Memaparkan catatan dengan label jiran. Papar semua catatan

Deepavali - Perayaan Cahaya Nan Meriah

Petang semalam sempat ke Jalan TAR, Pak Tuan jemput dalam misi memujuk isteri yang patah hati. Sanggup datang ke pejabat dari Kajang, edisi menebus kesilapan dan kelalaian sendiri. Buat-buat jual mahal. Panjat juga motor pergi makan.

Makan-makan kat Nasi Kandar Sathik (betul ke ejaan nih?). Satu pinggan nasi kandar berlaukkan daging dan telur dadar dibahagi dua ke dalam pinggan kosong, segelas barli panas juga syer. Selepas tu jalan-jalan kat Jalan TAR. Beli maruku untuk Deepavali. Nak raya rumah mesti ada hidangan utama. Laddu nampak best tapi jalan dengan Pak Tuan jangan harap dapat beli.

Sejak 2-3 hari lepas Kajang Utama sudah mula sibuk dengan kehadiran kaum India yang agak ramai luar biasanya. Mungkin mereka antara penghuni yang 'balik kampung'. Pulang merayakan Diwali bersama keluarga tersayang.

Jiran-jiran sejak pagi semalam sibuk membuat 'kolam' di pintu rumah masing-masing. Tradisi menyambut perayaan cahaya. Rumah pun siap dicat, dikemas dan digantung pelbagai hiasan serta lampu lil-lap. Meriah. Itulah kelebihan kita yang berbilang bangsa.

Satu yang tak bestnya bila bab mercun. Rayalah apa jua pun sangat-sangat meriah dengan bunyi mercun sana-sini. Hari Raya Cina rasanya tak pula kedengaran lantunan bom kecil ini. Kadang-kadang bila difikirkan umpa duduk di medan perang. Jiran paling atas India di balingnya mercun ke bawah dan elok sampai kat tepi tingkap rumah Aina di tingkat dua terus meletup. Nasib baik tak ada sakit jantung, kalau tak kena panggil ambulan. Paling kesian jiran bawah rumah Aina, dua-dua dah uzur. Mesti asik-asik terkejut.

Sejak malam tadi tidak henti-henti lantunan mercun. Percikan bunga api pelbagai warna juga. Dendangan lagu-lagu Tamil segenap ruang. Redza. Hidup berjiran. Pagi ini ibu-ibu sibuk menatang dulang ke kuil dengan sari yang cantik. Manis sanggul dililit bunga melur. Bertanda di dahi mengikut tradis agama.

Selamat Menyambut Deepavali.


Akak Tahu - Pening Ada Jiran Seperti Dia

Hujung minggu merupakan hari-hari yang tak kurang sibuknya. Kalau hari lain sibuk bekerja di pejabat masa inilah digunakan untuk menghabiskan kerja-kerja di rumah pula. Menggalas tugas utama sebagai surirumah. Kalau boleh segala habuk, debu dan daki hendak di bersihkan.

Kesibukan kerja pejabat dan kerja rumah terlalu membataskan watu untuk beramah mesra dengan jiran-jiran. Apatah lagi untuk berlonggok dipintu jiran. Kalau ada berita cuma datangnya dari adik sendiri yang duduk ditingkat yang sama. Malam-malam lepas balik kerja kadang-kadang kami lepak rehat-rehat sambil minum kopi o cicah biskut empat segi.

Pening dengan jiran depan rumah ini. Bagi salam kat pintu terus masuk, tak ada tunggu kita jemput bagai. Biasalah rumah kecik kita ni dapur kat depan. Ayat mula-mula macam biasa 'Akak tahu'. Aina tahu mesti nak start dah tu. Dia kalau bercakap mesti bab orang je. Pedih jugak telinga. Kongsi dosa.

Dulu-dulu layankan dengar jugak sambil senyum-senyum. Sekarang rasa macam dah penat. Banyak sangat buruk orang tapi buruk sendiri selalu dia lupa. Takut mendengar. Sekali kita buka aib orang takut 10 kali Allah buka aib kita.

Perbualan sejak akhir-akhir ini.

Perbualan 1.
Dia : Akak tahu Uyo tu dok buat cerita dengan kawan dia panggil saya perut buncit (budak tu umo 13 tahun pun tapi perut dia memang buncit okeh) .
Aina: Mana ko tahu?
Dia : Kak Ani telefon bagitau, mak budak tu cerita. Kalau nak berniaga suka hatilah tak yah dengki-dengki dengan orang. Esok gi serang rumah dia padan muka, mak dia le tu ajar. Mulut mak dengan anak sama je (Kakak suami dia dia duduk blok A kami blok B. Jiran yang berdua tu bermasam muka coz sama-sam jual jajan kat flat. Fenin).
Aina : Ko serang ko salah. Dia report ko duduk dalam nanti.
Dia : Biar. Tak kisah pun duduk dalam asal puas hati.
Aina : Sekarang ko cakap biarlah nanti kalau betul jadi ko dok nangis ja dalam lokap tu tau tak?

Senyap.

Perbualan 2.
Dia : Akak tahu Ana tu beli rumah sekali ubahsuai habis Rm75k. Rumah beli Rm37k je lebih tu untuk ubahsuai (jiran bawah beli rumah sama tingkat ubahsuai sakan tapi tak pernah pula Aina jengah).
Aina : Akak kalau ada duit banayk tu baik akak beli apartment ada tiga bilik rumah kita ni 2 bilik je. Ubahsuai pun puas hati.
Aina : Dia ubahsuai apa?
Dia : Lantai marble ini dia tukar pakai tiles satu rumah. Tingkap buat sliding. Buat plaster siling warna-warni. Bilik air buat semua baru. Buat kitchen cabinet. Perabut semua serba baru. Bilik anak dia perabut beli beribu (anak sorang je pun dah umo 8 tahun) Nanti nak panggil orang solat hajat sebelum masuk perabut.
Aina : Tak apalah. Rezeki masing-masing. Dia buat lawa-lawapun rumah sendiri bukannya menyewa (bukan nak hina jiran ni duduk rumah sewa tapi kadang-kadang dia ni lebih dari tuan rumah. Tengok orang cat rumah dia sibuk nak cat jugak pas tu nak potong sewa mau dak tuan rumah pening, pas tu kata tuan rumah kedekut bila tak bagi.)

Senyap.

Sekarang ini kalau dia cerita apa-apa Aina memang terus pangkah. Tembak tak boleh bangun punya. Bukan benci tapi rasa penat berkongsi dosa sedangkan dosa sendiri sudah tidak tertanggung. Biasanya kalau kena macam tu pelan-pelan dia undur dan balik. kalau Pak Tuan ada kat rumah tak berani pulak dia.

Jiran itu penting bagi Aina. Bila berlaku kecemasan jiran jugak akan menolong dahulu. Jiran juga perlau tahu had-had terhadap jiran sendiri. Bukannya ketuk-ketuk pintu bagi salam terus pusing tombol dan buka pintu!