Saya ada memesan barang-barang Corelle dari seorang kenalan yang sedang belajar di US. Harganya sangat berpatutan, jika hendak dibandingkan lebih murah dari harga yang di jual di Pulau Langkawi. Hanya perlu membayar deposit dan selebihnya dibayar semasa mengambil barang kelak. Walaupun menunggu agak lama tetapi ainya sangat berbaloi.
Namanya perempuan selagi termampu nak beli saya pun memesan 2-3 barang juga, dalam tu saya selitkan juga satu pesanan yang saya hendak hadiahkan pada emak. Apa salahnya hadiahkan satu pada emak, gembirakan hati dia. Kemudainnya saya dapat pesanan dari US mengatakan mangkuk yang saya pesan untuk emak diberi percuma. Alhamdulillah. Rezeki emak. Saya baru berniat nak buat pahala tiba-tiba pahala jadi pahala orang lain pulak. Terima kasih Azrina.
Biasanya pinggan yang saya beli akan digunakan bukan disimpan. Kali terakhir saya beli set pinggan adalah hampir lebih 8 tahun lepas. Dari set pinggan makan untuk enam orang sudah tinggal empat sahaja dek kerana pecah. Kali ini saya pesan yang baru sebab dapat harga yang sangat berpatutan.
Corelle Coordinates Happy Days dengan warna-warna meriah hadiah buat emak tetapi menjadi pemberian percuma dari tuan punya bisness pulak.
Kita meranacang tetapi Allah tetap memberi yang terbaik, niat sudah ada tetapi tiba-tiba rezeki itu datang dari orang lain pulak dan kita menjadi pengantara. Syukur padamu Allah kerana mengurniakan insan-insan yang baik di sekelilingku. Alhamdulillah.
Mak telefon dari kampung semalam. Katanya nak minta pendapat. Pejabat MARA telefon. Berdebar kejap. Rasanya saya tak ada hutang dengan MARA walaupun saya memang anak MARA. Pelajaran saya di taja sepenuhnya oleh MARA.
Alkisahnya seorang pegawai MARA Perlis telefon mak saya sebagai penjaga Nur Fatihah Hayani. Minta datang ke pejabat MARA ambil e-pin untuk isi borang permohonan ke MRSM. Anak saya cuma dapat 4A 1B jadi sepatutnya tak mencapai kelayakan untuk memohon pun. Jadi bila cikgu kata peperiksaan untuk ke Sekolah Kawalan hanya untuk pelajar dengan 5A dan permohonan ke MRSM juga sama saya memang hanya terima seadanya.
Rezeki kakak mungkin. Mendapat tawaran atas kapasiti pernah mengikuti krusus-krusus anjuran MARA sebelum ini, juga mungkin sebab bersekolah di sekolah luar bandar. Tapi ini bukanlah jalan mudah buat kakak sebab masih perlu mengikuti tapisan seterusnya iaitu peperiksaan penilaian yang bakal di adakan pada awal Disember nanti seperti juga pemohon-pemohon lain.
Sekarang mak gigih isi borang, Pakcik Jat kat kampung gigih uruskan segala salinan sijil untuk dihantar bersama salinan borang tetapi sebelum itu semuanya tu kena serah kat mama untuk di hantar ke Ibu Pajabat MARA di Kuala Lumpur. Moga ada rezeki kakak. Insyaallah.
Syawal 2 pada hari Jumaat jadinya masa agak suntuk untuk kaum kerabat yang lelaki nak pergi solat Jumaat, masing-masing lepak di rumah sahaja. Petang baru tengok schedule raya masing-masing balik, ada yang nak balik sebelah mertua pulak hari ini. Saya? Kat rumah mak lagilah. Kemudian mak siap-siap ajak pergi rumah kawan dia, katanya sekejap sahaja lagi pun tak jauh dari rumah dalam 5-6km sahaja pun.
Kenalan mak semasa satu majlis keraian untuk ibu tunggal yang disertai semasa Ramadhan, selayaknya umur seorang anak. Mak ajak pi menegok (orang tempat saya kata menengok ni macam pergi risik-risik keluarga perempuanlah tapi lebih kepada nak kenal-kenal). Kami dijamu laksa ikan segar yang baru naik dari laut, kemanisan ikan luar biasa. Mak dah berkenan sangat nak buat menantu. Berkenan dengan sikap hormat orang tua Cik Lily dan ramah pulak tu. Insyaallah berkat doa mak di bulan Ramadhan mana tahu kali ini Allah makbulkan. Abang saya pun dah 41 tahun umurnya.
Cik Lily dulu junior kat sekolah saya beza 4 tahun jugaklah bermakna bila saya dah Tingkatan 5 dia baru masuk Tingkatan 1 tapi saya memang tak kenal dialah. Sembang punya sembang rupanya mak menakan dia kawan sekolah saya. Keciknya dunia.
Selepas habis sekolah menengah inilah kali pertama kami berjumpa kembali, bayangkan selama 21 tahun tak berjumpa of coz la happy dan banyak cerita nak di kongsi. Dia kata saya tak berubah cuma sedikit kurus dan Dina pula anak perempuan saya kata cantik dan sangat lembut dan saya bersetuju dengan pendapat anak saya. Dina jugak tidak berubah masih lembut dan sentiasa senyum macam dulu.
Pagi tu dapat jemputan melalui FB adik untuk majlis rumah terbuka seorang kawan lama, junior setahun dari saya merangkap saudara sebelah mak jugak. Kali akhir jumpa dia masa dia Darjah 6 lepas tu dia berpindah ikut mak kandung dia duduk di Ipoh. Norazawati Daud walapun lama terpisah tetap ramah melayan kami. Beropen house di rumah baru tapi ini hanyalah rumah hinggap sebab mereka menetap di Kelana Jaya. Terima kasih Makcik Wati kerena jemput kami. Awak semakin cantik!
Masa sampai dia hanya mengenali adik, lama kemudian baru dapat recall saya. 'Jun! Laaaa...dulukan badan besaq dan tembam-tembam ja, awat jadi lagu ni'? Hahhaaa...ambik ko. Masa merubah segalanya.
Malam pulak aktiviti geng Sekolah Menengah Syed Ahmad, Tambun Tulang (sekarang Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad). Reunion. Adik ajak saya pi, sebenarnya tiada seorang pun dari batch saya yang pi saja temankan tukang jahit saya tapi dua-tiga orang tu saya kenallah jugak.
Makan-makan steamboat buffet di Reenas Restoran, di Jalan Raja Syed Alwi. Murah gila kot buffet dia Rm9.90 sahaja tapi awas makan sampai habis kalau tak depa akan charge harga makanan tak habis ikut timbangan. Sungguh saya lupa nak snap gambar restro dan makanannya, kalau tak boleh buat entri khas untuk review makanan kat sini.
First time pi sini saya memang tercangak-cangak sikitlah. Gambar tu oren ja pengaruh cahapa lampu warna-warni restro dan pengaruh kamera tak canggih. Konsep restro open. Dak pompuan tu berbisik tanya saya ni sapa? Hahhaaa...kesian kat dia.
Cerita Syawal 2 bersama rakan-rakan lama. Teringat zaman sekolah dulu-dulu tapi saya budak baik jadinya tak banyak kenangan pahit-manis sangat setakat kena berdiri kat tepi selepas perhimpunan kerana kasut tak berkapur tu biasalah!
Pagi Ahad yang kalut. Kejut-kejut kakak dia keraskan badan ja.
Bas pukul 9.45am, pukul 8.30am tak bangun lagi, baju pun tak kemas lagi. Geram.
Nak marah-marah nanti takut kakak makin buat perangai. Penyudahnya mak sabar jelah.
Kejut-kejut lagi. Dia pusing muka.
Cakap dengan dia nanti tertinggal bas.
Sambil mata tertutup dia jawab 'pasai apa ambik bas awai-awai macam ni'
Awalllah sangat anak oiii...!
Last mama mengalah jugak.
Kakak nak pakai seluar tu pakailah, mama tak kisah tapi raya nanti pakai jugak yang tu tak beli yang lain dah (iyalah tu mama).
Elok ja bangun senyum-senyum, ambik tuala pergi mandi.
Akhirnya dia menang jugak!
Kemas punya kemas, tunggu punya tunggu akhirnya 9.35am baru gerak dari rumah.
Pergi Hentian Kajang tu memanglah dekat tapi kalang kabutlah sikit.
Parking pun tak ada penuh dengan kereta dah jadi double parking.
Berhenti tepi bas turunkan barang. Laju pecut kereta cari parking. Tak ada jugak.
Pusing lagi sekali dan hentam ja parking tepi jalan coz mak dan kakak dah nak naik bas.
Drebar pun dah terkumat-kumit mulut dia membebel pasainya ada dua orang lagi belum sampai tapi depa nak tinggal ja. Alhamdulillah time-time genting seperti tu sampai jugaklah mak cik tu. Kalau tak kesian.
Dah habis sesi lambai-lambai, sesi Alya nak beli jajan kat 7-E pulak. Layanlah.
Masuk kereta terkujat.
Alahai. Beg bekal mak dan anak tertinggal.
Telefon katanya dah nak masuk Plaza Tol Bangi.
Tak apalah tak ada rezeki kata mak. Tapi hati rasa ralat sangat.
Bukan apa awal pagi tu mama bawa mak tok keluar beli sarapan. Mak tok kata macam sedap ja sambal ikan bilis yang agak kering tu. Bungkuskan untuk mak. Nasi lemak sambal ayam untuk kakak. Beli biskut dan megi cup sebagai bekal jugak.
Pecut ke arah Lebuhraya Utara-Selatan keluar ikut Plaza Tol Kajang, telefon mak lagi rupanya bas depa dah sampai simpang ke New Pantai Expressway (NPE) simpang Kuchai Lamalah tu. Nasib baik bas tu pergi Pudu Sentral dulu kitaorang pun teruslah ke Jalan Duta.
Kerana nasi lemak sambal tumis ikan bilis dan demi kasih sayang pada mak relaku drive sampai ke Hentian Bas Jalan Duta. Kejar bas yang mak dan kakak naik. Hanya Allah yang tahu bertapa puasnya hati bila beg makanan tu bertukar tangan. Alhamdulillah. Kalau tak mahu tak tidur malam dok memikirkan bertapa ralatnya hati.
Anak ku rindu. Akhirnya dpat jugak dia pakai seluar ni, katanya beli untuk raya tapi akhirnya mama terpaksa mengalah. Ada lagi warna lain yang dibeli tapi hatinya terpaut sangat dengan warna ni. Anak-anak sudah meningkat remaja mengikut trend katanya. Senyumlah dia!
Emak ku sayang. Pengorbanan mak pada kami tak bertepi selama ini. Keseluruhan kasih sayang tumpah padanya kerana sejak kecil kami dibesarkan oleh mak setelah abah pergi mengadap ilahi ketika kami semua masih kecil. Apalah sangat pengorbanan masa dan minyak kereta aku dari Kajang ke Jalan Duta tu.
Nak abadikan kenangan dengan Photo Book yang cantik sila klik sini!
Akhirnya selepas entri
STRESS yang menggugat hati dan perasaan, berita pula hampir menjadi basi tanpa menunggu si baju hitam balik dari Turki dan hanya berwakilkan si rambut putih (sila rujuk gambar di bawah) semua staff
Electrical Department telah mendapat surat masing-masing. Yessss!!!!!

Syukur alhamdulillah penantian penuh debaran Julai saban tahun diakhiri dengan senyuman dan hati yang berbunga-bunga. Rezeki Allah pada setiap hambanya. Nak tahu apa yang membuat Aina tersangat senang hatinya sila rujuk gambar di bawah.

Surat inilah yang boleh membuat semua orang tersenyum tapi ada jugak yang mengerutkan dahi tapi Aina terus tergelak besar. Walau apa pun isinya senyum mesti mau manis. Rezeki janji Allah pada setiap hambanya kalau sedikit syukur alhamdulillah kalau banyak pun syukur alhamdulillah... Berbelanja ukurlah di badan sendiri.
Inilah dia yang di tunggu. Siapa yang tak suka sekiranya angka-angka pada slip bayaran gaji bertambah tapi angka-angka yang di bayar pada LHDN juga bakal meningkat (peringatan-jadilah rakyat yang baik, bayarlah cukai pendapatan anda).
Masih lagi menunggu kerana surat kali ini hanya mengumumkan kenaikan gaji dan janjinya bonus ada surat yang akan menyusul! Keadaan ekonomi juga baik dan projek juga bertambah banyak jadi harapan semua staff bonus juga akan meningkat tahun ini!
**Sekadar berkongsi kegembiraan bersama teman-teman di alam maya.