Deepavali - Perayaan Cahaya Nan Meriah
Petang semalam sempat ke Jalan TAR, Pak Tuan jemput dalam misi memujuk isteri yang patah hati. Sanggup datang ke pejabat dari Kajang, edisi menebus kesilapan dan kelalaian sendiri. Buat-buat jual mahal. Panjat juga motor pergi makan.
Makan-makan kat Nasi Kandar Sathik (betul ke ejaan nih?). Satu pinggan nasi kandar berlaukkan daging dan telur dadar dibahagi dua ke dalam pinggan kosong, segelas barli panas juga syer. Selepas tu jalan-jalan kat Jalan TAR. Beli maruku untuk Deepavali. Nak raya rumah mesti ada hidangan utama. Laddu nampak best tapi jalan dengan Pak Tuan jangan harap dapat beli.
Sejak 2-3 hari lepas Kajang Utama sudah mula sibuk dengan kehadiran kaum India yang agak ramai luar biasanya. Mungkin mereka antara penghuni yang 'balik kampung'. Pulang merayakan Diwali bersama keluarga tersayang.
Jiran-jiran sejak pagi semalam sibuk membuat 'kolam' di pintu rumah masing-masing. Tradisi menyambut perayaan cahaya. Rumah pun siap dicat, dikemas dan digantung pelbagai hiasan serta lampu lil-lap. Meriah. Itulah kelebihan kita yang berbilang bangsa.
Satu yang tak bestnya bila bab mercun. Rayalah apa jua pun sangat-sangat meriah dengan bunyi mercun sana-sini. Hari Raya Cina rasanya tak pula kedengaran lantunan bom kecil ini. Kadang-kadang bila difikirkan umpa duduk di medan perang. Jiran paling atas India di balingnya mercun ke bawah dan elok sampai kat tepi tingkap rumah Aina di tingkat dua terus meletup. Nasib baik tak ada sakit jantung, kalau tak kena panggil ambulan. Paling kesian jiran bawah rumah Aina, dua-dua dah uzur. Mesti asik-asik terkejut.
Sejak malam tadi tidak henti-henti lantunan mercun. Percikan bunga api pelbagai warna juga. Dendangan lagu-lagu Tamil segenap ruang. Redza. Hidup berjiran. Pagi ini ibu-ibu sibuk menatang dulang ke kuil dengan sari yang cantik. Manis sanggul dililit bunga melur. Bertanda di dahi mengikut tradis agama.
Selamat Menyambut Deepavali.
meriahnyee . mesti best :)
BalasPadamAlhamdulilah rumah akak tak teruk. just bunyi kejap je. then aman.
BalasPadamnasi kandar sathik tu sedap tak? nak jugak try..hihihih..
BalasPadamsekarang ni, raya cina ke, india ke, melayu, semua main mercun...kita tgk masa krismas nanti macam mana..:)
wak pon cuti2 pontianak jugakkk.. ehhheeE
BalasPadamAssalamualaikum Aina
BalasPadampandai Pak Tuan memujuk...
Seronok gak dapat tengok kemeriahan tu. Warna warni. Yang tak best, mercun. Sini pun sama. Mercun panjang plak tu. Lambat habis letup nya. Grrrrr
BalasPadamdekat sini pun dh 2 mlm bunyi mercun :-)
BalasPadamYg KA suka bab cuti2 tu aje
BalasPadam