Chef Adu Amran Punya Hal

2:35 PTG JunAina 12 Comments


 Tetap nak tayang-tayang kat sini. Korang hado? Perghhh...nasib baik yang ambik gambo tu lakik sendiri kalau tidak tak pasal-pasal timbul gossip liar...ahakssss...





Ada lagikkkkkk... Untie Rubiah Suparman. Suka tengok lakonan dia zaman dulu-dulu, sekarang aktif jadi chef. Ramah tamah orangnya dan tak kedekut ilmu. Awet muda you, rahsianya makanlah herba-herba Malaysia buat ulam.



Jangan...jangan...ahahhaaa...engko tetaplah menjadi pojaan hati wanita Se-Malaya. Kalau boleh cakap susah nak berhenti nih. Lupa pulak ini Chef Azli Razali.




12 Rider Beraksi:

Pameran Herba Malaysia

11:26 PG JunAina 5 Comments


Penggerak utama Pameran Herba Malaysia 2014 adalah FRIM dengan kerjasama Jabatan Pertanian dan MARDI dalam mengangkat martabat herba tempatan. Bertemakan 'Herba dan Pengetahuan Tradisi : Khazanah Negara'. Pameran akan berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC) pada 23hb - 25hb Mei 2014. Majlis "Soft Launch" Herba Malaysia telah di rasmikan oleh YBhg Dato' Sri Zoal Azha Bin Yusuf, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di Hotel Maya pada 27hb March 2014. Majlis kemudiannya berlangsung secara santai dan bersahaja bersama YBhg Dato' Dr. Abd. Latif Mohd, Ketua Pengarah Frim.



Ucaptama perasmian oleh  YBhg Dato' Sri Zoal Azha Bin Yusuf, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.



Santai bersama YBhg Dato' Dr. Abd. Latif Mohd, Ketua Pengarah FRIM.


Tiga Chef Selebriti telah dilantik sebagai duta Pameran Herba Malaysia 2014 iaitu Primadona Rubiah Suparman, Chef Adu Amran dan Chef Azli Razali. Kombinasi mantap orang lama dan orang baru yang bakal memberi kelainan kepada menu-menu herba tempatan, sama-samalah kita tunggu kelianannya pada pameran itu nanti di mana mereka bertiga akan mengetengahkan menu masing-masing dalam demonstrasi masakan herba yang membawa aspirasi gaya hidup sihat menerusi penggunaan herba dan pengetahuan tradisi dalam rutin harian kita.



Chef Selebriti Chef Adu Amran, Primadona Rubiah Suparman dan Chef Azli Razali.


Objektif perlaksanaan pameran adalah untuk memperkasa keyakinan orang ramai akan potensi dan khasiat herba sebagai rawatan alternatif. Di samping membuka peluang yang luas untuk jaringan kerjasama R&D& C (Reacerch & Development & Comercial) dibawah satu bumbung di kalangan usahawan herba tempatan serta mempertingkatkan kualiti, keselamatan dan efikasi produk. FRIM juga cuba mengangkat produk berasakan herba tempatan setanding dengan produk antarabangsa. Menjalankan promosi dan menggalakkan teknologi, inovasi terkini dan jaringan komunikasi dalam industri berasakan herba. Meletakkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan untuk industri berasakan herba.


Sepanjang Pameran Herba Malaysia berlangsung pelbagai aktiviti akan di jalankan bagi memeriahkan pameran. Chef Selebriti akan membuat demonstrasi masakan menggunakan herba, seminar pengetahuan tradisi herba (melibatkan petua-petua penggunaan herba), penjualan produk herba tempatan dan produk SPA juga bakal menjadi platform pertemuan setempat penggiat, pengeluar dan pengusaha herba tempatan. Turut dianjurkan konsultansi untuk ujian produk herba. Paling utama adalah pemeran produk herba yang terdapat di Malaysia dan akan disempurnakan lagi dengan penjualan buku berkenaan herba. Seminar Pemuliharaan dan Pemerkasaan Pengetahuan Tradisi dengan tema "Melestari Legasi Pengetahuan Tradisi' turut diadakan.



Banner majlis "Soft Launch" Herba Malaysia 2014.

Pemeran herba ini moga dapat memberi pendedahan dan dapat mendidik masyarakat akan kepentingan herba dalam kehidupan agar dapat dimanafaat secara maksima. Pengambilan herba juga sesuai untuk amalan gaya hidup sihat seperti apa yang dapat kita lihat terhadap amalan orang dulu-dulu yang kekal cantik semulajadi dengan mengamalkan herba. Semoga pameran ini akan membuka lembaran baru sebagai wadah mempertahankan tradisi penggunaan herba tempatan.


Tempahan 'booth' pameran masih dibuka. Kepada yang berminat boleh berurusan terus dengan FRIM di alamat : 

Rorest Reaserch Institute Malaysia (FRIM)
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 603-6279700
Email : feedback@frim.gov.my
www.frim.gov.my 


Pameran Herba Malaysia 2014
Putra World Trade Centre (PWTC)
23hb - 25hb Mei 2014





5 Rider Beraksi:

Kapur Kasut Pun Susah

1:00 PTG JunAina 17 Comments


Umurnya sudah 10 tahun pada 2hb Januari 2014. Bagi kita senang tapi bagi dia susah, inilah sifat anak-anak 'slow leaner'.  Bayangkan nak kapur kasut pun sangat susah bagi dia. Dulu saya minta abang yang kapurkan kasut dia tetapi mulai tahun ini saya minta dia buat sendiri.


Saya sedih bila saya nampak sangat kepayahannya untuk siap kapurkan sebelah kasut pun sudah memakan masa. Terkial-kial memusing kasut kejap-kejap memusing kapur, nasib baik kapur dalam botol bertutup. Saya biarkan dia lakukan perlahan-lahan tanpa memaksa. Akhirnya dia berjaya buat walaupun tidak sekemas abang yang lakukan.


Mulai tahun ini saya mesti pastikan dia boleh berdikari menguruskan benda-benda kecil sendiri. Demi kebaikan dia.



17 Rider Beraksi:

Handmade Bag

8:32 PG JunAina 22 Comments


Pertama kali tengok handmade handbag saya kagum. Betapa gigih empunya diri menyiapkan beg tangan yang nampak sangat sempurna di mata saya. Kreatifnya dia menjahit sehingga menjadi sebiji beg sebegitu. Tak percaya pun ada mulanya. Jahitan sangat kemas, material berkualiti dan bila membeli kita akan sangat berpuas hati.




Saya nak juga booking satu nanti. Lain dari yang lain tak ada jual atas supermarket tau! Kalau nak tahu lebih lanjut silalah ke blog McKantin. Terkedu saya tengok koleksi beg tangan hasil kerja tangan dia. Hebat! Pandai menjahit, pandai memasak dan pandai naik gerek jugak.



22 Rider Beraksi:

Kongsi Kerja Rumah

1:44 PTG JunAina 13 Comments


Kakak balik bersekolah di Kajang sudah hampir sebulan, banyak juga yang perlu dibelanjakan untuk persekolahan tingkatan 1 sebab banyak benda yang kakak tidak beli semasa sekolah di kampung. Kakak pula berada di Kelas Rancangan Khas (bagi pelajar-pelajar cemerlang yang tidak dapat masuk ke asrama penuh).


Apapun mama tetap sangat gembira sebab dah ada geng di rumah. Teman gaduh-gaduh manja teman pergi shopping, teman pergi pasar dan teman buat kerja rumah. Lega! Kadang-kadang bila Sabtu ada aktiviti luar jadi Ahad sangatlah sibuk dengan urusan rumah. Meletihkan. Tetapi sejak ada kakak bab baju sekolah mama sudah boleh cuci tangan. Dari merendam, memberus, mengampai sehingga seterika kakak uruskan semua. Kasut sekolah adik pun kakak basuhkan dan kalau abang malas basuk kasut kakak basuhkan juga (alasanyua dia malu kalau kawan-kawan dan cikgu tengok abang selekeh ke sekolah). Yeyyyy...mama sangat-sangat gembira.


Rasa sedih pun ada juga, nampak sangat anak-anak sudah membesar. Masing-masing tahu tanggungjawab sendiri. Kalau balik sekolah abang akan uruskan adik dan kakak pula akan uruskan hal rumah terutama mengemas walaupun mama tak minta pun dia buat. Kerja sekolah pun boleh tahan banyak kadang-kadang tu kakak dan abang tertidur sambil menulis.


Petua saya mendidik anak senang sahaja. Didik mereka dengan kasih sayang, didik mereka dengan belas ehsan kepada ibubapa didik mereka kenal erti tanggungjawab masing-masing. Bila anak-anak faham semua itu insyaallah semuanya akan menjadi mudah. Bila anak-anak sayang ibubapa mereka tak akan buat perkara yang boleh melukakan hati kita walaupun dibelakang kita. Bila anak-anak ada ehsan mereka akan dengan rela hati membantu mana yang patut. Bila anak-anak tahu tanggungjawab masing-masing sebagai anak ibubapa akan lebih ringan dalam menguruskan keluarga.


Senyum dan airmata perkara biasa bersama anak-anak. Lelah semasa mereka kecil terasa berbayar dengan anak-anak yang sentiasa ringan tulang sesekali mereka memberontak adalah perkara biasa bagi anak-anak remaja cuma bila ada kasih sayang memberontak itu cuma seketika. Sesekali rindu kelelahan membesarkan mereka.



13 Rider Beraksi:

Jumpa Chef Adu Lagi

8:29 PG JunAina 20 Comments



Pada 8hb Febuari bertempat di Abuain Kitchen adalah pertama kali saya berkenalan dengan Chef Adu Amran. Sempat juga merasa air tangan chef hebat ini, memang sedap! Selancar mulutnya bercakap begitulah pantasnya tangan chef bergerak. Kagum.


Sekali lagi geng KKA mendapat jemputan majlis pelancaran program Chef Adu Amran melalui Abuain Kitchen dan saya dengan segera menganggukkan kepala tanda bersetuju. Tempatnya pula hanya sepelaung dari pejabat boleh memilih untuk berjalan kaki atau naik LRT ke sana. Saya ambik cuti separuh hari.



Program FRIM bersama Chef Adu, Chef Rubiah dan Chef Azli.

Tarikh 27hb Febuari 2014
Hari : Khamis
Waktu : 2-5pm
Tempat Hotel Maya
Pakaian Kasual


20 Rider Beraksi:

Melembutkan Daging Menggunakan Pemanggang Ajaib

3:07 PTG JunAina 20 Comments


Tahun lepas saya beli Pemanggang Ajaib Happy Call dengan harapan agar mudah saya hendak bakar-membakar tanpa perlu memedihkan mata menahan asap. Alhamdulillah impian termakbul jadi setiap minggu akan ada hidangan berasakan bakar. Ayam menjadi pilihan utama untuk dibakar.


Sejak mula persekolahan 2014 ketiga-tiga anak bersekolah pagi jadi aktiviti pagi sangat padat. Bangun pada pukul 4.30am saya memasak lauk makan tengahari sambil itu juga menyediakan sarapan pagi buat anak-anak. Sarapan mudah sebab biasanya adik lebih gemar sarapan ala-barat. Kalau saya menggoreng nasi pastinya perlu sekurang-kurangnya goreng kentang untuk dia.


Suatu hari bila badan keletihan minda terlebih rehat lalu saya terbabas. Jam 5.15am semua masih keras di peti sejuk. Sambil menguruskan dapur otak ligat berfikir dan akhirnya daging menjadi pilihan. Saya keluarkan daging potong dua dan rebus di dalam pemanggang ajaib. Sesekali saya buka dan pastikan ketulan daging terpisah. Alhamdulillah dalam masa 20 minit daging sudah empuk. Sejukkan sekejap dan potong nipis.


Kebiasaannya cili saya masak dan simpan di dalam peti sejuk. Saya panaskan sedikit cili tambah air masukkan daging biar mesra. Masukkan serai, daun limau purut dan bawang holland, nah dah siap 'paprik daging' segera saya. Mudah dan cepat.


Lepas ini boleh bereksperimen menggunakan pemanggang ajaib dengan cara lain pula. Suatu hari saya teringin mencuba buat kek menggunakan pemanggang ajaib pula.



20 Rider Beraksi:

Berhati-hati Bila Menggunakan Surau Putrajaya Sentral

8:50 PG JunAina 25 Comments


Putrajaya Sentral merupakan terminal bas yang menyediakan perkhidmatan bas henti-henti mahupun bas ekpress untuk perjalanan jarak jauh. Di sini juga terdapat kemudahan-kemudahan lain termasuk surau untuk kegunaan umum. Ingatan buat pengguna surau di Putrajaya Sentral supaya berhati-hati dengan beg yang di bawa terutama beg tangan mahupun beg sandang yang kita letakkan barangan berharga terutama beg duit. Rasanya banyak pengalaman orang lain yang dapat kita baca di internet.


Jumaat yang lalu anak saudara Pak Tuan Nurul yang belajar di Cyberjaya telah menjadi mangsa. Naif. Tanpa prasangka. Almaklumlah pertama kali hidup berdikari dan berjauhan dari ibubapa. Bila semua bersolat dia meletakkan beg agak kebelakang. Usai bersolat bersiap dia ke kedai untuk membeli air dan ketika itu barulah dia tersedar beg duit dan telefon bimbitnya telah lesap. Pencuri itu hanya mengambil barang kecil yang bernilai besar. Menangis dia. Duit tak ada, kad bank lesap, telefon bimbit juga hilang malahan tiket balik juga dikebas.


Dia kehilangan arah. Bila sedikit tenang dia menghubungi bank untuk menyekat penggunaan kad tetapi sayang Rm2000++ pinjaman pelajaran MARA telah dikeluarkan dari akaun bank, telefon satu lagi bank juga sama Rm300 langsai. Alhamdulillah duit Baitulmal di dalam Bank Islam tidak terusik. Bagaimana duit dapat dikeluarkan? Kesilapan dia apabila menggunakan tarikh lahir sendiri sebagai pin nombor atm kad. Penyangak memang cekap sebab itu kerja mereka jadi perkara pertama tentulah nombor kad pengenalan yang akan dia cuba dulu.


Bumi Allah yang luas ini masih ada manusia baik-baik. Nurul di pertemukan dengan seorang wanita baik hati. Memberi pinjam telefon dan memberi duit untuk beli tiket serta duit belanja buat Nurul. Bila kakak Pak Tuan meminta nombor telefon dan nombor akaun dia kata pertolongannya adalah ikhlas kerana Allah. Kasihan Nurul katanya.


Jadi berhati-hati di mana juga kita berada, syaitan yang bertopengkan manusia ada di mana-mana walaupun di dalam surau mahu pun masjid. Mereka tidak segan-silu untuk mencuri walaupun di rumah Allah. Tidak hairan zaman sekarang andai kita terlihat orang bersolat dengan beg komputer riba tersandang di belakang!



25 Rider Beraksi:

Hadiah Harijadi 2014

9:33 PG JunAina 30 Comments



6hb Febuari lalu selepas puas merajuk-rajuk akhirnya saya dapat jam tangan seperti dalam gambar tu bukan yang berwarna emas tu ye sebab yang tu saya dpat semasa kami dinikahkan 13 tahun dulu, juga sila abaikan tangan yang sudah mula berkedut.


'Dia' tanya nak apa untuk hadiah harijadi dalam merajuk saya cakap nanti fikir dulu. Katanya 'kita pergi Jakel nak tak, kalau tak pun pergi Ariani'. Lepas lama memikir saya minta jam sebab jam yang lama sudah rosak. Lagi pun jam sentiasa saya pakai jadi bila tengok jam saya akan sentiasa ingatkan 'dia'.


Jam pilihan 'dia' buat saya. Tak mahal tapi itulah tanda kasih dia pada saya. 2 bentuk cincin, rantai tangan, rantai kaki, rantai leher semua saya pernah dapat untuk hari lahir saya lalu apa lagi yang perlu saya minta sedangkan semuanya sudah cukup sempurna. 


30 Rider Beraksi:

Chef Asma In The House

9:34 PG JunAina 27 Comments


Kecik dan menggiurkan....ahahhaaa... Derhaka kat cikgu weyyyy...ahahaaaa... Nampak kecik tapi suara dia punyalah kuat, garang pulak tu. Senyap je anak murid dalam kelas takut kena tembak. Adat cikgu dengan anak murid garang baru cepat dapat kalau baik sangat nanti anak murid pijak kepala tambahan pulak ada anak murid yang lagi tua dari cikgu.


Alhamdulillah saya selesai menghadiri Kelas Talam Bahagian 1 di Chef Asma Culinary Studio pada hari Sabtu 15hb Febuari. Saya menghadiri kelas untuk menambah ilmu di samping itu dapat juga menambah kenalan. Saya dapat kawan-kawan sekelas yang sangat sporting dan baik-baik belaka. Insyaallah ukhwah yang ada tetap akan berpanjangan. Siapa tahu suatu hari kelak saya akan jadi taukeh kuih talam.


Kelas Talam Chef Asma adalah secara 'hands on' diajar dari menimbang barang, membancuh, teknik memasak, teknik menuang, mengukus, memotong sehinggalah teknik membungkus. Chef Asma juga tidak lokek berkongsi ilmu dan pengetahuan dia. Chef yang hebat sebab pernah bertugas di Istana Nurul Iman.



Saya pergi belajar di sinilah. Nak ilmu mesti kena ada pengorbanan tak kira duit mahupun masa.



Bukti saya bertungkus lumus belajar memasak kuih talam di sana, bukti juga ia adalah kelas hands on. Jadi jangan risau semua orang akan ada peluang untuk main masak-masak.



Kak Habsah beria-ia ajak saya pergi kelas talam sebab dah ada geng umpama orang mengantuk di surungkan bantallah saya. Minat dah lama tapi sorang-sorang nak pergi saya segan.


Kelas sedang berjalan, yang comey tulah Chef Asma. Kecik-kecik cili padi tapi menyengat! Hebat suara dan tangan sama-sama jalan. Hari tersebut chef siapkan 24 dulang kuih talam.



Teman sekelas. Shahrizan bertudung pink baju oren lupa pulaklah namanya dia mai jauh dari Aloq Staq semata-mata nak tuntut ilmu.



Chef Asma ajar memotong kuih talam. Semua gigih mendengar penjelasan dari chef. 



Hasil penat lelah saya dan kawan-kawan bersama chef dapat bawak balik sekotak kuih talam...yeyyyy...


Chef Asma Culinary Studio bukan sahaja menyediakan kelas-kelas masakan yang best tetapi juga ada menjual pelbagai barang dan peralatan memasak. Saya dah berkenan dengan Trio Steamer yang di jual lebih murah dari harga pasaran selain itu ada juga pengukus khas yang di bawa masuk dari Indonesia. Target saya ada dua Trio Steamer dan Oven Trio. Jangan risau bila pergi kelas chef akan kenalkan satu-persatu barang dan boleh sahaja beli di sana jugak.


Insyaallah masa akan datang saya akan sertai lagi kelas-kelas Chef Asma. Ada 2-3 kelas yang menjadi target saya sepanjang tahun ini moga-moga murahlah rezeki saya untuk ikuti kelas chef nanti. Selain cari ilmu memasak manalah tahu tiba-tiba saya ingin berubah angin dari tekan-tekan keyboard kepada uli-uli tepung pulak.


Entri ini saya kongsi dengan izin dari Chef Asma.



27 Rider Beraksi:

Pesanan Buat Perokok

10:28 PG JunAina 15 Comments


Kalau tak sayang nyawa sendiri sayangilah nyawa orang tersayang di sekeliling kita. Isteri, anak-anak, ibu, bapa mahupun adik-beradik kita. Kasihanilah juga insan-insan di sekeliling kita tak kira siapa dia kawan atau lawan, kenal atau tidak. Asap rokok bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi 2 kali lebih bahaya buat orang yang tidak merokok.


Geram dengan perokok yang tidak sensetif dengan persekitaran. Kalau tabiat selepas makan merokok tengok jugalah tempatnya. Biasanya saya paling menyampah bila mereka ini merokok di dalam restoran atau kedai makan tanpa rasa bersalah. Kita kat sebelah sibuk mengibas-ngibas asap rokok tetapi dia buat 'bodoh' sahaja (rasa macam nak angkat kerusi hempuk je atas kepala dia!).


Pelbagai kempen di jalankan, di kotak okok juga terpampang gambar-gambar menakutkan kesan dari merokok tetapi bagai dikata nanti bila 'Sudah terhantuk baru mengadah'. Masa itu 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya'.



15 Rider Beraksi:

Pekerja Warga Asing Pasar Borong Selangor Kurang Ajar

8:24 PG JunAina 26 Comments


Malaysia umpama lubuk rezeki yang membawa kekayaan buat mereka dan keturunan mereka di tanah air masing-masing. Kerja tanpa menghiraukan waktu rehat selagi dapat mengumpulkan kekayaan yang bakal di bawa balik tanpa peduli sekeliling. Sikap itulah yang membuatkan majikan tempatan lebih berminat untuk menggaji pekerja asing sama ada secara sah atau tidak.


Semalam saya menulis warga Pakistan yang mendominasi Jalan TAR tak kurang hebat juga di Pasar Borong Selangor yang menjadi tumpuan rakyat tempatan mencari barangan basah mahu pun kering. Menjejakkan kaki ke sana seolah-olah kita berada di luar negara! Penjual ikan kebanyakannya warga asing tidak pasti Nepal atau Myanmar rasanya gabungan keduanya. Kadang-kadang mulut merah menyala dengan warna sirih dan tanpa memikirkan kebersihan mereka ludah di merata tempat.


Kurang pasti samaada mereka pekerja atau sememangnya memiliki perniagaan tersebut. Kebanyakan lot tertulis nama tuan punya yang langsung tidak sama parasnya dengan penjual! Peniaga Melayu yang masih bertahan di Pasar Borong Selangor hanyalah peniaga ayam, daging dan sebahagiannya penjual sayur. Hanya satu dua gerai ikan merupakan rakyat tempatan.


Pernah membeli ikan di satu gerai bila kita mula tawar menawar penjual warga asing ini mula meninggikan suara. "Kalau nak Rm7 ambik free lah" dengan kasar dan kurang ajar. Saya perempuan tetapi ini tanah air saya! Terus saya jawap dengan nada tinggi jugak. "You nak bagi free ke? You jangan kurang ajar. You hanya menumpang dan merempat di tanah air saya!" Orang sebelah menyebelah pandang saya semacam. Kenapa mesti takut dibumi sendiri? Saya tahu ada kes pergaduhan yang berlaku tidak lama dulu yang melibatkan pekerja di pasar borong dengan pembeli sehingga melibatkan kes polis tetapi mereka tetap mendominasi kawasan tersebut.


Sekali lagi pihak majlis seolah pejam mata dan merestui apa yang berlaku di Pasar Borong Selangor. Hak rakyat tempatan diketepikan, undang-undang pulak dipermainkan. Percaya atau tidak kebanyakan pekerja di situ adalah PATI! Saya sangat pasti.



26 Rider Beraksi:

Pencuri

1:41 PTG JunAina 21 Comments


Saya jatuh cinta kali pertama dengan lagu ini semasa menghadiri satu majlis perkahwinan muzik mengiringi slide show foto-foto pre-weeding mereka. Saya terus terpaut, walau hanya dengan lagu tanpa lirik tanpa nyanyian empunya badan.


Setiap kali dengar lagu ini saya terkenangkan seseorang, lagu ini buat saya dekat sangat dengan dia tetapi bukanlah saya suka dia sejak darjah satu. Suka sahaja tau tak ada cinta-cinta sebab cinta saya hanya milik 'dia'. Saya akan suka 'seseorang' ini sampai bila-bila sebab dia banyak menyedarkan saya tentang hidup. Doa yang terbaik buat 'seseorang' itu sebab dia adalah guru yang terbaik buat saya.


Pencuri - Mark Adam

Jangan tinggalkan auramu
Di sekelilingku
Ia membuat aku termimpi
Mimpikan kita
Jangan biarkan wangianmu
Mohon memahami
Ia melekat di hidung
Yang memenuhi
Di setiap sudut mindaku

Chorus:

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan aku sukamu
Dari dulu lagi Kau simpan hatiku
Dari Darjah Satu Darjah Satu
Jangan senyum bila di depanku
Fokusku tergendala
Kau memaksa aku menutup mata
Tak sempat tutup telinga
Bila kau tertawa
Kan kukembalinya padamu nanti
Bila kita berjanji
Tuk sehidup semati

 Chorus:

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan ku sukamu
Dari dulu lagi Kau simpan hatiku
Dari Darjah Satu
Darjah Satu Dari Darjah Satu
Aku suka kamu



 

21 Rider Beraksi:

Perapan Ayam Panggang Simple

12:03 PTG JunAina 27 Comments


Saya memanglah kan suka yang senang-senang sahaja, 10-15 minit kat dapur dah siap tak perlu berlama-lama. Jimat masa jimat tenaga, jimat bahan-bahan bermakna jimat duit tapi yang pasti hasilnya sangat menyelerakan. Saya belajar dari mak saudara yang memang satu keluarga suka masak-masak, dari suami sampai anak-anak dan kadang-kadang dia hanya jadi mandur.


Resepi perapan ini hanya menggunakan 3 bahan asas. Bahan yang setiap masa memang ada di dapur kita jadi kalau nak perap ayam tiba-tiba macam-macam bahan tak ada boleh sahaja guna resepi ini. Tetap lazat sehingga menjilat jari.





Resepi Perapan Ayam Panggang Simple

Lada Hitam
Gula 
Garam


Masuk ke dalam pengisar kering dan kisar halus. Terus masukkan ke dalam ayam yang telah siap dicuci. Perap sekejap, lagi lama lagi best. Sukatan bahan-bahan ikut suka hati, kalau suka manis letaklah lebih gula. Kalau ada anak-anak kecil kurangkan sikit lada hitamnya. Garam secukup rasa.


Panggang pun mudah. Tak perlu nak bersabut, nak cari arang bagai sebab sekarang ini trend setiap rumah mesti ada pemanggang ajaib. Tak kiralah brand apa pun sebab pemanggang ajaib sekarang sangat mudah didapati. Tepuk dada tanyalah poket brand apa yang kita kehendaki.


Masak-masak ini memang mudah. Kita yang buat dia!


27 Rider Beraksi:

Pakistan Mendominasi Jalan TAR

11:28 PG JunAina 17 Comments


Kalau dulu-dulu sebut sahaja Jalan TAR pasti kita membayangkan sebatang jalan yang di penuhi peniaga Melayu kerana barang-barang yang dijual di situ lebih kepada barangan keperluan orang Melayu selain supermarket yang ada. Syurga membeli belah buat wanita. Berjalan sepanjang laluan tersebut mata menjadi rambang dengan segala yang terhidang terutama kain pasang, pelbagai tudung, telekung, kain batik, kain pelikat, jubah serta keperluan lain. 


Hakikatnya kini walaupun pemandangan yang sama kita lalui tetapi kehadiran mereka sedikit mengubah persepsi kita kini. Jalan TAR di dominasi oleh peniaga-peniaga luar terutamanya Paksitan. Dulu mereka hanya menjual karpet dan kain menggunakan motosikal dari rumah ke rumah tetapi kini mereka punya perniagaan sendiri.


Menjadi tandatanya adakah terlalu longgar undang-undang negara kita sehinggakan mereka yang bukan rakyat Malaysia berniaga tanpa ada sekatan malahan telah mendominasi perniagaan di kawasan tersebut dan mula membunuh satu-persatu usahawan Melayu.  Kita bukan tidak berdaya-saing tetapi kita kalah dek kekuatan mereka menyokong bangsa sendiri di tempat kita sedangkan peniaga Melayu masih ramai yang mengekalkan sifat PHD. Adakah mereka layak mendapat lesen perniagaan? Atau ada antara rakyat kita sendiri mengambil jalan mudah mendapat duit mencalar maruah dengan menyewa lesen kepada mereka? 


Dewan bandaraya Kuala Lumpur sepatutnya membuka mata dengan lebih luas dengan isu ini. Jangan hanya sibuk hendak menyaman kenderaan yang diletak di bahu jalan. Gunkanlah 'kanta' untuk melihat peniaga-peniaga di sepanjang Jalan TAR. Bangunan pentadbiran DBKL hanya terletak sepelaung dari situ jadi tiada alasan untuk 'orang-orang besar' tidak ambik tahu. Jangan hanya duduk baca akhbar di dalam kereta yang di pandu pemandu kemudian turun di depan pejabat dan masuk ke bangunan pejabat sejuk ber hawa dingin tanpa mahu menoleh sekeliling!


17 Rider Beraksi:

Musim Luruh

11:05 PG JunAina 28 Comments


Mama musim hujan bosan tak boleh nak main kat luar.

Bila musim luruh pula panas sangat, letih pula main kat luar.

Bila pulak le rumah mak tok dapat musim luruh dik oiii...

Mentang-mentang lah semua daun kuning berguguran ko bantai terus musim luruh ye dik...ishhkkk...





28 Rider Beraksi:

Memang Dia Lupa Pun

9:33 PG JunAina 25 Comments


Sehingga pukul 1.30pm 'dia' masih tak wish untuk saya. 'Dia' call bagitahu tak dapat nak ambik pergi makan tengahari sebab ada kerja lain pun dia masih tak ingat juga. Saya diam. Dah petang sikit baru saya sms dia bagitahu bertalu-talu sms saya dapat wish birthday begitu juga di dinding muka buku. Saya bagitahu bukan nak hadiah beribu-ribu yang saya minta cukuplah ingatan itu pun dah buat saya happy. Saya merajuk! Saya minta dipujuk tapi dia mana nak reti pujuk-pujuk.


Pagi ini dia buat muka kesian sebab saya tak layan....ahahhaa... Sarapan pagi seorang kawan join kami jadi hendak atau tidak terpaksa bercakap juga dengan 'dia'. Saya kalah lagi. Kata 'dia' kakak tu penyelamat keadaan dari muncung macam mulut ikan puyu saya boleh borak-borak dan gelak-gelak. Takkan nak muncung-muncung juga depan orang kan. Harga diri suami nak juga kena jaga.


Tengahari nanti 'dia' minta saya pilih sendiri hadiah dengan budget yang telah diberi tapi saya jual mahallah sikit. Tak apalah saya tak nak apa-apa. Pujuk punya pujuk saya pun setuju sahajalah tapi saya kata nantilah saya fikir dulu nak beli apa.


Sekeras-keras kerak nasi akhirnya lembut juga. Lama mana pun nak gaduh, setakat gaduh-gaduh manja minta perhatian lebih dari suami je pun. Pesanan buat suami-suami yang lain sila perihatin kepada tarikh-tarik penting disekeliling anda terutama yang berkait rapat dengan isteri. Suami saya memang gitulah, ate orang tua mana dia nak ambik pusing semua tu!


25 Rider Beraksi:

Hari Ini Saya 39 Tahun

10:24 PG JunAina 33 Comments


Setahun sahaja lagi bakal masuk 4 Series. Alhamdulillah atas rahmat Allah s.w.t yang maha luas ini. Syukur atas rezeki dan segala kemudahan yang telah diberi oleh Allah s.w.t selama ini. Segala puji-pujian buat Mu pentadbir semesta alam.


Tiada yang istimewa. Sampai sekarang saya masih menunggu ucapan selamat ulangtahun kelahiran dari 'dia'. Bersedih? Kecil hati? Tidak sama sekali sebab saya tahu 'dia' senaja hendak uji hati saya. Jadinya saya hanya buat tak tahu, mungkin 'dia' minta saya merajuk supaya dapat 'dia' pujuk.


Doa dan harapan agar dengan bertambahnya umur moga akan bertambahlah juga ketakwaan dihati saya. Hari-hari mendatang moga penuh bunga-bunga bahagia. Sejahtera hendaknya dunia dan akhirat.





Senyum itu ubat jiwa.


33 Rider Beraksi:

39 Tahun Matahari Itu Tetap Sama

12:59 PTG JunAina 22 Comments



Mentari pagi. Kampung Pida Dua Sekerat, Arau Perlis.



22 Rider Beraksi:

Semalam Birthday 'Dia'

4:42 PTG JunAina 24 Comments


Saya di Perlis seawal subuh sudah hantar sms ucapan selamat hari jadi buat 'dia' yang jauh di mata tetapi sentiasa melekat di hati. Di usia sebegitu tak banyak yang saya harapkan hanya doa dan harapan agar 'dia' sentiasa sihat dan di panjangkan umur. Saya berharap kami masih dapat berpimpinan tangan di usia emas saya kelak.


Sebelum balik bercuti terlebih dahulu 'dia' telah mendapat hadiah harijadi. Sebuah telefon bimbit Samsung dan sepasang kasut Bonia. Bukan harga menjadi ukuran tetapi apabila dia tersenyum kegembiraan itulah kepuasan hati saya. Saya sayang 'dia'. Duit tak mampu membeli perasaan itu.


Buat suami kesayangan saya selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-60. Moga hari-hari seterusnya datang bersama seribu keberkatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.



Saya jatuh hati pada dia kerana 'kesegakkan' dia dalam uniform ini tetapi walaupun telah keluar barisan dan tidak menggunakan unifom ini lagi hati saya tetap pada dia.


24 Rider Beraksi:

Pertama Kali Melalui Changkat Jering-Lumut-Sabak Bernam-Klang ke Kajang

1:36 PTG JunAina 14 Comments


Pertama kali dalam sejarah memandu saya melalui jalan Changkat Jering-Lumut-Sabak Bernam-Klang-Kajang. Semalam bertolak dari Perlis hampir 11.30 pagi dengan harapan agar jalan tidaklah jem teruk sangat memandangkan orang Selangor sudah mula bekerja pada hari Isnin. Harapan musnah bila melalui Tol Sungai Dua dan Tol Juru yang sudah sesak. Jalan mendaki bermula di Changkat Jering jem teruk. Saya mengambil inisiatif untuk melalui jalan lama. Tawakkal sebab ini pertama kali.


Saya keluar di Tol Changkat Jering. Biarlah saya memandu perlahan daripada saya terpaksa berada di dalam jem yang tidak bergerak. Tambahan pula kereta pun seperti ada masalah asyik nak mati ja dalam jem. 
Tak mahu juga mengulangi sejarah 12 jam memandu dalam kesesakan yang teruk. Saya redah sahaja jalan bengkang-bengkok di Changkat Jering.


Kelihatan ramai juga yang menggunakan jalan alternatif ini. Plaza tol agak sesak. Dari Tol Changkat Jering belok ke kanan menghala ke Lumut melalui Beruas dan Terong (sesetengah ejaan menggunakan Trong). Saya silap bila tidak masuk ke Parit-Tanjung Belanja-Kampung Gajah-Teluk Intan-Sabak Bernam sebab kalau dari jalan tersebut lebih dekat (lalu depan rumah mak mertua).


90km++ dari Changkat Jering ke Lumut kemudian menghala ke Teluk Intan dan bila tiba di persimpangan Teluk Intan-Sabak Bernam pilihlah ke Sabak Bernam. Trafik jalan sangat lancar cuma keadaan jalan membataskan kelajuan kereta. Kesian anak-anak kat belakang, bonet kereta pun padat dengan barang memang tak ada ruang. Mana taknya basikal pun saya bawak balik!


Pemanduan malam menghala ke Kuala Selangor dan pertama kali pulak tu memang agak mencabar tetapi alhamdulillah segalanya sangat berjalan dengan lancar. Bila tiba di Klang saya rasa lega sangat. Sampai di rumah pukul 10.30pm. Letih. Perjalanan yang sangat seronok bagi saya. Melalui kampung-kampung tetapi kalau melalui Sabak Bernam-Kuala Selangor di siang hari lagi seronok agaknya.


Hari ini masuk pejabat agak lewat uruskan perpindahan sekolah kakak di PPD Kajang, kemudian ke sekolah dan diminta datang esok pagi untuk bertemu dengan guru HEM. Juga untuk berbincang mengenai kelas kakak kerana di sana kakak berada di Kelas Rancangan Khas (KRK).


Apapun saya sedang berkira-kira untuk 'mengexplore' jajahan Kuala Selangor dan Sabak Bernam tak lama lagi.


14 Rider Beraksi: