Mitos cerita zaman kanak-kanak. Bila guruh berdetum-detum tanda Allah s.w.t sedang marahkan iblis dan syaitan di muka bumi ini, bila sesuatu tempat terkena panahan petir bermakna Allah s.w.t sedang menghukum dengan memanah iblis dan syaitan. Panahan dari langit yang sangat menakutkan bukan sahaja di zaman kanak-kanak tetapi kekal sehingga kini.
Semalam dalam kesibukan hendak keluar guruh berdetum-detum dan kilat sabung menyabung. Hikram yang mulanya tidak mahu mengikut mama dan abah langsung tutup game, kakak cabut semua plug di dalam bilik tempat adik bermain game juga semua peralatan elektrik lain di rumah (lightning protection bangunan rumah saya sudah tidak berfungsi akibat vandalisma).
Saya duduk di sofa, Hikram menung di riba ketakutan, kakak disebelah termenung, abang sedang berjalan masuk ke dalam bilik dan abah merenung hujan dil uar. Tiba-tiba halilintar membelah bumi diikuti guruh berdetum sangat kuat. Abang berlari keluar dengan wajah pucat. Katanya dia terasa renjatan. Saya terkejut. Dia ke tingkap dapur. Rupanya pokok kelapa berdekatan tingkap dapur dipanah petir. Subhanallah. Maha Suci Allah. Kalaulah Hikram masih leka dengan game di dalam bilik saya tak tahulah apa akan terjadi.
Pokok kelapa itu sedang menyala terbakar di dalam hujan lebat. Saya teringat kisah zaman kecil dan juga kisah yang diceritakan beberapa orang jiran yang katanya selalu ternampak 'benda' bergayut di pokok kelapa itu. Wallah hu'aglam sebab selama 13 tahun duduk di situ saya tidak pernah melihat apa-apa melainkan hanya sebatang pokok kelapa. Gambar pokok kelapa ini diambil dari tingkap dapur rumah saya yang terletak ditingkat dua.
4.20am penggera pertama berbunyi, 4.35am penggera kedua pula berbunyi cepat-cepat bangun. Siapkan rutin harian. Sebelum subuh mandi, menyambil juga memasak dan mengemas mana yang patut. Termengah-mengah, berpeluh tapi badan mentain jugak gitu.
7.10am ambik kunci kereta bergegas keluar ada jiran di depan koridor. Menegur dalam mengejar masa. Jiran atas sepasang suami-isteri berbangsa Cina bawak tuala dari bawah.
'Joging ke Ping-Ping'
'Apa joging. Air tatak la. Pigi mandi kilang (tempat suami dia bekerja kat Kajang Utama jugak).
'You tak tau air tak ada, tatak masak ke ini pagi'
Aku sengih, malas dah nak layan karang lambat pulak anak-anak ke sekolah.
Haipppp...tepuk-tepuk dahi. Patutlah selepas pukul 6am tangki air senyap sahaja, kebiasaannya berbunyi je isi semula air tangki. Singki dapur saya rosak (direct pipe) jadi saya tak perasan ada air atau tidak. Letih...letih... Jumaat, Sabtu dan Ahad banyak baju nak didobikan. Banyak aktiviti perlukan air.
Masalahnya datang secara tiba-tiba. Tiada notis dari Syabas yang sampai. Tetap bersyukur sebab saya baru pagi ini tak ada air tapi orang lain dah sebulan menderita. Lepas ini saya kena gigih angkut air naik tingkat 2 itupun kalau ada lori tangki hantar air ke sini.
Petang semalam sempat ke Jalan TAR, Pak Tuan jemput dalam misi memujuk isteri yang patah hati. Sanggup datang ke pejabat dari Kajang, edisi menebus kesilapan dan kelalaian sendiri. Buat-buat jual mahal. Panjat juga motor pergi makan.
Makan-makan kat Nasi Kandar Sathik (betul ke ejaan nih?). Satu pinggan nasi kandar berlaukkan daging dan telur dadar dibahagi dua ke dalam pinggan kosong, segelas barli panas juga syer. Selepas tu jalan-jalan kat Jalan TAR. Beli maruku untuk Deepavali. Nak raya rumah mesti ada hidangan utama. Laddu nampak best tapi jalan dengan Pak Tuan jangan harap dapat beli.
Sejak 2-3 hari lepas Kajang Utama sudah mula sibuk dengan kehadiran kaum India yang agak ramai luar biasanya. Mungkin mereka antara penghuni yang 'balik kampung'. Pulang merayakan Diwali bersama keluarga tersayang.
Jiran-jiran sejak pagi semalam sibuk membuat 'kolam' di pintu rumah masing-masing. Tradisi menyambut perayaan cahaya. Rumah pun siap dicat, dikemas dan digantung pelbagai hiasan serta lampu lil-lap. Meriah. Itulah kelebihan kita yang berbilang bangsa.
Satu yang tak bestnya bila bab mercun. Rayalah apa jua pun sangat-sangat meriah dengan bunyi mercun sana-sini. Hari Raya Cina rasanya tak pula kedengaran lantunan bom kecil ini. Kadang-kadang bila difikirkan umpa duduk di medan perang. Jiran paling atas India di balingnya mercun ke bawah dan elok sampai kat tepi tingkap rumah Aina di tingkat dua terus meletup. Nasib baik tak ada sakit jantung, kalau tak kena panggil ambulan. Paling kesian jiran bawah rumah Aina, dua-dua dah uzur. Mesti asik-asik terkejut.
Sejak malam tadi tidak henti-henti lantunan mercun. Percikan bunga api pelbagai warna juga. Dendangan lagu-lagu Tamil segenap ruang. Redza. Hidup berjiran. Pagi ini ibu-ibu sibuk menatang dulang ke kuil dengan sari yang cantik. Manis sanggul dililit bunga melur. Bertanda di dahi mengikut tradis agama.
Selamat Menyambut Deepavali.
MRT-Bahagian 1
Beberapa bulan dahulu Pengurusan Bangunan Phasa 1B, Flat Kos Rendah Taman Kajang Utama telah diserahkan kepada penduduk. Alasan MRCB peratusan penduduk yang telah mendapat starata sudah lebih 20%. Kami menerima kerana itu telah termaktub dalam undang-undang walaupun sebenarnya MRCB masih boleh menguruskannya.
Kemudian kejiranan Kajang Utama sibuk pula dengan projek melebarkan pembentungan sedia ada. Pada fikiran kami mungkin kejiranan Kajang Utama semakin berkembangan, memerlukan sistem pembentungan yang lebih efisyen. Bermulalah kesibukan yang teramat diwaktu puncak bila hanya satu laluan sahaja boleh digunakan terutama sewaktu pagi dan petang juga ketika tamat sesi persekolahan 2 sekolah berdekatan. Kecuaian pihak kontarktor juga telah mengakibatkan 3 kali penduduk terputus bekalan air tetapi mujurlah pihak kontarktor segera membaikinya.
Minggu lepas penduduk di kejutkan dengan kerja-kerja mengukur kawasan Flat Kos Rendah dan jugak town house bersebelahan. Bila ditanya rupa-rupanya mereka membuat kerja ukur tanah untuk pembinaan MRT. Berita terawal tanpa ada bukti mengatakan tapak asalnya adalah kawasan apartment bersebelahan yang hanya beberapa tahun diduduki terpaksa dilencongkan ke kawasan kami iaitu penempatan kos rendah oleh kerana sebab-sebab tertentu.
Bila flashback aku mula faham kenapa MRCB melepaskan pengurusan bangunan kepada penduduk. MRCB cuba untuk mengelak taggungjawabnya di situ. Pembentungan pula mestilah disiapkan terlebih dahulu sebelum projek besar berjalan.
Adakah kami rakyat MARHAEN harus menjadi mangsa sebuah pembangunan. Meroboh penempatan rakyat berpendapatan rendah demi memberi laluan kepada projek berprofil tinggi demi kepentingan penduduk Kajang 2 dan sebuah sekolah antarabangsa yang bakal dibina disitu. Masih menunggu berita saheh kerana MRT dijangka siap sepenuhnya pada 2017. Bukan lama kerana kerja-kerja pembinaan tetap akan mengambil masa (terasa menyesal tidak mengambil tahu laporan laluan MRT yang di buka kepada umum sebelum ini ).
Kami bakal menjadi korban pambangunan. Akan bersambung di entri seterusnya.
Flat Phase 1B Taman Kajang Utama terdiri daripada dua blok A dan B.
Jumlah rumah 200 dengan setiap blok ada 100 pintu. Flat 5 tingkat setiap tingkat ada 20 rumah.
Dari 200 rumah 69 rumah telah memiliki strata title ataupun dah ambik geran.
Dari 69 pulak hanya 15 orang yang akaun penyelenggaraannya bersih dengan MRCB sebagai pemaju.
Jadi hanya 15 orang di harapkan untuk mengundi dan menjadi AJK yang lain sebagai pemerhati.
Kami mesyuarat kat sini, Ahad nanti datang lagi breakfast free.
Perjumpaan 2 minggu lepas hanya di bawah khemah berdekatan flat menerangkan undang-undang dan tata cara serta jugak penerangan daripada pihak MRCB dan jugak wakil Majlis Perbandaran Kajang. 200 buah rumah yang ada cuma 28 orang yang hadir. Kesian. Surat sudah berminggu-minggu diedarkan.
Hari Ahad (17 Jun 2012) ada perjumpaan di Bangi Golf Resort untuk Mesyuarat Agung Kali Pertama. Kami hadir sebagai pemerhati kerana belum ambik geran dan ada baki penyelenggaraan yang masih tertunggak. Dok diam-diam.
Penyudahnya kami semua balik hampa. Mesyuarat ditangguhkan kerana penduduk layak mengundi yang hadir hanya 6 orang sedangkan memerlukan minimum 8 orang. Satu yang sangat di kesalkan tanggungjawab penduduk sendiri seolah-olah lepas tangan dalam urusan masyarakat. Walaupun tidak mengundi apa salahnya mengambil tahu perkembangan perjalanan tempat tinggal kita. Bil penyelenggaraan tetap perlu di bayar walaupun MRCB telah mengambil jalan mudah buat mereka dengan melepaskan kepada Perbadanan Pengurusan Bangunan kepada penduduk.
Ikut hati yang geram. Biar serah kepada Majlis Perbandaran lepas tu bagi sahaja 3rd party company yang uruskan. Sekarang bayar Rm30 lepas ni bayar le Rm60 atau lebih. Masalahnya yang Rm30 pun bertangguh-tangguh tertunggak bagai macam mana nak bayar Rm60.
Hari ini sibuk telefon pemilik rumah yang layak mengundi minta jasa baik datang mesyuarat untuk kebaikan bersama. Bil penyelenggaraan bukan dituntut terhadap penyewa tetapi pemilik.
Wakil MRCB dok atas pentas. Pengerusi Majlis merah muka bila Jun mintak senarai nama dan no telefon orang yang layak mengundi. Ada ke patut suruh pi opis depa ingat aku tak kerja apa.
Penduduk yang hadir. Tak sampai separuh pun daripada 5 barisan kerusi tersedia, kosong lebih banyak.
Sarapan pagi tersebut. Nasi goreng, mee goreng, kuih-muih, puding roti, pudding sago, teh, kopi dan fresh orange dan makanannya lebih separuh tak dijamah.
Kami hanya penduduk flat, hanya golongan biasa-biasa. Pemandu teksi, peniaga kecil-kecilan, pekerja kilang dan kerja yang biasa-biasa tanpa penduduk yang bersatus golongan profesional. Minda sedikit tertutup boleh le korang nak gula-gulakan! Tapi Jun tak bagi peluang punya jangan nak pijak-pijak kepala kita orang ek.