Memaparkan catatan dengan label Kite-kite Aje. Papar semua catatan

Kite-Kite Aje


Rindu sangat saat-saat ini. Bila kita nak gather-gather lagi eh? Kalau gather-gather jangan lupa saya eh, kebelakangan ni no FB hanya blog je tempat melepas rindu dengan kawan-kawan so jangan lupa roger kita. Sejak dua menjak ni kan mesti dah bertambah ahli keluarga bertambah anak, bertammbah menantu, yang sorang dah jadi berdua yang berdua dah jadi bertiga tapi yang dah berbini tak mau nakal-nakal tambah bini ye.












Ukhwah yang terjalin moga kekal sehingga ke akhir hayat, rindu kamo, kamo dan kamoooo....muahhhhsss...
Tetiba gedik di hari Jumaat. Cowcin caw saya nak balik...horeyyyy Jumaat datang lagikkkk!!!! 



Pasembor Utara Kampung Baru-Hujan Nan Dingin

Pagi Khamis dapat call dari bogger tart tersohor Kak Azie. Depa nak pi pekena Pasembor Utara Kampung Baru yang femes tu. Kalau korang nak tahu Tok Det pun suka pasembor ni. Sejak berpindah ke tempat baru Aina belum berpeluang untuk singgah. Berpindah pun hanya seberang jalan je. Tempat lebih selesa, parking pun banyak. Makin ramai le orang yang datang. Dulu kedai ini tepi jalan so kalau pergi pandai-pandailah cari parking. Susah-susah orang terus carik kedai lain pasai parking tak ada.

Walaupun baru je dapat email pasal time keeping tu Aina buat bodoh jelah. Lagipun dah dapat warning dari tukang belanja 'Jangan manyak hotiaq'...hahahaaa... Disebabkan warning tu Aina derhaka le kat Manager semalam. Waktu rehat bermula 12-1pm tapi Aina tercegat kat situ pukul 12.35 tengahari. Balik jangan cerita bila hujan turun mencurah-curah membasahi bumi jam 1.48pm baru sampai pejabat.

Cerita kami dan ABC sama cantik sama kiut. ABC tu depa punya macam biasa Aina tak minum ais. Tetap dengan purplenya si kakak purple AzieAzah.
 
 Ini Kak Azie punya. Mee Rebus Special. Licin si empunya pinggan kerjakan.


Ini Aina punya. Pasembor Special. Apa yang special? Depa tambah sambal sotong dan paru. Bagi Aina sambal sotong tu menghilangkan keaslian rasa kuah pasembor, dah jadi macam makan sambal je rasanya. Portion memang sikit, dulu memang Aina tak terhabis makan kali ini kejap je licin. Korang pernah buat oder untuk bungkus pas tu minta pinggan tuang separuh untuk makan separuh bawak balik. Boleh? Itu cerita dulu! Korang jangan jelez dengan tedi beear yang menyibuk kat situ okeh. Walaupun Aina rider tapi dalam hati tetap ada taman ahakass..


 Merenung hujan. Bila la gamaknya nak berhenti. Aku dah lambat ni (macam la depa tu merempit cam aku dok risau pasai ujan ahhaahaa...).


Tengok hujan teringat lagu Hujan nyanyian arwah Sudirman Hj. Arshad. Meruntun kalbu dengar dalam hujan cam gini. Bangunan paling tinggi sebelah kiri tu my opis okeh. Dekat je.

Lirik : Hujan
Hujan yang turun bagaikan mutiara.
berkilau bersinar berkerdipan
subur menghijau dan bumi terbentang
dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi diwaktu hujan turun
menyirami ketandusan hati...
dan hujan turun turut mengiringi
engkau... pergi

Selembut hujan bercurahan begitulah cinta ini
semeesra bumi yang disirami begitulah hati ini
Hujan yang turun bersama air mata
bersama pergi bersama rindu
kau datang dan kau pergi jua
rindu...lagi

Selembut hujan bercurahan begitulah cinta ini
semeesra bumi yang disirami begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
bersama pergi bersama rindu
kau datang dan kau pergi jua
rindu...lagi... rindu...lagi


Buku dan Kenangan

Pemberian penulis sebagai cenderahati buat Pak Tuan berbelas tahun yang lepas. Masa tu Pak Tuan bertugas di bahagian latihan Narkotik Bukit Aman. Memenuhi jemputan ceramah di serta tempat. Berkenalan dengan penulis buku ini ketika sama-sama menjadi penceramah. Aina pernah cerita kat sini dulu.


Ditulis oleh Dato' Abdullah Al-Hadi. Masih tersimpan kemas di rak buku Pak Tuan di pejabat sehinggalah di pindahkan ke rumah apabila dia mula besara pada bulan Febuari yang lalu. Buku ini juga antara yang menjadi rujukan Pak Tuan untuk setiap syarahan dan ceramahnya. Ada kenangan antara mereka berdua, moga suatu hari Aina dapat mencari masa untuk membawa Pak Tuan ziarah Dato'.

Salam Jumaat buat semua.

Gathering Raya Glamer Blogger - Makan-makan, Sembang-sembang dan Gelak-gelak

Ahad nan lalu. Tanggal 23hb September 2012.

Keluarga besar Kite-kite Aje sesi pagi. Sumber Khairul Hakimin.


Selepas semua orang mengisahkan cerita masing-masing dengan cara tersendiri megikut sisi hati masing-masing hari ini Aina juga ingin meluahkan kegembiraan ini. Setiap pertemuan itu adalah buah tangan terindah untuk hari-hari seterusnya. Inilah keluarga baru kita yang semakin hari semakin bertambah bilangannya. Ukhwah yang terjalin moganya akan berpanjangan dan akan dipertahankan selagi hayat dikandung badan. Kalian adalah bunga-bunga yang mula mekar di taman hati.

 First off all gambar tuan tanah le... With Kak Ida my sweet lalink.

Kak Ain, En. Somi dan anak bungsu setakat ini (ada plan tambah lagi ke...larikkk...eekekkee..). Tapikan saya rasa Kak Ain macam kurus sikit sekarang ni ke cermin mata saya yang menipu entahlah.
Orang kuat geng 'Kite-kite Aje'. En. Somi Kak Cik yang sentiasa sporting layan kerenah kita orang semua. Sebelah tu Acu awek Vietnam sosat.

 Pertama kali jumpa Cik Mawar kita sebab asik makan-makan, borak-borak dan gelak-gelak tak sempat nak beramah mesra dengan empunya diri. Salam perkenalan.

 Apalah yang dibualkan oleh ketiga kakak ini. Rabung sungguh sampaikan Kak Azie sedikit terlopong. Mak Chaq pertama kali jumpa tapi best, ramah sampai non-stop dia bersembang.

Hiasshhh...lama pulak le kita dok tunggu dia potong-potong. Kak Azie tak baik tau buat main-main macam tu, semua orang dah tak sabar tak caya cer tengok muka Kak Cik. Tuan punya kek pun dah dok senyum-senyum kat belakang tu. Ada ka patut depa dok tanya kenapa kek tu togel jer. Tak yah tanya yang penting kek tu sodap. Confirm!

Hanya inilah gambar yang ada. Tuan rumah pun tak kelihatan kejam betulkan...hahahaaa... Maaf Dato' dan Datin  derhaka pada tuan rumah pulak tapi Dato' dan Datin memang bestlah walaupun hanya beberapa kali berjumpa mesranya bak saudara sendiri. Gambar Pak Ngah Komensen (Al-Lavendari) pun tak dak...sob...sob...(dalam hati ada taman nak bergandingan bergambar tapi segan coz Mak Ngahnya lagi sweet dari saya). Aana Suryana janji nak gossipping tapi bila dah ramai-ramai terus lupa pas tu gambar eksklusif kita berdua pun tak ada.

Ramai lagi blogger yang datang, senarai penuh boleh jengah di blog Kak Cik. Insyaallah. Panjang umur. Di izinkan ALLAH kita jumpa lagi. Keluarga besar 'Kite-lite Aje'. Walaupun kita hanya blogger kecil dengan ikatan ukhwah yang ada kita mampu menjadi satu keluarga yang besar.