4 Julai meraikan ulangtahun kelahiran anak sulung Iqbal Hadi yang ke 15. Syukur alhamdulillah dia membesar dengan baik walaupun tahap kesihatannya sering terganggu sejak dari kecil. Nikmat melihat dia membesar didepan mata setelah satu ketika terpaksa meminta emak menjaga semasa dia kecil. Allah s.w.t beri ujian namun Dia juga beri kemanisan. Iqbal Hadi menjadi anak yang bertanggungjawab pada adik-adik, faham situasi mama dan paling penting dia menjaga solat 5 waktunya tanpa perlu mama mengingatkannya.
Sambutan kali ini di bulan puasa tiada kek tiada hadiah cuma kami keluar beramai-ramai berbuka puasa di luar. Itu pun sedah cukup membuatkan dia gembira walapun pada awalnya ada hajat yang tak mampu saya tunaikan demi kebaikan bersama. Suatu hari saya akan tunaikan janjinya, bila sampai masanya yang sesuai.
Happy birthday sayang.
Berbuka puasa di Restoran D'Muar belakang Tesco Kajang beramai-ramai, satay wajib ada.
7 Julai pula ulangtahun kelahiran emak tersayang Hazizah Senapi yang ke 64. Syukur padamu Allah kerana mengurniakan kesihatan yang baik kepada emak. Allah beri kesenangan dipenghujung usianya, berjalan ke sana sini aktif dalam masyarakat. Allah beri anak-anak yang bertanggungjawab dan kasih pada emak serta tidak lokek berbelanja untuk emak. Setelah kesusahan yang dilalui itulah kemanisan yang Allah beri pada emak. Di uji pada awalnya dan hikmah terbaik datang juga.
Meraikan sambutan ulangtahun kelahiran emak tahun ini sekali lagi di Shala Pizza seperti
tahun lepas, Arau, Perlis bersama 3 anak lelaki mak dan seorang anak perempuan iaitu kakak sulung, menantu dan dua cucu. Terima kasih Allah semoga Allah s.w.t pinjamkan mak lama lagi dengan kami semua, panjangkan umur mak dengan penuh bermanafaat. Kami masih ingin berbakti kepadanya.
Nak sambut raya serba baru termasuk telefon bimbit iPhone baru dengan harga yang murah, saya teringin sangat dengan yang warna emas tu jom kita sama-sama dapatkannya.
Saya suka kedua-dua gambar ini sarat dengan warna-warna meriah serta sangat masuk dengan warna-warna logo syarikat.
Perjalanan ini moga akan dipenuhi bunga-bunga bahagia, 40 tahun mengatur penghidupan yang mencabar doa agar hanya yang manis ditika melalui sisa-sisa hidup yang masih ada. Pertambahan usia bererti akan bertambahlah perubahan-perubahan possitif di dalam diri, moga takwa itu sentiasa bersama.

Abang haji dah balik dari Mekah pada 4hb November setelah berjauhan selama 43 hari dari keluarga. Alhamdulillah selain sihat walafiat cuma batuk dan selsema sikit sahaja juga sihat sepanjang menjalankan menjalankan ibadah haji kecuali kadang-kadang lutut sakit terkena serangan gout almaklumlah makanan yang disediakan bukanlah mengikut menu orang sakit. Bila makanan yang tak boleh di makan oleh pesakit gout dimakan juga maka bertongkatlah di sana.
Balik kebetulan baru sahaja selepas birthday Kakak Hayani yang memang tiada sambutan pun jadi abah minta masakkan kueateow sup dan belika kek. Menjadi pilihan anak kesayangan abah adalah Kek Choclate Fudge dari Secret Recipe yang membuatkan kak senyum tak sudah dan puaslah satu keluarga makan kek.
Suka sangat! Untung jadi anak perempuan tunggal dalam keluarga menjadi kesayangan. Puas hati bila abah balik dari Mekah boleh raikan satu keluarga.
Bergambar sekeluarga.
Makan malam raikan ulangtahun kelahiran Kakak Hayani yang ke 13 tahun juga meraikan kepulangan abah setelah bermusafir lebih 40 hari. Mood rindu-rinduan masih tebal. Memenuhi permintaan Pak Tuan yang inginkan kuateow sup sebagai hidangan.
