Tuhan Lembutkan Hati Dia

12:14 PTG JunAina 20 Comments


Kata Ustaz.


Bacakan doa dan hembuskan dari jauh kepada kawan, bos atau saudara mara yang bersifat bakhil serta kedekut contohnya 'Ya-Allah kau lembutkan lah hati dia agar menjadi pemurah di jalan Mu'. Jangan pulak dok pi hembus depan muka dia kot mau kena penampaq.


Saya naik motor tiap-tiap hari pergi kerja duduk di belakang jadinya saya gunakan nasihat ustaz sepenuhnya. Selepas bertasbih, bertahmid, bertakbir, berselawat dan membaca Surah Al-Ikhlas saya akan doa yang baik-baik buat suami saya dan hembukan dari belakang. Bertawakal dengan Allah, moga setiap doa saya akan di makbul oleh Allah.



20 Rider Beraksi:

Remove Class 1967

10:48 PG JunAina 10 Comments


Pak Tuan hantar Whatsapp yang kat bawah tu. Ahahahaaaa...susah saya nak jawab. Zaman sekolah umur 13 tahun manalah saya nak kenal dia, soalan menguji minda betul.





Sekolah Menengah Dato Abdul Rahman Yaakob, Bota Kanan, Perak.
Usia gambar ini 47 tahun dah boleh jadi barang antik. Kebanyakan dah bersara salah seorang menjadi Duta di Mexico, ramai yang menjadi guru dan Pak Tuan menjadi pegawai polis. Pertemuan raya yang lalu Pak Tuan tak dapat join sebab belum balik ke Bota Kiri.


10 Rider Beraksi:

Bercanda di Kebun Naga Di Tengah Sawah

8:35 PG JunAina 18 Comments


Kisah seorang yang kreatif menggunakan tanah dan bijak menguruskan aset yang ada. Jauh mata memandang di penuhi kehijauan sawah padi yang semakin menunduk, di tengah sawah yang terbendang mata menangkap sekeping tanah dipenuhi pohon naga. Menongkah arus. Sawah di tebus guna menjadi ladang buah naga yang memberi pulangan yang berlipat kali ganda berbanding bersawah.


Pulangan Rm1200 sebulan purata pendapatan yang menjadikan pendapatan tahunan sebanyak Rm14,400 adalah lebih menguntungkan berbanding mengusahakan sawah setahun dua kali dengan keluasan terhad sebegitu. Dia berpandangan jauh. Hasil try and error dia berjaya menjadi contoh terbaik petani yang keluar dari kepompong bersawah.



Tuan punya kebun yang sangat peramah berbaju kuning, tidak berbaju adalah pembantunya menguruskan kebun buah naganya. Tidak lokek ilmu. Katanya lebih untung tanam buah naga dari tanam padi. Pernah masuk surat khabar Berita Harian jugak.


Dia sibuk suruh saya bergambar dekat pasu besar yang ditanam pokok naga, saya pulak malu-malu tapi sempat juga bapa saudara snap sekeping gambar saya. Katanya memang letak dalam pasu besar untuk orang bergambar.





Pokok naga yang ada sedikit rosak daun-daunnya kerana menerima hujan agak banyak, pokok ini jenis kaktus kalau air terlampau banyak cepat rosak. Buah di hujung-hujung katanya dah banyak yang kecik-kecik. Saya beli Rm20 tapi saya dapat yang di sedekah lagi banyak dari yang dibeli. Buah merah campur buah putih ikut rezeki tapi memang manis.



Saya suka pemandangan ini, jiwa saya dekat dengan padi dan bendang tetapi menjadi bersemangat bila melihat deretan pokok naga yang kemas ditengah bendang. Mula berangan-angan, kalaulah saya ada tanah!


Rezeki adan sentiasa ada buat yang berusaha. Setelah berusaha selebihnya kita berserah kepada Allah s.w.t. Walaupun nampak keluasan kebun ini adalah terhad dengan usaha yang gigih selain dapat menjana pendapatan dapat juga membantu orang lain mendapatkan pekerjaan. Menurut tuan punya permintaan buah naga adalah sangat tinggi, tak menang tangan menguruskan tempahan. Pasaran dalam kampung pun dah tak dapat nak tampung jangan kata nak dipasarkan diluar. Kalau teringin telefon sahaja nanti buah akan sampai di depan pintu kalau suka dan teringin nikmati buah di kebun juga dengan tangan terbuka tuan punya menerima tetamu.


Kebun ini terletak di Kampung Padang Kilang, Arau, Perlis.



18 Rider Beraksi:

#Mustangers Beraya

10:52 PG JunAina 7 Comments


Majlis minum petang sempena hari raya keluarga besar tempat saya bekerja berlangsung dengan meriahnya di Level 29, View Roof Top G-Tower. Masing-masing dengan sporting menggayakan busana hari raya bagi menghangatkan suasana. Sporting!


Keluarga besar saya!


Dalam lif di tempat kerja sempat lagi berselfie ramai-ramai.



Teruna serta si bapa teruna bergabung di bahagian agak belakang, jauh dari pentas utama tetapi dekat dengan tempat makan.


Prince and princess. Selain cabutan bertuah yang boleh buat kita sesak nafas ada juga hadiah untuk pakaian terbaik lelaki dan perempuan. Inilah depa yang sporting bergaya.



Ini mereka yang bekerja kuat untuk jayakan majlis. Bertungkus lumus dari persiapan tempat, membeli hadiah cabutan bertuah dan juga goodies.



Emcee and foods.



Tuan tanah nak posing jugak. Saya pakai baju kebaya 10 tahun lepas sahaja. Bukan tak boleh bergaya tetapi saya masih baru di sini agak segan nak lebih-lebih...ahahahaa...



Sebahagian dari department tempat saya bertugas.

Makanan yang terhidang yang sempat saya jamah. Lemang dan rendang ayam, satay, mee kari, kambing tanpa nasi, bubur kacang dengan durian dan ABC serta teh tarik yang tak ada dalam gambar. Sendat perut. Banyak lagi makanan lain yang tak terjamah seperti rojak buah, pecal dan kuih-muih tradisional. Tangki kecik!


Sempat lagi bergaya di photo booth!



Setiap staff yang hadir dapat beg berisi gelas dan biskut lidah kucing. 30 hadiah cabutan bertuah satu pun tak sangkut nampak sangat saya ini tak bertuah. Hadiah paling best mesin basuh, peti ais, TV 40 inci, X-Box, Samsung Tablet dan iPad. Bukan rezeki saya.



Walaupun saya tak bertuah tetapi Electrical Dept. dah belasah 7 dari 30 hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan, 2 darinya adalah dari hadiah 7 grand prize yang ditawarkan iaitu satu peti ais dimenangi oleh Zai dan X-Box dimenangi oleh Adzril.


Walaupun belum tiga bulan menyertai mereka tetapi tidak terasa dek kemesraan yang ditunjukkan, menerima orang baru dengan tangan terbuka. Hari raya tahun ini meriah walaupun kami adakan di luar dengan segalanya diurus sempurna. Walaupun Syawal berakhir esok tetapi makan-makan kami akan berterusan lagi minggu hadapan pada hari Rabu di Makan Kitchen, Double Tree by Hilton Hotel, Kuala Lumpur telah ditempah untuk kami semua. Ini bukan raya tetapi token dari projek yang seang saya buat.



7 Rider Beraksi:

Raya Tak Habis Lagi

6:06 PTG JunAina 6 Comments


Nak update entri baru tapi tak menyempat. Nah belanja gambaq sekeping dua, esok kita up cerita raya tempat kerja.
   



  

Saya cuma gayakan baju kebaya tradisional 10 tahun lepas, fefeeling kurus gitu. Majlis bermula pada pukul 4.30pm kat roof top bumbung transparent belengas ketiak! 


6 Rider Beraksi:

Sepanjang Hari Habuk Masuk Mata

6:28 PTG JunAina 5 Comments


Mereka menangisi keluarga yang kembali tebujur kaku. Hilang sudah senyum, tawa serta belaian manja. Ada anak menjadi yatim, ada isteri menjadi balu, ada suami bertasbih pilu, ada ibu merintih sedih dan ada ayah menyeka mata di lengan baju. Mereka menyimpan kisah duka yang dalam. Perit seberat mata kita yang basah menanggung dan menumpang sedih lagi berat bagi mereka yang kehilangan. Tragedi yang mengundang nestapa sepanjang hidup mereka.


Kisah mereka menjadi sejarah, pusara mereka bakal dikenang selamanya. Mereka bersemadi bersama doa jutaan rakyat bukan hanya kaum keluarga. Mereka pergi penuh penghormatan. Rezeki mereka telah Allah s.w.t tentukan bersama doa dari seluruh rakyat Malaysia.



Jenazah terakhir dari 20 mangsa yang terbang pulang hari ini.


Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Jenazah nahas MH17 selamat mendarat di KLIA tepat jam 9.54 pagi dengan menggunakan penerbangan pesawat MH16129.


Sepanjang hari habuk asyik berterbangan di udara, membuatkan mata sentiasa merah berair. Itu hati saya cair diketuk pilu dan hiba. Bagaimana agaknya hati mereka? Ya-Allah kuatkan mereka, moga redha mu Ya-Allah akan bersama kaum keluarga mangsa dengan memberi kekuatan dan kesabaran buat mereka. Anak kecil moga kau mengerti suatu hari nanti.



5 Rider Beraksi:

Hi-Tea G-Tower

2:39 PTG JunAina 5 Comments


Kami semua dapat jemputan petang nanti, Jamuan Hari Raya Pejabat. Hi-tea di G-Tower 4-7 pm. Semua dah siap lawa-lawa berkebaya dan berbaju melayu nak beraya, kejap lagi 3.30pm jalan ramai-ramai di bawah terik mentari panas tetapi meriah pasti.



1074 nombor bertuah saya! Tak dapat TV 40 inci dapat iPad jadilahhhh...ahahahaaa...


5 Rider Beraksi:

Beraya Cara Keluarga Besar Kami

9:49 PG JunAina 11 Comments


Hari raya pertama banyak masa dihabiskan di rumah menerima kunjungan tetamu jauh dan dekat, alhamdulillah tahun ini anak cucu serta cicit Almarhum Tok Ayah Senapi Man dan Almarhumah Saripah Salleh masih berkumpul seperti dulu. Keluarga besar kami. Silaturrahim ini moga terus berpanjangan. Syukur padamu Allah. Mak macam biasa bila anak bungsu beraya di Kelantan dia sedikit lemau raya pun mak macam tak ceria.


Beraya di rumah Pak Tih Hussin adik mak sebelah menyebelah sahaja, paling terkesan bila tengok Angah lengkap berbaju melayu dan bersampin. Berubah juga akhirnya abang aku ni bisik hati, selama ini hari raya dia sama sahaja seperti hari biasa sejak ada isteri kenalah ikut rentak orang berkeluarga.





Rumah mak memang bersila jelah jangan hairan sebab kebanyakan rumah kampung di Perlis masih mengekalkan duduk di lantai. Rumah mak saya memang tak ada sofa bagai, lapang dan senang nak mengemas. Edisi mak menakan, pak menakan dan sepupu sepapat beraya di rumah mak. Gambar di atas my Pak Long dan isteri ke tiga dia.






Inilah raya cara keluarga besar kami pergi raya ramai-ramai 7-8 biji kereta, masak nasi sama-sama, pusing rumah kait kelapa muda, panjat pokok buah yang ada, petik ulam keliling rumah, ligan ayam-itik tuan rumah, buli kucing tuan rumah kemudian makan sakan-sakan atas pelenggaq tepi bendang. Lauk kampung yang boleh membuatkan semua orang kecoq ayaq lioq! Tahun ini mata kucing dah kena serbu pada hari raya pertama kami tengok putik mata kucing sahaja. Hidangan nasi putih, masak lemak kubis, som tam, ayam goreng, ikan goreng, ulam dan sambal belacan pada hari raya kedua.


  



Lepas kenyang makan kami serbu kolam pulak. Main jala-jala dalam kolam sekali dapat ikan besar! Aktiviti wajib setiap tahun di rumah adik mak Pak Njang Ismail di Hutan Lembah, Mata Air, Perlis.




Balik dari mata air ramai-ramai singgah di rumah Makcik Yati adik mak jugak. Makan mee kari kali ini terus ke dapur tak yah nak di layan bagaikan tetamu sangat buat macam rumah sendiri.


Raya adalah masa untuk mengeratkan silaturrahim, saban tahun itulah gaya kami berhari raya. Sedikit berbeza dari keluarga orang lain mungkin tetapi itulah 'Cara Keluarga Besar Kami Berhari Raya'. Ada orang sukar menerima tetapi apa saya kisah!




11 Rider Beraksi:

#hotmama #inred

9:26 PG JunAina 16 Comments



Saya rasa berseri-seri dalam persalinan merah. Sila ketawa....ahahahaaa...



16 Rider Beraksi:

Kisah Mat Saleh Berhari Raya

9:04 PG JunAina 21 Comments




Tanpa ketupat, lemang dan rendang bukan lah cerita hari raya!





Sedikit lari dari kebiasaan hari raya. Hidangan nasi putih, masak lemak daging salai, sambal udang, ulam-ulaman serta sambal tempoyak.



Keluarga baru saya sejak 2 bulan 10 hari yang lepas. Ya sangat sangat bahagia!



Daddy dengan anak-anak perempuan!

Dia hanya meraikan kami memberi ruang dan peluang mengeratkan silaturrahim antara kami. Menambah kemesraan. Tidak pernah lokek untuk menghulurkan duit buat makan-makan untuk kami semua hanya bahagian kami sedangkan dia hanya menjamah kuih dan buah-buahan. Dari pejabat lama membawa saya bersama ke pejabat baru lalu apa lagi yang saya mahu? Tujuh tahun mengenali dia saya mendoakan moga dia akan menjadi Muslim yang baik. Wim De Vos doa yang terbaik buat dia.



21 Rider Beraksi: