Selamat Tahun Baru 2013




Hari ini hari terakhir tahun 2012. Banyak pahit, manis, suka, duka, senyum serta ketawa yang kita lalui dalam tempoh tersebut. 12 bulan yang panjang dan menjadi terlalu singkat di pengakhirannya. Terlalu pendek apabila dikenang. Esok bermakna akan mengubahkan angka-angka pada umur kita apabila tiba bulannya kelak. Bermakna semakin pendek perjalanan penghidupan kita.

Azam tahun baru rasanya samar-samar. Tiada yang istimewa cuma meletakkan azam jangka panjang untuk 5 tahun akan datang. Azam jangka panjang yang pertama dalam proses pindah milik, alhamdulillah. Azam kedua kereta idaman dan yang ketiga sebagai Rider Sejati pastinya motor idamanku. Tahun 2013 tambah lagi satu azam jangka panjang iaitu kalau dapat nak tukar title dalam pekerjaan. Harapan agar akan dapat promotion/kenaikan pangkat sebelum berakhirnya lima tahun.

Masa berjalan. Kian suntuk untuk kita. Aturlah perjalanan sebaik mungkin. Seimbangkan perjuangan, berjaya dunia bahagia di akhirat. Semoga segalanya dipermudahkan untuk kita. Azam sudah ada berusahalah dengan lebih giat. Moga di pengakhirannya akan ada bunga-bunga bahagia.


Berderau Kata Orang Perlis

Hari ini ada kenduri. Jiran blok sebelah kahwinkan anak. Masak secara gotong royong atau kata orang Perlis berderau. Best. Masak ramai-ramai. Sambil pot-pet pot-pet tangan jalan potong bawang, kupas kentang, potong cili, basuh ayam, potong daging dan macam-macam lagi. Masa inilah ukhwah yang terjalin semakin erat adanya.

Semalam selepas balik mencendol bersama Group KKA terus ke tempat berderau. Sambung goreng ayam sampai magrib. Ingat lepas magrib nak juga menjengah lagi tetapi mata sudah berat, badan sudah letih kenyang makan pasembor dan cendol, makan ice cream dan durian crepe Kak Cik Seroja...hehehee...

Selepas solat isyak terasan tangan kiri membengkak start sakit di bahagian tapak tangan. Hairan jugak. Adakah kerana tangan ini jarang memasak makanya bengkak bila mengangkat ayam dengan jumlah yang banyak atau ada masalah lain. Pagi ini urat-urat tangan sudah tidak kelihatan. Tapak tangan sakit bila digerakkan. Aduhhh...

Pagi ini sambung berderau. Pukul 8 pagi tercegat depan rumah tempat memasak. Hanya tengok bila tangan tak berapa mengizinkan untuk buat kerja. Tolong tengok jelah. Balik rumah sambung kerja kat rumah dalam kesakitan. Sapa nak buat kalau bukan mak!

Berderau best! Apa taknya selama ini bila berjumpa senyum-senyum ja, bila berderau macam ini boleh la bertegur sapa dan beramah mesra. Mengertkan ukhwah yang sedia ada. Jap lagi nak gi kenduri. Selamat makan coz sakitnya tangan kiri tangan kanan masih ok dan mulut masih boleh terima makanan.