Syawal 13 masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua saudara-mara serta kawan-kawan jauh dan dekat moga ukhwah yang ada terus kekal berpanjangan.
Masih sibuk dan meriah dengan agenda makan-makan, ketupat, lemang, rendang, nasi impit, kuah kacang, pelbagai biskut, kek serta manisan. Selain makan-makan moga tujuan utama kita untuk memanjangkan ukhwah masih diutamakan.
Salam sayang.
Tahun ini memang sibuk dengan urusan kerja sehingga bermulanya Ramadhan jadinya banyak rutin yang terpaksa diabaikan. Nasib baik juga urusan membeli persiapan raya anak-anak tetap juga berlangsung sebelum Ramadhan bermula. Alhamdulillah. Sehinggalah berada disaat akhir Projek Biskut Raya 2015 baru bermula jadi terus memecut laju tanpa henti.
Kebiasaan bertahun yang tak pernah berubah Tart Nenas Gulung permintaan suami, Almond London dan Cornflake Coklat kegemaran anak-anak. Tahun ini walaupun sibuk urusan kerja tetapi memulakan projek biskut agak ringan sebab ada dua orang pembantu. Kerja-kerja membuat Almond London menganmbil tempat dahulu diikuti Tart Nenas Gulung dan akhirnya kerja-kerja meletakkan coklat untuk Almond London dan Cornflake Coklat. Semua resepi boleh didapati dari blog saya, hanya 'search' sahaja.
Walaupun hanya tiga jenis tetapi itu sudah cukup untuk menggembirakan insan-insan tersayang di sisi. Selain untuk di rumah ada juga bahagian adik dan emak. Saya gembira melihat mereka tersenyum dengan pemberian saya.
Semua resepi boleh didapat di dalam blog saya.
Sesekali bila dpat makan percuma best jugak kan terutama di bulan puasa ni. Tak perlu kerja membanting tulang hanya reload dan guna, reload dan guna kemudian tebus. Semudah macam tu sahaja, siapa yang tak nak.
Nak buka puasa dengan KFC percuma. Jom try kat sini.
Puasa lebih kurang 3 minggu lagi dah dekat sangat tapi bagi kaum ibu telah mula memikirkan persiapan raya untuk sekeluarga almaklumlah tak mahu kalang kabut nanti. Lagi pun bila tiba Ramadhan boleh fokus kepada amal ibadat dengan aman. Bagi yang belum habis ganti puasa masih ada waktu lagi.
Tahun ini insyaallah anak-anak mak semua akan beraya di Perlis dan akan berlangsung juga majlis penting dalam keluarga, moga Allah s.w.t permudahkan urusan. Jadi sebagaimana biasa mood raya akan menjadi lebih tahun ini sebab mak taklah lemau sahaja di pagi raya bila anak perempuan bungsu dia beraya di rumah mertua seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini mesti penuh sesi jalan-jalan dan makan-makan.
Baju raya pun mestilah lebih dari satu mungkin tiga atau empat tetapi itulah setahun sekali buat baju masa lain memang jarang sangat buat baju baru. Tahun ini awal-awal lagi minta tukang jahit siapkan baju raya kakaknya dahulu supaya nanti taklah malam raya baru sibuk nak jahit leher baju.
Hujung minggu nanti pula akan membeli-belah keperluan anak-anak untuk hari raya nanti. Mama sudah kekurangan kudrat untuk berjalan-jalan membeli belah di bulan puasa. Bila letih anak-anak pun akan mula buat perangai. Baju Melayu beli dekat nak raya ambik mood raya, tahun ini beli siap sahaja.
Sepasang dah siap lega, Pak Tuan puji baju cantik. Kenangan jalan-jalan Kelantan cuti Hari Pekerja. Satu pasang lagi telah siap digunting, lagi dua masih dalam rekaan fesyen...ahahaa... Raya sakan weiiii...
Pak Tuan hantar Whatsapp yang kat bawah tu. Ahahahaaaa...susah saya nak jawab. Zaman sekolah umur 13 tahun manalah saya nak kenal dia, soalan menguji minda betul.
Sekolah Menengah Dato Abdul Rahman Yaakob, Bota Kanan, Perak.
Usia gambar ini 47 tahun dah boleh jadi barang antik. Kebanyakan dah bersara salah seorang menjadi Duta di Mexico, ramai yang menjadi guru dan Pak Tuan menjadi pegawai polis. Pertemuan raya yang lalu Pak Tuan tak dapat join sebab belum balik ke Bota Kiri.
Majlis minum petang sempena hari raya keluarga besar tempat saya bekerja berlangsung dengan meriahnya di Level 29, View Roof Top G-Tower. Masing-masing dengan sporting menggayakan busana hari raya bagi menghangatkan suasana. Sporting!
Keluarga besar saya!
Dalam lif di tempat kerja sempat lagi berselfie ramai-ramai.
Teruna serta si bapa teruna bergabung di bahagian agak belakang, jauh dari pentas utama tetapi dekat dengan tempat makan.
Prince and princess. Selain cabutan bertuah yang boleh buat kita sesak nafas ada juga hadiah untuk pakaian terbaik lelaki dan perempuan. Inilah depa yang sporting bergaya.
Ini mereka yang bekerja kuat untuk jayakan majlis. Bertungkus lumus dari persiapan tempat, membeli hadiah cabutan bertuah dan juga goodies.
Emcee and foods.
Tuan tanah nak posing jugak. Saya pakai baju kebaya 10 tahun lepas sahaja. Bukan tak boleh bergaya tetapi saya masih baru di sini agak segan nak lebih-lebih...ahahahaa...
Sebahagian dari department tempat saya bertugas.
Makanan yang terhidang yang sempat saya jamah. Lemang dan rendang ayam, satay, mee kari, kambing tanpa nasi, bubur kacang dengan durian dan ABC serta teh tarik yang tak ada dalam gambar. Sendat perut. Banyak lagi makanan lain yang tak terjamah seperti rojak buah, pecal dan kuih-muih tradisional. Tangki kecik!
Sempat lagi bergaya di photo booth!
Setiap staff yang hadir dapat beg berisi gelas dan biskut lidah kucing. 30 hadiah cabutan bertuah satu pun tak sangkut nampak sangat saya ini tak bertuah. Hadiah paling best mesin basuh, peti ais, TV 40 inci, X-Box, Samsung Tablet dan iPad. Bukan rezeki saya.
Walaupun saya tak bertuah tetapi Electrical Dept. dah belasah 7 dari 30 hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan, 2 darinya adalah dari hadiah 7 grand prize yang ditawarkan iaitu satu peti ais dimenangi oleh Zai dan X-Box dimenangi oleh Adzril.
Walaupun belum tiga bulan menyertai mereka tetapi tidak terasa dek kemesraan yang ditunjukkan, menerima orang baru dengan tangan terbuka. Hari raya tahun ini meriah walaupun kami adakan di luar dengan segalanya diurus sempurna. Walaupun Syawal berakhir esok tetapi makan-makan kami akan berterusan lagi minggu hadapan pada hari Rabu di Makan Kitchen, Double Tree by Hilton Hotel, Kuala Lumpur telah ditempah untuk kami semua. Ini bukan raya tetapi token dari projek yang seang saya buat.

Nak update entri baru tapi tak menyempat. Nah belanja gambaq sekeping dua, esok kita up cerita raya tempat kerja.
Saya cuma gayakan baju kebaya tradisional 10 tahun lepas, fefeeling kurus gitu. Majlis bermula pada pukul 4.30pm kat roof top bumbung transparent belengas ketiak!
Kami semua dapat jemputan petang nanti, Jamuan Hari Raya Pejabat. Hi-tea di G-Tower 4-7 pm. Semua dah siap lawa-lawa berkebaya dan berbaju melayu nak beraya, kejap lagi 3.30pm jalan ramai-ramai di bawah terik mentari panas tetapi meriah pasti.
1074 nombor bertuah saya! Tak dapat TV 40 inci dapat iPad jadilahhhh...ahahahaaa...
Hari raya pertama banyak masa dihabiskan di rumah menerima kunjungan tetamu jauh dan dekat, alhamdulillah tahun ini anak cucu serta cicit Almarhum Tok Ayah Senapi Man dan Almarhumah Saripah Salleh masih berkumpul seperti dulu. Keluarga besar kami. Silaturrahim ini moga terus berpanjangan. Syukur padamu Allah. Mak macam biasa bila anak bungsu beraya di Kelantan dia sedikit lemau raya pun mak macam tak ceria.
Beraya di rumah Pak Tih Hussin adik mak sebelah menyebelah sahaja, paling terkesan bila tengok Angah lengkap berbaju melayu dan bersampin. Berubah juga akhirnya abang aku ni bisik hati, selama ini hari raya dia sama sahaja seperti hari biasa sejak ada isteri kenalah ikut rentak orang berkeluarga.
Rumah mak memang bersila jelah jangan hairan sebab kebanyakan rumah kampung di Perlis masih mengekalkan duduk di lantai. Rumah mak saya memang tak ada sofa bagai, lapang dan senang nak mengemas. Edisi mak menakan, pak menakan dan sepupu sepapat beraya di rumah mak. Gambar di atas my Pak Long dan isteri ke tiga dia.
Inilah raya cara keluarga besar kami pergi raya ramai-ramai 7-8 biji kereta, masak nasi sama-sama, pusing rumah kait kelapa muda, panjat pokok buah yang ada, petik ulam keliling rumah, ligan ayam-itik tuan rumah, buli kucing tuan rumah kemudian makan sakan-sakan atas pelenggaq tepi bendang. Lauk kampung yang boleh membuatkan semua orang kecoq ayaq lioq! Tahun ini mata kucing dah kena serbu pada hari raya pertama kami tengok putik mata kucing sahaja. Hidangan nasi putih, masak lemak kubis, som tam, ayam goreng, ikan goreng, ulam dan sambal belacan pada hari raya kedua.
Lepas kenyang makan kami serbu kolam pulak. Main jala-jala dalam kolam sekali dapat ikan besar! Aktiviti wajib setiap tahun di rumah adik mak Pak Njang Ismail di Hutan Lembah, Mata Air, Perlis.
Balik dari mata air ramai-ramai singgah di rumah Makcik Yati adik mak jugak. Makan mee kari kali ini terus ke dapur tak yah nak di layan bagaikan tetamu sangat buat macam rumah sendiri.
Raya adalah masa untuk mengeratkan silaturrahim, saban tahun itulah gaya kami berhari raya. Sedikit berbeza dari keluarga orang lain mungkin tetapi itulah 'Cara Keluarga Besar Kami Berhari Raya'. Ada orang sukar menerima tetapi apa saya kisah!
Tanpa ketupat, lemang dan rendang bukan lah cerita hari raya!
Sedikit lari dari kebiasaan hari raya. Hidangan nasi putih, masak lemak daging salai, sambal udang, ulam-ulaman serta sambal tempoyak.
Keluarga baru saya sejak 2 bulan 10 hari yang lepas. Ya sangat sangat bahagia!
Daddy dengan anak-anak perempuan!
Dia hanya meraikan kami memberi ruang dan peluang mengeratkan silaturrahim antara kami. Menambah kemesraan. Tidak pernah lokek untuk menghulurkan duit buat makan-makan untuk kami semua hanya bahagian kami sedangkan dia hanya menjamah kuih dan buah-buahan. Dari pejabat lama membawa saya bersama ke pejabat baru lalu apa lagi yang saya mahu? Tujuh tahun mengenali dia saya mendoakan moga dia akan menjadi Muslim yang baik. Wim De Vos doa yang terbaik buat dia.
Kisah ziarah saudara mara jauh dan dekat di hari raya, kali ini berhari raya di rumah sepupu my Almarhum Tok Ayah di Padang Katong, Perlis. Suaminya juga telah di jemput Ilahi tinggal bertemankan seorang cucu yang sudah bekerja, dulu semasa hayat Tok Ayah ini adalah antara rumah yang wajib dikunjungi setiap kali hari raya waima sekiranya ada urusan di Kangar pastinya dia akan singgah di sini.
Ini gambar keluarga besar mereka, saya tak kenal sangat almaklumlah arwah tok ayah pun dah 20 tahun lebih kembali kerahmatullah kiranya selalu datang sini zaman kecik-kecik dulu.
Ini my tok long kiranya mak menakan pupu la dengan mak, orang dulu-dulu sepupu atau dua pupu tu masih dikira keluarga rapat. Dah lama tak jumpa dia pun semakin uzur.
Pusing-pusing rumah tiba-tiba budak-budak terpandang telefon lama ini, masing-masing pelik sebab memang tak pernah tengok. Telefon ini masih berfungsi dengan baik. Jadinya depa ambik kesempatan try pusing-pusing telefon lama ini. Pusing lepas pusing lepas sampai habis no yang nak di dail....depa sukaaaa...
Dah boleh jadi kategori barangan antik kot. Arwah tok long dulu kerja Telekom jadi itulah telefon yang digunakan dari dulu sehingga sekarang.
Kenangan mengusik jiwa betul!
Sesekali balik ke kampung terutama bila hari raya masa inilah hendak berkenal saudara jauh dekat yang kadang-kadang walapun kerja sepejabat kita tak tahu yang sebenarnya satu keturunan, satu nenek moyang. Satu perkara yang saya sangat tabik pada orang dulu-dulu ikatan kekeluargaan itu sangat kuat antara mereka walaupun saudara jauh. Berbeza sangat dengan orang zaman sekarang yang kadang-kadang sepupu sendiri pun dah jadi macam orang asing.