Dari London, Paris ke Kajang
Bos kecik datang kat workstation dengan wajah serius.
'Awak bawak kereta tak?'
'Bawak tapi datang kerja tak bawaklah'
'Kereta apa?'
'Saga BLM je En. Rashid'
'Ohhh...ambik ni gantung kat kunci kereta lepas Tol Kajang je awak akan sampai ke London tak payah buang duit beli tiket MAS'
Fuhhhh...cuak kejap. Terus ketawa dan diketawakan dek budak-budak lain.
Bos saya baru balik dari London atas urusan kerja, alang-alang dah sampai sana dia sambung cuti seminggu dan bawa isterinya bersama. Menyelam sambil minum air. Keychain Paris tu pula pemberian kawan sepejabat yang pergi bercuti ke sana bersama isterinya, selepas bertahun-tahun menunggu akhirnya mereka bakal menerima cahaya mata tidak lama lagi tetapi bukanlah jadi di Paris sebab masa ke sana doktor sahkan isterinya mengandung 3 minggu.




