Lestary - Bukan Bidadari
Foto Credit : Google
Sejak episode pertama aku sudah jatuh hati dengan slot Lestary Bukan Bidadari di TV3 setiap hari Selasa pukul 9 malam. Bermula detik itu juga pada minggu-minggu berikutnya jam tersebut televisyen adalah milikku sehingga tamat cerita sejam kemudian.
Bagi aku banyak pengajaran yang boleh dikutip sepanjang cerita ini. Karma kehidupan yang adil. Watak Inas yang bersahaja. Sepatutnya ia dapat membantu melembut jiwa remaja diluar sana. Kamal pula yang terlalu baik. Tak mungkin pula akan dilupa cinta pertamanya walaupun tidak diluahkan secara nyata.
Seorang ibu yang keras hatinya tetapi mampukah seorang ibu menolak darah daging sendiri walaupun hatinya pernah disiat-siat oleh puterinya sendiri. Ibu tetap seorang ibu yang sentiasa menyayangi anaknya sampai bila-bila.
Suami yang penyayang yang tiba-tiba berubah sikap, menjadi seorang yang mungkin kita sendiri tidak kenali. Nasib seorang anak yang derhaka pada ibunya. Di dunia lagi ALLAH telah membalasnya jua. Ariff pada mulanya sangat menyayangi Inas tetapi mungkin takut kehilangan Inas dia menjadi seorang yang terlalu mengongkong Inas. Menjadi kaki pukul.
Masih menunggu detik-detik seterusnya dalam drama Bukan Bidadari. Inilah hakikat kehidupan. Sekiranya bukan kisah benar bagaimana ia dapat di adaptasikan menjadi drama. Kutiplah pengajaran yang ada jangan hanya melayan halwa mata dan telinga sahaja.
Kekayaan menggelapkan mata. Hati yang baik dan bersih hanya ALLAH yang mampu membalasnya.

