Memaparkan catatan dengan label superbike. Papar semua catatan

Pemilihan Nama Blog

Masa nak buat blog dulu tak pernah pun terfikir yang nama blog ini akan mempengaruhi hidup atau tidak pengunjung ke blog kita. Senang diingati, ringkas, pendek atau mempunyai daya tarikan tersendiri serta unik. Banyak panduan untuk memilih nama blog ada dikongsi oleh blogger-blogger hebat, cari sahaja mesti banyak yang dikongsi. Masa buat blog dulu buta segalanya jadi main hentam keromo sahaja asal ada. Tak reti. Bukan tak nak belajar tetapi kita tak tahu pulak semua itu mempunyai kepentingan tersendiri. Buat blog pun hanya untuk suka-suka. Bila dah lama-lama belajar sikit-sikit baru tahu yang dengan blog pun boleh jana duit, ada juga yang menjadikan blog ni sebagai pekerjaan tetap. Memula melopong jugak. Hebat tu. Jadi saya  mula banyak membaca dari blog-blog yang ada. Sikit-sikit dan pelan-pelan kata orang.


Sebagai permulaan budak baru belajar saya gunakan platform blogspot, percuma ja pun. Eloklah untuk budak baru nak belajar macam saya. Merancang jugak untuk menggunakan domain sendiri nanti. Masih menilai pro and kontra. Asalnya pun saya hanya ingin menjadikan blog sebagai e-diary tetapi sekiranya ia dapat menjana pendapatan sampingan rasanya tak salah untuk lebih serius. Buat sesuatu kerja mesti bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hasilnya. Yang bulat takkan datang bergolek yang pipih tak akan datang melayang.


Relaks Minda pernah mengajukan persoalan kepada saya kenapa nama blog saya 'Rider Sejati' dalam komen di salah satu entri saya. Sebelum menggunakan Rider Sejati saya menggunakan 'Dari Mata Pena Lahirlah Sebuah Rasa' tetapi ramai pulak kawan-kawan sukar mengingati kerana terlalu panjang kemudian saya megubah arah. Rider Sejati terbit dari idea gelaran ibu saudara kerana sememangnya saya seorang 'rider'. Setiap kali dia ingin mencari alamat sekitar Kuala Lumpur pasti dia akan telefon saya untuk memastikan alamat tersebut dan jalan yang perlu dilaluinya. Hampir 6 tahun saya menunggung motosikal bekerja di PJS1, Petaling Jaya. Saban hari Kajang-PJ-Kajang. Kemudian saya beralih angin ke Kuala Lumpur saya masih menunggang motosikal. Sekarang masuk tahun ke-7. Bayangkan saya terpaksa melalui Jalan Tun Razak yang sangat sesak saban hari.


Impian gila saya suatu hari ingin memiliki motor berkuasa tinggi, mula-mula dulu saya lebih meminati Honda tetapi sedikit tergugat dengan kehebatan Kawasaki yang menguasi jalan ketika ini dan mungkin ini sahaja jenama yang mampu saya miliki dengan model yang saya berkenan dihati dan berkenan kat poker jugaklah. Hajat dihati ingin memiliki Ducati, lebih teruja jika tiba-tiba ada yang memberi BMW tetapi keduanya diluar kemampuan. Pakai baju kenalah ukur di badan sendiri. Saya kurang meminati easy rider lebih kepada superbike. Saya gila motor berkuasa tinggi tetapi buat masa sekarang segalanya saya simpan dihati, insyaallah ada rezeki saya akan usahakan untuk milikinya juga. Saya bukanlah wanita lasak tetapi saya berhati lasak.




Ducati Monster 795 ABS Rm66,888 (Sumber Bikers Magazine). Kalau ada yang tiba-tiba nak penuhi impian saya dengan Ducati ini haruslah saya melompat bintang berkali-kali.



http://juneaina.blogspot.sg/ saya pilih nama sendiri June panggilan keluarga dan kawan-kawan Aina pula saya lebih di kenali dikalangan rakan siber. Saya gembira menggunakan nama sendiri. Sekiranya memilih menggunakan domain sendiri mungkin akan memilih nama yang lebih padat dan ringkas. Nama yang menggambarkan kerekter saya sendiri kerana saya masinh ingin mengekalkan blog 'Rider Sejati'. Biarlah ia di sini sebagai monumen peringatan buat saya. Kenangan untuk selamanya.


Penulisan di dalam blog ini lahir dari jiwa saya. Apa yang di lalui saban hari, terlintas, terfikir mahupun pengalaman sendiri atau pengamatan sekeliling. Lahir dari pandangan kacamata seorang aku yang tidak sempurna.