Jom Like Gambar Saya

11:52 PG JunAina 14 Comments


Jari saya walaupun sibuk tetap ada masa nak klik sana-sini kat internet. Atas ada drawing tapi kat bawah drawing tu saya buka sahaja intenet, bila letih sangat memikir saya klik yang bahagian bawah baca blog kawan-kawan mahupun buat carian lain kat internet. Lega sat. Sempat juga saya sertai peraduan 'AirAsia 200 Million Memories Contest'. Nak cuba jom ramai-ramai hantar penyertaan, mudah sangat hanya upload gambar. Ikut sahaja arahan yang diberi tapi diingatkan gambar tu tak boleh lebih dari 2MB sahaja.


Apa kata jom ramai-ramai tolong like gambar saya kat sini. Gambar saya kecik sahaja yang mana dah besar tu maksudnya dah dapat banyak like. Saya pertaruhkan gambar percutian sekeluarga ke Bukit Tinggi, Indonesia pada March lepas. Pengalaman yang tak dapat dilupakan bila dapat bawa mak jalan-jalan makan angin. Ikut bersama makcik dan pakcik yang jadi mak dan ayah kedua buat saya tempat menumpang kasih.



Gambar-gambar yang telah mengambil bahagian. Kita boleh hantar sebanyak mana juga penyertaan jadi peluang menang pun lebih banyak jugak.



Saya pertaruhkan gambar ini. Di kelilingi oleh insan-insan tersayang dalam percutian memang saat-saat yang sangat membahagiakan. 


Apa kata jom ramai-ramai like gambar saya dan kemudian sama-sama sertai peraduan ini. Siapa tahu andai rezeki tiba-tiba boleh terbang percuma ke tempat percutian idaman anda.



14 Rider Beraksi:

Stress Bila Selalu Berfikir Negatif

9:22 PG JunAina 13 Comments


Bila keadaan mendesak kita akan sentiasa memusatkan fikiran kita kepada perkara-perkara negatif. Fikiran seolah-olah menolak kemungkinan keputusan positif dalam setiap perkara. Bila penolakan berlaku makanya tidak akan ada sesuatu yang positif pun yang boleh kita terima pakai sebagai penenang hati.


Saya kerap berada di dalam keadaan seperti itu. Berfikiran negatif terhadap perkara yang berlaku di dalam hidup dan terus-menerus menolak pemikiran positif. Padahal kita tahu berfikiran positif akan sangat mempengaruhi emosi kita. Sekurang-kurangnya dengan berfikir positif emosi kita akan semakin sihat.


Jumaat ini moga kita semua akan sentiasa diberkati. Menjadi insan yang sentiasa positif dalam mengharungi kitaran hidup seharian. Terima setiap ujian secara positif kerana sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik buat kita walaupun itu bukanlah kemahuan kita.


Salam istirehat buat semua.  Johor dah start cuti Jumaat kah?


Saya akan menjadi sangat positif bila melihat orang yang saya sayang tersenyum gembira macam ini. Mereka ubat jiwa paling mujarab.



13 Rider Beraksi:

Oh My English! Fire Drill

5:47 PTG JunAina 6 Comments


Depa nikan hari kita kalut la nak bermain api dan air, nak ajak manja-manja main kejar-kejar kat tangga. Berapa kali lah setahun nak test stamina kami semua ni turun tangga dengan gagahnya. Itulah kan building management ni aktif betoi, awai tahun dah buat akhir tahun pun buat lagi. Suka la depa ni.


Kesian abang-abang bomba berlari bekejaran nak selamatkan depa yang injured kat atas. Lepas tu mai lagi satu yang ada tangga tu bertabah le abang bomba tu dok dalam tu untuk selamatkan depa kat Tingkat 6. Berasap-asap dah kat parking tu, siap ada air lagi dok spray dari atas. Mangsa olok-olok tu mesti gayat gila nak panjat dari tebing dinding tu dan naik kat tangga abang bomba tu...ahahhaa...


Panas sebab tak ada angin sebabnya lagi orang dah ramai kan. Berpeluh tiak. Nasib baik minggu lepas dah turun Tingkat 9 tak adalah malam ni sampai kena spu minyak angin...ahahhaaa... Lepas habis demonstrasi bagai jom pekena teh tarik mamak. Dahaga kot turun dari Tingkat 9 dan tunggu kat tengah panas walaupun masih pagi.


Apapun terima kasih abam bomba yang sasa. Tanpa kalian siapalah kami, nasib-nasib tak boleh duduk dah bangunan tu sebab tak ada kelulusan bomba. Training ini bukan hanya untuk kebakaran sahaja juga untuk semua jenis kecemasan termasuk gempa bumi.


Gambar tak ada sebab kamera chap ayam saya memang tak boleh transfer gambar ke komputer pejabat, kamera pula dah sibuk-sibuk lupa pulak tapi ramai je dok syer kat FB saya yang dah berhabuk!



6 Rider Beraksi:

Tips Didik Anak Untuk Bersolat Dari Usia Bayi

8:17 PG JunAina 17 Comments


Seminggu dua ini Masjid Jamek, Kuala Lumpur menjadi persinggahan saya untuk berjemaah solat Maghrib dan sesekali berlarutan sehingga ke solat Isyak. Kesetiaan isteri menunggu suami yang bertugas di bangunan berhadapan Masjid Jamek. Tika malam menjelma bilangan jemaah tidaklah seramai mana. Jemaah lelaki jarang sangat memenuhi satu saf tetapi ramailah jugak sebab saf itu memang sangat panjang. Jemaah wanita pula biasanya 6-7 orang sesekali bilangan melebihi jumlah tersebut.


Suatu hari mengejar masa kerana sedikit terlambat keluar dari pejabat untuk solat Maghrib sedangkan imam telah memulakan solat. Berdiri seorang wanita dengan mendokong anaknya yang berusia 11 bulan lalu memberi ruang kepada saya supaya dia dapat berada di hujung saf. Saya beralih tempat sambil tersenyum. Meletakkan semua barangan dihadapan saf dan saya mula mengikut imam. Dia meletakkan bayinya di hujung saf dan turut bersolat.


Kerabunan mata saya memang sangat teruk dengan power melebihi 700 termasuk silau di sebabkan bayi ini berada di hujung kepala saya dapat melihat dengan kaburnya dia sedang bermain cermin mata saya. Saya terus bersolat dan tidak memberi perhatian langsung pada bayi tersebut. Selepas solat ibunya meminta maaf kerana anak dia bermain cermin mata. Saya senyum.



Saya suka suasana dan pemandangan waktu malam di Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Di tengah-tengah kesibukan bandaraya tersergam bangunan masjid yang sangat menarik.


Kagum. Anak berusia 11 bulan langsung tidak menyentuh sejadah yang kami gunakan untuk sembahyang. Sempat berborak dengan ibu muda ini berkongsi tip dan petua. Pandai betul ibu muda ini mendidik anaknya. Antara  tip yang di beri.

1. Ajak anak solat dari sejak dalam kandungan, biasanya dia akan bisikkan 'ibu solat anak solat ya'.
2. Aida mengamalkan satu doa (suatu hari saya akan cuba dapatkan doa ini darpada dia). Cuma satu sahaja yang saya kurang pasti sebab katanya selain mengamalkan doa tersebut dia juga menggantungkan doa tersebut sebagai rantai (mungkin kepercayaan keluarga sebelah suaminya yang bukan Malaysia).
3. Setiap kali waktu solat dia akan ajak bayi bersolat bersama dengan meletakkan di sebelahnya, sekiranya bayinya sedang tidur Aida akan kejutkan bayinya dan ajak bersolat.
4. Didik anak seawal lepas pantang.
5. Kebiasaan dia mendukung bayi apabila bersolat (saya tak pasti tentang ini walaupun pernah membaca di internet mungkin kita boleh rujuk kepada ustaz yang lebih arif).


Saya melihat dengan mata sendiri bayi berusia 11 bulan bernama Syifa Nur Jannah bermain sendirian sementara ibunya bersolat bersama kami. Langsung tidak menggangu atau memegang sejadah tempat kami bersujud. Dia cuma mendapatkan ibunya apabila kami sama-sama selesai memberi salam. Terasa nak peluk Syifa Nur Jannah. Beruntung Aida dapat anak setaat Syifa dan bertuahnya Syifa dapat ibu sehebat Aida dalam mendidik anaknya. Semoga Syifa Nur Jannah akan menjadi anak solehah.



17 Rider Beraksi:

Sarapan Berdua-Duaan

5:05 PTG JunAina 18 Comments


Hari ini sarapan yang sangat marbeles, nasi lemak sambal banyak tambah lagi sambal sotong kembang, pedas menyengat sampai berpeluh-peluh muka. Pedas suap lagi pedas suap lagi, nikmat...nikmat... Hari ini makan kat pantry ja geng lepak mamak cuti seminggu nasi lemak beli kat kajang ja, buat nescafee '0' secawan dan nikmatilah pagi nan indah.


Tiba-tiba saya terdengar suaranya, saya tahan nafas. Doa banyak-banyak dalam hati, biarlah dia berlalu pergi segera. Malang nasib saya mungkin untung juga kot ahahaa...pagi-pagian dia sudah masuk pantry. Buat nescafee kosong tanpa gula untuk jaga kesihatan katanya. Boleh pula dia tarik kerusi dan duduk depan saya sudahlah meja tu kecik ja, bergerak lebih sikit boleh bersentuh tangan!


Suap nasi ke mulut terasa masuk ke hidung. Suap punya suap punya suap nasi tu macam tak luak ja. Perasaan tu umpama dating kali pertama dengan boyfriend. Tak keruan, dup ap-dup dap...haishhhh... Dulu dia hanya teman satu bahagian sekarang ada jarak yang memisahkan kami jadi seharusnyalah saya merasa begitu. Tidak selesa bila 'bos' ada kat depan tengok kita makan!


Sudahnya saya jadi bahan teman-teman...haisshhh...depa nikan suka sakat-sakat. Tak apalah kan sesekali Manager temankan budak suruhan makan apa salahnya...ahakksss...



18 Rider Beraksi:

Semak Saman-Tetiba Kot

8:13 PG JunAina 13 Comments


Bagi sesiapa yang mempunyai lesen memandu mesti biasa kena saman, tak kiralah JPJ, PDRM mahupun pihak berkuasa tempatan. Selama ini memang jarang nak semak saman ni tapi gatai tangan pulak sebab tiba-tiba ada surat berdaftar yang perlu di tuntut, takut juga balik kampung baru-baru ini ter'over' speed.



Ini adalah kes saman saya sepanjang dok bawak motor selama dah berbelas tahun dan kereta pula dalam 7 tahun cam tu la. Terkejut berok kejap sebab satu saman tu kompaun dia Rm300 padahal motor kecik tu ja pon yang kena saman bukan kereta. 7 tahun bawak kereta ada 1 saman kiranya pemandu berhemah jugaklah. Lain-lain saman Kriss buruk saya tapi kebanyakannya Pak Tuan yang bawak, suka hati sahaja parking sampai kena saman dengan DBKL.


Nak semak saman sila ke rilek.com.



13 Rider Beraksi:

13 Juta Korang Hado?

4:44 PTG JunAina 18 Comments


Nak cari Rm300k pun merangkak, tergolek-golek nak cari 13 juta, mimpi jelah ye. Itulah namanya tuah ayam nampak kat kaki tapi tuah manusia nampak kat populariti dan paras rupanya. Kalau diri tak hot-hot mama atau hot-hot anak dara jangan mimpilah ye. Sponsor pun kena mintak tau ini tidak berebut-rebut syarikat-syarikat nak taja itu ini.


Tuahnya badan kan...dah le cantik, ada rupa, ada body opsss...ahahhaaaa... Tahniah la Che Ta. Moga-moga kali ini kekal sehingga ke akhirnya. Bahagia. Biaq pi la apa orang nak kata. Kalau nak dengaq semua tu sakit jiwa na Cik Ta. Rezeki badan kan...


Apapun dalam sedang di lambung bahagia ini berhati-hatilah. Ramai yang suka ramaiiii juga yang tak berapa nak suka. Meraikan hari bahagia dengan mewah tajaan dan mewah duit sendiri moga-moga sisi kita sebagai seorang Islam tidak akan dilupakan dalam majlisnya nanti selain dari akad nikah yang bakal menghalalkan tu...


Tak mo komen panjang nanti peminat Che Ta histeria pulak dok komen banyak-banyakkkk...


Saya kalau mekap lagu tu pastu pakai korset sampai nak bernafas pun semput cam tu cantikkkkkk jugakkkkkkk...larikkkkk...



18 Rider Beraksi:

Kenduri Selepas 12 Tahun

9:13 PG JunAina 17 Comments



Majlis kecil-kecilan sahaja tiada lembu yang di tumbangkan cuma 60kg daging telah menjadi habuan. Kurma Daging dan Kentang, Gulai Nangka dan Ikan Kering, Acar Ikan (Masak Cuka Ikan), Jelatah (acar rampai timun dan nenas), Kerabu Taugeh, Magga dan Perut juga bubur kacang sebagai pencuci mulut. Kebanyakan menu dalam majlis ini adalah pemberian dan sedekah untuk di kendurikan oleh saudara-mara. Keluarga kami besar! Gambar makanan satu pun tak ada.


Mak dengan baju pink dia tapi sayang dalam saya sibuk sana-sini terlupa ambik gambar mak dengan pengantin. Tak apa mak dah cukup gembira bila dia dapat menantu dan bila ada orang nak jaga anak bujangnya. Mak tak ralat pun. Sebelah tu sepupu arwah mak su meninggal semasa Anisa berumur 2-3 tahun lepas tu nenek sebelah bapa dia besarkannya.



Pertama kali mak kahwinkan anak lelaki dah 3 anak perempuan dan perasaannya mesti tak sama.
Langkah-langkah akhir sebagai orang bujang lepas ini dah jadi suami orang.



Kaum keluarga serta orang kampung yang hadzir pada majlis perkahwinan angah. Lepak-lepak lepas makan sambil tunggu nak tengok pengantin. Meja tu bapa saudara saya buat sendiri ya, seorang kawan saya dari KL siap hendak tempah lagi.



Keluarga sebelah arwah bapa yang sudi datang, isteri Pak Teh iaitu Mak Teh Faridah (bertudung pink) anak dia Ifahana bertudung oren. Isteri Pakcik Don iaitu Makcik Faridah bertudung coklat dia antara yang paling rapat dengan kami dan mak. Tudung puti anak arwah Wa Ibrahim iaitu Fizah. Kami menyimpan cerita duka dari keluarga sebelah arwah abah tapi bukan denga depalah.



Baju biru Pakcik Don (Aziz) bersama Pak Tuan dan seorang anak buah Pak Tuan yang masih bertugas di Perlis. Lama dah depa tak jumpa jadi panjang sangat cerita depa. Masing-masing dok tenung name card Pak Tuan. Dak Alia tu mana meleser je kat abah kerjanya.



Kami hanya sediakan bunga telur buat tetamu juga hasil kerja sama saudara mara dan kawan mak. Kebiasaan keluarga mak bila ada kenduri setiap orang akan bagi bunga telur kini giliran mak pula terima. Goodies bag pula hanya di sediakan buat orang yang bergotong-royong dan adik beradik mak sahaja dengan isinya tasbih, cupcake (tajaan Cik Yati adik mak) dan bunga telur. Coklat pulak menjadi buah tangan untuk sebelah pengantin perempuan tapi semua tu tak ada gambarlah pulak.



Kakak yang sulung ataupun Yong bersama kawan-kawan sekerja. Dialah yang kami harapkan untuk tengokkan mak di kampung.



Kawan sekolah saya tapi sekarang kawan jugak dengan kakak saya, nama dia Sarina.


Ini antara orang kuat sebab depa nilah jadi pemberi bunga telur sepanjang majlis. Lega tengok dia nak pakai baju tu. Sebelah tu Natasya kiranya 2 pupu lah dengan kakak.



Pak Njang, Adik Ab (ini kiranya dah macam keluarga walaupun kawan adik je pun sehari mesti macam mana pun pergi rumah mak sekali tapi lebih mahu). Tudung biru Azreen mak Natasya dan tudung ungu juga sepupu Shazwani student UNIMAP.



Budak ini tengah gigih hadapi peperiksaan SPM dia. Anak menakan kesayangan jugaklah. Kaler block konon. Alkasihnya dia pakai skirt lycra pink terang sikit dari baju dia tetiba dalam dok sibuk nak pergi nikah dia terpelecok dalam lonkang langsung tukar pakai skirt warna ungu!



Dayang-dayang majlis....ahhahaa...



Ini semua orang kuat 'kedehoq' kekdahnya. Orang kuat dapurlah, tukang masak. Semua keluarga, mak-mak menakan dan pak-pak menakan. Kat baju merah tu depa dok kukus nasi tapi sayang tak ada gambar pulak. Terdengar bisik-bisik dari jemputan. "Baguih depa ni kenduri depa ja masak semua, bersatu hati betoi". Saya tentulah senyum sampai telinga, mak pon happy ja.



Pak Long dan 2nd wife dia, 1st wife tak balik sebab anak dok tunggu hari nak bersalin cuma dia kirimkan kuih. 3rd wife dia tah dok mana tetiba tak ada pulak gambar dia. Dah sebijik macam muka arwah tok ayah la pulak...Al-fatihah...


Pakcik E jadi tuan rumah jugaklah sambut tetamu lelaki. Dia dengan Makcik Uji jadi orang kuat untuk majlis mak. Terima kasih buat mereka berdua.



Akhir sekali dak kecik Alya dengan Umi dan Ayah. Adik ipar saya sampai pagi dan malamnya terpaksa balik semula sebab tak ada cuti, almaklumlah Deepavali bagi peluang untuk kawan-kawan yang raya bercuti.


17 Rider Beraksi:

Saya Mula Sibuk Kembali

5:13 PTG JunAina 13 Comments


Fast update.

Pagi ini saya tersedak-sedak kala bersarapan di pantry. Rupanya nama saya disebut-sebut di dalam bilik Manager baru, dicalonkan sebagai new player dalam satu projek. Pertama kali kot nak kerja dengan rakan sekerja yang ni walaupun dah 7 tahun kat sini tak berjodoh tiba-tiba tahun ini bertemu jodohnya pulak tapi saya cuma tolong-tolong jelah tapinya jugak stok seminggu jugaklah kertas-kertas atas meja sekarang ini.


Masa untuk update blog terhad. Masa untuk bw juga tersangat lagilah terhad. Ada tak ada 12-1pm dan 5-6pm itu pun masih ada yang dok jeling-jeling jugak...haishhh...


Saya perlu kejar waktu untuk siapkan drawing yang bersepah atas meja, tak mahu pulak di pandang sebelah mata oleh rakan sekerja yang nikan so kenalah jaga performance kekdahnyaer. Manager baru saya ni tak boleh nak baca lagi dia punya mind jadi kena hati-hati lebih sikit. Tapi rasanya seperti dia akan berlaku sangat adil kepada staff dan saya sangat berharap dia akan kekeal sebegitu. Kita terpaksa terima sebaik mana pun bos pasti dia ada favorite staff tersendiri. Redha jelah selagi dia tidak terlalu mengabaikan kita dan hanya melebihkan fav staff dia.



13 Rider Beraksi:

Berakhir Sudah Zama Bujangnya

10:09 PG JunAina 12 Comments



Hadiah terbesar yang pernah dia dapat sepanjang usianya dan baru seminggu menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 41. Jadi kami hadiakan dia sebuah majlis yang sederhana tapi meriah, hadiahkan dia seorang isteri! Doa agar perkahwinan mereka sehingga ke Jannah.



Rombongan pengantin lelaki sebelah kamilah tu dalam serba pink dan kemerah-merahan. Sampai lambat Imam dah sedia menunggu, patutnya pukul 11 tapi dah pukul 11.30am baru sampai. Bukan senang nak kumpulkan rombongan berbiji-biji kereta ini. Pengantin pula terkial-kial nak pakai sampin dan kami terlupa pakar pakai sampin ada, nasib baik Pak Tuan ada.


Jurunikah bersama saksi yang setia menunggu merangkap imam masjid, tunggu Pak Long sampai dulu sebelum mulakan majlis. Imam ni merupakan classmate arwah mak lang yang meninggal awal tahun lepas, kenalan Pak Long juga.


Semua kusyuk mendengar khutbah nikah yang di bacakan oleh jurunikah. Bangkit sungguh warna pink dan hijau tu.


Junikah memulakan majlis. Masa ini saya pula rasa berdebar-debar, sesekali saya cuit orang depan dengan amaran jangan nak berangan lah ye...ahahhaa...



Alhamdulillah...selamat. Hanya dengan sekali lafaz. Jurunikah pun tak banyak soal, tak tanya macam-macam cuma sebelum nikah di minta mengucap syahadah sahaja. Pengantin dah terlajak macam tu haruslah tahu sedikit sebanyak ilmu agama agaknya itulah yang dia fikir tapi imam ni memang sangat mudah bila nikahkan mana-mana pengantin pun. Baju Melayu pink sebelah Pak Long tu bapa pengantin perempuan.



Yeeeyyyy...my sister in law, akhirnya kami dapat ipaq perempuan!



Penyerahan duit mas kahwin. Jadi perkara lucu semasa imam tanya duit mas kahwin sebab adik ipar saya selamba keluarkan dari poket kira-kira kat situ sahaja, semua orang dalam majlis ketawa ja. Ai pun panik juga sebab tak terfikir pun bab duit mas kahwin ni. Terlepas pandang lagi! Mak saudara saya tepuk dahi. Alahaiii...kak oiii kenapalah tak masuk dalam bekas dan gubah cantik-cantik.



Majlis membantalkan air sembahyang, sebelum tu dah sarung cincin.




Tengio nakai sungguh angah dok acah-acah kakak ipaq macam tu. Mana ada rasa malu lagi bagi pengantin terlajak ni. Orang muda lainlah.



Hantaran kedua belah pihak. Simple sahaja gubahannya. Serba pink tu dari pihak perempuan dan biru tu dari pihak lelaki.



Kakak ipar dan anak dia. Kakak ipar saya memang ada seorang anak jadi abang saya jadi instant daddy. Menjana pahala dalam senyap kalau kena gaya sebab Alia ni anak yatim, bapanya meninggal semasa dia 2 bulan dalam kandungan mak dia.



Panglima saya!



Makan-makan di rumah pengantin perempuan, suami isteri dua-dua pun sepupu saya. Menu Gulai Ikan Senangin, Sambal Udang dan Ptai, Ulam dan Sambal Belacan. Ada laksa dan pengat labu yang Pak Tuan ulang bermangkuk-magkuk.



Makan beradab. Kenapa tah kamera saya jadi oren.



Pengantin dengan mak pengantin.



Wahhhhh...abang saya bukan main...



Petangnya katanya nak outing jadi kami bawak pelari pengantin ke Bukit Air. Baru sekali-dua snap gambar si kecik tu dah buat perangai nangis-nangis tak nak lepas mak dia.




Tengok nangis peluk-peluk mak dia beria. Tak selesa mungkin. Janggal kenapa mak dan ayah pakai cantik-cantik dan majlis kenduri bagai. Saya faham perasaan dia. Bukan mudah untuk menerima orang baru dalam hidup kita. Sebenarnya sebulan bertunang si kecik ni dah di ajar supaya panggil ayah kepada angah supaya bila tiba masanya tidaklah janggal.



Bye-bye zaman bujangggg...


Ada satu bahagian lagi saya kumpul semua gambar-gambar majlis di rumah saya pula. Kami tak upah jurugambar khas jadinya ini sahajalah yang ada. Kenduri kampung dengan bajet yang sedikit tentulah perlu potong sana potong sini dan gunalah mana yang ada sahaja.



12 Rider Beraksi: