Celcom Luxury Watch Winners Campaign



Event : (X-PAX) To Reward First Batch Of Luxury Watch Winners



Motif tunjuk gambar kat atas? Ungu. Tentulah X-PAX! Biru di sampul surat tu tentulah Celcom yang menjadi tuan rumah. Majlis yang sangat meriah.


Ceritanya saya dapat jemputan ke event ini dari Nuffnang. Meraikan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang batch pertama 'Time to Realod, Win a Watch'. Kiranya X-PAX memberi reward kepada pengguna setia yang sentiasa top-up telefon bimbit dia orang. Kempen ini adalah khas untuk pengguna prepaid sahaja.


Chief Marketing Officer of Celcom Axiata En. Zalman Aefendy Zainal Abidin yang segak bergaya telah dengan gembiranya menyampaikan hadiah kepada 11 pemenang pada hari tersebut. Pada masa yang sama beliau sempat mewar-warkan produk terbaru iaitu X-PAX 24 HOURS yang bakal memberikan kehebatan berganda dan penggunaan bergaya buat pengguna-penggunanya.



Tetamu-tetamu jemputan yang hadir. Media, blogger, pemenang dan juga petugas X-PAX. Riuh rendah menggamatkan suasana. Menumpang gembira. Saya suka UNGU!



Hadiah yang bakal di terima pemenang-pemenang. Jam tangan bernilai Rm10k. Hanya top-up dan guna, anda bakal memenangi jam mewah tersebut. Guna, guna dan guna tiba-tiba dapat hadiah jam. Nak tak? 




Ini pula bakal menjadi (telah menjadi) pemilik hadiah pertama. Jam bernilai Rm30k. Berbaloi-baloi bagi pemenang yang menerima jam ini. Nampak hebat bergaya di tangan. Bertuah lah badan. Nak beli tak mampu bila dah dapat macam ni haruslah melompat bintang!




Pemenang memegang hadiah masing-masing dengan dihujani hujan buatan tapi hujan kertaslah. Semua tersenyum gembira dengan hadiah masing-masing. Puas hati. Terasa diri di hargai! Selepas ini semakin bertambahlah penggunaan telefon dia orang manalah tahu ada rezeki kali kedua! Pemenang utama berbaju biru memenangi jam bernilai Rm30k iaitu Encik Md Noor Haizan.



Jangan risau, usah bersedih anda semua masih ada peluang lagi untuk memenangi jam-jam tersebut kerana ini adalah batch yang pertama. Masa masih ada. Syarat-syarat penyertaan boleh rujuk xpax.com.my pasti anda semakin teruja dengan jam-jam yang di paparkan di sana.





PBS, Band Saya Jadi Pening

Sabtu. Hari ini saya terpaksa kerja. Pelik bila sudah lama tidak bekerja pada hari Sabtu. Anak-anak pun tertanya-tanya, almaklumlah rasanya hampir setahun juga Sabtu menjadi hari saya duduk rumah, masak serta makan sakan-sakan dengan anak-anak ataupun bawak depa keluar jalan. Paling tidak pasti penuh telinga anak-anak dengan bebelan mak!

Semalam saya cuti pergi sekolah, memantau perkembangan persekolahan anak-anak. Jumaat lepas sekolah abang tapi mak tak perlu ambik cuti kerana perjumpaan sebelah petang (untuk makluman Jumaat saya kerja separuh hari). Bila tidak lagi bergantung kepada peperiksaan semata-mata dan band menjadi pengganti mak sedikit pening. Almaklumlah dulu-dulu jumlah markah menjadi penilaiannya. Abang Tingkatan 1, perintis PBS untuk sekolah menengah. Pada akhir perbincangan saya tanya cikgu tentang abang. Cikgu kata dia pernah begaduh di sekolah, seorang kawannya telah menerima tumbukannya (saya tahu perkara ini abang bagi tahu sendiri). Cikgu kata puncanya bila kawan ejek nama bapanya. Saya faham. Di tinggalkan ayah sejak bayi, kemudain betul-betul menjadi yatim ketika berumur 9 tahun segalanya betul-betul menyentuh hatinya. Saya tak salahkan dia. Tetapi cikgu memuji sekurang-kurangnya dia mahu berkongsi kisah dukanya bersama cikgu, bermakna dia boleh dibantu. Itu kisah Jumaat lepas.

Semalam saya ke sekolah kebangsaan pula. Jumpa cikgu adik. Kelas lenggang mungkin sudah ramai ibu-bapa yang sudah pulang tetapi kedatangan nama saya berada di nombor 20. Jam menunjukkan 8.40am. Berbeza dengan kelas pertama dan kedua, kelas kedua terakhir ibu bapa tidak ramai menunjuk minat untuk mengambil tahu pelajaran anak-anak. Berbanding kelas pertama dan kedua ibu-bapa berpusu-pusu dan panjanglah barisan yang menunggu. Bagi saya di manapun kelas anak kita pemantauan perlu. Dia anak saya saya tetap bangga dengan dia. Keseluruhannya pelajaran adik baik, dari pendiam sudah mula aktif bercakap bila di tanya, pelajaran bertambah baik, attitude pun baik. Kata cikgu penilaian melalui band ini juga menerapkan nilai-nilai murni kepada murid, memantapkan cara berkomunikasi juga bukan sahaja pandai dengan mendapat 5A tetapi mereka didik untuk berani bercakap dan penuh nilai-nilai murni. Adik pula perintis PBS bagi sekolah kebangsaan.

Di sebabkan semalam tidak bekerja jadinya dapatlah saya menjadi ibu yang baik. Sebelum berbuka semuanya telah terhidang. Lengkap. Nasi putih, siakap masam manis, ayam panggang lada hitam, ikan talapia bakar (untuk abah), salad telur dan air asam. Nescafee panas untuk abah dan air laici untuk anak-anak, mama minum air soya. Lega. Sekurang-kurangnya saya dapat menjadi ibu yang sempurna semalam. Sempat juga membakar sebiji kek coklat permintaan adik.

Walaupun tidak bekerja hari saya tetap penuh. Penuh aktiviti dengan anak-anak, aktiviti di rumah. Segalanya nampak tidak sempurna bila ada sedikit masa lebih. Tak mampu rasanya hendak berehat bila ternampak habuk di telivisyen, kipas mahupun melangkah atas lantai yang melekit. Pengakhirnya cuti tetapi tetap penat. Penat dengan urusan rumah tetapi hati puas.




Buat Kak Anim terima kasih daun keladi, kecil tetapi sangat bererti. Semoga ukhwah ini akan terus berpanjangan dan kita berjodoh untuk bertemu suatu hari nanti.