Cita-cita
11:07 PG
JunAina
12 Comments
11:07 PG JunAina 12 Comments
Semua orang ada cita-cita. Masa zaman sekolah rendah kalau cikgu tanya cepat-cepat Aina jawab nak jadi doktor! Bila masuk ke sekolah menegah pulak cita-cita bertukar selari dengan pencapaian kat sekolah (tak berapa nak pandai). Guru menjadi pilihan kerana kalau kerja cikgu kerja separuh hari, cuti sekolah panjang, boleh kerja kat kampung duduk celah ketiak mak saja (mind set yang dah tak boleh diguna pakai untuk guru zaman sekarang!). Pergi ujian, pergi temuduga tak jugak dapat jadi cikgu!
Bila habis SPM, kawan-kawan semuanya sambung ke tingkatan 6 tetapi Aina pula terumbang ambing kerana tak berminat menyambung persekolahan (konon nak kerja bantu emak). Desakan bapa saudara menyambung pelajaran dalam bidang lukisan tetapi bukan senilukisan (kerana tangan ini langsung tidak berseni). Mendalami lukisan kejuruteraan, melukis garisan, melukis enjin dan paling tak tahan belajar 'LETTERING' sahaja mengambil masa 6 bulan! Masa tu BOSAN (ada ke patut belajar menulis ABC sehingga berbulan-bulan)!
Tersasarlah cita-cita dari doktor, kepada guru (jadi guru untuk anak-anak sahaja sekarang) dan apa yang ada sekarang tak pernah termasuk dalam senarai langsung (dulu tak tahu pun ada orang buat kerja macam ni). Itulah REZEKI!
Masih juga menaruh harapan dan menyimpan cita-cita selepas cita-cita yang asal lebur harap yang ini juga tidak kabur. Ingin menjadi tukang masak sehebat IBU (walaupun tidak sehebat Chef Wan). Mengikuti kelas masak memasak yang banyak ditawarkan (tak sempat lagi). Mengasah bakat yang ada mengharap aura tukang masak IBU turun kepada anak (boleh ke macam tu?).
Sedari kecil dididik hidup perlu ada cita-cita. Hidup perlu ada matlamat. Bila sudah ada cita-cita, ada matlamat hidup kita ada tujuan!
Inilah zaman mengejar cita-cita yang tersasar , zaman muda (sekarang pun masih muda!) Cuba teka yang mana satu tuan punya diri!
Inilah zaman mengejar cita-cita yang tersasar , zaman muda (sekarang pun masih muda!) Cuba teka yang mana satu tuan punya diri!
Hatiku Berbunga
11:32 PG
JunAina
14 Comments
11:32 PG JunAina 14 Comments
Syukur alhamdulillah dengan limpah kurnia rahmat dan kebahagiaanmu Ya- Allah. Hari Isnin dilalui dengan gembira dan bersemangat. Tidak seperi biasa terus dikuasai `Monday Blues'. Walaupun hujung minggu tanpa rehat kerana terpaksa berkerja pada hari Jumaat sehingga petang, Sabtu masih juga bekerja dan Ahad pula melangsaikan tugasan di rumah tetapi hati ini berlagu riang.
Pertama kerana anak sulung telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan, dapat kembali ke kelas CEKAL (kelas terbaik) setelah di turunkan kelas pada awal tahunnya. Mendapat tempat pertama di dalam kelas. Hari ini jugak akan naik ke pentas menerima hadiah 'Bijak Sifir'. Alhamdulillah... Walaupun banyak mainnya kat rumah tetapi mungkin tumpuan lebih telah diberi di sekolah.
Keduanya kerana anak yang kedua pula telah meningkat prestasi pelajarannya dari mendapat nombor 22 penggal pertama telah mendapat nombor 9 bagi peperiksaan yang lepas. Doa sebagai seorang ibu agar tahun 5 anak perempuan ini dapat naik kelas ke kelas CEKAL seperti abangnya selepas di turunkan ke kelas GIGIH pada awal tahun.
Ketiganya cerita pasal Junior. Seperti biasa kejutannya belum habis untuk mama. Balik dengan mendapat markah matapelajaran SAINS sebanyak 95 markah. Alhamdulillah. Bagi orang lain mungkin perkara ini benda biasa tetapi bagi mama Junior ia memang luar biasa kerana CERITA INI.
Keempatnya yang membuatkan hati bertambah berbunga-bunga minggu ini mama dapat rehat sedikit kerana abang dan kakak mengambil alih tugasan mengemas ruang tamu dan bilik secara sukarela. Wahhh...memang seronok dapat skip satu tugasan rumah. Sebagai balasan mama masak lauk kegemaran sambal sotong bulat (badan sotong le tu. Junior request tak nak jari-jari sotong).
Hari ini masuk office sedikit rehat kerana tugasan telah di bereskan pada hari Sabtu. Hanya menunggu tugasan lain datang jadi dapat kemaskini blog dan jalan-jalan ke halaman kawan-kawan, semakin bertambah berbunga-bunga hati ini.
U-Turn Maut - Tol Bukit Kajang
1:10 PTG
JunAina
12 Comments
1:10 PTG JunAina 12 Comments
Sekali lagi pusingan-u sebelum Plaza Tol Bukit Kajang telah meragut nyawa insan, kali ini entah anak siapa, entah suami siapa dan entah anak mana pula yang menjadi yatim. Rasanya sejak lebuhraya ini dibuka telah berkali-kali kemalangan berlaku di u-turn ini. Siapa pula yang harus disalahkan? Lebuhraya ini di buka pada tahun 2004, wujud untuk mengurangkan kesesakan bandar Kajang, memudahkan perjalanan ke Semenyih, Putrajaya, Balakong dan Jalan Cheras. Boleh rujuk di sini.
Jika dulu Kajang Utama adalah jalan mati kini sangat mudah untuk kemana-mana kerana Kajang Utama berada di tepi lebuhraya tetapi ada harga yang harus di bayar. Jika dulu pergi dan balik dari kajang hanya 5 minit melalui trafic light Taman Kajang Utama tapi kini kenderaan perlu membuat pusingan-u sebelum Plaza Tol Bukit Kajang. Hampir 2 km untuk pergi dan pusing semula balik ke Taman Kjang Utama juga 2 km menjadikan perjalanan untuk membuat pusingan-u sahaja lebih kurang 4 km. Bagi penunggang motosikal mungkin punyai pilihan dengan melalui jalan di bawah jambatan keretapi dari Jalan Reko tetapi tidak digalakkan melaluinya pada lewat malam kerana pernah terjadi rompakan di jalan berkenaan.
Pada awal ke wujudannya bila ada penduduk yang protes pernah timbul desas -desus sebuah terwong akan dibina bagi memudahkan akses penduduk di sekitar Taman Kajang Utama. Sudah juga di masukkan kedalam belanjawan Rancangan Malaysia Ke-8 tetapi sehingga kini tidak ada tanda-tanda langsung terowong akan dibina.
Tidak lama lagi akan siap juga projek Kajang 2 dan salah satu aksesnya juga adalah melalui Kajang Utama. Semakin sibuklah jalanraya disekitar penempatan ini. Semakin banyak jugalah kerenah manusia akan penduduk hadapi. Semakin bimbanglah ibubapa yang anaknya bersekolah di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah yang terletak bersebelahan. Orang zaman sekarang selalui hilang pertimbangan diri bila dapat memegang stereng kereta. Apa yang mampu kita buat? Hanya berserah dan bertawakal.
Penduduk menjadi mangsa keadaan. Pihak bertanggungjawab lepas tangan seolah-olah tidak nampak masalah penduduk. Kemana perginya janji terowong dahulu. Pada siapa harus ditagih janji ini? Pada tuan punya konsesikah atau juga kepada kerajaan? MIROS megah di tepi lebuh raya SILK tetapi hanya beberapa kilometer di hadapan telah berkali-kali kemalangan berlaku. LLM pula hanya lebih kurang 6km tetapi seperti jugak MIROS, kaku. Mungkin perlukan aduan tetapi akan di layankah aduan insan sekecil kita?
Bila Cinta Berputik
5:58 PTG
JunAina
8 Comments
5:58 PTG JunAina 8 Comments
Sebentuk cincin permata berlian pengikat janji antara dua hati yang jiwanya telah bersatu. Bila cinta telah berputik tiada lagi yang mampu menghalang dan terpatrilah janji akan tibalah harinya bakal menjadi raja sehari.
5 June 2011.
Dalam diam-diam si comel ini rupanya telah serius menjalin hubungan cinta! Tiada gossip-gossip liar di dalam keluarga dan secara tiba-tiba sahaja menerima jemputan ke majlis pertunangan puteri tunggal ibu saudaraku Puan Rosnani Senapi dan Encik Othman Ali. Kebetulan menerima cucu ke-dua dan majlis cukur jambul turut diadakan.
Tahniah buat Cila, juga buat pak cik dan mak cik coz tak lama lagi akan menerima ahli keluarga baru. Keduanya bukan hanya setakat ibu dan bapa saudara sahaja malah ku anggap lebih dari itu.
Inilah dia si manis yang telah pun selamat bertunang. Cantik dan berseri...
Antara hantaran kedua belah pihak. Putih dan pink dari pihak perempuan kepada pihak lelaki dan biru dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. Kalau tak salah 11 berbalas 13 dulang, almaklumlah si teruna anak sulung dalam keluarga... Semua hantaran adalah hasil kreatif Puan Rosnani (mak menakan cheq la tu).
Ini pulak cenderahati buat tetamu dari pihak lelaki, pinkkk gitu...air tangan si dara dan ibunya. Tak terkecuali juga goodies bag yang berisi biskut yang sama, Surah Yassin, bunga telur dan kerepek buat kumpulan marhaban pada sebelah petangnya untuk majlis cukur jambul.
Ini adalah hantaran tradisional dan istimewa dari ibu si dara. Agar-agar kering.
Sebenarnya Ibu Saudaraku ini adalah pemilik Rose Catering. Juga menjadi supplier biskut di musim perayaan. Menerima juga tempahan membuat agar-agar kering, boleh le jadikan gift untuk majlis perkahwinan. Gift untuk majlis pertunangan kali ini adalah hasil kerja tangan ibu saudaraku. Sedia menerima tempahan untuk semua acara termasuk membuat gubahan hantaran.
Selesai sudah...kini cuma menghitung saat manisnya bertunang dan persiapan untuk majlisnya, walaupun tempohnya setahun andai dah jodoh pasti tidak dapat di elak...
Blueberries Twirl Cup Cakes
12:13 PTG
JunAina
5 Comments
12:13 PTG JunAina 5 Comments
My baking project selepas hampir setahun oven tidak digunakan takut juga bila time raya nak buat biskut dah tak boleh on, tiba-tiba terasa gatal tangan nak buat cup cakes. Sebenarnya kek menjadi kegemaran dan kegilaan anak-anak termasuk mama tetapi anak-anak lebih sukakan kek coklat mama pulak apa sahaja jenis kek tak pernah menolak.
Seperti biasa menjejak resepi kat internet sahaja, di hujung jari...mudahnyakan? Cari punya cari terjumpa satu resepi yang agak menarik. Guna blueberry filling dan kebetulan pula memang dah ada kat peti ais, cantekkk... Dah lupa dari mana di copy resepi ini...maaflah kepada tuan punya ya. Aina ubahsuai sedikit resepinya.
Blueberries Twril (Amatur yang buat memang ala gitu-gitujelah...)
Blueberries Twirl & Chocolate Cupcake With Chocolate Filling.
2 3/4 cawan tepung naik sendiri
1 cawan butter
1 1/2 cawan gula
4 biji telur
1 cawan susu segar
1 1/2 cawan gula
4 biji telur
1 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanila
Blueberries filling
Coklat Bar
Cara-caranya
1. Pukul butter dgn gula
2. Masukkan telur, pukul lagi
3. Masukkan susu dan esen vanilla
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit
1. Pukul butter dgn gula
2. Masukkan telur, pukul lagi
3. Masukkan susu dan esen vanilla
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit
5. Kaup balikkan adunan
6. Adunan bahagi dua
i) Plain
6. Adunan bahagi dua
i) Plain
ii) Masukkan coklat powder
Masukkan 1/2 adunan dalam acuan , then 1 sudu teh blueberrie filling. Then tutup dgn adunan tepung (Aina guna plastik bungkus biasa tu utk buat piping beg).
Guna pencungkil gigi ,celup dalam blueberries filling dan buat pusaran.
Masukkan 1/2 adunan dalam acuan , then 1 sudu teh blueberrie filling. Then tutup dgn adunan tepung (Aina guna plastik bungkus biasa tu utk buat piping beg).
Guna pencungkil gigi ,celup dalam blueberries filling dan buat pusaran.
Untuk coklat cupcake pipingkan 1/2 adunan, dadukan coklat masukkan dan tutup dengan adunan (warnanya tak cantik coz guna balance2 coklat powder yg ada je). Bakar hingga masak, lebih kurang 15 minit coz Aina guna cup yang comel-comel je. Kalau tak pasti ambik je pencungkil gigi/lidi sate cucuk je kalau licin je maknanya dah masak le tu...

Chocolate Cup Cake With Chocolate Filling.
(Warna yang tak kick coz coklat powder hanya guna yg lebihan kat rumah je.)

Ini pulak plain cake without filling still sedap coz ada rasa susu. Adunan ini akan menghasilkan kek yang sedikit lembab. Cake ini menggunakan cup yang lebih besar berbanding Blueberries Twirl & Chocolate Cupcake With Chocloate Filling.
Langgan:
Catatan (Atom)
Sis Aina

- JunAina
- Malaysia
- Catatan ringkas sebuah perjalanan kehidupan. Ingin mengenali, dikenali serta berkongsi kisah dan rasa. jun_abdul75@yahoo.com.my FB : Junaina Abdullah IG : @junainaabdullah
Follow Me
Popular Posts
-
Prosedur Airasia Bila Lupa Bawa MyKid Anak
-
Tagline Produk Kecantikan
-
22 Tulisan Tangan Paling Cantik
-
Voluntary Separation Scheme Tetapi Terpaksa
-
Pekasam Nasi
-
Hubungan Intim Selepas Keguguran
-
Sakit Urat Belikat
-
Berpindah Hospital Kerajaan Ke Swasta - Potong Jari.
-
Chow Kit
-
Resepi Roti Goreng Mudah dan Sedap
Dikuasakan oleh Blogger.
Orang Perlis
-
DOOM AT YOUR SERVICE EPISODE 1 SYNOPSISSetahun yang lalu
-
CINTA SAJA TIDAK CUKUP .6 tahun yang lalu
-
Voluntary Separation Scheme Tetapi Terpaksa7 tahun yang lalu
-
MTC and I. ..7 tahun yang lalu
-
Letih balik sekolah...10 tahun yang lalu
Jom Jalan-jalan...
-
ASYIK-ASYIK TANYA.Sejam yang lalu
-
Bertemu blogger Fanny4 jam yang lalu
-
-
AYAM MASAK BALI 25 jam yang lalu
-
Resepi gulai ikan masin dengan terung tumis darat8 jam yang lalu
-
TTC FOR MY LOVELY SECOND CHILDSehari yang lalu
-
Ubat selsema dan batuk buat di dapur saja !Sehari yang lalu
-
Birthday dan Rumah Terbuka2 hari yang lalu
-
-
AKU KAN ANAK MUOSeminggu yang lalu
-
The Future with AI... Bahaya?2 minggu yang lalu
-
MINI THERMAL PRINTER COMEL2 bulan yang lalu
-
JANGAN JELING.2 bulan yang lalu
-
Budak Sepet Terkini...2 bulan yang lalu
-
Kasut Sekolah Pallas3 bulan yang lalu
-
DAY 3 : 03.08.2210 bulan yang lalu
-
Top Graphics Card for Dell Optiplex 1030 160 170l 2010 2021 2030Setahun yang lalu
-
Minat Gila Kumpulan SlashSetahun yang lalu
-
Semua Ini Hanya Akan Jadi KenanganSetahun yang lalu
-
-
Miss U A Lot2 tahun yang lalu
-
Testing Testing 1232 tahun yang lalu
-
VINCENZO FULL EPISODE2 tahun yang lalu
-
-
Panduan Memilih Pengasuh Di Rumah2 tahun yang lalu
-
-
Situasi sebenar ialah....2 tahun yang lalu
-
PERADUAN CMASA.MY SHARE & MENANG GOLD BAR!2 tahun yang lalu
-
-
NYAMAANN TEKAK3 tahun yang lalu
-
Salam Ramadhan 20193 tahun yang lalu
-
Setahun Sekali4 tahun yang lalu
-
-
MASYAALLAH DAN SUBHANALLAH4 tahun yang lalu
-
Impian yang masih tertangguh5 tahun yang lalu
-
Bila Allah Menguji...5 tahun yang lalu
-
Booth di Subang Parade5 tahun yang lalu
-
Disember akan pergi5 tahun yang lalu
-
Happy Birthday To ME !5 tahun yang lalu
-
Novel Terkini: Tuhan, Jaga Dia Untukku5 tahun yang lalu
-
Ahlan wa sahlan ya ramadhan 1438H6 tahun yang lalu
-
May 21, 21076 tahun yang lalu
-
JIWA PENDIDIK6 tahun yang lalu
-
UMRAH JOURNEY - PART 46 tahun yang lalu
-
Short Vs Long Vacation6 tahun yang lalu
-
Ke Kelantan FM lah kita!7 tahun yang lalu
-
-
-
Trip to Langkawi - Makam Mahsuri & Taman Legenda7 tahun yang lalu
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)7 tahun yang lalu
-
MATA PELAJARAN8 tahun yang lalu
-
Nostalgia.....Selamat Aidil Adha....20108 tahun yang lalu
-
Nepal : Annapurna Base Camp - Phedi ke Pothana8 tahun yang lalu
-
-
SUKA-SUKA JE...9 tahun yang lalu
-
My last post9 tahun yang lalu
-
Wordless Wednesday : Raya Aidiladha 1434H9 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
Jalan-jalan lagi...
-
Jumbo Cheese Sausage Auntie Anne's For Lunch Today27 minit yang lalu
-
Volvo Selekt - Kualiti terjamin, harga berpatutan2 minggu yang lalu
-
Resepi Ayam Panggang Simple4 minggu yang lalu
-
RESIPI PISANG MUDA MASAK LEMAK3 bulan yang lalu
-
I'm Back5 bulan yang lalu
-
Itadakimasu...6 bulan yang lalu
-
Positif juga akhirnya..Setahun yang lalu
-
Welcome 2022Setahun yang lalu
-
Gara-gara Takut.....Setahun yang lalu
-
Shopping Raya Jimat di KWC2 tahun yang lalu
-
Gambar sekitar pernikahan Neelofa Dan PU Riz2 tahun yang lalu
-
Hobi baru...3 tahun yang lalu
-
2020 : Mencandat Sotong Sebelum Bulan Ramadhan Tiba3 tahun yang lalu
-
Novel ~ Kirimkan Rindu3 tahun yang lalu
-
Jalan -jalan3 tahun yang lalu
-
-
sukaneka PASTI 03.03.194 tahun yang lalu
-
Bertemu Semula4 tahun yang lalu
-
-
Berpindah ke najwastory.com4 tahun yang lalu
-
PROBLEMS BLOGGING4 tahun yang lalu
-
Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon (SCKLM 2018)5 tahun yang lalu
-
Kebaikan Kitar Semula_Ulasan5 tahun yang lalu
-
-
762 ~ Setelah beberapa tahun...5 tahun yang lalu
-
Kedah Berduka5 tahun yang lalu
-
MAKAN NASI...BERAT TETAP TURUN6 tahun yang lalu
-
-
Video Marhaban Helwa6 tahun yang lalu
-
Tinted...7 tahun yang lalu
-
Kerana Kita Semua Layak Gembira7 tahun yang lalu
-
Hadir Mu DiSudut Hati7 tahun yang lalu
-
-
Tiket Free Filem "The Good Dinasour."7 tahun yang lalu
-
THIS IS THE END7 tahun yang lalu
-
#404 Beijing - Tianjin - Beijing Episod 47 tahun yang lalu
-
Selamat Hari Raya 14367 tahun yang lalu
-
Puasa 12.7 tahun yang lalu
-
iCa KeNa CaCaR8 tahun yang lalu
-
Oven by SLiCE : Lasagna Yang Semakin Dikenali Di Lembah Klang8 tahun yang lalu
-
i'm back8 tahun yang lalu
-
Selamat Tahun Baru 20158 tahun yang lalu
-
Koleksi Terkini Sephora Malaysia!8 tahun yang lalu
-
Wordless Wednesday 26.11.20148 tahun yang lalu
-
Beralih rasa8 tahun yang lalu
-
Villa Casuarina9 tahun yang lalu
-
i.r.i.s~o.n~y.o.u.t.u.b.e9 tahun yang lalu
-
SUKA-SUKA JE...9 tahun yang lalu
-
My last post9 tahun yang lalu
-
OMG9 tahun yang lalu
-
Day 1 - Guilin, China - Percutian Musim Sejuk10 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
Masih gigih berjalan...
-
ULYA DAYANASeminggu yang lalu
-
About the MLB gameSeminggu yang lalu
-
Rawat Masalah Jerawat di Klinik Avicenna2 minggu yang lalu
-
Kata-Kata Madah (476)2 minggu yang lalu
-
Contoh Story-Selling Guna Emosi Kelakar3 minggu yang lalu
-
-
Purchase InquirySebulan yang lalu
-
NEW BLOG I AMSebulan yang lalu
-
Resepi Kuetiau Ala KungfoSebulan yang lalu
-
Lukisan Aida2 bulan yang lalu
-
DENINAAZ DELIGHT: HAMPER DI CHERAS3 bulan yang lalu
-
Kulit lebih lembut dan licin dengan Artistry Polishing Mask5 bulan yang lalu
-
-
Jualan Penghabisan Stok Benih Murah Semua Menjadi ent. 20228 bulan yang lalu
-
Free Printable Doodle Maal Hijrah10 bulan yang lalu
-
Kirim Anak Pada Fila Amir Datang Ke ConakrySetahun yang lalu
-
TamatSetahun yang lalu
-
Bila MCO nak tamat?Setahun yang lalu
-
Terjebak dengan Emas 916 Pandora2 tahun yang lalu
-
Covid19 20202 tahun yang lalu
-
BubbleBee Bangi2 tahun yang lalu
-
Cara buat begedil kentang2 tahun yang lalu
-
-
Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!3 tahun yang lalu
-
Resepi : Nasi Goreng Yang Sedap3 tahun yang lalu
-
PAKEJ LAWATAN SEKOL.AH3 tahun yang lalu
-
Raya 2019 [Hari Kedua]3 tahun yang lalu
-
Qaseh Khadeja.4 tahun yang lalu
-
Cara Pengambilan ESP Shaklee4 tahun yang lalu
-
2 NOV-HAPPY BIRTHDAY ADIK!4 tahun yang lalu
-
Good Luck Final Exam4 tahun yang lalu
-
-
hi semua4 tahun yang lalu
-
JOM Kita Jejalan Cuci Mata di Jalan TAR, KL!5 tahun yang lalu
-
Apa Itu MRTA/MRTT5 tahun yang lalu
-
Home Manis Home : Ukur grill5 tahun yang lalu
-
Diploma Teknologi Makanan Di Politeknik5 tahun yang lalu
-
Assalamualaikum5 tahun yang lalu
-
Berakhir kisahku di antara manusia5 tahun yang lalu
-
Biji Benih Acai Berry5 tahun yang lalu
-
Nilai rm600.6 tahun yang lalu
-
Ting tong…6 tahun yang lalu
-
Holiday updates!6 tahun yang lalu
-
Tudung Neelofa Dan T-Shirt Komunis7 tahun yang lalu
-
Saya kembali!7 tahun yang lalu
-
-
-
Kembalinya harap terus bermukim.7 tahun yang lalu
-
-
My Free Time Favorite TV Show7 tahun yang lalu
-
Bila boros7 tahun yang lalu
-
EID MUBARAK7 tahun yang lalu
-
Semoga Bermanfaat8 tahun yang lalu
-
Sarapan mudah dan ringkas8 tahun yang lalu
-
Big Bad Wolf Bookfair @ the Mines Convention Centre9 tahun yang lalu
-
-
TERINGIN....10 tahun yang lalu
-
-
-
-
10 Rider Beraksi: