Sepakat Membawa Berkat

10:59 PG JunAina 9 Comments


Syukur alhamdulillah penyewa baru telah mula menduduki rumah sejak 15hb November setelah dua minggu penyewa yang sebelumnya keluar rumah. Penyewa baru merupakan bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi, sekian lama mengintai rumah di kawasan tersebut akhirnya mereka berkenan dengan rumah yang diiklankan dan terus membuat keputusan untuk menyewa sebab lain kali mungkin dah tak ada yang bersesuaian dengan hati serta bajet mereka.

  



Dua minggu yang sangat meletihkan kerana membersih dan mengecat rumah. Mengganti tombol-tombol pintu yang rosak, membaiki bilik air yang tersumbat dan menggantikan mentol-mentol lampu yang tidak menyala. Upah orang memang lebih senang tetapi sebab Pak Tuan sedikit cerewet jadi kami buat sendiri semuanya lagi pun boleh jimatkan kos. Anak-anak pun sudah besar jadi sudah boleh membantu jadi bab cat mengecat mereka ambil alih tanggungjawab. Mama dan abah selesaikan yang selebihnya.






Dua bilik air di tingkat atas tersedia water heater.

Keadaan rumah tidak teruk sangat cuma biasalah bila duduk bukan di rumah sendiri jadi tidak dijaga sangat. 2 tombol pintu rosak, lampu tangga padam tidak berganti, simen didepan dan belakang dibiarkan hitam berlumut, bilik air di bilik tidur utama tersumbat, tandas cangkung di bilik air bawah tersumbat katanya berus tandas terjatuh di dalam lubang tandas. lap habuk-habuk di tingkap dan semua grill. Sedikit penat menguruskan 3 bilik air yang perlu digosok lantai dan dindingnya, memberus lantai yang berlumut di porch depan dan ruang belakang dapur. Mengeluarkan barang-barang yang tersumbat dari lubang tandas rupanya bukan berus tandas sahaja, ubat gigi, pisau cukur, botol syampu, botol carrie junior dan paip getah dikeluarkan manalah tak tersumbat. Membersihkan kitchen kabinet dan bawahnya yang penuh dengan tahi lipas. Masyaallah yang ini memang saya marah sangat, tempat masak kot dibiarkan kotor macam tu.




Dua orang pembantu tetap mama Kakak Hayani dan Alya setiap kali mama ada di sana pastinya ada kakak dan Alya.

Hujung minggu dan cuti Deepavali memang menguruskan rumah tersebut sahaja sehingga demam. Nampak seperti mudah tetapi memerlukan kudrat yang banyak juga. Namun bila semuanya selesai saya rasa sangat berpuas hati. Terasa berat pula hati hendak menyerahkan kunci kepada penyewa baru bila keadaan rumah sudah bersih dan cantik. Nampak gayanya bila penyewa ini keluar nanti memang saya akan pindah masuk sahajalah, sayang rumah dibiarkan penyewa duduk. Kalau dapat penyewa yang jaga rumah dengan baik tak apa sekiranya sebaliknya memang makan hati.









Kali pertama dan terakhir adik ikut mama uruskan rumah, tolong cat tembok pagar hadapan esoknya terus tak nak datang lagi. Abah minta catkan dengan warna tanah seperti coklat yang agak gelap tetapi warna cat seperti itu kehabisan stok jadi pilih sahajalah coklat cair.



Perjanjian sewa beli pun sudah di tandatangan dan dibawa ke LHDN bulan lepas cuma salinan belum diberi kepada penyewa. Itulah risiko menyewakan rumah kepada orang, nasib baik rumah dikembalikan dalam keadaan baik kalau sebaliknya terpaksa baiki rumah pula. Harapnya penyewa baru dapat mejaga rumah sebaik mungkin, jaga seperti rumah sendiri. 



 Rumah yang sudah siap di berishkan dan dicat, semakin kemas rumah semakin sayang pula hendak di sewakan.



9 Rider Beraksi:

Berlian Di Dalam Lumpur Pun Tetap Bersinar

1:32 PTG JunAina 6 Comments


Kami berkenalan hampir setahun yang lalu apabila dia mula bertugas sebagai SHE Lead bagi projek yang sedang saya buat sekarang. Seorang yang sangat energetic, aktif dan sangat perihatin dengan bidang kerja yang menjadi tanggungjawab beliau. Bayangkan sehingga September dia sudah menyiapkan kerja-kerja sehingga akhir tahun, sangat kehadapan. Menjadi aset yang sangat berharga buat syarikat, beliau turut disenangi kawan-kawan.






Kak Lily bertudung merah sangat mudah di dekati tengoklah dalam setiap gambarnya sentiasa terukir senyuman.


Selain itu dia yang mesra dengan panggilan Kak Lily sangat berpengalaman luas sebagai Safety, Health & Environmental Lead salah satu pengalaman paling berharga buat beliau adalah semasa berdepan dengan Tsunami di Aceh dan menangani pekerja yang berteriak serta berlarian  ingin turun dari bukit untuk menyelamatkan keluarga masing-masing. Ketika itu dia bertugas di Aceh. Segalanya berlaku di depan mata, itu adalah antara pengalaman paling mencabar sepanjang kerjayanya selain kemalangan nyawa pekerja  yang melibatkan voltan besar.




Adat bekerja cabaran orang yang busuk hati melihat kejayaan seseorang jadi beliau menjadi mangsa keadaan akibat dari bos sendiri yang takut dengan bayang-bayang. Kelebihan serta kebolehan Kak Lily di takuti meneggelamkan kerjaya dia sebagai bos lalu pelbagai cara dibuat untuk menjatuhkan beliau dan mungkin juga Allah s.w.t ingin menguji akhirnya dengan berat hati Kak Lily meletakkan jawatan akibat tekanan-tekanan yang tidak sepatutnya sehingga melibat Ganeral Manager yang percaya bulat-bulat pada fitnah yang dilemparkan.


Hari ini kami meraikan jamuan perpisahan buat Kak Liliy Zuryani yang gojes. Beruntung sangat kerana dapat berkenalan dengan dia yang sentiasa berfikiran terbuka. Alhamdulillah. Manusia menutup pintu rezeki dia di sini dengan menanam kebencian tetapi Allah s.w.t telah membuka seribu lagi kebaikan buat dia. Menerima tawaran pekerjaan baru yang lebih baik dari sini dengan gaji yang lebih bagus dan moga-moga akan di kelilingi orang yang baik-baik juga. Seramai 20 orang ‘gigirl’ kami buat plan mengejut untuk Kak Lily, makan tengahari di Serai, Pavillion siap dengan belon-belon. Terharu sangat wajah dia dengan kejutan yang di buat. Puaslah 'gigirl' bergedik bergambar sakan-sakan tapi jangan lupa tip-tip ini kalau nak bergambar "11 Essential Photography Tips BeautyBloggers Shouldn't Ignore"


Selepas puas makan-makan semasa nak balik kami berposing pulak di depan Serai.

Di tempat baru moga semakin banyak kejayaan bakal diukir dan ditempa sebagai kawan kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat Kak Lily. Allah s.w.t menguji tetapi kemudian Dia juga akan memberi mungkin yang lebih baik. Sinar mentari yang hilang seketika akan diganti dengan pelangi yang indah.


6 Rider Beraksi: