Saya Budak Baru Belajar.

12:52 PTG JunAina 2 Comments

Memulakan blog ini pada tahun Mac 2010, bila bebanan kerja sedikit kurang. Telah lama aku memendam perasaan untuk memulakan blog sendiri setelah melihat blog geng blogger yang ada tetapi keadaan yang tak mengizinkan membuatkan aku lupakan hasrat buat sementara waktu.

Menjadikan  kak azie sebagai idola coz aku suka sangat membaca ngomelannya kat blog dia. Mula mengenalinya sekitar tiga tahun lepas bila aku mula join aktiviti anakperlis.com. Pertama kali mengenalinya membuatkan aku tidak kekok berada dalam rumpun yang baru, peramah dan periang tapi yang aku heran macam mana orang Perak boleh join aktiviti anakperlis...hahahaa...jangan marah ya nanti kena jual. Kehadiran kak azie bagai dah 10 tahun kenal padahal itulah pertama kali kami berjumpa, pertemuan pertama kali di Majlis Hari Raya Anakperlis.com tiga tahun lepas di rumah Dr. Dinon dan Kak E. Aku sentiasa mengikuti perkembangan blognya sebagai `silent reader' tapi sejak akhir-akhir ini ada juga aku comment kat entri dia. Dah `confident' sikit le tu...

Tuan punya badan...Kak Azie....gambar ini kalau tak silap pada majlis sambut puasa dan meraikan pengantin lama tahun 2010 geng-geng anakperlis.com

Mula menapak dalam dunia blogger dengan menggunakan kombinasi nama sendiri juneaina dengan entri yang pertama mentari-muncul-lagi. Juneaina adalah gabungan nama panggilan kawan-kawan kerana dikalangan keluarga dan kawan-kawan semasa belajar memanggil June. Aina pula adalah panggilan mesra yang di beri seorang kawan dan ia kekal sebagai nama timbangan ke dua terutama di kalangan sahabat anakperlis.com.

Masih banyak yang perlu dipelajari, dalam kekangan waktu yang agak terhad. Kesibukan kerja dan kesibukan menguruskan rumah dan anak-anak, tiada istilah goyang kaki kerana sekiranya kerja di pejabat agak berkurangan aku mula berkira-kira untuk punyai projek sendiri di rumah! Ingin juga menyertai aktiviti geng blogger yang mana mazidulakmal menjadi orang kuatnya, agaknya belum rezeki. Dari Ice Room sehinggalah yang akan datang pertemuan-bloggers-2010 rezeki belum menyebelahi aku untuk turut serta.

Buat semua salam perkenalan yang agak terlewat....

You Might Also Like

2 ulasan:

  1. Alahai terimakasih laaarr...

    Nanti bila-bila free kita join ler gatherng blogger. Tengok juga kesesuaian mana yang boleh. Bukan semua boleh join pun, sebab ada yang jauh ada yang tak kena tarikh..

    Apa2 nanti Kak Azie inform. Dont worry, belajar ler sampai mana pun, janji boleh belajar...

    BalasPadam
  2. thanks...k.azie...
    alangkah bahagianya jadi macam k.azie yang sentiasa happy...teringat2 gelak besarnya...hahhahaa...

    BalasPadam