Raya Klinik Gigi Pun Cuti Panjang

8:29 PG JunAina 16 Comments

Raya ke-4 gigi mula buat hal. Ngilu. Gusi bengkak. Depa bakar satay bagai pun jamah sikit-sikit sahaja. Hazab beno. Sabar!


Bertolak balik Kajang esoknya. Makan pun ala kadar sahaja kerana bila kunyah gigi sakit, kalau biasa tak makan oklah pulak. Selasa dalam keletihan memandu keluar jugaklah pukul 11am pergi Klinik Gigi Impiana belakang Tesco Kajang, malang sekali tutup sehingga 14 Ogos belum habis cuti raya agaknya. Kecewa. Masuk ke Pakan Kajang, tinjau-tinjau pun sama juga klinik gigi kebanyakannya ditutup. Terus ke Bandar Baru Bangi, depan Econsave klinik tutup. Klinik Lisa Alis pun sama satu lagi klinik kat Seksyen 8 tu tutup juga. Pusing-pusing tak jumpa juga yang buka termasuk Klinik Gigi An-Nur.


Akhirnya buat keputusan ke Econsave beli lauk, kemudian terus ke Klinik Kesihatan Kajang, Jalan Semenyih pilihan terakhirlah. Tengah berkobar-kobar nak cabut gigi katakan. Masa daftar jururawat kata petang untuk temujanji sahaja tetapi kalau nak juga jumpa doktor boleh, rawatan doktor akan bagi hari lain dan nombor akan dipanggil akhir sekali selepas nombor-nombor yang ada temujani. Bayangkannlah waktu itu saya orang pertama yang sampai. Muka dah berkeru-kerut jugalah menahan kerenah birokrasi ni.


Saya istighfar banyak-banyak minta Allah permudahkan. Tak lama tunggu saya orang ke tiga yang dipanggil. Syukur alhamdulillah. Doktor periksa gigi cuma ada karies tak nampak kerosakan lain, kemudia pergi x-ray. Tunggu kejap doktor panggil masuk dan tengok x-ray gigi berlubang dibahagian sisi antara gigi. Katanya gigi masih cantik dia tak mau simply buang jadi doktor nak tampal. Bius. Baru ja nak cucuk sebelah dalam gusi saya angkat tangan tanda sakit. Doktor tak boleh nak tampal, akhirnya terpaksa cabut jugak.


Bila nak cabut doktor pesan kalau terasa sakit angkat tangan kiri, kemudian dia akan tambah sikit bius. Stress dia dok tolak-tolak gigi tu terasalah tiba-tiba rasa macam sakit sikit, terus angkat tangan dan doktor pun tambah ubat bius dan try untuk kali ke dua. Berjaya. Ambik gigi bawak balik. Renung-renung dan korek bahagian dalam rupanya dah lompong berlubang di dalamnya.


Saya cuma nak bagi tahu selamatlah duit saya Rm100 lebih. Saya cuma bayar Rm1 masa daftar dan Rm2 untuk cabut gigi. Lagi satu perkara jangan takut untuk pergi jumpa doktor gigi di Klinik Kerajaan. Mentaliti kita perlu di ubah. Perkhidmatan doktor kat Klinik Kerajaan sama sahaja baiknya dengan doktor klinik swasta. Kadang-kadang doktor ok ja tetapi hat bawah-bawah pulak lebih-lebih. Sesekali mungkin mood depa pun tak baik juga stress agaknya pesakit ramai di Hospital Kerajaan.


Ribuan terima kasih kepada Dr. Choo Si Xuan yang comel dan sangat baik melayan saya hari itu. Sangat peramah dan sangat bertolak ansur melayan pesakit. Dia siap gelak-gelak katanya saya sangat stress ketika itu dan minta saya bertenang.



You Might Also Like

16 ulasan:

  1. samalah sakit gigi gak ni... kalau dah sakit bebetoi baru nak cabut cadangnyer.. buat masa ni mampu bertahan lagi...
    hat bawah2tu bukan kekwat kadang2 ikut buku kalau tak ikut kang orang bawahler katakan.... so sabojerler...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau masih mampu bertahan Aina pun sama jugak bertahan jelah. Betul tu kerja kenalah ikut buku karang tak pasal2 kena sound dengan orang atasan pulak. Saya tak le marah nurse tu sebab tau dia ikut arahan.

      Padam
  2. Adik kakcik dah 10 hari menderita bengkak gusi sampai tak boleh makan... :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bengkak gusi tak boleh nak buat apalah kakcik makan ubat tahan sakit sahajalah.

      Padam
  3. kalau sangat sakit.. sila angkat semua tangan dan kaki!! dan lari!!!

    salam aidil fitri Jun!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nyaris2 saya nak buat lagu tu doc!

      Selamat Hari raya juga utk doc...mai2 jalan rumah kecik kami.

      Padam
  4. Tulah pasal kan JA...padahal tak semua klinik kerajaan cenggitu...sekarang ni mungkin dah jaug bezanya dengan dulu... Jimat pun jimat hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klinik/Hospital kerajaan sekarang tersangatlah jauh bezanya dari dulu, layanan mahupun perkhidmatan yang di sediakan. Jangan rasa takut tapi kalau seorang dua yang buat perangai tu biasalah nama pun manusia tak sempurna.

      Padam
  5. wak pon dh lama x cabut gigi..,ngilu kanns..,uHUuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak nak cabut gigi dak? meh saya guna player jerk.

      Padam
  6. saya tk prnah try lagi klinik gigi krajaan. kalau cm tu best la kan.layanan baik, duit slamat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya Aina boleh claim untuk gigi punya treatment unlimited jadi sebab tu cari klinik swasta. Bukan tak mau pi Klinik Kesihatan tapi lebih pada nak jimat masa.

      Padam
  7. tu la banyak perception tak baik dibuat kepada hospital/klinik kerajaan..tak semua macam tu kan..:)boleh sambung raya ye kak..hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin kita terpengaruh denga cerita dulu2 kot. Beraya lagilah lepas ni atur open house.

      Padam
  8. Wawa suka klu nk jumpa doc gigi...sbb sblum ni ber braces...jadinya dah lali ulang alik jumpa doc...dulu kecik2 mmg takut la klu jumpa doc gigi...skang ni jadi suka pulak...sbb doc gigi wawa ni baik :)

    BalasPadam
  9. zura ni tgh sengal gusi, gigi geraham bongsu nak kluar..hadoi sakit woo !!!

    BalasPadam