Salam Hari Raya

12:15 PTG JunAina 8 Comments


Syawal 13 masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua saudara-mara serta kawan-kawan jauh dan dekat moga ukhwah yang ada terus kekal berpanjangan.


Masih sibuk dan meriah dengan agenda makan-makan, ketupat, lemang, rendang, nasi impit, kuah kacang, pelbagai biskut, kek serta manisan. Selain makan-makan moga tujuan utama kita untuk memanjangkan ukhwah masih diutamakan.




Salam sayang.



8 Rider Beraksi:

Projek Biskut Raya 2015

12:47 PTG JunAina 4 Comments


Tahun ini memang sibuk dengan urusan kerja sehingga bermulanya Ramadhan jadinya banyak rutin yang terpaksa diabaikan. Nasib baik juga urusan membeli persiapan raya anak-anak tetap juga berlangsung sebelum Ramadhan bermula. Alhamdulillah. Sehinggalah berada disaat akhir Projek Biskut Raya 2015 baru bermula jadi terus memecut laju tanpa henti.


Kebiasaan bertahun yang tak pernah berubah Tart Nenas Gulung permintaan suami, Almond London dan Cornflake Coklat kegemaran anak-anak. Tahun ini walaupun sibuk urusan kerja tetapi memulakan projek biskut agak ringan sebab ada dua orang pembantu. Kerja-kerja membuat Almond London menganmbil tempat dahulu diikuti Tart Nenas Gulung dan akhirnya kerja-kerja meletakkan coklat untuk Almond London dan Cornflake Coklat. Semua resepi boleh didapati dari blog saya, hanya 'search' sahaja.


Walaupun hanya tiga jenis tetapi itu sudah cukup untuk menggembirakan insan-insan tersayang di sisi. Selain untuk di rumah ada juga bahagian adik dan emak. Saya gembira melihat mereka tersenyum dengan pemberian saya. 



Semua resepi boleh didapat di dalam blog saya.



Sesekali bila dpat makan percuma best jugak kan terutama di bulan puasa ni. Tak perlu kerja membanting tulang hanya reload dan guna, reload dan guna kemudian tebus. Semudah macam tu sahaja, siapa yang tak nak.
Nak buka puasa dengan KFC percuma. Jom try kat sini.

4 Rider Beraksi:

Hari Lahir Insan Tersayang

2:59 PTG JunAina 7 Comments


4 Julai meraikan ulangtahun kelahiran anak sulung Iqbal Hadi yang ke 15. Syukur alhamdulillah dia membesar dengan baik walaupun tahap kesihatannya sering terganggu sejak dari kecil. Nikmat melihat dia membesar didepan mata setelah satu ketika terpaksa meminta emak menjaga semasa dia kecil. Allah s.w.t beri ujian namun Dia juga beri kemanisan. Iqbal Hadi menjadi anak yang bertanggungjawab pada adik-adik, faham situasi mama dan paling penting dia menjaga solat 5 waktunya tanpa perlu mama mengingatkannya.


Sambutan kali ini di bulan puasa tiada kek tiada hadiah cuma kami keluar beramai-ramai berbuka puasa di luar. Itu pun sedah cukup membuatkan dia gembira walapun pada awalnya ada hajat yang tak mampu saya tunaikan demi kebaikan bersama. Suatu hari saya akan tunaikan janjinya, bila sampai masanya yang sesuai.


Happy birthday sayang.








Berbuka puasa di Restoran D'Muar belakang Tesco Kajang beramai-ramai, satay wajib ada.


7 Julai pula ulangtahun kelahiran emak tersayang Hazizah Senapi yang ke 64. Syukur padamu Allah kerana mengurniakan kesihatan yang baik kepada emak. Allah beri kesenangan dipenghujung usianya, berjalan ke sana sini aktif dalam masyarakat. Allah beri anak-anak yang bertanggungjawab dan kasih pada emak serta tidak lokek berbelanja untuk emak. Setelah kesusahan yang dilalui itulah kemanisan yang Allah beri pada emak. Di uji pada awalnya dan hikmah terbaik datang juga.












Meraikan sambutan ulangtahun kelahiran emak tahun ini sekali lagi di Shala Pizza seperti tahun lepas, Arau, Perlis bersama 3 anak lelaki mak dan seorang anak perempuan iaitu kakak sulung, menantu dan dua cucu. Terima kasih Allah semoga Allah s.w.t pinjamkan mak lama lagi dengan kami semua, panjangkan umur mak dengan penuh bermanafaat. Kami masih ingin berbakti kepadanya.



Nak sambut raya serba baru termasuk telefon bimbit iPhone baru dengan harga yang murah, saya teringin sangat dengan yang warna emas tu jom kita sama-sama dapatkannya.



7 Rider Beraksi:

Puasa Paling Bahagia

1:10 PTG JunAina 9 Comments

Syukur alhamdulillah setelah berbelas tahun merantau hanya sempat berbuka puasa dua hari terakhir Ramadhan bersama mak tahun ini dapat berpuasa seminggu bersama. 8 Ramadhan mak ke Kajang menghabiskan bulan puasa bersama kami di sini. Anak, menantu dan cucu-cucu gembira dapat berbuka serta bersahur dengan emak. Rumah saya dan adik berdekatan biasanya saya akan angkat segala juadah berbuka ke rumah adik dan berbuka bersama. Malam tadi mak dah selamat balik ke Perlis, asyik teringatkan anak bujang berdua yang ditinggalkan.












9 Rider Beraksi: