Masak Sendiri Menu Rumah Terbuka

4:54 PTG JunAina 9 Comments


Hari ini pejabat tempat kerja saya tutup sebabnya memang kalau cuti umum jatuh hari Sabtu kami akan bercuti pada hari Jumaat. Hari ini saya akan sedikit sibuk. Masa pun agak sesak. Pagi-pagi kenalah tawaf Pasar Borong Selangor nak beli barang basah untuk projek MerdekaRaya di rumah saya. Tauke ayam fav saya tu mesti senyum meleret. Balik dari pasar kena uruskan sekolah anak-anak.


Petang sikit terpaksa keluar ke kedai perabot, nak sahaja saya tumbuk debushhh, debushhh. Ada ka patut mai hantaq rak kasut lepas tu kayu hat tingkat-tingkat bahagian dalam tak bawak. Saja ja tau Mat Bangla ni nak suruh saya ulang pi kedai dia. Balik kenalah singgah Econsave sebabnya barang-barang dapur bulan ini belum beli lagi.


Malamnya terpaksalah bersilat kat dapur sendirian. Pesanan buat Pak Tuan jangan buat apa-apa permintaan malam ni okeh, bini sibuk nak masak. Kek pun nak kukus malam jugak kot, masa terlalu mencemburui tapinya kuali besar saya satu ja. Itulah nak masak Rendang Ayam (read as kari ayam), kuali tu jugaklah nak kukus Kek Coklat alahaiii...fenin. Kukus kek guna kuali? Memang saya buat begitu, nanti rajin saya snaplah, pengkukus saya kecik ja tak boleh nak masuk loyang besar. Rebus nasi impit saya guna je rice cooker yang besar sikit tu, lega satu bab masuk tekan tunggu masak je. Kuah laksa saya masak hari ini jugaklah sebabnya kuah laksa ni lagi lamaaaa lagi sedapppp kuahnya tapi jangan le lama berminggu-minggu pulak.


Buat para tetamu, saya masak dengan penuh kasih tau. Letih tapi saya dengan gembira akan sambut kamo-kamo nanti. Insyaallah.



You Might Also Like

9 ulasan:

  1. haha..ketawa kak baca perenggan 3..babap nanti

    BalasPadam
  2. whoa!!!! letih Puan Rumah yeee...mesti meriah juadah nanti...selamat menjamu tetamu..selamat Merdeka Raya

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Aina

    waaaaa...
    tentu sedap tu

    BalasPadam
  4. Masak dengan penuh rasa kasih dan ikhlas...mesti sedap sehingga menjilat jari. Selamat menyambut Merdeka Raya :)

    BalasPadam
  5. Haha...mat bangla tu saja nak tengok adik manis.... sebab tu tu dia sengaja tinggal papan dia hehe
    Memang sungguh bersilatlah JA kalau periuk satu je!

    BalasPadam
  6. Nanti share di blog yea akak kisah open house akak

    BalasPadam
  7. setuju, kuah laksa kalu yg semalaman tu mmg sedap dan lagi pekat...

    BalasPadam