Resepi Cornflakes Coklat Sempoi


Gigih kerjakan biskut kat rumah. Sebenarnya saya salah menghitung hari, mabuk puasa kot. Sangkanya masih ada dua kali Sabtu sebelum mula bercuti jadinya sambil lewa sahaja siapkan biskut konon masih ada masa. Bila anak bagi tahu hanya lagi seminggu akan balik kampung saya naik angin juga sampaikan dia ambik kalendar dan tunjuk. Masa tu sedang berbaring selepas berbuka puasa terus bangun, duduk dan menung. Kemudain bingkas ke dapur buat biskut. 


Almond London yang dibiarkan bogel buat sementara waktu tetapi sejak dua malam lepas saya gigih celup coklat hasilnya berbalang-balang saya dapat. Teringin? Lihat kat sini. Malam tadi pula saya gigih buat Cornflakes Coklat Sempoi. Kenapa sempoi? Sebab saya hanya gunakan 2 bahan asas utama.



cornflakes coklat sempoi

Hasil kerja keras semalam dapat 3 balang malam nanti mungkin lagi 3 balang tu pun tak cukup lagi kena jadikan 8 balang.


Resepi Cornflakes Coklat Sempoi

Bahan-bahan:

Cornflakes
Coklat bar (belilah kat kedai jual barangan buat kek saya beli yang besar nak lagi sedap beli coklat yang mahal).
Sedikit butter untuk kilatkan coklat (tak ada pun ok ja).


Cara-cara:

Masak air dalam periuk.
Potong coklat kecil-kecil dan masukkan dalam mangkuk berasingan.
Letak magkuk atas periuk, hanya perlukan wap sahaja tak perlu dimasukkan mangkuk ke dalam air.
Masukkan sedikit butter.
Kacau sehingga coklat cair.
Angkat.
Ramas cornflakes sedikit.
Masukkan ke dalam mangkuk berisi coklat.
Kacau rata.
Cedok dengan sudu masukkan ke dalam cup.
Hias dengan manik urai.
Masuk ke dalam peti ais sekejap sekadar untuk keraskan coklat.


Mudahkan? Tak perlu oven untuk membakar pun. Anak-anak pun suka. Biasa orang lain buat letak badam dan perasa hazelnut tapi saya tak nak sabotaj raya suami kerana dia tak boleh makan semua tu. Jadi mengalah jelah asal suami pun enjoy biskut mudah saya ini. Satu lagi jimat kos!



Fesyen Tudung Raya


Baju raya dah ada tema Grey, emak yang pilih. Jadi kami adik beradik ikut sahajalah bukan setiap tahun kami ada tema macam ni. Sesekali apa salahnya mengikut kehendak mak pula tu. Misi mencari tudung tapi bukanlah tudung saji. Tudung untuk menutup aurat selayaknya menurut syarak.


Pening kepala bila berjalan di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pilihan tudung banyak sangat sampai rambang mata dan akhirnya balik begitu sahaja tanpa membeli tambahan pula orang sangatlah ramai. Masih mencari-cari di butik online pula, masa sudah suntuk untuk oder dalam talian. Ada yang sangat berkenan tapi tak ada stok pula (nanges).


Koleksi radiusite. Berkenan dengan warnanya, keduanya sesuai dengan baju saya tahun ini tapi sayang semuanya telah kehabisan stok. Cantik ja selendang tu, geram tapi tak ada rezeki.








Tudung di butik fareedascarf, saya suka jenis selendang macam ayu gitu bila pakai. Tapi butik Fareeda punya tudung tak mampu pulak nak membeli.




Selendang edastboutique ini pun boleh tahan cantiknya. Suka tapi samalah barang cantik cepat sahaja kena grab, out of stok juga. Lap-lap air mata.



Jumaat nanti gigih nak tawaf Jalan Tuanku Abdul Rahman dalam misi mencari tudung. Asalnya tudung Ariani menjadi idaman tetapi bila memikirkan pergi kerja naik motor dan awning selalu sangat rosak rasanya tak salah mengubah selera pakai selendang pulak. Selendang tak kurang menariknya, pelbagai fesyen, pelbagai gaya. Pemakaian pula ikut kretiviti sendiri.



Belilah di mana pun tudung paling penting mengikut landasan syariat kerana memakai tudung adalah untuk menutup aurat bukan sekadar menutup rambut sahaja. Berfesyen juga perlulah sesuai dengan keadaan, banyak fesyen tudung zaman sekarang direka sesuai dengan tuntutan agama. Tepuk dada tanyalah hati.