Salam Aidilfitri Rider Sejati

9:38 PG JunAina 19 Comments




Di penghujung Ramadhan yang kian menghampiri hati terasa sungguh sayu masihkah ada kesempatan untuk bertemu lagi, ku simpan kerinduan ini jauh di sudut hati bersama iringan doa moga masih dapat mengejar berkatnya Ramadhan di tahun-tahun akan datang.


Sepi hati melambai Ramadhan keriangan tetap menggoda hati, Syawal dinanti penuh kegirangan berkat kegigihan di Ramadhan yang setiap saat mendidik kita menjadi manusia beriman. Perjuangan sebulan yang melebarkan senyuman. Doa agar segala amal dan ibadat kita di terima Allah s.w.t.


Di kesempatan ini tangan dihulur, kemaafan dipohon buat semua keluarga jauh dekat juga teman-teman yang sentiasa melekat di jiwa. Salam Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.


19 Rider Beraksi:

Duit Raya Tanpa Mood Raya

1:50 PTG JunAina 14 Comments


Julai merupakan bulan kedua bertugas di tempat baru, merasa gaji kedua semalam. Nikmat yang Allah s.w.t selepas di uji. Banyak perkara baru yang dapat saya belajar di sini. Hijrah yang membawa lebih kebaikan. Indahnya percaturan Ilahi.


Dua hari lepas dapat email dari HR katanya ada token untuk pekerja sempena hari raya. Syarikat nak bagi duit raya walapun jumlahnya tidaklah banyak tetapi itulah rezeki. Berdebar-debar jugak sebab baru 2 bulan bertugas perasaan tu lebih kepada tak dapatlah. Semalam gaji masuk terus login ke akaun tengok ada 2 kali debit ke akaun satu gaji satu lagi duit raya. Yeeeyyyy...alhamdulillah. Lepas lah duit minyak dan tol balik kampung.


Entahlah tahun ini raya mood langsung tak mari. Baju adalah sehelai beli online yang ditempah entahkan siap entahkan tidak. Tahun-tahun sebelumnya adik gunting dan saya jahit sendiri tahun ini entah keinginan itu tak ada pulak. Buat biskut pun atas desakan anak-anak yang tak berhenti dok tanya, errmmm bapaknya pun ye jugak sibuk tanya tart gulung.


Esok hari terakhir bekerja, jadinya esoklah up entri raya. Hari ini kita pusing-pusing cari mood dulu, dah jumpa boleh melompat bintang!

14 Rider Beraksi:

CPUV Nuffnang - Rakuten

11:53 PG JunAina 7 Comments



Hari-hari asyik dok belek akaun Nuffnang je bukan apa kot-kot la boleh cashout lagi sekali cepat-cepat. Pagi ini masuk ja nampak satu lagi CPUV tengah running. Alhamdulillah rezeki akhir Ramadhan. Ada la dua ketoi tengah running jadilah dari tak ada.


Terima kasih Nuffnang nanti bagi CPUV lagi eh. Saya suka...saya suka...


7 Rider Beraksi:

Hati Agar-Agar

2:51 PTG JunAina 14 Comments


'Mama kawan kakak Izza (bukan nama sebenar) nak oder biskut yang kakak bagi dia semalam tu (Cornflake Coklat)'
'Dia bayar le...'
'Dia nak buat apa biskut?'
'Dia nak bawak balik kampung'
'Mak dia tak buat biskut ke?
'Tak'
'Dia nak bayar ke, berapa?'
'Rm25'
'Dia nak satu bekas je'
'Duit tu mana dapat?'
'Dia kumpul'


Sambil menaip Whatsapp air mata saya berderai tak tertahan, sambil menaip entri ini puas air mata diseka tak ingin juga ia berhenti mengalir. Hati ibu saya dipagut pilu, sesak jiwa saya mengenang nasib dia. Dada bagi dipasak.


Anak sebaik dia terpaksa menerima ujian hidup yang pahit, menaggung derita mungkin dari sejak bergelar anak tiri diusia 3 tahun. Bagai jarum menyucuk-nyucuk hati bila terfikirkan soal dia. Trauma yang dia hadapi akan kekal sepanjang hidup dia.


Suatu hari kebenaran akan tersingkap jua. Doa yang terbaik buat dia. Doakan juga saya dapat membantu dia, moga Allah s.w.t mengizinkan saya untuk membantu agar dia dapat melalui hidup dengan tenang. Dapat merasa kasih ibu walaupun bukan dari ibu yang melahirkan dia.


'Duit simpan dia ke?
Allah...
Mama nanges kak.
Kesian.'
'Mama jangan le menangis'
'Kakak ada mama buatkan biskut raya...Izza tak ada mak nak buatkan biskut untuk dia...'
'Ambik le satu kotak Cornflake Coklat tu...'
'Okeyyy...'
'Cakap mama bagi, duit simpan buat belanja sekolah'


Hati saya umpama agar-agar bila berhadapan situasi sebegini. Anak tiri yang dilayan umpama ibu tiri zaman bawang merah bawang putih. Berbirat-birat serta berparut-parut diperut. Sampai hatinya seorang wanita yang Allah lahirkan lembut dan penuh dengan ehsan melayan seorang anak perempuan sebegitu. Walaupun tiada pertalian darah bukankah bila sanggup menerima bapanya sepatutnya juga dia melapangkan dada untuk menerima keseluruhan ahli keluarga lelaki tersebut.


Insyaallah bila segalanya selesai saya akan kongsikan di sini lagi. Kisah sedih seorang anak yang menjadi mangsa sebuah perceraian. Derita dan lara dihati yang disimpan sendiri. Ibu, ayah fahamilah hati anak-anak, jagalah kebajikan mereka walaupun sudah tidak bersama.



14 Rider Beraksi:

Projek Biskut Raya 2014

9:33 PG JunAina 21 Comments

2014 menyaksikan saya sedikit rajin dengan menambah dua jenis biskut yang lain bagi 'Projek Biskut Raya 2014' yang kebiasaannya hanya Tart Nenas, Almond London dan Cornflake Coklat turut tersenarai kali ini Biskut Mazola dan Biskut Oat. Memenuhi permintaan insan-insan tersayang di sekeliling kita adalah sangat menggembirakan hati saya. Penat yang berbaloi.


Tahun ini saya sempat menyiapkan 5 balang Tart Gulung, 9 balang biskut Almond London, 7 bekas Coklat Cornflake, 4 balang Biskut Mazola dan 2 balang Biskut Oat. Biskut-biskut ini sebahagian besarnya akan di bawa balik ke rumah mak dan sedikit akan di agihkan kepada keluarga terdekat (dalam gambar 3 balang sudah di bawa balik oleh yang berhak). Semalam pula Kakak Hayani menyiapkan 6 bekas Cornflake Coklat  bersaiz sedang buat kawan-kawannya. Bersedekah di bulan Ramadhan walaupun sedikit.




Berbaloi mengerah tenaga membuat sendiri berbanding membeli lagipun saya punya pembantu tetap dan separuh masa untuk membantu. Abang Iqbal Hadi, Kakak Hayani, Adik Hikram dan Alya dengan senang hati membantu menyiapkan biskut tahun ini. Ringan sedikit beban. Jumlah modal yang saya keluarkan untuk membeli barang termasuk balang-balang untuk isi biskut adalah +-Rm180.00. Selebihnya adalah kegunaan elektrik dan tenaga.


Saya gembira bila semuanya telah siap. Sangat berbahagia bila suami tersenyum tart kegemaran tersusun kemas di dalam balang, tersenyum puas bila anak-anak makan dengan mulut tak henti memuji sedap Almond London yang mama buat. Kita bahagia bila dapat membahagiakan orang lain.


Secara rasminya Ahad lepas saya menutup tugas-tugas khas setiap kali Ramadhan menjelang Syawal yang bermaksud tiada lagi kerja-kerja menyepahkan rumah denga bahan-bahan membuat biskut. Kerja-kerja penyelenggaran dan mengemaskan dapur mengambil tempat. Sehari dua ini kerja-kerja mengemas ruamg tamu pula akan bermula. Walaupun kami tidak beraya di Kajang tetapi saya akan pastika rumah berada di dalam keadaan bersih dan teratur ketika Syawal nanti.


Muzik-muzik lagu raya berkumandang di corong-corong radio, bercampur-baur rasa hati. Gembira, sedih dan pilu. Moga satu hari aku mampu mencium tangannya di pagi raya, sesungguhnya aku redha dengan kehendakmu Allah. Bukankan orang yang redha itu adalah orang-orang yang berbahagia.



21 Rider Beraksi:

Duit Raya Nuffnang

9:00 PG JunAina 13 Comments


Saya sudah berniat tahun lepas kiranya ada rezeki saya nak cashout pendapatan Nuffnang untuk jadikan duit raya tahun 2014. Alhamdulillah walaupun sedikit saya tetap cashout juga untuk memenuhi hajat tersebut. Terima kasih Nuffnang kerana terus memberi kepercayaan kepada blog Rider Sejati walapun UV tidak sehebat blog-blog terkenal lain.


Awal puasa 3 CPUV yang ada telah credited jadi saya dengan senang hatinya cashkan pendapatan Nuffnang. Tak banyak tetapi itulah rezeki saya dan insyaallah akan jadi rezeki anak-anak yang datang beraya di rumah nanti.



Dah kosong semuanya, pelan-pelan kumpul balik tapi tak tahulah biila cashout lagi. Harap Nuffnang akan bagi banyak lagi iklan selepas ini.




Semalam buka Nuffnang kononnya nak tengok visitor tiba-tiba nampak satu CPUV iklan. Alhamdulillah ada jugak Nuffnang bagi setelah hampir dua minggu tak ada iklan. Terima kasih Nuffnang. Nanti boleh cashout lagi. 



13 Rider Beraksi:

12.01

12:57 PTG JunAina 7 Comments


Lagi seminggu nak bekerja kemudian Sabtu minggu depan akan bermulalah perjalanan 500km yang mencabar mntal dan fizikal. Cadangnya ingin pulang ke kampung awal pagi Sabtu sekitar pukul 4am tetapi ada perkara lain yang perlu diuruskan. Perjalanan rasanya lebih selesa di awal pagi sebolehnya saya ingin mengelak kesesakan sekita Slim River sehingga ke Tapah yang kadang-kadang sehingga tidak bergerak kenderaan. Bayangkan lebuhraya pun jem. Itu belum masuk cerita kemalangan sana-sini, sepanjang perjalanan mesti 3-4 kemalangan akan ditempuhi.


Membebel.


11.30 saya keluar dari pejabat, panas lit-lit kata orag tempat saya. Panjat tangga jejantas sampai puncak tercungap-cungap, zikir dalam hati. Bab turun lajulah. Berjalan di tengah panas. Siap urusan Tabung Haji saya singgah sekejap di Bank Islam bersebelahan untuk tukar duit raya, malangnya duit Rm10 kiriman seorang kawan kehabisan stok.


Keluar menuju Maybank, Menara PNB yang baru dibuka. Pelanggan tidak ramai sebab ramai yang tidak tahu di situ ada bank mungkin yang ada cuma 5 orang sedang berbaris untuk tukar duit. Saya pergi ke kaunter nombor dan bercakap dengan kakitangan bank.


'Encik saya nak tukar duit boleh tak kat sini'
'Maaf puan tukaran duit dah tutup pukul 12 tengahari'
'Ooo..terima kasih'


Tengok jam kat tangan. What a fishhh! Pukul 12.01 tengahari. Apa salahnya di beri sahaja borang tukaran duit tu. 1 minit sahaja pun, lagipun tak perlu ambik nombor terus berbaris sahaja. Langsung tak ada budi bicara.


Alhamdulillah walaupun cuaca di luar panas terik dengan matahari tegak di atas kepala saya masih boleh kawal hati. Bukan rezeki saya untuk tukar duit di sini pujuk sendiri jiwa. Zikir banyak-banyak dalam hati. Saya senyum juga walaupun sebenarnya saya separuh ikhlas.


Puasa sepatutnya dapat mendidik jiwa serta diri kita untuk bersabar, sekiranya kita biarkan emosi mengawal diri bermakna Ramadhan kita hanya sis-sia. Kita berpuasa tetapi kita tidak menghayati.



7 Rider Beraksi:

MH17 Ujian Buat Kita Lagi

8:51 PG JunAina 5 Comments


Saya tidur awal. Bangun pukul 12.30am Kakak Hayani bagitahu 'Ma satu lagi kapal terbang MAS terhempas'. Dalam mamai saya mencapai telefon bimbit 'scrool up and down' memang ada update kemudian capai remote televisyen. Siaran langsung di TV3 bersama Izwan dan Dato' Nik Huzlan. Segalanya pasti.


Badan saya menggigil. Allah...Allah...Allah... Ujian apakah lagi yang diturunkan kepada kami semua. Walaupun tidak sehebat di Gaza tetapi ia cukup perit buat kami semua.


Ketika ini sokong menyokonglah antara satu sama lain, perpaduan dan persefahaman akan banyak membantu ketika ini.


Buat semua keluarga penumpang dan anak kapal bersabarlah dengan ujian yang maha hebat ini. Ujian Ramadhan yang berat. Moga mereka di tempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah buat semua mangsa.


Kisah sedih MH370 masih berbaki kini kita di uji lagi.


Penerbangan pertama Boeing 777 MH17 ini pada 17.7.97 dan penerbangan terakhirnya 17.7.14.


#prayformh17
#prayforMalaysia
#prayforallmuslims


5 Rider Beraksi:

Menu Gemilang Sepanjang Ramadhan

12:49 PTG JunAina 18 Comments


Saya jarang kongsi gambar-gambar makanan di blog sejak Ramadhan yang lalu, bukan tak masak tetapi apa yang dimasak hanyalah makanan biasa-biasa yang tetap istimewa di hati anak-anak. Menu yang sama diulang saban minggu dan mereka tanpa jemu makan penuh berselera. Hujung mingu selalunya akan ada sedikit kelainan menu sebab saya ada sedikit ruang masa untuk mengubah sedikit selera berbuka.



Menu utama anak-anak tetap menjurus kepada nasi, sesekali saya tambah dengan menggoreng mee atau kueateow yang kemudian akan menjadi makan lewat malam mereka. Pada hari bekerja mungkin saya akan menambah juadah dari bazar seperti roti john atau murtabak. Kuih pula hanya sekali-dua awal Ramadhan dulu saya beli selepas itu tak ada lagi sebab kadang-kadang kuih anak-anak tak makan pun.



Buah Melaka versi tak rajin hanya berwarna putih, kuih paling senang untuk disediakan Ramadhan ini tak ambil masa lama pun.



Buah Melaka versi rajin ada ada warna merah dan hijau asli daun pandan, wangi je baunya. Ini adalah hasil air tangan anak dara untuk abahnya bawak ke surau, majlis berbuka puasa.

  

Daging goreng cili yang dilebihkan sedikit manisnya, terlebih minyak. Gambar ini adalah gambar sebelum puasa tapi menu repeat Ramadhan pula gambar tak ada.



Tauhu sumbat cicah kuah kacang sebabnya bagi orang Perlis tauhu mahupun cucur udang di cicah kuah kacang bukannya sos pencicah seperti di Kuala Lumpur. Saya tahu sayur-sayuran saya dipotong kasar, mengejar masa berbuka. 



Sup daging yang boleh di makan dengan nasi mahupun dimakan dengan bihun yang dicelur. Berbuka makan bersama nasi untuk makan lewat malam anak-anak celur saha bihun. Senang kerja mak tetapi bila buat sup saya terpaksa buatkan juga sambal untuk mereka.
Menu Sabtu yang sedikit kelainan dari hari biasa. Kambing goreng black paper. Perap daging kambing dengan bawang putih, bawang merah, halia yang ditumbuk, sos tiram dan tentunya lada hitam. Anak-anak suka kejap je habis sepinggan.

Orang Perlis memang tak dapat lari dari menu gulai (kari) orang tempat saya memang begitu kari adalah gulai. Gulai ikan pelaling yang menjadi kesukaan anak-anak, tak perlu ikan besar-besar. Makan bertambah-tambah.


Ada jua menu-menu lain yang saya  buat terutamnya yang berunsur sambal yang sangat sinonim dengan anak-anak. Saya masak sambal kosong satu kuali di hujung minggu dan simpan peti ais. Bila nak masak sendukkan sambal panaskan tambah udang, sotong, ayam goreng, ikan bilis atau apa-apa sahaja mengikut selera. Jika suka boleh tambah bawag besar atau bawang holland jugak.


Saya memasak tetapi tidaklah masak sakan-sakan masakan biasa-biasa cuma bezanya di hari biasa saya cuma kadang-kadang memasak berbanding Ramadhan kali ini Allah s.w.t beri kelapangan masa lalu masa yang ada saya manafaatkan untuk memenuhi selera anak-anak. Mengambil kesempatan waktu lapang yang ada sebelum Allah berikan masa sibuk.




18 Rider Beraksi:

Tart Gulung Nenas Cinta Hati

1:19 PTG JunAina 22 Comments


Rutin menjelang Syawal tentulah mengeluarkan oven yang telah lama bertapa di dalam almari untuk aktiviti biskut-membiskut. Bagi memuaskan hati insan-insan yang tersayang disekeliling dengan gigihnya senarai pendek biskut-biskut pilihan telah dibuat awal-awal lagi. Biar tiada rehat biar keletihan namun semua itu umpama angina yang berlalu bila melihat mereka tersenyum dan makan dengan senyum di bibir.


Biskut nostalgia sepanjang zaman yang tidak pernah tidak perlu ada untuk anak-anak dan suami. Tart Gulung Nenas Cinta Hati buat suami tersayang, Almond London Permata Hati pilihan anak-anak serta Pak Usu Syafik di kampung, Coklat Cornflake Comel pilihan anak-anak. Tambahan untuk tahun ini saya buat Biskut Coklat Oat dan Biskut Mazola yang tahun-tahun kebelakangan ini saya buang dari senarai pendek kerana cinta hati saya terpaksa berpantang kacang dan tahun ini saya masukkan kembali kerana memenuhi permintaan Sheila sepupu di Puncak Alam.


Selasa cuti umum Nuzul Al-Quran saya mengambil kesempatan cuti extra ini untuk memenuhi permintaan cinta hati saya yang setiap hari asyik berzikir tentang biskut kegemaran dia, almaklumlah tahun ini saya memilih untuk membuat Biskut Mazola dahulu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini tahun lepas berulang kembali.



Tahun lepas si abang jadi pembantu tahun ini kakak kembali bersekolah di Kajang jadi dialah ambil alih jadi pembantu, anak-anak pun sama-sama membantu semampu mereka. Walaupun comot kadang-kadang tetapi kesungguhan mereka sangat saya hargai. Practice make you perfect! Alhamdulillah tahun ini lengkaplah kami berbuka dan bersahur sekeluarga. 



Menunggu giliran untuk masuk ke dalam ketuhar pembakar, terpaksa banyak bersabar kerana kapasiti ketuhar adalah kecil. Mengambil masa yang lama untuk membakar sahaja



Haaaaa...cantik tak Tart Gulung Nenas Cinta Hati ini? Alhamdulillah tahun ini tart saya menjadi dengan elok tanpa ada yang terhangus atau rosak. Tart debab-debab. Cair di mulut. Puas hati makan bila buat sendiri boleh letak jem sebanyak mana yang disukai.



Inilah hasilnya tetapi jumlah keseluruhannya adalah lima balang. Saya bila membuat biskut memang dalam kapasiti yang agak banyak untuk diagihkan kepada keluarga. Paling penting bahagian suami dan mak juga tukang jahit saya. Tahun ini mak mertua dah tak ada tahun pertama beraya tanpa dia.


Semalam saya upload gambar-gambar tart saya di FB tiba-tiba ada pula yang terbekenan dan minta saya buatkan. Haihhh...saya ingatkan hujung minggu ini nak mengemas rumah sahaja sebab minggu berikutnya sudah mula bercuti tetapi tak sampai hati pulak nak tolak permintaan kawan-kawan. Hujung minggu ini kena gigih


Resepi rujuk di sini. Saya sangat selesa dengan resepi ini sangat sedap yang cair dimulut, setiap tahun inilah rujukan saya.



22 Rider Beraksi:

Penyegar RamadhanTeh Bunga Ros

1:16 PTG JunAina 14 Comments




Ramadhan yang panas dan kekadang berjerebu memang nikmat kalau dapat minum minuman berais bila berbuka puasa. Bagi saya memilih air panas untuk mengelakkan keletihan berganda selepas berbuka. Air pilihan adalah 'teh bunga ros'. Kewangian bunga ros yang sangat lembut dan menenangkan. Di kala kita mula minum kewangian itu menusuk hidung kemudian terus menerjah ke dalam mulut menjadi terapi yang memberi ketenangan.


Penyediaan cukup mudah. Masukkan dua kuntum 'teh bunga ros' ke dalam air panas, biar seketika sehingga kuntuman bunga agak berkembang. Jika suka masukkan gula. Nikmatilah teh dengan keharuman yang menenangkan, terasa seperti berada di SPA dengan haruman aromaterapi.


Saya telah jatuh cinta dengan teh ini sejak kali pertama mencubanya. Boleh juga dicampukan dengan chemomile untuk rasa yang lebih memikat atau lain-lain teh yang terdapat di pasaran.



14 Rider Beraksi:

Bila Belanda Kalah

10:32 PG JunAina 20 Comments



Sebelum.



Selepas.



20 Rider Beraksi:

Alexa Ranking Rider Sejati Selepas 5 Tahun

9:31 PG JunAina 16 Comments




Blog saya sudah menjangkau 5 tahun dan baru hari ini saya terdetik untuk check 'Alexa Ranking' blog ini, sebelum ini pernah mendengar tetapi tak pernah mengambil tahu. Saya tidak mahir dalam peri pentingnya kedudukan 'Alexa Ranking' tetapi dari pembacaan akhirnya banyak membantu pemahaman.



 Nak gelak pun ada tengok. Ranking 22,574 di Malaysia. Inilah akibatnya bila orang buat blog kita nak buat blog tapi tak nak gali ilmu.

Kenapa kedudukan di Alexa Ranking penting kerana ia mempengaruhi kekuatan blog kita sendiri. Semakin mengecil angkanya semakin baik kedudukannya dan semakin kukuh sesuatu blog. Saya tidak mahu mengilas lanjut bagaimana untuk meletakkan blog antara yang terbaik di Alexa Ranking sebab itu bukan bidang saya, banyak blog lain boleh dirujuk. Jadi jangan tanya kenapa blog tak boleh berkembang, kenapa tidak boleh menjana pendapatan dari blog kalau begini gayanya kedudukan Alexa Rankingnya.


16 Rider Beraksi:

63 Tahun Derita Pergi Bersama Masa

10:31 PG JunAina 18 Comments




Ya-Allah kurniakanlah seribu kebaikan buat wanita yang melahirkan aku di hari ulangtahun kelahirannya yang ke-63. Kau berikanlah kesihatan yang baik kepadanya untuk meneruskan kehidupan ini, permudahkan setiap urusannya dunia dan akhirat. Berilah kesempatan kepadaku untuk memenuhi impiannya satu persatu. Sesungguhnya hanya Engkau jugaklah yang maha mengetahui.


7hb Julai setiap tahun kami anak-anak tak pernah lupa pada tarikh ini, yang dekat cara dekat yang jauh mesti ada ucap selamat. Tahun ini saya agak ketinggalan kerana terlupa sehingga diingatkan oleh Shahizat adik yang tinggal bersama mak. Katanya mak nampak tak ceria. Allah...macam mana saya boleh lupa. Urusan dunia membuatkan saya alpa sehingga membuatkan mak menyimpan rasa.


Petangnya saya telefon lagi tetapi tidak berangkat telefon bimbit mak. Allah. Allah. Di dalam hati tertanya-tanya berkecil hatikah emak. Akhirnya setelah berkali-kali telefon mak angkat juga katanya tak dengar bunyi telefon. Saya terus ucap selamat ualngtahun kelahiran buat mak, suara dia ceria walaupun tahun ini agak lambat. Padahal setiap kali bersahur saya akan bercakap dengan mak sama ada saya yang menelefon atau mak yang menelefon tak pernah terlepas.


Semalam juga Shahizat merancang sambutan hari kelahiran mak dengan membawa mak berbuka puasa di luar. Dua orang adik, Shahizat dan Syafiq bersama kak sulung Sharum dan anak-anak Hakim dan Aiman sama-sama menggembirakan hati mak. Angah Affendi tidak dapat bersama kerana berada di rumah mertua. Saya dan seorang lagi adik perempuan Hasniza jauh di Kajang tetapi kami tetap gembira bila nampak gambar mak yang tersenyum begitu. Shala Pizza menjadi pilihan Shahizat dengan persetujuan mak. Pizza yang berkulit lembut dan divariasikan dengan citarasa orang Melayu.


Alhamdulillah. Syukur padamu Ya-Allah. Ya-Rabb. Mak berjaya mendidik anak menjadi manusia walaupun dalam kesukaran dan kesusahan. Mendidik kami adik beradik punya kasih, punya sayang yang mendalam terhadap mak dan antara satu sama lain. Saya gembira. Semoga ikatan kami adik beradik akan terus kukuh tanpa ada tembok yang memisahkan walaupun masing-masing telah berkeluarga.



18 Rider Beraksi:

Saya Nak Duit Raya Rm300 Daripada Nile.com.my

11:23 PG JunAina 10 Comments





Zaman serba canggih dan moden kata orang zaman cyber segalanya bermula dihujung jari sahaja. Rasanya fenomena shopping online tak kurang hebatnya mempengaruhi dunia sekarang. Terbaca mengenai nile.com.my di blog kujie.com terus hati saya terpikat bila melihat blouse yang menarik hati dan saya jatuh cinta dengan hand beg yang dijadikan hadiah oleh Kak Jie buat adik iparnya. Harganya pulak agak berpatutan. Terus saya melayari web nile.com.my.


Bila masuk ke sana sahaja hati saya terus terpikat dengan baju yang murah berbanding dengan online shopping yang lain. Klik sana klik sini intai sana intai sini saya telah memilih 6 helai baju tetapi terpaksa ‘hold’ 3 helai dan membeli yang paling saya berkenan dahulu dengan harapan selepas ini saya boleh beli yang lain-lain itu kemudian. Nak raya kan jadinya saya memilih baju yang boleh saya gayakan pada Syawal nanti.



Rm53.50



Rm47.90


Rm18.00
Inilah tiga helai baju yang telah saya beli.


Baju yang saya beli telah pun sampai tak sabar nak gayakan hari raya nanti. Paling saya gembira hari ini beli esoknya barang telah sampai ke pintu rumah. Baju-baju pula berada di dalam keadaan yang baik. Quality pula sepadan dengan harga. 


Rupa-rupanya nile.com.my sedang mengadakan peraduan ‘Saya Nak Duit Raya Rm300 Daripada Nile.Com.My'. Hadiah yang di tawarkan adalah 2 pemenang bertuah akan mendapat Rm300 tunai dan 4 pemenang bertuah akan mendapat Rm100 tunai. Banyak jugak tu hadiahnya. Siapa tak nak kan.


Saya kalau menang peraduan nile.com.my tentulah nak beli 3 helai baju yang telah saya masukkan dalam ‘wishlist’ tu. Rm300 tu banyakkan jadinya lebihan tu bolehlah saya pilih baju untuk anak-anak di nile.com.my sebab anak-anak saya semuanya sudah besar dan gunakan lebihannya sebagai duit raya untuk anak-anak serta anak buah serta sepupu-sepapat saya yang ramai tu. Mesti meriah raya tahun ini dapat duit raya dari nile.com.my dapat shopping dan dapat agihkan duit raya.


Penyertaan adalah mudah sahaja.

1. Tajuk : Saya Nak Duit Raya Rm300 Daripada nile.com.my

2. Letakkan banner serta link http://www.nile.com.my/page.php?cd=76.

3. Tulislah entri dan ceritakan impian kita dengan Rm300 yang bakal dimenangi.

4. Emailkan ke ke give_away@nile.com.my

Raya giveaway (nama penuh)
a. Link blog :
b. Nama penuh :
c. H/p Number

Tarikh tutup giveaway ini adalah pada 21 Julai 2014 jam 11.59pm. Pemenang akan dipilih berdasarkan random.org. Jom sama-sama memeriahkan giveaway ini dan selamat berjaya semua. Saya nam menang. Saya nak menang....


Keputusan akan diumukan pada 23 Julai 2014 jam 4.30pm. Pemenang bertuah akan dihubungi melalui email dan panggilan telefon.


10 Rider Beraksi:

14 Tahun Mengenang Masa

10:42 PG JunAina 17 Comments




Hari ini genap 14 tahun umur dia. Insyaallah moga dia membesar menjadi anak yang soleh dan bertanggungjawab terhadap mama dan adik-adik. 14 tahun suka dan duka membesarkan dia saya sentiasa cuba memberi yang terbaik buatnya. Allah s.w.t semoga sentiasa melindungi dia dunia dan akhirat.



Tiada apa yang istimewa buat dia hari ini kerana kekangan masa tetapi hadiah telah didahulukan pada Ahad lepas, bukan memanjakan anak-anak dengan mengikut sahaja kemahuan mereka tetapi sekurang-kurangnya mereka tahu sayang saya sehingga kalau dapat ingin memenuhi semua permintaan anak-anak selagi termampu.


Melakar mimpi seindah pelangi, megharap kenyataan sehangat mentari. Takdir mendatang hanya milikNya.


17 Rider Beraksi:

Cabaran Ramadhan Satu Hari Rm10

11:41 PG JunAina 29 Comments


Sudah 4 hari kita berpuasa juga entri pertama setelah Ramadahan yang sempat ditulis. Alhamdulillah. Belum terlewat rasanya untuk mengucapkan 'Selamat Berpuasa' kepada semua moga Ramadhan kali ini menjadi yang terbaik buat kita. Sama-samalah kita meningkatkan ibadah di bulan mulia ini.


Berkat ujian yang akan datang bersama seribu rahmat. Setelah berpindah pejabat baru Ramadahan ini menjadi lebih teratur. Allah s.w.t melapangkan sedikit masa untuk memasak buat anak-anak setiap hari walaupun dengan hidangan yang sangat mudah tetapi anak-anak tetap makan dengan berselera. Berbanding tahun-tahun sebelumnya saya lebih banyak membeli dari memasak dek kekangan masa. Singgah di bazar pun sekadar membeli kuih, laksam atau roti john.


Sempena Ramadhan ini juga saya menetapkan satu cabaran untuk diri sendiri. “Cabaran Ramadhan Setiap Hari Rm10”. Insyaallah menjelang Syawal akan ada Rm300. Duit cabaran Ramadhan ini juga akan menjadi sebahagian daripada sedekah sempena Syawal nanti. Setiap hari saya akan memasukkan Rm10 yang biasanya digunakan untuk perbelanjaan sarapan dan makan tengahari ke dalam tabung cabaran ini. Ini adalah sebahagian dari insiatif untuk bersedekah di Ramadhan ini. Sedikit sebanyak mengajar diri untuk menabung di masa hadapan. Duit walau sebanyak mana pun akan habis begitu sahaja dan kadang-kadang kita tidak pasti ke mana alirannya.



Hari keempat. Insyaallah akan semakin bertambah kelak. Di dalam rezeki kita akan ada rezeki orang lain yang perlu kita agih-agihkan.


Cabaran ini juga mungkin dapat menjadi pencetus idea kepada kawan-kawan yang lain. Paling penting cabar diri ikut kemampuan, semampu yang ada selagi kita ada.


29 Rider Beraksi: