Aktiviti Balik Kampung

9:48 PG JunAina 20 Comments




Day 1
Perjalanan balik kampung
Makan malam dengan mak sebab sampai dah pukul 6 petang


Day 2
Bawak mak pi market beli ikan + beli sarapan.
Berteh tarik dengan kawan-kawan sekolah.
Ziarah kawan sekolah yang sakit.
Ziarah mak kawan sekolah yang uzur.
Petang hadir kenduri kesyukuran birthday Zara Zulaika anak sepupu Normala Hussin.
Malam minum nira sampai pitam di rumah mak menakan Norhayat Senapi sambil lepak sampai dinihari.


Day 3
Bawak mak pi sarapan nasi kerabu stesen keretapi Arau.
Makan tengahari bakar ikan ramai-ramai dengan mak cik Uji dan Pakcik E sekeluarga dan sepupu sepapat.
Tidur sampai petang!


Day 4
Kenduri jiran sekampung pagi-pagi pi menolong sambil makan pulut ikan masin.
Petang ziarah sepupu mak yang sakit di Jejawi.
Malam suprised birthday party untuk anak menakan Syamimi Nurazrin sambil layan depa main baling tepung (partylah sangat!)
Terima kasih Mardiah (kawan adik Shahizat) mai masak kueteow tomyam yang marbeles!


Day 5
Sarapan dengan family.
Layan nira Mizi kawan sepupu bawak.
Makan tengahari
Bergerak balik Kajang




20 Rider Beraksi:

Rindu Angin Kampung

3:46 PTG JunAina 12 Comments




Kampung saya jauh nun di utara tanah air bersempadan dengan Thailand, berkelana mencari rezeki di bumi Allah sehingga ke Kuala Lumpur. Takdir rezeki saya tertulis di sini demi kelangsungan hidup maka menjadi pemastautin tetap saya di sini.


Kebiasaannya bila ada cuti berkembar saya akan mengambil kesempatan untuk bercuti di kampung dan saya akan sambung dengan cuti tahun sekurang-kurangnya cuti menjadi 5 hari. Perjalanan balik kampung mengambil masa 6-7 jam begitu juga sebaliknya jadi untuk pulang pada hari cuti hujung minggu adalah tidak berbaloi dengan penat dan belanja perjalanan.


Menjadi kelaziman kami bercuti pulang ke kampung pada Tahun Baru Cina dan cuti Hari Raya Puasa selebihnya mengikut keperluan keadaan.Setiap kali pulang bukan sedikit perbelanjaan yang perlu jadi bajet melancong banyak dihabiskan untuk pulang ke kampung tetapi itulah kegembiraan kami walaupun tak dapat melancong tempat best-best hati kami sekeluarga tetap sangat gembira bila dapat balik ke kampung.


Esok saya dan anak-anak akan mengharungi perjalanan lebih 500km kebiasaanya juga jalan akan sesak. Kesihatan pulak agak kurang bagus selsema dan demam mula menyerang. Harap esok saya dapat memandu dengan baik dan selamat tiba ke kampung. Rindu langit kampung! Mak baru sahaja 2 minggu balik dari Kajang jadi rindu masih mampu ditahan.


Walaupun saya gembira bila berada di bawah langit tenah kelahiran hati tetap terkenang si dia yang ditinggalkan. Janan nakal-nakal sepanjang kepergian isteri. Pandai-pandailah jaga diri. Rindu akan tetap meruntun hati.



12 Rider Beraksi:

Ubahsuai Bilik Air 'Waterprooving'

11:03 PG JunAina 16 Comments


Pening memikirkan kos untuk ubahsuai bilik air yang tak luas tetapi harga yang diminta oleh kontraktor terlalu tinggi tetapi terpaksa juga diubahsuai bila lantai menyerap air dari bilik air sehingga merosakkan 'wiring' lampu di tingkat bawah. Kos barang tidaklah mahal tetapi bayaran yang dikenakan untuk 'labour' tak masuk akal dan sebagai pemilik rumah kadang-kadang kita tiada pilihan. Keluasan bilik air 5.25' x 7.5' kos yang dikenakan untuk pecahkan tile, 'waterprooving' dan retile adalah Rm5300. Pendapat saya memang tukang Indonesia tersebut 'ketuk' saya.


Berkira-kira untuk mencari kontraktor lain sepupu saya yang bekerja sebagai askar menawarkan diri untuk menjalankan kerja-kerja ubahsuai bersama kawannya. Bila adik dan anak saudara bersetuju untuk datang membantu saya terpaksa menolak pertolongan dari sepupu dan sangat bersyukur kerana kerja-kerja ubahsuai boleh saya arahkan mengikut kehendak sendiri. Adik Shahizat, Syafiq dan anak saudara Shaiful datang bersama emak dan seorang sepupu lain Adik Ab. Riuh rumah adik saya seminggu sebab mereka duduk di rumah adik.


Kami sampai agak lewat sebab penyewa bawak anak isteri pergi jogging, agak ramai yang pergi sebiji kereta untuk orang kerja sebiji kereta saya, mak dan anak-anak. Almaklumlah mak hanya tengok rumah dari luar dulu kali ini teringin nak masuk tengok kat dalam. Tugasan bermula lepas makan-makan dan minum-minum. Penyewa menyambut kami dengan gembira dan dijamu dengan pelbagai hidangan. Kebetulan penyewa saya beasal dari Pendang, Kedah keluarganya pernah menetap di Batu Pahat, Perlis, mak suka sangat. Ini juga kali pertama saya bertemu muka dengan mereka sebeb sebelum ini semua Pak Tuan yang uruskan.



Ini adalah lantai asal bilik air dibahagi dua untuk bahagian shower. Tile tu sebenarnya cantik lagi cuma tak dibersihkan betul-betul sahaja.


 

Kerja memecahkan tile bermula. Sekejap sahaja Adik Shafiq siap proses memecahkan tile.



Inilah hasilnya. Di bawah tile tu penuh dengan pasir sebab itulah air menyerap ke lantai, hanya sedikit simen yang digunakan. Bahagian yang tengah tu bila dipecahkan juga relai.



Kasi zoom sikit. Nampak banyak pasir dari simen.



Sementara Adik Shafiq, Shaiful dan Adik Ab sibuk dengan tile saya keluar dengan Adik Shaizat ke kedai membeli tile yang baru. Tak perlu susah hati bagi tahu keluasan bilik air nanti mereka akan kirakan berapa keping yang perlu di beli. Saya hanya menukar tile di bahagian lantai sahaja. Kemudian ke warehouse sebab tile yang saya hendak tu tak ada di kedai, ambik sendiri kat warehouse.



Ini pula proses memoton paip PVC untuk paip limpah di belakang pintu bilik air. Sekiranya hujan air akan mengalir dari belakang pintu dan lantai akan sentiasa basah jadi saya minta letakkan paip terus ke floor trap. Boleh pula depa pi beli yang sama besar dengan paip keluar bila pasang saya tanya tak boleh ke guna paip kecik tapi dah siap biarkan jelah. 



Kerja-kerja meletakkan simen di celah-celah tile . Senang buat tapi bagi saya agak remeh dan perlukan kemahiran. Tile perlu dicuci dengan asid sehingga bersih dan tiada sampah mahupun kekotoran. Sebenarnya kerja-kerja memasang tile dilakukan oleh anak buah Shaiful sehinggalah kerja pengemasan yang lagi 3 orang hanya membantu yang mana perlu sahaja. Semasa pasang tile Shaiful bertungkus lumus kat dalam lagi 3 hanya termenung.



Selepas habis kerja-kerja akhir. Masih nampak putih separti kapur, nanti bila digunakan akan hilang sendiri. PVC pipe ke floor trap melalui belakang toilet bowl boleh nampak kat dinding tu. Satu benda saya ternampak bila kerja dah siap adalah pipe bawah singki yang tu lain kalilah tunggu nak baiki wiring nanti saya minta orang buatkan.


Rezeki saya ada adik-adik dan anak buah yang boleh membantu. Sekiranya sesiapa ada masalah waterprooving untuk bilik air dan mencari tukang yang agak murah berbanding tukang Indonesia yang banyaknya mengetuk kita tu bolehlah saya bantu semampu yang dapat. Kalau ada rezeki mungkin anak buah saya dapat membantu untuk menyelesaikan masalah bilik air anda dengan harga yang lebih berpatutan.




16 Rider Beraksi:

Today I am Forty!

4:54 PTG JunAina 15 Comments



Perjalanan ini moga akan dipenuhi bunga-bunga bahagia, 40 tahun mengatur penghidupan yang mencabar doa agar hanya yang manis ditika melalui sisa-sisa hidup yang masih ada. Pertambahan usia bererti akan bertambahlah perubahan-perubahan possitif di dalam diri, moga takwa itu sentiasa bersama.








15 Rider Beraksi:

District 21 IOI Mall City

11:57 PG JunAina 9 Comments

IOI Mall City Putrajaya terletak hanya 10 minit perjalanan dari Kajang menjadi antara tempat yang mendapat perhatian umum akhir-akhir ini. Selain menjadi tempat membeli belah yang terdapat banyak pilihan juga dilengkapi dengan pelbagai pilihan restoran. Antara yang menarik perhatian adalah Ice Skating dan District 21 IOI Mall City Putrajaya.


Bagi yang meminati sukan lasak bolehlah ke District 21 yang berada di tingkat 3 bersebelahan Ice Skating (sila rujuk website rasmi). Dengan bayaran Rm160++ untuk 4 orang anda boleh menjalani aktiviti lasak di dalam kawasan tersebut. Bagi yang ingin melihat dahulu anda boleh meninjau dari tingkat atas. 
















Keadaan cuaca yang tidak menentu kadang-kadang panas melampau, ada ketikanya hujan tidak berhenti IOI Mall City memberi pilihan kepada kita untuk beriadah bersama keluarga di dalam keadaan yang lebih selesa. Menghabiskan masa bersama keluarga dengan lebih berkualiti.


9 Rider Beraksi: