Milik Malaysia- Piala Suzuki AFF 2010. Go Tiger!!!

9:35 PG JunAina 0 Comments

 Photo - Credit to Metro

Puas memang tersangat puas hati, walaupun aku bukanlah peminat bola sepak tegar tetapi kali ini aku dah siap sedia depan TV awal-awal lagi setelah berpuas hati Malaysia menang Ahad lepas semasa perlawanan pusingan pertama di Bukit Jalil! Biasanya sekadar mengikuti perkembangan semasa tapi kali ini lebih kepada menyokong dan ingin melihat Garuda menyembah bumi! Bukan apa sakit hati dan menyampah sangat dengan penyokong Indonesia yang terlalu fanatik, menyalahkan penyokong Malaysia pada kekalahan lepas dan yang paling menyampah bila Presiden dia kata penyokong Indonesia jangan jadi macam penyokong Malaysia! Apa teruk sangat ke orang Malaysia ni?

Piala Suzuki kali ini mengangkat nama Mohd. Safee Sali sebagai penjaring gol terbanyak. Aku memang betul-betul berpuas hati dan pasti ramai yang memberi pujian kepada penjaga gol. Khairul Fahmi memang cemerlang, mempunyai gaya dan mutu dalam kelas tersendiri. Hebat! sebegitu banyak cubaan Indonesia dapat di patahkan oleh beliau. Gol kedua Indonesia sekiranya tidak terkena sedikit kepala pemain Malaysia juga mungkin dapat di patahkan oleh Khairul Fahmi.

Tahniah! Kepada semua pemain Malaysia. Semua pemain adalah yang terbaik! Kerjasama dan semangat yang kuat semua pemain membuahkan hasil terbaik. Permainan menentang Indonesia berada dalam kelas tersendiri dan semua peminat bolal sepak tanahair mengharapkan ia akan kekal dan akan meningkat mutunya kelak. Akhirnya Garuda tewas 4-2 kepada Harimau Malaya. Penantian 14 tahun berakhir sudah.

GO TIGER!!!!!!

You Might Also Like

0 Rider Beraksi: