Pasar Koto Baru, Rumah Gadang, Malim Kundang
Hari ketiga kami di Bukit Tinggi, perancangannya hari ini akan ke Padang tapi tak sangka pulak pagi-pagi lagi Aldi dah cadangkan kami bertolak ke Padang mungkin dia mengejar booking untuk petang kerana selepas sampai di Bukit Tinggi Ricky menggantikannya sebagai pemandu. Tak sempatlah hendak pergi ke Hajah Rosma, Pasar Aur Kuning mahupun tempat-tempat sulaman yang selalu di ceritakan dalam blog. Selepas sarapan kami berkejar sekali lagi ke Pasar Atas coz daddy nak tukar barang. Dua jam kat situ, sempatlah juga beli barang-barang sedikit. Lepas tu kami bertolak. Hari isnin yang sangat macet. Rupanya kami melalui pasar pagi yang sangat sibuk. Jalan pulak kecik, 2 jam terperangkap kat situ sahaja.
Sama seperti di Kota Bharu, Kelantan. Kat sini kebanyakan peniaga adalah terdiri dari kaum wanita. Pasar ini sebenarnya pasar borong.
Kami ambik peluang bergaya dengan pakaian pengantin di sini. Kalau tak cuba mahu balik teringat-ingat pulak. Nak datang lagi entah bila pulak. Abang suka spoilkan gambar tapi yang ni senonoh sikit.
Panglima Melayu. Suka gambar adik yang ni. Adik mengenakan baju sama warna dengan mama dan abah.
Kakak bagai puteri dalam persalinan berwarna ungu. Cantik sangat, mama suka.
Mak tok pun tak lepas peluang nak jugak try jugak. Dah sampai mestilah cuba kot-kot balik Malaysia pejam mata dok teringat-ingat pulak.
Gambar ini sebenarnya bukan nak tayang adik tapi nak tunjukkan betapa halusnya ukiran kerja tangan orang Minang. Sangat cantik. Kalaulah dapat buat rumah macam ni bestnya.
Akhirnya kami late lunch lagi di Rumah Makan Palanta. Menghidangkan makanan laut. Pak Tuan pun berangin lagi. Muka dah ketat masing-masing lapar sangat. Pulak tu bawak ke tempat makan yang odernya kena tunggu lama. Bakar ikan. Service memang lambat. Mintak air pun berjam-jam baru sampai sedangkan waktu tu tak ramai pun pelanggannya. Tak ada gambar ikan bakar yang di snap, penat layan angin Pak Tuan.
Adik suka laut. Sejak sampai sehinggalah makanan terhidang dia tak jemu-jemu mengadap laut. Banyak soalan-soalan yang ditanya termasuk macam mana ombak terjadi. Susah omak nak jawab, guna ayat-ayat sains nanti anak pulak tak faham.
Akhirnya kami check in di Edo Hotel. Memang tersangatlah letih seharian dalam perjalanan. Kalau ada lain kali memang masa akan di habiskan di Bukit Tinggi sahaja tak mau singgah Padang lagi. Perancangannya nak bershopping di Ramayana ataupun sekitar pasar di Padang tetapi dah tutup pulak. Siang esoknya ingat nak habiskan rupiah yang ada tetapi hajat yang satu nak jugak buat. Bawak anak-anak tengok Malim Kundang. Malam tu je dapat keluar jalan-jalan sekitar pasar tu pun dah nak tutup tapi blouse, skirt, kasut semua murah-murah sangat kat situ.
Sarapan di Edo Hotel rate sama sahaja dengan Nikita Hotel yang kami dapat dari Aldi. Kalau teringin hendak bershopping di Ramayana bolehlah pilih hotel ini. Bilik luas dan selesa, bilik air pun bersih.
Panjat bukit kemain tinggi nak sampai sini, terhenjut-henjut van tu nak bawak kami semua dan barang-barang shopping. Melalui pantai dan melintas bukit. Akhirnya sampai jugak. Kalau kat Malaysia rasanya tak teringin kot orang nak pergi dengan keadaan tempat macam tu. Tulah jalan nak pergi tengok anak yang di sumpah ibu. masa balik ada budak minta sumbangan kononnya nak buat jambatan untuk kemudahan kat situ. Pejam mata bagi jelah seribu dua.
Aina memang nak sangat bawak anak-anak pergi sini. Tak kiralah ianya hanya mitos atau rekaan. Nak gak tunjuk kat depa jangan derhaka kat mak-bapak kalau tak mau jadi batu lagu tu...hahahaaa... Tapi tengok area situ macam depa buat balik ja batu-batu tu. Redah jelah.
Lepas tu kami terus ke bandara. Walaupun masih ada 3 jam dan Ricky ajak pergi makan dulu Pak Tuan berkeras tak mau makan. Takut tertinggal kapal terbang lagi sekali macam kat Sabah dulu...hahaaa... Kami check in dan lepak-lepak kat bandara. Lepas solat zohor kami semua masuk ke balai menunggu. Kapai terbang delay 20 minit.
Overall pergi Bukit Tinggi kali ini memanglah agak kechewa. Banyak tempat yang dah masuk senarai tak dapat pergi. Sedikit sejukkan hati bila tengok anak-anak dan mak nampak hepi ja. Di sebabkan hari pertama digunakan untuk ziarah seorang kawan jadinya aturcara kami di sana sedikit terganggu. Tiada yang lebih penting bila dapat memanjangkan silaturrahim yang telah lama terjalin. Alhamdulillah hajat ke rumah Iyen terlaksana jugak.