Bermain Dengan Bunga, Kain dan Agar-agar Kering

2:54 PTG JunAina 5 Comments

Masih berbaki 23 hari sebelum majlis berlangsung, persiapan sudah semakin rancak dilakukan. Perancangan majlis berjalan dengan lancar kecuali satu dua perkara yang melibatkan menu. Keluarga besar jadi bila ada kenduri-kendara pastinya ada yang ingin tumpang kenduri. Sepupu di kampung dengan senang hati ingin menyediakan acar rebung untuk kenduri, seorang emak saudara pula berniat untuk sama memeriahkan majlis dengan gulai ikan kering bersama nangka. Jadi menu sedikit bertukar dari gulai daging kepada masak putih daging kata orang tempat saya tetapi orang luar sebut kurma daging. Selagi majlis tidak berlangsung selagi iulah pasti ada perubahan-perubahan kecil menu kerana di kampung masih mengamalkan masak secara gotong royong. Seperti biasa mak akan serahkan bab dapur kepada adik-adik dan ipar duai sahaja.


Baju pengantin masih di dalam pembikinan, kata tukang jahit nak buat baju pengantin perlu berada dalam mood yang baik. Tak boleh serabut dengan masalah nanti idea lambat datang. Nampak gaya baju sudah mula digunting setakat semalam. Tukang jahit adalah adik saya sendiri yang lebih di kenali sebagai Cik Ja dalam keluarga, kami tinggal di tingkat yang sama jadi tiap-tiap hari kakak akan buat spot check lepas tu membebel. Baju pengantin package sekali dengan simple viel.


Baju untuk kakak-kakak pengantin pula juga berlaku sedikit perubahan, hajatnya nak menggunakan warna mint green tetapi bila ke Laila Fabrika yang menjual kain secara borong warna tersebut sudah habis. Terpaksa memilih warna lain. Kami menggunakan warna yang kontra dari pengantin untuk majlis di rumah emak. 9 pasang untuk anak serta cucu perempuan menggunakan sekayu kain, untuk lelaki beli sahaja ready made kecuali untuk adik bungsiu Syafiq yang akan menjadi pengapit, memilih warna yang sama bila buah hati telah menyiapkan baju berwarna ungu mengikut tema.



Ini dah lebih tukang jahit siapkan baju dia dulu kali ini, warna pilihan kedua atas persetujuan bersama. Umi nak warna kuning tapi kakak Hayani tak berkenan, last-last pilih warna mam jelah.


Masih berkira-kira hiasan untuk goodies walaupun sudah ada idea asal namun saat-saat begini terasa ingin mengubah idea asal pulak. Mak pun sudah memulakan projek agar-agar kering yang saya cadangkan untuk goodies, semampu mak jelah buat kalau tak cukup akan ditambah dengan benda lain seperti kerepek atau kacang-kacang. Yassin yang ditempah telah siap hanya menunggu masa untuk ambil sahaja. Harap semua dapat disiapkan sebelum tarikh tersebut. Kerja-kerja akhir goodies akan dibuat di kampung tapi saya tidak risau sangat sebab bila balik sudah ramai pembantu-pembantu yang menunggu.


Hendak menaja pembantu-pembantu cilik dengan baju seorang sepasang memang tak mampu walaupun niat tu ada. Jadi mungkin saya hanya akan menyediakan bunga kepala buat mereka, hanya untuk menggembirakan mereka dan memeriahkan majlis. Sepupu-sepupu sebelah rumah mak 4 orang anak dara itulah yang akan jadi pembantu tetap nanti. Dari menyiapkan goodies, memasang meja beradab, membuat mini pelamin dan memberi goodies kepada tetamu. 


Agar-agar kering dalam pembikinan, cuaca panas dan kering di Pelis mempercepatkan proses mengeringkan agar-agar.



Berangan nak buat ‘flower crown’ tapi menggunakan warna mengikut tema, bab ni kena gigih sikit sebab saya keras tangan.


Tak sabar menunggu cuti Raya Cina walaupun terpaksa menempuh jem yang panjang tetapi semangat tetap kuat untuk percutian seminggu di kampung. Doa yang terbaik agar mak sihat pada tarikh tersebut begitu juga anak-anak, menantu-menantu serta cucu-cucu mak agar semua orang dapat meraikan majlis dengan pnuh gembira dan meriah.




Sirih junjung ‘trail version’ sudah siap Cuma nanti pasangkan daun sirih tulin, pinang dan kapur. Bunga pun sudah siap digubah untuk kegunaan majlis. Emak memang pandai bab  gubah mengubah, menjahit sehinggalah memasak. Sampai sekarang pun masih suka masuk pertandingan berkaitan. Warna tema awal purple putih dan mak tetap kata dia pilih purple dan pink sedangkan kain dah beli purple dan putih. Hentam sajalah labu.


You Might Also Like

5 ulasan:

  1. Bila baca segala persiapan yg keluarga Aina termasuklah Aina juga buat kakak pulak teruja nak tunggu majlisnya. Mesti org yg diraikan terharu dan gembira. Yelah macam Aina kata lama dah mak menanti utk penyatuan yg dinantikan ini kan...

    BalasPadam
  2. fuhhhhhhhhhhhhhh mmg busy kak kalo buat majlis besar gini.... dari sebesar2 benda sampai ke sekecik2 benda...lieya ni pun in sha Allah tahun ni busy dgn keja kawin....adik yg last nak kawin....bulan 2 ni tunang....tu pun dah pening nak sedondonla bagai.....

    kak agar2 kering tu sedapnye...payah nak jumpe skrang...dulu arwah nenek mmg rajin buat...

    BalasPadam
  3. CM doakan selamat perjalanan pergi dan balik, serta majlis selamat diurus dengan baik. Take care and enjoys..

    BalasPadam
  4. Salam 2016 Aina,lama tak menyinggah sini. Apa khabae?

    Bila baca cerita awak ni saya teringat kpd bonda saya Aina, bagaimana keterujaan seorang ibu nak menyambut menantu. Mak saya juga satu masa dulu sama dengan mak awak tu. Bunga Pahar masa kawen saya mak buat sendiri tau, tambah lagi anak bongsu dia ni keras tangan hihi...
    Nampaknya kakak lebih lagi terujanya ni. Wah tak sabar nak melaram nampak hihi.... Cantik warna terquoise tu Aina...

    Saya doakan moga segalanya berjalan dgn lancar ye...

    BalasPadam
  5. wamboii bizinya kalah mak pengantin ye..takpelah sama sama beramai ramai memeriahkan majlis kan...janji semua gembira..insyaallah

    BalasPadam