Rumah Sewa Terlaris

9:32 PG JunAina 10 Comments


Syukur alhamdulillah sesungguhnya Allah, Engkau maha pemberi, tak pernah lokek walaupun kami hambaMu selalu melupakan Mu, alpa dengan urusan dunia yang tidak pernah berpenghujung, kemurahanmu tiada pernah terbatas.


2hb Oktober 2015 penyewa bagitahu yang dia akan keluar rumah akhir bulan dan minta tolak sewa bulan Oktober dengan deposit yang dibayar semasa masuk dahulu. Walaupun agak singkat notis yang diberi saya terima dengan positif walaupun bajet bulanan sudah sedikit tergelincir jadi bulan ini ada perkara yang kena tangguh  dahulu. Deposit bil elektrik pula saya akan jelaskan kemudian selepas tolak bil terakhir bulan tersebut.


Bermula edisi pencarian penyewa baru untuk rumah teres dua tingkat yang saya beli hampir 3 tahun yang lalu. Rezeki Allah untuk saya dan anak-anak walaupun saya tak duduk tetapi itu tetap rumah saya. Walaupun ada 2-3 orang agen yang telefon dan minta uruskan saya menolak dengan baik sebab bagi saya semua itu saya masih boleh uruskan sendiri dengan bantuan suami. Saya mula iklankan di Mudah.my dalam masa hanya 2 minggu saya mendapat hampir 30 panggilan sehinggalah saya padam iklan tersebut. Tiga hari selepas iklan sudah ada yang booking rumah tetapi saya minta dia menyerahkan salinan kad pengenalan selagi tidak diberi saya menganggap dia tidak bersungguh-sungguh. Seminggu kemudian saya mendapat salinan kad pengenalan melalui aplikasi WhatssApp, dalam tempoh tersebut banyak panggilan telefon yang saya dapat sehingga ada yang meminta saya masukkan dalam senarai menunggu.


Saya mudahkan orang moga Allah s.w.t akan mudahkan saya kelak. Itu prinsip saya. Mengikut purata sewaan kawasan tersebut adalah Rm1200 tetapi sebab saya tidak sampai hati mengenakan sewa sebegitu saya hanya meletakkan sewa Rm1000. Deposit pula kebiasaannya adalah 2 bulan tetapi saya hanya ambil satu bulan deposit, elektrik dan air pula hanya Rm200 yang mana kebiasaannya adalah separuh dari harga sewa rumah. Saya bukan banyak duit, jauh sekali kaya namun saya harap apa yang saya buat sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban bakal penyewa. Syarat yang sama juga saya kenakan kepada penyewa terdahulu dan dia duduk tanpa banyak kerenah selama tiga tahun dan berpindah sebab rumah yang dibeli telah siap. Rumah saya juga dijaga dengan baik setakat bulan Febuari yang lalu.


17hb Oktober 2015 saya berjumpa dengan bakal penyewa untuk tandatangan perjanjian sewa rumah yang telah saya siapkan. Alhamdulillah. Kalau dulu saya dapat penyewa dengan seorang anak yang masih kecil kali ini saya dapat penyewa yang bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Mereka datang berdua dan saya juga ada salinan kad pengenalan keduanya. Bila terbaca iklan rumah untuk di sewakan dengan harga yang berpatutan di kawasan tersebut mereka cepat-cepat telefon minta alamat untuk tengok rumah dan persekitaran. Penyewa masih ada jadi tak dapat tengok bahagian dalam cuma dapat lihat gambar-gambar yang ada di Mudah.my sahaja. Walaupun hanya dapat tengok dari luar mereka sangat berpuas hati walaupun tembok pagar sudah luntur warnanya sebab itu adalah cat asal. Semasa penyewa yang ada masuk saya langsung tak sempat nak cat. Perjanjian bakal di bawa ke LHDN untuk `stamping’ dan salinan akan diberi kepada penyewa kelak.


Luasnya kasih sayang Allah. Allah s.w.t permudahkan urusan saya mencari penyewa rumah yang baru sehinggalah mereka dengan senang hati menerima syarat-syarat yang saya kenakan. Membayar Rm500 sebagai tempahan tanpa ada prejudis. Bulan November nanti penyewa baru akan masuk namun saya meminta tempoh sehari dua untuk menguruskan mana yang patut. Almaklumlah bila penyewa lama saya perlu selenggara kerosakan-kerosakan kecil yang berlaku. Harap semuanya baik-baik sahaja tanpa kerosakan besar.

  


You Might Also Like

10 ulasan:

  1. semoga urusan tentang rumah sewa kak jun dipermudahkan olehNya. inshaAllah. Amin :)

    BalasPadam
  2. Alhamduillah... kalau dah rezeki tak kemana
    Bila kita bertoleransi laaagilah murah rezeki Allah berikan dan dipermudahkan urusan Aina

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan akak.. portal mudah.my memang sangat membantu kan akak.. Farah pun dah byk kali advertise kat situ..sekejap jer dapat jual.. hehehe...

    BalasPadam
  4. salams kak jun,

    syukur alhamdullilah
    konsep kak jun sama seperti kami, kita berlebih kurang allah swt selalu memudahkan rezki...:)

    BalasPadam
  5. Harap2 penyewa rumah Jun itu dari kalangan mereka yg budiman. Saya ada pengalaman perit menyewa rumah kpd satu keluarga di KL. Walaupun kami buat perjanjian bertulis tapi penyewa kdg2 bayar, kdg2 tidak. Banyak pula alasannya bila tak nak bayar - paip bocor, pagar rosak, tangki air rosak, bumbung berlubang dll.. Susah nak pantau rumah itu kerana saya tinggal di Alor Setar, rumah di Ampang Indah..

    BalasPadam
  6. alhamdulillah... moga2 bakal penyewa ni lbh memudahkan cara kita kelak pendek kata x byk ragam ;-)

    BalasPadam
  7. Baiknya tuan rumah..nak sewa juga lah he he..CM doakan penyewa baru dapat tinggal dengan baik dan jaga rumah tu seperti rumahnya sendiri. Aamiin.

    BalasPadam