Voluntary Separation Scheme Tetapi Terpaksa

Ramai yang kehilangan kerja sejak akhir-akhir ini bukan sahaja bidang saya bekerja iaitu Oil & Gas namun bidang-bidang lain juga, ada kilang yang ditutup, bank-bank juga mengurangkan pekerja. Cuma yang tak terjejas dari segi pembuangan ini adalah bagi pekerja kerajaan yang tetap tetapi bagi pekerja kontrak tetap akan terjejas.




Sukarela tetapi sebenarnya kami di paksa secara rasmi dan terhormat. Hari ini hari terakhir bekerja tetapi barang-barang masih belum masukkan ke dalam kotak. File-file drawing masih di atas meja seperti esok akan masih ada di sini sedangkan kawan-kawan yang lain telah membawa balik barang-barang peribadi masing-masing.




Hari terakhir saya tetap tersenyum dan full of energy. Pakai cantik-cantik sebab pasti ada sesi bergambar sana-sini, sesi gelak-gelak sampai petang walaupun ada yang sibuk menguruskan hal berkaitan Lembaga Hasil Dalam Negeri.



Saya tetap sayang dia sebab dia bos paling baik pernah saya jumpa, dari support urusan kerja sehinggalah bab-bab urusan keluarga terutama anak-anak. Selepas saya di berhentikan di syarikat lama dia bawa saya masuk ke sini. Insyaallah masih berharap agar dia masih sudi menelefon saya dan menawarkan kerja pada masa hadapan.


Sedih? Tipu kalau tak ada rasa itu kat hati namun saya tetap memandang semua yang terjadi secara positif. Allah telah mengatur sebaik mungkin buat setiap hambanya mungkin inilah masa yang Dia beri untuk saya tumpukan lebih perhatian kepada anak-anak buat sementara waktu. Insyaallah Dia akan beri yang lebih baik untuk saya di masa akan datang. No body knows tiba-tiba esok ada yang call dan tawarkan kerja.

Kehilangan Kerja Pemberhentian Sukarela

Selepas satu tahun 9 bulan berkhidmat segalanya ternoktah di sini, dengan berat hati dengan seribu kesedihan mengiringi sebuah perpisahan. Walaupun tak lama namun saya cepat serasikan diri di syarikat ini. Selepas kehilangan kerja di tempat lama saya mendapat tawaran di sini melalui Head Of Department Wim de Vos yang telah berhijrah di syarikat tempat saya bekerja sekarang. Tak sempat berehat tamat sahaja di tempat lama cuti seminggu terus masuk kerja di tempat baru. Ada yang telah lama saya kenal ada juga yang baru pertama kali berjumpa namun semuanya cepat mesra.


Ekoran kejatuhan harga minyak yang menjunam, krisis ekonomi yang berpanjangan telah melebihi 18 bulan semua itu memberi kesan yang agak drastic kepada syarikat. Walaupun ada kontrak selama 5 tahun namun client juga menghentikan projek atas alasan keewangan. Satu lagi projek juga ditangguhkan oleh client yang berlainan. Workshare dengan sebuah syarikat di Arab Saudi yang diharap dapat membantu juga tergantung tanpa ada penyelesaian.


Akhirnya syarikat tidak lagi mampu untuk membayar pekerja yang tidak ‘charge’ pada projek. Cashflow semakin meruncing dan memaksa syarikat mengeluarkan pilihan VSS kepada staff dan department saya merupakan antara yang tertinggi charge `overhead’ jadi kami tidak ada pilihan lain. Beramai-ramai kami isi VSS form sebab sekiranya nama berada di dalam ‘retrenchment list’ dan kami tidak mengisi VSS form kami akan rugi sebulan gaji. Saya pilih untuk isi VSS dengan alasan saya memang sudah tak charge project sejak sebulan yg lalu.


Mula-mula rasa sedih, rasa stress tetapi saya masih kawal supaya anak-anak tidak terasa, suami tidak bertambah stress. Sehingga sekarang saya sudah mampu menerima semua yang terjadi. Allah s.w.t sedang merancang yang lebih baik buat saya. Itu ubat jiwa saya. Suami juga menyokong keputusan saya. Kami sama-sama merancang tindakan selanjutnya sekiranya saya masih menggangur dalam masa terdekat. Dalam keadaan sekarang memang agak mustahil untuk saya mendapatkan pekerjaan secepat mungkin dengan gaji yang saya miliki. Namun semua itu hak Allah, sekiranya Allah berkehendak maka jadilah ia.


Kali kedua dalam dua tahun namun itu bukanlah pengakhiran sebuah kehidupan. Berakhir di sini Allah akan buka jalan-jalan lain buat kita. Allah buka ruang untuk berjumpa dengan kawan-kawan baru, mencuba bidang baru dan belajar dari pengalaman. Saya insan terpilih untuk diuji. Saya bertambah kuat. Semua yang berlaku dengan izin Allah s.w.t juga. Dia tahu yang terbaik buat setiap hambanya.







Walaupun emosi tidak stabil sebagai seorang ibu turut rasa terhibur malihat anak-anak gembira. Menerima pelawaan sahabat baik untuk sama-sama bercuti di Grand Lexis Port Dickson untuk menenangkan hati yang sedang bersedih.