbal, tak sanggup saya hendak sampaikan berita sedih ini. Sudahlah saya tidak dapat bawa mereka ke sana ziarah jenazah dan melihatnya kali terakhir. Kemudian saya telefon mak, dalam esak tangis saya bagitahu mak. Sedih saya tangis saya air mata saya tumpah kerana anak-anak. Kalaulah saya dapat bawak mereka ke sana saya cukup berpuas hati walau anak-anak hanya dapat menatap wajah kaku Ayah Long.


Hidup saya tidak banyak pilihan. Walau apapun yang terjadi saya redha menerima segalanya tetapi bila melibatkan anak-anak hati saya cepat tersentuh, jiwa saya cepat mencair. Sebagai isteri syurga saya adalah bersama suami, setiap keputusannya mesti saya patuhi walaupun saya terpaksa melukakan hati anak-anak sendiri. Saya sentiasa berharap anak-anak akan faham situasi emak mereka.


Sekian luahan perasaan untuk meredakan rawan di hati.



14 Rider Beraksi:

Allah Lebih Tahu

5:36 PTG JunAina 8 Comments


Hari ini merupakan hari sangat sibuk bila ada drawing yang perlu di ubah sana-sini tetapi bukanlah kerja-kerja teknikal tetapi lebih kepada client request untuk masukkan itu dan ini pada title block. Mereka buat permintaan saat-saat akhir di garisan penamat! Toinkk..toinkkk dah kepale...
Tiba-tiba dapat email pulop minta hold everythings, katanya client tak setuju dengan pertukaran dibuat padahal dah hantar template bagi depa. Itulah masalahnya bila kita kerja depa tido, kita dah petang baru depa masuk kerja.


Hati saya rawan. Bila stop semua kerja ingat nak rehatkan minda, tetiba my pinky berbunyi nyaring. Nombor pulak tidak di kenali tapi angkat jugak.


'Assalamualaikum'
'Adik Jun ke'
'Ni Ayah Ngah dari Terengganu, nak bagitahu Ayah Long kritikal di Hospital Terengganu'
Saya kaku. Kaku sebab tak pernah dengar abang sulung arwah ex-husband ni sakit sebelum ini.
'Setahu saya Abang Lim sihat. Kenapa pulak tiba-tiba masuk hospital?'
'Pagi tadi dia pergi mengajar macam biasa, kena serangan jantung kat sekolah'
Terlopong. Kesian Kak Lah, kesian anak-anak mereka.
'Ayah Ngah telefon bagitahu sahaja, nanti kalau ada apa-apa perkembangan Ayah Ngah bagitahu. Boleh kan telefon bila-bila masa pun?'
'Boleh, tak ada masalah. Saya doakan Abang Lim sembuh seperti sediakala'
Lepas Ayah Ngah bagi salam dia letak telefon. Saya tak berani nak telefon mahupun sms Kak Lah.


Hati saya menjerit. Wajah Abang Iqbal dan Kakak Hayani bermain di mata. Itulah satu-satunya bapa saudara mereka yang ada. Ikut hati hendak sahaja terbang bawak anak-anak ke sana tapi siapalah saya. Syurga saya sudah berpindah milik, pasti tidak akan ada ke izinan darinya. Bagi dia anak-anak mejadi tanggungjawab dia sepenuhnya setelah di tinggalkan arwah bapa mereka begitu sahaja. Saya tak salahkan dia, ada kewajaran dihatinya terpalit dendam kerana anak-anak membesar tanpa ehsan keluarga sebelah sana. Tetapi hati seorang ibu tetap tersentuh.


Saya mendoakan yang terbaik buat Abang Lim. Hati saya turut berduka dengan apa yang menimpa. Kuatkan semangatnya Ya-Allah untuk menempuh ujian-Mu ini. Kuatkan juga hati Kak Lah, hati anak-anak mereka serta semua keluarga di sana.



8 Rider Beraksi:

Serasinya Nasi Lemak dan Kopi Panas

12:13 PTG JunAina 18 Comments





Nasi lemak 60 sen bertemankan secawan besar kopi 'o' pekat, di depan rumah bertemankan hujan dan angin sejuk bendang yang bertiup. Segar. Nyaman. Nikmat makan dalam mengharung serta mengutip kenangan.



18 Rider Beraksi:

Hotel Berdekatan Pulai Spring Resort

4:02 PTG JunAina 22 Comments


Akhir bulan November suami saya akan menghadiri majlis makan malam tempat kerjanya di Pulai Spring Resort, 20km, Jalan Pontian Lama, Pulai, Johor. Masa tu dah cuti sekolah, hajatnya nak bawak anak-anak bercuti sekali tetapi bila cuba booking bilik semua dah penuh pulak pada tarikh tersebut di tempat yang sama. Mungkin syarikat tempat suami bekerja sudah buat tempahan awal secara besar-besaran. Berkenan sangat dah dengan resort ni, cantik dan nampak nyaman sahaja. Saya sudah menghantar email untuk bertanya kekosongan bilik tetapi malangnya tiada juga yang kosong pada tarikh tersebut.



Hotel besar cam gini boleh fully booked. Sob...sob...



Teruja wehhh nengok swimming pool dia walaupun tak tau berenang...wakakaaa...


Ini kali pertama saya akan ke Selatan Tanahair, sebelum ini kalau pergi Johor paling jauh pun hanya sampai ke Muar sahaja. Jalan-jalan di sana pun saya tidak mahir tetapi tak kisah sangat sebab suami akan jadi co-pilot. Masalah besar sekarang saya ingin mencari hotel yang terdekat dengan Pulai Spring Resort supaya senang suami hendak pergi ke Majlis Makan Malam anjuran pejabatnya nanti. Saya sudah minta bantuan google tetapi skill saya agak kurang jadi hanya sedikit info yang saya dapat.


Ada tak antara kawan-kawan yang boleh tolong?

1.  Senarai hotel berdekatan dengan Pulai Spring Resort.

2. Tempat-tempat menarik terdekat yang boleh kami lawati sekitar kawasan tersebut.

3. Tempat makan yang menarik dan sedap yang boleh kami sekeluarga kunjungi.


Makan malam tersebut hanya untuk kakitangan sahaja jadinya malam itu saya bolehlah jalan-jalan dengan anak-anak dan biarkan abahnya berhappy-happy dengan kawan-kawan. Sesekali bagi peluang apa salahnya tapi masih dalam pengawasanlah!



22 Rider Beraksi:

Perhimpunan Raksasa Hari ATM Ke-80 Part 2

11:38 PG JunAina 9 Comments


Lama tak jejak Dataran Merdeka lalu tiap-tiap hari tapi...balik kerja. Tempat lepak-lepak malam minggu masa remaja dulu, dengan kata lain tempat lepak datinglah. Hari ini berkesempatan bertamu kat sini, mengutip kenangan separuh jalan zaman muda.

Klik sini untuk part 1.



Motif tunjuk gambar. Orang selalu kata kami kembar, itu dedululah tapi sejak adik saya mendapat suami yang pandai sangat menjaga isteri sehinggakan dia kembang bagai apam nan mekar tidak le lagi orang memandang kami dengan tanda soal.





Booth pertama kami lawati adalah 'Survival Village' kat sini menempatkan pelbagai info bagaimana askar-askar yang berada di dalam hutan mencari iktiar hidup mereka. Mempamerkan binatang-binatang yang biasa ditangkap untuk dijadikan hidangan sebagai ikhtiar hidup, ada ayam hutam, kura-kura, landak, ular sawa, burung hantu dan seekor binatang spesis momyet yang saya lupa namanya. Di pamerkan juga perangkap yang digunakan untuk menangkap haiwan tersebut. Juga di tunjukkan pansuh iaitu memasak menggunakan buluh.



Burung hantu. Tido je waktu siang tapi malam-malam mula aktif. Junior kata comel!



Ini pulak landak. Ngeri je tengok cam ner la nak makan dia tiba-tiba teringat kat Wahida yang teruja makan rendang landak.




Tumpang pegang senjata ye bang (nak angkat sendiri tak larat berat).





Booth Kor Risik DiRaja kebanyakan pameran mengisahkan zaman kominis, mempamerkan senjata serta barang-barang milik PKM. Tak lama di sini kerana banyak cerita-cerita sedih dan pilu menerpa di hati. Bukan keluarga mereka sahaja merasa tetapi kita sebagai rakyat Malaysia juga turut bersedih.





Demo memasak ration MRE (meal ready to eat) kala di dalam hutan. Guna lilin khas sebagai bahan api, buka pack dan panaskan untuk hidangan minum petang iaitu betik rebus dan sebelah lagi tengah masak nenas. Sebelah sana lagi tu tengah masak nasi dan lauk untuk hidangan tengahari.




Gerun tengok peluru walaupun dah tak aktif, boleh tanya apa sahaja info berkenaan peluru pada petugas yang ada. Kat dalam banyak lagi peluru-peluru yang besar-besar lagi. Ngeri!





Opocot! Tertejut mak jemah. Dok buat penyamaran tengah padang ni pulak. Ada sorang budak perempuan ni kekonon nak ambik gambar dengan agen penyamaran berdiri posing punya baik tetiba patung bergerak habis bertempiaran lari sambil menjerit  termasuk kawan dia yang tengah pegang kamera so penyamaran berjaya.




Antara senjata yang di pamerkan, boleh pegang-pegang dan try-try tak ada pelurulah tapi... Kalau ada mahu ramai yang menjadi mangsa kot!









Jangan pandang sebelah mata pada abang-abang yang gagah, perkasa dan berotot ini. Muka garang dan tegas tetapi sedikit ruang di hatinya tetap halus dan berseni. Hasil air tangan mereka seni ukiran ais dan seni ukiran buah. Korang boleh buat macam ni? Tabik-tabik...




Jom hikram bawak kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik dan pakcik-pakcik semua naik helikopter. Pilot to be...tapi dik mama risaulah abah kecik hati nanti.




Parachute! Ada berani?




Sebab tak dapat tengok 'jet pejuang' jadi tangkap gambar Junior banyak-banyak dengan replika bagi dia happy sikit.




 Replika-replika aset Tentera Laut DiRaja Malaysia yang dipamerkan.  Kapal selam tu namanya Tun Razak dan yang bawah KD Jebat.




 Owhhh seperti biasa gambar akhir tentulah Cik Puan Blog yang turut nak cari glamour!


Pada hari yang sama juga di adakan sesi Pemilihan Awal Prajurit Muda Lelaki/Wanita Tentera Darat, mereka yang berjaya akan melalui Pemilihan Akhir untuk Prajurit Muda Lelaki Siri 174/2014 dan Prajurit Muda Wanita Siri 36/2014 dan yang terpilih akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan. Bersedialah mental dan fizikal wahai adik-adik sekelian.

  
Penat melayan kerenah anak tetapi hati tetap puas kerana dapat menggembirakan mereka. Menambah pengalaman serta pengetahuan buat mereka juga memupuk semangat patriotisma di dalam diri anak-anak. Menyemai semangat cintakan negara. Dataran yang luas memudahkan pergerakan walaupun agak ramai yang hadir, masih ada ruang untuk bergerak bebas dan selesa.



9 Rider Beraksi:

Perhimpunan Raksasa Hari ATM ke-80 Part 1

11:46 PG JunAina 34 Comments



Sabtu yang indah tapi di Kajang tetap hingar-bingar dengan 'jet pejuang' kata Junior. Dia teruja pandang ke langit! Tanya dia nak tengok 'jet pejuang tak?'. Angguk-angguk. Kami pun pi sinilah, perarakan dah habis tapi... Perbarisan lintas hormat, 'jet pejuang', helikpopter serta pertunjukan payung terjun sudah tamat. Mood Junior bertukar jadi sedih. Sampai je makan ais krim sejukkan diri sikit sambil ambil mood balik. Kami naik komuter sahaja dari Kajang kendian ambik LRT turun Masjid Jamek dan jalan kaki ke Dataran Merdeka.





Kami pergi ke Perarakan Raksasa Hari ATM Ke-80. Ini kat pentas utama tempat PM, TPM, Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera dan tetamu VIP lain terima lintas hormat. Masa ni kamilah jadi VVIP sebab bila masjlis dah habis semua tetamu melawat booth pameran yang ada serta hadiri jamuan yang disediakan. Suka pentas ni yang menggunakan warna-warna garang melambangkan keberanian ATM. 






Budak ni makan ais krim lepas penat dok dalam train dan jalan kaki ke Dataran Merdeka. Jalan yang di tutup memudahkan pergerakan, boleh berlari-lari di atas jalan raya. Masa ni mood dah mari walaupun tak dapat tengok 'jet pejuang' yang menjadi idaman hatinya.






Bergaya abang tu diri kat atas tu, teringin jugak nak panjat-panjat! Dia bergaya dengan uniform barulah!





Hati berbunga-bunga bila dapat pegang-pegang dan panjat-panjat.






Lagi ambik, ko glamer jap abang tu asik-asik jadi model. Terima kasih dik... Bergaya gagah!





Try-try tak ada peluru tapi... Dik kalau nak pakai uniform cam tu pasti abah kecik hati!






 Mak dan dak pompuan si Alya yang tak mau terkalah bergaya.




Akhir sekali. Cik Puan punya bloglah, VVIP of the day...ngeee...

.

Bersambung bahagian ke dua, nak jalan-jalan booth pameran pulak.



34 Rider Beraksi:

Festival Kuih Bulan

8:16 PG JunAina 24 Comments


Junior berlari-lari masuk rumah sambil melompat girang,

Junior : Mama...! Mama...! Kok Meng kata sekarang tengah ada festival (Kok Meng adalah anak jiran depan rumah berbangsa Cina dan Junior pulak mesti ingatkan festival macam dalam kartun Dora The Explorer).

Mama : Festival apa?

Junior : Ala yang ada hantu-hantu tu.

Kok Meng : Bukan la acik, Amirul tipu (dia bersuara dari luar).

Mama : Kok Meng pesta tanglung ke?

Kok Meng : Main tanglung acik tapi festival kuih entah kuih apa (hahahaaa...ada ke pulak cam tu budak ni).

Mama : Oooo.. Festival kuih bulan (masa tu tiba-tiba teringat kat Nekcik yang dok cerita tentang kuih bulan pemberian seorang kawan di blognya)



Kuih bulan yang mempunyai pelbagai pilihan inti dan rasa. Cerita mengenai Pesta Kuih Bulan boleh di baca di blog idhamlim.com dan gambar ini juga di copy dari sana.



Perarakan tanglung yang cantik dengan pelbagai warna dan rupa akan di adakan pada malam perayaan Pesta Kuih Bulan. Pic credit here. Malam tadi budak-budak tumpang gembira main tanglung bersama Kok Meng, ada 2 tanglung macam kat atas tu berwarna merah dan oren.


Rupanya Junior dok koyak kertas buku banyak-banyak kononnya nak buat tanglung! Apalah anak ni, mama dulu buat benda tu dengan surat khabar lama ja. Buat bersegi kemudian bakar atas jalan depan rumah mak tok yang merupakan kawasan lapang almaklumlah sawah. Naik tinggi. Orang tua-tua tak bagi main sebabnya bila api di udara depa samakan dengan 'hantu tengelung'. Korang pernah dengar? Ceritanya hantu tu terbang bagai api di angkasa dengan perut terburai. Takutttt...larikkk... Sekarang dah ada lampu neon 'hantu tengelung' pun dah lari masuk hutan dia pulak yang takut. Budak-budak zaman sekarang dah tak pernah dengar cerira mitos sebegitu.


Malaysia terdiri pelbagai bangsa, begitu juga kaya dengan adat dan budaya bangsa masing-masing. Meraikan sambutan perayaan sesuatu kaum sebagai menghormati budaya mereka selagi tidak mengganggu aqidah dapat merapatkan silaturrahim sedia ada. Apa juga bangsa dan warna kulit kita tetap 1Malaysia yang hidup di dalam kepelbagaian budaya.


24 Rider Beraksi:

Pengalaman Naik Bas Ekpress Dari Kangar ke Kuala Lumpur Bahagian 2

6:00 PTG JunAina 20 Comments



Sambung dari bahagian 1...


12.45 bas ekpress dari syarikat yang sama sampai dan menurunkan penumpang di luar platform berdekatan stesyen bas henti-henti, rupanya bas tersebut juga akan membawa kami semua ke Kuala Lumpur dan Kajang. Non-stop trip! Naik bas penumpang duduk berselerak ikut suka hati kerana tiada nombor pada setiap tempat duduk seperti kebiasaannya. Saya bernasib baik kerana masih ada tempat duduk bersebelahan yang boleh saya duduk berasama anak kalau tak memang saya minta pemandu atau kakitangannya kira balik penumpang mengikut turutan nombor tiket masing-masing!. Perkara pertama yang saya tanya kepada budak yang memeriksa tiket adalah 'bas ini ada pemandu gantian atau tidak'. Alhamdulillah pemandunya tetap 2 orang.


Kami bertolak sekitar jam 1am dari Alor Setar. Setiap kali pemandu menukar gear akan ada suatu bunyi seolah gear mengalami masalah. Nampak sangat bas berada di dalam keadaan yang kurang memuaskan. Saya hanya mampu berdoa semoga Allah s.w.t melindungi perjalanan kami semua hati sedikit runsing bila memikirkan Changkat Jering dan Gua Tempurung. Saya tak mampu melelapkan mata. Rasanya dalam perjalanan sekali lagi bas berhenti mengambil penumpang sekitar Sungai Petani. Saya hanya tidur-tidur ayam sehinggalah bas berhenti di Hentian Jalan Duta dan kemudian ke Pudu Sentral akhir sekali ke Kajang menurunkan penumpang. Semasa bas berhenti berehat di R&R yang terdapat di lebuhraya saya langsung  tidak turun.


Alhamdulillah saya selamat sampai ke Kajang. Saya meminta pemandu memberhentikan bas di pertengahan jalan di depan sebuah tokong di Jalan Reko tidak terus ke Hentian Kajang kerana kebetulan saya boleh mengikut jalan belakang untuk balik ke rumah. Pemandu kali ini sangat berbudi-bahasa meminta saya tunjukkan tempat sepatutnya dia berhenti. Katanya dia tak biasa dengan Jalan Reko sebab ini sepatutnya bukan laluan dia, hanya menggantikan bas lain yang menghadapi masalah. Bila berhenti dia turun bukakan tempat menyimpan barang serta tolong angkatkan beg-beg saya dan letak ke tepi. Sejuk sikit hati.


Ajal-maut, jodoh pertemuan Allah yang tentukan. Kita sebagai manusia sepatutnya berusaha. Sekiranya bas berada di dalam keadaan tidak memuaskan seharuslah dibetulkan dahulu. Pemandu harus perihatin, tuan punya harus bertanggungjawab. Saya rasa pemandu pertama yang memandu bas ke Klang/Shah Alam perlu mengikuti krusus cara untuk melayan penumpang. Shamisha Holiday perlu lebih perihatin dengan keadaan bas. Pantau juga pemandu-pemandu yang ada. Saya tidak meletakkan kesalahan kepada orang tertentu tetapi sekiranya semua bertanggungjawab tidak akan timbul banyak masalah, kesilapan teknikal akan berlaku di mana-mana tetapi ia mampu dielak, kecuaian pulak akan membawa padah.


Bagi saya pengalaman pertama ini membuatkan saya serik untuk menggunakan perkhidmatan bas Shamisah Holiday lagi, selagi boleh elak saya akan elak kecuali sudah tiada pilihan lain. Tiba-tiba saya terbayang sekiranya mak yang berada di dalam situasi tadi sebab mak selalu berulang dari Perlis ke Kajang. Terkial-kial turun naik bas di tengah malam kemudian terkial-kial pula mengangkat beg dan biasanya dengan banyak barangan bekalan lain di usia tua sebegitu.


Mungkin rezeki saya tidak baik ketika itu, mungkin juga Allah s.w.t sedang menguji kesabaran saya. Anda ada tak pengalaman yang boleh membuat hati di simbah lahar gunung berapi ketika menggunakan perkhidmatan bas ekpress jarak jauh? Boleh kongsi bersama.



20 Rider Beraksi:

Pengalaman Naik Bas Ekpress Dari Kangar ke Kuala Lumpur Bahagian 1

10:11 PG JunAina 23 Comments


Pagi ini buka surat khabar terpampang di dada akhbar sebuah bas berwarna kuning dan oren yang terbalik dengan tajuk '16 Penumpang Bas Tercampak, Drebar Maut'. Al-Fatihah. Terasa ingin berkongsi pengalaman menggunakan perkhidmatan bas yang sama minggu lepas.


Pengalaman naik bas ekpress dari Kangar ke Kuala Lumpur saya sangat pelbagai setelah hampir 20 tahun tinggal di kota metropolitan tetapi ini adalah pengalaman pertama saya menggunakan perkhidmatan bas ekpress tersebut. Biasanya saya akan menggunakan Sani Ekpress kerana ia lebih selesa, pemandu pulak boleh bertolak ansur dan tidak sombong. Bas Ekpress Etika akan menjadi pilihan kedua. Di sebabkan kehabisan tiket kerana cuti hujung minggu bersambung dengan cuti Hari Malaysia saya tiada pilihan kerana itu adalah tiket terakhir yang ada. 


Perjalanan 10.30pm, bermula pengalaman yang kurang menyenangkan buat saya. Pergi ke kaunter dan diberitahu penumpang ke Kajang akan menumpang bas yang akan ke Klang/Shah Alam ke Alor Setar kerana masalah kelewatan bas sampai dari Kuala Lumpur. Dari Kangar ke Changlun mengambil penumpang kemudian ke Jitra di sana berlakulah sedikit perselisihan faham. Saya dan anak serta 2 orang penumpang yang akan ke Kajang diarahkan turun setelah pemandu dan agen bertekak hampir setengah jam di bawah. Rupanya ada yang mengugut untuk meminta bayaran balik tiket sekiranya tak dapat naik bas tersebut (itupun saya dapat tahu bila saya mula nak naik angin dengan agen).


Bayangkan ketika itu hampir pukul 12 malam, anak saya sedang nyenyak tidur. Saya memberi alasan anak tidur. Apa yang membuatkan hati saya sangat marah ketika itu adalah pemandu dengan angkuh terus berkata 'Gerak jugak sampai bangkit' dengan kasar. Saya rasa kalau dia bercakap secara sopan dan meminta maaf atas kesulitan saya akan faham tetapi bila begitu keadaannya hati saya sangat bergelora tetapi saya pahat di hati apa yang berlaku ada hikmahnya. Beristighfar. Pelan-pelan saya kejut anak yang sedang tidur, angkat 2 beg kecil yang ada bersama, turun ke bawah dudukkan anak di koridor kerana semua bangku sudah penuh kemudian mengangkat 2 lagi beg pakaian di tempat penyimpan beg di bawah bas. Tiada siapa ingin menolong! Tidak pemandu, tidak juga wakil agen bas tersebut di Jitra. Pemandu muda yang ada rupa, bersuara sedap di rangkaian radio pemandu bas agaknya tetapi tidak mempunyai perilaku yang baik!


Kami berempat dan dua penumpang dari Jitra dihantar ke Hentian Shahab Perdana, Alor Star menaiki 2 teksi. Allah sudah tentukan malam tersebut rezeki pemandu teksi tersebut saya berbisik di hati. Dari Hentian Teksi yang berada di luar anak mamai-mamai berjalan ke platform masa telah melewati jam 12.30 malam. Pemandu teksi menawarkan diri untuk membawa barang-barang, tetapi saya tetap menolak dengan baik. 1 beg di galas di depan, 1 di belakang 2 beg lagi berada di tangan (nasib baik 2 beg ini hanya berisi kuih-kuih mudah pecah dan selimut sahaja). Sampai sahaja saya ke platform saya lihat bas yang sama ada di situ dan pemandunya biadab turut ada (masa tu rasa macam ada api dalam mulut!). Saya sangat marah!


Bersambung ke bahagian ke-2...panjang sangat daaaa...



23 Rider Beraksi:

Perempuan Melayu Ayu...Terakhir Menggayakan Tudung Saji Melayu...Terakhir

11:29 PG JunAina 17 Comments


Cuti seminggu. Balik kerja buka email. Terkujat. Asyik kena bahan je, sekali dulu kena bahan jugak kat sini.   Kali ini bukan satu department sahaja yang tengok gambar-gambar over saya tetapi satu pejabat! Malu wehhh depa dok park dalam drive yang boleh syer satu pejabat (cepat-cepat saya cut semua gambar-gambar over saya dari official cameraman). Depa semua dok berebut-rebut tengok gambar Majlis Raya 2013 anjuran tempat kerja sayalah (nantilah saya update entri walaupun dah basi).




Model Perempuan Melayu Ayu...Terakhir...cewahhhh...



Menggayakan Tudung Saji Melayu...Terakhir. Korang ada?



Bunga nan sekuntum di antara kumbang yang berterbangan, seekor lagi kumbang entah terbang ke mana. Dua ekor kumbang lagi dah terbang ke pejabat lain sebab dapat tawaran lagi best. Rasa diri begitu berharga bila bekerja dengan lelaki-lelaki sporting seperti mereka. Tak lokek ilmu, tak kering gusi melayan kerenah tapi dalam keadaan tertentu akan jadi bahan mereka dan dalam keadaan tertentu juga depa akan gunakan bunga nan sekuntum cukup-cukup sedangkan depa terima je. Apa pun saya tetap sangat enjoy kerja dengan depa. Tengs geng!



17 Rider Beraksi: