Memaparkan catatan dengan label Chef Adu Amran. Papar semua catatan

Abuain Kitchen Dessert Sensation





Kalau ada yang berminat sila singgah ke blog Abuain Kitchen, sambil masak-masak, berkongsi tip dapat juga beramah mesra dengan dua chef yang tak asing ini iaitu Chef Adu Amran dan Chef Izyan Hani. Pelaburan berbaloi, pasti anda tak menyesal keluarkan duit. Bukan itu sahaja anda juga akan mendapat buku hasil karya kedua-dua chef tersebut.


Chef Adu Amran, Chef Primadona Rubiah Suparman dan Chef Azli Razali


Sekitar majlis Pelancaran Herba Malaysia 2014 bersama Chef Adu Amran, Chef Primadona Rubiah Suparman dan Chef Azli Razali (sila kenali chef di blog). Majlis dihadiri oleh pihak media tempatan dan kehadiran blogger adalah atas jemputan khas Chef Adu Amran Management & Services melaui Abuain Kitchen. Kami para blogger hadir atas kapasiti memberi sokongan padu kepada Chef Adu Amran terhadap perkembangan kerjaya di Malaysia.







Chef selebriti yang terlibat Chef Adu Amran, Chef Primadona Rubiah Suparman dan Chef Azli Razali sedang beramah mesra. Mereka memang ramah dan sangat mesra!











Sekitar majlis berlangsung, ucaptama perasmian, penyerahan cenderahati dan antara tetamu-tetamu serta pihak media yang ada.







Blogger yang meluangkan masa memenuhi jemputan dari Abuain Kitchen yang mewakili Chef Adu Amran. Kami bukanlah blogger terkenal dengan UV beribu-ribu bukan juga raja SEO jauh sekali blogger yang menerima bayaran untuk sesuatu event tetapi kedatangan lebih kerana meraikan ukhwah yang terjalin antara kami.



Chef Adu Amran Punya Hal


 Tetap nak tayang-tayang kat sini. Korang hado? Perghhh...nasib baik yang ambik gambo tu lakik sendiri kalau tidak tak pasal-pasal timbul gossip liar...ahakssss...





Ada lagikkkkkk... Untie Rubiah Suparman. Suka tengok lakonan dia zaman dulu-dulu, sekarang aktif jadi chef. Ramah tamah orangnya dan tak kedekut ilmu. Awet muda you, rahsianya makanlah herba-herba Malaysia buat ulam.



Jangan...jangan...ahahhaaa...engko tetaplah menjadi pojaan hati wanita Se-Malaya. Kalau boleh cakap susah nak berhenti nih. Lupa pulak ini Chef Azli Razali.




Pameran Herba Malaysia


Penggerak utama Pameran Herba Malaysia 2014 adalah FRIM dengan kerjasama Jabatan Pertanian dan MARDI dalam mengangkat martabat herba tempatan. Bertemakan 'Herba dan Pengetahuan Tradisi : Khazanah Negara'. Pameran akan berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC) pada 23hb - 25hb Mei 2014. Majlis "Soft Launch" Herba Malaysia telah di rasmikan oleh YBhg Dato' Sri Zoal Azha Bin Yusuf, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di Hotel Maya pada 27hb March 2014. Majlis kemudiannya berlangsung secara santai dan bersahaja bersama YBhg Dato' Dr. Abd. Latif Mohd, Ketua Pengarah Frim.



Ucaptama perasmian oleh  YBhg Dato' Sri Zoal Azha Bin Yusuf, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.



Santai bersama YBhg Dato' Dr. Abd. Latif Mohd, Ketua Pengarah FRIM.


Tiga Chef Selebriti telah dilantik sebagai duta Pameran Herba Malaysia 2014 iaitu Primadona Rubiah Suparman, Chef Adu Amran dan Chef Azli Razali. Kombinasi mantap orang lama dan orang baru yang bakal memberi kelainan kepada menu-menu herba tempatan, sama-samalah kita tunggu kelianannya pada pameran itu nanti di mana mereka bertiga akan mengetengahkan menu masing-masing dalam demonstrasi masakan herba yang membawa aspirasi gaya hidup sihat menerusi penggunaan herba dan pengetahuan tradisi dalam rutin harian kita.



Chef Selebriti Chef Adu Amran, Primadona Rubiah Suparman dan Chef Azli Razali.


Objektif perlaksanaan pameran adalah untuk memperkasa keyakinan orang ramai akan potensi dan khasiat herba sebagai rawatan alternatif. Di samping membuka peluang yang luas untuk jaringan kerjasama R&D& C (Reacerch & Development & Comercial) dibawah satu bumbung di kalangan usahawan herba tempatan serta mempertingkatkan kualiti, keselamatan dan efikasi produk. FRIM juga cuba mengangkat produk berasakan herba tempatan setanding dengan produk antarabangsa. Menjalankan promosi dan menggalakkan teknologi, inovasi terkini dan jaringan komunikasi dalam industri berasakan herba. Meletakkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan untuk industri berasakan herba.


Sepanjang Pameran Herba Malaysia berlangsung pelbagai aktiviti akan di jalankan bagi memeriahkan pameran. Chef Selebriti akan membuat demonstrasi masakan menggunakan herba, seminar pengetahuan tradisi herba (melibatkan petua-petua penggunaan herba), penjualan produk herba tempatan dan produk SPA juga bakal menjadi platform pertemuan setempat penggiat, pengeluar dan pengusaha herba tempatan. Turut dianjurkan konsultansi untuk ujian produk herba. Paling utama adalah pemeran produk herba yang terdapat di Malaysia dan akan disempurnakan lagi dengan penjualan buku berkenaan herba. Seminar Pemuliharaan dan Pemerkasaan Pengetahuan Tradisi dengan tema "Melestari Legasi Pengetahuan Tradisi' turut diadakan.



Banner majlis "Soft Launch" Herba Malaysia 2014.

Pemeran herba ini moga dapat memberi pendedahan dan dapat mendidik masyarakat akan kepentingan herba dalam kehidupan agar dapat dimanafaat secara maksima. Pengambilan herba juga sesuai untuk amalan gaya hidup sihat seperti apa yang dapat kita lihat terhadap amalan orang dulu-dulu yang kekal cantik semulajadi dengan mengamalkan herba. Semoga pameran ini akan membuka lembaran baru sebagai wadah mempertahankan tradisi penggunaan herba tempatan.


Tempahan 'booth' pameran masih dibuka. Kepada yang berminat boleh berurusan terus dengan FRIM di alamat : 

Rorest Reaserch Institute Malaysia (FRIM)
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 603-6279700
Email : feedback@frim.gov.my
www.frim.gov.my 


Pameran Herba Malaysia 2014
Putra World Trade Centre (PWTC)
23hb - 25hb Mei 2014





Jumpa Chef Adu Lagi



Pada 8hb Febuari bertempat di Abuain Kitchen adalah pertama kali saya berkenalan dengan Chef Adu Amran. Sempat juga merasa air tangan chef hebat ini, memang sedap! Selancar mulutnya bercakap begitulah pantasnya tangan chef bergerak. Kagum.


Sekali lagi geng KKA mendapat jemputan majlis pelancaran program Chef Adu Amran melalui Abuain Kitchen dan saya dengan segera menganggukkan kepala tanda bersetuju. Tempatnya pula hanya sepelaung dari pejabat boleh memilih untuk berjalan kaki atau naik LRT ke sana. Saya ambik cuti separuh hari.



Program FRIM bersama Chef Adu, Chef Rubiah dan Chef Azli.

Tarikh 27hb Febuari 2014
Hari : Khamis
Waktu : 2-5pm
Tempat Hotel Maya
Pakaian Kasual