Semalam dah post Instant Shawl Plain hari
ini kita tengok pula koleksi Tudung Instant Denim Printed. Datang dalam dua
corak dan warnanya lebih kurang sama sahaja. Jom jamu mata kalau berkenan
bolehlah beli.
Instant Shawl Denim Printed – Rm25
Selagi stok masih ada.
Senang dibentuk, selesa dipakai dan tak
panas.
Boleh Follow FB : Junaina Abdullah
IG : junainaabdullah
Model rasmi saya menggayakan Tudung Instant Denim Printed.
B03 adalah warna tourquios dan B04 adalah warna biru.
Boleh jamu mata boleh oder kalau berminat. Sekarang ni mana-mana pun heboh tudung instant ni senang nak pakai sarung pusing je letak pin sikit dah siap. Jimat masa terutama bagi ibu-ibu bekerjaya yang sentiasa sangat sibuk di waktu pagi.
Kawan-kawan nak promote instant shawl
kejap…
Instant Plain Cotton Lycra – Rm25
Selagi stok masih ada.
Senang dibentuk dan tak panas.
Boleh Follow FB : Junaina Abdullah
IG : junainaabdullah
Warna biru ini masih ada sehelai yang tinggal.
Boleh oder mengikut kod yang diberi.
Sekarang tengah hot-hot tudung Neelofakan,
bagi yang berkemampuan bolehlah beli tudung Neelofa yang mengancam tu. Bagi
yang teringin nak pakai design yang sama dan tak mampu beli yang original brand
Neelofa tu boleh try tudung ni. Kain lebih kurang sama je kualitinya, alah
membeli menang memakai. Kalau Neelofa kita beli dapat sehelai tapi dengan harga
yang sama boleh dapat 2 helai untuk tudung ini.
Saya suka pakai shawl sebab bagi saya pakai shawl lebih trendy, kita boleh lebih kreatif. Lilitan-lilitan bila memakai shawl boleh ikut kesesuaian, keselesaan dan paling penting kita boleh kenakan eksesori yang boleh menyerlah pemakaian shawl itu sendiri. Saya mempunyai koleksi shawl yang pelbagai seperti gambar di atas antaranya dua diantaranya adalah shawl jenis pashmina dan yang berwarna krim halfmoon yang saya pusingkan bunga-bunga labucinya ke bahagian leher yang kebiasaannya dipakai di bahagian atas kepala. Anda juga boleh memiliki dan bergaya ranggi denga koleksi shawl.
Adakah anda salah seorang hijabista yang gemar bergaya ala Muslimah? Kini anda mempunyai lebih banyak stail yang boleh digayakan dengan perkembangan fesyen Muslimah di pentas peragaan tempatan.
Kemunculan nama-nama terkenal seperti Siti Nurhaliza, Mizz Nina dan beberapa selebriti lain dengan mengenakan tudung memberikan impak yang cukup besar buat pasaran pakaian Muslimah. Malah gaya mereka menjadi trend dan ikutan oleh peminat fesyen.
Terdapat banyak jenis hijab di luar sana namun antara yang paling popular sudah tentu
shawl. Aksesori kepala atau headscarves ini sangat sinonim bagi wanita Muslim kerana mereka sering memakainya untuk menutup aurat pada bahagian kepala dan leher sebagai antara basic item ketika keluar dari rumah atas tuntutan agama.
Muslimah moden semakin pandai bergaya dan aktif mengikuti arus trend fesyen yang terkini. Ini dapat dilihat daripada semakin banyak penglibatan nama-nama besar dalam industri fesyen yang semakin aktif menghasilkan koleksi shawl dengan rekaan terbaru. Ini memberikan kesan yang cukup positif kerana memberikan lebih banyak pilihan dalam pasaran shawl wanita Muslimah Malaysia.
Dengan adanya pelbagai jenis rekaan terbaru yang lebih segar dan moden bersama dengan warna-warna yang cukup menggoda, lebih mudah buat anda untuk menggayakan women shawls setiap hari!
Cara mudah untuk menggayakan shawl anda adalah dengan memberikan sentuhan kreatif anda tersendiri terhadapnya. Jika dipadankan dengan persalinan yang sesuai ianya pasti memberikan anda penampilan yang lebih kemas dan menarik. Shawl sangat versatile dan boleh dipakai bersama Muslimah tops atau dress Muslimah wanita yang lain seperti baju peplum kurung, blouse Muslimah atau jubah moden.
Serikan penampilan anda dengan turut mengenakan sepasang kasut tumit tinggi berserta clutch atau tote bag yang sesuai. Pastinya anda akan kelihatan lebih elegant dan stylish!
Jika anda mencari koleksi shawl terbaru dengan harga yang berpatutan dapatkan secara online sewaktu
Sales Malaysia. Terdapat banyak blogshop atau website
online shopping Malaysia yang aktif menawarkan pelbagai promosi hampir setiap hari. Malah ada yang menempatkan jenama terkenal daripada pereka fesyen terkemuka di Malaysia. Apa tunggu lagi? Dapatkan shawl online anda sekarang!