Tiada acara tertentu untuk sambutan ulangtahun kelahiran anak-anak sejak mereka sudah besar cuma mungkin bawa mereka jalan-jalan dan penuhi permintaan mereka sahaja. Tahun ini Kakak Hayani memasuki usia 13 tahun, mula-mula dia minta masak dan jemput kawan-kawan ke rumah yang kemudiannya dia sendiri yang batalkan.
Memenuhi permintaan 'birthday girl' selepas memenuhi jemputan majlis perkahwinan di Meru kami terus ke Mines Wonderland dengan ayu berbaju kurung. Sudah lama saya tidak ke sini dan pertama kali Kakak Hayani datang ke sini. Sekadar berjalan-jalan tengok sekeliling, tengok ikan-ikan yang berenang di antara bangunan itu pun sudah cukup menggembirakan kami. Menghabiskan masa secara berkualiti bersama anak-anak.
Birthday girl yang cukup puas hati dapat jalan-jalan di Mines Wonderland, dapat makan Big Apple Donut dan Strawberry Blended.
Penyejuk hati mama.
Lepakking sambil makan donut.
Suka melihat dia tersenyum.
Pemanis hati pengubat jiwa tanpa kalian akan picanglah jiwa mama.
My hero!
Tiada apa yang palig menggembirakan bila anak-anak ada di sisi, menghabiskan masa masa bersama mereka walaupun sekadar berjalan-jalan dan hanya makan donut. Melihat mereka tersenyum sudah cukup membuat hati terasa dipayungi seribu bahagia lantas apa lagi yang perlu dicari di dalam hidup ini.
01.11.2001 jam 12.01 minit tengahari dia dilahirkan. Membesar sebagai puteri tunggal dalam keluarga, menjadi anak kemanjaan serta kesayangan abah. Anak moga dirimu akan terus menjadi puteri di hati mama dan abah selamanya.
Ya-Allah kurniakanlah seribu kebaikan buat wanita yang melahirkan aku di hari ulangtahun kelahirannya yang ke-63. Kau berikanlah kesihatan yang baik kepadanya untuk meneruskan kehidupan ini, permudahkan setiap urusannya dunia dan akhirat. Berilah kesempatan kepadaku untuk memenuhi impiannya satu persatu. Sesungguhnya hanya Engkau jugaklah yang maha mengetahui.
7hb Julai setiap tahun kami anak-anak tak pernah lupa pada tarikh ini, yang dekat cara dekat yang jauh mesti ada ucap selamat. Tahun ini saya agak ketinggalan kerana terlupa sehingga diingatkan oleh Shahizat adik yang tinggal bersama mak. Katanya mak nampak tak ceria. Allah...macam mana saya boleh lupa. Urusan dunia membuatkan saya alpa sehingga membuatkan mak menyimpan rasa.
Petangnya saya telefon lagi tetapi tidak berangkat telefon bimbit mak. Allah. Allah. Di dalam hati tertanya-tanya berkecil hatikah emak. Akhirnya setelah berkali-kali telefon mak angkat juga katanya tak dengar bunyi telefon. Saya terus ucap selamat ualngtahun kelahiran buat mak, suara dia ceria walaupun tahun ini agak lambat. Padahal setiap kali bersahur saya akan bercakap dengan mak sama ada saya yang menelefon atau mak yang menelefon tak pernah terlepas.
Semalam juga Shahizat merancang sambutan hari kelahiran mak dengan membawa mak berbuka puasa di luar. Dua orang adik, Shahizat dan Syafiq bersama kak sulung Sharum dan anak-anak Hakim dan Aiman sama-sama menggembirakan hati mak. Angah Affendi tidak dapat bersama kerana berada di rumah mertua. Saya dan seorang lagi adik perempuan Hasniza jauh di Kajang tetapi kami tetap gembira bila nampak gambar mak yang tersenyum begitu. Shala Pizza menjadi pilihan Shahizat dengan persetujuan mak. Pizza yang berkulit lembut dan divariasikan dengan citarasa orang Melayu.
Alhamdulillah. Syukur padamu Ya-Allah. Ya-Rabb. Mak berjaya mendidik anak menjadi manusia walaupun dalam kesukaran dan kesusahan. Mendidik kami adik beradik punya kasih, punya sayang yang mendalam terhadap mak dan antara satu sama lain. Saya gembira. Semoga ikatan kami adik beradik akan terus kukuh tanpa ada tembok yang memisahkan walaupun masing-masing telah berkeluarga.
Hari ini genap 14 tahun umur dia. Insyaallah moga dia membesar menjadi anak yang soleh dan bertanggungjawab terhadap mama dan adik-adik. 14 tahun suka dan duka membesarkan dia saya sentiasa cuba memberi yang terbaik buatnya. Allah s.w.t semoga sentiasa melindungi dia dunia dan akhirat.
Tiada apa yang istimewa buat dia hari ini kerana kekangan masa tetapi hadiah telah didahulukan pada Ahad lepas, bukan memanjakan anak-anak dengan mengikut sahaja kemahuan mereka tetapi sekurang-kurangnya mereka tahu sayang saya sehingga kalau dapat ingin memenuhi semua permintaan anak-anak selagi termampu.
Melakar mimpi seindah pelangi, megharap kenyataan sehangat mentari. Takdir mendatang hanya milikNya.
6hb Febuari lalu selepas puas merajuk-rajuk akhirnya saya dapat jam tangan seperti dalam gambar tu bukan yang berwarna emas tu ye sebab yang tu saya dpat semasa kami dinikahkan 13 tahun dulu, juga sila abaikan tangan yang sudah mula berkedut.
'Dia' tanya nak apa untuk hadiah harijadi dalam merajuk saya cakap nanti fikir dulu. Katanya 'kita pergi Jakel nak tak, kalau tak pun pergi Ariani'. Lepas lama memikir saya minta jam sebab jam yang lama sudah rosak. Lagi pun jam sentiasa saya pakai jadi bila tengok jam saya akan sentiasa ingatkan 'dia'.
Jam pilihan 'dia' buat saya. Tak mahal tapi itulah tanda kasih dia pada saya. 2 bentuk cincin, rantai tangan, rantai kaki, rantai leher semua saya pernah dapat untuk hari lahir saya lalu apa lagi yang perlu saya minta sedangkan semuanya sudah cukup sempurna.
Sehingga pukul 1.30pm 'dia' masih tak wish untuk saya. 'Dia' call bagitahu tak dapat nak ambik pergi makan tengahari sebab ada kerja lain pun dia masih tak ingat juga. Saya diam. Dah petang sikit baru saya sms dia bagitahu bertalu-talu sms saya dapat wish birthday begitu juga di dinding muka buku. Saya bagitahu bukan nak hadiah beribu-ribu yang saya minta cukuplah ingatan itu pun dah buat saya happy. Saya merajuk! Saya minta dipujuk tapi dia mana nak reti pujuk-pujuk.
Pagi ini dia buat muka kesian sebab saya tak layan....ahahhaa... Sarapan pagi seorang kawan join kami jadi hendak atau tidak terpaksa bercakap juga dengan 'dia'. Saya kalah lagi. Kata 'dia' kakak tu penyelamat keadaan dari muncung macam mulut ikan puyu saya boleh borak-borak dan gelak-gelak. Takkan nak muncung-muncung juga depan orang kan. Harga diri suami nak juga kena jaga.
Tengahari nanti 'dia' minta saya pilih sendiri hadiah dengan budget yang telah diberi tapi saya jual mahallah sikit. Tak apalah saya tak nak apa-apa. Pujuk punya pujuk saya pun setuju sahajalah tapi saya kata nantilah saya fikir dulu nak beli apa.
Sekeras-keras kerak nasi akhirnya lembut juga. Lama mana pun nak gaduh, setakat gaduh-gaduh manja minta perhatian lebih dari suami je pun. Pesanan buat suami-suami yang lain sila perihatin kepada tarikh-tarik penting disekeliling anda terutama yang berkait rapat dengan isteri. Suami saya memang gitulah, ate orang tua mana dia nak ambik pusing semua tu!
Setahun sahaja lagi bakal masuk 4 Series. Alhamdulillah atas rahmat Allah s.w.t yang maha luas ini. Syukur atas rezeki dan segala kemudahan yang telah diberi oleh Allah s.w.t selama ini. Segala puji-pujian buat Mu pentadbir semesta alam.
Tiada yang istimewa. Sampai sekarang saya masih menunggu ucapan selamat ulangtahun kelahiran dari 'dia'. Bersedih? Kecil hati? Tidak sama sekali sebab saya tahu 'dia' senaja hendak uji hati saya. Jadinya saya hanya buat tak tahu, mungkin 'dia' minta saya merajuk supaya dapat 'dia' pujuk.
Doa dan harapan agar dengan bertambahnya umur moga akan bertambahlah juga ketakwaan dihati saya. Hari-hari mendatang moga penuh bunga-bunga bahagia. Sejahtera hendaknya dunia dan akhirat.
Senyum itu ubat jiwa.
Saya di Perlis seawal subuh sudah hantar sms ucapan selamat hari jadi buat 'dia' yang jauh di mata tetapi sentiasa melekat di hati. Di usia sebegitu tak banyak yang saya harapkan hanya doa dan harapan agar 'dia' sentiasa sihat dan di panjangkan umur. Saya berharap kami masih dapat berpimpinan tangan di usia emas saya kelak.
Sebelum balik bercuti terlebih dahulu 'dia' telah mendapat hadiah harijadi. Sebuah telefon bimbit Samsung dan sepasang kasut Bonia. Bukan harga menjadi ukuran tetapi apabila dia tersenyum kegembiraan itulah kepuasan hati saya. Saya sayang 'dia'. Duit tak mampu membeli perasaan itu.
Buat suami kesayangan saya selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-60. Moga hari-hari seterusnya datang bersama seribu keberkatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Saya jatuh hati pada dia kerana 'kesegakkan' dia dalam uniform ini tetapi walaupun telah keluar barisan dan tidak menggunakan unifom ini lagi hati saya tetap pada dia.
2hb Jan 2004 dia dilahirkan seawal selepas subuh. Kata orang tua sifat sejuk awal pagi akan mempengaruhi sikapnya. Sehingga sekarang yang pastinya dia sangat manja dan cepat merajuk almaklulah anak bongsu. 2014 pada tarikh yang sama mama bercuti jadi gigih memberi yang terbaik buat dia walaupun dia tidak meminta.
Hari pertama persekolahan yang sangat sibuk. Sibuk uruskan sekolah dan sibuk masak makan tengahari, sibuk juga tunggu anak-anak balik sekolah dan sibuk layan makan mereka berdua. Kakak masih bersekolah di kampung. Petang keluar ambil kek yang ditempah dan terus ke Ramal Junction ke Gerai Willy Satay. Masih awal jadinya orang tak ramai nombor tertera 028 manakala saya mendapat nombor 030. Kalau lewat sedikit alamat malam baru dapat apa yang dipesan.
Gigih tiup lilin. Sebagai mak sebolehnya saya ingin gembirakan hati anak. Saya tahu dia gembira dengan apa yang telah saya buat untuk dia.
Inilah keknya. Saya tempah black forest kek dengan topping fresh cream dan hiasan Ben10. Bila ambik kek tiba-tiba tengok dia tulis nama saya (saya tinggalkan nama dan no nombor telefon minta kedai call kalau dah siap). Haishhhh... Jadi letaklah nama Hikram kat sebelah sebab tak nak rosakkan kek.
Hidangan mudah dari mama buat Hikram. Satay dari Willy Satay, Nasi Goreng, Kek dan Air Sirap. Paling penting ingatan, kasih sayang dan doa buat dia.
Dak kecik Alya mana boleh kurang, setiap kali potong kek tak kira birthday siapa pun part potong kek untuk dia tetap kena ada.
Makan dengan bersungguh-sungguh. Hikram habiskan 2 potong kek dan request next birthday nak kek coklat pulak, jauhhh lagi tu dik.
Sambutan hanya dalam keluarga. Doa moga Syed Mohamad Hikram akan menjadi anak yang soleh. Akan sentiasa menyanyangi mama, abah, kakak, abang, umi, ayah dan adik Alya sentiasa. Masih belum membelikan apa-apa hadiah buat dia sebab sebelum birthday dia dah belikan
tab untuk dia.
