Raja Azura - Ikatan Yang Terlerai

4:37 PTG JunAina 0 Comments


Saat-saat bahagia...kini terlerai sudah.

Tabik pada KE dan bekas suami (Adzmin Tan Sri Osman), menyelesaikan masalah rumah tangga dalam diam tanpa publisiti dari mana-mana media juga pun. Profesional dalam menguruskan masyarakat sekeliling dan tidak mengecilkan hati mana-mana pihak. Rezeki jodoh pertemuan dan ajal maut Allah yang tentukan. Bermakna telah tertulis begitulah terlerainya ikatan suci KE dan bekas suami, berpisah secara baik.

Tanpa berita-berita panas keruntuhan rumahtangga mereka, tanpa gosip-gosip yang memanaskan telinga mereka secara rasmi berpisah. Menutup segala aib kedua belah pihak adalah jalan terbaik daripada menjaja dan menjadi bahan bacaan umum. Berapa ramai yang mampu begitu kerana kebiasaannya masing-masing akan menegakkan kebenaran sendiri dan menunding kesilapan pada satu pihak lagi.

Setiap rumahtangga ada ujian yang tersendiri, badai akan datang dan pergi cuba meruntuh benteng. Pertahankanlah selagi mampu andai tidak itulah takdirnya...rezeki jodoh telah berakhir bersamanya. Jangan bekas suami di jadikan musuh kerana anak-anak akan menjadi mangsa. Biarlah kita membawa haluan masing-masing tetapi jangan dipisahkan anak-anak dan bapa juga keluarga disatu lagi pihak.

Walau apa juga situasinya, walau siapa juga yang bersalah kesedihan tetap meraja dihati, bertahun-tahun berkongsi kisah suka dan duka tiba-tiba teman sebilik sudah tiada. Semasa Ijab & Kabul menerima seribu ucapan berbahagilah sehingga ke anak cucu tetapi segalanya musnah dipertengahan jalan...berderai...
Begitulah hati akan tersentuh dan bersedih dengan kenangan lalu...mengenang lewatnya hari-hari bahagia.

Buat KE perjalanan hidup masih jauh...TABAH & REDZA...
Mungkin Allah sedang menguji dan suatu hari tidak mustahil bahagia yang pergi akan berganti dengan seribu kebahagiaan yang lain.

You Might Also Like

0 Rider Beraksi: